Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, December 16, 2011

Lembaga Zakat Masih Tolak Laporan Audit Dibentang Pada Umum

"Analisa Tulang Besi pula, tekanan JAIS ke atas Khalid Samad selama ini sebenarnya bertitik tolak dari sikap Khalid yang mempersoalkan kemana perginya wang zakat di Selangor sehingga terpaksa orang Islam meminta bantuan dari Gereja".


Tulang Besi diberitahu Lembaga Zakat Selangor telah menggunakan mimbar Jumaat hari ini untuk menyebarkanm propaganda kononnya wang zakat ditadbir dengan baik.

Hakikatnya adalah sehingga hari ini laporan audit ke atas Lembaga Zakat tidak pernah dibentang kepada umum. Dewan Undangan Negeri Selangor tidak pernah menerima apa-apa laporan berkaitan dengan keluar masuk wang zakat.

Begitu bersemangat Pusat Zakat Selangor ingin mempertahankan diri mereka. Semua ini akibat terdedahnya maklumat kepada umum bahawa terdapat keluarga2 Islam terpaksa menerima bantuan Gereja kerana acap kali ditolak permohonan mereka oleh Pusat Zakat Selangor.

Bagi Tulang Besi, tak perlulah guna mimbar jumaat untuk membela diri mereka. Biarkan Dewan Undangan Negeri Selangor melantik 3 badan audit bebas dan buat audit secara mendalam ke atas Pusat Zakat Selangor.

Kemudian, laporan Audit tersebut dibentang kepada Dewan Undangan Negeri untuk semua rakyat Selangor membacanya.

Jangan berselindung di belakang Istana untuk menyorok segala-gala berkaitan perjalanan dan pentadbiran zakat di Selangor.

Mungkin Pusat Zakat boleh lari di dunia, tapi di akhirat kelak kamu semua akan dihitung oleh Allah SWT.

Sehingga hari ini pun Pusat Zakat tidak dapat menjawab mengapa ada orang Islam di Selangor yang terpaksa melutut dan menyembah pihak Gereja demi sesuap nasik.

Khutbah yang berjela-jela yang dipenuhi oleh dakwaan sendiri tanpa pengesahan dari pihak ketiga sepatutnya tidak berlaku.

Kalau Pusat Zakat tiada apa yang mahu disorok, mengapa tidak dibentang laporan audit kepada rakyat Selangor? Sila jawab soalan mudah ini.

MAnakala, poll Malaysiawaves merekodkan lebih 98% responden bersetuju Pusat Zakat Selangor diaudit dan laporan audit dibentang kepada seluruh dunia untuk dianalisa dan dibaca.

KLIK IMEJ


Analisa Tulang Besi pula, tekanan JAIS ke atas Khalid Samad selama ini sebenarnya bertitik tolak dari sikap Khalid yang mempersoalkan kemana perginya wang zakat di Selangor sehingga terpaksa orang Islam meminta bantuan dari Gereja.

Sekian

Tulang Besi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.