Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, October 5, 2011

PROTON Telah Mendera Rakyat Malaysia Selama 25 Tahun

KLIK IMEJ


Idea kereta Nasional ini adalah idea Dr. Muhammad Iskandar Kutty, mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Waktu itu adalah sekitar 1983-84, yakni tak lama selepas Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Pada masa itu, penasihat2 antarabangsa telah pun memberi amaran kepada Dr. Mahathir bahawa negara Malaysia tidak sesuai untuk diadakan kereta nasional. Namun, nasihat2 tersebut ditolak mentah2 oleh beliau. Ini kerana Dr. Mahathir ini adalah seorang yang bongkak dan sombong. Beliau sering merasa beliau paling handal dalam mentadbir ekonomi negara sedangkan beliau tiada sedikit pun ilmu berkaitan dengan ekonomi negara.

Maka, PROTON pun dihasilkan pada tahun 1984 dengan membelanjakan wang negara yang sebegitu banyak. Pada 1985, PROTON mula dijual (rujuk artikel di atas) yang pada mulanya harga PROTON cuma sekitar RM17-19k.

Malangnya, PROTON tidak laku. Rakyat Malaysia lebih suka membeli Nissan Sunny, Volkswagen, Fiat ataupun TOyota Corolla. Kilang Proton pada masa itu terpaksa memendekan shif pengeluaran kepada separuh masa. Pekerja2 Proton pada waktu itu hanya duduk-duduk kerana pengeluaran begitu lambat akibat tiada permintaan.

Maka, Dr Mahathir mengambil langkah drastik. Demi menyelamatkan idea gila UMNO ini, semua duti eksais ke atas segala kereta dinaikkan sekitar 100%-250%. Kereta yang asalnya harga RM20,000 terpaksa dijual sehingga RM80k-RM90k.

Akibat Proton yang rugi dan tidak laku di pasaran antarabangsa, ia dijual 20-40% lebih murah dari kereta import yang telah dinaikkan cukai menggila-gila itu. Jadilah kereta Proton Wira yang rendah kualiti dan tak berguna tu harga sampai RM60-70k.

Masaalah dgn kereta adalah setiap sen yang kita belanja untuk kereta, kita tidak akan dapat balik. Nilai sesebuah kereta itu merosot setiap tahun walaupun kita tidak memandunya. Namun, di MAlaysia, harga kereta samada sama atau lebih mahal dari harga rumah kos sederhana. Bezanya, rumah kos sederhana nilainya semakin menaik, tidak seperti kereta.

NAIK HARGA KERETA, NAIK JUGA HARGA BARANG

Oleh kerana barang-barang diangkut dengan kenderaan, maka apabila naik harga kereta/kenderaan, harga barang turut naik sama.

Semua "spare-parts" juga dikenakan duti eksais yang begitu tinggi menyebabkan penyelengaraan kenderaan juga naik kosnya.

Maka, segala kenaikan kos yang tidak perlu ini dipindah kepada pengguna.

Tak heranlah, teh tarik dulu cuma 50 sen segelas, skrg ini dah naik jadi RM1.50. HIDUP UMNO!!! HIDUP BN!!!

BUAT JALAN BANYAK2, TINGGALKAN PENGANGKUTAN AWAM

Demi memastikan rakyat Malaysia terus menerus membeli kereta, pengangkutan awam diabaikan.

Apa yang Mahafiraun/UMNO buat adalah membina sebanyak-banyak jalan yang boleh. Konsesi diberi kepada PLUS, ELITE, LITRAK dsbnya untuk membina sebanyak2 jalan yang boleh.

Atas sebab kerajaan tiada duit untuk membina jalan yang sebegitu banyak, tol pula dikenakan. Dah lah, harga kereta mahal sangat2, kena bayar tol pula. Ke sana ke mari pasti ada tol. Tol sudah jadi lumrah hidup rakyat Malaysia.

Padahal, adalah jauh lebih murah kalau UMNO menggunakan wang yg digunakan membina PROTON dan jalan2raya ini untuk dibina sistem LRT/MRT. Pada tahun 1985, harga tanah masih murah dan masih mudah untuk membina sistem pengangkutan awam.

Namun, oleh kerana rakyat Malaysia pada masa itu amat kagum dengan Dr Mahathir Muhammad Iskandar Kutty dan UMNO, maka kita terus menerus memberikan dokongan kepada idea gila beliau itu.

HARGA MINYAK PULAK NAIK!!!!

Sudah lah harga kereta mahal, tol berlambak-lambak, sekarang ni harga minyak pula mahal.

Maka, harga barang naik melambung2. Dah lah naik sebab duti eksais yang UMNO buat untuk melindungi PROTON. Harga barang turut naik sebab harga minyak naik.

Hasilnya, rakyat Malaysia kena:

1.0 Bayar harga kereta yang lebih mahal dari harga rumah kos sederhana

2.0 Bayar tol yang berlambak-lambak

3.0 Bayar road tax

4.0 Bayar insurans

5.0 Bayar harga barang makananan yang naik sbb harga kenderaan naik

6.0 Bayar kenaikan harga barang sebab harga minyak naik

7.0 Bayar harga kenaikan barang kerana pengangkut barang2 terpaksa bayar tol.

8.0 Bayar harga barang makanan kerana lesen impot makananan diberikan kepada kroni/UMNOPUTRA


Jelasnya, projek PROTON telah MENJAHANAMKAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA. Kita kena tipu hidup2 dgn Mahafiraun dan UMNO.

Kalau takda UMNO, hidup kita akan jelas lebih aman damai tenang sejahtera.

Tulang Besi


6 comments:

Anonymous said...

Harga insuran pun naik sama bila harga kereta naik.

Angah said...

Kutty ni nak suruh rakyat Malaysia rosak. Kutty anuti ugama kuil Pathmanaba Kerala. Dia himpun duit utk tuhan Pathmanaba.

Dahan Jati said...

Langkah memulakan industri otomobil nasional adalah langkah yg tepat. Ia adalah pemangkin kpd industri berat yg lain. Disamping itu ia memberi kemahiran baru kpd anak tempatan. Inilah wawasan besar seorang pemimpin walaupun memimpin sebuah negara kecil, tp beliau mahu berdiri sama tinggi dgn negara besar yg lain.
Kalau nak bandingkan dgn thailand, tak guna kereta murah tp wang banyak mengalir ke negara lain. Jika kita bandingkan taraf hidup malaysia lebih baik dr thailand dus kali ganda. Ini kalau berdasarkan perbandingan pendapatan perkapita. Jurang pendapatan yang luas antara penduduk bandar dan desa begitu ketara sehinggakan tunjuk perasaan silih berganti. Suasana di selatan yg tidak aman lagi serta ancaman kumpulan baju kuning dan orwn yg masih kuat menjejaskan kehidupan harian penduduk. Tiiada gunanya juga kekayaan bagi sesiapa juga sekiranya kita tidak dpt. Hidup dgn tenteram dan aman. Oleh itu hargailah pemimpin terdahulu dan jangan asyik mengutuk shj.

Anonymous said...

Dahan Jati,

Cuba beritau apa teknologi baru yang telah dicipta dan ditemui oleh Malaysia sepanjang wujudnya PROTON?

Sila bagitau.

Anonymous said...

Dahan Jati,

apa yg tepatnya? mana pemindahan teknologi, kemahiran baru?...power window pun xleh nk buat kasi betul...26 thun dok copy cat je keta org lain...proton beli tekno mitsu/ produa beli tekno daihatsu, duit xmngalir kuar???? ko ingt tokey mitsu/ daihatsu tu org sabak bernam ka??? xyah menipu la...ko ingt suma org buduh mcm protong/berukdua ka????...klau xda 2 ekor pembuat keta cap ayam tuh, dh brapa bnyk FDI (automotive) masuk ke msia

Anonymous said...

kalu tak suke dgn sistem malaysia..pilah negara indo ka siam ka!!!!negara kta kira ok lg..dr negara laen..sbb tu bnyk pndtang tnpa izin dtg ke malaysia..ko tgk dr tmpt buruk mlysia tp bkn tmpt baik mlysia...ko lahir kat mna indo ka..anti malaysia ka???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.