Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, December 15, 2011

Hasan Ali Akhirnya Buktikan Kebenaran Tulang Besi (serta rakan2)

Selama ini Tulang Besi (dan rakan2) telah lama mendedahkan aktiviti serta perlakuan HAsan Ali yang tidak ramai tahu. Misalnya, di dalam perhimpunan2 dalaman, Hasan Ali akan menggunakannya untuk memfitnah dan memburukkan parti2 dalam Pakatan Rakyat.

Termasuk juga Hasan Ali memfitnah PAS Perak dengan menuduh PAS Perak diperkudakan DAP.

Pendedahan terbesar kami adalah kewujudan usaha dan perancangan untuk membawa PAS berpadu dengan UMNO.

Kami juga mendedahkan motivasi utama Hasan Ali dalam usaha PERPADUANG adalah untuk mendapat jawatan Menteri Besar Selangor.

Pada mulanya, kami dikecam dan ditolak oleh ahli2 dan penggerak PAS. Namun, sedikit demi sedikit hujjah kami diterima oleh mereka.

Kemuncak dari pertembungan ini adalah Pemilihan PAS pada tahun 2011. Tulang Besi boleh sahkan isu utama yang berlegar adalah isu "Kerajaang Perpaduang". Ustaz Nasa sebagai "incumbent" telah jatuh ke tangga ke tiga dalam pertandingan Timbalan Presiden PAS Pusat kerana penolakan perwakilan yang cukup merata terhadap agenda PERPADUANG.

Agenda PERPADUANG adalah agenda yang disokong dan dikempen oleh Ustaz NAsa serta Hasan Ali. Kemenangan Abang Mat Sabu juga adalah kerana Abg Mat antara tokoh yang lantang menolak agenda PERPADUANG tajaan Hasan Ali dan Nasa.

Akhirnya manusia jahat bernama Hasan Ali telah bersuara. Dia rela untuk bersatu dengan sesiapa sahahja atas nama Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu.

Malahan, Hasan Ali juga tidak akan menolak perlantikan dari UMNO ke dalam mana-mana jawatan kerajaan. Tulang Besi rasa jawatan yang dimaksudkan Hasan Ali ini adalah Menteri Besar Selangor.

Ada kemungkinan calon UMNO untuk kerusi Gombak Setia adalah Hasan Ali.

Kesimpulannya, segala maklumat berkaitan Hasan Ali yang ditulis oleh Tulang Besi dan rakan2 telah pun diakui oleh Hasan Ali secara pribadi dan terbuka.

Ini bermakna Hasan Ali akan menentang PAS secara terbuka pilihanraya nanti dan akan dialatkan oleh UMNO untuk melemahkan PAS dan Pakatan Rakyat.

Tapi, jangan takut. Skandal Hasan Ali dalam pentadbiran Selangor ni banyak. Berapa banyak "skandal" yang tersimpan dalam koleksi Pakatan Rakyat menunggu masa untuk didedahkan.

Cubalah Hasan Ali untuk bermain api. Saya cabar.

Tulang Besi

6 comments:

Anonymous said...

Kenapa ada yg ingkar perintal ALLAH ini - (dari http://www.alquran-melayu.com/48-al-fat-h/)

[29]
Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. ... (hingga akhir ayat).

Macamana pula nak jawap nanti ?

Nani

Anonymous said...

aku setuju dengan hasan ali...pas memang patut wujudkan perpaduan dengan umno...kalau dengan kafir harbi macam dap tu pas boleh wujudkan perpaduan takkan dengan umno tak boleh...perpaduan ini adalah demi kepentingan islam, melayu dan malaysia...

Anonymous said...

Macam mana pulak sikap kasih sayang kerajaan pusat ke atas hak royalti kerajaan Kelantan. Sikap mendedah aib sesama Islam dlm kes video lucah secara explicit, bukannya melalui saluran syarie. Sikap media massa yg berat sebelah, tiada ruang & peluang utk pihak satu lagi memberi maklumbalas, main tibai je.

Anonymous said...

Aikkk.............
umno dah lama bergabung dengan cina MCA & hindu MIC macam mana pulak.....
tu pun kira umno join perpaduan dengan kafir harbi apa...

Buang Hasan Mangkok said...

hasan bankrap ni banyak hutang buat summer camp yg tak laku.berangan nak jadi MB mangkuk hayun muflis ni.

Anonymous said...

Pemimpin UMNO yang melakukan Qazaf wajib dilaksanakan hudud ke atasnya sepertimana hukum hudud dikenakan kepada penzina dan ia termasuk dalam istilah ‘Uqubah Muqaddaroh’ iaitu hukuman yang tertentu kadar

Pertama: Sebatan sebanyak 80 kali rotan.

Kedua: Tidak boleh menjadi saksi, sehinggalah dia bertaubat nasuha dan melakukan amal soleh.

Kesemua pimpinan UMNO termasuk Najib telah melakukan jenayah Qazaf .Mereka wajib disebat 80kali rotan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.