Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, December 5, 2011

Perhimpunan Agung UMNO 2011 Tiada Isi yang Menarik

Sepanjang Perhimpunan Agung UMNO, tiada apa tawaran ataupun hujjah jitu yang dapat digunakan oleh rakyat Malaysia mahupun orang Melayu sebagai bekalan dalam PRU ke 13 kelak.

Apa yang diungkap sepanjang PAU2011 yang lepas bolehlah dikategori sebagai:

1.0 Makian dan cacian kepada Anwar Ibrahim serta keperibadian beliau
2.0 Makian terhadap DAP tanpa apa-apa bukti yang jelas
3.0 Makian dan cacian terhadap Tok Guru Nik Aziz Nik Mat
4.0 Makian dan cacian kepada pentadbiran Kelantan
5.0 Makian dan cacian kepada PAS dengan tuduhan PAS diperkuda DAP
6.0 Amaran kepada orang Melayu hak Melayu akan hilang sekiranya UMNO kalah
7.0 Amaran kononnya hak Melayu akan dihapuskan
8.0 Amaran Melayu akan hilang kuasa


Namun, sepanjang Perhimpunan kita tak dengar:

1.0 Penjelasan bagaimana suami Ketua Wanita UMNO boleh diberikan projek lembu RM250juta
2.0 Bagaimana Ketua Pembangkang UMNO di Selangor boleh jadi kaya dengan jual tanah Melayu
3.0 Bagaimana Melayu masih ketinggalan walaupun Dasar Ekonomi Baru telah berjalan semenjak 1969?
4.0 Mengapa majoriti yuang miskin masih lagi orang Melayu?
5.0 Mengapa penagih dadah majoriti Melayu?
6.0 Mengapa Melayu masih jauh terkebelakang dari segi menguasai pasaran modal
7.0 Mengapa buang anak adalah majoriti dari bangsa Melayu?
8.0 Mengapa ada orang Melayu yang terpaksa meminta bantuan gereja kerana kesempitan hidup?
9.0 Bila UMNO akan mula melaksana syariat Islam di Malaysia. Atau sekurang-kurangnya mengizinkan kerajaan Kelantan untuk melaksana hudud.\


Pokoknya segala masalaah orang Melayu tidak dibincangkan dalam PAU2011 ini. Yang ada hanyalah cacian dan makian kepada PAS, PKR dan DAP. Itu sahaja.

Sampai Samad Said dgn Prof Aziz Bari pun kena maki dalam PAU2011 ini.

Hairan seribu kali hairan.

Yang baiknya adalah PAU2011 bukti UMNO hanya gila untuk kekal berkuasa. Masaalah orang Melayu dan orang Islam sudah tidak menjadi agenda UMNO.

Malahan, UMNO tidak lagi berusaha menafikan mereka ini korup. Masej yang hendak disampaikan kepada orang Melayu adalah orang Melayu tidak seharusnya mempersoalkan tindakan korup UMNO ini.

Malahan, korupsi tidak penting. Yang penting adalah hak Melayu mesti terus terpelihara. Walaupun hak Melayu itu diratah dan dimamah oleh pemimpin2 UMNO serta anak beranak dan kroni mereka sahaja. Orang Melayu kebanyakan terus merempat di bumi sendiri meminta sedekah.

Tak penting, tak penting. Yang penting pemimpin2 UMNO dan anak beranak mereka terus menerus hidup kaya raya.

Tulang Besi


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.