Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, October 4, 2011

SEJARAH: Sebelum Proton, Harga Kereta Sekitar RM20 Ribu

KLIK IMEJ

Tulang Besi menaqal sebuah artikel THE STAR bertarikh March 2, 1985 di mana ia memetik CEO Proton yang pertama, Tan Sri Jamil Mohammad Jan:
However, Tan Sri Jamil said the price of the Saga would be competitive, He said it would probably be cheaper than it's direct competition in the 1300-1600cc range, the Nissan Sunny and the Toyota Corolla which currently retails at around RM20,000" TERJEMAHAN:Walaubagaimanapun, Tan Sri Jamil (CEO pertama PROTON) berkata Saga akan dijual dengan harga pasaran dan ia akan lebih murah dari saingan terdekat di dalam kategori 1300-1600cc, yakni Nissan Sunny dan Toyota Corolla yang berharga sekitar RM20,000 sebuah"


Di atas adalah keratan akhbar sejurus selepas PROTON dilancarkan. Apa yang berlaku selepas itu adalah PROTON tidak laku walaupun di Malaysia. PROTON sedang menuju bangkrupsi dan kilang Proton hampir ditutup selamanya.

Apa yang Mahathir dan UMNO buat adalah memperkenalkan kenaikan duti eksais yang begitu tinggi kepada semua kereta bukan kereta Nasional.

Untuk menanggung kerugian Proton, harga Proton telah dinaikkan berkali2 ganda sehingga Proton Wira yang baru harganya lebih kurang RM65-70 ribu sebuah.

Harga kereta import yang lain, naik lebih tinggi.

Jadilah harga kereta di Malaysia lebih mahal dari harga rumah. Ini adalah kerja gila yang diperkenalkan oleh Mahataik dan UMNO bertujuan mendera rakyat.

Deraan ke atas rakyat adalah semata-mata mahu menjayakan idea gila Mahatir kerana beliau mahukan sebuah kereta Nasional. Padahal Malaysia tidak sesuai untuk ada program kereta nasional.

Bila projek kereta Nasional hampir bangkrap, Mahathir dan UMNO naikkan cukai semua kereta menjadikan rakyat Malaysia terhimpit dengan hutang yang sebegitu besar semata-mata kerana mahukan kenderaan.

Wang negara yang banyak dibelanjakan untuk membuat jalan yang kemudiannya dikutip tol. Padahal jalan-jalan raya yang banyak ini tidak perlu sekiranya wang negara dibelanjakan secukupnya untuk pengangkutan awam i.e. LRT, MRT dan bas seperti di Singapura.

Bayangkan, sepatutnya sebijik kereta seperti PRoton sekarang ini sepatutnya dalam julat RM30-35k sebuah. Bayaran bulanan kereta tidak sepatutnya melebihi RM150 sebulan. Sepatutnya belanja kenderaan sebulan sekali dgn minyak dan insurans tidak boleh melebihi RM350. Itupun RM 350 sudah dikira mahal.

Sekarang ini, kita terpaksa membayar RM500-RM1000 untuk sebuah kereta yang tidak mewah dan tidak pula hebat. Kalau mahu kereta hebat, terpaksa bayar sekitar RM1500-RM2000 sebulan. Belum lagi minyak, insuran, road tax, mantenance. Bayangkan skrg ni spare parts pun kena duit import yang begitu tinggi. Spare parts Proton pulak harganya setaraf dgn harga BMW kalau takda duti eksais.

Terima kasih kepada UMNO kerana telah mendera rakyat Malaysia sehingga terpaksa menanggung hutang pribadi yang banyak demi mahu memenuhi keperluan berkenderaan kerana pengangkutan awam di Malaysia adalah antara yang terburuk di dunia.

Marilah kita kenang jasa BN yang telah menghimpit rakyat Malaysia dengan beban hutang yang banyak akibat kesombongan dan kebongkakan mereka yang mahukan projek kereta nasional walaupun telah diberitahu projek ini akan gagal.

HIDUP UMNO!!! HIDUP BN!!!!

Tulang Besi

19 comments:

Anonymous said...

1.walaupun kereta mahal!tiap-tiap tahun jualan semua model kereta meningkat!
2.perkara biasa!tiap-tiap rumah mesti ada kereta!ada yang sampai dua tiga buah kereta!
3.walaupun kereta macam honda dan toyota!harganya melebihi 100k!kalau dilebuhraya!belambaq!tak laghat nak bilang!
4.kereta bawah 100k buatan malaysia tak payah ceritala!
5.rumusannya:tak dak isu untuk dijaja!

LanPendang said...

Kereta sekarang bukan lagi barang mewah tapi keperluan. nak jalan jauh+ancaman jenayah+kekangan masa.
Nak tak nak terpaksa beli walaupun berhutang. Bagi aku xada kereta nasional pun xmengapa asalkan tak bawak hutang sampai ke lubang kubur.

Alangkah baiknya kalau KERAjaan BN dari dulu kurangkan beban rakyat dari membela kroni2.. Dalam kubur malaikat xtanya pun kita bawak keta proton ke apa...

Anonymous said...

apap punya bahlul anonymous kat atas ni?? kita nak harga murah,xdak isu kapla wotak haanngggg....mampos pi la nak beli spluh bjik pun..yg kami nak murah,bahlul....hang xpala UMNO sapot atas bawah....xkan hang nak hrap nik aziz bagi kat aku bmw?? dia sndri pun pkai mercdes lama,bengong.

V7 said...

LanPendang said...
Kereta sekarang bukan lagi barang mewah tapi keperluan. nak jalan jauh+ancaman jenayah+kekangan masa.
Nak tak nak terpaksa beli walaupun berhutang. Bagi aku xada kereta nasional pun xmengapa asalkan tak bawak hutang sampai ke lubang kubur.

Alangkah baiknya kalau KERAjaan BN dari dulu kurangkan beban rakyat dari membela kroni2.. Dalam kubur malaikat xtanya pun kita bawak keta proton ke apa...
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

guna lah hutang ikut syariah...kau nie bodoh betul lah...kan bank islam ada...yang kau guna cara kafir tu buat apa...

V7 said...

Anonymous October 4, 2011 4:29 PM
said...

apap punya bahlul anonymous kat atas ni?? kita nak harga murah,xdak isu kapla wotak haanngggg....mampos pi la nak beli spluh bjik pun..yg kami nak murah,bahlul....hang xpala UMNO sapot atas bawah....xkan hang nak hrap nik aziz bagi kat aku bmw?? dia sndri pun pkai mercdes lama,bengong.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

kalau nak murah buat sendiri kereta tak payah beli...kalau tak pun menetap kat singapore...kereta kat sana murah sebab dia orang tak ada kereta nasional dan bukan diperintah oleh umno...

Anonymous said...

Susah la bai kalau semua nak murah. Memang boleh kasi murah, tp ekonomi slow la. Duit tak jalan. Sekarang ni cuba pikir duit beli kereta Proton tu menjadi keuntungan Proton, Proton bayar gaji pula kepada pekerja2 Proton yang rata2nya Melayu, pastu Proton bayar pula dekat vendor2 yang berselerak di seluruh Malaysia ni, pastu vendor2 ni bayar gaji pula kat anak2 Melayu kita. Maka, orang yang mampu beli kereta, secara tidak langsung telah mengalirkan wang dia (kalau tak mampu tak beli kan?) untuk menggaji mat2 kilang vendor yang ada antaranya cuma bergaji RM400-600 sebulan.

Daripada dok bising itu mahal ini mahal, kita carilah yang murah. Aku pun pakai kereta mahal, so rumah aku kecik je la. Lu mau murah amiklah kancil ke, viva ke, 2nd hand ke. Kalau suruh pilih 2 option:-

1. Rakyat beli kereta murah tetapi ekonomi negara bergerak perlahan, kurang peluang pekerjaan, pembangunan teknologi permotoran yang lembab, tidak mampu menghasilkan produk tempatan.
2. Rakyat beli kereta mahal, ekonomi dalaman lebih rancak, banyak peluang pekerjaan, teknologi permotoran bergerak maju (boleh beli Lotus & Augusta tapi bengong PakLah sudah jual), ada produk permotoran tempatan.

Apakah kita masih nak kereta hebat dgn harga yang murah? Apa punya fikir la sampai mementingkan diri sendiri. Esok lusa anak lu yang mengaji tak pandai juga nak kerja di kilang2 vendor ni. Jgn jadi macam negara Arab, apa satu pun tak tau buat, semua nak beli dari luar.

Benda2 permotoran ini perlahan2 akan berkembang bidangnya dan membantu ke arah teknologi pertahanan negara. Usah lagi sekali jadi mcm Pak Arab, harap duit minyak saja banyak, jiran Palestin nya pun tak boleh tolong. Sebab apa? MUNDUR minda dan MUNDUR teknologi.

-lihat dunia dari mata burung-

Anak Perelih said...

Tahun 1981, toyota corolla adalah RM10,000... yang harga lebih RM20000 ni adalah harga selepas Proton ada - 1985.... maksudnya, masa 1985 kalau tanpa Proton.. toyota corolla patut dalam RM15 - 20000 sahaja...

Anak Perelih said...

anon :

tiap tiap tahun jualan meningkat kerana orang kena beli kereta disebabkan public transport teruk... orang beli kereta honda/toyota jugak sebab kualiti kereta proton teruk...

Thailand yang penduduk dia yg 3 kali malaysia pun tak ada kereta nasional... tapi depa ada kereta 100% made in Thailand - vios, hilux, treton... sampai rayong di thailand dipanggil Detroid south east asia... dan ribuan rakyat thailand bekerja di situ, lebih ramai dari yang bekerja di proton... vendor part kereta pun lagi banyak dari vendor proton... siap proton beli dari vedor siam lagi sebab part mereka lebih berkualiti dari part venbdor malaysia kerana vendor siam ni pun dok supply kilang toyota, honda etc...

dah tu Hilux, treton, dgn honda city sana murah dekat RM20,000... dengan Langkawi yang bebas cukai tu pun ada yang murah dekat RM5000...

v7 :
Beli pakai loan Bank Islam pun masih berhutang jugak... mungkin kurang riba sikit je.. tapi masih berhutang dengan bank.. tu yanng dok kena bayaq bulan bulan tu...

industri pemotoran proton ni utk pertahanan??? indon yang tak ada kereta nasional macma kita pun boleh buat industri pertahanan... heli dan kapal terbang depa dah buat... APC??? Malaysia pun nak beli yang indon punya utk askar di Lubnan...

V7 said...

Anak Perelih October 5, 2011 2:25 PM said...

Tahun 1981, toyota corolla adalah RM10,000... yang harga lebih RM20000 ni adalah harga selepas Proton ada - 1985.... maksudnya, masa 1985 kalau tanpa Proton.. toyota corolla patut dalam RM15 - 20000 sahaja...
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

tahun 1981 sekeping roti canai harga 25 sen aje...selepas wujudnya proton harga roti canai terus naik sampai sekarang harga roti canai tak turun-turun...kah..kah..kah bondoh biol punya anjing pas....patut lah kau orang jadi hamba cina...

V7 said...

Anak Perelih said...

v7 :
Beli pakai loan Bank Islam pun masih berhutang jugak... mungkin kurang riba sikit je.. tapi masih berhutang dengan bank.. tu yanng dok kena bayaq bulan bulan tu...

industri pemotoran proton ni utk pertahanan??? indon yang tak ada kereta nasional macma kita pun boleh buat industri pertahanan... heli dan kapal terbang depa dah buat... APC??? Malaysia pun nak beli yang indon punya utk askar di Lubnan...
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

bank islam ada riba sikit ker??? kau biar betul...tapi bank islam ikut syariah..dapat pahala kalau hutang cara islam...boleh masuk syurga...macam undi pas lah...boleh masuk syurga sebab pas parti islam, pas ikut syariah...

pelik kan indon boleh buat heli tapi tak boleh buat kereta...kereta kita indon beli...kesian indon, terpaksa beli kereta kita sebab tak tahu buat kereta sendiri...kah..kah...kah..

ada rambut said...

Mahathir Kutty keling Kerala memang sial sebab bini dia botak

Anonymous said...

en V7, apa mksud ko amik loan islam bleh jd murah?? aku keja dgn bnk aku tau la...ko ingt islmic bnk ni agnsi kbjikan ka?..suma brmtlamatkan untng..sama je mechnism bnk islm n knvsional guna konsep je lain...g 1 ko pham x isunya skrng? rkyat msia trbeban dgn cukai automotive yg tnggi xkira nsional or bkn nsional...yg nsional lg xmsuk akal la kdr cukainya...rkyt msia buat 9 thun loan bkn nk byr keta tp + cukai skali...buduh ke apa ko ni?...apasal uk n us bleh jual keta ikut mrket price? apasal VW golf bleh jual rm70k kat usa? xkn xda untung lngsung...isunya skrng rkyt kena pksa beli keta cap ayam pd hrga xmunasabah...

Anonymous said...

sebelum kilang proton tumbuh ... teksi guna 'merc' ...depa tu bukan kaya raya ...
berapa harga 'merc' sebelum kilang proton tumbuh ... sehingga teksi guna 'merc' ..
sekarang teksi guna proton pun, boleh sakit untuk tanggung beban ...

bila kilang proton tumbuh ... harga proton, mula mula murah, pastu naik dan naik dan naik mencanak ... sebab ape ...

harga proton yang qualitynye terjamin dan dijamin serta ade jaminan adalah tersangat murah ... kerana ape, kerana bersaing diluar negara ... tapi...
proton yang tiada jaminan quality serta sering menghadapi masalah termasuk 'major problem', harganye tersangat mahal ... mengape... kerana dijual kepada rakyat sendiri ... yang aku difahamkan, (boleh check dengan officer proton untuk pengesahan-aku pun dengar 'hearsay' ajee), setiap unit proton yang dibeli oleh rakyat malaysia, perlu menanggung beberapa ribu RM harga proton yang dijual di luar negara ...betul tak betul tak tau le....

harga kereta import, sebelum kilang proton tumbuh, terlalu rendah, kerana kita boleh pilih harga, dipasaran bebas, untuk diimport ...Tapi bila kilang proton tumbuh, kita kena tanggung 'biawak hidup' ....
maka duti import dan duti eksais pun direka, supaya proton lebeh murah dari kereta import ....bermula lah rakyat menanggung 'biawak hidup' yang mencakar dan menggigit belakang rakyat ...
demi memenuhi 'impian seorang manusia' yang ingin dilihat sebagai pemimpin besar dunia, akhirnye duit PETRONAS LINGKUP, rakyat tanggung beban ...

itulah sejarah proton di malaysia .. tapi, PROTON TETAP juga dikenali sebagai....
"JAPAN TECHNOLOGY MALAYSIAN STYLE"...

Tulang Besi said...

Sebabnya tiap2 tahun hutang rakyat juga meningkat

Anonymous said...

PR, jangan nak buat kereta, nak buat habuk pun tarak

Anonymous said...

Ramai jugak penjilat kerajaan yg bodoh rupenye..umno ngn proton tu mulia sgt ke smpai xleh nk kritik?
Dh mmg kereta malaysia ni overprice,jgn le nk nafikan lg..yg hang duk tgk atas,mmg nmpk org pkai kete byk..tp tau x dlm kepale otak diorg pening siang mlm nk cari duit nk byr kete?
Graduan2 baru keje trpakse beli kete..nk harap public transport? Servis mcm haram..susah nk dpt pulak tu..

Lps tu,pls la..jgn komen suruh buat kete sendiri..akal kt lutut ke kt kaki g komen cmtu?kalo la pndai buat kete sndiri pn,kerajaan dayus ni bg ke drive kt jln?bodoh punye pencacai!
Pastu suh g duk singapore knape lak?kalo xsuke rakyat ke yg kena pindah?ape ko ingt negara ni umno punye?jgn jd bodoh la org umno..malaysia ni rakyat punye.rakyat ade hak..jgn bodoh sgt..buke mata,buke hati sikit tgk kesusahan rakyat..jgn duk dongak ats tgk org2 kaya je..ade otak,pakai..jgn letak kt lutut.puiiii....

Anonymous said...

umno pengkhinat . . bodoh sape yg sokong. . bodoh tak terkira. .

Anonymous said...

Pergi sekolah balik ambik ekonomi asas... apa akan jdy kalo sume harga barang murah secara mendadak? apa akan jadi kalo sume harga barang mahal mendadak? Tak elok sesama Islam bergaduh sebab lain politik... Tak perlu nk ikut semangat assabiyah... Kita orang yg bertamadun... Tak perlu ikut orang Jahiliyah....
#Bukan nk tunjuk pandai tapi berusaha untuk mengamankan masyarakat Melayu tambahan lagi orang Islam

Blur Blurr said...

Isu nampak remeh tapi berat..pendapat peribadi..cume dipersoalkan contohnya pasal penubuhan proton..kenapa tidak ditambahbaik public transport..sebab kerajaan sendiri menyarankan gunalah public transport tapi mereka sendiri promote kita beli kereta..

Bila dah beli kereta local ade masalah..kita refer depa..then sndri ckp barang tak bagus..biasalah proton..hgpa keja tmpt sndri hgpa ngaku xbgus..xkn suh rakyat bunuh diri beli barang xbagus..lani dh berapa tahun proton ade..ade perkembgan ke

Proton dulu orang duk beli Kualiti kereta masih ade sbb follow keta japan mitsubishi..just beli blueprint kereta hasilkn kt malaysia..lani punye kereta nk terjual kat negara luar...urmm

Kita ni brpndgan kpada keselesaan rakyat..bkn kerajaan..yg slh ditegur..kalau xle tegur xlayak sbnrnye memimpin..itu je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.