Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, December 18, 2011

Hasan dan Nasha Bakal Jadi Alat Memecahkan Undi PAS

Hakikatnya, UMNO memerlukan semua kerusi2 PAS. Baik di Parlimen mahupun di Dewan2 Undangan Negeri,

Namun, masalaah mereka untuk merebut kerusi PAS adalah pengundi2 PAS yang sukar untukm digugat.

Apa pun tuduhan yang dilempar, pengundi2 PAS tetap mengundi PAS.

Juga pengundi2 atas pagar yang cenderung kepada Islam. Tidak semestinya pengundi2 yang cenderung Islam ini adalah pengundi tegar PAS.

Namun, mereka ini kebiasaannya akan mengundi PAS.

Untuk kemudahan perbincangan biar saya labelkan pengundi2 tegar PAS sebagai Kategori A dan pengundi2 atas pagar tapi cenderung Islam sebagai Kategori B.

Menjadi lebih teruk adalah imej Najib Tun Razak yang tiada karisma dari segi agama mahupun imej wara'. Imej Najib yang tidak jelas keagamaan ini bakal menyukarkan UMNO di medan pengundi Melayu.

Pada tahun 2004, imej wara' Pak Lah telah berjaya memecahkan pengundi2 atas pagar yang cenderung Islam ini (kategori B) untuk mengundi UMNO.

Maka, untuk melemahkan pegangan PAS terhadap pengundi kategori A dan B, taktik baru telah dirangka. Taktik ini bakal memerlukan kerjasama Hasan dan Nasha bersama tokoh2 seperti Yusri ABIM dan beberapa NGO.

Kita lihat sejak akhir2 ini, Hasan Ali beriye-iye memainkan isu murtad. Dianjurkan perhimpunan HIMPUN yang kononnya memperjuangkan murtad di Malaysia.

Malangnya, perhimpunan Hasan Ali tak dapat sambutan.

Juga, Hasan dan Nasa sudah mula diberikan tempat yang begitu meluas di dalam media2 milik UMNO. Nasa baru sahaja memberi temuramah dalam harian Berita Minggu mengecam dan memfitnah PAS.

Mengapa? Apa taktik BN sebenarnya?

Muka2 seperti Hasan Ali, Nasa, Yusri ini perlu diketengahkan untuk dikenali dan disukai para pengundi.

Selepas itu, isu yang dimainkan sekarang ini adalah isu murtad.

Pada masa hampir pilihanraya nanti, tokoh2 ini akan keluar dan menaikkan semula isu murtad ini.

Dan di akhir nanti, tokoh2 ini akan berkata hanya BN dan UMNO yang terus memperjuangkan murtad dan menjaga akidah umat Islam.

selepas itu secara otomatik pengundi2 Kategori B akan berpecah. Namun, pecahan tersebut mencukupi untuk memenangkan UMNO di kerusi2 PAS.

Itulah strategi UMNO di belakang paling tadah Hasan Ali dan Nasa yang sedang berlaku sekarang ini. Semuanya untuk menaikkan undi UMNO dalam pilihanraya yang akan datang.

Selepas UMNO menang, lantaklah berapa ramai yang murtad pun. Yang penting mesti terus berkuasa.

Tulang Besi





2 comments:

Anonymous said...

Dangkalnyo engkau sbg blogget.. Isu murtad adalah isu umat islam sejagat ia adalah tanggungjaeab umat islam tanpa mengira Umno atau Pas
sudah lama Umno memerintah namun kenapa baru sekarang selepas banyak negeri diperintah oleh parti lain isu muttad menjadi jadi? Mesti jawapan yang mu beri adalah kerana umno mengada-ngdakan cerita.. Tetapi petunjuk semasa menjurus ke arah kebenaran
alangkah baiknya sekiranya semua umat islam bersatu mengatasi masalah ini!

Anonymous said...

Dasyat blog ni, diilhamkan oleh allah swt. Masyallah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.