Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, December 27, 2011

Penyerahan Singapura Bukti UMNO Kuda Lee Kuan Yew

Semenjak 2008, selepas keputusan pilihanraya 2008, UMNO telah memainkan jarum mereka menyebarkan racun mereka kepada orang Melayu kononnya PAS diperkudakan oleh DAP.

Racun ini diulang-ulang walaupun mereka sedar ianya adalah fitnah semata-mata. Dibantu dengan puak2 pro Perpaduang di dalam PAS seperti Hasan Ali yang memainkan fitnah yang sama kepada ahli-ahli PAS.

Hasilnya, ramai orang Melayu telah termakan dengan racun dan fitnah ini.

Oleh sebab itulah suka saya membawa perhatian tuan-puan pembaca kepada peristiwa penyerahan Pulau Singapura kepada Lee Kuan Yew/parti PAP.

UMNO pula sering mengatakan parti PAP adalah asalnya parti DAP. Pulau SIngapura pula telah diserahkan kepada parti PAP yang didakwa UMNO bapa kepada parti DAP.

Yang lebih menghairankan, di negara-negara lain, apabila berlaku pemisahan seperti ini, pasti berlaku pertumpahan darah yang begitu hebat, peperangan serta konflik berdarah yang sebegitu besar.

Dalam kes UMNO, pulau Singapura diserahkan dengan sebegitu mudah.

Kita juga mendengar betapa UMNO begitu bangga dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Hakikatnya, UMNO begitu bachul dan penakut untuk menggunakan ISA ke atas Lee Kuan Yew yang menjadi sebab Pulau Singapura pecah dari Malaysia. UMNO tidak berani pun menggunakan ISA ke atas Lee Kuan Yew.

UMNO hanya berani menggunakan ISA ke atas Tok2 Guru pondok di Kelantan dan Kedah sehingga membawa kepada meninggalnya beberapa Tok Guru dan pemimpin PAS. Tetapi, Lee Kuan Yew tak berani ditangkap ISA oleh UMNO.

Kesimpulannya, apabila UMNO begitu mudah menyerahkan Pulau Singapura kepada PAP dan Lee Kuan Yew, tidakkan itu bukti UMNO kuda Lee Kuan Yew / PAP?

Tulang Besi

3 comments:

Asalkan bukan Umno said...

Lepas ni ramai Melayu akan joint DAP termasuk veteran Umno. Itu sebab Umno dah gigil dan meracau racau meroyan. Kalau ramai Melayu dlm Pas Pkr dan Dap Umno tutup kedai la. Toon Tua Kutuk tpaksa lari Argentina.

Jum Saleng said...

Pada 16 September 1963, British bersetuju untuk menyerahkan Singapura, Sabah, dan Sarawak untuk bergabung dengan Tanah Melayu supaya Persekutuan Malaysia dapat dibentuk. Selepas menyertai Malaysia, parti politik utama Singapura iaitu Parti Tindakan Rakyat memenangi Pilihanraya Singapura. Tindakan PAP yang sering menyuarakan ketidakpuasan mengenai keistimewaan kaum Bumiputera. Ramai ahli UMNO mengesa Kerajaan Persekutuan supaya menangkap Lee Kuan Yew. 1965, Tunku Abdul Rahman menyingkirkan Singapura daripada Malaysia. Melayu perlu bersyukur dgn tindakan UMNO kerana lee kuan yew sama spt LGE yang berfahaman komunis yg sentiasa mempertikaikan hak bumiputera dan unsur fahaman komunis akan mudah tersebar… so UMNO serah singgapura tetapi atas dasar fahaman yg dibawa oleh LKY yang sama seperti pemimpin LGE dan Anuar pd hari ini… mereka perlu disingkirkan. Pada masa itu, Umno tak masukkn LKY ke ISA bukan atas dasar bacul tetapi untuk mengelakknan pertumpahan darah spt peristiwa 13 mei 1969.. Singapura yg majoritinya pd masa itu ialah kaum cina dan pada masa itu jg kemipinan barisan UMNo belum begitu utuh utk melaksanakan ISA. so patut bloger yg berbangsa melayu ni patut bersyukur sbb anasir komunisme yg bencikan ketuanan melayu di bumi semenanjung dapat disingkirkan lebih awal.. kenyataan bloger ni samalah spt org yg tak belajar dari kesilapan.

Anonymous said...

Kahkahkahkah macai umno yg baghal......Ahmad Ibrahim yg menyerahkan singapura kpd LKY kerana berpendapat LKY boleh majukan singapura dgn ekonomi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.