Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, December 30, 2011

Ketua Dewan Ulama PAS Lidah Bercabang

Sungguh menghairankan. Ketua Dewan Ulama PAS, Ustaz Harun Taib, tidak bersuara sedikit pun apabila Hasan Ali keluar ke media2 UMNO mengutuk dan mencaci PAS dan memfitnah PAS di hadapan seluruh rakyat Malaysia.

Begitu juga NAsaruddin Mat Isa yang keluar dalam Berita Minggu memfitnah PAS secara terbuka.

Sedikit pun Ketua Dewan Ulama PAS, Ustaz Harun Taib, tidak bersuara.

Mana dia kata-kata seperti wala', tarbiyyah, disiplin jemaah dsbnya? Bukankah Ketua Dewan Ulama yang sama bermulut bechok kepada pemimpin2 PAS yang menentang usaha perpaduang satu masa dahulu dengan menggunakan perkataan2 ini?

Tiba-tiba bila Nasa dan Hasan Ali dtg minta maaf secara terbuka Ketua Dewan Ulama PAS memuji tindakan mereka secara terbuka.

PAdahal, sebelum itu pengkhinatan Hasan Ali dan NAsa tidak langsung disentuh oleh Ketua Dewan Ulama PAS itu. Segala fitnah dan kata-kata keji Hasan Ali dan NAsa kepada PAS masih belum ditarik oleh mereka dan Ketua Dewan Ulama PAS tidak langsung menegur pengkhianatan mereka. (Sila baca salah satu pembohongan Hasan Ali di bawah).

Tak hairanlah Ketua Dewan Ulama PAS ini pernah di booo oleh penyokong sendiri. Lebih-lebih lagi, Allah SWT telah menurunkan penyakit jantung ke atas beliau. Namun, dalam keadaan sakit pun masih gila hendak memegang jawatan Ketua Dewan Ulama PAS. Sehingga ucapan dasar pun dia tak boleh baca, tapi masih mahu memegang jawatan di peringkat Pusat.

Sedihnya tengok Ketua Dewan Ulama yang selama ini menjaja candu wala' atau ketaatan kepada parti tetapi boleh senyum simpul terhadap pengkhianatan terhadap parti dari Hasan Ali dan Nasaruddin.

Inilah yang dipanggil orang perangai "Lidah Bercabang" yang ditunjukkan oleh Ketua DEwan Ulama PAS Pusat.

Itu tak termasuk perangai nya yang gila jawatang sampai dah sakit pun masih nak pegang jawatang.

Adakah ini membenarkan maklumat Tulang Besi bahawa KEtua Dewan Ulama PAS Pusat antara yang terlibat dalam usaha membina KERAJAANG PERPADUANG dengan UMNO?

Tulang Besi



9 comments:

ahli biasa kedah said...

Salam
Apa kita nak hairan dengan tentang dua harun dalam PAS , sekarang rakyat dah naik meluat dengan sikap sorong makan tarik pon makan.Alhamdulillah aku termasuk orang2 yang berhujjah melawan WALA" bodoh yang sengaja di ciptakan oleh gang2 sebahagian ustaz yang kemaruk jawatan satu waktu dulu.
Hari ini terserlah lah apa sebenarnya yang dimahukan oleh puak2 perpaduan ini.
Inilah cara menyelamatkan puak2 elit dalam PAS, dibimbangi nanti ada lagi secret file yang terdedah sekiranya di ambil tindakan ke atas hasan.
Kalaulah ahli biasa macam aku sudah pasti akan terdedah kepada tindakan disiplin.
dan aku tertanyatanya sekarang apakah kecantekan ISLAM akan terlaksana sekiranya PAS di beri peluang mentadbir negara?
Kerana sikap sebahagian pemimpin yang jelas sama sekali tidak mampu untuk berlaku adil dalam hal pentadbiran Parti dan disiplin.
Di manakah pengerusi jk disiplin PAS pusat?
Memang benar kata sebahagian ahli,mungkin mereka menunggu Husam,Hanipa mydin,khalid samad,hj nan ayam,mahfuz dan sebahaian lg pimpinan yang bukan ustaz melakukan kesalahan untuk cepat2 di ambil tindakan.
Dimana suara idris ahmad dan bakar chik yang menjaja kehulu ke hilir bab wala' dan siqah waktu nak pemilihan parti dulu.
Apakah kerana hasan ali dan nasha bernaung di bawah puak2 ustaz konon, maka mereka buat apa pon tak apa?
ingatlah wahai ustaz2 kamu semua juga akan menghadapi hari yang tiada gunaya harta dan anak pinak,hari perhitungan di hadapan ALLAH seperti mana juga orang2 lain akan mengadapnya.
Kamu semua lah yang banyak berkata2 di hari jumaat mengenai perkataan ini di atas mimbar.
YA ALLAH YA TUHAN KU SELAMATKAN PARTI ISLAM SEMALAYSIA DARI MEREKA2 YANG TIDAK JUJUR PADA AHLI DAN ADA CITA2 SELAIN DARI ISLAM .

Anonymous said...

Aku sokong komen Ibn Abd Halim. Hassan Ali dan Mustafa Ali juga geng kerajaang perpaduang dulu. Perang dalam akhbar bukan perang. Ia adalah permainang geng ni juga. Mustafa Ali feeder, hassang Ali killer. tengok kedua-duanya dah senyap sekarang...bukang ape, nak kasi utusang Meloya dan blogger-blogger UMNO baru pulun pulak....itulah permainang geng kerajaang perpaduang ni bila PRU semaking dekat.

Peranang Ketua Ulamak PAS? dia sambung kerja Mutafa dan hassang Ali je...nak hangatkan isu ni agar dapat menghuruharakan pakatan rakyat.

bat8

Anonymous said...

ulamak semakin tersisih dalam PAS...puak sekular dan anuaris semakin menggila dlm PAS...tunggulah saat kehancuran parti ini...

Asalkan Bukan UMNO said...

Memang peperangan dgn bn ni hebat dugaannya terutama bn banyak duit rasuah dan ada kuasa utk ugut gertak dan serangan dlm gelap. Pemimpin perlu elak rasuah dan ahli ahli perlu buka mata dan telinga supaya pisang tak berbuah dua kali. Geng anti perpaduang dah menang perlu bersihkan dewan ulama pemuda dan muslimat dari terus dgn idea perpaduang khianat tu. Pas tak perlu perpaduang dgn umno kerana pas boleh perintah dgn pakatan. tambahan pula pas pernah di khianati umno dulu kala. Ustaz memang banyak berfikiran tumpul sebab tu perlu profesional yg pimpin lebih baik.

Anonymous said...

salam
cube tgk blog ni , confrm geng UG.

http://ibnmustaffa.blogspot.com/2011/12/perjumpaan-sulit-2008-hangpa-semua-tahu.html

adaka nk menuduh yg xsuka UG pula sebagai parasit. seboleh2 nk menghalalkan tindakan2 puak UG berselingkuh dahulu. bro TB ada byk bukti pengkiatan geng UG terutamanya hasan ali kpd PAS dan pakatan.

mrk ni x sedar ke mrk sebenranya memusnahkan PAS? menjuahkan sokongan awam terhadap pas. tolong ajar geng UG masa pilihanraya nanti.

Anonymous said...

salam, ABU bkn shj asal bukan UMNO, ia juga menolak org " mesra UMNO' dan buat hal dalam pakatan.

keadilan ISLAM itu sudah cantik tp puak2 UG kasi buat hal sampai timbul was2 org ramai . org bertanya gini ka dinamakan keadilan dlm islam yg dperjuang dlm PAS? kes sebelum ini x seteruk yg d bt hasan ali sampai kena gantung, hasan ali boleh lepas gitu ja.

kin panas, mrk x sedar ka tindakan mrk byk da mencalarkan imej islam? awas lu puak UG. UG yg d calon dlm PRU13... lu org jaga.

Anonymous said...

Tulang Besi, tolong baca kenyataan Us Harun Taib ini sebelum buat tuduhan bukan2.

Pas kekal perjuangan asal.
KUALA TERENGGANU 21 Dis. - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, tidak ada sebab kenapa parti itu perlu kembali ke landasan asal perjuangan untuk menubuhkan sebuah negara Islam seperti disarankan Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali.
Beliau menegaskan, ini kerana Pas sejak awal penubuhannya sehingga sekarang masih berpegang kepada perjuangan asal untuk mendirikan sebuah negara Islam.

"Tak benar sama sekali, Pas memang sejak dulu lagi sehingga sekarang masih berpegang teguh kepada perjuangan asal untuk mendirikan negara Islam. Kita masih di landasan asal dan tidak sekali-kali terlajak atau terpesong.

"Kenapa kita perlu kembali ke perjuangan asal. Orang yang kata kita terpesong daripada cita-cita asal adalah orang yang tak faham dengan perjuangan asal Pas," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian Hasan yang menolak konsep Negara Berkebajikan diperkenalkan oleh Pas, sebaliknya mahu parti itu kembali kepada perjuangan asal iaitu menubuhkan sebuah negara Islam.

Pendirian Hasan itu jelas kerana matlamat asal penubuhan Pas adalah untuk mendirikan sebuah negara Islam dengan cara memartabatkan agama itu, umatnya serta memperkukuhkan peranan ulama supaya mereka mampu menggarap Islam di dalam pemerintahan.

Harun yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Terengganu menyifatkan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor itu sebagai pandangan peribadi yang cuba mempertahankan dirinya akibat kemelut dalaman parti ketika ini.
Beliau menjelaskan, tindakan Pas bekerjasama dengan rakan parti lain dalam pakatan pembangkang khususnya DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk berkaitan konsep Negara Berkebajikan telah disalah tafsir pihak tertentu.

"Kita memang bekerjasama dengan DAP dan PKR, ini biasa dalam politik tapi tidak semestinya kita melupakan matlamat dan cita-cita asal Pas untuk menubuhkan sebuah negara Islam," ujarnya.

Anonymous said...

memang orang pas lidah bercabang pun...bukan kau pun lidah bercabang jugak ker rahman talib al-kazzab...

hayazie said...

Jahil sungguh orang yg tak faham maksud wala'..gaya macam pejuang Islam..tapi walak dan kepentingannya pun tak faham..Wala' tu tu bukan ulama' yg cipta..tapi disebut dalam Al-Quran..siapa yang paling layak untuk tafsir Quran klu tidak pewaris Nabi..mereka lah Ulama'..baca Quran pun lintang pukang..nak pertikai ulama...yg dok pertikai Ulama' ni..ko orang dah khatam ke.tafsir Ibnu Kathir? dah baca ke tafsir Sayyid Qutb??lebih baik jadi ahli yg berakhlak..dari ahli yg berLAGAK BIJAK....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.