Antara hujjah2 nya adalah:
1.0 Had Mukallaf bukan 18 tahun seperti yang terkandung dalam Enakmen Hudud di Terengganu dan KelantanIzinkan saya mencerahkan keadaan serta menyelamat umat Islam dari disesatkan oleh Penasihat Agama MB Selangor:
2.0 Hudud sepatutnya dikenakan kepada yang bukan Islam bukan hanya kepada orang Islam sahaja.
1.0 Had mukallaf mengikut madhab Hanafi adalah 18 tahun. Ia diambil oleh PAS kerana untuk menghilangkan segala syubhah(ragu). Maka, apabila seseorang itu dibicarakan, ia tidak boleh memberi alasan umur lagi kerana pendapat yang diambil oleh PAS adalah pendapat fekah yang paling lunak, yakni 18 tahun.
2.0 Penasihat Agama MB Terengganu secara otomatik telah mengatakan fuqaha2 madhab Maliki serta Imam Malik sendiri sebagai tidak mengikut hukum Allah. Ini kerana, pengecualian orang bukan Islam terhadap hudud adalah berdasarkan madzhab Maliki dan pendapat Imam Malik, bukannya ciptaan PAS. (sila rujuk di sini untuk melihat perbandingan pendapat Mazahib dalam hal hudud)
Secara mudahnya, demi menjaga survival UMNO, agama Islam dilacurkan oleh pemuka-pemuka UMNO ini. Sehingga Imam Malik, guru kepada Imam Syafiee pun sanggup mereka perlekehkan.
Tulang Besi
No comments:
Post a Comment