Tapi, besoknya (hari Ahad) Presiden MCA mengeluar kenyataan menghina hukum Allah SWT seperti di bawah:
Dr Chua (gambar) dipetik berkata pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara akan berhadapan dengan “binasa diri” jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia.
Allah SWT Maha Kaya. Tak sempat 24 jam selepas Najib memfitnah dan menista PAS kerana berhubungan dengan DAP, UMNO pula didedahkan keburukannya berhubungan dengan MCA.
Sekarang ini apa tindakan UMporNO? Seburuk2 DAP, mereka tidak mengutuk hukum Allah SWT secara terbuka seperti MCA dan Chua Soi Lek.
Mereka tidak bersetuju kerana mereka adalah bukan Islam. Dan PAS menerima sikap tidak bersetuju DAP kerana mengikut tindakan Nabi SAW dalam Perjanjian Hudaibiyyah di mana wakil kafir Quraish tidak bersetuju menggunakan kalimah "Bismillah" dan "Muhammad Rasullullah".
Saya pasti UMNO akan diam tunduk kepada kenyataan Presiden MCA kerana UMNO takut dengan MCA. UMNO lebih takut dengan MCA berbanding Allah SWT.
Saya baru faham mengapa ada ulama2 pondok tahun 50an dan 60an mengeluarkan fatwa kafir terhadap UMNO kerana berhubungan dengan MCA dan MIC.
Hubungan UMNO dengan MCA dan MIC sering dijadikan alasan oleh UMNO untuk tidak melaksanakan hukum Allah SWT. Maka, ulama2 pondok tersebut terus keluar fatwa kafir kerana UMNO telah meletakkan MCA dan MIC lebih tinggi dari hukum Allah SWT.
Sepanjang PAS duduk dalam Pakatan Rakyat, tidak pernah sekali PAS membuang agenda hukum Allah dan agenda perlaksanaan syariah Islam.
Cumanya, PAS mencari jalan menghancurkan UMNO terlebih dahulu sebelum meneruskan agenda perlaksanaan shariah.
Ini kerana penghalang kepada perlaksanaan shariah di Malaysia semenjak Merdeka bukanlah DAP.
Penghalang perlaksanaan hukum shariah di Malaysia semenjak Merdeka adalah UMNO. Maka, apabila mati UMNO, hukum shariah dapat dilaksanakan di Malaysia.
Tulang Besi
Mana dia Hasan Ali,ckp sayang Islam
ReplyDeleteMana dia Hasan Ali,ckp sayang Islam
ReplyDelete