Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, December 20, 2011

Nik Abduh Pertahan Pengkhianatan Rakan Se "PERPADUANG" nya

Arakian, Nik Abduh telah menyerang karikatur dalam terbitan Harakah yang terbaru. Beliau berkata:



Tulang Besi tidak terkejut atas tindakan Nik Abduh ini. Sekelian ahli2 PAS sudah pun melihat dengan mata kepala mereka sendiri akan pengkhianatan yang telah dilakukan oleh Hasan Ali dan Nasa di persada media2 milik UMNO.

Tiada siapa yang mempersoalkan tindakan Harakah mahupun pimpinan PAS Pusat menyatakan keadaan sebenar berkaitan Hasan Ali dan Ustaz Nasa.

Soalnya sekarang, mengapa tiba-tiba Ustaz Nik Abduh membuka mulut mempertahankan kedua-dua orang yang telah mengkhianati PAS itu?

TUlang Besi beranggapan tindakan Nik Abduh ini adalah lantaran sokongan beliau kepada AGENDA PERPADUANG satu waktu dulu.

Masih ingatkan anda berkenaan kenyataan ini:

Di mana pergi pembantu – pembantu ayahanda yang sesat pekerjaan mereka itu di sisi tuhan!? Semoga Allah melaga- lagakan di antara mereka pula di dunia ini agar mereka segera bertaubat!


Ia datang dari tulisan tangan Nik Abduh sendiri yang bertajuk "Kerja-Kerja Bodoh Dalam PAS".

Di kala itu, Nasaruddin dan Hasan Ali sebuk melobi dan memanjangkan agenda PERPADUANG dgn UMNO. Nik Abduh telah keluar secara terbuka memberi sokongan kepada agenda ini serta menista dan mengutuk mereka2 yang dianggap sebagai anti kepada agenda PERPADUANG ini.

Dikatakan artikel ini jugalah antara sebab Nik Abduh kalah bertanding jawatan Ketua Pemuda PAS Kelantan pada masa itu.

Maka, apabila segala kemunafikan telah terdedah, tidak hairanlah Nik Abduh antara mereka yang terasa bahang dari pengkhianatan kedua-dua NAsa dan Hasang Ali ini. Ini kerana Nik Abduh adalah antara penyokong terbesar mereka satu masa dahulu.

Tidak hairanlah ada usaha untuk membuang Husam dari Kelantan semata-mata kerana peranan Husam Musa mengagalkan agenda PERPADUANG dgn UMNO.

Jagi, Tulang Besi tak hairan Nik Abduh terbuka mempertahan pengkhianatan Nasa dan Hasan Ali. Kedua-dua bekas pemimpin PAS ini pernah dipertahankan secara terbuka oleh Nik Abduh.

Dan hingga hari ini pun kita tak dengar Nik Abduh membuang agenda perpaduang nya sama sekali.

Malahan, kalau tak silap, Nik Abduh pernah cuba menganjurkan pertemuan dalam gelap yang kedua yang berakhir dengan kegagalan apabila ayahandanya memaki Najib dan Muhyiddin.

Sama sama kita lihat perkembangan isu Hasan Ali dan Nasa ini. Saya yakin kesemua yang selama ini berperangai munafik akan mula menunjukkan kemunafikan mereka.

Tulang Besi

11 comments:

Anonymous said...

Beliau termasuk lah mereka-mereka yang pernah ditahan ISA..dah kena brainwash la tu..

sudirumusibarat said...

Mereka terlalu melihat keluasan dinding namun lupa melihat titik di tengahnya!

hussin said...

Allah memiliki caraNya sendiri untuk mendedahkan golongan yang khianati perjuaangan pas sejak 'pertemuan dalam gelap' pada 2008 dulu.

mik abduh dilaporkan bertemu pemuda umno di sebuah hotel terkemuka di kl sehari sebelum tgna mengadap agong di istana terengganu pada 23 dis 2010!

perjuangan nik abduh sudah bertukar menjadi perjuangan 'menyelamatkan' adik ipar. perlembagaan pas sudah dikesampingkan.

tengok video clip terbaru keluaran pemuda pas (muslim perihatin)yang pelakun2 utamanya menggambarkan akan saf kepemimpinan masa depan pas. dengan bakal presiden bermain gitar, ha ha ha - nasaruddin temerloh mari! sama2 kita tunggu bilakah kalangan ustaz akan menerajui kepimpinan cawangan, kawasan, negeri dan pusat...

Anonymous said...

SubhannAllah,

Korang budak2 PAS ni memang dahsyat syok sendiri dan tak boleh lihat luar dari kotak kecik akal korang ye ...

Penah pikir tak yg ada sejumlah besar pengundi penyokong PAS sememangnya mahukan penyatuan umat melayu dan Islam lebih utama sebelum penyatuan warga malaysia..

Penah pikir tak species macam korang ni la yang dilihat MENGKHIANATI ISLAM DAN UMAT MELAYU MALAYSIA oleh orang2 yg sokong tanpa berbayar terhadap PAS dan membantu secara senyap 2008..

Sekarang ni korang lah pengkhianat jahanam yang mungkin tak sedar2 lagi. Mungkin nak sedar nanti masa PRU13 tak pun masa kene terajang dengan kami yg makin berang dengan lawak bodoh bebudak mcm korang nih.

Kalau nafsu dan taksub kuasa dijunjung, Allah & Rasullullah dan Ummah dibelakang, nilah jadinya fitnah walaupun sejumlah ulama dikeliling.

SELANGOR JANGAN HARAP KAMI BAGI DEKAT KORANG LAGI..CUKUP LAH DAH ROSAK..sekurang-kurangnya, Hassan Ali dan Ustaz Nasha boleh secara objektif mengakui situasi yg sebenar dari menjadi zealot2 bodoh kurang hajar cam korang.

Kami tidak menyesal menyokong PAS selama ini, cuma sedih kerana hari ini PAS semakin hilang jatidiri. Makin kusut dari UMNO. Makin lemah dari DAP dan PKR. Jadi jangan sembrono bagi alasan jadikan Hassan Ali dan Nasha sebagai punca masalah sedang hakikatnya parti PAS sendiri yang makin hilang arah. Makin ramai ahlinya menjadi apparat yang keparat yang biadap dan tidak takut Allah.

Anonymous said...

Nik Abduh ni ingat orang dah lupa apa yang dia pernah tulis.Sekarang baru terserlah siapa sebenarnya Nik Abduh? Itulah sebabnya Pemuda PAS Pusat jadi suatu lembaga yang sudah tidak boleh diharapkan lagi - dengan Ketua dan Timbalan yang sedemikian rupa.Nik Abduh kalau bukan BIN Nik Aziz,dia ada "just nobody".Ramai lagi dalam saf Pemuda yang lebih celek,aktif,berwawasan dan punya ciri pemimpin dibandingkan dengan Nik Abduh mahu pun Nasaruddin Tantawi.Nasib Pemuda PAS.

otakBesi said...

TB, 2 babak belum siap yg aku tulis :
Babak 1.
aku ingat penyakit sawan b*b* utk 2011 telah berakhir, namun penyakit sawan b*b* masih memanjang dan berjangkit pula kepada PAS.
walaupun org yg terkena penyakit sawan b*b* akan hanya berbuih mulut dan kejang otok, namun silap haribulan penyakit ini boleh bawa maut.
biasanya pesakit sawan b*b* politik suka sawan didepan kemera dan wartawan, ketika terkena sawan pesakit akan bercakap merapu tak tentu hala, semasa sawan inilah dia akan kritik parti sendiri dan akan membuat cabaran kepada pimpinan parti.

Babak 2,
bila seseorang pekena pil kuda, kepala otaknya akan jadi hanyut dan khayal. Walaupun fizikal masih berfungsi dgn sempurna, tapi percakapannya merapu dan keluar tanpa kawalan.
ada juga org politik yang tersalah sedut asap pil kuda, bila asap masuk kedalam otak, org ini akan jadi khayal meragam.
walaupun tubuhnya kecil macam cicak, namun dia rasa besar macam dinasour, walaupun janggutnya yang sedikit macam janggut kambing, dia akan rasa janggutnya lebat macam janggut singa.
ada ketika khayalannya jadi melampau, bila sahaja bertemu org yang lalu lalang, dia akan beri amaran, mungkin dia parasan gedebe atau nak tunjuk memang dia gedebe. ada juga ketika tertentu dia bercakap dengan suara yang lunak dan menarik didengar, memaanggil seorang dengan panggilan kekanda atau ayahanda.
namun bila bergabung khayalanya sebagai seorang yg gedebe dan seorang yg lemah lembut, orang jadi tak faham atau buat-buat tidak faham, misal kata gabungan ini adalah "jangan menghina kekanda saya, YB N*******."

Anonymous said...

Kalau kita lihat sikap mereka yang mengaku pejuang pas ni, perangai mereka begitu hodoh sekali. Belum ada kuasa lagi dah cantas mencantas, kutuk mengutuk. Jauh lebih buruk dari orang UMNO sendiri. Bayangkan kalau orang-orang macam mereka ni menguasai putrajaya.

Anonymous said...

Kesian juga tenguk Pemimpin Pemuda PAS ni, cetek sungguh pengalamannya dlm sepak terajang mainan politik UMNo dan BN tak dulu dan kini, tak mustahil lah di peralatkan je..

Anonymous said...

setuju sgt2 dgn anon December 21, 2011 10:44 PM, mereka yg mudah makan umpan amno ni, mereka yg naif dan buta mainan politik pihak musuh, kesian!

rugi kalau mereka jadi pemimpin pas, senang kena tipu, lepas tu nak gaduh pulak dgn jemaah sendiri dek kejahilan sendiri.

hussin said...

anon 8:39,

ko memang penyokong perpaduan 'melayu-islam (umno)' dengan 'islam-melayu (pas}'. ko ingat rakyat pas bodoh macam ko? ug untuk sokong pengkhianatan umno terhadap 'melayu-islam' bangsa ko sendiri? biarkan umno terus rasuah? betoi ke?

arab pun tak berjaya bersatu padu sejak zaman nabi saw dan para sahabat lagi. apa hebat nya melayu, lebih2 lagi satu puak (islam-melayu) dasarnya islam, manakal satu puak lagi (melayu-islam) dsarnya melayu!

fikirlah, jangan nak berceramah bodoh kat sini.

hussin said...

anon 8:39,

ko memang penyokong perpaduan 'melayu-islam (umno)' dengan 'islam-melayu (pas}'. ko ingat rakyat pas bodoh macam ko? ug untuk sokong pengkhianatan umno terhadap 'melayu-islam' bangsa ko sendiri? biarkan umno terus rasuah? betoi ke?

arab pun tak berjaya bersatu padu sejak zaman nabi saw dan para sahabat lagi. apa hebat nya melayu, lebih2 lagi satu puak (islam-melayu) dasarnya islam, manakal satu puak lagi (melayu-islam) dsarnya melayu!

fikirlah, jangan nak berceramah bodoh kat sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.