Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, November 25, 2011

Rakyat Malaysia Sudah Mula Makan Bercatu

Semalam, orang rumah saya melawat seorang kawan beliau. Kebetulan kawannya tinggal di sekitar Lembah Kelang.

Dalam seronok berborak, tiba-tiba isu harga barang pun masuk jadi topik. Kawannya ini bukanlah seorang yang bernasib baik. Suaminya seorang freelance dan pendapatan suami tidak tetap.

Saya faham masaalah yang dihadapi oleh juruteknik seperti suaminya kawan isteri saya ini. Sudahlah kerja tidak tetap, upah mereka pun semakin rendah akibat persaingan dengan pendatang-pendatang dari Indonesia.

Dilanjutkan bciara, kawannya isteri saya memberitahu beliau terpaksa mencatu makanan anak-anak nya. Ertinya, kalau anak-anak beliau minta tambah bila waktu makan, kemungkinan beliau tidak boleh memberikan makanan tambah kepada anaknya.

Kesian saya mendengar rintihan kawan isteri saya itu. Saya tak sangka rakyat Malaysia sudah mula mencatu makanan mereka.

Di saat pemimpin2 mereka boleh meniktmati projek RM250 juta untuk bela lembu, dapat untung atas angin dengan jual tanah seperti Satim Diman, dapat selamatkan anak dari bangkrap meniaga guna duit Petronas RM1.6 billion, ada rakyat Malaysia yang terpaksa mencatu makanan mereka.

Apa sudah jadi dengan nasib rakyat Malaysia sekarang ini.

Saya jamin, kalau tidak ada pertukaran kerajaan, lepas ni bukan setakat makanan terpaksa dicatu, udara pun mungkin kita kena catu. selepas ini Barisan Nasional mungkin akan swastakan udara yang kita hirup.

Nasib baiklah di Selangor Pakatan Rakyat perintah. SYABAS tak boleh nak naikkan bil air sesuka hati mereka untuk bayar gaji Pengerusi mereka RM5.3 juta setahun.

Tulang Besi

ps saya suruh isteri saya daftarkan kawannya itu dalam program "Jom Shopping" untuk meringankan beban beliau, inshaalah.

3 comments:

Anonymous said...

cukup cukup la menipu rahman oi...tak berkat hidup ko anak bini asyik menipu jer di malaysia waves...

Anonymous said...

ada malaun nak cakap pasal berkat..keh keh keh

Dahan Jati said...

Janganlah dok merintih nasib. Kena bersyukur dengan apa yang ada. Kena banding dengan orang yang lagi teruk, yang tak makan berhari hari, banjir dll. Manusia memang dijadikan berbeza beza, ada yang kaya dan miskin, yang kuat dan lemah. Kaya kerana rasuah dan salah guna kuasa memang pengkhianat, tetapi cuba bandingkan orang asing yang datang ke malaysia sekarang ni boleh hidup senang dan kaya, walaupun macam macam sekatan mereka hadapi. Oleh itu perkuatkan diri, rajin berusaha dan ambil risiko. Kalau tidak jangan merungut kalau kita terus susah dan miskin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.