Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Loading...

Tuesday, May 31, 2011

Perlu Ambil Calon Timbalan Presiden yang "Kebal UMNO"


Abg Mat Sabu seorang yang telah menghabiskan hampir seluruh umur beliau melawan UMNO. Bak kata orang tua-tua, kalau Abg Mat dicincang 30 pun, beliau tetap tidak akan duduk bersama dengan UMNO dalam satu saf.

Di zaman UMNO gagah dan perkasa dan di zaman PAS lemah dan ditindas (antara pilihanraya 1982 ke 1995), Abg Mat dengan berani melawan dan menentang UMNO sehingga merengkok dalam ISA sebanyak 2 kali.

Ada pun calon2 lain untuk jawatan Timbalan Presiden masih belum teruji.

Komitmen Ustaz Nasaruddin kepada agenda PERPADUANG dengan UMNO adalah satu fakta yang tidak dapat dinafikan lagi.

Adapun Ustaz Tuan Ibrahim bukanlah terkenal dengan agenda ini.

Namun, Ustaz Tuan Ibrahim terkenal dengan sikap "wala'" beliau.

Apa akan jadi sekiranya Tok Guru pergi meninggalkan kita dan Majlis Syura Ulama pula dikuasai oleh mereka2 yang jelas komited dengan agenda PERPADUANG?

Adakah Dato Tuan Ibrahim akan menolak arahan Syura untuk "BERPADU" dengan UMNO?

Tulang Besi sendiri merasakan ianya tidak akan berlaku.

Lebih lebih lagi Dato Tuan Ibrahim mempunyai hubungan rapat dengan PAS TErengganu.

Tidak hairanlah akhbar2 harian serta MUBARAK (persatuan yang 100% UMNO) juga menyokong Dato Tuan Ibrahim sebagai Timbalan Presiden PAS.

Bukan kerana Dato' Tuan Ibrahim ini PRO PERPADUANG sangat. Tapi, mereka amat arif dengan sikap WALA' Dato Tuan Ibrahim yang akan membantu agenda PERPADUANG mereka.

Adapun, Abang Mat Sabu, kita boleh harap untuk memastikan AGENDA PERPADUANG tidak menjadi kesampaian.

Kalau Ustaz Nasa, memang confirm akan terjadi PERPADUANG, tak payah wala'2.

Itu sahajalah "reservation" Tulang Besi berkaitan Dato Tuan Ibrahim. Bukan Tulang Besi kata dia jahat atau PRO UMNO. Tapi, tak konfiden beliau mampu melawan agenda PERPADUANG atas sikap beliau yang wala' itu.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Bilangan Pencalonan: Sayuti MSO Berbohong Lagi?




Dalam tulisan-tulisan Suyuti kebelakangan ini, beliau telah membuat pernyataan berikut berkenaan dengan bilangan pencalonan TImbalan Presiden:

Ustaz Nasaruddin Mat Isa : 38 Kawasan
Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man : 46 Kawasan
Muhammad Sabu : 49 Kawasan

Dakwaan MSO ini sehingga hari ini TIDAK DIBUKTIKAN oleh beliau dalam bentuk dokumentasi ataupun konfirmasi dari pihak yang berkuasa di dalam PAS.
Dakwaan MSO hanya sekadar dakwaan kosong yang tiada asas sama sekali.

Adapun, Tulang Besi telah merujuk kepada salah seorang kepimpinan tertinggi PAS baru-baru ini. Tulang Besi tidak mahu mendedahkan identiti beliau, namun terpulang kepada pembaca untuk mempercayai maklumat ini.

Adapun bilangan pencalonan yang sebenar adalah:

Ustaz Nasaruddin Mat Isa : 30+ Kawasan
Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man : 40+ Kawasan
Muhammad Sabu : 76 Kawasan

Selebihnya, hanya mendapat pencalonan dalam bilangan belasan ataupun di bawah sepuluh Kawasan

APA TUJUAN MSO?

MSO yang bukan ahli PAS begitu menyibuk dalam hal ehwal dalaman PAS ini. Tujuannya tidak lain tidak bukan hanyalah mahu mensabotaj peluan Abg Mat Sabu dari menjadi Timbalan Presiden PAS.

Kita semua tahu betapa MSO amat menghayati konsep KERAJAANG PERPADUANG. Beliau muncul sebagai JUARA mempertahankan idea PERPADUANG dengan UMNO satu masa dahulu.
Mengikut pendedahan Tok Guru semalam, agenda PERPADUANG masih segar bugar dan masih diperjuangkan oleh UMNO.

MSO menyebarkan bilangan pencalonan yang palsu ini bagi untuk member gambaran betapa sokongan yang tinggi diberikan kepada Ustaz Tuan Ibrahim.

Mengapa Tuan Ibrahim? Kerana UStaz Tuan Ibrahim adalah calon pilihan geng PERPADUANG dan GENG TERENGGANU bagi menggantikan Ustaz Nasa.

Maka, MSO pun menghebahkan khabar kononnya pencalonan kepada Mat Sabu agak sama dengan Abg Mat bagi tujuan propaganda semata-mata.

Tapi kita telah pun didedahkan dengan penipuan MSO berkaitan dengan isu Penternakan Kambing Jamnapari dulu. SAyuti ada rekod berbohong dan menipu. Abang Sayut Omar sendiri menipu dengan mengaku diri beliau adalah seorang Nabi.

Penipuan beliau terlampau banyak sehingga menyebabkan

Jadi, dalam kes bilangan pencalonan ini, adakah kita hendak terus mempercayai beliau?

Yang jelasnya, geng PERPADUANG dalam PAS telah menukar sokongan dari Nasa kepada Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. Atas sebab itulah MSO menjana penipuan terbaru beliau
Tulang Besi

Bagi Tulang Besi, Suyuti MSO inilah orang luar yang dikatakan menyebuk dalam hal ehwal pemilihan PAS. MSO ni ahli PAS pun bukan.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Pegawai Kerajaan Kedah Sabotaj Kerajaan PR Kedah?

NOTA EDITOR: Ini semua sebahagian perancangan UMNO. Mereka tahu pegawai2 kerajaan masih menyokong UMNO. Mereka gunakan pegawai2 ini untuk sabotaj kerajaan negeri.

17 ahli majlis Sg Petani mogok
Susan Loone Mei 30, 11 12:08pm


Sekumpulan ahli majlis menggesa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak campurtangan bagi menolak pengerusi bagi kawasan perbandaran Sungai Petani.

Mereka mengaku sudah hilang keyakinan pada pentadbiran Rozaina Radzi.

gmma committee pc 250608 simon ooi tze minSemalam, seramai 17 daripada ahli majlis itu bertindak keluar daripada mesyuarat kewangan bulanan semalam akibat tidak puas hati.

Difahamkan, perasaan tidak puas hati yang mendalam itu berpunca daripada perobohan 16 gerai penjaja berhampiran Kelab Cinta Sayang pada Khamis lalu.

Menurut seorang ahli majlis, Simon Ooi (kanan), kumpulan 17 orang itu memutuskan tidak akan hadir dalam sebarang majlis sehingga Rozaina dan setiausaha majlis digugurkan.

"Walaupun insiden perobohan itu menyebabkan kami keluar dewan, kami turut sedar Rozaina gagal bekerjasama membawa banyak pembangunan ke Sungai Petani sejak sekian lama," kata Simon.

sungai petani city council logo"Apabila kami mencadangkan beberapa projek pembangunan seperti pembinaan stesen bas dan pasar untuk orang ramai, tetap tiada tindakan susulan, maklum balas atau taklimat daripadanya sama sekali."

Simon yang juga setiausaha politik kepada anggota parlimen Singai Petani Datuk Johari Abdul berkata, kumpulan itu telah berunding dengan Azizan.

Dalam masa yang sama, tambahnya, ahli majlis daripada PKR memaklumkan pada ketua negeri berhubung tindakan mereka itu.
Read more!(Selanjutnya)

Tahniah Rakyat Malaysia. Tarif Elektrik Naik Lagi....

NOTA EDITOR: Walaupun dikatakan pengguna di bawah RM77 tidak terkesan dengan kenaikan tarif yang baru, namun sebenarnya ada kesannya.

Pengguna kuasa elektrik terbesar adalah:

1.0 Kilang-kilang
2.0 Pejabat-pejabat

Kedua-dua kategori di atas menggunakan banyak kuasa elektrik di dalam operasi harian mereka.

Kesan dari kenaikkan tarif elektrik di atas adalah:

1.0 Kilang-kilang : Terpaksa menaikkan harga barangan mereka kerana menampung harga kenaikkan tarif elektrik.

Malahan, Pengerusi Persatuan Pengilang Malaysia Bahagian Utara menyatakan dalam akhbar THE STAR hari ini menyatakan bahawa akhirnya kos kenaikkan harga elektrik ini akan dipindah kepada pengguna

2.0 Pejabat-pejabat : Kenaikkan tariff menyebabkan mereka terpaksa mengurangkan kos dalam bentuk tidak memberi bonus, tidak menaikkan gaji atau terpaksa membuang pekerja.

Secara mudahnya, ssetiap rakyat Malaysia akan merasai kesan kenaikan tarif elektrik ini tidak kira siapa.

Pada waktu sama, kroni2 UMNO yang mendapat laba yang amat besar dari IPP thttp://www.blogger.com/img/blank.giferus menerima subsidi dari kerajaan Najib dalam jumlah hampir RM30 billion setahun.

Sekian

Tulang Besi

ps Kepada sesiapa yang masih ragu-ragu kenaikan harga elektrik ini akan membebankan pengguna, silalah baca kenyataan jurucakap Mamee-Double Decker (M) Bhd

"A Mamee-Double Decker (M) Bhd spokesperson said the company would try to absorb the hike as much as it could but cautioned that it could also reflect an increase in its selling price if the hike adversely affected its margins.

“We have been absorbing the increase in raw material prices such as palm oil and flour since early this year. But this time around we may have to increase the selling price of our products and we are still formulating the quantum.

“We do not want to pass on the price hike to consumers blindly. On our part, we will try to increase our efficiencies. We will also factor in our competitors' reaction before making any decision,” he told StarBiz."




Elektrik naik 7%, gas asli akan diapungkan
Mei 30, 11 5:20pm

Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.

NONESementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, seramai 44.4 juta atau 75 peratus dariapada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini.

Bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30.

Pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan akan tamat pada Disember 2011.

Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam pengumuman bersama Peter dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, mereka berkata kenaikan itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga.

Sebelum ini, agensi berita nasional itu melaporkan, Urus niaga saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) digantung berkuat kuasa pukul 2.30 petang sehingga 5 petang ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata penggantungan itu berhubung dengan satu pengumuman penting.

Read more!(Selanjutnya)

Monday, May 30, 2011

Tok Guru Nik Aziz 5 Kali Ditawar Jawatan Penting untuk Tubuh Kerajaang Perpaduang.

NOTA EDITOR: PEndedahan Tok Guru Nik Aziz menunjukkan agenda PERPADUANG masih segar bugar dan berterusan tanpa henti. Dan tiada siapa dapat nafikan Agenda Perpaduang sangat berkait rapat dengan pemilihan PAS yang bakal diadakan pada minggu hadapan.

Cuma, dari maklumat yang Tulang Besi dapat, kumpulan PRO UMNO dalam PAS berpecah dan tidak dapat IJMA memilih seorang calon untuk Timbalan Presiden ekoran kedegilan salah seorang calon mereka untuk menarik diri.


Dan ada juga calon mereka yang terus mencuba untuk jawatan Naib Presiden.

Tugas para perwakilan adalah menaikkan kepimpinan yang "WALA'" kepada Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Segala perpecahan dalam PAS selama ini adalah kerana sikap beberapa kepimpinan PAS yang TIDAK WALA' kepada Mursyidul Am PAS itu.


Kalau puak2 PRO PERPADUANG ini terus menerus dipilih, nescaya masaalah perpecahan dalam PAS akan berterusan tanpa henti

Wallahualam bissawabhttp://www.blogger.com/img/blank.gif

'5 kali cuba pujuk Nik Aziz, tawar 3 menteri', Abdul Rahim Sabri, Mei 30, 11 12:28pm

Usaha memujuk PAS bekerjasama dengan Umno dilihat berterusan apabila Datuk Nik Aziz Nik Mat mendakwa beliau didatangi wakil Umno sebanyak lima kali untuk tujuan itu dalam masa terdekat.

NONEMenurut ahli parlimen Pasir Puteh Muhammad Husain, Nik Aziz mendedahkan perkara itu ketika bertemu dengan anak-anak Kelantan di Lembah Klang di Dengkil petang semalam.

"Ya, betul, beliau sebut (ada) lima kali pertemuan. Ia berlaku dalam masa terdekat, (ia) mengenai isu kerjasama PAS dengan Umno," katanya yang hadir dalam majlis di dewan orang ramai di situ.

Menteri besar Kelantan itu bagaimanapun didakwa tidak memperincikan individu itu sebaliknya hanya menyebutnya sebagai "berpangkat datuk" dan "pesara kerajaan".

Muhammad juga berkata, Nik Aziz ada memberitahu, PAS ditawarkan tiga jawatan menteri sekiranya membentuk kerajaan perpaduan dengan parti Islam itu.

Bagaimanapun menurut Muhammad, Nik Aziz menolak mentah-mentah pujukan itu kerana PAS sudah membuat perjanjian dengan DAP dan PKR.

Muhamad juga menjelaskan, mursyidul am PAS itu memberitahu, usaha itu berlaku sejak April lalu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kembali menjaja isu kerjasama kedua-dua parti Melayu itu.

Peserta terkejut

Difahamkan, majlis itu dihadiri kira-kira 500 orang. Turut serta Setiausa Agung PKR Saifuddin Nasution dan dua anggota parlimen, termasuk Abdul Aziz Abdul Kadir (Ketereh), Abdullah Sani (Kuala Langat).

Sementara itu, beberapa pihak yang hadir dalam majlis minum petang itu mengesahkan ucapan Nik Aziz itu dan ada daripada mereka yang difahamkan terkejut dengan pendedahan itu.

umno pasSementara itu, sumber yang dekat Nik Aziz mengakui terdapat beberapa pertemuan, termasuk di rumahnya di Pulau Melaka diadakan sejak awal tahun ini

Bagaimanapun, sumber itu tidak dapat memastikan butiran spesifik berhubung masa dan tarikh ia berlangsung.

Sejak timbulnya isu itu pada 2008, Nik Aziz antara pemimpin PAS yang paling lantang menolak idea itu sehingga mendorong beliau mencadangkan diadakan Muktamar Khas bagi menyingkirkan beberapa pemimpin parti itu.

Bagaimanapun, beliau sendiri pernah dikaitkan dengan perkara itu apabila menghadiri majlis dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin, yang turut dihadiri perdana menteri di ibu negara.

Nik Aziz bagaimanapun menyeru semua pihak sama ada media atau invidu supaya tidak mengaitkan istana dengan pergolakan politik negara kerana ia hanya majlis santapan malam.
Read more!(Selanjutnya)

Tidak Ramai Pimpinan PAS yang Berani Ditangkap Polis seperti Mat Sabu

Abg Mat Sabu memperjuangkan Islam tidak kira samada ditangkap polis ataupun tidak






Read more!(Selanjutnya)

Friday, May 27, 2011

AZMAN SHAPAWI KENA BUANG, SHUHAIZAN KAYAT KENA MAIN

Berikut adalah maklumat yang Tulang Besi dapat dari sumber Pemuda PAS yang amat dipercayai. Kalau Tulang Besi dedah pemberi maklumat ini, nescaya ramai yang akan mempercayai tulisan Tulang Besi di bawah tanpa soal. Namun Tulang Besi tidak akan mendedahkan siapa sumber Tulang Besi. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai nya.

Walaupun Azman Shapawi ini "Geng Perpaduang" dan "Geng Ketagihan Candu Wala'" dalam Pemuda PAS, namun Azman Shapawi telah mendapat nasib serupa dengan Ustaz Nasa. Yakni nasib habis madu, sepah dibuang.

Tulang Besi sebenarnya telah mendengar khabar ini sejak dua tahun lalu. Geng Ketagihan Candu Wala' memang merancang untuk menaikkan Nik Abduh sebagai Timbalan Ketua Pemuda.

Malangnya, dua tahun dulu Nik Abduh kalah pemilihan Ketua Pemuda Kelantan menjadikan populariti beliau menjunam dan terpaksalah dinaikkan Azman Shapawi bagi mewakili kumpulan Ulama di dalam Pemuda PAS.

Juga, sepanjang dua tahun ini, prestasi Tantawi amat mengecewakan lantaran Tantawi sering dibanding dengan Ketua2 Pemuda yang lain i.e. Khairy, Tony Pua, Shamsul dsbnya.

Dilihat Pemuda PAS ini mandom dan tidak berketua. Seperti Pemuda PAS tidak wujud di persada politik Malaysia. Dan apabila wujud pun, memperjuangkan isu-isu yang remeh dan kecil. Nama Islam tidak berjaya diharumkan di Malaysia kalau nak harap kepada Pemuda PAS Pusat semata-mata.

Kenyataan-kenyataan Ketua Pemuda PAS tidak dapat diterima masyarakat Malaysia secara umum. Idea-idea beliau dilihat aneh dan tidak matang. Anak-anak muda lebih tertarik dengan AMK PKR serta DAP berbanding Pemuda PAS.

Sehingga Tulang Besi pernah mendengar kutukan dari ramai orang terhadap Salahuddin Ayub kerana angkara Salahuddin Ayub melepaskan jawatan Ketua Pemuda yang mengizinkan Tantawi naik.

Sepanjang dua tahun Pemuda PAS diperintah golongan "ulama", mereka telah gagal mempamirkan Islam sebagai "Agam Fitrah". Hanya mampu mempamirkan Islam sebagai "Agama dalam Kitab".

Kesannya rakyat umum tidak tertarik dengan Pemuda PAS ataupun kepada Islam atas hasil usaha Pemuda PAS.

KEGAGALAN PEMUDA MEMPOPULARKAN SHUHAIZAN KAYAT

Shuhaizan pula secara individu telah naik populariti beliau di mata masyarakat umum.
http://www.blogger.com/img/blank.gif
Pelbagai aktiviti2 yang berkaitan dengan kepentingan masyarakat umum diperjuangkan oleh beliau dengan bersendirian tanpa bantuan Pemuda PAS Pusat secara rasmi.

Hasilnya, beberapa bulan yang lepas, timbul ura-ura dari ramai pihak untuk menaikkan Shuhaizan sebagai pengganti Tantawi. Dicampur pula dengan Tantawi yang telah hilang semangat untuk terus memiminpin Pemuda PAS.

GENG PERPADUANG CEMAS

Perkembangan-perkembangan ini amat mencemaskan GENG PERPADUANG. Rombongan dihantar untuk memujuk Tantawi dipacu oleh Ustaz Idris Ahmad dan Ustaz Bakar Chik. Akhirnya Tantawi bersetuju untuk terus memimpin Pemuda PAS Pusat.

Selesai satu perkara, timbul pula masaalah baru. Yakni naikknya populariti Shuhaizan Kayat sebagai bakal Ketua Pemuda PAS.

Maka Tantawi pun telah menjanjikan kepada http://www.blogger.com/img/blank.gifShuhaizan Kayat bahawa Shuhaizan akan dijadikan PENGGANTI kepada beliau yang hanya bercadang untuk memegang Ketua Pemuda selama sepenggal lagi.

Di dalam mesyuarat baru-baru ini, Shuhaizan pun bersetuju untuk bertanding HANYA Timbalan Ketua Pemuda sebagai memegang janji Tantawi.

Tiba-tiba sehari sebelum tarikh tutup pencalonan, Nik Abduh mengisytiharkan beliau akan bertanding Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat

AZMAN SHAPAWI KENA BUANG, SHUHAIZAN KENA MAIN

Berjayalah perancangan TASK FORCE PERPADUANG pimpinan Ustaz Bakar Chik dengan dibantu Ustaz Idris Ahmad.

Sekarang ini, undi akan berpecah di antara Shuhaizan Kayat dan YB Firdaus. Manakala, undi kumpulan "Wala'" pula akan pergi solid kepada Nik Abduh kerana Azman Shapawi sudah dianggap TERBUANG.

Yang akan mengaut keuntungan yang besar adalah Nik Abduh selaras dengan perancangan mereka dua tahun lepas. Cita-cita murni mereka mahukan Nik Abduh tercapai sudah.

YANG KONSISTEN HANYALAH YB FIRDAUS

Dari kesemua calon Timbalan Ketua Pemuda, yang jelas ISTIQAMAH dan BERPRINSIP adalah YB Firdaus. Beliau tidak berpihak kepada mana-mana kumpulan. Beliau bertanding semata-mata mahu membawa kebaikan kepada Pemuda PAS Pusat.

Dan beliau juga terkenal sebagai seorang yang tidak mudah diperkudakan oleh Tantawi kerana beliau berprinsip.

Bukanlah saya kata Shuhaizan ini mudah diperkudakan. Tapi, kalau Shuhaizan diikat dengan janji Tantawi, selepas ini sekiranya Tantawi sekali lagi berlagak seperti 2 tahun yang lepas, Shuhaizan tidak mungkin mampu menegur Tantawi dek kerana janji yang telah diberi Tantawi.

Baiklah kita sama-sama memenangkan YB Firdaus. Shuhaizan kita boleh lantik sebagai Pengarah Pilihanraya ataupun SU Pemuda selepas ini.

Dan, begitulah liciknya Geng Ketagih Candu Wala' dalam PAS menyusun kepimpinan untuk memastikan kumpulan mereka terus mengawal kepimpinan Pemuda PAS Pusat.

Objektif terakhir mereka adalah membawa PAS bersama dengan UMNO di dalam kerangka "PERPADUANG".

Wallahualam

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Thursday, May 26, 2011

Tantawi, Idris Ahmad dan Pemilihan Pemuda PAS

(PERHATIAN: Tulisan ini tiada kaitan dengan sokongan kepada mana2 calon Timbalan Presiden. Tulang Besi tidak suka cara bagaimana politik kepuakan dalam PAS lebih diutamakan dari kepentingan parti dan perjuangan Islam.)

Maklumat yang Tulang Besi terima, beberapa bulan yang lepas selepas Ketua Pemuda PAS pulang dari umrah, beliau telah memberitahu rakan-rakan yang rapat bahawa beliau tidak bercadang untuk mempertahankan jawatan Ketua Pemuda.

Rupanya, ibadah umrah yang beliau kerjakan itu telah memberi kesedaran kepada beliau bahawa beliau tidak berapa berkemampuan memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pemuda PAS Pusat.

Pernyataan Nasruddin Tantawi ini telah mengejutkan Geng Terengganu dan geng "Ulama" di dalam PAS.

Rombongan telah dihantar menemui beliau supaya beliau menukar pendirian beliau untuk tidak bertanding itu. Rombongan itu memberikan alasan2 seperti berikut:

1.0 Tantawi masih diperlukan untuk memastikan penerusan fikrah dalam PAS (tapi tak tau apa yang dimaksudkan dengan fikrah tu)

2.0 Kepimpinan "ulama" dalam Pemuda mesti terus dipertahankan kerana semakin ditolak oleh ahli-ahli Pemuda.

3.0 Sokongan dari ahli2 Pemuda terutamanya pelajar2 kampus kepada fikrah "ulama" semakin lemah. Kepimpinan Tantawi diperlukan untuk memastikan memastikan pelajar-pelajar universiti kekal dengan "fikrah" Pemuda yang ada sekarang ini.

Maka, atas alasan-alasan di atas Tantawi telah mengubah fikiran dan telah membuat keputusan untuk mempertahankan jawatan Ketua Pemuda beliau.

Tulang Besi mendedahkan perkara ini lantaran pengumuman Ustaz Idris Ahmad untuk bertanding jawatan Naib Presiden.

Ini kerana Ustaz Idris Ahmad adalah antara ahli rombongan yang memainkan peranan begitu penting di dalam mengubah pemikiran Tantawi untuk terus mempertahankan jawatan Ketua Pemuda.

PAra perwakilan PAS wajib tahu bahawa mengundi Ustaz Idris Ahmad bererti mengundi wakil kepada geng Terengganu dan kumpulan "ulama" dalam PAS.

Geng Terengganu dan kumpulan "ulama" ini juga adalah mereka yang telah dan masih menyokong agenda PERPADUANG dengan UMNO di dalam PAS. Agenda perpaduang inilah yang telah melemahkan PAS sepanjang 2 tahun kebelakangan ini.

Semalam pun MUBARAK telah isytihar sokongan kepada Ustaz Tuan Ibrahim dan Ustaz Nasa sedangkan MUBARAK ini adalah UMNO.

Habislah tanggungjawab Tulang Besi di dalam menyampaikan maklumat yang sebenar kepada para perwakilan sekelian.

Wallahualam

Tulang Besi

ps Mereka juga menghantar rombongan berjumpa Raja Ahmad Al Hiss supaya menarik diri dari bertanding Naib Ketua Pemuda untuk memberi laluan mudah kepada Din Ayam (menantu Presiden). Ini juga satu maklumat yang perlu diketahui semua perwakilan.

Read more!(Selanjutnya)

Abang Mat Memikul PAS Waktu PAS Ditolak dan Dihina

Jangan sekali-kali kita lupa bahawa Abang Mat Sabu sudah aktif dan bergiat cergas dalam parti di waktu PAS lemah dan sedang kesakitan. Di waktu PAS tiada duit dan pengaruh, Abang MAT memegang panji-panji PAS di dalam masyarakat Malaysia. Di waktu PAS terasing dan dagang, Abg Mat terus menerus menjunjung nama PAS di dalam masyarakat.

Di waktu calon-calon PAS biasa hilang wang deposit dalam pilihanraya, Abang Mat dengan rela hati mengharungi tangkapan, ISA dan penindasan UMNO dan Barisan Nasional.

Di waktu PAS tiada tempat dalam masyarakat Malaysia, Abg Mat terkehadapan melawan UMNO dan BN yang sebegitu gagah.

Saya ingat lagi Abang Mat satu masa dahulu, hendak pergi ke tempat ceramah pun tiada duit tambang. Penghabisan beliau buat MOU dengan penjual2 keset menumpang kenderaan mereka kerana penjual2 keset dapat peluang menjual keset di ceramah2 Abang Mat yang sentiasa dipenuhi pendengar.

Abang Mat tidak kenal penat dan lelah. Terus istiqamah di dalam PAS mengharungi setiap onar dan duri tidak kira PAS menang atau kalah.

Abang Mat adalah simbol istiqamah dan tahan uji dalam PAS.

Apa salahnya beliau diberi satu peluang untuk membuktikan kepimpinan beliau dalam PAS. Kalau tidak puas hati, dalam dua tahun beliau boleh ditukar lagi.

Sekian

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Arak Tiada Lagi di 7-11 Kawasan Melayu

NOTA EDITOR: Kalau UMNO terus memerintah, jangan haraplah arak akan dikurangkan di kawasan Melayu macam ni. Padahal, sepanjanng 50 tahun UMNO memerintah Selangor, DAP berada di luar kerajaan.

Namun, UMNO gagal untuk membersihkan 7-11 di kawasan Melayu dari menjual arak. Sampai 7-11 dekat Masjid Negeri pun jual arak.

Bagi Tulang Besi, jangan haraplah UMNO nak benteras Arak. Presiden UMNO yang kedua pegi rasmi kilang Anchor (sekarang GAB) di Sungai Way (sila lihat gambar di bawah):



Hakikatnya Islam cuma bahan jualan untuk UMNO. UMNO tidak pernah mengamalkan Islam. Sekadar alat untuk memancing undi.

Arak tiada lagi di 7-Eleven kawasan Melayu
Hazayani Zakaria


SHAH ALAM, 25 Mei: Januari 2011 lalu kecoh tentang isu penjualan arak di Selangor dan ekoran itu, kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim berjanji akan menyelesaikan isu ini dengan cara yang baik.

Kini, penyelesaian yang dikatakan secara baik itu mula memberikan hasil apabila kedai-kedai serbanika khasnya 7-Eleven di kawasan Melayu tidak lagi menjual minuman keras di kedai mereka.

Tinjauan Harakhdaily di Seksyen 8 Shah Alah, minuman keras tidak lagi dijual di kedai 7-Eleven kawasan itu. Begitu juga di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Kedai 7-Eleven kawasan ini juga tidak lagi menjual minuman keras.

Ketiadaan minuman keras di kedai ini mula dirasai sejak awal tahun ini iaitu tidak beberapa lama selepas kerajaan negeri memaklumkan pihaknya akan berbincang dengan rangkaian kedai serbanika tentang hal ini.

Namun di Jalan Pahang Barat, kedai 7-Eleven yang bersebelahan dengan pejabat Harakah sendiri, minuman keras masih dijual di situ. Ini kerana kawasan ini bukan dikira kawasan penduduk Islam.

Pada tahun 2000, berlaku satu demonstrasi di Bandar Baru Bangi. Demonstrasi itu membantah penjualan arak secara yang berleluasa di kedai serbanika khasnya 7-Eleven di kawasan penduduk Islam itu.

Pada tahun 2006, Penduduk Taman Melati, Gombak juga membuat bantahan yang sama apabila mereka membantah jualan arak di kedai rangkaian 7-Eleven itu. (gambar bawah)

Bagi mereka, kedai serbanika yang beroperasi 24 jam itu telah menjadi punca ketagihan arak di kalangan remaja apabila mereka membeli arak di situ selepas tengah malam, ketika tidak ada ramai orang.

"Kita tidak mahu gunakan kekerasan atau undang-undang dalam hal ini," kata Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor selepas mengadakan pertemuan dengan para pengusaha kedai serbanika ekoran isu peraturan jualan arak di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MBSJ) berbangkit Januari lalu.

Usaha ugar jualan arak dikawal telah dibangkitkan oleh PAS sejak tahun 1990 apabila parti Islam itu mula memenangi Kelantan.

Ketika umat Islam tidak mahu didedahkan dengan minuman keras, hak penduduk bukan Islam dijaga untuk terus mempunyai hak itu.

PAS Pusat sendiri pada 2009 menggesa Kerajaan Selangor menguatkuasakan larangan penjualan arak secara terbuka sepertimana dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu kerana melibatkan sensitiviti orang Islam.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, mengikut garis panduan penjualan minuman keras di Kelantan dan Terengganu, ia tidak boleh dibuat secara terbuka di kawasan berpenduduk majoriti Islam.

“Setakat ini, kedua-dua negeri itu melaksanakan enakmen melarang penjualan minuman keras secara terbuka di kawasan yang majoriti penduduk Islam dan kaedah ini berjaya,” katanya pada satu sidang media.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan berpandangan, situasi tiada penjualan arak di kawasan majoriti Islam ini hasil rundingan dan persefahaman kerajaan negeri dengan pengeluar dan penjual minuman keras.

"Setakat yang kita tengok memang di 7-Eleven kawasan majoriti Islam tak jual arak.

"Pemuda melihat ada persefahaman di antara kerajaan negeri dan pihak yang terlibat dengan pengeluaran arak ini," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, Umno BN di bawah Dr. Khir Toyo dahulu tidak prihatin terhadap sensitiviti umat Islam apabila membiarkan arak dijual secara terbuka di kawasan majoriti Islam.

"Pemuda melihat kerajaan BN dahulu tidak mengambil perhatian soal sensitiviti masyarakat setempat tapi Pakatan sekarang mengambil berat soal itu dan melarang penjualan arak secara terbuka.

"Kerajaan negeri hanya membuat pengawalan kepda orang Islam sahaja, orang bukan Islam tak ada masalah," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut bersetuju dengan langkah kerajaan negeri yang menitik beratkan soal pencegahan dan kesedaran mengenai bahaya arak.

"Pemuda menyokong segala program kesedaran mengenai keburukan arak dan semua pun tahu dalam keadaaan masyarakat kita, banyak keburukan berpunca daripada minum arak," katanya.

Dalam pada itu kerajaan negeri pada Januari lalu juga mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi membantu umat Islam yang terbabit dengan urusan arak mencari pekerjaan alternatif.

“Menerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, wang tersebut akan digunakan untuk menawarkan mereka latihan keusahawanan dan bantuan modal bagi memulakan perniagaan.

“Antara sektor perniagaan yang ditawarkan bantuan modal adalah kecantikan, jahitan, masakan, membaiki telefon bimbit dan lain-lain,” kata exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari.

Langkah ini sebagai satu cara membantu orang Islam mengelakkan diri daripada terus bekerja di premis pembuatan arak secara berperingkat-peringkat.
Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, May 25, 2011

MUBARAK Sokong Ustaz Nasa dan Ustaz Tuan Ibrahim


Hairan juga Tulang Besi. Mengapa MUBARAK (Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia) yang dianggotai bekas-bekas wakil rakyat UMNO menyokong kedua-dua calon Timbalan Presiden (Tuan Ibrahim dan Nasaruddin Mat Isa) tapi menolak Abg Mat Sabu?

Mengapa begitu semangat dan gembira sekali mereka dengan kedua-dua calon ini Tulang Besi tidak tahu.

Cumanya, apabila seseorang itu solat, tapi SYAITAN menyukai solatnya ertinya solat itu bathil atau tertolak. Ini kerana tidak mungkin syaitan menyukai seseorang yang melakukan amal kebaikan yang diredhai Allah SWT.

Dalam kes ini, MUBARAK yang pekat UMNO menyukai kedua-dua calon ini. Tulang Besi amat risau dan gusar. Apakah ini petanda yang tidak baik kepada PAS?

Tulang Besi masih ingat sewaktu pemilihan 2009 dahulu, KESEMUA BLOG UMNO menyatakan sokongan terbuka kepada Nasaruddin Mat Isa. BLogger2 UMNO yang sama ini juga bertanggungjawab menyebar fitnah dan melakukan Qazaf dengan terbuka. Blogger2 UMNO yang sama yang menuduh pemimpin2 tertinggi PAS berzina dan ada hubungan seks haram di dalam keretapi.

Tak termasuk menuduh Anwar meliwat Saiful tanpa 4 saksi yang secara otomatik menjadikan mereka ini blogger2 Fasik.

Blogger2 yang sama ini juga telah memberikan sokongan terbuka kepada Nasaruddin Mat Isa pada tahun 2009. Bukan setakat itu, mereka merayakan kemenangan Nasa dengan perasaan yang sangat sangat gembira pada tahun 2009.

Sekarang ini MUBARAK pula membuka mulut memberikan sokongan kepada Tuan Ibrahim dan Nasaruddin Mat Isa.

Kenapa hati Tulang Besi gundah gulana terhadap sokongan terbuka ini?
">

MUBARAK: Ada sinar perpaduan Umno-PAS
Jimadie Shah Othmanhttp://www.blogger.com/img/blank.gif
Mei 25, 11
2:16pm


Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) positif masih ada sinar harapan untuk usaha perpaduan PAS-Umno kerana hasrat itu masih terbenam di lubuk hati sebahagian pemimpin kanannya.

Enggan menyatakan sokongan terhadap mana-mana calon timbalan presiden PAS, presidennya Datuk Seri Abdul Aziz Rahman berkata, Nasharudin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kedua-duanya 'OK'.

NONE"Nasharudin OK. Tuan Ibrahim OK. Masing-masing ada perspektif yang berbeza. Tetapi saya rasa jauh di lubuk hati kerjasama itu wujud.

"Cuma hendak merungkainya sahaja," katanya ketika ditanya sejauh mana keputusan pemilihan PAS akan mempengaruhi kerjasama kedua-dua parti Melayu itu di masa akan datang.

Pemilihan PAS kali ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Nasharudin sebagai penyandang, Tuan Ibrahim dan bekas naib presidennya Mohamad Sabu.

Bagaimanapun, antara kesemua mereka, Mohamad dilihat paling anti-Umno, yang berkemungkinan menutup rapat pintu rundingan dengan Umno sekiranya berjaya memenangi kerusi nombor dua itu.

Kesal anggota miskin tegar

Nasharudin pula sebelum ini dikaitkan dengan 'rundingan sulit' dengan Umno semasa pemerintah bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sementara itu, bercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, Abdul Aziz bagaimanapun menyerahkan perkara itu kepada anggota PAS sendiri bagi menentukan pemimpin pilihan mereka.

azlanIni kerana, tambahnya, beliau belum melihat profil kesemua calon yang bertanding dalam pemilihan parti Islam itu kali ini.

Ditanya sekali lagi tentang siapakah calon pilihannya, sambil ketawa, beliau tetap enggan menyatakannya dengan jelas.

Muktamar PAS akan berlangsung pada 4 hingga 6 Jun ini di markaz tarbiahnya di Gombak.

Sementara itu, Abdul Aziz turut menyatakan kekesalan ekoran terdapatnya anggota MUBARAK yang didakwa masih berstatus miskin tegar dan harus mendapat pembelaan.

Selaras dengan itu, tambahnya, majlis yang dipimpinya itu menubuhkan Gabungan Koperasi MUBARAK bagi merancakkan ekonomi negara, sekali gus, membantu anggotanya.

Read more!(Selanjutnya)


Hairan juga Tulang Besi. Mengapa MUBARAK (Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia) yang dianggotai bekas-bekas wakil rakyat UMNO menyokong kedua-dua calon Timbalan Presiden (Tuan Ibrahim dan Nasaruddin Mat Isa) tapi menolak Abg Mat Sabu?

Mengapa begitu semangat dan gembira sekali mereka dengan kedua-dua calon ini Tulang Besi tidak tahu.

Cumanya, apabila seseorang itu solat, tapi SYAITAN menyukai solatnya ertinya solat itu bathil atau tertolak. Ini kerana tidak mungkin syaitan menyukai seseorang yang melakukan amal kebaikan yang diredhai Allah SWT.

Dalam kes ini, MUBARAK yang pekat UMNO menyukai kedua-dua calon ini. Tulang Besi amat risau dan gusar. Apakah ini petanda yang tidak baik kepada PAS?

Tulang Besi masih ingat sewaktu pemilihan 2009 dahulu, KESEMUA BLOG UMNO menyatakan sokongan terbuka kepada Nasaruddin Mat Isa. BLogger2 UMNO yang sama ini juga bertanggungjawab menyebar fitnah dan melakukan Qazaf dengan terbuka. Blogger2 UMNO yang sama yang menuduh pemimpin2 tertinggi PAS berzina dan ada hubungan seks haram di dalam keretapi.

Tak termasuk menuduh Anwar meliwat Saiful tanpa 4 saksi yang secara otomatik menjadikan mereka ini blogger2 Fasik.

Blogger2 yang sama ini juga telah memberikan sokongan terbuka kepada Nasaruddin Mat Isa pada tahun 2009. Bukan setakat itu, mereka merayakan kemenangan Nasa dengan perasaan yang sangat sangat gembira pada tahun 2009.

Sekarang ini MUBARAK pula membuka mulut memberikan sokongan kepada Tuan Ibrahim dan Nasaruddin Mat Isa.

Kenapa hati Tulang Besi gundah gulana terhadap sokongan terbuka ini?

MUBARAK: Ada sinar perpaduan Umno-PAS
Jimadie Shah Othmanhttp://www.blogger.com/img/blank.gif
Mei 25, 11
2:16pm


Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) positif masih ada sinar harapan untuk usaha perpaduan PAS-Umno kerana hasrat itu masih terbenam di lubuk hati sebahagian pemimpin kanannya.

Enggan menyatakan sokongan terhadap mana-mana calon timbalan presiden PAS, presidennya Datuk Seri Abdul Aziz Rahman berkata, Nasharudin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kedua-duanya 'OK'.

NONE"Nasharudin OK. Tuan Ibrahim OK. Masing-masing ada perspektif yang berbeza. Tetapi saya rasa jauh di lubuk hati kerjasama itu wujud.

"Cuma hendak merungkainya sahaja," katanya ketika ditanya sejauh mana keputusan pemilihan PAS akan mempengaruhi kerjasama kedua-dua parti Melayu itu di masa akan datang.

Pemilihan PAS kali ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Nasharudin sebagai penyandang, Tuan Ibrahim dan bekas naib presidennya Mohamad Sabu.

Bagaimanapun, antara kesemua mereka, Mohamad dilihat paling anti-Umno, yang berkemungkinan menutup rapat pintu rundingan dengan Umno sekiranya berjaya memenangi kerusi nombor dua itu.

Kesal anggota miskin tegar

Nasharudin pula sebelum ini dikaitkan dengan 'rundingan sulit' dengan Umno semasa pemerintah bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sementara itu, bercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, Abdul Aziz bagaimanapun menyerahkan perkara itu kepada anggota PAS sendiri bagi menentukan pemimpin pilihan mereka.

azlanIni kerana, tambahnya, beliau belum melihat profil kesemua calon yang bertanding dalam pemilihan parti Islam itu kali ini.

Ditanya sekali lagi tentang siapakah calon pilihannya, sambil ketawa, beliau tetap enggan menyatakannya dengan jelas.

Muktamar PAS akan berlangsung pada 4 hingga 6 Jun ini di markaz tarbiahnya di Gombak.

Sementara itu, Abdul Aziz turut menyatakan kekesalan ekoran terdapatnya anggota MUBARAK yang didakwa masih berstatus miskin tegar dan harus mendapat pembelaan.

Selaras dengan itu, tambahnya, majlis yang dipimpinya itu menubuhkan Gabungan Koperasi MUBARAK bagi merancakkan ekonomi negara, sekali gus, membantu anggotanya.
Read more!(Selanjutnya)

Pasal Selamat Mangsa Tanah Runtuh pun UMNO nak Bohong.....


NOTA EDITOR: UMNO tak habis-habis cuba menagguk di air keruh. Kononnya, ADUN mereka datang awal ke tapak kejadian tanah runtuh Hulu Langat. Padahal, Adun mereka Johan namanya, hanya tiba jam 4 dan itu pun cuma berlegar di luar kawasan sahaja.

Sedangkan sukarelawan PAS (Bridgade Amal) telah tiba seawal setengah jam selepas kejadian dan membantu kerja-kerja menyelamat.

UMNO memang muka tak malu. Tak buat kerja tapi mengaku buat kerja. UMNO ni sampai hari kiamat penipu.

Tanah runtuh: Umno jangan berlagak hero
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 24 Mei: Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat menasihatkan pemimpin Umno tidak mendabik dada berlagak kononnya mereka 'hero' dan paling awal membantu mangsa tanah runtuh di rumah anak-anak yatim Batu 14 Hulu Langat.

Ketika menceritakan kembali suasana sebenar hari kejadian beliau berkata, bantuan mula tiba seawal jam 3 petang iaitu kira-kira setengah jam selepas kejadian berlaku.

Antara yang terawal tiba di sana menghulur bantuan katanya adalah penyelaras PAS bagi Dun Dusun Tua, Mohd Jan Sulung bersama beberapa rakannya yang mengeluarkan mangsa pertama jam 3.15 petang.

Beliau yang tiba kira-kira jam 3.30 petang kemudiannya turut membantu mangsa bersama Unit Amal dan Briged Amal PAS dengan kehadiran pihak bomba.

"Yang ditonjol media (Adun Semenyih) (Datuk) Johan (Abdul Aziz). Padahal dia datang dah pukul 4 dan tak boleh masuk pun.

"TV3 datang ambil gambar dia seolah-olah Umno lah buat semua," katanya pada sidang media sempena pelancaran Tabung Kemanusiaan Harakah untuk mangsa tanah runtuh tersebut.

Turut serta pada sidang media itu, Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamarudin Jaffar.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang Sabtu lalu 25 pelajar serta warden Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat tertimbus oleh runtuhan tanah ketika sedang berlatih kompang dan nasyid di khemah bersebelahan cerun bukit.

Ekoran kejadian itu, sembilan daripada pelajar yang terlibat selamat dan 16 lagi terkorban.

"Dari segi senarai yang membantu itu tidak nampak la di mana-mana Briged Amal dan Unit Amal.

"Sedangkan petugas kita hampir 250 orang dan paling ramai," katanya sedikit kesal.

Menurutnya lagi, sepanjang tempoh menyelamat itu, petugas PAS antara paling menonjol sehingga mereka lah juga terlibat semasa proses pengkebumian mangsa yang terkorban.

Mengulas lanjut, beliau bagaimanapun melahirkan rasa kesal kerana sumbangan dari pihak PAS seperti dikesampingkan.

Pihak polis juga semasa memberi taklimat tidak menyebut penglibatan Unit Amal dan Briged Amal dan hanya menyebut agensi-agensi lain yang hanya sebilangan kecil terlibat.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, isu publisiti itu bukanlah perkara besar bagi mereka, namun sekadar memberi respon terhadap media yang menonjolkan BN kononnya 'hero' dalam isu itu.

"Saya bagitahu dengan sahabat-sahabat di sana, ini bukan masa nak cari publisiti, tapi masa untuk kita buat kerja selamatkan nyawa seramai mungkin," jelasnya.
Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, May 24, 2011

Nasa Bakal Terbuang Laksana Sampah...

Maklumat yang Tulang Besi dapat geng2 Terengganu dan kumpulan "ulama" pimpinan Harun Taib bakal mengkesampingkan Ustaz Nasa dalam pemilihan Timbalan Presidehttp://www.blogger.com/img/blank.gifn yang akan datang ini.

Keputusan "about turn" Dato Tuan Ibrahim adalah atas desakan dari geng Terengganu dan kumpulan ulama yang mahukan jawatan Timbalan Presiden kekal kepada mereka yang berpendidikan ugama.

Tiada langsung di kepala mereka perasaan sayangkan parti ataupun memikirkan perasaan pengundi-pengundi yang mahukan PAS berwajah "kontemporari" atau "waqi'".

Bagi mereka, yang penting adalah jawatan Timbalan Presiden mesti pergi pada orang berpendidikan agama tidak kira sebelum ini orang yang berpendidikan agama telah gagal membahu tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden.

Adapun Ustaz Nasa, beliau bakal dibuang bak sampah. Beliau telah mengkhianati kawan-kawan beliau untuk bersama dengan mereka yang memusuhi beliau. Semua demi agenda PERPADUANG dan perancangan beliau untuk membawa PAS bersama UMNO.

Apabila Nasa telah jadi liabiliti, maka mereka membuang Nasa macam buang sampah.

Sungguhlah malang nasib Ustaz Nasa. Tiada dahan untuk bertaut. Sebatang kara.

Ini juga bererti maklumat yang kita dengar selama ini bahwa beliau telah dibuang oleh Presiden dan geng Terengganu terbukti benar.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Eskay Ada Kaitan Dengan Task Force 2010??


Pendedahan Wikileaks yang bersumber dari Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur mendedahkan bahawa Eskay ada hubungan rapat dengan pemberontak Pattani yang sedang menuntut kemerdekaan dari Kerajaan Siam.

Laporan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur itu juga mendedahkan hubungan rapat Eskay dengan Dr. Mahathir di dalam menjana Perjanjian Damai antara kerajaan Siam dengan pemberontak Pattani:


2. (S) Polchief called on the Honorary Thai Consul in Langkawi, Shazryl Eskay Abdullah, on February 5 as part of a February 5-9 visit to Malaysian states along the border with Thailand (septel). Eskay, a Malaysian businessman of mixed Malaysian-Thai parentage, described his significant "mediator" role in the 2005-2006 dialogue with Thai Malay insurgents, which featured former Prime Minister Mahathir Mohamad, and his frequent interaction with separatists on both sides of the border.



Dan kita semua maklum akan "Task Force 2010" pimpinan Leftenan Jeneral (bersara) Dato’ Wan Abu Bakar Omar adalah pasukan keamaman bagi Selatan Thailand yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia. (Ikuti pendedahan Malaysiakini berkaitan Task Force 2010 di sini)


Jadi, sekarang kita nampak coraknya:

1.0 Task Force 2010 berperanan besar di dalam percubaan membina "Kerajaang Perpaduang" antara PAS dan UMNO

2.0 Task Force 2010 juga berperanan di dalam membina keamanan di Selatan Thailand.

3.0 Eskay pula adalah penghubung utama antara Dr. Mahathir, UMNO, Kerajaan Malaysia dengan pemberontak Selatan Thailand dan Kerajaan Thailand

4.0 Eskay juga terlibat dalam projek fitnah ke atas Anwar yang terbaru yakni "Video Seks Rahim Thamby Chik"

5.0 Eskay juga mempunyai hubungan rapat dengan Dr. Mahathir Muhammad, orang yang bertanggungjawab di belakang Fitnah Liwat 1 dan 2. Rapatnya hubungan Eskay sehingga boleh bekerja sama untuk melancarkan perjanjian damai 2006.

6.0 Video seks Rahim Thamby Chik itu juga mempunyai perkataan2 bahasa Siam di atas nya menunjukkan Video Seks Rahim itu adalah produksi Thailand

7.0 Video seks Rahim Thamby Chik itu mempunyai hanya satu matlamat: Untuk memaksa PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan menyertai Barisan Nasional. Yakni, matlamat yang sams di belakang operasi "Task Force 2010 juga.


Kesimpulannya, bagi Tulang Besi, projek Video Seks Rahim Thamby Chik yang terbaru ini adalah hasil kerja tangan Task Force 2010 bagi menyelematkan UMNO dan memaksa PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

Marilah kita jangan lagi tertipu dengan sandiwara UMNO ini.

Laporan Kedutaan Amerika ini boleh di baca di bawah.

Tulang Besi
S E C R E T SECTION 01 OF 03 KUALA LUMPUR 000263



SIPDIS

DEPT FOR EAP



E.O. 12958: DECL: 02/13/2027

TAGS: PREL, PGOV, PTER, PINR, MOPS, ASEC, TH, MY

SUBJECT: HONORARY CONSUL NOTES MALAYSIA AS SAFE HAVEN FOR THAI INSURGENCY, RELEVANCE OF OLD GUARD



REF: A. 06 KUALA LUMPUR 1764 - NO TEARS FOR THAKSIN

B. 06 KUALA LUMPUR 1976 - SURAYUD'S VISIT

Classified By: Political Section Chief Mark D. Clark for reasons 1.4 (b and d).

Summary

1. (S) The Honorary Thai Consul in Langkawi, Malaysian businessman Shazryl Eskay Abdullah (protect throughout), described Thai Malay separatist use of Malaysian territory as a safe haven and insurgents' views of the conflict during a February 5 meeting with polchief.

Eskay, who was a leading Malaysian facilitator of the dialogue with Thai insurgents hosted by former Prime Minister Mahathir, argued that the older generation insurgency leaders, mostly resident in Malaysia, remained relevant as they provided needed support services and safe haven to younger leaders. He identified only one old guard leader as actively ordering attacks, and estimated that criminal gangs and Thai security services were responsible for 70 percent of the recent violence.

He said he did not see links yet between the Thai insurgents and regional or international terrorists, but recognized the potential and encouraged the U.S. to keep a close watch. He also noted, however, that the insurgents received financial assistance via Singapore from unknown sources. The now-ended peace initiative by Mahathir produced a ten-page "peace proposal" signed by old guard leaders, but which failed to gain much response from Bangkok. Eskay believed that the February 11-12 visit to Thailand by Prime Minister Abdullah would result in the Malaysian external intelligence organization (MEIO) taking up a "facilitation" role in discussions between Thai intelligence and southern insurgents, though Eskay was pessimistic as to the prospects.

Eskay shared a 12-page paper on the insurgency and Thai Malay views, resulting from his interviews with numerous separatist leaders, which he had submitted to MEIO February. End Summary.

Honorary Consul as Mediator with Separatists

2. (S) Polchief called on the Honorary Thai Consul in Langkawi, Shazryl Eskay Abdullah, on February 5 as part of a February 5-9 visit to Malaysian states along the border with Thailand (septel). Eskay, a Malaysian businessman of mixed Malaysian-Thai parentage, described his significant "mediator" role in the 2005-2006 dialogue with Thai Malay insurgents, which featured former Prime Minister Mahathir Mohamad, and his frequent interaction with separatists on both sides of the border.

Eskay said he carried out his work on the Thai insurgency largely independent of the Thai and Malaysian governments, and maintained direct links with most known Malay separatist leaders resident in Malaysia. To bolster his credentials, he showed polchief video footage he had recorded of various meetings with men he described as elder separatist leaders and younger operators.

Old Guard Not Calling the Shots, but Still Relevant

3. (S) Eskay noted that most of the older generation of Malay separatist leaders lived in Malaysia with the Malaysian Government's knowledge and acquiescence. The older generation included those affiliated with the United Pattani Freedom Front (BERSATU), and the constituent groups the National Revolutionary Front (BRN-Congress), the Pattani Mujahiddin Movement (GMP), and the Pattani United Liberation Organization (PULO).

In addition, Eskay confirmed that younger generation separatists, including those involved in recent attacks in southern Thailand, frequently entered Malaysia, particularly when the situation became "too hot" and they required safe haven. The GOM was not always aware of the identity and travel of younger separatists. With some exceptions, the older generation did not direct the actions of the younger insurgents. However, Eskay argued that the relevance of the "old guard" should not be underestimated.

The older leaders, with well-established networks in Malaysia, constituted the support service for the insurgents, providing shelter and transportation, and arranging jobs, including in Thai restaurants and on rubber estates. Because the older generation provided needed safe haven services, they remained influential and relevant to a potential peace dialogue with Thailand's Malay south. (Comment: Many of our other interlocutors dismissed the Mahathir-led dialogue because it focused on the older Malaysia-based separatists who no longer represent the insurgency on the ground. End Comment.)

The Murky Business of Violence

4. (S) Like many other Malaysians we interviewed during our trip to northern Malaysia, Eskay described the Malay insurgency as splintered, with operations currently carried out by very small cells, comprised of two or three persons.

"Brokers" would task the cells with orders and money. Often times the affiliation of the brokers would not be clear to the cells, opening the possibility that they represented other parties, but cells would carry out "orders" nonetheless both for monetary gain and for fear that they otherwise would run afoul of other insurgents. The cell members generally were technically unsophisticated and the brokers often provided the improvised explosive devices to be planted and detonated by the cells.

Eskay crudely estimated that Malay separatists accounted for only 30 percent of attacks in the south with Thai army, policy and intelligence agency factions, along with criminal gangs, responsible for the balance.

Eskay relayed that many insurgent leaders believed deposed Prime Minister Thaksin and Thai Rak Thai party advisor General Chavalit were funding much of the recent violence. Insurgent members had denied association with New Year's Eve bombings in Bangkok. They also disassociated themselves from many of the attacks on schools.

The fracturing of the separatist movement and use of small cells added to the complexity and the difficulty in identifying any leaders for dialogue. Eskay named only one old guard leader, BRN-Congress Vice President Abdullah bin Idris, as responsible for ordering some of the ongoing attacks in southern Thailand.

Safe Passage

5. (S) In addition to the Mahathir-led dialogue and frequent informal meetings with Thai separatists, Eskay said he had arranged meetings between Malaysian intelligence and various insurgents operating in Thailand, meetings which included an understanding of safe passage within Malaysia.

Even on Malaysian soil, Thai Malay militants did not feel safe from possible assassination or kidnapping. On at least one occasion, a Thai bounty hunter had bribed local Malaysian police to abduct a separatist who was in Malaysia. Eskay had intervened to release the target, whom the Malaysian police officer had locked in the trunk of his police car.

No International Terror Links...Yet

6. (S) Eskay stated that he had seen no evidence the Malay separatists had linked up with external terrorist groups such as Al Qaeda or Jemaah Islamiyah. He noted, however, that some insurgents received funds from a bank in Singapore (NFI), which passed through money changers in the Malaysian border town of Padang Besar, Perlis state. Eskay did not know the origin of the funds.

Though there was in his view a clear potential for a link-up with terrorist groups, Eskay commented that Malaysian intelligence did not pay adequate attention to this risk and he encouraged the U.S. to keep a close watch on developments.

February 2006 "Peace Proposal"

7. (S) The Mahathir-led dialogue had resulted in a "peace proposal" in February 2006, signed by old guard leaders of BERSATU, BRN-Congress, GMP, and PULO, Eskay noted. This had met with no substantive response from the Thai Government, but might constitute a good starting point for future dialogue. Eskay provided us with a copy of the ten-page document, which demanded Thai Government actions in eight areas, namely:

-- Improvements in "leadership," through appointment of a Muslim Affairs Minister and a Muslim affairs coordinating body.

-- Improved government communication and networking with Malay Muslim communities.

-- Confidence-building measures, including establishing ethnic Malay quotas for government service and security forces in the south.

-- Steps to promote investment and economic development.

-- Improvements in the education infrastructure.

-- Amnesty, with individual cases approved by a Board of Review.

-- Establishment of a tribunal to investigate and try cases of human rights violations.

-- Establishment of a monitoring committee to ensure implementation of the above steps.

Malaysian External Intelligence May Take the Lead

8. (S) Eskay said the Mahathir initiative was now over, and the Malaysian Government had made clear that the phase of "NGO involvement" in dialogue with Thai Malay separatists had come to an end. The February 11-12 visit to Thailand by Prime Minister Abdullah likely would confirm a role for the Malaysian External Intelligence Organization (MEIO) as a "facilitator" for future informal talks between Malay separatists and Thai Government intelligence. Eskay supported a Malaysian Government mediation role, but he was pessimistic MEIO and its Thai counterparts would make progress. Instead, Eskay anticipated continued violence.

The Honorary Thai Consul shared a 12-page "confidential" paper on the insurgency and Thai Malay views, resulting from his interviews with numerous separatist leaders, which he had submitted to MEIO February 1. Eskay requested that we not share the paper and February 2006 "peace proposal" with others (we have forwarded the documents via classified email to EAP/MTS and Embassy Bangkok).

Comment

9. (S) Eskay credibly appeared to have contacts with a large pool of old guard leaders, insurgents, and sympathizers from Thailand's Malay south. His views on the insurgency were the most detailed we heard during five days of travel in northern Malaysia and tracked well in many respects with information and opinions from others. His belief in the usefulness of engaging the old guard, however, contradicted the opinion of Malaysian politicians, officials and police who generally dismissed the old timers as irrelevant. Several Malaysians volunteered they were suspicious of Eskay's contacts with Malay separatists and alleged Eskay had been involved in controversial business deals in the past (unrelated to Thailand). Eskay informed us that he had lived some ten years in the United States circa the 1980s.

LAFLEUR
Read more!(Selanjutnya)

Monday, May 23, 2011

Tulang Besi TIdak Berapa Sehat

Tulang Besi ingin mengucapkan ribuaan ampun dan maaf kerana tidak update blog dalam beberapa hari ini. Alasannya adalah Tulang Besi tidak berapa sehat dan dalam keadaan yang agak lemah badan.

Inshaalah, mulai besok, Tulang Besi akan memulakan penulisan balik

Sehingga bertemu lagi.

Wassalam

Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, May 18, 2011

Meluluskan Lesen Judi Bola Adalah Penghinaan yang SAngat Besar kepada Agama Rasmi Negara

Berahim Ali dah isytihar jihad pada orang Kristian. Sikit pun Berahim tak kena ISA. Kalau Mat Sabu buat kenyataan yang sama, dah lama Mat Sabu duduk kat Kem Batu Kentomen.

Yang menghairankan Tulang Besi, masa Najib luluskan lesen judi bola tempohari, takda pun Berahim Ali isytihar jihad?

Adakah Berahim dan PERKOSA anggap Judi Bola itu halal di sisi Islam?

Ataupun Lesen Judi Bola itu telah diberikan kepada bekas bos Berahim yang bernama Vinsetan?

Judi halal pulak ye, wahai Berahim? Nak tanya Berahim Perkosa, lulus lesen judi bola tu tak menghina Peruntukan Islam sebagai Agama Rasmi dalam Perlembagaan ke?

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Mengapa Dr. Dzulkiflee Ahmad Tidak Dicalonkan Sebagai AJK PAS Pusat?

Melihat kepada senarai calon AJK PAS yang layak bertanding, Tulang Besi pun terkejut mengapa YB Dr. Dzulkiflee Ahmad tidak dicalonkan? Beliau adalah seorang Ahli PArlimen dan juga seorang AJK PAS Pusat yang pernah diundi ke jawatan AJK PAS PUsat.

Adalah mustahil beliau tidak dicalonkan semula seperti yang berlaku sekarang?

Adakah ini juga satu konspirasi?


Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Berita Baik Hari Guru Makan Tuan, PM, TPM terperangkap

(NOTA EDITOR: Diambil dari sumber email di ISLAH-NET)

(Bermula)Sebelum sambutan Hari Guru 16 Mei 2011, media heboh memperkatakan akan ada Berita Baik untuk semua guru akan diumumkan pada 16 Mei 2011. Lalu berita baik tersebut dibacakan secara langsung oleh Najib dari luar negara, dan diulas lanjut oleh Muhyiddin di Sarawak tempat DAP banyak menang. Adakah Najib dan Muhyiddin diberi skrip yang salah untuk dibaca sempena sambutan Hari Guru?

Tak tahulah macamana Najib dan Muhyiddin nak buat cover up lepas ini. Majoriti guru-guru yang tidak mendapat berita baik tersebut dah mula sedar merekhttp://www.blogger.com/img/blank.gifa terpedaya dengan pengumuman berita baik tersebut.

Yang kaya bertambah kaya, yang susah bertambah susah nampaknya dalam berita baik tersebut, macam sistem kapitalis pula.

Cover up di N.Sembilan senang saja agaknya, panggil Mawi buat konsert sempena menghargai jasa guru seperti berikut http://amkns.blogspot.com/2010/06/guru-nsembilan-tak-senonoh-memalukan-mb.html

GURU SEKOLAH RENDAH KECEWA
BERITA HARIAN 18 Mei 2011


Majlis minta agihan insentif menyeluruh

KUALA LUMPUR: Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) meminta satu kajian dibuat Kementerian Pelajaran berhubung insentif diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kelmarin, kerana ia meminggirkan warga pendidik sekolah rendah. Yang Dipertuanya, Roslan Madon, berkata kerajaan perlu mempertimbangkan insentif kepada guru besar dan guru di sekolah rendah serta Sekolah Kurang Murid (SKM). “Nyata, kerajaan terlepas pandang warga pendidik di sekolah rendah, walhal alam persekolahan bermula di sekolah rendah. Kenapa jasa warga 7,900 pendidik sekolah rendah tidak diambil kira,” katanya.

Sempena Hari Guru, kelmarin, Najib mengumumkan guru terbabit dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) berpeluang menikmati kenaikan pangkat hingga ke gred DG54 berbanding setakat gred DG48 sekarang, mulai 1 Januari depan, selain berpeluang mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.

Beliau juga mengumumkan guru kini diklasifikasi kepada empat kategori iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Guru Pendeta dengan mereka yang mencapai dua kategori tertinggi berpeluang mencapai sehingga gred DG54.

Selain itu, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah gred DG48 ke DG52, manakala semua Guru Penolong Kanan (GPK) Sekolah Menengah dinaikkan dari DG44 ke DG48. Bagi GPK sekolah rendah kluster, mereka dinaikkan pangkat dari gred DGA32 ke DGA34.
Roslan berkata, GMGBM akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pelajaran tidak lama lagi bagi meminta supaya guru besar dan guru sekolah rendah turut diberikan insentif bagi menaikkan semangat serta motivasi mereka.

Sementara itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) juga mahu mengadakan pertemuan dengan Najib dalam masa terdekat berhubung pemberian insentif itu.

Setiausaha Agungnya, Loke Yim Pheng, berkata ia bagi membincangkan tuntutan dikemukakan NUTP kepada kerajaan sebelum ini tetapi tidak dilaksanakan.

“Kami juga akan menyuarakan kekecewaan kami kerana insentif yang diberikan tidak membabitkan guru sekolah rendah dan menengah,” katanya.

Di KUCHING, Jawatankuasa Bersama Kesatuan Persatuan Guru Malaysia (JBKPGM) menyifatkan insentif diumumkan kerajaan tidak adil kepada masyarakat guru keseluruhannya kerana ia hanya membabitkan guru berijazah di sekolah menengah.

Naib Pengerusi JBKPGM, William Ghani Bina, berkata insentif itu langsung tidak membabitkan guru bertugas di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan 160,000 guru yang mengajar di 7,800 sekolah rendah.

Oleh itu, JBKPGM yang mengadakan Mesyuarat Tergempar di Kuching, malam kelmarin, memutuskan meminta Kementerian Pelajaran mengkaji semula kaedah baru kenaikan pangkat guru yang diumumkan kelmarin.

Ghani berkata, JBKPGM juga berkata beberapa permintaan dikemukakan mereka terlepas pandang. Antaranya, elaun khas untuk Pengetua sebanyak RM600 dan Guru Besar RM500 kerana penyandang jawatan itu hanya menerima RM150 dan RM100 sekarang.

“Elaun yang mereka terima selaku ketua di sekolah terlalu rendah berbanding dengan elaun guru dilantik sebagai warden asrama iaitu RM280 untuk Ketua Warden dan RM240 bagi Guru Warden, selain RM250 untuk Guru Pendidikan Khas," katanya.


Read more!(Selanjutnya)

Mesti Boikot Kedai Mamak..


Tulang Besi mencadangkan supaya penyokong/pendokong Pakatan Rakyat memboikot kedai-kedai mamak. Ini kerana lebih ramai penyokong/pendokong Pakatan Rakyat yang minum/makan di kedai mamak berbanding penyokong/pendokong UMNO.

Penyokong/pendokong UMNO biasanya berjumpa dan menghabiskan masa di "Coffee House" di hotel-hotel seluruh Malaysia. Mereka berbuat begitu kerana mereka banyak duit.

Tidak seperti penyokong/pendokong PR yang sentiasa sengkek dan takda duit. Terpaksa menghilangkan dahaga di restoran2 mamak.

Dengan sokongan KIMMA yang terbuka kepada UMNO jelas satu penghinaan pada penyokong/pendokong Pakatan Rakyat. Maka, wajiblah kita MEMBOIKOT kedai-kedai Mamak. Biar kedai-kedai Mamak ni bergantung harap kepada orang2 UMNO yang majoriti lebih suka minum/makan di Coffee House.

Mamak2 kat MAlaysia ni tak sedar diri. Di mata UMNO, mereka ni setaraf dengan "pariah" aje. MElayu2 UMNO ni, sebelah mata pun tak pandang diorang ni. Tapi, mereka ni terhegeh-hegeh nak sokong UMNO.

Cumanya, yang Tulang Besi hairan, mamak2 yang buka kedai runcit, rata-rata penyokong Pakatan Rakyat terutamanya PAS. Dengan kata lain, kalau kedai runcit tu tuan punyanya adalah mamak, maka jangan terus boikot kerana rata-rata mereka ni penyokong kita.

Tulang Besi sendiri kenal satu kedai mamak di Kampung Tunku, PJ dekat dgn Sekolah Menengah Sri Aman yang menjadi penyokong PAS yang sangat tegar mengalahkan Tulang Besi. KEdai runcit dia siap jual Harakah walaupun masa Mahathir pegi ban Harakah.

Pernah satu masa Tulang Besi nak dapat Harakah sikit punya susah, Tulang Besi pegi pada kedai dia.

Rasanya, petanda paling mudah adalah mereka ni jual Harakah/Suara Keadilan/Roket atau tidak.

Jarang Tulang BEsi tengok restoran-restoran Mamak jual Harakah/Suara Keadilan/Roket. TAPI, semua restoran Mamak ni jual Utusan Meloya/Berita Hairan dan semua akhbar UMNO.

Jadi, kalau kedai runcit/kedai buku/stall suratkhabar tak jual akhbar kita, pakat2 kita boikot.

Sekarang ni pun dah banyak restoran MElayu. Pakat pakat lah minum kat restoran MElayu.

Tulang Besi teringat reformis Nora masuk kedai Mamak lepas tu nampak gambar Mahathir. Terus Reformis Nora tu bangkit sambil meludah dan keluar dari restoran Mamak tu.

Kita kena ajar sikit diorang ni. Biar diorang respek sikit kat kita. Diorang kena ingat langit tinggi rendah. Jangan mudah2 ludah kat muka kita lepas tu harap kita nak dokong diorang.

Kita tak mintak diorang tunjuk sokongan kepada kita secara terbuka. Tapi, hormatlah pada kita penyokong/pendokong Pakatan Rakyat. Kalo ko buleh tunjuk sokongan kepada UMNO/BN, kitorang pun boleh tunjuk protes kitorang.

Tulang Besi

ps Restoran2 Mamak ni ada persatuan namanya PRESMA

Presiden Kimma dilantik senator

KUALA LUMPUR, 17 Mei — Datuk Syed Ibrahim Kader, Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), parti politik sahabat BN, dilantik sebagai ahli Dewan Negara dan dijangka akan mengangkat sumpah dalam beberapa hari.

The Malaysian Insider difahamkan, Syed Ibrahim (gambar), 57, telah menerima surat pelantikan sebagai senator minggu lalu.

“Saya diberitahu Syed Ibrahim telah menerima surat lantikan tersebut Khamis lalu dan tarikh bila akan sumpah akan diketahui esok.

“Syed Ibrahim menerima lantikan tersebut dengan hati terbuka, namun saya difahamkan beliau tidak mahu perkara ini didedahkan terlebih dahulu,” kata sumber ketika dihubungi.

Syed Ibrahim ketika dihubungi The Malaysian Insider enggan mengulas sambil meminta agar menunggu sehingga tarikh angkat sumpah.

Jelas sumber itu, Syed Ibrahim hanya akan membuat kenyataan berhubung pelantikan itu selepas mengangkat sumpah.

Ini merupakan kali pertama wakil Kimma dilantik sebagai ahli Dewan Negara. Kimma ditubuhkan pada 1976.

Penghujung tahun lalu, Syed Ibrahim memohon kerajaan melantik seorang senator daripada kalangan anggota parti itu untuk mewakili kaum India Muslim negara ini.

Beliau berkata, ini kerana parti itu tidak mempunyai saluran untuk bersuara secara langsung terutama bagi menyuarakan masalah kaum India Muslim terus kepada kerajaan.

Selain itu Syed Ibrahim berkata, Kimma juga memohon kepada kerajaan agar wakil India Muslim ditempatkan di Majlis Kerajaan Negeri dan Majlis Kerajaan Tempatan supaya mereka dapat menyalurkan masalah kaum itu kepada pihak berwajib serta mendapat maklumat tentang peluang perniagaan dan perdagangan di dalam mahupun di luar negara.

Beliau juga menyarankan agar kerajaan mewujudkan satu dana khas perniagaan untuk industri kecil dan sederhana dan peniaga kecil India Muslim untuk memudahkan peniaga kecil itu mendapat dana pusingan modal bagi memulakan atau membesarkan perniagaan.

Kimma yang mendakwa ada 80,000 ahli negara telah menyatakan hasrat untuk menyertai BN semenjak 1984 tetapi gagal ekoran bantahan komponennya termasuk oleh MIC.

Ogos lepas, Umno bersetuju menerima Kimma sebagai anggota bergabung parti itu dengan beberapa keistimewaan seperti dijemput hadir sebagai pemerhati dalam perhimpunan agung dan persidangan di peringkat bahagian sekiranya parti itu mempunyai keanggotaan di kawasan berkenaan. -TMI

Ulasan GB

KIMMA, sama seperti Ezam Mohd Noor, ke hulu ke hilir membodek Najib dan UMNO, maka diberi anugerah Senator. Tengok di bawah, baik punya bodek!
Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, May 17, 2011

Letak Kambing Jadi PM Lebih Baik dari Mahathir

Baru-baru ni Tulang Besi ada bercakap dengan seorang yang agak pro kepada Dr Mahathir. TUlang Besi kata kalau letak kambing jadi Perdana Menteri lebih baik dari letak Dr Mahathir.

Beliau agak terkejut. Saya kata kalau kambing jadi PErdana Menteri, sekurang2nya duit minyak kita tidak dihabiskan untuk projek2 yang tak berguna dan menyusahkan rakyat seperti yang Dr. Mahathir Muhammad Iskandar Kutty buat.

Dia minta contoh. Tulang Besi kata contoh utama adalah Proton. Di sebabkan Proton, kita terpaksa bayar RM60k untuk sebijik Proton WIra yang berkualiti rendah. RM60k sama harga dengan harga rumah kos sederhana. Bezanya adalah, kalau rumah kos sederhana, kita boleh simpan dan wariskan kepada anak cucu kita.

Kereta Proton Wira, lepas 6 tahun, kita terpaksa campak lombong sebab segala-gala dalam kereta tu akan rosak. Pada waktu kita sepatutnya buat MRT, dia pegi buat Proton sebab kononnya dia nak bina industri berat. Apa yang berlaku, industri berat entah ke mana, duit minyak kita habis.

Itulah dia pembangunan Dr Mahathir. Pembangunan merugikan rakyat Malaysia tapi menguntungkan kroni dan UMNOPUTRA. Pasal tu kambing lebih baik jadi Perdana Menteri berbanding Dr Mahathir.

Lepas tu bukak pula cerita Daim. Saya kata apa yang hebatnya Daim? Semua bisness dia buat, semua rugi. Bila rugi, dia guna duit rakyat untuk "bail-out" bisness dia. Bila Anwar Ibrahim halang, dia fitnah Anwar dan jatuhkan Anwar dgn cara buat fitnah. Saya kata lagi, manusia macam ni pun UMNO sanjung, saya pun tak paham sebab apa?

Saya kata lagi, Tengku Razaleigh tu walaupun ada masalah dgn "attitude" tapi sekurang2 nya dia tahu ekonomi. Dan kalau dia jadi PM dulu, negara kita tidak teruk jadinya macam sekarang ni.

Tapi, nak buat macamana? Mamak tongkang macam Mahathir ni tak da rasa malu, menipu dalam pemilihan UMNO 1987. Lepas tu sanggup pecat Tun Salleh sebab takut Tun Salleh keluar keputusan supaya pemilihan UMNO diadakan semula.

Itulah dia Mahathir-Daim. Kaki habiskan duit rakyat, duit minyak kita. Tokoh2 penipu dan pembohong macam ni lah yang disanjung UMNO.

Ni belum lagi Tulang Besi bukak cerita pasal agama. Dr. Mahathir ni apa kesah pasal agama. Islam itu dihinjak2 oleh MAhathir macam Islam takda nilai.

Tak hairanlah orang UMNO jadikan Mahathir sebagai Nabi mereka.

Dan kita tengok Najib Tun Razak, dia lagi teruk dari Mahathir.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Monday, May 16, 2011

Razali adala Ahli UMNO

Razali adalah ahli DAP yang dikatakan membuat laporan polis berkaitan kesah menukar agama rasmi Malaysia kepada agama Kristian.

Laporan polis ini sungguh berharga kerana Hishamuddin Tun Hussein sendiri merujuk kepada laporan polis tersebut.

Malangnya, sehingga hari ini, laporan polis Razali tidak dapat dibaca atau ditatap oleh rakyat Malaysia walaupun dari segi undang-undang laporan polis adalah dokumen umum yang boleh dibaca sesiapa sahaja.

Selamat menonton

Read more!(Selanjutnya)

Mengapa Timbalan Presiden PAS Membisu Dalam Isu Video Seks Anwar?

Tulang Besi pun hairan. Boleh dikatakan kesemua pimpinan PAS mengeluarkan kenyataan berkaitan isu Video Seks ni. Termasuk Ketua Pemuda dan Ketua Muslimat PAS pun dah keluar kenyataan. Presiden PAS pun dah keluar kenyataan.

Yang tinggal diam membisu adalah Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Hairan juga Tulang Besi. Perkara yang jelas melawan syarak sebegini sepatutnya seorang ustaz awal-awal lagi keluar kenyataan melawan pelanggaran hukum Allah SWT yang begitu jelas dan terang.

Namun, Timbalan Presiden PAS senyap sunyi sampai hari ini. Tak tau lah sebab apa?

Heran bagi Tulang Besi, apabila UMNO mengeluarkan arahan menghalalkan "Bible MElayu", Timbalan PResiden PAS antara pimpinan PAS yang terawal keluar kenyataan.
http://www.blogger.com/img/blank.gif
Dalam isu ni, apasal senyap sunyi Timbalan Presiden PAS? Agaknya, Timbalan Presiden PAS hanya menunggu petunjuk dari UMNO sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan?\

Mungkin juga kepimpinan PAS yang lain tidak sabar menunjukkan sikap wala' mereka kepada Mursyidul Am, tidak seperti Timbalan Presiden PAS?



Tulang Besi

ps blogger2 UMNO amat menghargai sikap sunyi sepi yang ditunjukkan oleh Ustaz NAsa ini. Sila klik di sini.

Read more!(Selanjutnya)

Thursday, May 12, 2011

Bolasepak Penang Tercorot Angkara MP Lompat Zahrain?

NOTA EDITOR: Logik jugak hujjah Jagdeep Singh, ADUN Datuk Keramat. Zahrain, MP lompat Bayan BAharu telah dilantik Presiden Persatuan Bolasepak Penang atas tiket Pakatan Rakyat.

Sekiranya beliau bermaruah, beliau sepatutnya letak jawatan tersebut kerana beliau dilantik pada mulanya sebagai memegang amanah dari Pakatan Rakyat.

Sekarang ini, oleh kerana beliau adalah balachi kepada UMNO, menjalankan kerja-kerja kotor UMNO dengan menyebarkan fitnah2 terhadap Pengerusi Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim, sudah tentu beliau segan dan alah untuk memohon bantuan dari Kerajaan PAkatan Rakyat Penang.

Maka, yang menderita adalah pasukan bolasepak Pulau Pinang yang menduduki tempat tercorot dalam Liga 2 Malaysia. Dalam 13 perlawanan, mereka cuma seri satu perlawanan dan kalah semua yang lain.

Yang sedap adalah Zahrain dgn muka tidak malu mengutip elaun sebagai Pengerusi Persatuan Bolasepak Penang. Macam ni punya manusia pun boleh ada kat Malaysia ni ye?


http://www.blogger.com/img/blank.gif

Jagdeep dakwa Zahrain punca Pulau Pinang corot
Fakhri Ali


GEORGETOWN, 4 Mei: Kedudukan tercorot pasukan bola sepak Pulau Pinang dalam Liga Premier 2011 dibidas oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun), semalam.

Menurut beliau lagi, selepas 16 aksi permainan dalam liga tersebut, Pulau Pinang hanya mampu berada di tangga tercorot dengan kemampuan hanya mengumpul satu mata tanpa adanya kemenangan yang telah diperolehi.

"Sesuatu harus dilakukan bagi mengatasi masalah prestasi skuad bola sepak negeri ini, yang pada suatu ketika dahulu pernah digeruni dan menjadi kuasa besar dalam arena bola sepak dengan menggondoli beberapa kejuaraan utama.

"Ini juga adalah berpunca dari Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang tidak berfungsi serta berperanan untuk membawa kejuaraan dan kegemilangan persatuan bola sepak ini,” dakwanya.

Katanya, pengurusan yang tidak cekap itu harus diberi perhatian oleh kerajaan negeri, dengan mengambil tindakan tegas bagi mengatasi masalah kemerosotan prestasi pasukan bola sepak negeri ini.

Dalam 15 perlawanan yang telah disertai pasukan negeri semuanya tewas dan hanya mencatat seri bagi satu perlawanan sahaja.

Ini, katanya menunjukkan adanya ketidakcekapan dalam pengurusan yang ditadbir oleh Zahrain yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru.

Zahrain mengisytiharkan wakil rakyat Bebas pada 12 Februari 2010.

Semasa pilihan raya umum 2008 beliau mewakili PKR mengalahkan calon Barisan Nasional, Ooi Siew Kim dengan majoriti sebanyak 11,029 undi. Beliau memperolehi 27,618 undi berbanding lawannya 16,589 undi.
Read more!(Selanjutnya)

Kerajaan Kedah Tidak Membantu Kaum India?

NOTA EDITOR: Tulang Besi merasa risau dan gundah dengan laporan FreeMalaysiaToday yang terbaru. Kerajaan Pakatan Rakyat KEdaha dikatakan TIDAK MEMBANTU KAUM INDIA langsung. Ini adalah antara respon yang diberikan oleh kaum India dalam Pakatan Rakyat sendiri. Bayangkan kalau orang-orang India di luar sana yang tiada ketaatan kepada mana-mana parti.

Tulang Besi mengharapkan khabar ini cuma salah faham. NAmun, kalau benar, ianya pasti akan menyebabkan tumbangnya Kerajaan Kedah kerana pengundi India adalah antara pengundi yang memenangkan PAS dan Pakatan Rakyat di Kedah.

Sekiranya pengundi India berpaling semula kepada MIC dan BN, maka harapan kerajaan Kedah untuk kekal memerintah adalah amat tipis.

Ustaz Azizan akan mengikut jejak langkah Presiden PAS menjadi MB satu penggal.

http://www.blogger.com/img/blank.gif

PKR Indians present a litany of woes
B Nantha Kumar
| May 11, 2011


The Indians in the party feel that they are being sidelined and they are fed up with mere lip service.

PETALING JAYA: The Indian vote was a crucial factor for PKR doing so well in the 2008 general election. But now the Indians in the party feel that they are being marginalised.

At a meeting on Monday night the Indian leaders presented a litany of woes to the PKR leadership.

The meeting was helmed by PKR deputy president Azmin Ali and sources say it turned out to be a heated affair.

Apart from Azmin the closed door meeting was attended by vice president N Surendran, deputy secretary general T Kumar, Kapar member of Parliament (MP) S Manikavasagam, Subang MP R Sivarasa, Hutan Melintang state assemblyman S Kesavan, Bukit Selambau state assemblyman S Manikumar and Port Dickson state assemblyman M Ravi.

Others included Ampang MP Zuraida Kamaruddin and Indera Mahkota MP Azan Ismail.

The meeting attended by more than 150 Indian leaders in PKR was aimed at drawing-up strategies to win back the Indian support for the opposition bloc — Pakatan Rakyat, which comprises PAS, DAP and PKR.

But the Indian leaders took the opportunity to tell the party that the Indians and the community’s problems were sidelined.

The leaders, a source said, questioned why Indian leaders were not given positions in Pakatan led states.

“We also raised the Tamil schools land issue, the lack of business opportunities and the level of poverty in the community,” he said.

The source said Manikavasagam claimed that the PKR-led Selangor government was discriminating against Indians in the state.

“He also raised the issue of sand mining in the state. The state government recently refused to renew the sand mining license of KL Larut Sdn Bhd just because the company belongs to an Indian.

“He also questioned why there were no Indians appointed to high post at state government linked companies,” said the source.

Lack of funding

The issue of the controversial Interlok novel was also raised, added the source, with local leader Dr P Sri Ram from Petaling Jaya Selatan division asking the party to clarify its stand on the novel.

The PAS-led Kedah government also came under heavy criticism for not helping the community in the state.

“Azmin could not answer our queries. He could not even answer a single question raised. Surendran tried to answer but this was not enough. The deputy president sat silent like he was under a spell or something,” said the source.

The Indian leaders also raised the issue of funding as many were not satisfied with the lack of funds to run grassroot programmes.

“What can we do if there is no money. The main problem is that Indians are still poor and without money we can’t reach out to help them. Mere lip service alone will not do,” said a leader who attended the meeting.

The leaders also questioned the Selangor government’s move to finance Malay and Chinese village headmen but limited financial assistance were given Indians.

“Many Malay and Chinese village heads get up to RM8,000 to RM10,000 through allowances, other goodies, while the Indian village heads just get a monthly allowance of RM450,” said the source.

Talking strategies

A notable absentee at the meeting was Selangor exco Dr Xavier Jeyakumar. The Seri Andalas assemblyman, it is learnt, could not make it for the meeting because he was attending the Pakatan Rakyat executive council meeting in Langkawi.

Azmin, on his part, sources said requested the leaders to hit the ground to regain the lost Indian support for the party and the opposition coalition.

PKR is on a drive to win back Indian votes, especially after the community started moving back to the Barisan Nasional (BN).

The support of the community is also vital as it would enable Pakatan to cling on to Selangor. The BN on the hand has vowed to retake the state at the next general election.

Meanwhile, Surendran denied that the meeting was heated.

“It was a calm meeting and we spoke about the strategies to be used for the upcoming general election..it was a normal meeting,” he told FMT.
Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, May 11, 2011

Najib yang Tentukan Kandungan Utusan Malaysia

Sejak akhir-akhir ini, kandungan Utusan Malaysia telah mengundang seribu macam bahana dan bala. Bermula dari pengeluaran gambar2 lucah yang diambil dari video blue Rahim Thamby Chik. Kemudian, pengharaman Utusan Malaysia di sidang DUN Penang kepada pertuduhan kononnya wujud usaha menukar agama rasmi Malaysia kepada agama Kristian.

Sepanjang kontroversi ini, Najib diam seribu bahasa kononnya beliau tiada kena mengena di dalam tindak tanduk Utusan Malaysia.

Rupanya, diamnya Dato Najib adalah sandiwara semata-mata.

Pendedahan yang dibuat Presiden Kesatuan Wartawan Malaysia, Hata Wahari, menyatakan kandungan Utusan Malaysia ditentukan oleh Biro Politik UMNO yang diketuai Dato Najib Tun Razak.

Mereka bermesyuarat setiap hari Isnin malam dan setiap mesyuarat akan menentukan apa isu yang akan dimainkan untuk minggu itu. Isu tersebut akan dimainkan selama tiga hari. Sekiranya isu tersebut menyegat, maka ia akan diteruskan. Sekiranya isu tersebut mendapat tentangan, maka ia akan diberhentikan dari diberi "coverage".

Maka isu-isu fitnah yang ditimbulkan Utusan Malaysia seperti:

1.0 Kalimah Allah yang menyebabkan 2 gereja terbakar di Kuala Lumpur

2.0 Liwat Saiful

3.0 Video Blue Rahim Thamby Chik

4.0 Penentangan terhadap perpindahan kuil di Seksyen 23 Shah Alam

5.0 Pertandingan PKR yang kononnya kacau bilau

semuanya diketahui dan dimaklumi serta disuruh oleh Dato Najib dan UMNO secara keseluruhannya.

Jelas isu-isu di atas adalah FITNAH dan QAZAF serta DIHARAMKAN oleh ALLAH SWT.

Kesemua perkara yang Haram di sisi Islam ini bersumber dari Dato' Najib Tun Razak serta Biro Politik UMNO.

Bagi saya ini adalah bukti jelas DAto Najib ini adalah seorang yang lidah bercabang. Inikah kepimpinan yang kita hendak harapkan untuk menjaga masa depan anak-cucu kita?

Tulang Besi

Editorial agenda set by Umno

The swing in Utusan Malaysia’s stance came shortly after the 2008 election when Khalid was replaced by Aziz Ishak. According to Hata, the latter does not question the editorial directives set by the Umno political bureau which reportedly sits every Monday night to discuss the paper’s agenda for the week.

Those present are the president Najib Tun Razak, deputy president Muhyiddin Yassin, the three vice-presidents – Ahmad Zahid Hamidi, Hishamuddin Hussein and Safie Apdal – secretary-general Tengku Adnan Tengku Mansor and information chief Ahmad Maslan.

The agenda is then communicated to Utusan Malaysia’s editor-in-chief via the prime minister’s office. The paper will run an issue for three days before dropping it completely unless it receives strong public support from top BN ministers.
Read more!(Selanjutnya)

PAS Sudah Ada Cawangan di Singapura

Rupa-rupanya PAS sudah ada Cawangan Berdaftar dengan Kerajaan Singapura yang diberi nama Angkatan Islam.

Berikut adalah penerangan berkaitan parti itu di dalam laman web Singapore Elections

Started as the Singapore branch of PMIP in Malaya, the latter originally UMNO Malaya's Ulama component known as the Pan-Malayan Islamic Association but seceded in 1951. A year after legislation was introduced in December 1966 to disallow Singapore parties from being affiliated to non-local parties, it changed name to AI. In the sixties, it came under the UNF alliance but by the eighties, it appeared in elections under on its party name. Its former Malaysia counterpart is known today as Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

(Terjemahan: Bermula sebagai caweangan PAS di Singapura, Angkatan ISlam pada mulanya adalah terdiri dari ulama2 dalam UMNO yang dikenali sebagai Persatuan Islam Setanah Melayu tetapi keluar (dari UMNO) pada tahun 1951.

Setahun selepas sebuah rang undang-undang diluluskan pada 1966 yang mengharamkan mana-mana aprti di Singapore mengadakan hubungan dengan parti2 luar negara, PAS Cawangan Singapura menukar nama mereka kepada Angkatan Islam.

Pada tahun 60an, mereka bersama di dalam Pakatan UNF tetapi pada tahun 80'an mereka bertanding sebagai parti sendiri. Angkatan Islam adalah bekas cawangan kepada Parti Islam Semalaysia (PAS))


Sudah tiba masanya PAS mengorak langkah ke Singapura dan memperjuangkan hak orang Melayu dan Islam di sana.

Hak orang Melayu di Singapura dijamin di bawah Artikel 52 Perlembagaan Singapura yang menyatakan Hak Istimewa orang Melayu.

Maka, PAS Singapura boleh memperjuangkan perkara-perkara seperti biasiswa, bantuan orang miskin, peruntukan masjid dan surau dsbnya yang terjamin di bawah Artikel 52 ini.

PAS tak perlu bertanding pilihanraya pun. Cuma menyokong parti2 yang boleh menyokong agenda Artikel 52 ini.

Objektifnya adalah supaya orang Melayu Singapura mengundi secara PUKAL. Dan mereka mengundi parti yang boleh menjamin hak istimewa mereka yang termaktub dalam Artikel 52 Perlembagaan Singapura.

Nak harap kat UMNO, boleh jalanlah.

Walaupun UMNO parti kecil, tetapi UMNO Singapura adalah antara parti pembangkang yang terkaya di Singapura. Mereka mempunyai hartanah yang berjumlah jutaan dolar Singapura.

Ada khabar angin juga bahwa mereka mendapat gaji dan elaun dari UMNO Malaysia.

Tapi, hapah pun tarak. Pilihanraya 2011 lepas, satu kempen pun kita tak dengar.

Hasilnya, majoriti orang Melayu mengundi PAP dan terlepas peluang untuk memperjuangkan Hak Istimewa orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Singapura Artikel 52.

Takkan peruntukan untuk Masjid dan surau pun kerajaan Singapura tak boleh beri?

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Anwar Tidak Pernah Guna Perkataan "PANDIKUTTY" Kepada Najib Tun Razak

NOTA EDITOR: Berikut adalah kenyataan akhbar dari Naib Presiden PKR, N. Surendran, berkaitan dengan isu panggilan nama "Panddikutty" kepada Najib Tun Razak.

KENYATAAN AKHBAR

Saya merujuk kepada tuduhan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dan akhbar UMNO seperti Utusan Malaysia bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan perkataan "pandikutty" terhadap Datuk Seri Najib disebuah majlis di Klang pada 7 Mei 2011. Perkataan ini bermakna babi kecil. Saya berada di Majlis tersebut dan mengesahkan disini bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim TIDAK menggunakan perkataan tersebut terhadap Najib. Sebaliknya beliau menggunakan perkataan tersebut berkaitan dengan politik kotor dan jijik yang di amalkan oleh Barisan Nasional. Sekali lagi, suatu tuduhan yang palsu sama sekali telah dibawa terhadap Ketua Pembangkang oleh parti BN dan media massanya. Perdana Menteri sendiri telah mengulangi tuduhan palsu ini dalam komennya pada hari ini yang menyerang Anwar Ibrahim atas isu ini.

Adalah juga ironik untuk mendengar rungutan remeh seperti ini daripada parti BN yang telah melemparkan berbagai-bagai fitnah melampau dan jahat ke atas Ketua Pembangkang sejak tahun 1998. BN juga tidak pernah teragak-agak untuk memperalatkan badan kehakiman dan polis untuk membawa tuduhan jenayah palsu terhadap Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang lain. Meskipun ini, Najib masih tergamak untuk menuduh ketua pembangkang mengamalkan politik tidak beretika dalam kenyataannya hari ini. Adalah jelas bahawa Barisan Nasional menganjurkan kontroversi palsu dan kosong seperti ini untuk cuba mengalih perhatian rakyat daripada kelemahan pemerintahan BN dan kenaikan harga petrol dan barangan yang tidak wajar. Kami sekali lagi menuntut bahawa pemimpin BN hentikan politik kotor dan pengeluaran kenyataan palsu dengan segera.

N SURENDRAN
NAIB PRESIDEN
KEADILAN
Dihantarkan kepada anda melalui / Delivered to you by:

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Read more!(Selanjutnya)

Lagi Maklumat Berkaitan Percubaan Membunuh Anwar Ibrahim

NOTA EDITOR: Kalau kereta Proton kita boleh percayalah skrew ni tercabut, skrew tu tercabut. Tapi ni kereta Mercedez. Skrew kecik dalam tempat memandu pun susah nak tercabut, inikan pula skrew pada brek (yang amat penting dan berkait dengan keselamatan).

Cukup saya katakan, percubaan membunuh Anwar semasa Anwar masih Timbalan Perdana Menteri lagi.





Pemandu dakwa kesan usaha mahu bunuh Anwar, brek kereta diusik
TERKINI @ 06:16:05 PM 10-05-2011
Oleh Clara Chooi
May 10, 2011


PETALING JAYA, 10 Mei — Pemandu Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pihaknya mengesan usaha untuk membunuh majikannya dengan cuba merosakkan sistem brek kereta Mercedes Benz dipandunya, bulan lalu.

Laporan polis dibuat di balai polis Tropicana di sini petang ini oleh pemandu Anwar (gambar), Abdullah Sani Said.

Balai polis itu terletak beberapa pintu dari ibu pejabat PKR di sini.

Abdullah Sani, 51, yang merupakan pemandu bagi Anwar sejak 28 tahun lalu mengesan usaha itu pada 19 April lalu selepas satu insiden ketika dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur dari Perak, memandu Mercedes Benz S350 bernombor KCD 77.

Katanya, kereta itu dipinjamkan kepada Anwar oleh rakan beliau.

Ketika kejadian kata Abdullah Sani, dia dan seorang pembantu Anwar iaitu Mohd Nurol Sayah baru sahaja mengambil isteri Anwar Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin dari satu majlis PKR di Chemor dekat Ipoh.

“Ketika dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur menerusi Lebuh Raya Utara-Selatan kira-kira 1 tengah hari, sebelum susur keluar Sungkai dekat KM353, sebuah lori secara tiba-tiba memotong ke arah laluan kanan dan memaksa saya menekan brek kereta,” katanya dalam laporan polis dibuat hari ini.

Abdullah Sani berkata, ketika dia cuba menekan brek keretanya, Mercedes S350 dipandunya mula menggetar dengan kasar.

“Saya dengar bunyi seolah-olah ada yang bunyi kasar dari bahagian belakang.

“Secara tiba-tiba tayar belakang seolah-solah terkunci dan tersekat, memaksa saya sedaya upaya memandu kereta ke arah bahu jalan,” katanya.
Kata Abdullah Sani, pemeriksaannya mendapati ada serpihan cakera brek kereta yang telah berpecah di atas jalan.

Katanya, dia dengan segera menghubungi kereta tunda di Slim River dan kereta itu dibawa ke bengkel RCY Benz di Glenmarie, Shah Alam untuk pemeriksaan.

Di bengkel, kata Abdullah Sani, dia dimaklumkan oleh mekanik bahawa cakera brek bahagian belakang kehilangan satu ‘pin bolt’, yang lazimnya berperanan sebagai penyokong kaliper brek.

“Saya dimaklumkan mustahil bagi ‘bolt’ terkeluar tanpa diusik,” katanya.

Kata Abdullah Sani, berdasarkan penjelasan mekanik, adalah jelas bahawa “ada pihak” yang telah cuba untuk mengusik kereta dengan matlamat mahu “menyebabkan kecederaan atau membunuh” ketua pembangkang atau anggota keluarganya.

“Dan, atas nasihat mekanik, ini menunjukkan bahawa ada elemen sabotaj, dengan melihat kenderaan ini selalu digunakan oleh Anwar,” katanya lagi.

Kata Abdullah Sani, dia khuatir tentang keselamatan dirinya dan ketuanya, oleh itu berharap polis akan menjalankan siasatan dengan segera.

Aduan Abdullah Sani disusuli dengan laporan daripada mekanik bengkel, Azman Hassan.

Dalam deklarasinya, Azman mengesahkan “mustahil bagi ‘pin bolt’ untuk terkeluar dengan sendirinya tanpa diusik oleh mana-mana pihak.

“Saya mendapati punca insiden disebabkan oleh kehilangan satu ‘pin bolt’ pada kaliper brek.

“Untuk pengetahuan anda, perlu ada dua ‘pin bolt’. Kehilangan salah satunya yang menyebabkan keseluruhan sistem brek sebelah kanan di bahagian belakang kereta rosak,” katanya.

Berdasarkan pengalamannya, kata Azman, yang sudah 10 tahun bekerja sebagai mekanik dan pakar dalam kerja-kerja menyelenggara kereta Mercedes Benz selama tujuh tahun, mustahil bagi ‘pin bolt’ terkeluar dengan sendirinya.

Di luar balai polis, wakil Lawyers for Liberty Murni Hidayah Anuar yang menemai Abdullah Sani berkata, dia membuat laporan kira-kira sebulan selepas kejadian kerana mereka menunggu laporan siasatan mekanik.

Abdullah Sani berkata, dia pernah memeriksa sistem brek kereta itu Oktober lalu dan tidak mengesan sebarang kekurangan pada kenderaan itu.
Read more!(Selanjutnya)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...