Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, December 7, 2011

Apabila Utusan Memuji Hasan Ali. Apabila Syaitan Memuji Ibadah Seseorang.

Sepanjang kekalahan UMNO di beberapa negeri di Malaysia, bilakah Utusan Malaysia memuji mana-mana tokoh Pakatan Rakyat.

Secara tiba-tiba Utusan Meloya memuji Hasan Ali. Antara tulisan Utusan yang dinaqal adalah:

“Ternyata beliau seorang pejuang. Beliau tidak gentar kehilangan kerusinya, jawatannya, kedudukannya demi maruah kesucian agama Islam dan keutuhan bangsa Melayu yang cuba dipecahbelahkan.”


Pujian Utusan Meloya ini boleh diumpamakan dengan syaitan memuji seseorang kerana ibadahnya.

Oleh kerana Allah SWT telah memberi amaran kepada manusia berkenaan dengan misi syaitan, seharusnya apabila kita beribadah, syaitan marah dan benci dengan kita. Apabila syaitan suka dengan ibadah kita bererti ibadah kita sudah bukan ibadah lagi tetapi sudah menjadi maksiat.

Sudah menjadi rahsia umum. Hasan Ali adalah agen kepada UMNO di dalam Pakatan Rakyat. Beliaulah yang beriye-iye melobi Presiden kerana mahukan PAS bersenggama dengan UMNO.

Hasan Ali turut sama menjadi pemanjang lidah UMNO menyebarkan propaganda murahan UMNO di kalangan PAS dan ahli-ahli PAS. Jelas, Hasan Ali ini munafik taraf paling tinggi. Semoga Allah SWT melaknat Hasan Ali di atas kemunafikan beliau. Semoga Allah SWT melaknat Roslan SMS serta Suwardi Yaakob Al Kazzab di atas kemunafikan mereka.

Beliau telah melakukan banyak perkara mensabotaj Pakatan Rakyat namun tiada apa yang beliau telah lakukan selama ini yang menguntungkan Pakatan Rakyat. Segala tindakan beliau merugikan Pakatan Rakyat. Malahan, orang2 beliau sendiri seperti Roslan SMS dan Suwardi Yaakob al Kazzab terlibat dalam konspirasi mahu menjatuhkan MB Selangor.

Seharusnya manusia munafik seperti Hasan Ali dibuang dari PAS namun PAS sangat lunak dan lembut dalam permasalaahan jawatan. Juga, masih terdapat manusia2 dalam AJK PAS Pusat yang mempertahankan Hasan Ali untuk kekal sebagai exco.

Ini semua petanda jelas bahawa Hasan Ali telah menjadi barua UMNO.

Kita semua tahu anugerah Dato yang Sultan Selangor bakal beri pada Hasan Ali adalah lantaran lobi dari beberapa pegawai Istana yang menjadi barua kepada UMporNO. Tiada kena mengena dengan prestasi mahupun rekod pentadbiran Hasan Ali.

Apa yang hebat sangat jasa Hasan Ali kepada rakyat Selangor? Pentadbiran beliau tidak efisyen, tiada idea, di dalam mesyuarat exco lebih banyak melayan SMS dari bercakap, "incompetent" dan jahil dalam agama.

Hasan Ali bakal dilaknat ahli2 PAS seluruh Malaysia di atas kemunafikan beliau, inshaalah.

Tulang Besi

4 comments:

lan said...

Hasan Ali can say goodbye to Gombak

lan said...

Hasan Ali can say goodbye to Gombak

Anonymous said...

ko penah dengar istilah 'batu api'??? itulah Utusan Malaysia.... mereka ni adalah batu api... apa yang ditulis Utusan hendaklah dibaca terbalik... yang ko pi pecaya 100% utusan tu siape suruh?

BTW Hassan Ali kan dah lama bergelar Dato'....

Anonymous said...

Hasan Ali adalah batu api dalam PR, suka timbulkan masalah antara komponen PR..Kalau Hasan Ali tak bagi muka kat utusan dan tv3 tak adalah kenyataan dia disiarkan dalam utusan. Kalau diputarbelit,Hasan Ali kena saman media umno tu..Ana percaya Hasan Ali tidak ikhlas dalam perjuangan..sedang berunding harga yang paling sesuai untuk tinggalkan pas,kna demand la dengan Hasan Ali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.