Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Loading...

Monday, January 31, 2011

Agenda Melayu UMNO Cuma Menaikkan Undi Sebanyak 332

Kenaikkan undi UMNO hanya 332 undi. Tidak sampai 1% dari keseluruhan undi yang dibuang. Maknanya setelah segala wang, fitnah, media, SPR yang tidak mahu memanjangkan waktu pengundian, bot penyelamat yang tertumpu hanya kawasan UMNO, qaaf yang berleluasa serta kempen anti Cina dan Anti DAP yang begitu meluas, UMNO cuma dapat menambah undi mereka 332 dari 2008.

UMNO yang memaparkan seolah-olah segala hak Melayu sudah hampir terhapus kerana Pakatan Rakyat memerintah hanya dapat menambah bilangan undi mereka tidak sampai 1%.

Bayangkan semenjak 2008, UMNO tidak habis-habis menyebar fitnah kononnya hak Melayu akan terhapus kerana DAP memerintah di beberapa negeri.

Segala kempen fitnah mereka dijalankan dengan begitu rakus. Namun, di Tenang, di kawasan paling kuat mereka, undi mereka bertambah hanya kurang dari 1%.

Ertinya, amat sedikit orang Melayu yang termakan propaganda mereka kecuali mereka yang memang sudah menjadi penyokong UMNO.

Kenaikan harga barang dan isu Felda tidak mampu menambah undi kepada UMNO. Tiada apa yng ada pada UMNO. UMNO sudah bangkrap kecuali hanya issu kononnya Melayu dalam ancaman.

Kalau pimpinan PR dapat memberi jaminan TIADA HAK MELAYU yang akan hilang kalau PR memerintah, saya yakin Melayu pun ramai akan undi PR terutama di bandar dan setengah bandar.

Tulang Besi




Read more!(Selanjutnya)

Israel Sedang Melobi Obama Untuk Memastikan Mubarak Terus Memerintah Mesir

Tulang Besi baru sahaja mendengar satu temuramah antara seorang wartawan Yahudi dari New York Times bersama BBC. Beliau menyatakan Israel tidak boleh menerima yang lain dari Mubarak untuk memerintah Mesir. Ini kerana mereka tidak mahu parti Islam Mesir, Ikhwan Muslimin, menjadi kerajaan di Mesir.

Bagi Israel, adalah penting bagi mereka Mubarak terus memerintah Mesir. Dan wajiblah kuasa-kuasa besar dunia memastikan Mubarak terus memerintah Mesir.

Maka, Tulang Besi yakin pada waktu ini para pelobi Yahudi di Washington pasti sedang sebuk turun naik pejabat-pejabat Ahli2 Kongress Amerika serta Rumah Putih bagi memastikan sokongan kewangan diteruskan kepada Mubarak dan juga memastikan tentera Mesir terus mendapat bantuan kewangan dari Amerika.

Israel tahu, Mubarak masih boleh bertahan sebagai Presiden kerana tentera Mesir masih memberi sokongan kepada Mubarak. Berbeza di Tunisia, tentera Tunisia adalah penyebab Ben Ali lari ke Arab Saudi apabila mereka menarik sokongan kepada Mubarak.

Dari maklumat yang Tulang Besi dapat semasa di Mesir dahulu, Mubarak telah melakukan pembersihan jeneral-jeneral Mesir sejak beberapa tahun yang dahulu. Jeneral-jeneral yang ada sekarang sememangnya penyokong Mubarak yang totok.

Malahan, tindakan Mubarak melantik beberapa bekas Jenaral dalam kabinet baru beliau adalah kerana mahu memastikan sokongan tentera terus diberikan kepada beliau. Mubarak sedar, selagi beliau mendapat sokongan dari Israel, beliau akan mampu terus memerintah kerana tiada kuasa besar dunia yang berani menyuruh beliau turun takhta.

Walaubagaimanapun, setakat ini rakyat Mesir tidak mengendahkan kehadiran tentera di bandar Kaherah. Malahan ada di kalangan para tentera yang sama-sama berdemo bersama rakyat Mesir.

Ada kereta kebal dan kereta perisai yang ditulis perkataan menghina Mubarak di atasnya. Perkataan-perkataan seperti "Mubarak Undur" dan "Kerajaan Haram" terpampang ditulis di atas kereta perisai dan kereta kebal.

Bagi Tulang Besi, demonstrasi rakyat Mesir ini sudah menyeluruh. Di bandar-bandar kecil juga berlaku demonstrasi inikan pula di bandar besar. Satu masa nanti, rakyat Mesir akan menyerbu pejabat-pejabat kerajaan seterusnya menandakan kejatuhan kerajaan.

Di waktu itu, saya tidak yakin tentera Mesir ada selera untuk menembak para rakyat Malaysia yang berdemo itu.

Saya tidak nampak jalan bagaimana Israel boleh terus memastikan Mubarak terus memerintah Mesir namun kuasa-kuasa besar dunia pasti akan memastikan Mubarak terus memerintah kerana sokongan mereka kepada Israel.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Undi BN Cuma Naik 332 undi. Majoriti Naik Kerana Pengundi PAS tidak Keluar Mengundi Atas Faktor Banjir



NOTA EDITOR: Lihatlah keputusan di atas. Undi BN cuma naik 300 undi. Tapi majoriti PAS jatuh lebih 1200 undi. Mengikut laporan Harakahdaily di bawah, ramai pengundi PAS tidak dapat mengundi kerana pusat pengundian dilanda banjir.

Maka, tak hairanlah keputusan seperti ini tidaklah sangat menggembirakan UMNO dan BN. Kalau tiada hujan, majoriti BN sepatutnya tidak jauh dari 2008.

Kesimpulannya, tahap sokongan rakyat kepada BN sebenarnya tidak berubah sangat dari 2008.

Tulang Besi

Bantu Melayu, biarkan Cina dan India?
Zulkifli Sulong


LABIS, 31 Jan: Penyumbang utama kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Tenang adalah kerana kejayaannya membawa keluar seramai mungkin para penyokong utamanya di Felda dan kampung Melayu walaupun kawasan mereka dilanda banjir.

Pada jam 11 pagi ketika para pelancong politik, petugas dan pengundi bersesak di jalan menuju ke kampung dan Felda Tenang kerana banjir, siren petugas kecemasan kerajaan bingit meminta laluan diberikan kepada mereka untuk membawa bot ke sana.

Antaranya bot polis, tentera, Pertahanan Awan dan juga Bomba dan Penyelamat bergegas di bawa ke sana.

Namun usaha ini tidak berlaku di kawasan pengundi Cina. Ini menyebabkan, kenaikan mendadak peratus mengundi di kawasan Felda dan kawasan tradisional Melayu berbanding kawasan Cina.

Hasilnya, BN berjaya menaikkan peratusan pengundi Melayu mereka kepada 83.3 peratus iaitu kenaikan 4 peratus berbanding pilihan raya umum 2008 lalu.

Ia berlaku apabila jumlah pengundi Melayu dinaikkan kepada 81 peratus iaitu kenaikan 2 peratus berbanding sebelum ini sedangkan jumlah pengundi Cina jatuh 18 peratus manakala India jatuh 23 peratus.

Kawasan undi Kampung Redong sahaja berjaya dinaikkan 11 peratus kepada 80 peratus berbanding sebelum ini hanya 69 peratus.

Felda Chemplak naik 6 peratus kepada 88 peratus manakala di Felda Tenang naik 6 peratus kepada 86 peratus.

Peratusan ini adalah berdasarkan analisa peratusan keluar mengundi yang dibuat oleh Tony Pua, anggota Parlimen Petaling Jaya Selatan.

Undi Cina dan India

Kerana sikap pilih kasih dan bias fokus alat kerajaan untuk kepentingan BN ini, peratusan pengundian di kawasan Cina jatuh teruk. Ia ditambah pula dengan suasana sambutan Tahun Baru Cina yang hampir tiba. Mereka bimbang untuk meredah banjir dan hujan kerana takut demam atau cedera menjelang sambutan itu.

Hasilnya, peratusan keluar mengundi Cina jatuh 18 peratus iaitu kepada 54 peratus sahaja. Namun begitu, peratus undi untuk PAS kekal iaitu 64 peratus.

Peratusan keluar mengundi untuk Labis hanya 50 peratus, Labis Tengah 72 peratus, Labis Timur 67 peratus manakala Tenang Station hanya 51 peratus.

Kawasan yang paling teruk terjejas akibat diskriminasi ini adalah pengundi India apabila hanya 39 peratus sahaja pengundi mereka turun iaitu turun sebanyak 23 peratus.

Pada jam 3 petang semalam, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar meminta SPR menangguhkan pilihan raya ini kerana ramai yang tidak boleh kelauar akibat banjir ini.

"Saya minta SPR menangguhkan proses pengundian hari ini kerana hujan lebat dan banjir.

"Pengundi kini sudah terputus hubungan kerana jalan sudah ditutup dan ada dikalangan mereka takut meninggalkan rumah untuk keluar mengundi ekoran banjir di kawasan mereka," katanya.

Namun begitu, selepas pengumuman dibuat, seorang lagi naib presidennya yang juga pengarah pilihan raya ini, Salahuddin Ayub berkata mereka akan menerima keputusannya buat masa ini.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat terjejas teruk oleh banjir yang melanda beberapa pusat pengundian di Tenang hari ini.

Kataya, banjir telah menjejaskan peluang parti itu kerana ia melanda banyak kawasan di bandar itu seperti Ladang Labis Utara, Bandar Labis Tengah, Bandar Labis Timor.

Kejayaan PAS

Namun begitu, dengan kekalahan ini PAS masih berbangga dengan beberapa perkara termasuk menyelesaikan persepsi yang cuba dibina oleh Umno selama ini kononnya PAS berkawan dengan DAP yang anti Islam.

Pilihanraya ini membuktikan, MCA sebenarnya yang anti Islam bahkan tidak cuba langsung mendekati dan memahami Islam.

"What is so great about knowing Muslim values?" (Apa baiknya untuk (saya) mengetahui tatasusila orang Islam?)" kata Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek.

Sebelum itu, beliau menghina calon PAS, Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan bukan muhrimnya dan juga memakai sarung tangan untuk membolehkan beliau bersalama dengan mereka.

Ekoran itu pelbagai pihak telah mempertikaikan Soi Lek sehingga Mufti Perak sendiri meminta beliau memohon maaf kepada orang Islam kerana penghinaannya itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula menyeru seluruh jentera parti PAS untuk menghilangkan tanggapan bahawa kawasan Felda dan kampung tradisional merupakan kubu Barisan Nasional.

“Untuk menganggap Felda kubu BN saya kira agak ekstrem kerana PAS pernah menang di kawasan Felda bahkan pada tahun 1999, bilamana PAS menang di kawasan majoriti melayu, ianya termasuk kawasan Felda,” kata Tuan Ibrahim yang diminta mengulas kegagalan PAS menembusi kawasan Felda di pilihanraya kecil Tenang.

Calon PAS, Normala Sudirman tewas kepada calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim dengan majoriti 3,707 undi. Normala memperolehi 2,992 undi manakalah Azahar memperolehi 6,699 undi dengan peratusan keluar mengundi hanya 66.7 peratus.

Jentera Pakatan Rakyat berjaya mengekang majoriti BN naik kepada melebihi 5000 undi sebagaimana yang disasarkan BN.

Read more!(Selanjutnya)

Sunday, January 30, 2011

Tenang: Kita Jangan Lemah Semangat

Pada waktu posting ini ditulis, Tulang Besi mendapat maklumat PAS akan kalah di Tenang dengan majoriti sekitar 3500+. Tulang Besi ingin meminta para pendokong dan penyokong keadilan dan kebenaran supaya jangan patah hati.

Mesti diingat, kerusi Tenang ini adalah KUBU KUAT BN. Dengan segala wang dan sogokan yang dicurah sepanjang kempen, saya tak terkejut majoriti BN naik. Tak perlu isu lain, cukup dengan isu MENJAMIN SURVIVAL UMNO sudah boleh mengaut undi yang ramai dari orang Melayu

Yakni, faktor sentimental kepada UMNO itu adalah isu yang besar di Johor.

Malah, sedari awal lagi saya sudah agak majoriti BN akan naik lebih dari PRU2008. Tidak mungkin jentera kita mampu berhadapan dengan wang dan sogokan yang bertali arus dari BN dan UMNO.

Ditambah dengan kempen fitnah dan serangan pribadi yang tiada henti, tidak hairanlah pengundi2 Melayu ada yang kembali pada BN

Namun, harus diingat, pada 2008 terdapat pengundi Melayu yang mengundi protes pada Pak Lah. Pengundi2 ini telah kembali pada UMNO dan BN.

Keputusan ini tidak boleh diulang di negeri-negeri lain kerana orang2 Melayu di tempat lain bukan totok UMNO seperti di Johor.

Namun, ia juga mendedahkan kelemahan Pakatan Rakyat yang utama: "Program-program Melayu Pakatan Rakyat masih belum sampai maklumatnya kepada majoriti orang2 Melayu".

Persoalan seperti kedudukan Dasar Ekonomi Baru, MARA, ITM, kuota kemasukan universiti, biasiswa dsbnya MESTI DISELESAIKAN dari sekarang.

Dalama masa yang ada, kalau isu2 yang sensitif kepada Melayu dapat diselesaikan saya yakin UMNO akan kalah di merata-rata tempat.

Kepada saudara-saudara ku, jangan patah hati. Inshaalah, kita akan menang balik selepas ini.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Israel Isytihar Sokongan Terbuka Kepada Mubarak

NOTA EDITOR: Nak kata apa lagi? Israel secara terbuka sokong Mubarak

Israel Has Faith Mubarak Will Prevail
By Karl Vick / Jerusalem Friday, Jan. 28, 2011


With a deep investment in the status quo, Israel is watching what a senior official calls "an earthquake in the Middle East" with growing concern. The official says the Jewish state has faith that the security apparatus of its most formidable Arab neighbor, Egypt, can suppress the street demonstrations that threaten the dictatorial rule of President Hosni Mubarak. The harder question is what comes next.

"We believe that Egypt is going to overcome the current wave of demonstrations, but we have to look to the future," says the minister in the government of Prime Minister Benjamin Netanyahu. Israel enjoys diplomatic relations and security cooperation with both Egypt and Jordan, the only neighboring states that have signed treaties with the Jewish state. But while it may be more efficient to deal with a strongman in Cairo — Mubarak has ruled for 30 years — and a King in Amman, democracies make better neighbors, "because democracies do not initiate wars," he says. (See pictures of Egypt's protests.)

"Having said that, I'm not sure the time is right for the Arab region to go through the democratic process," he adds.

The minister, who spoke on condition of not being identified by name or portfolio, cites the Gaza Strip as a signal warning of the risk that comes with asking the people what they want. The seaside territory, home to some 1.5 million Palestinians, elected the militant Islamist group Hamas in a 2006 election that had been carried out at the urging of George W. Bush, when the President was casting the invasion of Iraq as a mission to introduce democracy to the Middle East. (Is an end game playing out in Egypt to Israel's advantage?)

All well and good in the long run, according to the official, but Arab societies demand "a longer-term democratization process," one accompanied by education reforms that would encourage the election of moderates. "You can't make it with elections, especially in the current situation where radical elements, especially Islamist groups, may exploit the situation," he says. "It might take a generation or so." (Is the Arab world ready for democracy?)

The official's assessment, which came before raucous demonstrations Friday, Jan. 28, in Cairo, Suez and Alexandria, may strike many in the region as paternalistic at best. Along with oil, Israel is the major factor in U.S. policy that for decades has helped protect "moderate Arab regimes" now endangered by a populist wave that began in Tunisia. In a region whose national borders were drawn by colonial powers after World War I, the Jewish state is frequently framed by critics as itself a colonial undertaking, conceived in Europe, midwifed by Great Britain, coddled by Washington and imposed on an Arab region that sees Israel itself as colonizing through settlements and industrial zones the Palestinian land it has occupied militarily since 1967.

For their part, Israeli governments pride themselves on clear-eyed assessments of the risks they face. The official saw no special peril, for instance, in Lebanon's new government. Though supported by Hizballah, the Shi'ite movement backed by Iran, "we don't consider it a Hizballah government," the official says. But the Israeli government was duly impressed by the simultaneous outbreaks of instability across the region: citizen uprisings in Tunisia, Algeria, Egypt and Yemen; unrest in Jordan and the Kurdish section of Syria; and a secession vote in Sudan's south that most likely will split the country in two.

"It seems now we have quite an earthquake," says the Cabinet member, paying respects to the al-Jazeera satellite news channel and digital technologies that have dispersed the power to communicate and organize. "In the time of [former Egyptian President and pan-Arabist] Gamel Abdel Nasser, Egypt had one radio channel, and transistor radios were all allowed to listen to one channel." (Watch a video explanation of Egypt's protests.)

A retired major general found other metaphors — and more cause for concern. "We need to understand that we are living on a volcano," Ya'acov Amidror, former head of the Israel Defense Forces' Research and Assessment Directorate, told the Jerusalem Post. "Conditions can change from today until tomorrow. We must ask ourselves, What is the worst-case scenario? We are on thick ice, but even that melts eventually."

Friday's events offered little comfort for worried Israelis. At least twice that day, hundreds of Cairo protesters dropped to their knees in impromptu prayer sessions, lending the demonstrations both a measure of piety and a specific religious cast lacking in previous days — and in the Tunisian rebellion altogether, at least at first. The Israeli minister cautions against drawing many parallels between Egypt and Tunisia, from which a President fled after 27 years in office. "Mubarak is not Zine el Abidine Ben Ali," he says. "It's a huge difference. His regime is well rooted in the military and security apparatus. He and his wife are not criticized like the Tunisian couple." The official adds, "We do believe the regime is strong enough to overcome it."
Read more!(Selanjutnya)

Saturday, January 29, 2011

UMNO Cabul Kehormatan Surau (Bergambar)

Berikut adalah gambar2 yang diambil oleh Syabab PJ Selatan sewaktu Pilihanraya Kecil Tenang. Saksikan sendiri bagaimana UMNO menggunakan surau untuk aktiviti politik mereka sewenang-wenangnya.




.

Read more!(Selanjutnya)

Guiness Anchor Isytihar Keuntungan RM64.4 Juta dalam Negara Islam UMNO

Dalam kesibukan UMNO mendabik dada kononnya mereka memperjuangkan Islam, syarikat Guiness Anchor yang berpusat di Malaysia menyatakan kenaikan keuntungan sebanyak 47%.

Laporan terbaru Guinesss Anchor melaporkan keuntungan berjumlah RM64.6 juta selepas cukai bagi suku kedua 2011. Ia menunjukkan kenaikan keuntungan sebanyak 47% berbanding suku kedua 2010.

Hairan kita ya. Kalau benarlah UMNO ni memperjuangkan Islam, bagaimana pula syarikat arak di Malaysia boleh mencatat keuntungan yang bertambah-tambah.

Padahal termaktub dalam Perlembagaan Malaysia bahawa agama persekutuan adalah agama Islam. Di dalam kesibukan UMNO mendakwa Malaysia sebuah negara Islam, syarikat arak mencatat keuntungan berlipat-lipat ganda.

Inilah satu lagi bukti betapa UMNO ini sebuah parti lidah bercabang.

GAB records 47pc rise in profit after tax
January 28, 2011

PETALING JAYA, Jan 28 — Guinness Anchor Bhd (GAB) recorded a profit after tax of RM64.6 million for the second quarter ended December 31, 2010, a significant increase of 47 per cent compared with the corresponding quarter last year.

During the quarter under review, the leading brewer in Malaysia achieved RM421.4 million in revenue, up by 11 per cent from RM378.1 million a year earlier.

For the six months ended December 31, 2010, GAB delivered a year-on-year increase of 46 per cent in profit after tax. It registered a profit after tax of RM103.3 million on the back of a revenue of RM788 million in the first half of the current financial year.

An interim dividend for the financial year ending June 30, 2011 has been declared at 10 sen per 50 sen stock unit.

Managing director Charles Ireland said GAB’s five anchor brands, namely, Tiger, Guinness, Heineken, Anchor and Kilkenny grew growing steadily, with Tiger taking the lead.

He said Tiger, its biggest brand, recorded double-digit growth last year.

The other brands, namely Heineken and Kilkenny, also achieved double-digit growth last year while Guinness and Anchor registered single-digit growth.

“We have no plans for a significant increase in prices and if we increase prices, it will be modest,” he told reporters during a media conference on GAB results today.

For the current financial year ending June 30, 2011, GAB is confident of robust results with growth on track in terms of profit and market share. Its capital expenditure will amount to more than RM50 million.

Among the key contributors to GAB’s revenue in its first half of financial year 2011, according to Ireland, was GAB’s continued investments in nationwide marketing campaigns involving its portfolio of brands nationwide.

“GAB had invested large amounts into activities like the 700 football viewing parties in conjunction with the World Cup, Arthur’s Day celebrations involving international artistes, Oktoberfest and, more recently, its Chinese New Year campaign,” he said. — Bernama
Read more!(Selanjutnya)

Bangunan "UMNO Mesir" Sedang Terbakar!!!!!!!

Pada hari ini, rakyat Mesir telah bangkit. Mereka bangkit tanpa rasa takut dan risau. Mereka telah bangkit untuk menjatuhkan regim Mubarak yang menjadi pencacai kepada Amerika dan Yahudi. Mereka bangkit dengan semangat mahu memerangi kronisma, nepotisma dan korupsi. Mereka mahu supaya masa depan anak cucu mereka terjamin dan bukan setakat masa depan kroni dan pemimpin2 "UMNO Mesir"(parti NDP)

Pada hari ini, Markaz Besar parti NDP (parti Mubarak) sedang terbakar. Ia dibakar oleh rakyat Mesir sendiri walaupun Markaz Besar ini adalah salah satu mercutanda bandar Kaherah.

Kepada sesiapa yang tidak tahu simbolisma ini, bayangkan bangunan PWTC terbakar kerana dibakar rakyat!!!. Begitulah apa yang sedang berlaku di Mesir sekarang ini. Rakyat Mesir melahirkan kemarahan mereka dan membakar markaz utama parti pemerintah Mesir yang bernama NDP.

Lain-lain perkembangan:

1.0 Polis telah meninggalkan semua bandar-bandar besar termasuk Kaherah. Rakyat Mesir dan Kaherah sedang turun dalam bilangan yang beratus ribu. Pada waktu ini, boleh dikatakan polis Mesir telah hilang segala kawalan ke atas Kaherah ataupun di semua bandar di Mesir.

2.0 Balai Polis terbesar di Kaherah juga sedang terbakar. Banyak balai polis serata Mesir juga sedang terbakar. Pokoknya balai-balai Polis seluruh Mesir sedang terbakar.

3.0 Bangunan Kementrian Luar Negeri Mesir telah diambil alih oleh para penunjuk perasaaan. Pada masa ini, para penunjuk perasaan sedang berusaha untuk mengambil alih "RTM" Mesir serta bangunan Kementrian Penerangan Mesir.

4.0 Demonstrasi ini berlaku di SELURUH MESIR termasuk di bandar-bandar kecil seperti Bani Suwaiyz. Polis Mesir tidak mampu untuk menghadapi protes dan tunjuk perasaan yang berlaku di seluruh Mesir ini. Di Kaherah dan bandar-bandar besar, polis telah menghilangkan diri.

5.0 Kenderaan-kenderaan Polis sedang dibakar oleh penunjuk-penunjuk perasaan. Mana-mana kenderaan polis yang dapat dicapai oleh penunjuk perasaan, akan dibakar atau dihumban ke sungai Nil.

6.0 Perintah berkurung telah dikenakan kepada rakyat Mesir di bandar-bandar besar. Namun, kerana polis telah menghilang diri, maka perintah berkurung ini tidak diikuti oleh rakyat Mesir.

7.0 Amerika melahirkan kesedihan mereka di atas apa yang berlaku di Mesir. Namun, ia tidak lebih dari kebimbangan mereka kerana hilangnya salah satu "kawan Israel" yang paling kuat di Timur Tengah. Itu sahaja. Selama ini Amerika tidak pernah kesah dan hirau betapa teruknya kehidupan rakyat Mesir. Yang penting bagi Amerika hanyalah Israel.

8.0 Orang-orang kuat parti NDP sedang diserang, dirompak, dipukul dan dicampak dalam sungai seluruh Mesir sekarang ini.

9.0 Kaherah sedang diselimuti asap kerana kebakaran berlaku di merata rata tempat.

10.0 Demonstrasi seluruh Mesir ini TIADA PENGANJUR. Rata-rata protes ini dianggotai oleh anak-anak muda di dalam lingkungan 20-30 tahun. Oleh kerana protes ini tiada penganjur, maka Mubarak menghadapi masaalah untuk menghancurkan gerakan ini. Anak-anak muda Mesir ini keluar protes kerana mereka sudah tiada harapan dengan Mubarak untuk menjamin masa depan mereka.

Tulang Besi rasa, kejatuhan Regim "UMNO Mesir" hanya menunggu masa untuk jatuh. Rasanya kejatuhan Mubarak ini semakin hampir. Tapi, tak tau lah. Ini kerana tidak mungkin Amerika akan membiarkan kawan Israel paling besar ini akan dibiarkan Amerika untuk jatuh.

Kita tengoklah nanti.

Read more!(Selanjutnya)

Friday, January 28, 2011

Guiness Anchor Isytihar Keuntungan RM64.4 Juta dalam Negara Islam UMNO

Dalam kesibukan UMNO mendabik dada kononnya mereka memperjuangkan Islam, syarikat Guiness Anchor yang berpusat di Malaysia menyatakan kenaikan keuntungan sebanyak 47%.

Laporan terbaru Guinesss Anchor melaporkan keuntungan berjumlah RM64.6 juta selepas cukai bagi suku kedua 2011. Ia menunjukkan kenaikan keuntungan sebanyak 47% berbanding suku kedua 2010.

Hairan kita ya. Kalau benarlah UMNO ni memperjuangkan Islam, bagaimana pula syarikat arak di Malaysia boleh mencatat keuntungan yang bertambah-tambah.

Padahal termaktub dalam Perlembagaan Malaysia bahawa agama persekutuan adalah agama Islam. Di dalam kesibukan UMNO mendakwa Malaysia sebuah negara Islam, syarikat arak mencatat keuntungan berlipat-lipat ganda.

Inilah satu lagi bukti betapa UMNO ini sebuah parti lidah bercabang.


GAB records 47pc rise in profit after tax
January 28, 2011

PETALING JAYA, Jan 28 — Guinness Anchor Bhd (GAB) recorded a profit after tax of RM64.6 million for the second quarter ended December 31, 2010, a significant increase of 47 per cent compared with the corresponding quarter last year.

During the quarter under review, the leading brewer in Malaysia achieved RM421.4 million in revenue, up by 11 per cent from RM378.1 million a year earlier.

For the six months ended December 31, 2010, GAB delivered a year-on-year increase of 46 per cent in profit after tax. It registered a profit after tax of RM103.3 million on the back of a revenue of RM788 million in the first half of the current financial year.

An interim dividend for the financial year ending June 30, 2011 has been declared at 10 sen per 50 sen stock unit.

Managing director Charles Ireland said GAB’s five anchor brands, namely, Tiger, Guinness, Heineken, Anchor and Kilkenny grew growing steadily, with Tiger taking the lead.

He said Tiger, its biggest brand, recorded double-digit growth last year.

The other brands, namely Heineken and Kilkenny, also achieved double-digit growth last year while Guinness and Anchor registered single-digit growth.

“We have no plans for a significant increase in prices and if we increase prices, it will be modest,” he told reporters during a media conference on GAB results today.

For the current financial year ending June 30, 2011, GAB is confident of robust results with growth on track in terms of profit and market share. Its capital expenditure will amount to more than RM50 million.

Among the key contributors to GAB’s revenue in its first half of financial year 2011, according to Ireland, was GAB’s continued investments in nationwide marketing campaigns involving its portfolio of brands nationwide.

“GAB had invested large amounts into activities like the 700 football viewing parties in conjunction with the World Cup, Arthur’s Day celebrations involving international artistes, Oktoberfest and, more recently, its Chinese New Year campaign,” he said. — Bernama
Read more!(Selanjutnya)

MC Suami Cikgu Normala tu Sahih ke Tidak?

Saya ber"chat" ing dengan seorang kawan berkaitan dengan isu MC suami Cikgu Normala, calon PAS Tenang.

Beliau bertanya kepada saya: Sahihkah dokumen MC suami Cikgu Normala tersebut?".

Saya terpaksa berdiam seribu bahasa kerana saya sendiri tiada bukti kesahihan MC tersebut.

Ini kerana dokumen MC seperti itu mudah sahaja ditiru dan dibuat oleh sesiapa sahaja. Ia bukan satu dokumen yang memerlukan ramai pihak untuk mengeluarkannya dan mudah sahaja ditipu akan pengeluarannya.

Setakat ini TIADA kenyataan rasmi dari Pejabat Pendidikan Daerah menyatakan bahawa dokumen itu sahih.

Juga tiada kenyataan dari Pusat Perubatan Keluarga yang menyatakan dokumen MC itu benar-benar dikeluarkan oleh mereka.

Yang ada hanyalah dakwaan yang dikeluarkan oleh Blogger UMNO sahaja (termasuk dari blog yang telah disumpah laknat oleh Tulang Besi dan sehingga sekarang mereka tidak berani menjawab sumpah laknat tersebut.)




Read more!(Selanjutnya)

Calon BN Tenang Bakal Turun Naik Mahkamah bak Banduan

Disebabkan kes saman terhadap calon BN Tenang masih berterusan (kes seterusnya akan didengar pada 7hb Februari 2011). Dengan kata lain, kalau calon BN Tenang menang nanti, beliau terpaksa membahagi masa di antara mahkamah, Sidang DUN dan juga tugas menjaga kebajikan rakyat DUN Tenang.

Rakyat Tenang juga akan malu kerana melihat wakil rakyat mereka diheret turun naik mahkamah bak banduan kerana disaman oleh pihak yang telah dizalimi. Maka, yang terbaik adalah rakyat DUN TEnang TIDAK MEMILIH calon BN tetapi memilih calon PAS, Cikgu Normala Sudirman yang mempunyai rekod yang "super bersih".



Read more!(Selanjutnya)

Isu MC Suami Normala: Kenapa tak Saman Doktor yang Keluarkan MC Tersebut?

Langkah UMNO dan BLogger pemfitnah UMNO menjadikan isu MC Suami calon PAS adalah satu tindakan desperate.

Kalau benar, mereka patut mengheret sama doktor yang mengeluarkan MC tersebut. Dan tercatat dengan jelas di atas MC tersebut perkataan "repessive mood". Ini bererti, MC tersebut dikeluarkan atas sebab-sebab kesihatan mental dan bukannya fizikal.

Isu ini dikeluarkan sebab UMNO dah tak dapat jawab bagaiamana calon mereka boleh menzalimi orang dengan menjual tanah orang tanpa sebab. Tak cukup dengan itu, calon UMNO Tenang juga BERBOHONG berkaitan kes mahkamah yang beliau lalui.

Kalau terpilih, calon BN Tenang itu akan terus naik turun mahkamah kerana menghadapi saman dari pihak yang beliau zalimi.





Read more!(Selanjutnya)

TENANG: BN Menang Besar, Harga RON95 Naik Lagi??

NOTA EDITOR: Masih ingatkah kita Galas. Sebaik BN diisytihar menang dgn bertambah majoriti di Galas, Najib telah menaikkan harga minyak menyebabkan semua harga barang naik melambung sekarang ini.

Bagi Tulang Besi, kalau BN menang besar di Tenang, perkara yang sama akan berlaku sekali lagi. Tulang Besi bersetuju dengan artikel Wong Chin Huat di bawah.

Tenang penentu harga petrol RON95?
Jumaat, 28 Januari 2011 15:38 BlogMaster



Dua hari sebelum hari pengundian PRK Galas dan Batu Sapi, iaitu pada 2 November 2010, kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak RON97 sebanyak 5 sen perliter, kepada RM2.15. Menaikkan harga barang menjadi sesuatu yang pantang sebelum pilihan raya.

Ironinya, keputusan pilihan raya memperlihatkan bahawa bukan sahaja pengundi tidak rasa tersinggung, malah BN memperolehi undi majoriti yang lebih banyak di kedua-dua kawasan, sebahagian besarnya mungkin disebabkan faktor tempatan. Ia memberi lampu hijau kepada kerajaan BN untuk mendakwa bahawa rakyat merestui keputusan kerajaan untuk mengurangkan subsidi.

Selepas satu bulan, kerajaan BN yang mendapat galakan daripada rakyat menaikkan harga RON97 sebanyak 15 sen lagi, kemudian melanjutkan kenaikan harga kepada RON95, diesel, gas dan gula. Pada 5 Januari 2011, harga minyak RON97 dinaikkan kepada RM2.40, bersamaan kenaikan 30 sen perliter dalam tempoh dua bulan, atau kadar kenaikan 14%.

Maka, PRK Tenang bakal membawa dua kesan utama. Pertama, tarikh pilihan raya umum. Kedua, perubahan harga barang. Struktur pengundi Tenang mengikut kaum adalah Melayu (sedikit lebih kurang daripada 50%), Cina (38%), India dan lain-lain (12%), tidak jauh daripada nisbah populasi pengundi peringkat negara.

Jadi, meskipun Johor merupakan kubu BN, dan secara umumnya menganggap UMNO bakal menang dalam PRK Tenang, tetapi kedua-dua BN dan PRK masih berhempas pulas - kerana melihat ia sebagai pertarungan awal sebelum PRU ke-13. Seandainya BN menang, maka ia akan terus mendesak selangkah ke depan. Sebaliknya, jikalau BN menang tipis, maka PR akan mendakwa sentimen tsunami politik 8 Mac 2008 belum menyurut.

Kemenangan besar BN akan mengundang kenaikan harga

Sudah tentunya tarikh PRU bakal memberi kesan kepada perubahan harga barang. Jikalau langkah PRU semakin hampir, maka harga barang akan melonjak hanya selepas pilihan raya. Sebaliknya, jikalau PRU tidak diadakan segera, maka harga barang mungkin dinaikkan dahulu supaya perbelanjaan kerajaan dijimatkan, sementara rakyat menyesuaikan diri dengan kadar kenaikan tersebut.

Untuk menyimpulkan kesannya terhadap tarikh PRU dan harga barang, PRK Tenang mungkin mempunyai tiga kesudahan.

Pertama, BN menang besar, malah melebihi sokongan pada tahun 2004. Ia mungkin memberangsangkan BN untuk mengadakan PRU sebelum Jun tahun ini (mungkin serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak). Jadi, kenaikan harga lantaran pengurangan subsidi mungkin berlaku selepas pertengahan tahun ini.

Kedua, BN memperolehi keputusan yang lebih baik daripada 8 Mac 2008, namun gagal mengembalikan sokongan yang diperolehi pada PRU tahun 2004. Jadi, BN tidak berani untuk mengadakan PRU dengan segera. Dalam keadaan ini, kenaikan harga barang mungkin berlaku secara berperingkat. Kerajaan mengurangkan defisit, sementara rakyat menyesuaikan diri dengan keadaan - untuk mengurangkan impak inflasi terhadap BN dalam pilihan raya.

Ketiga, BN menang tipis atau kecundang. Bukan sahaja PRU terpaksa ditunda untuk menunggu keadaan ekonomi pulih, malah "subsidy rationalization" akan diperlahankan langkahnya.

Selepas krisis Greek, adalah menjadi sesuatu yang "wajib" untuk kerajaan mengurangkan subsidi di negara merata dunia. Bezanya, pendekatan dan pakej pengurangan subsidi. Langkah pertama kerajaan Ireland, Britain dan Sepanyol mengurangkan subsidi adalah pengurangkan gaji menteri kabinet dan pegawai kanan, untuk menunjukkan "berat sama dipikul". Lebih penting, jikalau langkah pengurangan subsidi atau perbelanjaan kebajikan itu membebankan golongan bawah, maka kerajaan harus mengemukakan pakej untuk meringankannya.

Jikalau BN tewas atau terkejut dengan keputusan PRK Tenang, maka agak mustahil untuk harga minyak RON 97 dinaikkan dalam tempoh enam ini, malah subsidi kepada barangan kawalan yang lain juga tidak akan dikurangkan segera. Sekurang-kurangnya kerajaan akan merasai bahang tekanan, dan perlu menawarkan sesuatu sebaliknya, misalnya penurunan harga pengangkutan awam sebagai pampasan kepada rakyat. Malah, pengurangan gaji menteri, pegawai kanan kerajaan, elaun pelancongan dan sebagainya, mungkin perlu dimasukkan sebagai agenda.

Jadi, mampukah 14,592 orang pengundi di kawasan Tenang membantu rakyat di seluruh negara untuk menghalang kenaikan harga barang?


Oleh: Wong Chin Huat - Pengkaji politik dan kolumnis MerdekaReview.

Read more!(Selanjutnya)

Thursday, January 27, 2011

Kenapa Ahmad Maslan Takut Berdebat Pasal Isu FELDA?

NOTA EDITOR: Kalau dahulu bukan main garang Ahmad Maslan mempertahankan FELDA. Kata Ahmad Maslan tidak mungkin Felda akan menipu orang Melayu kerana Felda ditadbir orang Melayu.

Namun, kalau dakwaan Ahmad Maslan itu benar, mengapa beliau takut berdebat? Mengapa takut bersemuka dengan rakyat dan membahaskan isu ini???




Tolak debat: Ahmad Maslan takut berdepan peneroka
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 26 Jan:
Mazlan Aliman menyifatkan penolakan debat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan sebagai tidak berani bertanggungjawab kepada peneroka.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) berkata, Ahmad sepatutnya berani jika yakin kerajaan dan Felda tidak membuat sesuatu yang mengainaya peneroka.

"Jika selama ini dia kata dia bantu peneroka, dia menuduh Anak dan Pakatan Rakyat pemecah belah. Habis tu kenapa dia tolak," katanya kepada Harakahdaily sambil menyelar Ahmad sebagai penakut.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penolakan Ahmad untuk berdebat dengan beliau.

Ahmad hari ini menolak cabaran Mazlan untuk berdebat mengenai masalah yang dihadapi oleh peneroka Felda.

Sebaliknya, beliau mengemukakan cabaran kepada Mazlan untuk berdialog secara tertutup bersama beliau dan pegawai Felda dengan harapan dapat menyelesaikan 20 perkara yang dibangkitkan oleh Presiden Anak itu.

Mengulas lanjut, Mazlan yang juga Timbalan Pengarah Jentera Operasi Pilihan Raya PAS bagi PRK Tenang tetap dengan keputusan mengajak Ahmad berdebat dan memberi masa sampai esok kepada Ahmad.

"Kalau dia nak ajak dialog tertutup, tak payah la saya susah-susah cabar debat. Saya ada nombor telefon dia, sembang kedai kopi pun boleh," katanya.

Namun jelasnya, tujuan lebih besar cabaran debat terbuka tersebut adalah mahu rakyat khususnya peneroka mendengar sendiri penjelasan Ahmad, dan boleh bertanya terus tentang masalah yang dihadapi peneroka.

"Saya tunggu sampai esok, kalau dia tak terima juga, maknanya dia pengecut dan perlu letak jawatan.

"Rakyat tak perlu timbalan menteri yang takut berdepan dengan rakyat sendiri," katanya.

Anak sebelum ini menyerahkan 20 perkara itu kepada Ahmad Maslan pada November tahun lalu yang mana antara lainnya melibatkan isu peneroka yang disingkir, isu hutang dengan Felda sehingga mencecah RM80,000 dalam masa tujuh tahun, dan masalah pembahagian pusaka oleh generasi kedua Felda.

NGO tersebut kemudiannya menghantar surat tawaran kedua kepada Ahmad Maslan semalam untuk berdebat mengenai isu tersebut.
Read more!(Selanjutnya)

Revolusi Tunisia Dorong UMNO Pinda Akta Cetak Untuk Kengkang Internet

Pindaan Akta Cetak yang dicadangkan oleh UMNO baru baru ini mahu dilebarkan penindasannya merangkumi media internet. Bagi saya, ini menunjukkan betapa takutnya UMNO dengan peristiwa yang berlaku di Tunisia baru baru ini.

Segala yang buruk di Tunisia sedang berlaku di Malaysia juga (i.e. pengangguran, kenaikan harga barang, makanan yang semakin mahal dsbnya)

Saya pasti UMNO juga membaca berkenaan bahawa Revolusi Tunisia. Revolusi Tunisia berlaku tanpa penganjur. Regim Ben Ali menghadapi kesukaran menangkap penganjur revolusi kerana mereka sendiri tidak tahu siapa penganjurnya.

Rakyat Tunisia yang berdemo itu cuma mendapat pentunjuk dari beberapa laman Facebook dan Twitter. Arahan-arahan yang datang dari laman-laman ini cukup untuk menjana revolusi di seluruh Tunisia. Kerajaan Ben Ali pula terkapai-kapai mencari siapakah yang dibelakang laman-laman ini.

Akhirnya kerajaan Ben Ali mengambil keputusan untuk menembak para demonstran dengan peluru hidup sehingga menyebabkan beratus-ratus rakyat Tunisia terkorban. Ia membawa kepada jatuhnya regim diktator pro Amerika pimpinan Ben Ali.

Perkara yang sama juga sedang berlaku di Mesir dan beberapa negara negara Arab lain. UMNO memerhatikan perkara ini dengan risau dan gusar. Mereka juga tidak mahu internet menjadi alat untuk menjatuhkan regim diktator UMNO di Malaysia.

Maka, langkah pertama adalah meminda Akta Cetak untuk memasukkan media internet sebagai media yang boleh dikengkang oleh UMNO dan BN.

Mereka tidak sanggup media internet menjadi alat kepada kejatuhan UMNO dan BN.

Tulang Besi






Tiada pindaan akta penerbitan Mac ini
Aidila Razak Jan 27, 11 1:25pm


Tiada tanda-tanda sebarang pindaan pada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA) akan dibentangkan dalam sidang Parlimen Mac ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong hari ini.

NONEDitanya sama ada beliau tahu mengenai sebarang rancangan
mengenainya di sidang Parlimen Mac ini, Liew menjawab, bukan sekarang.

Bagaimanapun, ahli parlimen Sandakan itu mengelak menjawab soalan selanjutnya, sambil menegaskan soalan mengenai pindaan PPPA sepatutnya dikemukakan kepada kementerian dalam negeri.

Liew memberitau demikian selepas menyaksikan majlis tandatangan memorandum persefahaman antara Pusat Arbitrasi Wilaya Kuala Lumpur dengan Dewan Perniagaan dan Industri Bersekutu Cina di ibunegara.

'Masih terlalu awal'

Selasa lalu, ketua setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam berkata kementeriannya akan membuat pindaan terhadap PPPA supaya menjadi lebih komprehensif dan tidak terhad kepada bahan cetak semata-mata.

Mahmood berkata pihaknya telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu sama ada ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian.

Mahmood juga berkata kerajaan bercadang untuk jadual perubahan di Dewan Rakyat pada bulan Mac.

NONEBagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberitahu media semalam bahawa perbincangan mengenai pindaan itu masih di tahap "sangat awal".

Berita mengenainya telah mencetuskan bantahan keras daripada orang awam, pengamal media serta ahli politik dari BN dan Pakatan Rakyat.

Di bawah PPPA, media cetak diwajibkan memperbaharui setiap tahun, permit penerbitan yang dikeluarkan oleh KDN.

Kerajaan, di bawah Ikrar Jaminan Koridor Raya Multimedia, memberi menjamin tiada penyuntingan kandungan internet.

Read more!(Selanjutnya)

Rakyat Mesir Sedang Bangkit (Bergambar)

NOTA EDITOR: Syukur alhamdulillah. Rakyat Mesir sedang bangkit menjatuhkan kerajaan boneka Amerika pimpinan Husni Mubarak. Tulang Besi tidak sangka, 3 tahun setelah Tulang Besi tamat pekerjaan di Mesir, prediksi Tulang Besi menjadi kenyataan.

Pada hari pertama Tulang Besi sampai ke Kaherah, Tulang Besi telah merasakan bahawa Mesir bakal melihat kebangkitan rakyat serta revolusi yang akan menjatuhkan regim Mubarak yang disokong Amerika.

Sewaktu di sana, dan apabila bercampur dengan orang tempatan, Tulang Besi dengan terbuka berkata Mesir ini sedang sarat mengandung dengan anak revolusi. Tulang Besi merasakan hanya waktu sahaja menjadi faktor sebelum berlakunya revolusi.

Tulang Besi melihat sendiri betapa melaratnya kehidupan rakyat Mesir. Bayangkan, pada 3 tahun dahulu pun, rakyat Mesir terpaksa berjuang untuk membeli roti. Mereka terpaksa beratur panjang dan seharian beratur semata-mata mahu membeli roti untuk keluarga mereka.

Masaalah pengangguran begitu serius pada waktu itu. Bayangkan, pemandu untuk Tulang Besi terpaksa bekerja 24 jam sehari dan gaji mereka sebulan tidak sampai RM300.

Bilangan pengemis begitu ramai sehingga mengalir air mata melihat begitu ramainya pengemis.

Kebangkitan rakyat Mesir sekarang ini berlaku seluruh Mesir, dan tidak hanya di Kaherah sahaja. Berlaku di Mansurah, Tanta, Suez dsbnya.

Yang menjadi berita juga adalah kebangkitan rakyat Mesir kali ini ditaja dan dipacu oleh INTERNET. Laman Twitter dan Facebook menjadi sumber berita dan arahan bagi para demonstran. Tulang Besi berjumpa satu laman facebook yang didedikasi untuk kebangkitan Mesir yang terbaru ini. Boleh klik di sini.

Tak harianlah UMNO terburu-buru hendak meminda Akta Cetak untuk media di internet juga. Mereka juga menyaksikan bagaimana internet memain peranan menjatuhkan regim zalim pro Amerika Ben Ali di Tunisia. Mereka takut perkara yang sama berlaku di Malaysia.

Tulang Besi












Thursday January 27, 2011
Egypt unrest enters third day, ElBaradei to return
By Marwa Awad and Shaimaa Fayed


CAIRO (Reuters) - Activists trying to oust Egyptian President Hosni Mubarak played cat-and-mouse with police on the streets into the early hours of Thursday, as unprecedented protests against his 30-year rule entered a third day.
Riot police clash with protesters in Cairo January 26, 2011. (REUTERS/Goran Tomasevic/Files)

Prominent reform campaigner Mohamed ElBaradei, who lives in Vienna, was expected to return to Egypt on Thursday, an arrival that could galvanise protests that so far have lacked a leader.

At least three protesters and one policeman have died in clashes since they erupted on Tuesday. The protests, inspired by a popular revolt in Tunisia and unprecedented during Mubarak's strong-handed rule, have seen police fire rubber bullets and tear gas at demonstrators throwing rocks and petrol bombs.

In central Cairo on Wednesday demonstrators burned tyres and hurled stones at police. In Suez, protesters torched a government building.

Demonstrations continued well into the night. By the early hours of Thursday, smaller groups of protesters were still assembling in both cities and being chased off by police.

Protesters are promising to hold the biggest demonstrations yet on Friday after weekly prayers.

"Egypt's Muslims and Christians will go out to fight against corruption, unemployment and oppression and absence of freedom," wrote an activist on a Facebook page.

Protesters say they have seen demonstrators dragged away, beaten and shoved into police vans. The Interior Ministry said on Wednesday that 500 had been arrested. An independent coalition of lawyers said at least 1,200 were detained.

REGROUPING

Sometimes police have scrambled to find the means to respond to the protests. In one spot in central Cairo, angry policemen rammed sticks into pavements to break up pieces of concrete for use as projectiles to hurl at protesters.

Protesters have constantly regrouped, using Facebook and Twitter to galvanise and coordinate their demonstrations.

The arrival of ElBaradei, a Nobel Peace Prize-winning former head of the U.N. nuclear watchdog, gives the opposition a leader of international stature.

"I am going back to Cairo and back onto the streets, because, really, there is no choice. You go out there with this massive number of people and you hope things will not turn ugly, but so far, the regime does not seem to have gotten that message," he said in remarks on U.S. website The Daily Beast.

He said many Egyptians would no longer tolerate Mubarak's government even for a transitional period, and dismissed as "obviously bogus" the suggestion that authoritarian Arab leaders like Mubarak were the only bulwark against Islamic extremism.

"If we are talking about Egypt, there is a whole rainbow variety of people who are secular, liberal, market oriented, and if you give them a chance they will organise to elect a government that is modern and moderate."

Calls for another big protest on Friday gathered 24,000 Facebook supporters within hours of being posted.

Web activists seem to have acted largely independently of more organised opposition movements, including the Muslim Brotherhood, widely seen as having Egypt's biggest grassroots network with its social and charity projects.

"Participation has no religious direction, it is an Egyptian movement," wrote an activist about Friday's planned protest.

Washington, which views Mubarak as a vital ally and bulwark of Middle Eastern peace, has called for calm and, increasingly, urged Egypt to make reforms to meet the protesters demands.

"We believe strongly that the Egyptian government has an important opportunity at this moment in time to implement political, economic and social reforms to respond to the legitimate needs and interests of the Egyptian people," U.S. Secretary of State Hillary Clinton said.

Like Tunisians, Egyptians complain about surging prices, a lack of jobs and authoritarian rulers who have relied on heavy-handed security to keep dissenting voices quiet.

After decades in which Mubarak's rule has never been seriously challenged, Egypt's large, youthful population has grown increasingly restive and bolder in demanding change.

"The people want the regime to fall," protesters chanted.

Egypt's population of some 80 million is growing by 2 percent a year. Two thirds of the population is under 30, and that age group accounts for 90 percent of the jobless. About 40 percent live on less than $2 a day, and a third are illiterate.

A presidential election is due in September. Egyptians assume that the 82-year-old Mubarak plans either to remain in control or hand power to his son Gamal, 47. Father and son both deny that Gamal is being groomed for the job.

(Writing by Edmund Blair and Peter Graff)
Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, January 26, 2011

Dokumen Bukti Calon BN Tenang Berbohong

Calon BN TEnang kata kes beliau telah pun selesai di Mahkamah. Namun dokumen-dokumen di bawah menunjukkan kes beliau MASIH BELUM SELESAI lagi di Mahkamah.

Kata orang tua-tua:

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri. Bercakap Bohong Lama-Lama Mencuri







Read more!(Selanjutnya)

Calon UMNO Tenang: Sudahlah Cuai, Berbohong Pula

NOTA EDITOR: Calon UMNO Tenang di dalam membalas soalan wartawan berkaitan isu ini berkata isu ini telah selesai di mahkamah.

Kalau calon UMNO Tenang tidak dapat menjawab soalan YB Salahuddin Ayub di bawah, maka WAJIBLAH beliau letak jawatan kerana terbukti dengan jelas BELIAU TELAH BERBOHONG:


Bagaimanakah calon Umno menyatakan kes tersebut telah selesai sedangkan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno dan 3 yang lain pada 7hb Februari 2011 ( 7/2/2011 ).
Sekian

Bohong: PAS desak calon BN tarik diri
Harakahdaily
LABIS, 26 Jan

Sepertimana yang pihak media ketahui semalam kami telah membangkitkan tentang isu integriti dan kompetensi calon Umno untuk menjadi wakil rakyat bagi DUN Tenang dalam keadaan beliau tidak telus dan mempunyai rekod buruk menyalahguna kuasa beliau sebagai mantan Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat untuk melelong tanah Encik Mansor Bin Mohamad dengan secara tidak sah pada 1/12/2003 dengan harga RM 70,000.

Kami ingin menambah bahawa hartanah Encik Mansor Bin Mohamad yang dilelong secara tidak sah oleh calon Umno di atas kapasitinya sebagai Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat adalah berukuran lebih kurang 8 ekar maka kami percaya rakyat dapat menilai kemunasabahan hartanah seluas 8 ekar tersebut hanya dijual pada harga RM70,000 sahaja.

Dalam reaksinya kepada kenyataan akhbar kami semalam, calon Umno antara lain menyatakan isu yang kami bangkitkan tersebut sudah selesai (lihat Malaysiakini 25 Januari 2011)

Di sini kami sekali lagi ingin menegaskan kepada pihak media bahawa kenyataan calon Umno yang isu tersebut telah selesai menunjukkan sekali lagi calon Umno tidak bercakap benar kepada para pengundi dan partinya sendiri.

Bagi menyangkal kenyataan calon Umno bahawa isu yang kami bangkitkan semalam telah selesai kami terangkan maklumat-maklumat berikut dengan para pengundi di DUN Tenang seperti berikut.

Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan disebabkan kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa beliau mengendalikan isu pelelongan hartanah Encik Mansor bin Mohamad tersebut telah mengakibatkan Puan Norhana binti Mohd Ali iaitu pembeli yang membeli hartanah yang dilelong secara tidak sah menyaman (i) calon Umno, (ii) Pentadbir Tanah Daerah Segamat, (iii) Pejabat Tanah Daerah Segamat dan (iv) Kerajaan Johor sebagai Defendan-Defendan bagi menuntut gantirugi berjumlah lebih kurang 1.5 juta.Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan dalam tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas keempat-empat Defendan tersebut, calon Umno telah dijadikan sebagai Defendan Pertama dan kes tersebut telah pun didaftarkan di Mahkamah Tinggi Muar iaitu Guaman Sivil No: 23-14-2009.

Bagaimanakah calon Umno menyatakan kes tersebut telah selesai sedangkan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno dan 3 yang lain pada 7hb Februari 2011 ( 7/2/2011 ).

Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan calon Umno sendiri diwakili oleh Penasihat Undang-Undang Negeri Johor dalam kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno tersebut.

Fakta-fakta di atas menujukkan sekali lagi bahawa calon Umno tidak bersikap telus bukan sahaja kepada rakyat di DUN Tenang sebaliknya kepada partai Umno dan BN itu sendiri.

Hakikatnya fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja kes kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa calon Umno sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat belum selesai, sebaliknya kes penyalahgunaan kuasa ini masih berterusan di Mahkamah.

Mengapakah calon Umno dalam keadaan berhadapan dengan fakta-fakta yang kami nyatakan di atas masih enggan bersikap telus dan terus terang kepada para pengundi di DUN Tenang dengan mengakui bahawa isu kecuaian dan kelalaian beliau dalam melelong hartanah rakyat yang lemah masih belum selesai di Mahkamah dan belum selesai?

Berdepan dengan fakta-fakta yang kami sajikan di atas kami percaya satu-satunya jalan keluar bagi calon Umno untuk membersihkan namanya, jika beliau masih ada saki baki integriti dan harga diri, adalah dengan menarik diri sebagai calon Umno dalam pilihan raya kecil Dun Tenang. Bagaimanakah calon yang terpalit dengan isu penyalahgunaan kuasa sebagai penjawat awam dan kini berdepan dengan isu tuntutan RM1.5 juta dari Puan Norhana binti Mohd Ali masih mempunyai kredibiliti untuk mewakili rakyat di DUN Tenang?

Bagaimanakah calon Umno masih kekal dalam penafian untuk terus menjadi calon Umno dan mewakili rakyat di DUN Tenang sedangkan kerana angkara dan tindakan beliau, beliau telah mendedahkan Kerajaan Negeri Johor kepada satu risiko yang tinggi iaitu terdapat kemungkinan besar Kerajaan Negeri Johor akan diperintahkan oleh Mahkamah untuk membayar gantirigi berjumlah RM1.5 juta. Jika itu yang berlaku bukankah wang rakyat Negeri Johor terpaksa digunakan sekali lagi untuk membayar gantirugi gantirugi RM1.5 juta tersebut?

YB Salahuddin Ayub,

Pengarah PRK N05 Tenang

merangkap Naib Presiden PAS.
Read more!(Selanjutnya)

MCA Berpesta Menghina Islam di TENANG.


Pada mulanya, Presiden MCA merendah-rendahkan amalan Cikgu Normala memakai sarung tangan apabila bersalaman dengan mereka yang bukan muhrim. Bagi Chua Soi Lek, menutup tangan itu satu amalan yang ganjil dan tidak sesuai dgn zaman moden. Mungkin kerana Chua Soi Lek ni biasa bergaul dengan wanita yang tidak menutup lebih dari tangan mereka.

Secara terbuka Chua Soi LEk mempermainkan ajaran Islam yang menyatakan batalnya wudhu' apabila bersentuh kulit antara lelaki dan perempuan bukan muhrim (mengikut madzhab Syafiee Qaul Qadeem).

Kita sesama Islam pun TIDAK DIIZINKAN menghina pendapat madhab2 lain sungguhpun kita bermadzhab Syafiee. Inikan pula seorang Zani Muhsan yang bukan Islam bernama Chua Soi Lek.

Tidak cukup dengan itu, dengan angkuh pelakon porno ini berkata:

"What is so great about knowing Muslim values?"


Secara mudahnya, Presiden MCA ini berkata "Apa baiknya untuk (saya) mengetahui tatasusila orang Islam?".

Jawapan bagi kenyataan yang sebegitu angkuh ini adalah mudah: Kebaikkannya adalah kamu dapat mengetahui intipati agama persekutuan Malaysia yakni Islam seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.


Di kala MCA berpesta menghina Islam dan ajaran Islam, UMNO dan Pemuda UMNO hanya mampu melihat dan diam seribu bahasa. Tak nampak PERKOSA membuat demo, tak nampak GAPS turun berdemo bersama muka-muka demonstran yang serupa tiap kali demo, tak nampak Pemuda UMNO membengis dan memberi amaran kepada orang bukan Islam.

Semuanya senyap sunyi macam tikus.

Berbeza dengan DAP yang semakin hari semakin menghargai dan menghormati Islam. Sehingga Karpal Singh sanggup meminta maaf secara terbuka dan sanggup berbincang berkaitan topik Negara Islam.

Nak buat macamana??? Dah perangai UMNO pun sama jugak. Kaki maki dan cerca Islam.

Bila Chua Soi Lek tengok pemimpin UMNO mempermainkan hukum potong tangan yang terkandung dalam Al Quran, maka pemimpin MCA pun tumpang semangkuk menghina hukum-hukum yang khilaf dalam Fiqh Islami.

Bapak borek, anak rintek.

Punya teruk pesta menghina Islam sehingga Raja Petra yang anti hadeeth pun turut sama terasa dan mencabar Muhyiddin Yaasin menyatakan sikap sebenar beliau terhadap hukum jenayah Islam.

Semoga Allah SWT menunjukkan kekuasaanNya kepada mereka yang memperlekeh hukum Allah SWT. Amin!!!!

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, January 25, 2011

BN Ambik Calon yang Dibuktikan Cuai Semasa Menjadi ADO

NOTA EDITOR: Rupanya calon BN untuk DUN Tenang ini pernah dibuktikan menjalankan kerja dengan cuai oleh Mahkamah sewaktu beliau bekerja sebagai ADO.

Malang sekali buat UMNO kerana antara kualiti calon mereka yang dibanggakan oleh UMNO adalah pengalaman beliau menjawat jawatan DO di Pejabat Tanah Daerah Segamat. Tulang Besi pun dah dapat maklumat ini semalam tetapi menunggu pendedahan rasmi dari pimpinan PAS.

Kalau pengalaman calon BN sebagai DO tidak boleh dijadikan hujjah, apa lagi sebab yang wujud untuk memilih beliau???

Buat penat je UMNO/BN keluar poster ni:



Apabila ditanya Malaysiakini, calon BN untuk DUN Tenang itu sendiri tidak menafikan apa yang didedahkan oleh YB SAlahuddin ini.

Azahar: Issue has long been settled

In an immediate reaction, Mohd Azahar (wearing songkok) told Malaysiakini that the matter has been settled in court.

"(PAS) just wants to manipulate this issue," he said.

Asked about Salahuddin's criticism that he is not qualified to be a wakil rakyat based on this incident, Mohd Azahar merely said: "This is just provocation".


Sidang Akhbar boleh ditonton di sini:



Calon BN cuai sebagai ADO
Saidah Hairan

LABIS, 25 Jan: Calon BN untuk Pilihan Raya Kecil Dun Tenang didakwa cuai dalam menjalankan tugasnya sebagai pegawai kerajaan sebelum ini dan pernah disaman kerana melelong tanah tanpa pengetahuan tuan tanah.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub mendedahkan calon BN, Mohd Azahar Ibrahim didapati cuai dan lalai ketika memegang jawatan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat sehingga disaman pada tahun 2004 oleh tuan tanah, Mansor Mohamad.

Katanya, Azahar yang dikenali dengan panggilan Tok Ai telah disaman di Mahkamah Tinggi Muar melalui Saman Pemula No: 24 (L) - 674-2004 berkaitan kes siasatan hartanah HS (M) 535, Lot 2091, Mukim Jabi, Daerah Segamat.

Menurut beliau, disebabkan kecuaian dan kelalaian Azahar yang ketika itu sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat telah mengakibatkan satu Perintah Jualan ke atas hartanah Mansor Mohamad pada 18 September 2009.

"Kerana kecuaian Tok Ai tanah tersebut secara tidak sah telah dilelong pada 1 Disember 2003 dengan harga RM70,000," ujarnya.

Beliau kesal dengan kecuaian Tok Ai yang menyebabkan tuan tanah, Mansor menjadi mangsa kezaliman kerana hartanahnya dilelong kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan beliau.

Justeru kata beliau, disebabkan kecuaian dan kelalaian itu telah mengakibatkan nama baik dan intergriti Pejabat Pentadbir Tanah Segamat terjejas teruk sekaligus menghakis keyakinan rakyat pada ketelusan Pejabat Tanah Daerah Segamat.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Muar, Yang Arif Hakim Dato' Asmadi Asnawi telah membenarkan tuntutan Mansor ke atas Pentadbir Tanah Daerah Segamat pada 29 Januari 2008 dengan kos akibat kecuaian Tok Ai mengendalikan isu tersebut.

Salahudin yang juga Pengarah Pilihan Raya Dun Tenang mempersoalkan mengapa calon yang telah dibuktikan oleh Mahkamah cuai dan lalai dalam melaksanakan tugas awam masih dicalonkan untuk PRK Dun Tenang.

"Tidakkah tindakan Umno ini membuktikan Umno tidak menghiraukan isu integriti dan kompetensi seorang calon bagi mewakili rakyat atau pengundi Dun Tenang," tegasnya.

Beliau yakin dengan pendedahan itu membuktikan bahawa Umno memang sengaja menyembunyikan fakta-fakta tersebut kerana bimbang pengundi Dun Tenang akan menolak calon Umno-BN.

Merujuk rekod buruk Tok Ai, Azahar Ibrahim, PAS yakin dan percaya rakyat Dun Tenang tidak akan tertipu dengan janji-janji manis beliau untuk menyelesikan maalah tanah di Labis.

Ini kerana katanya, fakta dan keterangan tersebut jelas menunjukkan tanah rakyat dengan mudah telah dilelong dengan secara tidak sah.

"Kami menyeru pengundi Dun Tenang jangan gadaikan maruah dan masa depan anak bangsa dengan memilih calon Umno yang terbukti didapati bersalah oleh Mahkamah kerana menganiayai rakyat," tegasnya.

Salahudin menegaskan pendedahan itu bukan merupakan serangan peribadi calon tetapi ia menyentuh isu integriti dan kelayakan Azahar (Tok Ai) untuk menjadi calon di Dun Tenang.

.
Read more!(Selanjutnya)

Monday, January 24, 2011

UMNO Tolak Usul Kembali Kuasa Raja. Kekalkan Warisan Mamak Bendahara

Persidangan hari ini membuktikan dengan jelas dan terang bahawa UMNO adalah parti "Lidah Bercabang". Di satu sudut membuat tuduhan yang begitu ganas kepada Pakatan Rakyat kononnya kita ini tidak hormat dan derhaka pada Raja-Raja Melayu.

Tapi, apabila Pakatan Rakyat mahu mengembalikan kuasa Raja melantik SUK, UMNO dengan bangganya MENOLAK.

Ertinya UMNO mengutamakan undang-undang ciptaan Mamak Bendahara dari mengembalikan kuasa Raja-Raja Melayu.

Benarlah agaknya nasihat seorang kawan saya: "Kalau ada orang UMNO kata "Allah itu satu" pun kamu jangan percaya. Bukan kerana kata-kata dia itu salah tapi kerana yang berkata itu adalah UMNO"

Mulai hari ini UMNO tidak boleh lagi mengaku sebagai pejuang Raja-Raja Melayu kerana UMNO menolak pengembalian kuasa Raja-Raja Melayu dalam perlantikan SUK.

Tulang Besi



K'jaan S'gor gagal pinda undang-undang tubuh
Jan 24, 11 9:55am


Seperti dijangka, kerajaan Selangor gagal meminda undang-undang tubuh negeri bagi memberikan kuasa kepada Sultan dan menteri besar dalam pelantikan tiga jawatan tertinggi negeri.

Selepas pengundian dijalankan, hanya 34 ADUN mengundi bersetuju dengan pindaan itu manakala 20 lagi mengundi menentangnya.

Kerajaan Selangor memerlukan 38 undi (sokongan 2/3) bagi membolehkan undang-undang itu diluluskan.

BN mempunyai 21 kerusi yang mana kesemuanya sepakat menolak cadangan menteri besar itu.

Berikutan kegagalan untuk mendapatkan undi majoriti dua pertiga itu, mesyuarat pada hari ini ditamatkan dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan supaya sidang dewan ditangguhkan sehingga satu tarikh yang ditetapkan kemudian.

Sementera itu, Bernama melaporkan, dalam sidang akhbar selepas itu, Speaker Datuk Teng Chang Khim, yang juga Adun Sungai Pinang berkata speaker dalam keadaan biasa tidak mengundi tetapi undi speaker dikira sekiranya jumlah antara penyokong dan pembangkang seri.

"Timbalan Speaker Haniza Mohamed Talha (PKR-Taman Medan) turut mengundi. Majoriti dua pertiga ialah sebanyak 37 kerusi dari kesemua 56 kerusi di DUN Selangor," katanya.

Sebanyak lima wakil rakyat penyokong kerajaan membahaskan rang undang-undang itu iaitu Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PKR-Hulu Klang), Shuhaimie Shafiei (PKR-Sri Muda), Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) dan M. Manoharan (DAP-Kota Alam Shah).

Di pihak pembangkang pula perbahasan dimulakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Mohamad Satim Diman (BN-Sri Serdang), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang), Datuk Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) dan Abdul Shukor Idrus (BN-Kuang).

ADUN Sungai Panjang Dr Mohamad Khir Toyo yang menghadapi tuduhan rasuah dan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru dilantik Datuk Mohamad Khusrin Munawi turut hadir.

Perkembangan terdahulu:

ADUN dan para wartawan tiba awal hari ini untuk menghadiri sidang DUN Selangor yang akan membahas cadangan pindaan Undang-undang Tubuh Negeri untuk mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai tinggi kerajaan kepada sultan dan negeri.

NONEDua trak anggota polis kelihatan berada di pintu masuk DUN manakala satu trak lagi berada berhampiran Wisma MBSA, ekoran kemungkinan berlakunya protes pagi ini.

Kedua-dua pintu masuk dan keluar DUN dibuka separuh, dengan ruang yang mencukupi untuk dilalui sebuah kereta.

Sidang DUN dijadual bermula jam 10 pagi di mana kerajaan negeri Pakatan Rakyat bercadang meminda Undang-undang Tubuh Negeri tersebut.
NONEBN sebagai pembangkang negeri bagaimanapun menuduh kerajaan merancang untuk menambah kuasa menteri besar dalam menentukan pelantikan pegawai tinggi kerajaan negeri.

Cadangan pindaan itu dibuat ekoran tindakan kerajaan pusat melantik bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) negeri yang baru.

Kerajaan Selangor membantah keras pelantikan tersebut dan menuduh Putrajaya mengetepikan kuasa negeri, apabila melantik Khusrin tanpa berbincang dengan menter besar.

Sultan Selangor bagaimanapun memperkenankan pelantikan Khusrin yang mengangkat sumpah pasa 5 Januari lalu.

LAPORAN LANGSUNG

9.30 pagi: ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah tiba di bangunan SUK, diiringi dua pembantu.

NONEBeliau disambut oleh silauan lampu kamera jurufoto, menyebabkannya agak terkejut.

"Wah, banyak peminat ni!" katanya berseloroh.

Beliau enggan menjawab sebarang soalan walaupun ditanya bertubi-tubi oleh pemberita, sama ada akan mencabar keputusan speaker Teng Chang Khim yang mengisytiharkan kerusinya kosong.

9.32 pagi: Kira-kira 200 berkumpul di Dataran Shah Alam bawa pengawasan ketat polis. Sebahagian peserta memakai ikat kepala bertulis GAPS (Gagasan Anti Penyelewengan Selangor). Empat unit pasukan polis berkawal di depan pintu SUK.

9.40 pagi: Didesak pemberita, Badrul Hisham Abdullah memberitahu akan memfailkan saman bagi mencabar keputusan itu tengah hari ini selepas menghadiri sidang DUN.

Bagaimanapun, masih belum jelas sama ada beliau dibenarkan memasuki dewan ekoran kerusinya telah diisytihar kosong.

NONE10 pagi: Dewan mula bersidang. Badrul Hisham Abdullah - yang kerusinya diisytihar kosong oleh speaker - duduk di bilik yang dikhaskan kepada petugas media, tingkat atas di dalam dewan.

Setiausaha dewan membacakan ucapan diraja bagi pihak Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dalam ucapannya, Sultan bertitah supaya ADUN membahaskan cadangan pindaan itu dengan sebaiknya tanpa beranggapan perkenan yang diberikan baginda sebagai menyokong mana-mana pihak dalam dewan.

Baginda juga memberitahu ADUN supaya tidak menariknya sama dalam politik. Istana sentiasa tidak mencampuri urusan politik, titahnya lagi.

10.24 pagi: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membacakan ucapannya.

Berdasarkan perkara 10(3) peraturan dewan, kerajaan Selangor membentangkan pindaan terhadap Undang-undang Tubuh Selangor 1959 terhadap perkara 52(1), kata menteri besar.

Pindaan itu dicadangkan supaya generasi akan datang tidak lagi tertanya-tanya dan tiada pihak yang berani melanggar kuasa kerajaan negeri dan Sultan, kata Khalid.

Pakatan Rakyat memberikan komitmen menjunjung perlembagaan negara dan undang-undang tubuh negeri serta Rujun Negara, yang menjadi asas kepada kerajaan Selangor hari ini, tambahnya.

Pakatan juga, tambah Abdul Khalid, berhasrat menegakkan kedudukan dan peranan Raja-raja Melayu yang dinyatakan dalam perlembagaan persekutuan.

10.35 pagi: Selepas duduk di bilik khas media kira-kira 30 minit, Badrul meninggalkan bilik itu dan bercadang mengadakan sidang media di luar.

10.50 pagi: Dalam sidang media selepas itu, Badrul Hisham mengaku beliau masih merupakan wakil rakyat yang sah dan akan terus berkhidmat kepada rakyat.

Bagaimanapun, ditanya lagi sama ada beliau mahu memfailkan tuntutan di mahkamah, beliau hanya menjawab "mungkin".

Beliau juga memberitahu, setelah menunjukkan surat jemputan bertarik 11 Januari daripada speaker, pihak keselamatan masih tidak membenarkannya masuk ke dalam dewan.

11.20 pagi: Abdul Khalid selesai berucap. Ketua pembangkang negeri yang baru dilantik Datuk Mohamad Satim Diman (BN-Seri Serdang) berucap mempersoalkan tindakan Teng memanggil sidang DUN tanpa notis 14 hari.

Speaker menegur kembali Mohamad Satim supaya mengingat peraturan tetap dewan sebelum membangkitkan sebarang perkara atau beliau akan diminta keluar untuk mengingatinya.

Penyokong Pakatan ketawa besar.

NONE11.25 pagi: Mohamad Satim ketika membahaskan pindaan itu mendakwa kerajaan negeri 'syok sendiri'.

Katanya, Umno Selangor tidak akan sesekali menyokong cadangan itu kerana bertentangan dengan perlembagaan negara dan bermotifkan politik.

Menurutnhya lagi, kerajaan BN terdahulu tidak pernah membelakangi Sultan, berbeza dengan menteri besar baru yang didakwa tidak dapat menerima pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK yang telah mendapat pekenan Sultan.

11.26 pagi: Peserta perhimpunan di Dataran Shah Alam kini bertambah sehingga 500 orang.

11.41 pagi: Mohamad Satim mengulangi dakwaan bahawa wakil Pakatan biadan dan derhaka terhadap Sultan dalam banyak tindakannya, antaranya dalam isu penggunaan kalimah Allah dan tulisan dalam blog Shuhaimie Shafiei (PKR-Sri Muda) yang didakwa menghina Sultan.

azmin ali pc in parliament 020709 0212.10 tengah hari: Pengerusi Kelab penyokong kerajaan negeri Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) membalas Umno yang derhaka kerana enggan menyokong cadangan pindaan undang-undang itu.

Katanya, walaupun Umno boleh menukar fakta menggunakan media arus perdana, mereka tidak boleh mengubah sejarah.

Azmin juga berkata Umno sudah lama menikmati kekebalan bawah pentadbiran 'Mamak Bendahara' dan pihak eksekutif, yang mengundang bantahan ADUN Taman Templer Subahan Kamal.

Subahan berkata Azmin berniat jahat dengan menggunakan perkataan 'mamak'.

Sementara bangun Shamsudin Lias (Umno-Sungai Burong) menyokong Subahan, mendakwa Azmin menggunakan perkataan itu dengan cuba merujuk kepada Subahan.

Azmin pantas membidas kefahaman "cetek" pembangkang negeri berhubung penggunaan prosa Melayu klasi di mana gelaran 'mamak bendahara' dirujuk kepada pembantu utama Sultan.

1 tengah hari: Sidang dewan ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang ini.

NONE1.10 tengah hari: Sekumpulan 20 pemuda Pakatan Rakyat berhimpun di depan bangunan DUN bagi menunjukkan sokongan terhadap cadangan pindaan itu.

Mereke membawa kain rentang dan menjerit perkataan "Daulat Tuanku!" dan "Hidup Rakyat!" sebelum beredar sepuluh minit kemudian.

2.47 petang: Persidangan bersambung dengan Azmin menyampaikan hujahnya.

Satim mencelah meminta spekaer mengingatkan timbalan presiden PKR itu supaya tidak lari tajuk apabila menyentuh kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak rancangan 100 hari pentadbiran Pakatan.

Sulaiman says Azmin mulanya berkata bersetuju mengubahnya. Dengan sinis beliau berkata akan menukar perkaraan "Najib berkata" kepada "Rosmah berkata" yang menyebabkan ADUN Pakatan ketawa.

Selain Satim dan Azmin, sepuluh ADUN dijadual mendebatkan cadangan pindaan undang-undang tubuh negeri itu.

NONE3.25 petang: Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) sifatkan cadangan itu sebagai rancangan menteri besar dan kerajaan negeri untuk menyingkirkan Khusrin.

Sulaiman sebaliknya memuji Khusrin dengan berkata, Khusrin terkenal dengan sifat tegas, profesional dan berintegiriti.

Katanya, bukan DUN tetapi di parlimenlah tempat yang betul untuk membahaskan pindaan sebegitu kerana ia pelantikan itu berkaitan dengan perlembagaan persekutuan.

4.30 petang: Khalid memohon sidang dipanjangkan sehingga jam 7 petang supaya semua ADUN mendapat peluang berbahas.

Sehingga sekarang, Shuhaimi Shafiei (PKR-Seri Muda) - dalam giliran kelima - sedang berucap.

6.25 petang: Usaha kerajaan negeri untuk meminda undang-undang tubuh Selangor tidak berjaya apabila gagal mendapat sokongan dua pertiga dalam prosiding bacaan kedua.

Seramai 34 ADUN mengundi bersetuju dengan pindaan itu manakala 20 lagi mengundi menentangnya.

BN mempunyai 21 kerusi yang mana kesemuanya sebulat suara menolak cadangan menteri besar itu.
Read more!(Selanjutnya)

Calon BN Ditolak Rakyat. Tidak Popular?

Maklumat yang Tulang Besi dapat dari kawan yang berada di Tenang adalah calon BN Tenang ini ditolak oleh UMNO tempatan. Tulang Besi tidak boleh memastikan kesahihan kesah ini, terpulang kepada pembaca untuk membuat penilaian sendiri.

Maklumat yang Tulang Besi dapat adalah:

1.0 Calon BN ini adalah pilihan Muhyiddin Yaasin

2.0 Najib Tun Razak sendiri dalam satu majlis tertutup menolak calon pilihan Muhyiddin ini

3.0 Calon ini pernah bertanding di dalam Pemilihan UMNO Bahagian Labis dan kalah dengan begitu teruk sekali

4.0 Lebih 20 Cawangan UMNO memboikot calon BN ini sehingga ada markas UMNO yang ditutup.

5.0 Mereka yang tidak terpilih sebagai calon juga mengambil langkah memboikot calon BN ini. Antaranya adalah Ketua Wanita Labis Haslinda Salleh.

6.0 Kalau mengikut populariti, calon BN ini tidak akan terpilih. Namun, Muhyiddin Yaasin sendiri mengambil keputusan dan menaikkan seorang yang tiada jawatan langsung dalam UMNO Labis.

7.0 Dikatakan juga calon BN ini walaupun pernah menjadi DO namun tidak pernah disukai rakyat.

Secara mudahnya calon PAS Cikgu Normala Sudirman jauh lebih popular berbanding dengan calon BN itu

Tulang Besi

5.0

Read more!(Selanjutnya)

Depan Orang CIna, UMNO Burukkan Islam

Kalau ini bukan bukti UMNO Lidah Bercabang, saya pun tak tau apa nak kata.

Seorang yang mengaku Islam tidak akan mempermainkan hukum potong tangan kerana hukum ini terdapat dalam Al Quran secara jelas:

Al Maaidah:38 ‏وَٱلسَّارِقُ وَٱلسَّارِقَةُ فَٱقْطَعُوٓا۟ أَيْدِيَهُمَا جَزَآءًۢ بِمَا كَسَبَا نَكَلًۭا مِّنَ ٱللَّهِ ۗ وَٱللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌۭ

"Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan, potonglah tangan keduanya sebagai satu balasan ke atas apa yang mereka mengusahakan, dan hukuman contoh daripada Allah; Allah Perkasa, Bijaksana." (5:38)

Namun, sanggup Ghani Othman dan Muhyiddin memburuk-burukkan hukum Allah SWT yang jelas terkandung dalam AlQuran di depan orang bukan Islam semata-mata mahu membantu kempen MCA.

Pada waktu yang sama, mereka menuduh PAS dipergunakan oleh DAP. Bukti diatas ini jelas menunjukkan UMNO dipergunakan MCA untuk menakutkan orang Cina kepada PAS. Sehingga ke tahap sanggup memburukkan ajaran Allah SWT yang terkandung dalam Al Quran Al Kareem.








Read more!(Selanjutnya)

Friday, January 21, 2011

Pindaan Undang2 Tubuh Selangor: Taat Mahathir atau Sultan?

Tulang Besi mendapat maklumat Baginda Tuanku Sultan Selangor amat berkenan dengan cadangan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor yang dicadangkan oleh Kerajaan PR pada 24 Januari 2011 ini.

Kerajaan PR Selangor tidak bercadang untuk membawa apa-apa pembaharuan. Hanya mahu mengembalikan peruntukan asal yang telah dirompak Dr Mahathir apabila beliau membuang kuasa Raja-Raja pada tahun 1993.

Pindaan ini seterusnya akan menguji kesetian UMNO itu sendiri. Samada mereka setia kepada BAginda Tuanku ataupun mereka setia dengan Mahathir bin MUhammad Iskandar Kutty.

Sultan Selangor ini lambang orang Melayu dan panji adat istiadat serta kekuasaan Melayu. Dr Mahathir Muhammad Iskandar Kutty pula bukan pun keturunan melayu. Atas sebab itulah beliau diberi gelaran D.K. untuk mengingatkan kita bahawa beliau bukan seorang Melayu.

Kalau UMNO menolak cadangan pindaan ini, saya mencadangkan supaya kesemua ADUN UMNO Selangor beli tiket kapalterbang dan terbang ke Kerala India. Ini kerana mereka telah membuktikan mereka lebih taat kepada D.K. berbanding Sultan Selangor yang menjadi Raja kepada orang Melayu.

Ataupun UMNO kena tukar nama dari Parti MElayu kepada Parti Mamak kerana ketaatan mereka kepada Mahathir yang bukan Melayu lebih tinggi dari ketaatan kepada Raja Melayu.

Sebagai penutup, Tulang Besi hairan mengapa Berahim Ali terpekik terlolong "membela" Sultan Selangor dalam isu perlantikan Khusrin Munawi. Kononnya beliau mahu membela Sultan Selangor yang beliau dakwa dihina oleh Menteri Besar Selangor atas suruhan Anwar Ibrahim.

Lupakah kita pada tahun 1993, selepas Berahim melompat dari S46, betapa nyaring dan lantang beliau memaki dan menista Sultan Kelantan sewaktu menyokong Pindaan Perlembagaan tajaan Dr. Maahthir Iskandar Kutty di dalam menghapuskan kekebalan Raja-Raja Melayu tempohari?

Apakah Berahim dan PERKOSA telah lupa sejarah Berahim dalam Parlimen sewaktu beliau menjadi ahli parlimen lompat bagi Pasir Mas pada tahun 1993 yang lepas?

Samalah macam UMNO yang terpekik terlolong kononnya PAS dipergunakan DAP tapi UMNO Selangor sendiri menggadai tanah rezab surau di Rawang pada Tauke.

Inilah yang dipanggil orang tua-tua sebagai "lidah bercabang". Sekejap kata lain, sekejap lagi kata lain.

Orang macam inikah yang kita hendak harapkan untuk membela orang Melayu?

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Melayu Singapore Sokong PAP.Kenapa PAS Tidak Boleh Kerjasama dengan DAP?


Singapura adalah kubu kuat UMNO sebelum UMNO menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew. Rata-rata orang Melayu Singapura menjadi penyokong UMNO pada waktu itu sehingga melahirkan kepimpinan2 UMNO seperti Syed Jaafar Albar (yang mendapat gelaran Singa UMNO).

Namun, pada hari ini, setelah lebih 40 tahun Singapura berpisah dari Malaysia, rata-rata orang Melayu di sana telah berubah arah dan memberi sokongan padu kepada Parti Lee Kuan Yew (Parti People's Action Party atau PAP).

Pada tahun 1960an, tidak masuk akal kalau ada orang Melayu yang mengaku menjadi ahli PAP ataupun mengisytiharkan sokongan pada PAP pimpinan Lee Kuan Yew. Namun, pada hari ini, rata-rata orang Melayu telah membuang UMNO dan menyertai PAP dan ada di antara mereka menjadi Ahli Parlimen PAP seperti Zaqy Mohammed di bawah:




Taktik Mahazalim dan PERKASA yang terbaru adalah menakutkan orang Melayu Malaysia dengan mengambil contoh Melayu di Singapore. Soal saya adalah, sekiranya benar-benar Melayu tertindas di Singapore, mengapa Melayu beramai-ramai menyertai PAP?

Saya yakin Dr Mahathir pasti sedih membaca keratan akhbar di atas kerana pada zaman beliau muda dahulu, perkara seperti di atas tidak mungkin terjadi.

Padahal, di Singapura, UMNO masih wujud dalam bentuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura(PKMS). PKMS adalah parti yang sah dan diizinkan bertanding dalam piliharaya umum. Kalau orang Melayu Singapura menyukai ideologi UMNO sudah tentu PKMS mampu menarik lebih 14% populasi Singapura untuk menyokong mereka. Undi blok seperti ini mampu menyebabkan PAP kalah di beberapa kerusi.

Namun, Melayu Singapura lebih tertarik dengan meritokrasi tajaan Lee Kuan Yew berbanding "Hidup Melayu" tajaan UMNO.

Perjuangan PKMS (UMNO Singapura) sekarang ini tidak lebih dari bergaduh sesama sendiri merebut Bangunan UMNO di Jalan Changi yang bernilai lebih SD10 juta itu.(Sila baca di sini)

Keluarga saya di Singapura, rata-rata merasa gembira hidup di Singapura walaupun mereka orang Melayu tulin. Saya tanya, mengapa begitu. Mereka jawab di bawah Lee Kuan Yew mereka boleh membina kehidupan yang lebih baik berbanding dengan di bawah UMNO.

Mereka kata pendapatan mereka jauh lebih tinggi di bawah Lee Kuan Yew berbanding di bawah UMNO. Mereka kata pelajaran anak2 mereka jauh lebih baik, kehidupan hari tua mereka jauh lebih terjamin, kebolehan membeli rumah jauh lebih kehadapan berbanding mereka duduk di bawah UMNO.

Melalui pengakuan ahli keluarga saya di Singapura itu, saya tidak terkejut membaca laporan keratan akhbar di atas.

PERKOSA dan MAhathir mahu menakutkan Melayu Malaysia dengan menjadikan Melayu Singapura sebagai contoh. Namun, setakat ni saya tak jumpa Melayu Singapura yang mengeluh mendakwa mereka ditindas oleh Lee Kuan Yew dan PAP.

Saya rasa, Melayu Singapura selesa untuk hidup dalam sistem meritokrasi dan mereka tidak takut untuk bersaing.

Tidak seperti Melayu Malaysia yang condong pada UMNO yang senantiasa mengharapkan subsidi dan malas untuk berusaha dengan tulang empat kerat mereka. Melayu UMNO sememangnya dilatih untuk menjadi penagih subsidi sejak zaman berzaman. Sebab itulah mereka takut dengan meritokrasi dan persaingan. Jenis Melayu seperti ini lebih suka hidup hina sebagai kroni dari hidup mulia sebagai pengusaha.

Melayu seperti inilah yang terpekik terlolong pasal hak Melayu kerana mereka tahu mereka akan jadi miskin papa kedana kalau mereka terpaksa bersaing. Selama ini mereka hidup mewah merompak kekayaan rakyat hanya kerana hubungan baik mereka dengan pemimpin2 UMNO.

Akhir kata, lebih baik pergi sendiri ke Singapura dan tanya orang Melayu di sana, apa benar mereka ditindas atau tidak.

Juga, kalau Melayu Singapore boleh sokong PAP, mengapa PAS tidak boleh bekerjasama dengan DAP?

Tulang Besi

ps Cumanya, orang Islam di sana mesti berpersatuan dan meminta supaya lebih banyak lagi tempat ibadah Islam dibina. Misalnya, di Changi Airport tiada surau walau sebuah pun untuk orang Islam bersolat.

Read more!(Selanjutnya)

Thursday, January 20, 2011

BERNAMA BOHONG!!! ANWAR TIDAK PERNAH KATA TIDAK MAHU BERDEBAT

NOTA EDITOR: Berikut adalah kenyataan rasmi dari Anwar Ibrahim berkaitan dengan laporan terbaru BERNAMA yang mendakwa Anwar Ibrahim tidak mahu berdebat dengan Perdana Menteri Malaysia.

Kenyataan Media Untuk Edaran Segera: Debat Diteruskan,

Laporan Bernama Mengelirukan.
...
From:
Komunikasi KEADILAN

Saya memandang serius laporan Agensi Berita Nasional (Bernama) bahawa
saya tidak mahu berbahas secara terbuka dengan Dato' Seri Najib Razak.
Laporan tersebut kononnya memetik kenyataan saya di Alor Setar seusai
Majlis Wacana Maqasid Syariah di Kolej Insaniah Alor Setar petang tadi.

Saya tegaskan di sini, saya sedikitpun tidak berganjak dari kenyataan
sebelumnya serta hasrat yang terkandung dalam surat rasmi berniat
mempelawa YAB Perdana Menteri untuk berdebat secara terbuka demi
kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya.

Saya berharap Agensi Berita Nasional (Bernama) agar menarik balik serta
membetulkan laporan bertarikh 19hb Januari 2011 yang berjudul "SAYA
TIDAK AJAK PERDANA MENTERI BERDEBAT, HANYA BERBINCANG" - ANWAR.

ANWAR IBRAHIM

Dihantarkan kepada anda melalui / Delivered to you by:

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Read more!(Selanjutnya)

Pelabuhan Kelang: Peluang SPR Melacurkan Diri Mereka Sekali Lagi

NOTA EDITOR: Peluang keemasan untuk SPR melacurkan diri mereka kepada UMNO sekali lagi. Saya yakin SPR akan memastikan tiada pilihanraya kecil demi menjaga kepentingan UMNO dan Najib Tun Razak.

Sudahlah Najib tidak berani berdebat dengan Anwar Ibrahim.

Speaker isytihar kerusi Dun Pelabuhan Klang kosong
Hazayani Zakaria

SHAH ALAM, 19 Jan: Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pelabuhan Klang kosong.

Ianya berikutan kegagalan Adunnya, Badrul Hisham Abdullah hadir ke persidangan Dun dalam tempoh 6 bulan bermula 15 Julai 2010 hingga 15 Januari lalu.

Berikutan itu beliau mengisytiharkan kerusi itu kosong mengikut Fasal 69 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

“Menurut Fasal 69, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, jika seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri itu tidak hadir dalam masa 6 bulan, maka kerusi tersebut diisytiharkan kosong,” kata Teng pada sidang media di Dewan Annex, dekat sini hari ini.

Menurut Teng juga, mengikut peruntukan dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, beliau berhak untuk mengisytiharkan status bagi kerusi Dun sebagai kosong sekiranya mana-mana Adun gagal menghadiri sidang Dun dalam tempoh ditetapkan.

“Tafsiran saya bagi melihat pengiraan 6 bulan itu, adalah merujuk kepada Fasal 70 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Saya melihat memang niat Undang-undang negeri hendakkan supaya Dewan bersidang dalam masa 6 bulan, katanya.

Ditanya adakah kekosongan kerusi itu menandakan pilihan raya kecil bakal berlangsung, Teng menegaskan perkara itu di luar bidang kuasa beliau.

"Kerusi dah kosong, jadi beliau tidak lagi menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri dan kalau mengikut peruntukan dalam Undang-undang Tubuh makan pihak Suruhanjaya Pilihan raya dikehendaki untuk memanggil pilihan raya kecil.

"Itu di luar bidang kuasa saya. Bidang kuasa saya adalah apabila keadaan ini sudah menepati peruntukan dalam fasal 69 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, maka saya dikehendaki mengisytiharkan kerusi itu kosong," jelasnya.

Bagaimanapun katanya, kekosongan kerusi itu akan dimaklumakn kepada SPR dalam masa terdekat.

Badrul meninggalkan PKR pada Oktober 2009 dan memilih menjadi ADUN Bebas yang mesra BN tetapi kemudiannya menyertai Umno pada Mei tahun lalu.

Badrul Hisham memenangi kerusi Pelabuhan Klang pada pilihan raya umum 2008 di bawah tiket PKR dengan majoriti 4,407 undi.
Read more!(Selanjutnya)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...