Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, December 22, 2011

Lengkaplah Sudah Pengkhianatan Hasan Ali

Semalam Hasan Ali telah mendapat slot dalam TV3 milik UMNO. Seorang yang tidak pernah dipandang oleh UMNO diberi tempat yang istimewa oleh media yang ada rekod memfitnah dan menipu terutamanya kepada pemimpin2 Pakatan Rakyat.

Hasan Ali dengan bangga menyatakan pendirian dan pegangan beliau. Kononnya beliau memperjuangkan Islam, Bangsa dan Raja.

Disentuh juga isu rampasan arak di 7-11 Shah Alam sebagai bukti betapa kerajaan Pakatan Rakyat telah mengkhianati Islam dan Melayu.

Oleh kerana HAsan Ali mengabunggkan diri dengan media penipu, beliau sendiri secara otomatik terpalit perangai menipu.

Hakikatnya, rampasan arak di 7-11 itu tiada kena mengena dengan Hasan Ali. IA adalah usaha dan inisiatif Majlis Bandaraya Shah Alam serta ahli2 majlis yang sebahagiannya dilantik oleh PAS Shah Alam/Khalid Samad.

Adapun tindakan Ronnie Liu mengembalikan arak tersebut adalah kerana tidak mahu disaman 7-11. Ini adalah kerana kerajaan tempatan tidak boleh merampas barangan yang tidak diharamkan oleh undang-undang.

Undang2 yang menghalalkan beer adalah Akta Kastam yang milik UMNO. UMNO yang sebenarnya meluluskan Akta Kastam yang telah menghalalkan beer kepada orang Islam dan bukan Islam.

Malahan, mengikut Akta Kastam milik UMNO, penjualan beer tidak memerlukan lesen kerana ianya mengandungi alkohol lebih rendah dari 8%. Dengan kata lain, UMNO menghalalkan beer dijual di mana-mana sahaja termasuk kedai kopi dan kedai cangkung tepi jalan.

Atas alasan tidak mahu Kerajaan Negeri disaman maka beer2 tersebut dipulang kembali. Dengan kata lain, pemulangan tersebut adalah kerana undang2 UMNO yang menghalalkan beer dan arak.

Atas alasan itu, saya ingin bertanya kepada Hasan Ali, adakah dengan beliau menggabungkan diri dengan jentera fitnah UMNO maka beliau akan berjaya memperjuangkan pengharaman arak?

Ini sedangkan UMNO yang menghalalkan arak dijual di mana-mana sahaja kepada sesiapa sahaja.

Adakah HAsan Ali lupa yang mantan Presiden UMNO sendiri yang merasmikan kilang Guiness di Sungai Way pada tahun 60an dulu? Adakah ini perjuangan Islam yang baru yang Hasan Ali mahu banggakan?

Hakikatnya, selama Hasan Ali dalam exco, tiada apa yang Hasan Ali buat untuk kebaikan dan kemajuan Islam di Selangor. TIADA ADA APA APA.

Beliau adalah sampah kepada UMNO. Kalau beliau tidak bersama PAS, tidak mungkin beliau boleh menjadi wakil rakyat dan duduk di kerusi Exco. UMNO tidak akan sekali-kali memberikan peluang itu.

Sedarlah, wahai HAsan Ali

Tulang Besi

12 comments:

Anonymous said...

ooo rupanya dlm tv3 mlm tadi, terlalu geram kat hasan ali sampai x perasan tv mana, ingat kot tv2.

bongkak, sombong dan besar kepala dia ni, baru saja masuk pas, kalau nak banding dgn pemimpin dan ahli2 yg dah lalui jln berliku penuh ranjau duri, siapa hasan ali nak pertikai dasar pas. masuk2 pas terus dpt jadi pemimpin, tu pun x sedar diri.

lagi satu dia claim ramai penyokong/ahli pas yg sefikiran macam dia, jgn nak bohonglah, kami tetap setia dan tiada apa2 komplen dgn pas. sebenarnya dia yg bermasalah dan patut angkat kaki saja cepat2.

Anonymous said...

Kalau kita lihat sikap mereka yang mengaku pejuang umno ni, perangai mereka begitu hodoh sekali.Semata2 kerana kuasa;sanggup cantas mencantas, kutuk mengutuk. Jauh beza sangat orang PAS.

Bayangkan kalau orang-orang macam mereka ni menyamar dan masuk pas untuk merosak dari dalam.

Silap besar la Hasan Ali sentuh bab negara kebajikan,penyamaran anda terbongkar..

Anonymous said...

Salam semua.
Biarlah sdr Hassan Ali dengan pendiriannya. PAS harus bersyukur, Allah telah mencuit hatinya untuk menunjukan warna sebenar (true color)beliau. Lebih baik terkeluar semua sekarang dari terselindung. Harap PAS & ahlinya belajar dari insiden ini. Perjuangan masih jauh dan memerlukan strategy yang bijak.

otakBesi said...

TB,
tolong beritahu pimpinan parti PAS, sekarang asam ali kecing atas bendera PAS, adakah mereka nak biarkan asam ali berak atas bendera bulan, baru mereka nak bertindak.
aku tahu pimpinan kita sekarang tengah sibuk berzikir, sampai buah tasbih panjangnya lebih dari semeter, namun bila musang telah makan anak ayam kita, berhentilah sekejap.
kalau tubuh kita dingin sangat, jangan asyik berselimut dgn jubah, pergilah cari bomoh "uluran", kerana kalau dibiarkan isteri pun tak mahu masuk dekat.
aku pun naik gerun, kalau-kalau mursyid am TGNA buat kenyataan mengenai cabaran dan hinaan asam ali kepada PAS, orang akan kata AJK pimpinan PAS pusat dah jadi tunggul kayu.
aku rasa tak larat nak jawap persoalan yang yang ditimbulkan asam ali mengenai parti PAS, kerana jawapan tersebut adalah ulangan kepada jawapan kepada Nakhaie sejak 20 tahun lepas.
otak-besi

mohamad sg petani said...

hasan ali orang yg bertuah mendapat tempat di tv 3...malam semalam...pemimpin pas yg lain terlopong kerana dari tertubuhnya parti pas sampai sekarang tak dapat-dapat nak masuk tv bercakap seperti mana hassan ali dapat bercakap...sejam ooii...MB kelantan pun paling lama 2 minit saja...dapat bercakap dalam tv...itu pun mulut saja bergerak tapi suara tak dengar...kerana pembaca berita sibuk dgn ulasan bodoh mereka..

dengan cermat menutur kata demi menjaga islam melayu dan raja-raja melayu...dia sendiri mengaku akan berada bersama-sama dgn parti atau ngo yg memperjuangkan islam melayu dan raja-raja melayu...soalan saya dalam parti mana atau dalam ngo mana yg memperjuangkan ketiga-tiga perkara tersebut...selain daripada pas...paslah satu-satu parti yg memperjuangkan ketiga-tiga perkara...yg tergelincir hanyalah hasssan ali...pas tak pernah tergelincir sampai terkeluar dari landasan...nak perjuang ketiga-tiga perkara tersebut jgnlah berjuang seorang-seorang...berjuanglah secara beramai-ramai...apatah lagi beruang untuk islam...nak jelaskan diri berada dalam parti mana pun banyak madah berhelah...nak kata saya tetap akan menyokong pas pun takut...walhal kamu ahli pas...segala kemewahan yg kamu dapat hari ini adalah dari allah S.W.T melalui parti pas...

semasa saya di sarawak pada tahun 2008..singgah saya dimasjid lama kuching...disapa seorang jemaah...kata dia kat saya awak sokong parti parti apa...saya dgn tegas katakan kat dia saya sokong parti pas...maka berlakulah soal jawab antara saya dengan dia....diakhir soal jawab saya dgn dia...berakhir dgn kata-kata encik tunggulah PRU 13 nanti anuar ibrahim tetap akan menjadi PM... malaysia...untuk elak perkara yg task diingni berlaku saya masuk masjid sembahyang dan terus hai..hai..bye..bye kat dia...

kamu pemimpin...yg dikira amat bertuah jika dibandingkan dgn pemimpin pas tulin yg lain...terjun kamu dalam pas terus mendapat tempat yg tinggi dalam kepimpinan...

keluar parti lebih mulia daripada dipecat dari parti...buatlah satu keputusan yg bijak...nak keluar keluar sekarang..kalau nak kekal dlm pas...kekallah...keputusan ahli parti jgn dibantah...kamu pekerja sahaja...ahli adalah tauke sebenar...ikut keputusan yg dibuat oleh parti....selamat dunia akhirat.

Anonymous said...

esok hasan ali pegi bangunan pas jalan raja laut...turunkan bendera pas...pasang bendera umno...caya la hassan ali....baru kelas...ingat adam adli jer ke boleh buat...

Anonymous said...

dr hassan ali itu bijak sana dan tinggi daya intelektualan nya...bukan mcm cikgu pa atau mahfuz yg SPM gred 3....org spm gred 3 boleh jadi naib presiden pas...maknanya low klas la ini parti patut senang kena UNTA kan oleh Teresa Cock....sidang akhbar Pjaya PAS semalam di Buat di ofce Khaled samad....awat Pjaya PAS Rani JAWA meru ni tak der opis sendiri ker...siap ada Teresa Kok sebelah utk pastikan Pjaya PAS cakap apa yg patut ...skrip dituleh oleh DAP....patutlah PAS dah haru biru caca marba....jauhkan diri dari golongan A.S.A.P ( DAP &PAS)...

mohamad sg petani said...

to anon 2.19..
memang mahfuz spm gred 3..tapi dalam perlimen dai dapat gred a dalam semua perbahasanya...sampaikan orang yg ada phd pun takut nak debat dalam parlimen...nak jadi ahli politik bukannya ada kelayakan khas...mohon kerja bolehlah...ada kelayakkan.yg mesti ada tidak rasuah, tak beli harta dgn harga yg murah,taat pemimpin. nak buat sidang media kat mana pun boleh...khalid samad orang pas...teresa kok org dap...pas dan dap berada di bawah pakatan rakyat...apa masalahnya...pas tak pernah baca skrip orang..pas ada intelektual sendiri...

Anonymous said...

Mereka yg masuk PAS ketika umur pencen memang berbeza mereka yg berjuang dlm PAS semenjak dari usia muda lagi. Kerana mereka ada nama terus diberi jawatan tinggi, tapi daya juang tidak setanding mereka yg istiqamah dari awal lagi.
Lain kali, PAS kena berhati-hati golongan pencen yg masuk PAS, mereka sekadar mahu hilang bosan saja duk di rumah.

Anonymous said...

Jangan pandang rendah yg dpt SPM Gred 3..hang tau ka yg jadi kontraktor, businessman yg berjaya even politician yg berjaya adalah dari kelulusan spm kalah yg degree..yg spm jadi tauke..yg degree jadi kuli..politician pula tenguk la Ghafar Baba si ahli UMNO. ..SPM je..entah lulus tidak SPM tapi bukan setakat naib presiden je..tapi dah jd timbalan PM..

Anonymous said...

Eloklah PAS bertaubat dan kembali kepada perjuangan asal menegakkan hukum Allah dimuka bumi ini. Bukankah haram membuang orang islam sebaliknya mengambil orang bukan islam pula sebagai rakan.

Anonymous said...

Najib tu pandai sangat ke....sejarah dia ambil LCE pun tak lulus...punya banggang Perdana Menteri UMNO

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.