Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, December 5, 2011

Jasa UMNO pada Iblis di Malaysia Lebih Besar Berbanding DAP

Iblis telah berjanji di hadapan Allah SWT untuk menyesatkan anak Adam supaya anak2 ADAM menemani Iblis di dalam Neraka kelak. Hasil kekufuran Iblis (yang mana Iblis ini beriman dengan kesemua rukun Iman), dia akan disiksa di dalam Neraka sehingga selama-lamanya bermula pada hari kiamat nanti.

Semenjak UMNO memerintah Malaysia, seluruh hukum hudud dan qisas telah berjaya dihalang oleh UMNO dari dilaksanakan di Malaysia.

Malahan, kepada musuh-musuh Islam, UMNO sangat sangat berjasa menghalang perlaksanaan hukum syariah Islam di Malaysia.

Mengapa Tulang Besi kata Iblis sangat terhutang budi dengan UMNO? Katakanlah semenjak UMNO memerintah hingga sekarang, 1 juta orang Islam telah melakukan dosa minum arak.

Sekirannya sepanjang tempoh UMNO memerintah itu terlaksana hukum hudud yang mana peminum arak dirotan 40 kali, saya yakin jumlah peminum arak itu pasti turun dari 1juta manusia kepada kurang dari 100,000 manusia.

Ertinya, 900000 manusia sepatutnya berjaya diselamatkan dari dosa meminum arak sekiranya berjalan hukum hudud.

Namun, akibat penolakan hukum hudud oleh UMNO, kerja Iblis menyesatkan manusia Islam di Malaysia menjadi begitu mudah.

Bukan terhad kepada dosa minum arak, tugas iblis menarik umat Islam Malaysia kepada dosa zina, qazaf, mencuri dsbnya menjadi sangat mudah akibat jasa UMNO menghalang perlaksanaan hukum syariah Islam.

Atas sebab itulah, sepanjang Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, tidak ada seekor perwakilan pun yang berani menegur pemimpin mereka kerana tidak melaksana hukum Allah. Hakikatnya, pemimpin2 UMNO redha dengan tugas UMNO menghalang perlaksanaan hukum Allah SWT.

Secara mudahnya, Iblis sangat-sangat terhutang budi dengan UMNO kerana usaha UMNO telah memudahkan kerja iblis menyesatkan anak adam untuk mengikut jejak langkah Iblis ke neraka.

Tak perlulah Najib mencabar PAS meninggalkan DAP. Hakikatnya, UMNO lebih berjasa pada Iblis berbanding DAP. DAP bukan Islam. Apa yang mereka kata dan buat yang melibatkan Islam tidak akan mempengaruhi umat Islam.

Namun, tindakan UMNO selama ini yang menghalang perlaksanaan hukum Islamlah yang banyak menyesatkan serta memasukkan umat Islam Malaysia ke lembah neraka.

Syabas UMNO, Syabas Transformasi Najib

Tulang Besi

4 comments:

Anonymous said...

Kalau betul pas dan pakatan nak laksanakan hudud, minta masukkan hudud sebagai salah satu agenda dalam manifesto pilihan raya yang akan datang. Kalau tidak, PAS cuma menggunakan agama untuk menarik undi melayu islam tapi tiada kesungguhan untuk melaksanakannya disamping menyalahkan orang lain apabila mereka tak laksana hudud.
Jangankan hudud, benda yang kecil seperti judi, rumah urut, dan kelab malam pun tak dapat dibenteras malah tumbuh macam cendawan, bagaimana nak laksana agenda yang lebih besar. Cakap saja bolehlah.

Je

Tulang Besi said...

stkt yang kita tahu, yang menghalang perlaksanaan hudud di Kelantan dengan ugutan MAGERAN adalah UMporNO, bukan DAP

Tipah Ghompang said...

rumah urut, kelab malam, pusat judi adalah warisan2 umno. Org2 umno pengunjung tmpat2 begini. Org2 PAS banyak di masjid. Yang jual gunung ke goh tong ialah umno. t kasih mahadir.sekarang mca bercita2 mlabur dlm syrkt judi terbesat msia sbb takut cina msia lari k spore bjudi. apa macam ?

Anonymous said...

bILA DAH DAPAT MEMERINTAH KOU HAPUSKANLAH SEMUA TU. DAH UMNO TAK BOLEH HARAP. JANGAN ASYIK SALAH MENYALAHKAN. BUAT KERJA JANGAN ASYIK CAKAP SAJA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.