
Waktu HIMPUN tempohari, begitu beriye-iye Ketua Pemuda PAS mempromosi perhimpunan tersebut.
Sampai, pada mulanya, sanggup membelakangkan PAS Pusat untuk menghantar wakil ke perhimpunan tersebut.
Tapi, akhirnya terpaksa juga PEMUDA PAS menarik kembali hasrat mereka akibat tekanan dalaman yang begitu kuat.
Namun, hairan pula dalam isu penghinaan dan penistaan hudud oleh Presiden MCA, PEMUDA PAS diam seribu bahasa.
Tiada repot polis. Tiada demonstrasi. Tiada kenyataan dari Ketua Pemuda PAS menjawab tuduhan Chua Soi Lek itu.
Nik Abduh pun tidak kelihatan kelibat beliau dalam isu ini. Tulang Besi hampir hilang kesabaran sehingga Tulang Besi telah mendepani Nasruddin Tantawi sendiri di alam TWITTER mahukan Pemuda PAS bertindak. Di bawah adalah salah satu contoh TWEET Tulang Besi kepada Nasruddin Tantawi:

Apakah isu penghinaan hudud ini tidak dipandang serius oleh Pemuda PAS dan kepimpinannya?
Malahan, yang TUlang Besi nampak ke depan dalam isu ini adalah Angkatan Muda KeAdilan. Mengikut maklumat Tulang Besi dapat, mereka akan berdemo di hadapan Bangunan MCA pada 2 November 2011 jam 2 petang.
Pemuda PAS boleh menggunakan isu ini untuk MENYERANG UMNO. Tak bolehkah Pemuda PAS berdemo di hadapan PWTC meminta UMNO mendisiplinkan rakan2 dalam Barisan Nasional.
Kenyataan Chua Soi Lek itu bukan sahaja menghina, ia juga berlawanan dengan fakta. Negara seperti Iran dan Saudi Arabia yang menjalankan hukum hudud mengalami kenaikan pelaburan terus asing.
Atas fakta ini PEMUDA PAS boleh memprotes atau memaksa UMNO menunjukkan sikap mereka. Kalau UMNO senyap ertinya mereka menyokong penghinaan Islam yang dilakukan oleh MCA dan Chua Soi Lek.
Tapi sayang seribu kali sayang, peluang keemasan ini tidak disambut oleh PEMUDA PAS dan UMNO terlepas dari tanggungjawab.
Mungkinkah kem PERPADUANG masih hidup lagi dalam PAS? Tindakan2 seperti ini jelas menguntungkan UMNO dan menyelamatkan UMNO. Tapi, PEMUDA PAS diam seribu bahasa.
Tulang Besi
"Mungkinkah kem PERPADUANG masih hidup lagi dalam PAS?"
ReplyDeletetb, betul ke di ijtima terbawi pemuda tempoh hari, perkara ijtihad ug dikertaskerjakan oleh tidak lain tidak bukan mr stopa ali and partner mr bakar chik? kalau betul, kem perpaduang memang masih bernafas lega. mana tidak, mengikut nasarudin termerlohmari, ijtima tarbawi, memenangi pru 13. apa ke jadah ijtihad ug dikertaskerjakan? pas ni nak move forward ke nak gostan belakang?
kalau terkedu dengan so sex, maknanya 'melayu-islam, islam-melayu' masih ligat lagi. pemuda dah jadi tunggangan kem perpaduang...
wallahu'alam
Mcm mana pulak KARPAL SINGH?????
ReplyDeleteDia kata hudud akan tambah jenayah????
Perpaduan melayu mesti ditegakkan dibumi melaysia ini, barulah melayu boleh hidup secara bermaruah dan tidak dipandang rendah oleh kaum kaum yang lain.
ReplyDeleteOrang kafir memanglah dia tak sokong hudud, apa yang nak dihairankan. Itu pandangan dia. Yang Karpal Singh kata hudud menambahkan jenayah hang tak kata apa pulak. Ooo, kalau puak hang, tak pulak nak melolong..
ReplyDelete