Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, December 8, 2011

Video Kabur Hitam Putih Mengatasi Hukum Allah SWT

Inilah jawapan yang sering Tulang Besi berikan apabila diserang oleh juak2 UMNO baik di alam cyber mahupun di alam nyata.

Tulang Besi dengan tegas menyatakan Tulang Besi tidak sanggup menjatuhkan diri Tulang Besi ke dalam lembah kekafiran hanya semata-mata sebuah video hitam putih yang kabur terbitan Rahim Thamby Chik.

Agama yang dianuti Tulang Besi mengajar bahawa tuduhan zina wajib dibawa 4 orang saksi, bukan diganti dengan sumpah mahupun video atau audio.

Allah SWT memerintahkan hambanya supaya membawa 4 orang saksi sekiranya mahu menuduh zina seperti yang terkandung dalam ayat ini:


“Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)”


Malangnya agama yang dianuti oleh setengah puak2 UMNO tidak mengikut arahan yang terkandung dalam ayat diatas.

Yang pastinya juga agama yang dianuti oleh blogger2 UMNO memperlekeh-lekehkan perintah yang terkandung di dalam ayat diatas dengan berbagai-bagai alasan yang tidak masuk akal.

Makanya, kerana Tulang Besi sedar diri Tulang Besi tidak maksum dan banyak dosa maka Tulang Besi terpaksalah menolak ajaran agama setengah2 puak UMNO ini.

Ajaran agama yang Tulang Besi pegang adalah yang turun dari langit dan diajar oleh Rasul SAW serta diwarisi dengan jalan para salafusoleh serta ulama-ulama yang mursyid.

Malangnya, yang menjadi pengajar agama kepada puak2 UMNO adalah manusia2 jahil seperti Yusri ABIM, Ustaz Fathul Bari, Zul Nordin dan sebagainya.

Hakikatnya, sedari mula tertubuhnya UMNO, mereka komited menghalang serta menindas agama Islam. Mereka amat berjasa menghalang perlaksanaan Islam di Malaysia. Iblis sangat terhutang budi dengan UMNO. Bahagia lah pemuka2 UMNO bersama-sama Iblis di hari akhirat kelak, adanya.

Tulang Besi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.