Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, December 10, 2011

"Asal Bukan UMNO"....Idamanku



Kebanyakan kajian menujukkan orang Melayu tidak percaya dengan UMNO. Gara-gara kepimpinan UMNO di semua peringkat yang rata-ratanya korup dan angkuh membuatkan populariti UMNO begitu rendah di kalangan orang Melayu dan rakyat umum.

Atas sebab itu, UMNO banyak bergantung kepada imej pemimpin utama mereka, biasanya Presiden mereka.

Buktinya, di waktu Pak Lah baru naik menjadi Perdana Menteri, UMNO mencatat kemenangan terbesar di dalam sejarah pilihanraya Malaysia, yakni pada tahun 2004.

Namun, apabila imej Pak Lah menjunam akibat tingkah laku budak-budak Tingkat 4 dan menantunya, maka UMNO telah mencatatkan kekalahan paling teruk dalam sejarah Malaysia, yakni pada tahun 2008.

Ia menjadi bukti betapa tidak popular parti UMNO di kalangan rakyat umum, terutama di kalangan orang Melayu di bandar-bandar.

Najib pula pada mulanya agak popular. Namun selepas 2010, populariti Najib telah menjunam. Maka, strategi Najib adalah memujuk orang Melayu untuk menyokong UMNO atas dasar mempertahankan kekuasaan Melayu.

Dengan kata lain, dongeng terbaru mereka adalah mengundi UMNO bererti mempertahankan kekuasaan Melayu.

Atas sebab itulah begitu marah kepimpinan UMNO apabila kempen "Asal Bukan UMNO" dilancarkan semalam.

Ia bakal mengagalkan propaganda terbaru UMNO yakni "undi UMNO = Pertahan Kekuasaan Melayu".

Namun, orang Melayu telah sekian lama ditipu dan diperdaya oleh UMNO. Selama ini pun, yang menjadi kaya dari "Kekuasaan Melayu" hanyalah pemimpin2 UMNO, anak beranak mereka serta kroni mereka.

Malahan, apabila Dr Mahathir menggunakan wang PETRONAS RM1.6 billion untuk menyelamatkan anaknya yang tidak tahu meniaga, KEKUASAAN MELAYU sebenarnya telah digunakan untuk keselamatan keluarga Mahathir yang bukan Melayu. Ini adalah kerana Dr Mahathir itu sendiri bukan orang Melayu.

Imej pemimpin2 Pakatan Rakyat juga agak rendah populariti hasil dari serangan fitnah dan dusta yang disebarkan dengan meluas melalui media2 kepunyaan UMNO. Maka, sedikit sebanyak fitnah2 ini termakan oleh rakyat umum.

Maka, kempen ASAL BUKAN UMNO ini penting kerana ia memberi pilihan ketiga kepada rakyat umum. Mereka akan menolak UMNO tanpa perlu berfikir berkenaan fitnah2 yang dilemparkan UMNO.

Yang pentingnya, UMNO tidak boleh menang dan terus memerintah. Siapa yang akan memerintah, kita akan tentukan selepas keputusan pilihanraya diumumkan.

Yang jelasnya, negara kita akan hancur luluh sekiranya UMNO terus menerus memerintah Malaysia.

Sebagai langkah awal, Tulang Besi meminta pembaca2 untuk menekan butang "like" di laman Facebook "Asal Bukan UMNO (ABU)"


Tulang Besi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.