Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Loading...

Thursday, March 31, 2011

Skandal Video Blue Rahim Thamby Chik Memalukan Melayu

Tulang Besi beranggapan UMNO dan Najib tiada modal dalam poltik kecuali fitnah seks murahan seakan standard akhbar tabloid. Kalau nak harapkan ekonomi, lagi tak boleh harap memandangkan negara2 lain di Asia Tenggara menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi dari Malaysia hatta Thailand yang huru hara itu.

Kalau nak harap moral, MAlaysia terkenal dengan kes pembuangan bayi dan anak luar nikah yang semakin meningkat.

Kalau nak harap agama, lagilah teruk. Apa yang kita nak harapkan dari Perdana Menteri yang meluluskan lesen judi bola.

Kalau nak harap Melayu, RM52 juta saham Bumiputra hangus, tanah surau di Rawang mereka gadai pada taukeh, DEB gagal mencapai matlamat, orang MELAYU masih lagi termiskin berbanding kaum India, tanah2 rezab Melayu habis tergadai di bawah UMNO dan banyak lagi.

Kalau nak harapkan keadilan dan kesaksamaan, kita lihat sendiri bagaimana mahkamah Malaysia dilacurkan untuk kepentingan UMNO.

Habis tu, penghabisan sekali UMNO taja blogger2 yang hanya tahu bincang pasal seks dan tepi kain orang. Selepas itu, Najib "taja" Rahim Thamby Chik untuk buat video blue kononnya ia dilakonkan oleh Anwar Ibrahim. Tapi, satu dunia tahu Rahim Thamby Chik tak boleh percaya punya manusia. Bila dia kata video blue tu dalamnya Anwar tiada sapa yang percaya.

Last sekali, Anwar memang patut anjurkan percubaan "September 16". Ini kerana kalau berjaya kelmarin, semua fitnah yang dihadapi beliau sekarang ini, pasti tidak berlaku.

Lebih2 lagi, kalau September 16 dahulu berlaku, calon Perdana Menteri bukannya Anwar Ibrahim.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, March 30, 2011

80k Rakyat Selangor Dapat Tanah

NOTA EDITOR: Masa BN memerintah dulu, UMNO giat rampas tanah rakyat (rujuk: Kampung Berembang). Tanah yang dirampas tu, diserah pada kroni.

Masa PR memerintah, kita giat bagi tanah pada rakyat. Rakyat terbela di bawah Pakatan Rakyat. Orang Melayu terbela di bawah Pakatan Rakyat.

Alhamdulillah.


80,000 rakyat Selangor dapat geran tanah
Ismail Hashim

SHAH ALAM, 30 Mac:
Seramai 80,000 rakyat peneroka tanah di Selangor mendapat manfaat besar apabila kerajaan negeri memberikan geran sah milik kepada mereka setelah berpuluh tahun mendiaminya.

Proses ini dilakukan secara berkelompok kerana sebelum ini dibuat secara terpilih di mana didapati dalam 200 keluarga di sesuatu tempat itu, tidak sampai sepuluh peratus mendapat geran itupun mengikut kepentingan politik pihak tertentu.

Namun dasar tanah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat adalah untuk menyelesaikan keseluruhan tanpa mengambil kira fahaman politik mereka kerana sebagai rakyat Selangor mereka berhak mendapat geran tersebut.

Dewan Negeri Selangor diberitahu oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) ketika menjawab soalan dalam sesi dewan kali ini.

Menurutnya, kelulusan geran tanah diberikan kepada peneroka yang telah nenggusahakan tanah berkenaan sejak 10 hinga 15 tahun lalu.

"Mereka akan diberikan geran tanah sah milik ini dengan syarat mereka sendiri usaha dan membina kediaman di atasnya dan bukan untuk perniagaan," tegasnya.

Abdul Khalid berkata demikian ketika menjawab Adun Sekinchan, Ng Swee Lim.

Dalam pada itu, Abdul Khalid juga memaklumkan pihak kerajaan negeri menolak permohonan peneroka profesional yang memohon untuk empat hingga lima kawasan tanah berasingan.

"Permohonan untuk tanah kosong yang masih belum diusahakan juga akan ditolak.

"Kerajaan juga tidak mengamalkan kelulusan terpilih di mana hanya sepuluh peratus sahaja diluluskan daripada jumlah 200 permohonan seperti amalan.

"Tiada unsur politik mempengaruhi semua pihak dalam melulus atau menolak permohonan ini kerana Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mengamalkan sikap telus.

"Semua yang dilakukan oleh kerajaan negeri ini adalah untuk menjaga kepentingan rakyat terbanyak dengan tidak menafikan hak rakyat yang lain," tegasnya.
Read more!(Selanjutnya)

Blogger UMNO: Doa Tulang Besi Depan Kaabah Mula Termakbul




Semua pambaca tentu masih ingat doa laknat yang Tulang Besi baca di hadapan Kaabah tempohari.

Merujuk kepada Poji@TopengPerak, gambar salah seorang blogger UMNO bernama Parpukari telah didedahkan. Gambar tersebut menampakkan blogger tersebut dalam keadaan yang begitu terkompromi.

Lihat sendiri gambar tersebut di atas. Tulang Besi sedikit pun tak terkejut. Kalau mereka sanggup amalkan qazaf dan fitnah sewenangnya, apalah sangat dengan dosa minum arak. Betul tak?

Apa pun, Tulang Besi bersyukur, Allah SWT telah mula memakbulkan doa Tulang Besi yang dilakukan di hadapan Kaabah tempohari.

Lepas ni marilah kita menunggu giliran RBFOnline dan Papa Gomo pula.

Wallahualam

TUlang Besi

ps yang kelakarnya, artikel terbaru si Parpukari ni bertajuk "KISAH SEMBAHYANG HAJAT MEMPERTAHANKAN SI PELIWAT YANG JUGA PENZINA DI SHAH ALAM!" yang penuh dgn dosa Qazaf dan fitnah serta membicarakan pasal masaalah moral.

Inshaalah, segala kebobrokan serta penipuan mereka akan didedahkan Allah SWT sedikit demi sedikit

Read more!(Selanjutnya)

Penerangan Berkenaan Bukti Twitter and Facebook Anwar Dalam Isu Video Blue Rahim Tamby Chik

NOTA EDITOR: Ramai yang cuba mempersoalkan alibi Dato Seri Anwar yang berbentuk Twitter and Facebook ini. Namun, penerangan dari saudara Rafizi ini bakal mengurai segala kekusutan, inshaalah.


Video seks: Alibi Twitter Anwar terus dibahas
Mac 28, 11 4:33pm


Perbahasan berhubung alibi Datuk Seri Anwar Ibrahim - dalam isu rakaman video seks -melalui laman sosial Twitter dan Facebook terus rancak dibahaskan.

orange book forum klscah 250111 rafizi ramliPengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli (kiri) hari ini mengemukakan hujah meliputi aspek teknikal bagaimana penentuan masa laman popular itu ditentukan - yang didakwanya gagal difahami oleh media milik Umno.

"Saya dengan sengaja meninggalkan penerangan mengenai kenapa pesanan yang dipaparkan di laman Twitter adalah sejam lebih cepat berbanding di laman Facebook pada 21 Februari 2011 itu, untuk memberi peluang kepada Utusan Malaysia, media perdana dan blogger Umno mengkaji dengan lebih mendalam demi kebenaran.

"Saya menjangkakan mereka tidak akan berusaha memahami bagaimana laman Twitter dan Facebook berfungsi, sebaliknya akan terus memfitnah dan menggunakan perkara itu," katanya.

Berikut ringkasan hujah-hujah Mohd Rafizi:

1. Anwar membuat sembilan pesanan di akaun Twitter yang turut dipamerkan di laman Facebook bermula jam 10:38 malam, 21 Februari lalu. Pesanan itu menunjukkan mustahil pelaku dalam video yang didakwa.

NONE2. Pesanan yang dipaparkan di Twitter sejam lebih cepat berbanding di Facebook pada 21 Februari. Ia boleh diterangkan melalui konsep daylight time saving dan bagaimana kedua-dua laman itu berfungsi.

3. Facebook mempamerkan tempatan kerana iamengikut masa dalam komputer semasa akaun dibuka. Twitter mengikut masa dalam pelayannya di San Francisco, Amerika Syarikat. Masa setiap pesanan Twitter harus ditambah perbezaan masa mengikut zon masa dunia.

4. Penggunaan amalan perubahan jam mengikut daylight saving - yang perlu diubah setiap Mac dan November - memberi kesan kepada perbezaan masa antara zon-zon dunia. Apabila jam diubah di Amerika Syarikat; masa di pelayan laman Twitter juga berubah.

5. Pada musim sejuk (November hingga Mac), perbezaan masa antara San Francisco dan Malaysia adalah 16 jam. Setiap pesanan dalam tempoh itu,Twitter secara automatik mengira waktu di tempat asal berdasarkan perbezaan itu.

6. Sehubungan itu, pesanan yang dibuat pada jam 10:40 malam di Malaysia pada 21 Februari bersamaan 7:40 pagi di San Franciso (jam Malaysia tidak mengikut daylight saving). Pelayan Twitter akan menambah 16 jam, yang menyebabkan ia dipamer 11:40 malam (satu jam cepat).

7. Apabila jam diubah semula bermula hari Ahad kedua bulan Mac (mengikut daylight saving) perbezaan masa Malaysia dan San Francisco menjadi 15 jam. Maka, pesanan yang di Twitter mempamerkan masa yang seragam dengan masa tempatan.

8. Oleh itu, masa yang ditunjukkan oleh Facebook (yang menggunakan masa tempatan) adalah masa tepat dan tidak dipengaruhi oleh perubahan akibat daylight saving.
Read more!(Selanjutnya)

Monday, March 28, 2011

Hasan Ali Memberi Kontrak Kelas F Kepada Kontraktor2 UMNO?

Ini adalah maklumat terbaru yang Tulang Besi dapat dari beberpa orang pegawai2 kerajaan negeri yang berkedudukan di Wisma SUK.

Rupa-rupanya, di dalam beberapa bulan ini, Menteri Besar Selangor sering mendapat aduan dan komplen dari akar umbi PAS seluruh Malaysia. Komplen mereka adalah :

Hasan Ali beri kontrak secara terus kepada kontraktor2 UMNO
.

Malahan, bukan setakat akar-akar umbi PAS yang komplen, juga akar-akar umbi PKR dan DAP juga membuat komplen yang sama kepada MB Selangor.


Pada mulanya MB Selangor tidak mengendahkan aduan2 ini kerana MB Selangor bersangka baik dengan exco beliau. Namun, apabila aduan yang datang dari akar-akar umbi PAS itu menjadi terlampau banyak, MB Selangor telah memanggil pegawai kerajaan untuk memberi laporan statistik berkenaan projek2 yang diberikan di bawah pejabat Exco Dato' Hasan Ali.

Maka, laporan tersebut telah siap sedia untuk dibentangkan di dalam mesyuarat MTES yang baru ini. Sebelum laporan itu dibentangkan, Hasan Ali telah mengamuk dan menyatakan sekiranya laporan tersebut hendak dibentangkan, beliau akan meninggalkan mesyuarat MTES tersebut.

Maka, MB telah mengizinkan Hasan Ali untuk meninggalkan mesyuarat tersebut dan Hasan Ali telah meluru keluar dari mesyuarat MTES tersebut.

Hasil laporan pegawai-pegawai kerajaan terhadap kontrak2 MARRIS yang bertaraf Kelas F itu adalah:

1.0 90% kontrak itu diberikan secara TERUS (tanpa mengikut prosedur) kepada kontraktor2

2.0 Nama kontraktor2 tersebut diberikan secara terus oleh Exco yang berkenaan (yakni Hasan Ali).

3.0 Kemungkinan besar, kontraktor2 yang dipilih secara terus oleh Hasan Ali ini adalah kontraktor2 UMNO ataupun kroni2 Hasan Ali.

Patutlah Roslan SMS boleh tukar kereta baru dan beli rumah baru. Pada waktu yang sama, Tulang Besi mendapat laporan dari jentera2 PAS bahawa mereka kekurangan wang untuk menggerakkan aktiviti2 PAS. Patutlah Suwardi suka sangat menempek dengan Hasan Ali ni.

Semua orang tahu kontraktor2 UMNO memang suka memberi wang kepada orang yang memberi mereka projek dan kontrak. Tak heranlah ada orang yang suka beri kontrak dan projek pada kontraktor2 UMNO ini.

Seharusnya Hasan Ali mesti menjelaskan kepada semua ahli di mana wang yang dihasilkan dari kontrak2 ini pergi. Dan mengapa timbul rungutuan dan bantahan dari akar2 umbi PAS, PKR dan DAP bahwa kontrak2 ini diberikan seara terus kepada kontraktor2 UMNO.

Kontraktor2 UMNO ini kelak akan menggunakan wang ini untuk menjana program2 UMNO bagi membunuh Pakatan Rakyat di Selangor.

Patutlah Hasan Ali mengamuk dan meluru keluar dari mesyuarat MTES tersebut.
Bagi saya, Hasan Ali ni adalah pengkhianat kepada PAS dan sepatutnya dah lama kena tendang dari PAS. Tapi nak buat macamana, dia ni kesyangan kepimpinan PAS Pusat.

Patutlah juga Hasan Ali bersemangat membuang Khalid Samad dan Saari Sungip dari Dewan Harian Negeri Selangor sebab kalau tidak rahsia macam ni susah nak pertahan.

Tulang Besi

ps KONTRAK YANG DIBERI HASAN ALI ADALAH KONTRAK KELAS F di Bawah MARRIS

Sebelum saya sambung kesah benar ini, suka saya jelaskan kontrak jenis apa yang diberikan Hasan Ali secara terus kepada kontraktor-kontraktor pilihan beliau.

Kontrak tersebut adalah kontrak MARRIS (Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia) yang berada di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR). (Untuk maklumat lanjut berkenaan MARRIS, sila kilk di sini dan di sini)

Projek2 ini adalah bertaraf Kelas F dan ianya diserahkan kepada Kerajaan2 Tempatan untuk dilaksanakan.
Read more!(Selanjutnya)

Friday, March 25, 2011

Solat Hajat Perdana Menangkis Fitnah Jahat, 28 Feb, Stadium Malawati

Datanglah beramai-ramai sebagai melaksanakan tugas kita sebagai seorang Islam di dalam memerangi amalan Qazaf yang dihalalkan oleh UMNO.


Read more!(Selanjutnya)

Thursday, March 24, 2011

Najib Jangan Lepas Tangan Dalam Isu Video Seks Rahim Thamby Chik Ini

Mengikut kenyataan umum Johari Abdul, beliau ditawar dengan tawaran jawatan dan wang sekiranya beliau sanggup menyertai UMNO berdasarkan rakaman video seks buatan Rahim Thamby Chik tersebut.

Beliau juga ditawar sedemikian dengan jaminan beliau boleh bertemu dengan Presiden UMNO sendiri, yakni Najib Tun Razak.

Bagi saya, ini bukti jelas bahawa projek "video blue" Rahim ini sememangnya dalam pengetahuan Presiden UMNO tersebut. Kalau tidak, masakan Rahim boleh membuat tawaran sedemikian kepada dato Johari Abdul.

Jelasnya, UMNO sendiri sedang kepanasan dalam isu ini. Sekiranya video tersebut mengandungi Anwar Ibrahim secara jelas, nescaya salinan2 video tersebut telah pun disebarkan beribu2 banyaknya kepada umum seperti yang berlaku kepada Chua Soi Lek dahulu.

Namun, apa yang kita lihat, rakaman video tersebut hanya berani ditayangkan secara rahsia dan hanya kepada beberapa orang tertentu sahaja. Kalau betul, dedahkanlah pada umum. Biar keluar TV3 pun takpa.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Bukti FACEBOOK dan Twitter Anwar Bukan Orang Dalam Video Seks Rahim Thamby Chik



Mengikut video seks Rahim Thamby Chik itu, adegan seks itu berlaku antara 0915 malam sehingga 1045 malam. Posting Anwar Ibrahim di dalam Twitter beliau di atas menunjukkan ianya dilakukan pada 1040 malam.

Dengan kata lain, secara otomatik bukti ini menunjukkan Anwar bukan orang didalam filem blue arahan Rahim Thamby Chik itu.

Menangis lah Najib Tun Razak sebab Rahim dah tersilap cakap nak bawak Johari Abdul jumpa Najib sejurus selepas video blue itu ditayangkan kepada Johari Abdul

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, March 23, 2011

Rahim Thamby Chik Janji Bawa Johari Abdul Bertemu Najib.....

Mengikut kenyataan Dato Johari Abdul, beliau dijanjikan pertemuan dengan Najib Tun Razak sekiranya beliau mahu meninggalkan PKR dan menyertai UMNO. Bukankah ini jelas menunjukkan Najib juga terlibat dalam konspirasi Fitnah 3 ke atas Anwar Ibrahim?

KENYATAAN AKHBAR JOHARI ABDUL BERKAITAN TUDUHAN RAKAMAN VIDEO SEKS MELIBATKAN ANWAR IBRAHIM

Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.

Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.

Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato’ Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.

Dato’ Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya (“Johari Abdul”) adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sepanjang tayangan video tersebut, Dato’ Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.

Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato’ Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.

Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.

Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bbawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.

Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.

Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaa akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.

Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

DATO’ JOHARI ABDUL
AHLI PARLIMEN SG PETANI
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
23 MAC 2011



Read more!(Selanjutnya)

Konspirasi Memfitnah Pimpinan PAS oleh SU Majlis Syura Ulama PAS

NOTA EDITOR: Ikuti pendedahan dari ZainulFaqar berikutan peristiwa yang berlaku di Ireland yang melibatkan seorang yang bernama Abdul Kadir yang mengaku sebagai SU Majlis Syura Ulama PAS.

Fitnah kononnya wujud mereka yang tidak wala' pada Presiden dan wala kepada IRC dilontarkan kepada pimpinan PAS yang menentang agenda PERPADUANG dalam PAS. Pimpinan2 ini dicop anti ulama kerana mereka tidak sanggup melihat PAS dilacurkan untuk kepentingan UMNO demi balasan dan habuan dunia yang sebegitu besar.

Sepatutnya Abdul KAdir ni persoalkan dimana Ustaz NAsa boleh dapat wang sebegitu banyak untuk beli kereta mewah dan rumah banglo. Apakah income Ustaz NAsa sehingga mampu sponsor pembedahan Ustaz HArun Din di Sans Franscisco tempohari(mengikut maklumat yang Tulang Besi dapat)

Formulanya mudah: Sesiapa yang menentang Kerajaang Perpaduang, dia tidak wala' dan membawa agenda JIM.

Inilah cakap2 orang macam Din Ayam@ UstazZaharuddin yang ditolak di Kawasan Subang. Ini semua cakap budak2 dalam PAS yang baru setahun jagung mengenali PAS.

Nak cakap pasal wala', maksud wala' pun tak reti.

Kalau betul nak persoal wala', cuba persoal mengapa Tuang Guru Haji Hadi Awang menyertai komplot menjatuhkan Dato Asri sebagai YDP Agung PAS dahulu?



Muktamar: Abdul Kadir wajar dihizbah kerana fitnah pimpinan tertinggi jamaah di Ireland!

Abdul Kadir (berjambang) ini wajar dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat kerana mengfitnah pimpinan tertinggi jamaah di Ireland pada 25 Disember 2010.

Eksklusif | Seperti sebelum ini, beberapa Ahli Jawatankuasa PAS Pusat difitnah lagi sebagai “agen JIM dalam PAS” oleh kakitangan parti Islam itu sendiri demi menempuhi musim persaingan di Muktamar 2011 yang dijangka pada Jun depan.

Dr Dzulkifly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor), Dr Mujahid Yusof Rawa (Ahli Parlimen Parit Buntar) Hanipa Maidin (Peguam PAS) antara yang difitnah ketika PAS sedang giat mengembangkan pengaruh dakwahnya di United Kingdom.

Kita tentu tidak lupa, peristiwa yang menjadi kebanggaan kita semua – iaitu Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang melancarkan PAS Representatif Council (PRC) of UK and Eire di Manchester Conference Center, Manchester, United Kingdom.

Harakahdaily pada 26 Disember melaporkan, delegasi itu turut disertai oleh Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Politik bagi Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar serta Pengerusi PRC Jupri Bade sendiri.

Namun, sumber dari Manchester sendiri memberitahu bahawa Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Azman Shapawi dan Pegawai Penyelidik di Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) Sheikh Abdul Kadir al-Jofri turut menyertai delegasi tersebut menggunakan duit Harakah seperti pimpinan PAS Pusat yang lain.

Azman dan Abdul Kadir tidak menyertai perlancaran PRC di Manchester, sebaliknya kedua-dua mereka telah dicaturkan oleh Pengarah Lajnah Mahasiswa Luar Negara DPPP yang dipengerusikan oleh ”Menantu Presiden” Ustaz Zaharuddin Mohamad aka Din Ayam untuk menghadiri dua tamrin mahasiswa di Ireland – (1)Tamrin Tahun Akhir dan (2)Tamrin Ahli.

Kuliah tamrin di sampaikan secara serentak berselang-seli demi menjimatkan masa masing-masing.

Dalam tamrin tersebut, Abdul Kadir bukan sahaja mengaku dirinya sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama (harap PAS siasat mamat misteri ini), bahkan secara terang-terangan mengfitnah Dr Dzulkifly, Dr Mujahid dan Hanipa Maidin sehingga mendorong seorang peserta bangkit mempersoal setiap kenyataannya itu.

Abdul Kadir melakukan fitnah ke atas pemimpin PAS Pusat ketika menyampaikan kuliah Larangan ta’adud jamaah tanpa segan silu menghina gerakan-gerakan dakwah yang lain, khususnya JIM (Islamic Representative Council yang kini dikenali sebagai JIM atau terbaru IKRAM).

“Takkan nta semua tak tahu siapa pemimpin pusat yang tak wala’ kepada Presiden (Abdul Hadi)…(mereka yang dimaksudkan ialah) Dr Dzulkifly, Dr Mujahid, Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (yang) walaupun bukan pimpinan IRC tapi dipergunakan oleh Dr Dzul(kifly) untuk anti ulama’.

“Mereka hanya wala’ kepada IRC, mereka anti ulama dan merancang nak ambil alih jamaah PAS,” balas Abdul Kadir sambil mengaku bahawa beliau ada ‘dokumen sulit’ Hizbul Islami Syumuliyyah (HIS).

(Lihat bersama penjelasan saya mengenai berbilang-bilang jamaah)

Abdul Kadir dicabar heret Dr Dzulkifly, Dr Mujahid, Hanipa Maidin serta Khalid Samad ke Jawatankuasa Tatatertib jika benar ada bukti mereka ini ‘pengkhianat’ parti.

Jangan menipu dan fitnah pimpinan tertinggi jamaah!

Abdul Kadir mengfitnah Dr Dzulkifly tidak al-wala’ (setia) kepada Abdul Hadi, bahkan masih al-wala’ kepada IRC serta dianggap “gunting dalam lipatan” atau “musuh dalam selimut”.

Abdul Kadir turut mengfitnah Dr Mujahid sebagai ’perosak jamaah‘ dengan mengkritik pemimpin-pemimpin jamaah melalui karyanya yang kontroversi iaitu Menuju PAS Baru.

[Tulisan Dr Mujahid dipersoal. Namun, tulisan Ustaz Ridhwan Mohd Nor berjudul Menerjang Badai (nampak macam tulisan Fadhli Ghani) yang nyata turut mengkritik pimpinan jamaah secara terbuka hari ini, Abdul Kadir tidak pula menentang budaya itu]

Tidak cukup dengan itu, Hanipa Maidin yang terkenal menentang fikrah JIM ketika menuntut di UIAM pun difitnah sebagai ‘Agen JIM dalam PAS’.

Amalan “Sang Diktator Agama” tidak wajar dianggap sebagai rahsia jamaah kerana ia adalah suatu fitnah yang nyata. Fitnah selama-lamanya tidak boleh dianggap sebagai rahsiah jamaah kerana ia suatu kebatilan. [Guna duit parti pergi terbang ke luar negara, selepas itu fitnah pemimpin jamaah]

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“…fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan…” [2:191]

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.” [2:42]

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Dua orang penghuni kubur sedang diazab.mereka diazab bukan kerana sesuatu yang besar. Bahkan, salah seorang disebabkan tidak menjaga diri dari kencingnya sementara seorang lagi berjalan menyebarkan fitnah”. [riwayat al-Bukhari]

“Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan. Para sahabat bertanya : apakah ia ya Rasulullah saw?. Jawab Nabi saw : Iaitu syirik, sihir, membunuh seseorang yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan haq,memakan riba , memakan harta anak yatim, lari dari medan perang, menuduh perempuan yang baik dan beriman berzina”. [riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Apa yang didedahkan di sini tidak wajar dianggap lagi rahsia parti.

Sahabat saya dari Manchester memberitahu, suatu laporan/aduan mengenai Abdul Kadir mengfitnah pemimpin tertinggi jamaah sudah dihantar ke pejabat agung PAS di Jalan Raja Laut sebelum ini.

Namun, sehingga sekarang Abdul Kadir seakan dilindungi oleh pihak Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali. (macam kes aduan Tulang Besi sebelum ini)

Tidak cukup dengan itu, seorang pemimpin tertinggi jamaah dalam mesyuarat PAS Pusat turut membangkitkan mengenai pengfitnah Abdul Kadir, lalu Abdul Hadi terus bertanya kepada Ketua Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hassan at-Tantawi.

Apa kata Nasruddin, “Saya sudah bertanya dengan Ustaz Azman Shapawi dan beliau mengatakan Ustaz Abdul Kadir tidak berkata demikian (seperti didakwa)…”

Sama ada Nasruddin menipu pimpinan tertinggi jamaah atau tidak, wallahu ‘alam.

Namun, bukankah Abdul Kadir dan Azman Shapawi berkuliah pada masa yang serentak di tempat yang berbeza (dalam dua tamrin di Ireland)?

Bagaimana Nasruddin boleh berkata yang Azman Shapawi boleh mengesahkan ucapan-ucapan pengfitnah itu? Logik?

Seperkara lagi, mengapa Din Ayam berdiam diri ketika Abdul Kadir mengfitnah pimpinan tertinggi jamaah? (sedangkan budaya fitnah dalam tamrin di Ireland di bawah lajnahnya.)

Kenapa Din Ayam tak agresif sebagaimana yang dilakukan ke atas Dr Mujahid sebelum ini?

Dulu, ketika Dr Mujahid menulis buku Menuju PAS Baru, beriya-iya menipu budak-budak jamaah Islam Kampus dengan ilmu ‘piawaian syariah’ lah seakan orang lain tak mengaji agama.

Saya cabar Din Ayam yang juga Khairy Versi PAS ini mengheret Abdul Kadir untuk dihizbah?

Saya cabar Din Ayam dan Abdul Kadir mendedahkan dokumen sulit yang kononnya menjadi panduan Dr Dzulkifly, Dr Mujahid, Hanipa Maidin dan Khalid Samad untuk mengambil alih PAS. Ingat ambil alih PAS macam main catur ke?

Cukuplah Umno membodohkan Melayu selama 50 tahun lalu. Janganlah jadi Sang Diktator Agama yang suka membodoh-bodohkan kami dalam jamaah PAS sekarang!

.

“MEMPERKASA KEPEMIMPINAN ULAMA MENUJU PRU13″

“PRU13: BERSAMA PAKATAN RAKYAT TOLAK PEMIMPIN KHIANAT”

.

Zainulfaqar Yaacob

Kota Damansara | 3:40 pagi


Read more!(Selanjutnya)

Monday, March 21, 2011

Confirm, Anwar Berada di Tempat Lain pada 21Februari 2010

NOTA EDITOR: Reaksi pertama Anwar Ibrahim adalah mendedahkan bukti keberadaan beliau pada 21 Februari 2011. Anwar Ibrahim ada merakam tweet yang menunjukkan beliau tidak berada di Carcossa. nampaknya percubaan Najib sekali lagi gagal.


Anwar : Video Seks Fitnah Diselaras Pada Peringkat Tertinggi
Monday, 21 March 2011 | Ruangan: Berita

PETALING JAYA 21 Mac : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti awal dalam menolak dakwaan fitnah beliau kononnya dirakam mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Febuari lalu.

Anwar menegaskan beliau mempunyai rekod membuktikan pada hari kejadian itu didakwa berlaku, beliau mengemaskini maklumat di Twitternya dan berada di rumah bersama isteri, anggota keluarga lain termasuk cucunya dan kakitangan yang bekerja untuk beliau.

“Tarikh adalah 21 Feb. Saya ada ‘tweet’ ketika itu yang dikaitkan dengan waktu tersebut” kata Anwar.

“Supaya takut digodam, saya lindungi twitter dan Facebook saya,’ tambah Anwar.

Beliau menyifatkan video seks yang didedahkan pagi tadi sebagai fitnah yang diselaraskan pada peringkat tertinggi.

Anwar menegaskan beliau akan membuat laporan polis bersabit video itu pagi esok di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

” Tindakan mengundang pertubuhan media tertentu untuk menyaksikan video berkenaan diselaraskan pada peringkat tertinggi,”tegas Anwar.

Beliau berkata, dalam video itu mempunyai sokongan langsung pihak berkuasa dan membabitkan polis cawangan khas serta penggunaan peralatan canggih.

Anwar juga berkata orang yang dirakam melakukan persetubuhan itu jelas mempunyai “perut yang jauh lebih besar” berbanding beliau

“Saya belum lihat lagi dan saya tidak tahu siapa (disebalik video itu. Atau samada ianya telah diedarkan. Perut lebih buncit daripada saya.

“Saya minta kepimpinan PKR supaya tidak terperangkap dengan politik kotor. Tumpu perhatian untuk Sarawak,” tambah Anwar.

Anwar dengan senyum bangun pada sidang media untuk membolehkan jurukamera mengambil gambar perutnya.

Anwar percaya video fitnah itu mempunyai hubung kait dengan kempen Umno-Barisan Nasional untuk mencari kelebihan pada pilihanraya Sarawak.

“Mereka cari alasan baru sebab DUN sarawak mahu dibubarkan. Kita lawan,’ tegas Anwar.

Dalam pada itu isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan video itu sebagai fitnah terbaru yang mempunyai agenda politik.

“Saya rasa terkejut kerana mahu saya letak jawatan. Apa yang saya buat? Ini motif politik,” jelas Presiden PKR itu yang hadir bersama pemimpin parti lain pada sidang media itu.

Klip video itu ditayangkan untuk pihak media yang terpilih pagi tadi di hotel Seri Carcosa Negara di ibu negara. Wartawan menonton video selama 21 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.
Read more!(Selanjutnya)

Video Sex Terbaru Percubaan Terbaru Najib Burukkan Anwar Sempena PRU Sarawak?

Saya guna nama Najib sebab Najib adalah ketua umum UMNO. Dulu Najib nafi beliau di belakang fitnah liwat ke dua. Tapi, beliau terbukti berbohong apabila beliau menafikan bertemu Saiful sebelum pertuduhan dilakukan ke atas Anwar.

Kemudian Najib nafi beliau di belakang skandal pembelian wakil-wakil rakyat PKR untuk melompat ke UMNO. Tapi, laporan SPRM yang didedahkan Raja Petra menunjukkan Mahadzir Mat Khir merujuk kepada Dato Najib dalam operasi membeli wakil rakyat PKR. (Boleh baca laporan SPRM itu di sini)

Jadi, fitnah terbaru ke atas Anwar Ibrahim ini, berikan saya satu sebab mengapa perkara ini tidak ada kena mengena dengan najib Tun Razak?

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Saturday, March 19, 2011

Bible Melayu:Kenapa Ustaz Nasa dan Ustaz Harun Taib bantu Agenda UMNO?

Kalau kita masih ingat, kedua-dua tokoh ini adalah yang paling lantang menentang penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam. Namun, secara tiba-tiba, bila angin takda ribut takda, mereka keluar dengan bangganya menyokong peng"halal"an bible Melayu yang mengandungi RIBUAN KALIMAH ALLAH di dalam nya.


Bukan kah ini pelik. Bila UMNO menentang penggunaan kalimah allah, Ustaz Nasa dan Geng Perpaduang pun menentang. Bila UMNO sokong Bible Melayu, mereka ni pun sama sokong.

Apa yang Tulang Besi nampak, sokongan Ustaz Nasa kepada Bible Melayu adalah untuk menyelamatkan imej UMNO. Dengan sokongan PAS, maka tidaklah nampak jelek sangat NAJIB memberi restu beliau kepada Bible Melayu.

Maka, terselamatlah imej UMNO di kalangan orang Melayu.

Patutnya Ustaz Nasa mempersoalkan sikap Najib yang lidah bercabang dan kelingking berkait ini, Dahulu bukan main maki PAS dalam isu Kalimah Allah. Sekarang ini, bagi sokongan pada Bible Melayu pula.

Itu kalau Ustaz Nasa ni PAS tulin la. Tapi, susah juga nak kata kan.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Bible Melayu: Dasar Najib Lidah Bercabang

Sewaktu kontroversi Kalimah Allah dahulu, bukan main UMNO ke hulu ke hilir tuduh PAS jual agama, jual bangsa, jual maruah dsbnya. Kononnya PAS sesat dan PAS telah merosakkan agama Islam.

Namun, kebenaran terbaru terhadap Bible Melayu yang diberikan Najib selaku Menteri Dalam Negeri mendedahkan rupa dan sikap sebenar UMNO. Isu Kalimah Allah tidak lain tidak bukan satu percubaan untuk menjual politik murahan mereka demi mempertahankan sokongan orang Melayu semata-mata. Tiada kena mengena dengan ISlam mahupun Melayu.

Sekarang apabila keadaan mereka genting di Sarawak, mereka dengan segala relanya menjual agama mereka. TIada segan silu. Tiada ragu-ragu.

Inilah dasar UMNO. Dasar Lidah Bercabang. Dasar Telunjuk Lurus Kelingking Berkait.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Thursday, March 17, 2011

Apa Hukum Rosmah Berpeluk dan Bercium Dgn Lelaki Bukan Muhrim?

Sebelum puak2 UMNO meneruskan propaganda mereka kononnya Najib pejuang Islam, sila komen dulu gambar2 Rosmah di bawah:




Read more!(Selanjutnya)

Why KITA and MLCM Not Put Up Candidates in Johor and Melaka?

My question to Zahid and Haris Ibrahim/Raja Petra:

Why don't you guys put up candidates in Johor and Melaka?


Zaid's announcement to put up candidates in all seats in Selangor is a clear indication of his intention to sabotage Pakatan Rakyat and help UMNO to win back Selangor.

If he was really interested in fighting for justice, as he always claimed, why can't KITA put up candidates in all seats in Melaka and Johor?

Give it up, Zaid. Your true colors is not out in the open for people to see. You left PKR because PKR didn't give you a position that you wanted.

As for Raja Petra and Haris Ibrahim, i hope the information that i've received that they have been bought turns out to be not true. THe fact that they are contesting against Pakatan candidates will help Barisan Nasional and UMNO.

Tulang Besi



Read more!(Selanjutnya)

Strategi Terbaru UMNO: Pecah Undi

Pengumuman SNAP dan KITA mahu meletakkan calon di 40 kerusi Sarawak dan 56 kerusi selangor adalah strategi terbaru UMNO di dalam menjamin kemenangan UMNO pada pilihanraya umum yang akan datang.

KITA yang kononnya mahu memperjuangkan keadilan memilih untuk mengacau kawasan milik pembangkang dengan meletakkan calon di Selangor. Soalan saya kepada Zaid: mengapa tidak letak calon di kesemua DUN di JOHOR ataupun di Melaka?

Terbaru juga adalah sebuah NGO bernama MLCM tajaan Haris Ibrahim dan Raja Petra. Mengikut maklumat yang saya dapat ada kemungkinan Haris dan Raja Petra juga telah dibeli UMNO memandangkan mereka adalah rakan karib Zaid Ibrahim.

Maka, strategi UMNO ini bakal membantu UMNO merampas balik Selangor kerana sekiranya mereka gagal merampas kembali Selangor, maka hayat UMNO habis di Malaysia pada PRU 14.

Tulang Besi
And here is the rest of it.

Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, March 16, 2011

Najib Restu Injil Versi Melayu (yang menggunakan Kalimah Allah)

Pepetah Melayu mengatakan "Mengata Dulang Paku Serpih. Mengata Orang Dia Yang Lebih". Sewaktu kontroversi penggunaan kalimah Allah satu masa dahulu, PAS dan PR dinista dan dikata bermacam-macam. Tuduhan UMNO paling pahit adalah PAS menjual agama untuk sokongan orang bukan Islam.

Malangnya, baru beberapa hari lepas, Dato Najib telah mengizinkan penggunaan Injil Bahasa Melayu yang mengandungi RIBUAN kalimah Allah. Ertinya, kesemua orang MElayu satu Malaysia telah tertipu dengan sandiwara Najib dan UMNO.

Tentangan mereka kepada kalimah Allah satu masa dahulu hanya sandiwara semata-mata. Mereka tidak pernah ikhlas memperjuangkan Islam. Mereka cuma mahu menakutkan orang Melayu sekaligus menarik sokongan orang Melayu kepada mereka.

Jelaslah kepada kita, UMNO ini parti lidah bercabang, parti telunjuk lurus kelingking berkait.

Saya tak sabar menunggu respon dari Yusri dan ABIM. Tak sabar nak tengok mereka kembali semula dengan respon yang sepatutnya.

Tulang Besi



Kitab Injil BM selesai, kes mahkamah kalimah Allah jadi tumpuan
Oleh Debra Chong
March 16, 2011


Alkitab
KUALA LUMPUR, 16 Mac — Selepas Putrajaya menyelesaikan isu kitab Injil dalam Bahasa Malaysia semalam, tumpuan kini beralih kepada gereja Katolik yang mahu mempertahkan hak untuk menggunakan kalimah “Allah” dalam terbitan mereka.

Gereja itu telah memenangi satu kes penting pada 2009 apabila Mahkamah Tinggi memerintahkan ia mempunyai hak untuk menggunakan perkataan “Allah” dalam terbitan akhbar The Herald.

Bagaimanapun mereka terpaksa menghentikan pengeluarannya sejak 15 bulan lalu kerana menunggu kelulusan Kementerian Dalam Negeri.

Seorang paderi memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau “gembira” dengan keputusan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak semalam yang membenarkan 35,000 kitab Injil dalam Bahasa Malaysia dikeluarkan dari pelabuhan selepas mendapat tekanan dari gereja-gereja Kristian dan pemimpin Pakatan Rakyat.

“Ia amat menggembirakan Word of God — kitab Injil atau Alkitab (versi Bahasa Melaysia) bukan lagi ancaman kepada keselamatan negara,” kata Lawrence Andrew yang turut menyunting The Herald.

Kementerian Dalam Negeri secara tegas mempertahankan perkataan “Allah” hanya untuk orang Islam; apa-apa usaha yang dilakukan penganut agama Kristian untuk menggunakan perkataan itu disifatkan sebagai ancaman kepada keselamatan negara.

“(Datuk Seri) Idris Jala menegaskan ia tiada masalah, tiada ancaman sejak ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) diwartakan pada 1982.

“Warta 1982 mengikut Jala digunakan dalam kes gereja Katolik,” tambah Andrew.

Jala, seorang penganut Kristian dari Sarawak berkata, kerajaan membuat keputusan membenarkan pengeluaran dan penyebaran kitab Injil dalam Bahasa Malaysia di bawah warta 1982 di bawah ISA dengan secara terhad dan terkawal, di mana buku-buku tersebut mesti dicap tag “Untuk Penganut Agama Kristian Sahaja”.

“Sejak 1982, dengan akta tersebut, laporan menunjukkan bahawa tiada sebarang isu atau masalah yang dihadapi dalam pelaksanaannya.

“Dengan merujuk kepada fakta tersebut, kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk menggunakan warta 1982 yang sama dalam pengeluaran kitab Injil,” katanya dalam satu kenyataan.

Merujuk kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri yang ditandatangani Menteri Dalam Negeri ketika itu Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan telah digazetkan pada 22 Mac 1982, larangan terhadap kitab Injil Bahasa Malaysia dibatalkan.

Ia turut menyatakan bahawa bahawa “percetakan, penerbitan, jualan, isu, edaran atau milikan penerbitan yang mana digambarkan dalam jadual dan yang memudaratkan kepentingan negara dan keselamatan dilarang tertakluk kepada keadaan itu, yang larangan ini tidak akan digunakan atas milikan atau menggunakannya di gereja oleh penganut-penganut agama Kristian di seluruh negara.

Andrew berkata dokumen pada 1982 membuktikan Kementerian Dalam Negeri tidak mempunyai hak untuk merampas dan menyekat buku-buku itu kerana ia tidak mempunyai kaitan dengan isu “Allah” di mahkamah.

Tapi paderi itu menambah kenyataan media Jala hanya menyebut lebih kurang sama dengan Kabinet 1982 yang mana tiada rujukan dibuat bagi warta 1982, jadi tiada undang-undang dikuatkuasakan.

Beliau juga berkata Kementerian Dalam Negeri keliru, malah mengelirukan orang awam dengan isu itu sambil mengaitkan rampasan 35,000 kitab Injil dengan kes mahkamah gereja Katolik.

“Kitab Injil yang ditahan tiada kena-mengena dengan kes The Herald yang masih menunggu keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan perkataan ‘Allah’, katanya.

“Keputusan Mahkamah Tinggi memihak kepada The Herald dalam penerbitan dan tiada kaitan dengan penerbitan, jualan, isu, edaran dan milikan penerbitan lain, termasuk kitab Injil,” tambah beliau.

Andrew sebelum ini memberi respons kepada kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mengatakan beliau tidak boleh melepaskan kitab Injil itu kerana terikat dengan isu “Allah” di mahkamah.

“Kami juga tidak boleh ambil sebarang tindakan (lepaskan buku) kerana kes mahkamah yang membabitkan penerbitan Herald masih belum selesai,” katanya.

Datuk Zaitun Ab Samad iaitu Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran juga telah berkata demikian kepada portal berita Malaysiakini hujung minggu lalu.

Beliau berkata sebarang sebarang tindakan pada bahagian kementerian akan dilihat sebagai penghinaan mahkamah, dengan merujuk keputsan Kabinet 1986 yang menyokong hujahnya.

Dalam pendebatan mempertahankan hak orang Melayu-Katolik, Andrew berkata pihaknya telah menyerahkan kajian kepada kerajaan dan salinannya boleh didapati di The Malaysian Insider.

Bagi peguam mereka, S. Selvarajah, Kabinet hanya boleh membuat dasar-dasar, yang mesti dibuat menjadikannya undang-undang dan diwartakan sebelum ia boleh berkuat kuasa.

Menurut Selvarajah, tidak ada perintah yang dikeluarkan pada 1986 dan mengeluarkan satu salinan surat yang ditandatangani oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri ketika itu dan timbalannya, Tun Ghafar Baba.

Dalam sepucuk surat bertarikh 19 Mei 1986, yang diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Dr Mahathir telah melampirkan satu memo daripada timbalannya yang mengatakan Bahasa Kebangsaan dibenarkan dan bukan penghalang kepada Kristian untuk menggunakannya.

Dalam memo bertarikh 16 Mei 1986, timbalan perdana menteri menyenaraikan 12 perkataan yang boleh digunakan dalam kitab Injil, yang katanya telah diputuskan selepas berunding dengan dua rakan-rakan sekerja Kabinet lain termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rampasan kitab Injil itu telah mendapat bantahan kalangan penganut agama Kristian di seluruh negara yang majoritinya dari Sabah dan Sarawak, sehingga kerajaan terpaksa bertindak semalam.

Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) mewakili 90 peratus gereja di Malaysia berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membenarkan kitab Injil itu dikeluarkan tetapi sehingga semalam Kementerian Dalam Negeri menolak untuk menyerahkan terbitan itu.


Read more!(Selanjutnya)

10 Perkara Kenapa Anda Tak Perlu Percaya Dengan Kes DS Anwar !!

10 Perkara Kenapa Anda Tak Perlu Percaya Dengan Kes DS Anwar !!
by Zakri Ali Rangkuti on Wednesday, March 16, 2011 at 12:20am

Tuesday, March 15, 2011-“Malaysia ni dah jadi macam negara kartun. Apabila saya keluar negara, malu nak mengaku warga Malaysia. Antara soalan lazim yang saya dengar ialah mengapa kerajaan suka fitnah guna isu liwat?

Modal BN ialah tuduh liwat, tuduh ejen Zionis, ejen Amerika, ejen DAP, ejen Taliban dan macam-macam ejen lagi lah. Apa pun, selaku peguam, saya rasa jijik dengan kes ni. Mari lihat 10 Misteri kes ini:


Penyiasatan dan pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim telah menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi. Meskipun Anwar Ibrahim belum di dakwa secara rasmi di mahkamah, terdapat pelbagai kepincangan dalam siasatan dan dalam perjalanan kes ini. Berikut ialah 10 perkara misteri dan luar biasa yang timbul dalam kes Anwar.


1. Bukti asas tak dibenarkan


Menurut logik akal sesiapa yang berakal, orang yang dituduh mestilah diberi peluang untuk membela diri. Untuk membela diri, tertuduh lazimnya akan dibenarkan melihat dokumen-dokumen yang relevan, agar dapat menyiapkan pembelaan.

Contohnya, jika Kassim dituduh merogol Rosna, dan Kassim mendapat maklumat bahawa laporan perubatan mengesahkan Rosna masih dara, tentulah Kassim berhak untuk melihat dokumen tersebut untuk menyediakan pembelaanya. Dalam kes Anwar, agak pelik kerana permohonan asas ini pun tidak dibenarkan.

Dalam kes Anwar ni, ada bukti CCTV, rakaman keluar masuk kawasan tersebut. Mengapa Anwar tidak dibenarkan melihat rakaman-rakaman ini untuk menyediakan pembelaan? Misteri….

Ingat senang ke nak bela diri bila bukti asas tidak dibenarkan..


2. Laporan Pengadu enggan diserahkan


Mulanya Ini merupakan satu perkara yang luar biasa. Lazimnya, apabila seseorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan meminta laporan polis yang dibuat oleh pengadu, ianya akan dibekalkan dalam masa seminggu ke dua minggu oleh pihak polis.Tanpa laporan pengadu, orang yang tertuduh sukar membela diri kerana apa yang didakwa pun tentulah tidak jelas. Pengalaman penulis memohon laporan polis bagi membela anak guam membuatkan penulis hairan kerana penulis pernah beberapa kali mendapat laporan pengadu pada pagi yang sama penulis memohon.

Kenyataan Hamid Albar dulu bahawa laporan enggan diberi kerana pendakwaan belum dimulakan secara rasmi tidak masuk akal kerana masyarakat maklum Anwar telah ditahan oleh polis, keterangannya telah diambil dan beliau perlu membela diri dan reputasinya. Ini meyakinkan masyarakat bahawa laporan polis belum ada dan perbincangan sedang dibuat berhubung inti laporan tersebut untuk mendapatkan tarikh dakwaan yang paling sesuai. Setelah sekian lama, barulah laporan diserahkan.

3. Anwar disabitkan bersalah sebelum dibicarakan


Apabila bekas PM Pak lah diminta mengulas berhubung kes Anwar, Pak Lah dengan segera berkata bahawa memanglah penjenayah akan menafikan kesalahannya. Belum pun perbicaraan bermula, Anwar sudah disabitkan sebagai pesalah oleh Pak Lah.

Pada masa yang sama, apabila Pak Lah diminta mengulas berhubung dakwaan ke atas najib dan Rosmah, Pak Lah dengan segera menyatakan bahawa Pak Lah berkeyakinan penuh bahawa Najib dan Rosmah tidak bersalah. Jika Mahathir dikaitkan dengan konspirasi perlantikan hakim, pak Lah selangkah ke hadapan dengan melantik dirinya sebagai hakim tidak rasmi.

Media UMNO pun segera menghukum Anwar seolah-olah sudah sabit kesalahan.

4. DNA baru Anwar diminta oleh UMNO.

DNA Anwar sudah lama dimiliki oleh pihak polis berikutan siasatan kes lamanya. Paten DNA tidak akan berubah. Justeru DNA baru tidak diperlukan melainkan jika hendak digunakan sebagai bukti palsu yang hendak dicalit dibadan pengadu. Tindakan Khairi dan Pak Lah yang berulangkali menuntut Anwar memberi DNA barunya menimbulkan tanda tanya berhubung tujuan mereka. Apabila Anwar mendedahkan perkara ini di dalam muka depan Suara Keadilan, Pak LAh dan Khairi diam membisu. Kalau anak dara yang diam, ini bermakna anak dara tersebut setuju dengan pinangan.

5. Laporan Pusrawi Perlu diakui bahawa laporan Pusrawi sebelum ini bukanlah laporan rasmi bagi kes Anwar.

Meskipun begitu, fakta bahawa seorang doktor, meskipun bukan doktor pakar kes liwat, telah melihat lubang punggung Saiful dan tiada sebarang kesan koyakan atau apa-apa tanda diliwat adalah relevan. Meminjam istilah yang selalu digunakan di dalam kes-kes berkaitan Puspakom, pemeriksaan yang dibuat adalah pemeriksaan mata kasar.

Meskipun begitu, ianya tetap relevan dan keterangan sudah cukup untuk menimbulkan keraguan munasabah. Pejabat Peguam Negara selama ini tidak membuat pendakwaan melainkan yakin dengan tahap 90% bahawa tertuduh memang bersalah dan bukti-bukti yang ada benar-benar kuat.

6. Bukti alibi Anwar memadai


Kepincangan dalam kes ini semakin menjadi-jadi apabila pihak polis berkeras meminta DNA baru Anwar sedangkan bukti alibi Anwar tidak dikaji.

Sepatutnya, polis menyerahkan laporan Saiful kepada Anwar supaya Anwar boleh membela diri dengan menjelaskan di mana Anwar berada pada tarikh yang didakwa Saiful berlaku liwat tersebut.

Seterusnya, alibi Anwar perlu disiasat. Sebagai contoh, Antihusam (blogger UMNO) mendakwa punggungnya telah saya liwat pada pukul 11 malam , 20 Julai 2008 di Hotel Sunway. Saya akan memaklumkan bukti alibi saya pada waktu itu. Contohnya, saya menyatakan bahawa pada waktu tersebut, saya menghadiri ceramah Ustaz Hadi di markas Pas.

Terdapat lebih 20 kawan saya yang boleh membuktikan kehadiran saya. Justeru, mustahil saya meliwat Antihusam. Apabila pihak polis selesai menyoal alibi-alibi saya dan berpuas hati bahawa saya mustahil meliwat Antihusam, siasatan patut ditamatkan. Begitulah juga dalam kes Anwar. Tindakan pihak polis yang beria-ia mahukan DNA baru Anwar kelihatan senada dengan Pak Lah dan Khairi.


7. Pendakwaan oleh Pejabat Peguam Negara


UMNO ke sana ke sini membuat kenyataan bahawa kes Anwar tidak akan diuruskan oleh Pejabat Peguam Negara kerana Peguam Negara sendiri sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa yang dibuat oleh Anwar.

Pendakwaan, jika jadi, akan dibuat oleh Peguam Cara Negara. Masyarakat sedia maklum bahawa pendakwaan masih akan diteruskan oleh Pejabat Peguam Negara sekalipun diketuai oleh Peguam Cara Negara. Adalah pelik bin ajaib untuk mendakwa Pejabat Peguam Negara tidak akan dipengaruhi oleh Peguam Negara. Nama pun Pejabat Peguam Negara.

8. Laporan HKL

Timbul isu terbaru bahawa laporan rasmi HKL turut bocor dan laporan tersebut menyatakan bahawa Saiful memang tiada tanda-tanda diliwat dan mustahil Saiful diliwat.

Ini menunjukkan Saiful tidak ikhlas membantu BN.

Sekiranya Saiful komited membantu BN, Saiful sepatutnya pergi ke Lorong Haji Taib dan menyuruh pondan-pondan di situ meliwatnya beberapa kali agar kesan liwat ketara.

Ini menunjukkan perancangan lemah BN dan ketidak ikhlasan Saiful dalam membantu BN.

9. Isu motif dan tujuan

Kes ini menimbulkan keraguan yang cukup banyak apabila kepimpinan UMNO seperti Najib mengakui telah berjumpa dengan Saiful sebelum saiful membuat laporan polis.

Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Anwar adalah musuh politik UMNO. Justeru, polis sepatutnya menyiasat kebarangkalian berlakunya konspirasi dikalangan UMNO untuk menganiayai Anwar seperti yang pernah dibuat sebelum ini. Sebelum ini, mahkamah telahpun membebaskan Anwar dari tuduhan liwat yang dijaja oleh UMNO berdasarkan sekeping surat layang.


10. Terlampau banyak percanggahan fakta kes oleh BN


Pada mulanya, Najib mendakwa tidak pernah berjumpa Saiful.

Kemudian, Najib mendakwa pula bahawa najib pernah berjumpa Saiful 2 bulan dulu di pejabat untuk membincangkan biasiswa.

Kemudian, Najib berkata pula bahawa Najib telah berjumpa Saiful 2 hari sebelum laporan polis dibuat untuk membincangkan biasiswa. Tiba-tiba, Najib mendakwa pula Najib telah memegang tangan Saiful yang kesejukan 2 hari sebelum laporan polis dibuat di rumah Najib sendiri apabila Saiful yang kononnya ketakutan datang mengadu diliwat. Saiful pula mulanya mendakwa diliwat pada 26 haribulan di sebuah kondo di Malaysia.

Apabila Anwar kelihatan mempunyai bukti alibi yang kukuh, saiful menjadi terdesak. Kemudian, Saiful menyatakan pula bahawa dia telah 3 kali menemani rombongan Anwar ke luar negara dengan memberi “hint” bahawa dia kononnya telah diliwat-liwat di luar negara beberapa kali. Ini menimbulkan pelbagai tanda Tanya. Mengapa seorang lelaki yang kelihatan tinggi dan sihat seperti Saiful membiarkan dirinya diliwat-liwat beberapa kali dan terus menemani Anwar ke mana saja. Sebagai contoh, jika saya diliwat oleh sesiapa, saya akan trauma dan akan segera menjauhkan diri dari orang tersebut.

Selain itu, Saiful juga sentiasa kelihatan ceria. Demi Allah, selama saya bekerja sebagai peguam, belum pernah saya menemui mangsa rogol atau mangsa liwat yang begitu ceria. Mangsa kes serangan seksual akan trauma, malu dengan masyarakat, rasa rendah diri dan biasanya mengalami kemurungan.

Saiful juga seorang lelaki. Tidak semudah itu hendak menembusi lubang punggung seorang lelaki. Asalkan saiful mengeraskan punggungnya, mustahil Anwar dapat meliwatnya.

Sekiranya Saiful benar-benar hendak diliwat, dua atau tiga orang lelaki gagah diperlukan untuk memegang Saiful dan lubang punggung saiful perlu disapu minyak terlebih dahulu sebelum diliwat. Sekiranya ini yang berlaku, mustahil Saiful akan terus mengikut Anwar ke sana sini sehinggalah menemani rombongan Anwar ke luar negara sebanyak 3 kali.

Sebagai kesimpulan, kes Anwar Ibrahim ini tidak layak dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan. Sekiranya saya ialah hakim bagi kes tersebut, saya akan melempar fail pendakwaan ke lantai kerana terlalu banyak kepincangan.

Apa pun , saya doakan agar Allah (Allah di sini merujuk kepada Tuhan yang disembah orang Islam, bukan Jesus atau mana-mana sembahan golongan syirik) membuka hati hakim-hakim berkenaan agar memutuskan berasaskan keadilan. Amin.


sumber - tranungkite.net



Posted by KedahLaNie

Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, March 15, 2011

Bukti DNA Adalah Apa yang Diungkapkan dari Mulut Ahli Kimia Kerajaan Semata-Mata

Rata-rata ahli keluarga saya dah naik menyampah dengan cerita Anwar Ibrahim. Mereka tak sangka betapa jijik dan kotor kerajaan Malaysia sehingga sanggup melacurkan mahkamah untuk kepentingan politik UMNO/BN.

Dalam isu bukti DNA pula, kami semua heran kenapa sebuk sangat nak mintak sampel DNA Anwar Ibrahim. Macam la rakyat Malaysia ni bodoh sangat sampai tak tau yang proses makmal dan ujikaji DNA tersebut tidak dijalankan di dalam mahkamah.

Yang ada dalam mahkamah hanyalah ahli kimia kerajaan semata-mata. Dengan kata lain, segalanya bergantung kepada kata-kata ahli kimia tersebut. Kalau dia tipu, maka habislah Dato Seri Anwar Ibrahim.

Setakat ni pun, banyak soalan-soalan peguam Anwar, ahli kimia kerajaan tak dapat jawab. Benda yang mudah pun dia tak dapat jawab. Apasal nak sebuk pasal sample DNA Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Hakikatnya, sapa boleh percaya ahli kimia kerajaan. Dia makan gaji. Dia pun boleh kena paksa buat laporan palsu sebab dia pun cari makan jugak. Bodohlah Dato Seri Anwar kalau beri sampel DNA tu.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Skim Mikrokredit Selangor (MIMBAR) Bantu Ramai Melayu


NOTA EDITOR: Berbeza dengan UMNO yang suka menipu rakyat, kerajaan PR Selangor menganggap penduduk bandar yang berpendapatan RM1500 ke bawah sebagai miskin lantas wajib dibantu. UMNO pula menganggap sesiapa sahaja berpendapatan di atas RM500 sudah dikira tidak miskin. JAdi, BERJUTA rakyat di bandar terutamanya orang Melayu tidak mendapat bantuan kerajaan kerana dianggap mereka ini tidak miskin.


Memang UMNO kerja suka menipu orang Melayu. Inilah padahnya orang Melayu yang suka menyokong UMNO, asyik kena tipu je.

Kerajaan PR Selangor mengambil langkah mengadakan Skim Mikrokredit yang dipanggil sebagai MIMBAR(Skim Mikrokredit Miskin Bandar).

Untung rakyat Selangor yang miskin tak payah pinjam duit dengan Along untuk meniaga pasar malam. Boleh pinjam dengan KErajaan Negeri Selangor yang prihatin masalaah dan kesusahan rakyat.


Ikutilah testimoni salah seorang peminjam MIMBAR ini yang bernama Sapidah Abdul Ghani:

Manakala bagi Sapidah Abdul Ghani pula, skim mikrokredit ini adalah sebagai alternatif lain kepada masyarakat untuk membuat pinjaman kewangan tanpa faedah selain daripada pinjaman bank dan pinjaman haram (along).

“Saya sokong seratus peratus bila kerajaan negeri beri bantuan begini kerana ia boleh membantu peniaga kecil-kecilan membuat modal pusingan supaya tidak membebankan peniaga. Selain itu, ia mengurangkan bebanan peniaga supaya tidak meminjam kepada along. Ia membantu peniaga bawahan seperti saya yang baru mula berniaga,”katanya lagi.



MiMBAR dapat reaksi positif rakyat
Monday, 07 March 2011 | Ruangan: Berita


YAB. Dato' Menteri Besar Selangor menyampaikan sijil kepada peserta yang diterima menyertai program MiMBAR

SHAH ALAM, 7 Mac – Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) yang memperuntukkan RM20 juta kepada rakyat miskin di bandar Selangor mendapat reaksi positif rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan peniaga kecil-kecilan.

Hassan Muhammad, yang ditemui Selangor Kini berkata, program MiMBAR dilihat memberi kemudahan kepada masyarakat untuk memperolehi pinjaman kewangan tanpa perlu membayar semula dengan kadar faedah yang tinggi.

Beliau yang juga peniaga kecil-kecilan memandang positif bantuan yang disalurkan kerajaan negeri malah berpendapat ia sedikit sebanyak meringankan bebanan kos perniagaan yang terpaksa ditanggung selama ini.

“Pada pendapat saya, skim ini lebih menyenangkan untuk kita kerana rakyat tidak perlu membayar faedah atau bunga yang tinggi seperti pinjaman di bank. Saya
menyokong skim ini tetapi belum bercadang untuk memohon sekarang, mungkin di masa hadapan nanti sebab saya belum ada perniagaan sendiri,”katanya.

Sementara itu, Rosni Abdullah yang juga seorang peniaga gerai turut meluahkan pendapat sama. Beliau yang berniaga lebih sepuluh tahun sentiasa mengharapkan bantuan kewangan untuk mengembangkan perniagaannya.

“Makcik sokong kalau skim ini diberikan kepada orang ramai. Macam peniaga kecil yang tak mampu nak buat pinjaman. Makcik ada juga memohon, tapi belum hantar lagi borang. Kalau dapat pinjaman ni, makcik nak beli perkakas, contohnya peti ais, mesin kisar cili. Itu sahaja, bukan ada tujuan lain. Bantuan begini
sangat bagus kerana berniaga secara kecil-kecilan berapa sangat yang kami dapat,”katanya.

Bagi Amnah Sahabudin pula, skim ini harus diuar-uarkan kepada masyarakat khususnya peniaga kecil kerana golongan seperti ini sentiasa mengharapkan bantuan kewangan daripada kerajaan.

“Kemudahan tersebut mestilah saya sokong. Saya hendak memohon, tetapi perlu tahu bagaimana cara untuk membayar semula pinjaman tersebut sama ada setiap minggu atau setiap bulan,”katanya, yang mengharapkan penjelasan rapi diberikan.

Manakala bagi Sapidah Abdul Ghani pula, skim mikrokredit ini adalah sebagai alternatif lain kepada masyarakat untuk membuat pinjaman kewangan tanpa faedah selain daripada pinjaman bank dan pinjaman haram (along).

“Saya sokong seratus peratus bila kerajaan negeri beri bantuan begini kerana ia boleh membantu peniaga kecil-kecilan membuat modal pusingan supaya tidak
membebankan peniaga. Selain itu, ia mengurangkan bebanan peniaga supaya tidak meminjam kepada along. Ia membantu peniaga bawahan seperti saya yang baru mula berniaga,”katanya lagi.

MiMBAR adalah sebuah program yang bertujuan meningkatkan pendapatan masyarakat miskin bandar negeri Selangor untuk melebihi “Paras Garis Kemiskinan (PGK)”, iaitu melebihi RM1,500 bagi seisi rumah.

Pada peringkat awal, sebanyak RM20 juta telah diperuntukkan kerajaan negeri bagi memastikan agihan peluang, latihan serta kekayaan negeri dapat dikongsi semua pihak.

Program tersebut dipengerusikan Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan Selangor, Rodziah Ismail.

Read more!(Selanjutnya)

20 Tahun Tunggu BN Beri Geran Tanah, Akhirnya PR yang Beri


NOTA EDITOR: Kalau ditakdirkan BN terus memerintah tahun 2008 yang lepas, jangan mimpilah Kampung GOmbak Setia ni nak dapat geran tanah. Cium bau geran pun tak dapat. Yang dapat adalah surat minta kosongkan premis sebab tanah dah kena gadai dengan kroni.

Syukur alhamdulillah. Inilah buktinya Pakatan Rakyat membela Melayu.
Tak perlu dabik dada. Terus tunjuk dengan perbuatan.
Tak sabar nak baca komen siber-berukper UMNO. Hehehehe



Penantian 20 tahun penduduk Gombak Setia berakhir
Saturday, 19 February 2011 | Ruangan: Berita

GOMBAK, 19 Feb -Penantian hampir 20 tahun penduduk Kampung Gombak Setia akhirnya terlerai apabila 117 daripada mereka hari ini menerima geran hak milik tanah atau notis 5A dari Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pada masa sama mereka turut dikhabarkan dengan berita gembira oleh Khalid berhubung pengurangan bayaran premium tanah yang didiami mereka dari RM2.50 kepada RM1.00 sekaki persegi.

“Dengan mengambilkira penempatan ini sentiasa menjadi rizab tanah orang-orang Melayu, saya dan ahli exco kerajaan negeri telah bersetuju untuk menurunkan daripada RM2.50 sekaki kepada RM 1.00 sekaki,” kata Khalid.

Menurut Khalid, tempoh setahun diberikan kepada penduduk supaya memulakan pembayaran premium tanah mereka sekiranya tidak mahu dikenakan sebarang tindakan perundangan.

Sementara itu, Khalid juga turut memaklumkan tempoh tiga bulan diberikan kepada penduduk yang masih belum mendaftar untuk mendapatkan notis 5A supaya segera berbuat demikian.

Khidmat untuk mengisi borang tersebut juga akan dijalankan dari rumah ke rumah.

Ujarnya, penduduk harus sedar bahawa tanah merupakan hak rakyat dan pemilik perlu mengambil berat serta menjaga hak mereka sebaik mungkin.

Kesedaran seumpama itu penting kata Khalid supaya rakyat tidak terlalu bergantung kepada Pejabat Tanah untuk menguruskan permasalahan tanah mereka.

Dalam pada itu Khalid juga memberitahu, kerajaan negeri kini sedang merangka sistem untuk menyimpan semua data-data dan dokumen berkaitan tanah supaya ia mudah dikendalikan.

“Dalam masa enam bulan lagi, kita akan menyediakan satu sistem yang mana tiada fail yang digunakan dan saya akan kumpulkan semua dan dimasukkkan salinan dalam sistem web yang ianya boleh diakses dengan mudah.

“Tiada lagi masalah kehilangan fail. Kita mahu adakan sistem yang telus untuk masyarakat kerana itu adalah harta utama masyarakat dan jika tidak dijaga dengan baik bererti kita tidak memberikan perkhidmatan dan berkebajikan,” katanya.

Untuk rekod, penduduk Kampung Gombak Setia telah menuntut hak pemilikan tanah sejak tahun 90-an memandangkan majoriti penduduk yang tinggal di kawasan penempatan itu ialah Melayu.
.
Read more!(Selanjutnya)

Monday, March 14, 2011

Serah Dahulu Laporan Polis Saiful, Baru Bincang Pasal Sample DNA Anwar

Dengan bantuan beberapa pendatang dari seberang yang dijanjikan IC, PERKOSA dan GAPS telah mengadakan demo yang amat besar (sekitar 50 orang) pagi tadi di pejabat PKR. Topik demo mereka adalah mendesak Dato Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sample DNA yang baru.

Bagi Tulang Besi, sebelum bincang pasal sample DNA yang baru, silalah serah dulu salinan Laporan Polis yang asal yang telah dibuat oleh Saiful tempohari.

Berlambak bahan kes yang masih belum diserahkan kepada peguam2 Anwar Ibrahim setakat ni. Serah dulu semua bahan kes yang dipunyai pihak pendakwa, baru kita bincang pasal sample DNA.

Jangan berani cakap je.

Tulang Besi .

Read more!(Selanjutnya)

Selangor Catat Pelaburan Tertinggi di Malaysia Tanpa Bantuan Pusat

Puak2 UMNO sering menyebarkan fitnah kononnya Kelantan tak maju, KElantan mundur, Kelantan takda pelaburan. Tapi, yang herannya, puak2 UMNO tak pernah bagi contoh Selangor pulak.

Rupanya, Selangor masih mencatatkan pelaburan yang tertinggi di Malaysia walaupun kerajaan Najib tidak beri sedikit bantuan pun.

Malahan, mengikut maklumat yang Tulang Besi terima, kerajaan Najib telah cuba untuk menghalang kemasukan pelaburan ke Selangor dengan pelbagai cara. Namun, kesemua caraa tersebut gagal dan pelabur terus menerus membanjiri Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat.

Ini tanda jelas Pakatan Rakyat lebih mampu membangun Selangor berbanding Barisan Nasional.


Selangor tetap catat pelaburan tertinggi, walau tanpa bantuan pusat
Friday, 04 March 2011 | Ruangan: Berita


SHAH ALAM, 4 Mac – Walaupun kerajaan pusat menafikan pelbagai inisiatif pelaburan kepada Selangor namun di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, negeri itu tetap mencatat pelaburan tertinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia dengan jumlah pelaburan RM6.533 bilion tahun lalu.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam temuramah bersama Selangor Kini berkata, Selangor mempunyai sumber dalaman yang mencukupi bagi menjana pembangunan ekonomi negeri sekaligus menarik minat para pelabur tempatan serta pelabur asing.

“Tak ada, kita bernasib baik oleh kerana pasaran dan keadaan negeri memang sudah ada. Ini dapat kita lihat daripada jumlah pelaburan dan bentuk-bentuk pelaburan yang dibuat oleh pelabur asing dan pelabur-pelabur dalam negeri berbanding dengan pelaburan-pelaburan yang dibuat di seluruh Malaysia umpamanya di Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor dan sebagainya,” jelas beliau.

Kata beliau, walaupun ada masanya Selangor turun ke tangga kedua tetapi jumlah pelaburan yang diterima setiap tahun stabil, dan ini mencerminkan kekuatan Selangor dari segi menjana pendapatan yang konstan daripada pelaburan yang diterima oleh negeri itu.

“Apabila kita melihat itu, kita mendapat satu gambaran, bagaimana bentuk pelaburan di Selangor. Pertama secara konsisten, Selangor antara yang teratas dari segi jumlah pelaburan. Kadang-kadang nombor dua, tetapi kita tidak lari dari angka tersebut dalam apa keadaan sama ada ekonomi merosot atau meningkat,” kata beliau lagi.

Jelas beliau, peningkatan jumlah pelaburan itu membuktikan keyakinan pelabur terhadap negeri Selangor sebagai destinasi pelaburan utama di Malaysia.

Selangor menyumbang sebanyak 31 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan negara dan merupakan penyumbang tertinggi di negara ini, dengan RM2.76 bilion pelaburan diperolehi menerusi pelaburan tempatan manakala baki RM3.78 bilion ialah dari pelaburan asing.

Melalui pelaburan tersebut, kerajaan negeri telah meluluskan sebanyak 245 projek sekaligus mewujudkan 16,966 peluang pekerjaan di negeri tersebut.

Dari jumlah tersebut, sebanyak 154 projek adalah projek baru dengan nilai RM2.5 bilion manakala 91 projek lagi merupakan projek pembesaran dan projek pelbagai yang bernilai RM4.01 bilion.

Ini merupakan satu peningkatan berbanding tahun 2009 di mana Selangor hanya memperoleh pelaburan sebanyak RM2.718 bilion dengan 138 projek dan mewujudkan 11,059 peluang pekerjaan.

Read more!(Selanjutnya)

SPR Sedang Mendaftar Pendatang Asing Sebagai Pengundi di Selangor

Maklumat terbaru yang Tulang Besi dapat dari jentera pilihanraya Pakatan Rakyat Selangor adalah Suruhanjaya Pilihanraya sedang giat mendaftar pendatang asing di Selangor sebagai pengundi.

Adalah difahamkan SPR sedang menjalankan "Ops Sabah" didalam mengulangi sistem yang digunakan oleh UMNO di dalam mengambil alih Sabah dari PBS satu masa dahulu. Yakni dengan memberi IC dan mendaftar para Pendatang Tanpa Izin sebagai pengundi.

Perkembangan ini amat menakutkan memandangkan SPR juga tidak mahu mempamirkan alamat pengundi yang biasanya mereka lakukan dalam Daftar2 Pemilih sebelum ini.

Mengikut maklumat yang Tulang BEsi dapat, di setengah2 tempat, pendaftaran ini berlaku secara terbuka dan pendatang2 asing dibayar untuk mendaftar serta diberitahu bahawa mereka akan diberikan IC sekiranya berbuat demikian.

Perkara ini telah banyak kali TUlang BEsi dedahkan sebelum ini. Namun, yang penting adalah kepimpinan Pakatan Rakyat negeri mengambil sikap yang serius dan membantah nama-nama ini dari Daftar Pemilih di tempat masing-masing.

Hakikatnya, Najib Tun Razak akan menggunakan apa sahaja taktik untuk menang semula di Selangor. Kalau perkara ini tidak dibendung dan tidak diambil tindakan segera, Selangor bakal bertukar menjadi seperti Sabah.

Marilah juga kita berdoa supaya Allah SWT mengagalkan perancangan kotor Najib Tun Razak ini.

Amin!!!!

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Sunday, March 13, 2011

Di Mana Yayasan Kelana Ehsan dan UMNO Selangor Dapat Setengah Juta Ringgit?

NOTA EDITOR: UMNO Selangor dan yayasan mereka bernama Yayasan Ehsan Kelana (YEK) pun sebuk nak beri bantuan kepada pelajar2 MEsir yang hendak pulang ke Mesir. Sanggup mereka mensabotaj program Kerajaan Negeri dengan mengadakan program pada hari dan waktu yang sama bersama pelajar Mesir.

Benar kata Faekah Husin, dimana UMNO Selangor dan YKE dapat duit sebanyak ini? Wajib SPRM membuat siasatan.


SPRM perlu siasat dana Umno Selangor, YKE biayai pelajar balik Mesir
March 13, 2011

Perdana Menteri dan beberapa anggota Kabinet beramah mesra dengan seorang kanak-kanak yang turut sama dalam penerbangan membawa pulang pelajar dan rakyat Malaysia dari Mesir di KLIA. — Foto Bernama
KUALA LUMPUR, 13 Mac — Kerajaan negeri Selangor menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat punca Umno Selangor dan Yayasan Kelana Ehsan (YKE) memperoleh dana, dipercayai lebih sejuta ringgit, yang digunakan sebagai wang sumbangan kepada pelajar-pelajar yang balik ke Mesir.

Pelajar-pelajar Malaysia yang dibawa pulang dari Mesir menerusi Ops Piramid mula balik ke negara itu sejak minggu lalu untuk meneruskan pengajian, dengan sebahagian mereka menerima sumbangan wang sagu hati.

Kerajaan-kerajaan negeri, agensi kerajaan dan parti politik juga menyumbangkan wang kepada pelajar-pelajar terbabit.

Sambil mempersoalkan kedudukan kewangan Umno Selangor, Setiasuaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin berkata, kerajaan negeri mahu SPRM menyiasat perkara tersebut jika benar suruhanjaya itu bertindak mempertahankan amalan telus dan kebertanggungjawaban.

“Jangan ‘double standard’ hingga akhirnya meletakkan institusi tersebut begitu rendah kredibilitinya,” kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Kata Faekah, kerajaan Pakatan Rakyat menyediakan pelbagai kemudahan kepada hampir 1,200 pelajar dari Selangor termasuk membelanjakan lebih RM2 juta untuk membiayai kos menghantar pulang pelajar ini menggunakan pesawat yang ditempah khas.

“Tidak mahu ketinggalan, Umno juga mahu berjasa dalam isu ini; Yayasan Kelana Ehsan dikatakan turut menyumbangkan wang tunai RM500 kepada pelajar bagi pihak Umno.

“Tindakan Umno Selangor ini menimbulkan kehairanan. Bagaimana sebuah parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan seperti Yayasan Kelana Ehsan mampu menyediakan dana lebih setengah juta ringgit untuk menyalurkan sumbangan ini,” katanya lagi.

Faekah berkata perkara itu menimbulkan tanda tanya memandangkan Umno Shah Alam masih mempunyai hutang tertunggak melebihi RM236,000 dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sejak lebih setahun lalu.

Oleh itu katanya, jika Umno Selangor berkobar-kobar membelanjakan lebih setengah juta untuk sumbangan itu, mengapa tidak pula bersungguh-sungguh untuk melunaskan hutang dengan MBSA.

“Kerajaan Selangor akan meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menyenaraikan semua hutang Umno kepada PBT dan melakukan tuntutan dalam tempoh dua minggu,” kata beliau.

Faekah menambah, selama ini pemimpin-pemimpin Umno ghairah mengkritik, malah sanggup membuat laporan kepada SPRM dengan menuduh kerajaan negeri membelanjakan duit rakyat.

“Mutakhir, menuduh kerajaan negeri menerusi Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) membelanjakan duit rakyat untuk meraikan tetamu-tetamu kerajaan negeri dari Sabah dan Sarawak dalam usaha kerajaan melaksanakan tanggungjawab sosial.

“SPRM pula begitu akur dan bersemangat menjalankan tanggung jawab mereka,” kata beliau.

Sehubungan itu kata beliau, pihak mahu bertanyakan isu yang sama kepada Umno Selangor dari mana mereka dan YKE memperoleh begitu banyak dana untuk membiayai sumbangan ini.

“Apakah aset dan perniagaan yang dijalankan oleh YKE sehingga mampu untuk bekerjasama dengan Umno Selangor menghulurkan sumbangan?” katanya.

Read more!(Selanjutnya)

Najib Terlibat Beli GobalaKrishnan Juga????


Dalam sekelip mata Gobala Krishnan dapat mengeluarkan 2 cek berjumlah RM1.4juta dengan hanya gaji 2.5 tahun sebagai Ahli Parlimen Padang Serai yang tidak lebih RM8k sebulan.

Kalau tidaklah Gobala itu dibeli melalui skim pembelian yang ditaja oleh UMNO dan Perdana Menteri sendiri, Najib TUn Razak.

Mengapa Tulang Besi berani sebut nama Najib Tun Razak. Mengikut pendedahan dokumen siasatan Suruhanjaya Penyiasatan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap aduan rasmi ADUN Kulim kerana percubaan membeli beliau:

Pada 9.9.2008 satu perjumpaan telah diadakan di Hotel Sunway Seberang Perai. Bahagian perisikan telah membuat rakaman audio dan video di bilik hotel tersebut. YB Mahadzir Khalid telah datang berjumpa A1. Beliau mengesahkan penawarna wang itu sebanyak RM5juta dan sekiranya A1 mahu lebih lagi boleh berbincang dengan Dato Seri Najib. A1 juga dimaklumkan bahawa sekiranya beliau melompat parti ke BN, beliau akan mendapat beberapa projek

(NOTA: A1 adalah YB DUN Kulim)

Mahdhzir Khalid jelas menamakan Dato Najib sebagai salah seorang yang boleh membayar lebih dari RM5juta sekiranya diperlukan.

Untuk membaca dokumen yang asal, boleh klik di imej di bawah.

Tak hairanlah GObala boleh keluar duit RM1.4 juta secara mudah, bekas TKM Penang boleh bayar cash duit mercedez beliau dsbnya. Semua ni adalah mereka yang telah dibeli dengan duit haram.

Tapi takpa, mereka2 yang makan duit haram ni, inshaalah akan mendapat bala hasil dari doa beribu2 ahli dan penyokong Pakatan RAkyhat terhadap mereka.

Tulang Besi


Read more!(Selanjutnya)

Selangor Selesai Masaalah Peninggalan Barisan Nasional di Kemensah Hilir

NOTA EDITOR: Begitulah resmi kerajaan Pakatan Rakyat. Terpaksa membersihkan daki dan onar yang ditinggalkan selama bertahun-tahun lamanya oleh Barisan Nasional yang sekarang dipimpin Najib Tun Razak.

Di bawah UMNO, setinggan dapat flat je, itupun dah kira nasib baik. Di bawah PR, setinggan dapat "town house".

Sapa yang tolong Melayu sekarang ni. Cuba jawab?



72 keluarga Kampung Kemensah Hilir lega terima kunci rumah
Saturday, 12 March 2011 | Ruangan: Berita


HULU KELANG, 12 Mac – Seramai 72 keluarga di Kampung Kemensah Hilir kini boleh menarik nafas lega apabila projek perumahan Rumah Bandar Bukit Kemensah Indah siap sepenuhnya dan boleh didiami dalam masa terdekat.

Majlis Penyerahan Kunci Rumah “Town House” yang diadakan pada Sabtu, dimana mereka daripada penempatan asal akhirnya menerima kunci kediaman masing-masing.

Projek perumahan yang merangkumi blok A, B, C dan D, masing-masing mempunyai keluasan 850 kaki persegi dan bernilai RM50, 000 setiap unit.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Samad dalam ucapannya berkata, projek rumah bandar tersebut benar-benar memenuhi hasrat dan citarasa penduduk untuk memiliki penampatan yang diidamkan.

Iskandar menjelaskan, kerajaan Selangor akan terus berusaha mengurangkan bilangan setinggan di negeri itu untuk membebaskan mereka daripada kitaran kemiskinan dan jaminan hak asasi rakyat bagi mendapatkan kediaman yang selesa.

“Kerajaan negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat sentiasa serius dan mengambil berat hal ehwal kebajikan peneroka bandar Selangor terutama dari penyediaan perumahan yang mencukupi, berkualiti, selesa, teratur dan mampu disewa serta dibeli termasuk kemudahan-kemudahan asas yang lain. Matlamatnya adalah supaya dapat memperbaiki taraf fidup rakyat dan bekas peneroka agar tidak memberi imej buruk kepada kerajaan negeri sejajar dengan kesempatan pembangunan negara,” katanya.

Ujar Iskandar lagi, program tersebut dicetus bagi memperbaiki keadaan tempat tinggal peneroka bandar yang kebiasannya mengalami masalah kesesakan, tidak selesa dan tidak mempunyai kemudahan asas serta infrastruktur.

“Kejayaan terbesar negeri Selangor adalah apabila berjaya mengharamkan penggunaan Ordinan Darurat yang menjadi mimpi ngeri peneroka bandar dan penduduk Selangor yang sebelum ini telah meratah dan memupuskan banyak kawasan peneroka bandar. Projek perumahan yang telah bermula sejak tahun 2000 ini dikendalikan anak syarikat kerajaan negeri untuk memajukan tanah tersebut dan menyediakan penempatan selesa serta lengkap dengan kemudahan tersusun serta terancang,” katanya.

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), anak syarikat kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama Perspektif Masa Sdn Bhd (PMSB) dipertanggungjawabkan untuk menempatkan semula penduduk-penduduk asal Kampung Kemensah Hilir menerusi Program Penempatan Semula Setinggan Negeri Selangor.

Pembangunan projek perumahan yang meliputi kawasan tanah seluas 15.6 ekar ini bakal dibangunkan dengan komponen-komponen lain secara berfasa, antaranya rumah teres, rumah kelab dan dewan.

Majlis penyerahan kunci kediaman tersebut diserahkan Iskandar Samad sambil disaksikan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib, Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, Haji Ahmad Omar serta Pengerusi PMSB, Datuk Samad Maharuddin.

Sementara itu, wakil penduduk Kemensah Hilir, Abdul Rapar Ujud meluahkan rasa gembiranya apabila kerajaan negeri berjaya menyelesaikan projek perumahan yang terbengkalai sejak sekian lama.

“Saya berasa gembira kerana rumah dh siap sepenuhnya tetapi masih ada rumah yang belum mempunyai bekalan elektrik. Dijangka Isnin nanti bekalan elektrik akan lengkap sepenuhnya dan boleh didiami,” katanya.

Bagi Mimah Tokiran, beliau juga turut mempunyai pendapat sama dan benar-benar menghargai keprihatinan kerajaan negeri Selangor dalam memastikan kebajikan serta keselesaan rakyat terpelihara.

“Makcik berasa gembira dan senang hati apabila menerima kunci ini. Terima kasih kepada kerajaan negeri kerana akhirnya berjaya juga menyiapkan projek perumahan ini setelah lebih enam tahun menunggu,” katanya.

Pasangan suami isteri, Azizah Abdul Hamid dan Basri Osman, masing-masing berasa teruja untuk mendiami kediaman baru yang telahpun siap sepenuhnya.

“Saya berasa bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada kerajaan negeri dan pihak-pihak terlibat yang memantau projek perumahan ini. Jadi, saya amat berbangga dan berbesar hati mendapat rumah yang tidak jauh dari Kuala Lumpur.

“Ini sebagai satu hadiah buat kami kerana saya sudahpun bersara dan akan menetap di sini,” katanya.

Read more!(Selanjutnya)

Kuota Perumahan Bumiputra Masih Kekal di Selangor

NOTA EDITOR: Antara siri fitnah terbaru tajaan UMNO pimpinan Najib Tun Razak adalah kononnya Kerajaan PR Selangor telah atau akan membatalkan kuota perumahan Bumiputra.

Hakikatnya, perkara tersebut tidak pernah berlaku dan hanya fitnah UMNO semata-mata.

S’gor nafi hapus kuota perumahan Bumiputera
Thursday, 24 February 2011 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 24 Feb – Kerajaan Negeri Selangor menafikan dakwaan bahawa ia berhasrat untuk menghapuskan kuota perumahan sebanyak 30 peratus yang dikhaskan untuk bumiputera.

Sebaliknya, Menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri membantu memudahkan proses untuk pemaju menjual rumah yang tidak laku kepada golongan bukan Bumiputera.

Proses itu dipermudahkan kerana jumlah perumahan yang tidak terjual itu, telah memberi kesan kepada aliran tunai syarikat pemaju terbabit, kata Abdul Khalid.

Katanya, pemaju sebelum ini perlu mendapat kelulusan untuk menjual rumah berkenaan kepada bukan Bumiputera.

“Walaupun setelah rumah itu dia siapkan dan tak ada orang hendak beli, dia kena tunggu (hingga) dapat kelulusan untuk jual kepada bukan Bumiputera.

“Tapi sistem yang kita buat kali ini adalah automatik,” katanya lagi.

Melalui sistem itu, 20 peratus daripada rumah berkenaan boleh dilepaskan selepas 50 peratus siap, kata Abdul Khalid.

Tambahnyai, sebanyak 30 peratus lagi boleh dilepaskan jika masih tiada pembeli setelah 75 peratus siap.

“Hingga peringkat mendapat CF, barulah boleh dilepaskan kesemuanya (jika tiada pembeli),” katanya.

Bagaimanapun kelulusan itu mesti dibuat melalui jawatankuasa kuota perumahan Bumiputera yang dipengerusikan oleh Exco perumahan, Iskandar Abdul Samad, kata Abdul Khalid lagi.

Keputusan akan dibuat dalam tempoh tidak melebihi 14 hari, tambahnya.

Sementara itu, Iskandar pula berkata kuota untuk bumiputera itu bukan hanya 30 peratus tetapi sehingga 70 peratus, mengikut kawasan yang ditetapkan.

Iskandar berkata kerajaan negeri juga telah menubuhkan syarikat Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd bagi membantu pemaju memasarkan stok perumahan yang tidak dapat dijual pemaju.

Melalui usaha itu, tambahnya, kerajaan negeri berharap ia dapat meringankan beban pemaju.

Bercakap dalam sidang akhbar yang sama, Iskandar berkata, langkah kerajaan dalam melicinkan proses pelepasan stok yang tidak dapat dijual pemaju, tidak bermakna pemaju dapat jual sewenang-wenangnya.

“Ada laporan bahawa pemaju boleh jual hingga 80 peratus daripada kuota, tanpa memberitahu kerajaan Selangor.

“Ini tidak betul. Mereka perlu memberitahu kerajaan selangor tetapi proses itu dipercepatkan dan dilicinkan,” katanya.

Read more!(Selanjutnya)

Thursday, March 10, 2011

PAS Sudah Hilang Sokongan Melayu Semenjak Sebelum 2008 lagi

Jangan kita percaya dengan cakap-cakap orang jahil yang menyalahkan hubungan PAS dengan DAP di atas kekalahan beberapa PRK sebelum ini.

Mengikut pengkajian Tulang Besi, peratus undi MElayu yang didapati oleh PAS (dan pakatan pembangkang) di Selangor adalah dalam julat 40%-43% sahaja. Bermakna, kalau ada 100 pengundi Melayu, hanya sekitar 40-43 orang sahaja.

Tulang BEsi telah buat pengkajian terperinci berkenaan keputusan 2008 dan sesiapa mahu melihatnya, dipersilakan menghantar email kepada TUlang BEsi di malaysiawaves@rocketmail.com

Faktor utama merosot undi MElayu kepada PAS adalah sepanjang 2004 ke 2008, PAS tidak menonjolkan apa-apa kepimpinan kepada orang Melayu/Islam. Presiden PAS adalah MB yang telah dijatuhkan di Terengganu. BAgi orang MElayu yang tiada asa politik, mereka bertanya, kalau rakyat negeri sendiri pun sudah tolak Presiden PAS, bagaimana pula rakyat negeri2 lain?

Timbalan PResiden PAS pula tidak pernah kelihatan. Bagi orang Melayu, rasanya ramai yang tidak kenal siapa Timbalan PResiden PAS.

Apabila kita menang 2008, diharapkan pimpinan PAS menggunakan peluang tersebut untuk menonjolkan barisan kepimpinan PAS yang baru bagi menggantikan UMNO.

Malangnya kepimpinan PAS lebih rela menjadi budak suruhan UMNO dari menjadi pengganti UMNO.

Peluang tersebut telah berlalu. Sekarang ini orang MElayu lebih konfiden dengan Najib/Muhyiddin berbanding PResiden dan Timbalan Presiden PAS.

Jadi, janganlah kita mudah terpedaya dengan cerita dongeng kononnya prestasi PAS menurun di kalangan orang Melayu kerana hubungan dengan DAP. Hakikatnya, sebelum ditubuhkan PAkatan Rakyat lagi orang MElayu telah ramai meninggalkan PAS.

Tulang BEsi

Read more!(Selanjutnya)

PAS Lebih Agresif Maki Bloggers dari UMNO

Terutamanya selepas penguasaan total Geng Perpaduang dan GEng Terengganu, PAS nampaknya lebih agresif memaki blogger dari melawan UMNO. Presiden dan Timbalan Presiden lebih banyak meluang masa memaki bloggers2 yang sebelum 2008, kuat berkempen untuk PAS.

Manakala, kita lihat selepas pemilihan PAS 2009, jarang-jarang kita dengar kepimpinan PAS mengambil sikap yang jelas dan agresif melawan UMNO dan kepimpinan UMNO.

Timbalan PResiden PAS seperti tidak wujud di dalam melawan kepimpinan Najib dan Muhyiddin. TIADA SATU projek pun yang digalas oleh Timbalan Presiden di dalam menentang kepimpinan UMNO dan Najib/Muhyiddin.

Sekurang-kurangnya:

Husam - Isu Royalti

Mahfuz - Saman Ekor

Syed Azman - Hal Ehwal Antarabangsa

Mujahid - Dewan Penyokong PAS

Salahuddin Ayub - mengeluarkan kenyataan2 mengkritik UMNO jauh lebih banyak dari Timbalan Presiden


Manakala, kepimpinan geng terengganu, Nasa, Hasan Ali, Tantawi dsbnya lebih banyak memaki:

1.0 BLoggers

2.0 DAP

3.0 Pakatan Rakyat (siap nak keluarkan Garispanduan Tahaluf Siyasi lagi)

Kalau perkara ini berterusan, saya jamin PAS akan terus kalah dan akan kalah dengan lebih teruk.

Secara mudahnya, kepimpinan "Geng Perpaduang" dan "Geng Terengganu" membantu UMNO dengan jaya sekali. UMNO sepatutnya berterima kasih dengan kepimpinan Geng Perpaduang dan Geng Terengganu ini.

Pada ahli dan penyokong PAS yang lain, marilah kita terus meraikan kekalahan demi kekalahan laksana PAS Terengganu. Projek mengekspot kekalahan PAS Terengganu sedang berjalan dengan lancar sekali.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Tulang Besi Demam Dua Hari Ni

Kepada pembaca Malaysiawases sekelian, TUlang Besi mengucapkan berbanyak maaf kerana dua hari kebelakangan ini TUlang Besi tidak update atau moderate comments.

Ini adalah kerana Tulang Besi berada dalam keadaan demam dan tidak sehat. Inshaalah. skrg TUlang Besi dah sehat sikit. Jadi, bolehlah aktif balik dengan blog Malaysiawaves.

TUlang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, March 8, 2011

Padahnya PAS Memusuhi Bloggers: Kerdau, Merlimau dsbnya....

Perubahan dalam mana-mana keputusan pilihanraya bergantung kepada perubahan dalam keputusan pada Saluran 3 ke atas. Ini kerana, pengundi-pengundi Saluran 3 ke atas biasanya lebih banyak membaca, lebih terdedah dan lebih terhubung dengan internet.

Namun, semenjak 3 tahun kebelakangan ini, PAS mengambil sikap untuk MEMUSUHI blogger-blogger yang dahulunya berkempen untuk memenangkan PAS tanpa meminta satu sen pun.

Malahan, dalam ucapan-ucapan dasar PAS dua-tiga tahun kebelakangan ini, blogger-blogger telah dimaki dan difitnah secara terbuka. Oleh kerana ia masuk dalam ucapan dasar, maksudnya dasar PAS dua tiga tahun yang lepas adalah MEMUSUHI BLOGGER-BLOGER PAKATAN RAKYAT. Itu adalah hakikat.

Hasilnya, tiada lagi kesatuan serta kerjasama sesama blogger untuk menaikkan imej serta mempromosikan kepimpinan PAS kepada masyarakat umum. Yang ada hanyalah blogger-blogger mengkritik PAS serta mengkritik UMNO.

Maka, masyarakat umum TIDAK DAPAT MELIHAT kepimpinan PAS secara terbuka. Lebih malang, pengundi-pengundi Saluran 3 ke atas juga tidak dapat melihat kepimpinan PAS sebagai kepimpinan mereka.

Juga, penjualan Harakah juga merosot dan disekat menjadikan kepimpinan PAS semakin terasing dari Pengundi2 Saluran 3 ke atas.

Hasilnya, apabila tiba pilihanraya kecil, PAS tertolak dengan begitu teruk sekali. Masyarakat lebih nampak Najib dan Muhyiddin sebagai pemimpin mereka berbanding Presiden dan Timbalan Presiden PAS.

Bayangkan dua tahun kebelakangan ini tiada langsung usaha dari PAS Pusat untuk merapati blogger2 Pakatan Rakyat. Malahan, blogger Aduka Taruna telah dipukul seperti penjenayah di perkarangan Masjid Rusila dengan begitu hina sekali.

APA DOSA BLOGGER KEPADA PAS?

Tidak lain hanyalah kerana mereka tidak rela kepimpinan PAS membawa PAS tidur sebantal dengan UMNO dalam gagasan yang dipanggil "Kerajaang Perpaduang".

Dek kerana sikap blogger yang menentang agenda Perpaduang, maka semua blogger Pakatan Rakyat dilayan seperti kucing kurap oleh kepimpinan PAS. Mana-mana kepimpinan PAS yang dikira OK pun tak berani nak adakan hubungan secara terbuka dengan blogger-blogger Pakatan Rakyat.

Ada ke patut, Muktamar yang lepas BLogger dilayan macam sampah, manakala wartawan Utusan Malaysia dilayan macam raja. Ini kerana Utusan Meloya melayan kepimpinan pro Perpaduang dengan begitu baik maka mereka diberikan layanan istimewa.

HAsilnya, setelah 2 tahun, PAS semakin terasing dari pengundi2 Melayu dalam Saluran 3 ke atas. Bukannya PAS menjadi semakin baik tapi menjadi semakin buruk.

Tapi takpa lah. Yang penting penguasaan geng Perpaduang dan geng Terengganu ke atas PAS mesti diteruskan.

Tak penting PAS menang pilihanraya atau kalah pilihanraya. Yang penting Geng PErpaduang dan Geng Terengganu terus menguasai PAS.

Nasihat saya kepada ahli-ahli PAS, teruskanlah memfitnah dan menista blogger2 seperti kami ni. Tak jadi masalaah kerana lepas ni PAS akan kalah teruk dalam pilihanraya. Bayang2 2004 sudah semakin terserlah dan semuanya kerana kebodohan dan kebongkakan geng Terengganu dan Perpaduang.

Mereka tidak sabar mengekspot kekalahan PAS Terengganu kepada seluruh PAS di Malaysia.

TAKBIR!!!!!

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

PAS Tiada Kepimpinan Setanding Presiden dan Timbalan Presiden UMNO, bukan sebab DAP.

Itulah yang cuba dijual oleh blogger-blogger UMNO terutamanya Kickdefella (yang terbukti berbohong pasal Tok Guru Nik Aziz melakukan rasuah).

Izinkan Tulang Besi memberi beberapa hujjah balas:


1.0 Undi Melayu pada PAS sudah sememangnya rendah semenjak pilihanraya 2008 lagi. Di waktu itu, PAS belum ada hubungan dgn DAP

2.0 Sokongan orang Cina pada DAP adalah kerana mereka membenci kekejaman UMNO, bukannya kerana mereka anti Melayu

3.0 Setelah 3 tahun PR memerintah, TIADA SATU hak Melayu yang tergadai. Malahan, DAP lebih rapat dengan Islam berbanding MCA atau Gerakan.

4.0 Dosa DAP bukan kepada orang Melayu tetapi kepada pemimpin2 UMNO. DAP lah yang telah mendedahkan skandal PLUS dimana konsesi PLUS diberikan kepada syarikat UMNO demi untuk mengelakan bangunan UMNO dari dilelong

5.0 Bukan DAP yang fitnah Dato Seri Anwar Ibrahim dalam isu Liwat Saiful

6.0 Bukan DAP yang menghalalkan judi dan arak di Malaysia.

7.0 Bukan DAP yang meluluskan lesen Judi Bola. Malahan, DAP turut sama menentang pemberian lesen judi bola.

8.0 Bukan DAP yang buang kekuasaan Raja2 Melayu terutama dalam isu perlantikan SUK negeri

9.0 Bukan DAP yang gadai tanah rezab Surau di Rawang kepada tauke

10.0 Bukan DAP yang halang kerajaan Kelantan melaksanakan hukum hudud di Kelantan dan Terengganu

11.0 Bukan DAP yang rasmi kilang Guiness di Sungai Way tapi UMNO.

Tulang Besi cabar Kickdefella dan rakan2 untuk menjawab hujjah di atas.

Hakikat sebenar adalah PAS semakin menghilang undi Melayu kerana:

1.0 PAS tiada kepimpinan yang boleh dilihat masyarakat sebagai "alternatif" kepada Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.
1.1 Masaalah menjadi semakin teruk apabila dua tahun kebelakangan ini, Presiden dan
Timbalan Presiden hanya duduk diam dan membiarkan Presiden dan Timbalan Presiden
UMNO meyakinkan masyarakat Melayu terhadap kepimpinan mereka.

2.0 Selama dua tahun ini, PAS hanya mampu mengenengahkan agenda "Kerajaang Perpaduang" dan tiada idea lain yang boleh meyakinkan orang Melayu kepada PAS.

3.0 Kebanyakan fitnah UMNO kepada Pakatan Rakyat dalam dua tahun yang lepas TIDAK PERNAH DIJAWAB oleh PAS dengan PENUH KEYAKINAN. Malahan, fitnah liwat UMNO kepada Anwar Ibrahim pun seperti tiada usaha serius dari PAS untuk melawannya.

4.0 Fitnah2 yang ditaja UMNO turut disebarkan oleh sebahagian pimpinan PAS kepada ahli-ahli PAS
4.1 rakaman2 yang didedahkan Tulang Besi jelas membuktikan perkara ini. Misalnya, Hasan
Ali berkata PAS diperkudakan DAP di Perak, Dato Harun Din menyebarkan keraguan
terhadap DAP dalam perjumpaan tertutup dengan ahli2 PAS di rumah Hasan Ali dan
sebagainya.

Akhirnya PAS kalah, Tak hairanlah PAS kalah kalau fitnah yang ditabur UMNO turut disebarkan oleh PAS.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...