Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, November 14, 2011

UitM Hanya Untuk Politik UMNO/ Barisan Nasional


Gambar Naib Cancellor UiTM yg mengizinkan Program Barisan Nasional di Premis UiTM


ULASAN: Sememangnya orang2 UMNO ini semuanya "Lidah Bercabang". Depan orang kata "tiada politik dalam kampus". Tapi, bila praktis, gunakan premis kampus untuk UMNO dan Barisan Nasional.

Benda mcm ni pun diorang nak tipu.

Mahasiswa minta penjelasan Naib Canselor UiTM
Posted on November 14, 2011 by KomunitiKini

Oleh Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)

Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) meminta penjelasan daripada Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkenaan dengan Pertandingan Pidato Politik anjuran Pemuda Barisan Nasional yang diadakan di Dewan Seminar HEA , Menara UiTM (SAAS), Shah Alam pagi tadi yang terang – terangan berunsurkan politik.

Mahasiswa merasakan keterangan Naib Canselor UiTM bertajuk “Tidak Perlu Pinda AUKU” hanyalah sekadar retorik semata – mata. Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) Haziq Abdullah Abdul Aziz berkata pihaknya inginkan penjelasan daripada VC UiTM di atas percanggahan di dalam keterangan beliau dengan apa yang terjadi semalam.

“Kalau betul tidak mahu Mahasiswa berpolitik , jangan bagi kebenaran kepada mana-mana parti politik masuk ke kampus.” Tambah Pemimpin Mahasiswa itu , “Tindakan memberi kebenaran kepada parti politik masuk ke kampus sebenarnya akan menimbulkan keraguan kepada masyarakat khususnya Mahasiswa.”

“Sejujurnya KAMI tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan VC UiTM yang mengatakan penglibatan mahasiswa dalam politik akan menyebabkan perpecahan.” Kata beliau dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, “Kenyataan VC UiTM bahawa pindaan AUKU akan mengancam keamanan serta kesepakatan penuntut Bumiputera dan Melayu di universiti itu kami kira sebagai sesuatu yang tidak relevan.”

“Berikan kebebasan kepada Mahasiswa untuk meluahkan pendapat walaupun bercanggah dengan apa yang dimahukan oleh pihak universiti.”

“Tindakan mengongkong Mahasiswa sebenarnya tidak membawa apa-apa faedah
malah akan melahirkan Mahasiswa yang tidak kritikal,konservatif serta jumud dalam berfikir.”

Tambahnya lagi, “Kalau dah orang politik pemerintah boleh dibawa masuk ke kawasan kampus, apa salahnya berikan sahaja kebebasan kepada Mahasiswa untuk berpolitik.”

“Jangan pula nanti cakap lain tapi buat lain.”

Maklumat lanjut berkenaan pertandingan pidato politik tersebut boleh didapati di http://pidatopemudabn.blogspot.com

Disediakan oleh : Khairul Naim Rafidi, Setiausaha Agong, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen.

2 comments:

Anak Perelih said...

apa maknanya bila cakap lain tapi buat lain??? munafik la tu....

Anonymous said...

Mahasiswa kritikal atau tidak, rajin berusaha atau tidak bukanlah sangat bergantung kepada Akta tersebut tapi pada ciri ciri yang ada pada mahasiswa itu sendiri. Tengoklah pemimpin pembangkang sekarang ni pun wujud ramai, walaupun ada akta universiti waktu mereka menuntut dulu. Memang sifat manusia, yang tak bagi buat tulah dia nak buat sangat?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.