Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, October 31, 2011

Pendedahan Pembohongan Video Kickdefella

Video terbaru KICKDEFELLA menuduh kononnya aktiviti pelacuran berlaku dengan begitu galak di Bandar Kota Baru terutama di Jalan Hamzah. Di sini, Tulang Besi ingin memberi beberapa komen berkaitan video tersebut:

1.0 Mula-mula menonton video tersebut, Tulang Besi ingatkan suasana seperti di Chow Kit dan Kuala Lumpur. Di mana pondan2 ini berkeliaran di merata-rata tempat. Namun, akhirnya, ygn Tulang Besi nampak cuma 4 orang sahaja. Dan kumpulan yang sebegitu kecil dan tidak mudah untuk diambil tindakan.
1.1 Ada kemungkinan keempat-empat Pondan ini diupah untuk berlakon dalam video tersebut kerana bilangannnya terlampau kecil
1.2 Tidak nampak pondan2 tersebut "menjual" dan agresif menjual seperti di Kuala Lumpur. Kalau hendak ditangkap pun atas tuduhan apa? Sekadar duduk2 sahaja? Tidak seperti di Kuala Lumpur dan negeri2 pemerintahan UMNO
1.3 Yang Tulang Besi nampak dalam video itu, kumpulan kecil itu cuma duduk2 sahaja. Siapa pun tidak akan menyangka mereka itu pelacur2 yang sedang menjual.
1.4 Kumpulan kecil itu yang Kickdefella kata sebagai "PESAT"????


2.0 Bukankah tugas membenteras jenayah itu tugas Polis Diraja Malaysia? PDRM ini terletak dibawah kerajaan mana? Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat?
2.1 Mengapa si Kick tak pegi interview PDRM Cawangan Kelantan berkaitan "wujudnya" kegiatan pelacuran di Jalan Hamzah?
2.2 Mengapa Kickdefella tak sebut langsung perkataan Polis Diraja Malaysia sewaktu membuat video amatur tersebut?


3.0 Kalau betul mahu membenteras pelacuran pondan, mungkin Kickdefella sepatutnya pergi ke MELAKA. Keratan akhbar The Star di bawah menunjukkan MELAKA jadi tumpuan pondan2 antarabangsa:

KLIK IMEJ


4.0 Aktiviti pelacuran PONDAN sudah menjadi lumrah alam di negeri pemerintahan UMNO terutama di Kuala Lumpur. Apasal di KICKDEFELLA tak buat video pasal tu? Adakah KICKDEFELLA juga menyokong amalan pelacuran pondan di negeri2 pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional?

KESIMPULAN

Jelaslah ini satu lagi taktik kotor si Kickdefella. Tulang Besi syak video ini dibuat sebagai respon artikel Tulang Besi bertajuk "Melaka dah jadi Darul Pondan".

Si Kick ni ada dalam senarai TWEET Tulang Besi Jadi, artikel ini sememangnya masuk dalam TWEET beliau.

Apa-apa pun, saya cabar KICKDEFELLA untuk membuat LAPORAN POLIS ke atas aktiviti pelacuran yang beliau dakwa berlaku itu. Kalau tidak, orang ramai boleh berkata semua ini hanya sandiwara ciptaan KICKDEFELLA.

Tulang Besi

3 comments:

Anonymous said...

aku rasa masa hari video tu dirakam, puak-puak pas telah rasuah (agama pas panggil sedekah) pondan-pondan tu supaya jangan cari makan hari tu...itu lah sebabnya cuma ada 4 orang pondan aje....4 orang pondan yang ada tu kira pondan yang bermaruah tinggi sebab tak terima rasuah (agama pas panggil sedekah)...

Tulang Uranium said...

Kalau diandaikan tulang besi jadi pemimpin negeri, sampai bila pun hukum islam mapuih tak kan tertegak. Sebabnya bila ada sesuatu maksiat yang berlaku dia akan tuding jadi kepada orang lain. Negeri yang umno perintah lagi teruk, polis tak buat kerja, bla..bla. Habis tu yg orang angkat hampa memerintah tu pasai orang nak tengok amar makruf, nahi mungkar dijalankan dgn. Jayanya. Kalau dok tuding jari kat orang lain, sahlah tak minat nak laksanakan hukum islam, canang saja lebih.

Anonymous said...

Fitnatullah amalan syaitan ... Fitnah umno latnatullah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.