Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, December 13, 2011

Mengekalkan Kuasa UMNO dengan Huru Hara??

TERJEMAHAN: Tetapi ideanya (Dato Najib) tidak diterima baik oleh majoriti perwakilan malahan majoriti dari Ahli2 Majlis Tertinggi UMNO. Mereka mungkin telah membuat kesimpulan bahawa satu2 nya jalan untuk UMNO mengekalkan kuasa adalah melalui huru hara yang bersifat perkauman mahupun keugamaan

Sesiapa yang mengikuti Perhimpunan Agung baru-baru ini pun pasti mengakui hakikat ini.

Rata-rata UMNO kekeringan idea. Mereka bukan sahaja kering tetapi bangkrap idea. Tiada apa yang mampu mereka tawarkan kepada rakyat Malaysia mahupun orang Melayu.

Mereka bangkrap idea dari segi ekonomi, agama, politik, sosial dsbnya.

Yang kita dengar saban hari dari pemimpin mahupun perwakilan hanyalah kutukan, cacian, fitnah dan mehnah kepada DAP, Anwar Ibrahim, Tok Guru Nik Aziz, kerajaan Selangor, Lim Guan Eng, Kerajaan Penang dsbnya.

Di sulam di antara kutukan dan cacian itu, ugutan kepada kaum2 lain dari Melayu bahawa akan berlaku huru hara dan kacau bilau sekiranya kuasa UMNO terhakis dan terancam.

Apa lagi yang UMNO ada untuk beri pada rakyat? Apabila sudah bangkrap, yang tinggal hanya ugutan.

Kepada Melayu, kalau UMNO kalah kuasa Melayu akan terhakis.

Kepada bukan Melayu, kalau tak sokong BN, kelak nanti akan berlaku huru hara. Siapa yang mulakan huru hara, jangan tanya. Pokoknya huru hara itu akan berlaku.

Benar tulisan Datuk Nur Jazlan dalam Malaysianinsider itu. Jelas kepada kita UMNO bangkrap idea. Bangkrap segala-galanya.

Yang mereka kaya hanyalah dengan kutukan, cacian, carutan, fitnah dan ugutan.

Tulang Besi

3 comments:

Anonymous said...

Baguslah kalau gitu,yg untung ahli amno sje,sedihnya yg rugi agama, bangsa,dan negara, dulu dan selamanya dimata semua orang lain dan luar negara.i dah penat cakap pasal manusia degil macam ni yg hanya pentingkan kuasa sje.

Anonymous said...

memang itulah cara utk kekal berkuasa. kalu rakyat bersatu, rakyat jadi cerdik dan open minded.

Anonymous said...

baik jangan diadakan Pilihan Raya
kalau kita hanya boleh pilih UMNO

ah moi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.