Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, November 25, 2011

SYABAS Syarikat Untung Atas Angin

Kalau kita renungi ucapan Belanjawan Menteri Besar Selangor baru baru ini, kita pun akan bertanya, apa fungsi sebenar SYABAS.

Asalnya penswastaan air Selangor telah diberikan oleh mantan Menteri Besar Tan Sri Mat Taib kepada mantan Bendahari UMNO Hulu Selangor, Tan Sri Rozali Ismail.

Di kala itu, Rozali Ismail bukanlah seorang korporat macam sekarang. Dia tiada modal, tiada wang dan kepakaran dalam bidang pemberian air bersih kepada rakyat Selangor.

Pendedahan Menteri Besar Selangor menjelaskan segalanya. SYABAS cuma sebuah syarikat yang memakan untung atas angin semata-mata.

Segala infrastruktur air seperti paip, loji pembersihan, empangan dan sebagainya adalah milik Kerajaan Negeri. SYABAS menggunakan infrastruktur ini secara percuma tanpa bayaran walau satu sen pun.

Oleh kerana Tan Sri Rozali tiada wang, maka segala operasi SYABAS dibiayai oleh hutang. Dia berhutang dengan kerajaan Pusat untuk menjalankan kerja-kerja SYABAS.

Apabila tiba waktu untuk membayar hutang, SYABAS akan menaikkan harga air supaya rakyat Selangor yang membayar hutang Tan Sri Rozali Ismail.

Pada waktu yang sama, Tan Sri Rozali hidup senang lenang dengan gaji RM5.2 juta setahun. Itu tidak termasuk perbelanjaan2 lain yang masih misteri yang tidak kita ketahui.

Secara ringkasnya, inilah kaedah UMNO membuat wang. Mereka gunakan hak rakyat sepuas-puasnya tanpa membayar apa-apa kepada rakyat. Apabila bisness mereka rugi, mereka suruh rakyat bayarkan hutang mereka.

Seperti kesah Dr Mahathir guna duit PETRONAS RM1.6 billion untuk selamatkan anaknya yang hanpir bangkrupsi dulu. SYABAS pun sama juga. Bila dia hampir rugi, dia akan naikkan tarif air. Rakyat Selangor akan bayar segala kerugian Tan Sri Rozali Ismail kalau dia rugi.

Hebat hebat.

Inilah yang dikatakan "Ketuanan Melayu" agaknya.

Syukurlah Selangor diperintah Pakatan Rakyat. Segala usaha Tan Sri Rozali untuk menaikkan tarif air telah ditolak mentah-mentah.

Cuma yang saya dengar penyokong tegar Tan Sri Rozali dalam exco adalah Hasan Ali. Tu yang sampai SYABAS boleh "sponsor" Muktamar PAS.

Tulang Besi

4 comments:

Anonymous said...

Nak air yang berkualiti kenalah belanja sikit. Berhutang adalah kaedah orang moden berniaga. Nak ke,air murah tapi warna cokelat. Hasil yang mereka dapat adalah rezeki atas usaha mereka sendiri. Sama seperti korporat yang lain juga.
Walaupun kita dimomokkan dengan pendapatan tinggi berjuta, tapi tengoklah pula hutangnya pun tinggi. Inilah contoh politik persepsi pembangkang!

saji said...

TB dan SYABAS

Cerita urusniaga SYABAS bunyinya macam sama dengan urusniga kilang sawit FELDA dan pengeluaran minyak dan gas PETRONAS, di mana ketiga2nya memainkan peranan sebagai pihak yang mewakili kerajaan perseketuan memberikan perkhidmatan pengurusan profesional dengan pulangan dalam bentuk komesyen atau dalam Islam upah. Yang jelas membezakan di antaranya ialah urusniaga kilang FELDA dan PETRONAS ada menetapkan peratus komesyen yang mereka harus ambil termasuk belanja operasi, tetapi tidak dalam kes SYABAS.

Anonymous said...

Kenapa nak menswastakan bekalan air pada hal ini adalah tanggungjawab kerajaan(social responsibility)?
Bila diswaata,perbelanjaan meningkat(seperti gaji CEO RM5 juta setahun)tetapi syarikat tidak dapat untung.Apa CEO ini?Mesti di pecat CEO ini dulu dulu lagi.
Lagi satu cerita yang mengatakan CEO itu membeli paip air(jumlah beratus juta)dari satu kilang luar negeri yang dimilikinya sendiri,walau pada hal paip itu bolih diperolihi dari kilang tempatan.
Jangan bebankan rakyat dengan alasan penswastaan !

saji said...

Anon 25, 2011 11:25 AM

Semua sistem Barat yang tiada dalam syariat Islam klasik seperti sistem penswastaan akan menjadi baik dan nampak Islamik jika kumpulan pelaksanannya adalah kalangan yang amanah dan bertanggungjawab atau tinggi integritinya yang hari ini diukur berdasarkan pencapaian tahuanan indeks rasuahnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.