Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, October 25, 2011

Penghinaan UMNO Keatas Anggota Keselamatan Lebih Serius!!!

Beberapa hari lepas, Najib Tun Razak telah merapu. Di dalam "Perhimpunan Perdana Pesara dan Bekas Polis", Najib berkata:

“Nak kata kepala tak betul dan bangang (bodoh), dia sudah dipilih menjadi pemimpin oleh partinya. Jadi apa muslihat dia? Orang sebegini yang sanggup menidakkan jasa serta pengorbanan para perajurit negara ialah pengkhianat dan dosa golongan seperti ini tidak layak untuk dimaafkan. “Saya sudah membuat siasatan dan pihak polis sendiri mempunyai bukti kukuh Muhammad Indera seorang pengganas komunis. Dia sendiri mengaku kepada pihak polis yang dia merancang serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong dan turut bertanggungjawab membunuh beberapa anggota polis. “Chin Peng (SU Agung Parti Komunis Malaya) sendiri dalam sebuah buku mengesahkan bahawa Mat Indera itu komunis. Jadi kenapa kita perlu mengangkat pemimpin sebegini,”


Mengapa saya kata Najib merapu:

1.0 Mat Indera berkhidmat dalam Tentera Pembebasan Nasional Malaya. Bukan sebagai ahli Parti Komunis Malaya. Itu adalah fakta
2.0 Mat Sabu tak pernah kata Mat Indera tidak merancang serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong
3.0 Najib tak sebut Rumah Pasung Bukit Kepong itu mengibarkan bendera British, bukannya bendera Johor mahupun bendera Malaysia.
4.0 Kalau nak sebut pasal Komunis, tindakan UMNO menjalin hubungan mesra dengan Parti Komunis China adalah penghinaan yang lebih serius berbanding apa yang Mat Indera buat.
5.0 Parti Komunis China adalah bapak. Parti Komunis Malaya adalah anak. Mat Indera berhubung dengan "anak". UMNO menjalin hubungan dengan "bapak". Mana lebih teruk?
6.0 Najib pula tak sebut UMNO telah memberi permit kepada suara rasmi Parti Komunis China untuk disebar di Malaysia.


Najib jangan jadi munafik. Itu sahaja nasihat Tulang Besi pada beliau.

Tulang Besi

4 comments:

san said...

Buku Abdullah CD dedahkan bukti Mat Indera Ketua Regimen Komunis Melayu Johor

Chin Peng (SU Agung Parti Komunis Malaya) sendiri dalam sebuah buku mengesahkan bahawa Mat Indera itu komunis.

PKM inginkan malaya sebagai republik

Anonymous said...

Tulang besi, janganlah menegakkan benang yang basah lagi. Sudah sah mat indera komunis, nak nafi buat apa? Ada untungka atau nak cium bontot mat sabu. Isu yang mudah pun nak dipanjang panjang kan. Itulah melayu, bukannya nak fikir fasal kebajikan masyarakat dia, politik saja lebih. Itu yang orang muda sekarang menyampah dengan orang politik, tak kiralah belah mana pun.

Anonymous said...

aNON DAN SAN.... GOD SAVE KING GEORGE!!!

san said...

aNON DAN SAN.... GOD SAVE KING GEORGE!!!

my god is Allah.. i dunno about yours

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.