Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Loading...

Thursday, June 30, 2011

SPR Masih Lagi Mengelat Tidak Mahu Guna Dakwat Kekal

Pengerusi SPR,Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata:

Jelasnya, SPR juga akan memperkenalkan sistem biometrik kerana "kita tidak mahu pusing balik sejarah untuk calit dakwat," kata Wan Ahmad lagi.

Tambahnya, penggunaan dakwat kekal yang mencetus kontroversi menjelang pilihan raya umum ke-12 itu perlu perlu melibatkan pindaan ke atas Fasal (1) Perkara 119 dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung kelayakan seseorang pemilih.

Penggunaan dakwat kekal itu akan menafikan hak seseorang untuk mengundi, sedangkan undang-undang berkenaan menjamin hak pengundi untuk berbuat demikian, katanya.

Ada beberapa perkara yang saya nak komen di sini:

1.0 Dato Wan Ahmad mendakwa penggunaan dakwat kekal adalah satu langkah mundur ke belakang. Soalnya sekarang, mengapa tiada negara yang menggunakan dakwat kekal menghadapi apa-apa masaalah? Walaupun ianya digunakan oleh negara dunia ke tiga, namun ianya kekal digunakan kerana ianya berkesan dan terjamin adil.

2.0 Sistem biometrik yang dicadangkan oleh Dato Wan Ahmad itu ada mempunyai sistem kawalannya sendiri. Soalnya, adakah SPR dan JPN akan mengizinkan parti2 yang bertanding menjalankan audit serta pemeriksaan bebas mereka sendiri termasuk dari Parti pembangkang. Sudah tentu tidak? Jadi, bagaimanakah sistem biometrik dapat menjamin keadilan?

3.0 IC Malaysia boleh ditiru dan dipalsukan> Telah ramai yang ditangkap kerana memalsukan IC MAlaysia. Masih ramai di sana yang masih terlepas. SPR tidak boleh menjamin seseorang yang ber IC palsu tidak akan mengundi dua kali. Tetapi, kalau ada dakwat kekal, hatta yang ber IC palsu pun tidak boleh mengundi dua kali.

4.0 Soal berlawanan dengan Perlembagaan Negara adalah alasan yang sangat dangkal. Ini adalah kerana apabila dakwat telah tercalit bererti seseorang itu TELAH PUN MENGUNDI. Jadi, di mana kah berlakunya perlanggaran dari segi Perlembagaan Malaysia?

Pengerusi SPR ni kaki belit dan kaki auta. Sememangnya Dato Wan Ahmad ni adalah agen UMNO dan agen Barisan Nasional.
Read more!(Selanjutnya)

Patutlah SPR Sebuk Sangat Nak Guna Sistem Biometrik

NOTA EDITOR: Terima kasih ANAKSUNGAI DERHAKA. Lepas ni, kita boleh lihat berderet Bangla dan Myanmar mengundi beratur sama dengan kita. Lagi pula, sistem biometrik ni ada pusat kawalannya. Siapa lagi yang akan mengawalnya kalau tidak orang-orang yang dipilih Barisan Nasional. Betul tak?

Kenapa takut sangat dengan dakwat kekal? Ia murah dan mudah dipakai serta berkesan?

Patutlah SPR sibuk nak gunakan Sistem Biometrik....
Beberapa hari yang lalu... Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bercadang menggunakan sistem biometrik yang membolehkan proses pengesahan pengundi dilakukan secara elektronik, pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menggunakan sistem tersebut yang kini diguna pakai terhadap warga asing.

500,000 warga Bangladesh didaftar menerusi sistem biometrik

PUTRAJAYA 29 Jun - Semua warganegara Bangladesh di negara ini yang dianggarkan 500,000 orang, sama ada masuk ke Malaysia secara sah atau haram, akan didaftarkan menerusi sistem biometrik dengan kerjasama kerajaan Bangladesh.


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, program itu, sebahagian program pemutihan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini, akan dapat menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin, di samping menangani jenayah merentas sempadan dengan membendung kegiatan haram termasuk penyeludupan dan pemerdagangan manusia.

"Objektifnya ialah menghentikan eksploitasi ke atas mereka ini oleh penyeludup manusia, sindiket atau pihak ketiga kerana kita berpendapat atas alasan kemanusiaan sahaja, kita perlu memeranginya habis-habisan,” katanya kepada pada sidang akhbar bersama dengan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Atiqur Rehman, di sini hari ini.

Hishammuddin berkata proses itu akan diselaraskan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam pada peringkat makro, untuk mengkaji bagaimana proses itu dapat dilaksanakan segera manakala Timbalan Ketua Setiausaha (Pendaftaran dan Imigresen) Datuk Alwi Ibrahim akan meneliti proses pendaftaran. - Bernama
Read more!(Selanjutnya)

Syarikat Pembina Perumahan Untung Berbillion. Rakyat Semakin Tersepit Kerana Harga Rumah yang Mahal

Di waktu rakyat Malaysia terutama yang baru hendak membeli rumah terpaksa membeli rumah dengan harga yang melambung tinggi, syarikat2 pembina perumahan mencatat keuntungan yang berlipat-lipat kali ganda.

Salah satu syarikat tersebut adalah Mah Sing Group Bhd yang baru mengisytiharkan keuntungan sebanyak RM1.5 ribu juta (billion) sehingga bulan 30 June 2011.

Tak heranlah syarikat2 ini untung berlipat-lipat kali ganda sebab kerajaan Malaysia tidak memikirkan bahawa rumah adalah satu keperluan, bukan satu pilihan.

Apa guna pinjaman 100% kalau sebuah keluarga terpaksa membelanja pendapatan mereka sebanyak minimum Rm3000 sebulan? Apa yang tinggal untuk makan, kereta dsbnya?

Juga, tiada usaha dari kerajaan menghalang orang asing membeli rumah di Malaysia. Ini akan mengurangkan keuntungan syarikat2 pembina perumahan ini yang mana mereka ini sentiasa membantu parti pemerintah dari segi kewangan.

Akhir sekali, rakyat yang sakit. Kroni dan UMNOPUTRA terus kaya

Tulang Besi

Mah Sing achieves RM1.15b sales to date
Written by Joy Lee of theedgemalaysia.com
Thursday, 30 June 2011 12:38



KUALA LUMPUR: MAH SING GROUP BHD [] has recorded RM1.15 billion in property sales to date.

The company said on Thursday, June 30 that the RM1.15 billion sales totalled 60% of the RM2 billion target which it had set for 2011.
Read more!(Selanjutnya)

SPR Sudah Jadi Suara UMNO.......

NOTA EDITOR: Pengerusi SPR sudah memulakan serangan terbuka kepada Pakatan Rakyat. Suara beliau sudah sama dengan UMNO. Tak hairanlah UMNO boleh terus memerintah Malaysia apabila SPR sendiri menjadi alat Barisan Nasional.

Kita masih tidak lupa peranan SPR membantu rampasan kuasa Barisan Nasional di Perak. Sedari dulu lagi, Tulang Besi memanggil SPR sebagai PELACUR KEPADA UMNO.



Bersih is Pakatan stooge in bid for Putrajaya
Aidila Razak
Jun 30, 11
12:21pm


The Election Commission in its most scathing attack on the Coalition for Free and Fair Elections (Bersih 2.0) said today the NGO's planned July 9 rally was merely to build momentum for Pakatan Rakyat's bid for Putrajaya.

NONEThis is because the first Bersih rally in 2007 led to the political tsunami of 2008, EC deputy chairperson Wan Ahmad Wan Omar told a forum called "Bersih's demands - what is the Election Commission's explanation?" today.

"There was (a 2007) demonstration and as result, a momentum was built and in the 2008 election (the opposition) won big... now, the rumour is that snap polls will be called and history will be repeated.

"(They think) let us have Bersih 2.0 with more supporters, the momentum will grow and possibly win Putrajaya," he told an audience of about 500 people.

Therefore, Wan Ahmad appealed to Bersih chief S Ambiga to disassociate the NGO from political parties, and put this as a condition for further engagement between the commission and the NGO.

"I am appealing to Ambiga to distance yourself from political parties (and) strengthen your agenda.

"If Bersih separates itself from political parties, then we can meet Bersih as a member of civil society as its agenda is for the good of all," Wan Ahmad said.
Read more!(Selanjutnya)

Pemuda UMNO dan Parti Kominis China Bertukar-Tukar Pimpinan


NOTA EDITOR: Parti PSM kena tangkap dan dituduh cuba menghidupkan fahaman kominis. Bagaimana pula Pemuda UMNO yang bertukar2 kepimpinan dengan Parti Kominis China. Apasal takda sorang pun pemimpin Pemuda UMNO yang ditangkap?

Umno, China Communists to swap youth leaders(BERNAMA)
August 05, 2010

A giant portrait of Mao Zedong, the CPC’s first chairman, is seen in Beijing’s Tiananmen Square September 18, 2009. — Reuters pic
KUALA LUMPUR, Aug 5 — Umno and the Communist Party of China (CPC) yesterday agreed to have youth leadership exchanges so that the youth leaders of both countries can have a better understanding of the economic and social development taking place in Malaysia and China.

Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, who signed a memorandum of understanding (MOU) on behalf of Umno on co-operation between Umno and the CPC in Beijing yesterday, said this was all the more timely as China was now a major economic power.

Wang Jiarui, Head of the International Liaison Department of the CPC Central Committee, represented the CPC.

“On their part, they are amazed with our achievements and racial harmony and would like to learn from us how we were able to attain this harmony without any bloodshed,” Tengku Adnan said in a statement to Bernama.

He said as a follow-up to the MOU, both countries agreed to set up a permanent mechanism to enable the exchanges to take place beginning this year. — Bernama


Read more!(Selanjutnya)

TopUp Hanfone Akan Dikenakan Cukai Selepas Ini

UNDILAH BARISAN NASIONAL!!!!


Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, June 29, 2011

BERSIH: Bawa yang Perlu Sahaja

Read more!(Selanjutnya)

Beranikah Najib Bertanding di Parlimen Pekan TANPA UNDI POS???


Pada tahun 1999, Najib Tun Razak cuma mampu menang kerusi Pekan dengan majoriti 241 undi. Itupun, dalam keadaan ada 2400 undi POS yang 95% pergi pada BN. Ertinya, selepas 1999, Najib lebih layak dikenali sebagai "Wakil Pos" berbanding "Wakil Rakyat".

Selepas kemenangan tipis beliau, secara tiba-tiba Kem Batu 6 Jalan Gambang dipindah dari Parlimen Kuantan kepada Parlimen Pekan tanpa apa-apa sebab yang munasabah.

Hasilnya Najib menang gemilang selepas 1999 dengan majoriti 26464 undi (2004) dan 22922 undi(2008)bagi kerusi Parlimen Pekan (P85).

Cumanya, Allah SWT Maha Berkuasa. Dengan berpindahnya Kem Batu Enam Gambang, PR berjaya menang di Parlimen Kuantan.

Antara tuntutan BERSIH adalah "PENGHAPUSAN UNDI POS SAMA SEKALI.

Jadi, tidak hairanlah Najib Tun Razak sangat takut dengan gerakan BERSIH. Kalau dihapuskan undi pos, nescaya Najib akan kembali balik kepada zaman kegelapan 1999 di mana beliau hanya mampu menang tipis 241.

Jelasnya, tanpa undi pos, harapan Najib mengekalkan kerusi PEKAN adalah tipis. Atas sebab itu, Najib Tun Razak habis-habisan menentang BERSIH. BERSIH bakal membersihkan beliau dari kerusi Parlimen Pekan (P85)

Tulang Besi

ps antara kerusi2 yang selamat disebabkan undi poshttp://www.blogger.com/img/blank.gif: Bagan Pinang (Isa Samad), Kepala Batas (Pak Lah), Jeli (Mustafa Muhammad), Setiawangsa (Raja Nongchik), DUN Paya Jaras (Bushro Mat Johor) dan banyak lagi.

ps mengikut Abang Mat:

“BN menyelamatkan 25 kerusi Parlimen kerana undi pos dan 40 kerusi Parlimen di kawasan Felda. (Jika) tanpa yang ini... kita sepatutnya sudah mengambil alih Putrajaya,” kata beliau.





Read more!(Selanjutnya)

Solat Hajat dan Munajat Sempena BERSIH, 29 June 2011

Sila datang beramai ramai bagi memeriahkan majlis.

Read more!(Selanjutnya)

BERSIH Anti Melayu. Gadai Tanah Melayu Takpa....

Tak sabar nak tunggu jawapan dari geng-geng UMNO dan Barisan Nasional serta Pemuda Patriot.

Patutnya, yang ini lah kena demo. Bukannya lawan BERSIH.











Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, June 28, 2011

Apabila Pemuda Patriot Berdemo Depan Pak Guard


Arakian, malam tadi, datanglah gerombolan manusia yang memanggil diri mereka PATRIOT. Datanglah mereka ke sebuah tempat bernama Tropicana, khabarnya mahu memprotes di hadapan Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat.

Namun, datangnya gerombolan Patriot ini adalah selepas orang pulang dari solat Isyak. Suasana malam yang aman damai di persekitaran Ibu Pejabat PKR itu telah diganggu dengan hiruk pikuk gerombolan PATRIOT itu.

Khabarnya, gerombolan itu dipimpin seorang manusia berperangai katak bernama Lokman Nor Adam. Pada satu masa dahulu, apa yang tidak dikatakan Lokman terhadap UMNO. Sekarang Lokman menjadi pendokong parti yang pernah diludah serta dihinjaknya.

Sehingga ke tahap menggangu ketenteraman malam Tropicana yang biasanya tenang dan stabil pada jam 10 malam ke atas.

Sayangnya gerombolan PATRIOT ini mungkin terlupa. Pada jam 10 malam, tiada siapa yang berada di Ibu Pejabat PKR kecuali hanyalah Pak Guard sahaja.

Jadilah tunjuk perasaan Pemuda Patriot itu tunjuk perasaan kepada Pak Guard sahaja.

Eloklah, kata saya. Dapatlah juga Pak Guard merasa teruja. Kalau tidak suasana malam tu sepi sesepi sepinya. Sekali sekala nak rasa juga bahang politik walaupun dalam keadaan sudah hampir tengah malam.

Sekian

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Rahim Thamby Chik Masuk Perangkap Johari Abdul

Puak2 UMNO cuba menyerang Johari Abdul dengan menunjukkan video dibawah yang dirakam tanpa kebenaran Johari Abdul.

Kononnya, beliau gelak ketawa sewaktu menonton video tersebut adalah bukti beliau bersetuju bahawa Anwar adalah pelakon dalam video tersebut.

Apa yang juak2 UMNO tidak sedar adalah malam hari yang sama, beliau telah bertemu dengan salah seorang kepimpinan tertinggi PKR dan menceritakan segala yang beliau telah saksikan di bilik hotel tersebut.

Ertinya, pada keesokan harinya, boleh dikatakan kesemua kepimpinan PKR mengetahui akan identiti Dato' T serta percubaan menyebarkan video tersebut.

Adapun tuduhan Johari Abdul meminta Rm1 juta, takda pun dalam video dibawah menunjukkan perkara tersebut. Ada tak?

And here is the rest of it.

Read more!(Selanjutnya)

Najib Berbohong Berkaitan Jumlah Pemberian Subsidi


Kemana-mana pemimpin2 UMNO berkokok bahawa Malaysia memberi subsidi yang berjumlah terlampau besar : yakni RM74 billion setahun (untuk tahun 2009) Tapi tahukah anda, dari RM 74Billion itu, majoriti pergi pada kroni, dan hanya sebahagian sahaja yang pergi pada rakyat.

Malahan, 54% dari jumlah itu sebenarnya bukan subsidi pun. Ianya adalah perbelanjaan biasa Kerajaan Malaysia dalam bidang Kesihatan dan Pendidikan.
Dengan kata lain, kerajaan yang memberi pendidikan percuma, buku percuma, ubat percuma, rawatan hospital percuma, rawatan bidan percuma dsbnya dianggap sebagai subsidi oleh UMNO dan BArisan Nasional serta Najib Tun Razak.

Adapun subsidi minyak, ianya berjumlah RM23.2 billion (pada tahun 2009). Tetapi, sebahagian besar dari jumlah ini pergi kepada IPP. Hanya sebahagian kecil dari RM23.2 billion ini pergi kepada rakyat.

Adapun subsidi untuk infrastuktur pula (RM 4.6billion setahun), semuanya pergi kepada syarikat2 kroni UMNO yang mendapat konsesi jalanraya seperti PLUS, LITRAK (Lebuhraya SPRINT), MTD (untuk Karak Highway), KESAS (untuk Lebuhraya KESAS) dsbnya.


Semua syarikat pemegang konsesi/kroni UMNO ini mengutip tol dari rakyat marhean seperti kita. Pada waktu sama, mereka diberi subsidi oleh Kerajaan Najib/UMNO. PAtutlah mereka ini kaya raya. Tol dapat, subsidi pun dapat.


Akhir sekali, jumlah subsidi yang di dapati oleh rakyat adalah kecil sebenarnya. Majoriti subsidi pergi kepada IPP ataupun pemegang konsesi lebuhraya.

Kesemua mereka ini adalah kroni dan UMNOPUTRA.
Oleh kerana UMNO mahu terus membela biawak2 hidup ini, maka subsidi yang seciput ini pun mahu ditarik semula. Kerajaan Malaysia di bawah UMNO sedang menanggung hutang 65% dari pendapatan negara. Juga mahu ditarik semula adalah perbelanjaan kerajaan terhadap rakyat Malaysia dalam bentuk Kesihatan dan Pendidikan.

Ertinya, demi meneruskan pembelaan kepada kroni dan UMNOPUTRA, rakyat Malaysia selepas ini tidak dapat lagi menikmati perkhidmatan hospital murah, ubat murah, buku murah, yuran sekolah murah, makanan di kantin yang murah, yuran universiti murah dsbnya.


Kerajaan akan memotong subsidi kepada rakyat untuk membela kroni.
Semua kerana Kerajaan UMNO tidak tahu mentadbir ekonomi negara. Juga, mereka adalah korup dan menghabiskan kekayaan negara untuk kroni dan UMNOPUTRA. Seharusnya, isu subsidi tidak menjadi isu langsung.

Jumlah subsidi yang sampai kepada rakyat adalah kecil. Rakyat tidak sepatutnya membayar harga minyak yang tinggi serta harga barang yang tinggi. Malahan, kalau UMNO tidak member subsidi kepada kroni dan UMNPUTRA, rakyat Malaysia tidak perlu menanggung harga minyak dan barang yang tinggi seperti sekarang ini.


Tulang Besi

'Gov't misled public over RM74bil subsidy burden'

The federal government had "misled" the public when the Performance, Management and Delivery Unit (Pemandu) stated it had footed a subsidy bill of RM74 billion in 2010, an economist said today.

Speaking at the Selangor 2012 budget talks in Subang Jaya today, Nottingham University visiting associate professor Subramaniam Pillay said 54 percent of that bill was for education and healthcare, which is in fact government responsibility.

"All governments in the world subsidise different items for different people. But education and health are what economists call 'public goods' and are the responsibility of the government,” said Subramaniam who retired as Nottingham University Business School head last year.

"All developed countries around the world subsidise healthcare heavily, except the US, but (President Barack) Obama recently tabled a Healthcare Bill."

Take the two big-ticket items away and the bill was only RM31.1 billion, of which only food subsidies (RM3 billion or about 2 percent of the federal budget) went directly to the rakyat.

He said much of the RM23.7 billion fuel and energy subsidies paid in 2010 had gone to gas subsidies to independent power producers.

"For infrastructure, all the subsidies go to (highway concessionaires) not because they need it but because they signed an agreement (with the government), which was stupid. It's not a subsidy for the rakyat," he said.

The Pemandu figure of RM74 billion has been cited by the government to justify its subsidy cuts on petrol, natural gas, diesel and food items.

Read more!(Selanjutnya)

Kenyang Kita Saman Polis Lepas Ni

Dr Hatta Ramli telah menyaman bekas OCPD Rompin, Hanafi Daud, kerana menganggu ceramah beliau serta menahan beliau sewaktu mengadakan ceramah di premis persendirian pada tahun 2010.

Hanafi Daud diarah membayar ganti rugi sebanyak RM200 ribu ringgit (rujuk laporan Harakahdaily di bawah)

Di naqal dari laporan itu:

Hakim juga memutuskan bahawa ceramah PAS yang diadakan di dalam kawasan markas tersebut adalah satu perhimpunan yang sah dan tidak memerlukan permit polis kerana ia bukan tempat awam.

Mahkamah juga memutuskan bahawa defendan juga telah melanggar Artikel 5 (3) Perlembagaan Persekutuan kerana gagal memberitahu plantif-plaintif atas alasan apa mereka ditangkap.


Beberapa hari kebelakangan ini, pihak Polis telah bertindak ganas, menangkap mereka yang berpakaian T-shirt kuning berlambang BERSIH, mereka yang menjual T-Shirt BERSIH, menganggu ceramah2 BERSIH di premis persendirian, menutup pentas ceramah di Seksyen 24 Shah Alam.

Tulang Besi menyeru ahli2 dan penggerak2 parti sekelian supaya mendokumentasi, menangkap gambar, mengambil maklumat anggota polis yang bertindak demikian, merakam video dan audio setiap perilaku polis tersebut.

Selepas ini, kita boleh menyaman pihak polis yang telah bertindak diluar bidang kuasa mereka itu.

Inshaalah kita boleh jadi kaya macam Dr Hatta yang bakal menerima wang sebanyak RM200 ribu.

Bayangkan kalau satu Malaysia saman PDRM di Mahkamah. Bangkrap PDRM dibuatnya.
Ingat juga, Polis tiada hak untuk menurunkan banner atau bunting atau perkara sedemikian. Itu adalah bidang kuasa Kerajaan Tempatan dan bukan Polis.

PDRM sepatutnya menjadi kuasa menjaga rakyat dan bukannya menindas rakyat. PDRM tidak sepatutnya berat sebelah menyokong sebelah pihak sahaja. Mereka mesti adil dan saksama.

Tulang Besi

Bekas OCPD diarah bayar RM200 ribu
by Khalil Idham Lim on Tuesday, March 15, 2011 at 4:27pm
10 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUANTAN, 15 Mac: Mahkamah hari ini memerintahkan bekas Ketua Polis Rompin, Hanafi Daud membayar kepada Dr Hatta Ramli dan dua pimpinan PAS Pahang, Mazlan Yassin dan Nazri Ahmad sebanyak RM200,000 sebagai ganti rugi dan kos akibat daripada penangkapan dan penahanan yang tidak sah ke atas mereka bertiga di Markas PAS Rompin di Muadzam, Pahang pada 10 Mei 2004 lalu.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuantan, Puan Sazlina Safie membuat keputusan tersebut hari ini setelah Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili defendan menyatakan kepada mahkamah bahawa anak guam beliau bersetuju membayar plaintif-plaintif RM200 ribu.

Kes hari ini ditetapkan untuk perbicaraan taksiran gantirugi.

Pada 26 Ogos 2009, Hakim Datuk Mariana Yahya telah memutuskan bahawa defendan telah menyalahgunakan kuasanya apabila membuat serbuan ke atas markas PAS dan menangkap serta menahan Dr Hatta, Mazlan dan Nazri.

Hakim juga memutuskan bahawa ceramah PAS yang diadakan di dalam kawasan markas tersebut adalah satu perhimpunan yang sah dan tidak memerlukan permit polis kerana ia bukan tempat awam.

Mahkamah juga memutuskan bahawa defendan juga telah melanggar Artikel 5 (3) Perlembagaan Persekutuan kerana gagal memberitahu plantif-plaintif atas alasan apa mereka ditangkap.

Setakat ini, inilah kali pertama pihak OCPD disaman oleh pimpinan PAS di atas gangguan yang dilakukan oleh pihak polis ke atas ceramah PAS, hatta hakim sendiri menemplak defendan kerana mengganggu ceramah PAStersebut sedangkan ia berjalan secara aman dan telah banyak kali dijalankan di markas tersebut.

Dr Hatta, Mazlan dan Nazri diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin manakala Hanapi Daud diwakili oleh Kamal Azira Hassan.

Harakahdaily/-
Read more!(Selanjutnya)

Perhimpunan Haram Khairy Depan Balai Polis Tropicana Adalah Halal


Semalam, Lokman Nor Adam buat perhimpunan haram di Pejabat PKR. Mereka berarak dari Shah Alam dan perhimpunan haram tersebut diadakan berhadapan dengan Balai Polis Tropicana.

Sedikit pun Polis tidak ambil tindakan. Padahal, perhimpunan Pemuda UMNO itu bukan sahaja melanggar Akta Polis tapi melanggar undang-undang Jalanraya.

Sikap penakut Pemuda UMNO terserlah apabila mereka hanya berani buat perhimpunan waktu malam bila pejabat PKR tutup.

Yang ada masa tu cuma Pak Guard yang tersengeh-sengeh tengok perangai bachul dan penakut Pemuda UMNO Selangor pimpinan Lokman Nor Adam itu.

Tapi, takpalah. Biarlah Polis bersikap berat sebelah. Kita serah pada Allah dan kita akan beramai-ramai turun pada 9 Julai 2011 nanti.

Ingat, rakyat lebih berkuasa dari Polis.

Tulang Besi

And here is the rest of it.

Read more!(Selanjutnya)

Monday, June 27, 2011

PR Menang 5 Negeri Hasil Dari BERSIH 1.0

Juak2 UMNO termasuk Presiden dia sendiri sedang giat menyebarkan teori:

Kalau pilihanraya Malaysia kotor, kenapa PR boleh menang 5 negeri pada 2008


Tetapi, lupakah juak2 UMNO, bahawa sebelum PRU 2008, telah diadakan BERSIH 1.0?

Kalau tiada BERSIH 1.0 kelmarin, saya yakin mimpi sahajalah Pakatan Rakyat untuk memerintah 5 negeri.

Berhentilah bawa teori2 yang tak ada asas seperti di atas, wahai Najib Tun Razak

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Ayuh!! Lihat Sendiri Kebodohan Najib Tun Razak

Ada dua kenyataan terbaru Najib, yang bagi Tulang Besi, kenyataan yang tersangat tidak bijak:

"1.0 Najib berkata keadaan tersebut tidak boleh selesai di jalanan kerana kuasa politik ditentukan rakyat dan jika mereka benar-benar mempunyai keberanian ingin berjuang untuk rakyat, mereka perlu bertanding dalam pilihan raya.

"Jika kamu ada keberanian, lawanlah (dalam) pilihan raya. Jika tidak berani, apa saya boleh buat, buatlah di jalanan, (dan) anda perlu hadapi akibatnya," katanya."

2.0 "Beliau berkata jika pilihan raya di negara ini tidak bersih, tentunya pembangkang tidak akan dapat berkuasa di lima negeri pada pilihan raya umum yang lepas."


Izinkan Tulang Besi memberi sebab mengapa ia dilihat tersangat tidak bijak:

1.0 Najib cabar kita lawan dalam pilihanraya. Padahal, sistem pilihanraya sekarang ini tidak adil dan memihak kepada UMNO. Kalau kita lawan, sudah tentu kita kalah sebab ia sistem yang tidak adil. Kalau BERSIH ni bodoh, maka BERSIH akan sahut cabaran Najib ini.

2.0 Sedarkah Najib sebelum Pilihanraya 2008 dahulu, berlaku perhimpunan BERSIH 1.0? Kalau tidak ada perhimpunan BERSIH 1.0, jangan haraplah pembangkang nak menang 5 negeri pada tahun 2008.

Itulah sebabnya Najib takut sangat dengan BERSIH 2.0 Kalau berjaya BERSIH 2.0, Najib susah nak menipu dalam pilihanraya umum nanti.

Tulang Besi

ps ada juak UMNO pun tinggalkan komen sebijik macam cara pemikiran Najib Tun Razak.


June 27, 2011 1:03 PM
Delete Anonymous Anonymous said...
Eloklah PR lepaskan semua kerusi yang dimenangi sebab pilihanraya sebelum ini kotor.

Bubarkan saja semua Negeri yang dimenangi sebelum ini, Kelantan, Kedah , Penang, Selangor kerana tak sah.

Bila menang dulu sibuk sorak tsunami etc etc dan makin hampir ke putrajaya ( 16 september pun sendiri tipu)

June 27, 2011 1:26 PM
Read more!(Selanjutnya)

Kalau Pilihanraya Kotor, Rakyat Tetap Akan Keluar ke JalanRaya

Apakah UMNO ini buta? Apakah UMNO ini bodoh? Apakah UMNO ini tuli.

Majoriti revolusi di seluruh dunia berlaku selepas pilihanraya yang kotor dan penuh penipuan.

Ia berlaku di Cuba, Nicaragua, Filipina, Indonesia, Tunisia, Mesir, Algeria, Yemen, Syria dan banyak lagi.

Apabila sistem pilihanraya sudah menipu, rakyat akan merasakan kerajaan yang ada kerajaan haram.

Makan tidak ada yang boleh menghalang rakyat turun ke jalan-jalan raya mendesak kerajaan yang ada turun dari takhta.

Mesir adalah contoh yang terbaik. Setahun sebelum revolusi, parti Mubarak, NDP, telah memenangi 90% dari kerusi parlimen di Mesir.

Sepatutnya, kerajaan yang sebegitu popular sebegitu tidak akan menghadapi aksi jalanraya seperti yang kita lihat awal tahun ini.

Namun, hakikatnya Mubarak telah menipu dalam pilihanraya. Rakyat Mesir maklum bahawa mereka telah ditipu Mubarak yang kononnya menang 90% dari kerusi Parlimen MESIR.

Akhirnya, rakyat Mesir turun sendiri ke jalan-jalan raya dan akhirnya Mubarak tersungkur menyembah bumi.

Begitu juga Suharto dan Marcos. Semua menang besar dalam pilihanraya setahun sebelum mereka dijatuhkan oleh revolusi di negara masing-masing.

Adakah UMNO fikir rakyat Malaysia akan duduk sahaja kalau UMNO terus menang pilihanraya dengan menipu.

Kalau BERSIH tidak berjaya, rakyat Malaysia akan turun juga lambat laun. Ini bukan hasutan Tulang Besi. Ini adalah lumrah dan hukum tabii' manusia. Apabila mereka sendiri merasai kezaliman, mereka akan memberontak.

Lebih2 lagi sekarang ini revolusi boleh digerakkan dengan Facebook, Twitter and WIKILEAKS.

Sekuat2 Ben Ali, beliau jatuh tersungkur apabila rakyat Tunisia membaca Wikileaks yang menceritakan bagaiman Ben Ali boleh menghantar jet milik negara ke Perancis semata-mata membeli ais krim kegemaran anaknya. Di waktu yang sama, rakyat Tunisia sedang kelaparan dan kehausan.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

"Saya yang Pangkah Semua Undi POS"


Undi Pos adalah rahsia kemenangan UMNO

Read more!(Selanjutnya)

Sunday, June 26, 2011

Kenapa UMNO Takut Kepada Pilihanraya yang BERSIH?

Setiap hari, media2 milik UMNO menyerang BERSIH, memaki BERSIH, membuat ugutan, menyebar ancaman, memperbudak-budakan rakyat Malaysia. Semua kerana sebahagian besar rakyat Malaysia mahukan sistem pilihanraya yang telus dan BERSIH.

Soalnya sekarang: Mengapa UMNO takut dengan pilihanraya yang BERSIH?

Mengapa UMNO takut dengan dakwat kekal bila negara Jiran Indonesia melakukannya untuk lebih 240 juta rakyat Indonesia?

Mengapa UMNO takut membersihkan Daftar Pemilih walaupun jelas terdapat pemobohongan dan penipuan di dalam nya?

Mengapa UMNO takut menghapuskan undi pos, sedangkan Malaysia bukan lagi di dalam peperangan?

Mengapa UMNO mahu semua rakyat Malaysia menjadi penakut macam mereka?

Jelasnya, UMNO penipu. Apabila rakyat mahu mendedahkan penipuan mereka, sudah tentulah mereka jadi takut.

Rakyat Malaysia tiada jalan lain. Wajib semua turun ke jalan2 raya menuntut sistem pilihanraya yang bersih.

Kalau tidak, kita akan terus diperintah oleh kerajaan yang korup dan penipu. Kerajaan yang dipilih dengan cara menipu tidak perlu takut dengan kehendak rakyat.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Hanya PBT Ada Hak Turunkan Banner. Polis Tiada Hak

DI bawah ini adalah arahan terbaru yang diberikan kepada akar umbi PAS di Selangor yang Tulang Besi pun dapat copy. Rasanya elok kiranya Tulang Besi kongsi bersama:

< Arahan. Bersih 2.0 >
Susulan kes di Pandan. Polis tidak berhak merampas atau menurunkan mana2 banner milik PAS TANPA memiliki waran galedah di bwh Kanun Acara Jenayah. Banner di tmpat awam hanya boleh di turunkan oleh PBT. Jika berlaku, ambil gambar polis berkenaan, utk tindakan saman polis BERKENAAN.
Read more!(Selanjutnya)

Thursday, June 23, 2011

Dewan Muslimat Akan Buat Laporan kepada Mahkamah Syariah Terhadap Utusan Malaysia Besok 24 June 2011

NOTA EDITOR: Tulang Besi baru dapat email dari Dewan Muslimat. Tulang Besi cadangkan ramai-ramai kita membanjiri Pejabat JAWI berhadapan Masjid Negara besok jam 0900 pagi sebagai menunjukkan sikap benci kita terhadap tindakan Utusan Malaysia yang biadap terhadap Utusan Malaysia.

Sekian

Jemputan Sidang Media : Dakwa Editor Utusan Malaysia Ke Mahkamah Syariah

From: ketua dmpp
To: (Hidden)

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Dengan segala hormat,

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, YB Siti Zailah Mohd Yusuf, menjemput semua wartawan dan juga blogger untuk hadir ke sidang media berikut


Tajuk : Dakwa Editor Utusan Malaysia ke Mahkamah Syariah
Oleh : YB Siti Zailah Mohd Yusuf, Ketua dewan Muslimat PAS Pusat
Tarikh : 24 Jun 2011
Masa : 9 pagi
Tempat : Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, 50676, Kuala Lumpur
(berhampiran Masjid Negara)

Sekian terima Kasih

b/p: YB Siti Zailah Mohd Yusuf

Zahirani Nor
019-314 9201
Read more!(Selanjutnya)

Peniaga Bazar Tok Guru Minta Maaf. Kickdefella Tercungap-Cungap



NOTA EDITOR: Mari kita ramai-ramai tunggu respon dari KICKDEFELLA yang telah bertubi-tubi menggunakan isu Bazaar Tok Guru untuk menyerang Tok Guru Nik Aziz sebelum ini.
Seharusnya Kickdefella pun turut minta maaf seperti peniaga-peniaga di bawah.

Peniaga mohon maaf pada kerajaan negeri
11:30 AM DRS. KHALIL IDHAM LIM


21 Rejab 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 23 Jun: “Saya bagi pihak Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB memohon maaf kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan YAB Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang mana silap laku saya itu saya mohon maaf,” demikian pengakuan mohon maaf secara terbuka Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Abdul Salim Ahmad.

Berucap pada sidang media sempena Majlis Pengundian Bazar Tok Guru oleh pada peniaga Majlis Perbandaranan Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di Dewan Jubli Perak MPKB di sini semalam, Salim mendakwa sekiranya beliau telah bertindak kasar dan agresif sebelum ini, maka itu adalah sebagai tuntutan daripada ahli persatuannya.

Sehubungan itu beliau menyeru kepada ahli persatuan serta para peniaga umumnya agar berprasangka baik dengan pihak kerajaan negeri.

Beliau berharap selepas ini, pihak persatuan dan para peniaga berbaik-baik dengan pihak kerajaan negeri dan para pegawainya.

“Berbaik-baik dan jangan salah sangka kepada pimpinan kerajaan negeri dan para pegawainya yang telah banyak membantu kita khususnya dalam segi pemilihan lot-lot gerai di Bazar Tok Guru.

“Kini ada jalan penyelesaian, dan kita pun jemu dah dengan keadaan semasa, berarak sana, berarak sini. Saya sebagai pengerusi persatuan, maka setakat inilah perjuangan saya bersama ahli-ahli saya.

“Saya terimalah mandat kerajaan negeri, dan kita tidak akan bincang (memanjangkan) lagi cerita kita ini,” katanya sambil menyifatkan keputusan pihak kerajaan negeri yang meluluskan dibuang sebanyak 26 gerai dengan nilaian lebih RM2 juta sebagai ‘kebajikan laluan’ di bazar itu adalah sebagai pengorbanan kepada para peniaga berkenaan.

“Ini bermakna, tidak terkiralah pengorbanan kerajaan negeri kepada peniaga-peniaga kita, alhamdulillah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Sanusi Osman dalam satu kenyataan media berkata, seramai 230 peniaga telah diundang hari ini (22 Jun 2011) bagi menjalani proses pengundian petak perniagaan di tingkat bawah Bazar Tok Guru di Jalan Sultan Ibrahim di sini.

Sementara proses menandatangani perjanjian jual beli akan diselesaikan selewat-lewatnya pada 28 Jun ini dan serahan milikan kosong akan dilaksanakan sebelum 1 Julai.

“Seramai 326 peniaga dijangka dapat memulakan perniagaan di Bazar Tok Guru pada 1 Julai 2011,” katanya.




Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, June 22, 2011

Ibrahim Ali Hamba Tauke Cina?


Depan orang, Ibrahim Ali berkokok-kokok memaki orang Cina, memberi amaran kepada orang Cina, mengugut untuk menumpah darah orang Cina.

TETAPI, lupakah kita Ibrahim Ali pernah dilantik menjadi ahli lembaga Pengarah salah sebuah syarikat milik Vinsetan walaupun beliau tidak membeli walau satu saham pun? Bagaimana Ibrahim Ali boleh dilantik sebegitu mudah kalau beliau bukan balachi kepada Vinsetan, seorang tauke Cina.

Mengikut pendedahan Dato' Mohd.Ariff Sabri bin Hj.Abdul Aziz, bekas ADUN Pulau Manis:


Have we lost our marbles? Ibrahim Ali is a bloody hypocrite. His entire business ventures are done with the Chinese whose blood he is after and the commission of bodily harm he is advocating. His bridge projects were completed and done with Chinese and Chinese money. He was off to Macau last week to meet up with Chinese cukongs.

TERJEMAHAN: Ibrahim Ali adalah seorang munafik. Semua perniagaan beliau dijalankan dengan rakan Cina, yang mana darah mereka beliau telah berjanji untuk tumpahkan. Projek jambatan beliau (Jambatan Tendong) telah disiapkan dan dilakukan dengan rakan Cina serta wang Cina. Beliau ke Macau minggu lepas pun untuk bertemu dengan beberapa orang Cukong Cina.


Pendedahan yang datang dari seorang Dato yang masih di dalam UMNO tentunya mempunyai nilai yang sangat besar.

Saya berhenti mempercayai cakap Ibrahim Ali semenjak beliau melompat masuk UMNO sejurus selepas pilihanraya 1990. Waktu beliau dalam S46, apa yang beliau tidak maki Dr. Mahathir?

Tiba-tiba tak sampai setahun selepas pilihanraya 1990, beliau jilat semula semua yang beliau kutuk terhadap Dr. Mahathir.

Inilah dia Ibrahim Ali atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Katak.

Manusia seperti Ibrahim Ali ini tidak layak dipanggil manusia mahupun binatang

Tulang Besi


Read more!(Selanjutnya)

BERSIH 2.0: Sandiwar PERKASA dan PEMUDA UMNO

Kalau Hishamuddin dan Polis hanya mengambil tindakan pada satu pihak sahaja (BERSIH 2.0), simpati akan bertambah-tambah pada BERSIH.

Maka, dibuat-buat supaya Khairy dan PERKASA pun mahu berarak sama. Gegak gempita seluruh Malaysia kononnya PERKASA akan membuat kacau dan menumpah darah.

Dalam suasana begitu, maka Hishamuddin pun memanggil BERSIH, PERKASA dan Pemuda UMNO untuk "diambil" tindakan.

Tampaklah seperti Hishamuddin dan UMNO mahu menenang keadaan dan membawa keamanan. Maka, isu sebenar BERSIH akan tenggelam. Yang akan nampak selepas ini adalah usaha UMNO dan Hishamuddin sedaya upaya mahu membawa keamanan kepada Malaysia.

Padahal, Pemuda UMNO dan PERKASA adalah rakan sekelambu Hishamuddin dan UMNO.

Jangan kita semua terpedaya dengan main wayang Hishamuddin, PERKASA dan Khairy Jamaluddin ini.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Tiba Masanya Harakah Berubah......


Pengerusi Harakah yang ada sekarang ini, Cikgu Mustafa Ali, sudah memegang jawatan ini lebih 25 tahun. Tiada CEO atau Chairman mana-mana syarikat dalam Malaysia yang boleh memegang jawatan yang sama dalam tempoh waktu yang sebegitu panjang.

25 tahun adalah satu tempoh yang sangat sangat panjang bagi Pengerusi Harakah. Maklumat yang Tulang Besi dapat, semua orang dah fed up dengan perkara ini.

AJK PAS Pusat majoriti dah fed up (kecuali Ustaz Azizan Razak), staf di Harakah semua dah fed up dan saya percaya ahli2 PAS kesemuanya dah fed up dengan kepimpinan dominan Harakah yang ada sekarang.

Sudah masanya Harakah berubah tampuk kepimpinan. Cukuplah 25 tahun. Adakah mahu memegang Pengerusi Harakah sampai ke lubang kubur?

Cukuplah menggunakan pengaruh Presiden untuk mengekalkan kedudukan Pengerusi Harakah tu.

Sudahlah jawatan Setiausaha Agung beliau tidak mahu lepas, Pengerusi Harakah pun tak nak lepas jugak ke?

Jangan jadikan jawatan Pengerusi Harakah jawatan turun temurun. Juga, elakanlah sampai ke tahap Ahli2 Jawatankuasa Kerja terpaksa mengundi merubah tampuk kepimpinan Harakah.

Tulang Besi

ps Presiden PAS perlu mengotakan janji beliau.......

Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, June 21, 2011

Ketuanan Melayu Membawa Kepada Bangkrapnya Malaysia

Pendedahan WIKILEAKS yang terbaru mendedahkan kenyataan seorang ahli lembaga Pengarah Petronas bernama Mohd Azhar Osman Khairuddin.

Kenyataan Azhar yang paling merisaukan adalah bahawa kerajaan Malaysia menampung 45% dari perbelanjaan kerajaan hanya dari hasil minyak.

Ini bermakna, kerajaan UMNO/BN telah gagal mentadbir ekonomi Malaysia dengan baik.

Seharusnya perbelanjaan negara mesti datang dari pelbagai sumber dan bukan hanya tertumpu pada hasil minyak.

Minyak di perut bumi Malaysia ini ada hadnya. Apabila minyak kering, maka tiada lagi hasil minyak yang dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia terutamanya anak cucu kita.

Sepatutnya seluruh keuntungan hasil minyak mesti ditabungkan dan tabung tersebut dilaburkan ke dalam perniagaan ataupun perusahaan yang mana ia mampu menjana keuntungan yang berlipat ganda lagi walaupun setelah minyak Malaysia telah kering.

Ini tidak. Hasil minyak kita digunakan untuk menampung perbelanjaan kerajaan malaysia yang akhirnya habis dibelanjakan tanpa apa-apa hasil yang jelas. Jauh sekali untuk hasil itu digunakan untuk anak cucu kita kelak.

Ia juga bermakna, apabila minyak Malaysia kering nanti, maka kerajaan Malaysia akan bangkrap kerana 45% hasil kerajaan tiba-tiba akan hilang sekelip mata.

Jadilah Malaysia seperti Greece yang sekarang ini terkapai-kapai mencari pelindung kerana negara mereka telah bangkrap sama sekali.

Itulah bahananya rakyat Malaysia dan orang Melayu menyokong UMNO.

Ketuanan Melayu hanya membawa kepada bangkrapnya Malaysia.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Monday, June 20, 2011

WIKILEAKS : Malaysia Sedang Menghampiri Bankrupsi.


WIKILEAKS (Laporan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur) telah mengambil kenyataan Ahli Lembaga Pengarah Petronas bernama Mohd Azhar Osman Khairuddin(Azhar). Tulang Besi ingin memetik beberapa kenyataan beliau yang dilaporkan oleh WIKILEAKS dari kabel yang boleh di baca di bawah:

1.0 Jumlah minyak di Malaysia adalah kecil dan akan kehabisan dalam masa yang terdekat. (Mengikut CONOCO, rezab minyak di Malaysia menurun 10% setiap tahun. Mengikut jangakaan Tulang Besi, Malaysia akan menjadi pengimpot minyak sebelum tahun 2020.

(5. (C) Azhar told us that Malaysian O&G reserves are not large and are running out soon. (Note: Conoco Philips Malaysia confirmed that without new discoveries, Malaysian oil production will decline at approximately 10% per year, from 550,000 bpd in 2008 to roughly 490,000 bpd in 2009 and 450,000 bpd in 2010.) )

2.0 45% dari perbelanjaan kerajaan Malaysia adalah dari hasil minyak. Ini bermakna, kerajaan Malaysia akan bangkrap apbila minyak di Malaysia kering nanti.

( Azhar noted that revenues from Petronas accounted for 45% of the GOM budget last year and stated that the GOM is over-reliant on Petronas to fund its operations.)

Kedua-kedua kenyataan yang dipetik Kedutaan Amerika bersumber dari Ahli Lembaga Pengarah Petronas ini adalah SANGAT-SANGAT merisaukan Tulang Besi.
Ia bermakna:

1.0 Apabila minyak habis nanti, Malaysia akan bangkrap. Ini adalah kerana 45% dari perbelanjaan kerajaan Malaysia datang dari hasil minyak. Apabila hasil minyak ini habis, hasil kerajaan Malaysia akan berkurangan 45% dan ini bermakna kerajaan Malaysia akan bangrap laksana kerajaan Greece sekarang ini.

2.0 Hasil minyak Malaysia seharusnya ditabung untuk masa depan anak cucu kita. Bukan untuk dibelanjakan bagi tujuan pembangunan ataupun mengkayakan kroni serta UMNOPUTRA

3.0 Kerajaan Barisan Nasional telah gagal menaikkan hasil negara sehingga terpaksa bergantung kepada hasil minyak dengan begitu besar sekali untuk perbelanjaan. Tidak seperti kerajaan Norway yang menyimpan semua hasil minyak mereka untuk masa depan rakyat mereka. Rakyat Malaysia pula akan berhadapan dengan kelaparan, kemiskinan, kepapaan dan berbagai masaalah sosial apabila hasil minyak Malaysia habis nanti

4.0 Membuktikan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional tidak mampu mengurus kekayaan negara. Segala hasil minyak negara sudah habis dibelanjakan, namun rakyat Malaysia tidak dapat melihat dengan jelas hasil dari perbelanjaan tersebut.

5.0 Bantuan2 kepada orang miskin dan yang memerlukan sudah tentu akan berkurangan atau dipotong sama sekali memandangkan Kerajaan Barisan Nasional yang lebih mementingkan kroni dari rakyat Malaysia.

6.0 Malaysia akan menerima nasib seperti Indonesia apabila hasil minyak Malaysia habis kelak

Dengan kata lain, rakyat Malaysia sedang menuju ke arah masa depan yang begitu gelap dan mendung sekali. Wajiblah kerajaan Barisan Nasional ditukar.

Nasihat Tulang Besi kepada rakyat Malaysia. Jangan berhutang. Selesaikan semua hutang tidak kira hutang apa. Kalau ditakdirkan Malaysia bangkrap, maka BLR semua akan naik. Percayalah.

Tulang Besi

C O N F I D E N T I A L SECTION 01 OF 02 KUALA LUMPUR 000037

SIPDIS

E.O. 12958: DECL: 01/19/2020
TAGS: ECON, EFIN, ENIV, ETRD, ETTC, IR, KNNP, MY
SUBJECT: MALAYSIA: ISA UPDATE - PETRONAS MOVING AWAY FROM IRAN INVESTMENT

REF: 09 STATE 121808

Classified By: Econ Counselor Matt Matthews for reasons 1.4(b) and (d)

1. (C) Summary: Post approached the three Malaysian companies listed in Ref A that are reportedly doing business or contemplating doing business in Iran. Petronas told us January 11 that it has no active investments in Iran, no commitment has been made to invest in South Pars Phase 11 and its contractual obligations in the Munir block are complete, with no further investment under consideration.
Petronas officials noted that Petronas is concerned about investing in Iran due to current political uncertainties there. Amona told us via telephone they sold their oil and gas (O&G) business, including any interest in the redevelopment of the Resalat Oilfield.
Post has made contact with representatives from SKS Ventures, which will be reported septel. Ministry of Foreign Affairs (MFA) Principal Assistant Secretary and America Desk Officer Muhammad Radzi Jamaludin (Radzi) told post that the Ministry of International Trade and Investment (MITI) held a meeting with Petronas, Amona, and SKS Ventures and told them to cooperate with embassy inquiries on Iran investments. End Summary.
2. (C) Comment: Our meeting with Petronas was at a surprisingly high level and the information offered was unusually frank and forthcoming for such a sensitive topic. As a Petronas Board member, Azhar is well positioned to provide accurate information on Petronas' Iran investment plans. Post will continue to press for additional details on Petronas South Pars Phase 11 activity. End Comment.
Petronas
3. (C) Deputy Econcouns Salin and econoff Williams met January 11 with Petronas Board of Directors Member and Corporate Secretary Mohd Azhar Osman Khairuddin (Azhar) and his assistant, Head of Legal Research, Planning and Issues Management, Abdul Rahim Mydin (Rahim) to query Petronas about existing and planned investments in Iran,s oil and gas sector (O&G) and awareness of the Iran Sanctions Act (ISA). Deputy Econcouns delivered ref A points and provided additional background on our information request.
4. (C) Azhar said that Petronas does not have any investments in Iran at this time. Azhar explained that Petronas aspires to be a global company and desires a positive relationship with the USG. However, he related that Petronas was a relatively late entrant to the O&G business and was not competitive with international oil companies (IOCs) in most development areas.
Petronas made the conscious decision in the mid 1990,s, with the blessing of the GOM, to compete in countries where Western sanctions precluded the largest IOCs from competing such as Iran, Sudan, Myanmar, and Mauritania, according to Azhar. He claimed that in 1996 the Petronas president met with Clinton Administration officials informing the USG of Petronas, plans to invest in Iran and that Secretary Albright gave Total, Gazprom, and Petronas ISA exemptions on South Pars Phases 2 and 3.
Azhar said that Petronas developed the Siri field without an exemption and that both of Petronas, prior Iran projects are now finished. He mentioned that Petronas does have an ongoing trading relationship with Iran, exporting lubricants to Iran.
5. (C) Azhar told us that Malaysian O&G reserves are not large and are running out soon. (Note: Conoco Philips Malaysia confirmed that without new discoveries, Malaysian oil production will decline at approximately 10% per year, from 550,000 bpd in 2008 to roughly 490,000 bpd in 2009 and 450,000 bpd in 2010.)
Azhar noted that revenues from Petronas accounted for 45% of the GOM budget last year and stated that the GOM is over-reliant on Petronas to fund its operations. He said Petronas feels tremendous pressure to grow its business in order to maintain Malaysia’s political status quo and added that Petronas wants to stay insulated from politics, but must comply with GOM policy.
He acknowledged the large amount of liquid assets on Petronas, balance sheet and Petronas, concerns that those funds be invested in productive O&G assets to promote future profitability rather than be spent now on domestic programs for political gain. He described Petronas as a stabilizing force in Malaysia and in ASEAN regionally and his desire that the USG recognize the important role Petronas plays in maintaining political stability in the region.
6. (C) Azhar was not aware of press accounts of Petronas investment plans in the South Pars Phase 11 gas field and was noticeably irritated that Petronas gas subsidiary Carigali had not mentioned Phase 11 when it briefed Azhar on its Iran activities. He was quite clear, from his position as a member of the Petronas Board of Directors, that no final investment decision had been made on any new project in Iran.
Azhar added that Petronas is closely following the political situation in Iran between President Ahmadinejad and the opposition and stated that Petronas is very concerned about investing in Iran at this point due to political uncertainties and the possibility of "disruptive changes."
7. (C) (Note: In a follow-up telephone call January 14, Rahim told econoff that investment in South Pars Phase 11 is still under consideration, but that Petronas has not committed to the investment. Econoff asked follow-up questions on the status, timing, and cost of due diligence, contract status with Iran/CNPC, and when a final decision could be reached. Rahim asked econoff to forward the follow-up questions via email and that he would try to respond. End Note.)
8. (C) Azhar was excited about Petronas successful bid with Shell to develop the Majnoon oilfield in Iraq. He praised the open and transparent competitive bidding process and said that Iraq’s opening is putting a lot of pressure on Iran. Petronas is bullish on the political situation in Iraq and plans to compete for additional business in Iraq, according to Azhar.
Amona Claims O&G Business Sold
9. (C) Econoff and LES Tang Loon Lian contacted Amona December 9 via telephone regarding its announced investment in the Resalat Oilfield. An Amona representative told us Amona had sold its entire oil and gas business to Oil Corp., a publicly traded Malaysian company.
Local news databases did not report announcement of a sale. A search of Bursa Malaysia publicly listed companies showed that Oil Corp. is losing significant amounts of money and appears near bankruptcy.
Post will continue to check for additional details on the status of Malaysian participation in the Resalat transaction.
MFA and Trade Ministry Authorize Cooperation
10. (C) During a January 12 meeting, Ministry of Foreign Affairs Principal Assistant Secretary and America Desk Officer Muhammad Radzi Jamaludin (Radzi) told econoff that he had recently attended a MITI-led meeting, in which MITI called in Petronas, SKS Ventures and Amona and told them to cooperate with the embassy in our ISA inquiry.
Radzi said that Petronas told MITI it does not have any investment in Iran now and that the private companies (SKS and Amona) claimed they had no financing sources for their projects in Iran.
Radzi also described how Malaysian firms go to Iran with suitcases of money to purchase oil and gas concessions from the Iranians. He said that they bring too much cash to count the money, so they weigh it to determine if the amount is correct.
Radzi did not offer why Malaysian firms would purchase an O&G concession from the Iranians for a project they are unable to finance.
KEITH
Read more!(Selanjutnya)

Murtad Tidak Haram di Wilayah Persekutuan?



Semalam, Tulang Besi membuat sedikit "research". Tulang Besi telah mengkaji isu murtad yang baru2 ini diperbicangkan di dalam Parlimen.

Tulang Besi telah merujuk kepada Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Pesekutuan) 1997 (Akta 559).

Di dalam Akta tersebut tersenarai kesemua kesalahan yang tertakluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Apa yang membuat Tulang Besi terkejut adalah kesalahan "Murtad" tidak tersenarai di bawah akta tersebut. Saudara/ri pembaca dipersilakan membaca akta tersebut di sini.

Ertinya, sesiapa sahaja yang murtad di Wilayah Persekutuan tidak boleh didakwa atau dituduh di dalam Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan kerana tiada peruntukan Undang-Undang yang menyatakan Murtad itu satu jenayah.

Yang menghairankan, undang-undang ini adalah tajaan dan diluluskan oleh UMNO dan Barisan Nasional. Ia tidak diluluskan oleh PAS.

Kita hairan mengapa UMNO tidak melihat MURTAD sebagai satu bentuk jenayah? Adakah UMNO redha dengan MURTAD?

Jelas bagi Tulang Besi murtad tidak "Haram" di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Tok Guru Nik Aziz Dituduh Sesat oleh Utusan Malaysia

Sebagai reaksi pertama terhadap pengharaman Utusan Malaysia oleh kerajaan Kelantan, tuduhan sesat telah diberikan kepada MB Kelantan, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.

Malahan, dalam kolumn Awang Selamat, Utusan Malaysia telah menyamakan Tok Guru dengan Ayah Pin.

Soalnya sekarang, adakah pihak di belakang Utusan Malaysia (Biro Politik UMNO) berani untuk mencabar "keislaman" Tok Guru Nik Aziz di Mahkamah Syariah? Ataupun mereka cuma berani bercakap di belakang nama samaran (Awang Selamat) dan kecut untuk berhadapan dan bersemuka dalam Mahkamah Syariah?

Sikap Biro Politik UMNO yang diketuai Dato Najib Tun Razak membuat tuduhan melulu seperti ini adalah amat dikesali.

Sudah lebih 40 tahun Tok Guru Nik Aziz berdakwah dan bersyarah mengenai Islam kepada rakyat Malaysia. Sepanjang tempoh yang panjang ini, tidak sekali pun Tok Guru pernah di dakwa atau dibicarakan di mana2 Mahkamah Syariah atas tuduhan menyebarkan ajaran sesat.

Tiba-tiba akhbar Utusan Malaysia yang mengutuk serta mencaci hukum Qazaf dalam Al Quran dan Sunnah berani menuduh Tok Guru dengan tuduhan yang sebegitu jijik dan kotor.

Tunggulah balasan ke atas kamu, wahai Utusan Malaysia. Sekarang ini pun kita lihat penjualan harian Utusan Malaysia sedang merudum begitu teruk sekali. 50% dari keuntungan Utusan Malaysia adalah atas pengiklanan badan-badan kerajaan dan bukannya dari rakyat biasa.

Utusan Malaysia akan mendapat balasan dari Allah SWT.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Pengerusi SPR Membisu Berkenaan Dakwat Kekal


Kenyataan Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya yang terbaru cuba untuk menampakkan seolah-olah BERSIH membuat tuntutan yang tidak munasabah. Namun, bagi Tulang Besi, ia seharusnya tidak menjadi satu kehairanan.

Ini kerana umum mengetahui SPR adalah biro UMNO. Yang terbaru adalah dalam pilihanraya Sarawak apabila calon BN di Muara Tuang telah dibenarkan bertanding walaupun tidak mengepilkan laporan kewangan beliau di dalam borang penamaan calon.

Juga, SPR telah menolak mentah-mentah permintaan PKR untuk kiraan semula di DUN Senadin walaupun Akta Pilihanraya membenarkannya.

Itu tidak masuk lagi tindakan2 SPR yang menyebelahi Barisan Nasional yang telah menyebabkan kerajaan PR Perak jatuh.

Yang menarik dari kenyataan terbaru Pengerusi SPR yang terbaru adalah keengganan beliau menyentuh tuntutan dakwat kekal kepada setiap pengundi. Berbagai2 contoh yang diberikan oleh beliau untuk menolak tuntutan2 BERSIH, namun tuntutan pemakaian dakwat kekal tidak disentuh oleh beliau.

Ini kerana TIADA ALASAN bagi SPR untuk TIDAK MELAKSANAKAN pemakaian dakwat kekal. Negara Indonesia yang mempunyai 238 juta jiwa itu boleh melaksanakan pemakaian dakwat kekal kepada setiap pengundi (sila rujuk gambar di atas).

Maka, TIADA ALASAN UNTUK SPR MALAYSIA untuk tidak melaksanakan tuntutan ini. Indonesia yang jauh lebih besar dan lebih komplex pilihanrayanya boleh melaksanakan sistem ini, inikan pula Malaysia yang hanya mempunyai 27 juta jiwa.

Jelas dan terang, SPR telah melacurkan diri mereka untuk UMNO dan Barisan Nasional. Mereka tidak akan berganjak dari melakukan perubahan2 yang dituntut rakyat Malaysia melainkan rakyat Malaysia sendiri bangun dan menuntutnya.

Ingatlah kesemua diktator dalam dunia bermula kejatuhan mereka dengan mereka menipu dalam pilihanraya mereka. Di Mesir, misalnya, setahun sebelum revolusi Mesir 2011, Mubarak telah melakukan penipuan pilihanraya secara terang-terangan sehingga ke tahap rakyat sudah tidak tahan lagi dan turun ke jalanraya.

Masanya rakyat Malaysia menuntut hak mereka. Ayoh BERSIH 2.0

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Friday, June 17, 2011

Zul Nordin Kata "SPR Barua BN". AYUH BERSIH 2.0!!!

Zul Nordin kata:

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Oleh kerana ini datang dari Zul Nordin Al Munafiqi sendiri, maka tiada alasan bagi mana-mana rakyat Malaysia untuk turun ke perhimpunan BERSIH 2.0.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Kalau BERSIH 2.0 Berjaya, UMNO Tutup Kedai

Sudahkah kita lupa. Sewaktu BERSIH 1.0, kerajaan BN/Pak Lah mengusai semua kerajaan negeri kecuali Kelantan. Kerajaan Pak Lah juga menguasai bilangan kerusi terbanyak dalam sejarah pilihanraya Malaysia.

Dalam keadaan kemenangan yang begitu gemilang sebegitu pun, perhimpunan BERSIH 1.0 telah berjaya menurunkan penguasaan kerajaan BN kepada keputusan yang paling buruk dalam sejarah UMNO/BN pada tahun 2008.

Sekarang ini, kerajaan Barisan Nasional/UMNO berada dalam keadaan yang amat tenat. Kerajaan BN masih mampu hidup dengan talian hayat dari Sabah dan Sarawak.

Ertinya, kalau berjaya BERSIH 2.0 maka, inshaalah, UMNO akan bungkus dalam Pilihanraya ke 13 nanti.

Oleh sebab itu, amat penting bagi setiap ahli dan pendokong serta penyokong Paaktan Rakyat ataupun rakyat Malaysia yang biasa untuk turun beramai-ramai menjayakan BERSIH 2.0.

Kejayaan BERSIH 2.0 menjamin masa depan anak cucu anda

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Utusan Malaysia Sudah Setaraf Dengan Akhbar Denmark


Beberapa tahun yang lepas, dunia telah dikejutkan dengan kontroversi beberapa akhbar Denmark menghina Nabi SAW secara terang-terangan.

Beberapa hari yang lepas, Malaysia dikejutkan dengan sebuah karikatur yang menghina hukum Qazaf yang jelas termaktub dalam Al Quran Al Karim (seperti di atas).

Tidak di sangka-sangka, akhbar Utusan Meloya telah mengikut jejak langkah akhbar Denmark dengan menghina hukum Allah SWT yang jelas termaktub di dalam Al Quran al Karim.

Oleh kerana kandungan Utusan Malaysia ditentukan oleh Biro Politik UMNO, maka UMNO juga bertanggungjawab ke atas karikatur ini.

Tidak hairanlah UMNO beriye-iye menghina Islam sebegini rupa kerana hukum Qazaf di dalam Al Quran jelas merosakkan rancangan mereka untuk memfitnah Dato Seri Anwar Ibrahim.

Video Blue Rahim Thamby Chik yang mereka dipopularkan oleh media mereka nampaknya ditolak oleh majoriti orang Melayu Islam yang beriman dengan hukum Qazaf di dalam AlQuran.

Mengikut kajian terbaru, tidak sampai 30% orang Melayu Islam yang mempercayai video blue tersebut.

Faktor utama penolakan ini adalah kerana hukum Qazaf di dalam Al Quran mewajibkan 4 saksi yang adil dalam perkara Zina.

Adapun kartun di atas membicarakan soal jenayah "rogol|" yang tidak disentuh oleh Hukum Qazaf di dalam Al Quran.

Ini kerana jenayah rogol diletakkan di bawah Hukum "Taazir" dan bukannya "Hudud" di bahawa hukum jenayah Islam.

Ini kerana beban bukti dalam jenayah rogol adalah lebih ringan berbanding Zina.

Akhbar2 di Denmar sudah tentu gembira kerana mempunyai kawan sefikrah di Malaysia dalam bentuk UTUSAN MALAYSIA.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Kalau Bersih 2.0 Haram, UMNO Adalah Pertubuhan Haram



Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, June 15, 2011

Komen/Maklumat Berkaitan Perlantikan Terbaru Kabinet PAS Pusat

Berikut adalah komen Tulang Besi berdasarkan beberapa maklumat yang Tulang Besi dapat dari sumber yang boleh dipercayai berkenaan kabinet baru PAS Pusat:


1.0 PJ Melaka - Pertukaran kerana Ustaz Ghani Abdul Rahman uzur. Ustaz Ghani dikatakan pergi untuk dialisis 3 kali seminggu kerana kedua-dua buah pinggang beliau telah rosak. Mari kita doakan kesihatan Ustaz Ghani yang banyak berjasa kepada Islam. PAS Melaka menjadi begitu giat berkembang di bawah pimpinan beliau.

2.0 PJ Terengganu - Faktoir keuzuran juga sehingga nak baca Ucapan Dasar pun tak larat. Seharusnya beliau berundur sepenuhnya kerana jelas beliau sudah tidak layak memegang apa-apa jawatan. Tulang Besi dapat membaca kritikan2 Tulang Besi kepada PAS Terengganu selama ini didengari oleh mereka. Kalau dahulu mereka tuduh Tulang Besi mahu kempen untuk Dr Syed Azman, syukur sekarang ini sudah mula ada kemahuan mahu berubah. Tak payah terus buat fitnah pada Tulang Besi kerana memfitnah Tulang Besi tidak akan memenangkan PAS di Terengganu.

Namun, Tulang Besi tetap tidak yakin PAS Terengganu akan berjaya merampas Terengganu. Ini kerana semangat membenci Pakatan Rakyat masih menebal di kalangan pimpinan peringkat pertengahan dan atasan di Terengganu.

3.0 PJ Negeri Sembilan - Lebih kepada menyelesaikan masaalah dalaman di Negeri Sembilan. Tahniah YB Taufik. Membetulkan semula PAS Negeri Sembilan bukan tugas yang mudah. Percayalah.

4.0 PJ Selangor - Dari sumber Tulang Besi sendiri menyebut kes beliau sudah tidak dapat dipertahan lagi. Kalau tak tukar, imej PAS sendiri akan terus rosak. Maka, pertukaran dilakukan untuk menyelamatkan imej PAS.

5.0 SU Agung - Atas permintaan Presiden

6.0 Ketua Penerangan - Atas permintaan Presiden kerana mahukan representasi "ulama"

7.0 Bendahari - Atas permintaan Presiden

Tulang Besi


Read more!(Selanjutnya)

Hukum Perhimpunan BERSIH 2.0 Adalah HALAL - Ustaz Zaharuddin TV9

Sejak akhir2 ini, di dalam ketakutkan mereka terhadap Perhimpunan BERSIH 2.0, blogger2 dan juak2 UMNO telah mengeluarkan fatwa bahwa Perhimpunan BERSIH 2.0 ini hukumnya HARAM.

Sila ikuti penjelasan dari Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman di bawah:

Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, June 14, 2011

Soalan yang Wajib Dijawab UMNO Sekiranya Mereka Benar2 Pembela Melayu

NOTA EDITOR: Ada pembaca memberikan artikel di bawah kepada Tulang Besi

From: Mohd Faidzal
Sent: Tuesday, June 14, 2011 12:51:40
Subject: FW: Pertanyaan untuk jawab

Hendak tanya UMNO dan para pemimpinnya sedikit : Di antara DAP dan UMNO, siapakah yang lebih mengancam survival orang-orang Melayu?

1. DAPkah yang melesapkan hampir separuh tanah rizab Melayu? Dari kira-kira tiga juta hektar negara menyambut kemerdekaan dulu, kini hanya tinggal 1.7 juta hektar sahaja. DAP yang belasahkah atau UMNOputra menghentamnya untuk kekayaan peribadi dan terus untuk memperhambakan orang Melayu?

2. DAPkah yang melakukan pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 dahulu yang kawasan Melayu menjadi minority. Kawasan pilihan raya di negeri-negeri majority Melayu tidak ditambah?

3. DAPkah yang menjadikan peneroka Felda yang rata-ratanya orang Melayu tidak ubah seperti rakyat India yang miskin sedangkan negara mereka kaya-raya,malah para pemimpin UMNO memiliki kekayaan yang melimpah ruah?

4. DAPkah yang kendurikan saham RM50 bilion-saham Bumiputera yang kini hanya tinggal RM2 billion sahaja?


5. DAPkah yang berpakat dengan Gerakan memingirkan orang-orang Melayu Pulau Pinang yang kini hanya tinggal gusi dan lidah sahaja, sedangkan para pemimpin UMNO memiliki kekayaan yang luar biasa sekali?

6. Adakah MCA, Gerakan dan MIC baik sangat terhadap orang-orang Melayu? Tidak cukupkah lagi apa yang berlaku kepada orang-orang Melayu Pulau Pinang ketika negeri itu diperintah oleh Gerakan?


7. DAPkah yang suatu masa dahulu merentap bantuan sekolah-sekolah agama rakyat (SAR)?

8. DAPkah yang bunuh orang-orang Melayu Islam di Memali dan di Lubok Merbau?

Kesimpulannya, UMNO dan para pemimpinnya memang merupakan pengkianat bangsa dan agama. Mereka berterusan menjadikan orang Melayu sebagai hamba kepada pemimpin. Kehidupan orang Melayu masih mundur dan terpinggir berbanding dengan bangsa-bangsa lain walaupun sudah diberi masa 54 tahun untuk merubahkan kedudukan social, ekonomi dan pendidikan orang Melayu, tetapi UMNO gagal melakukannya. Orang Melayu masih ditakuk lama, lebih baik sedikit berbanding di zaman penjajah dahulu.
Read more!(Selanjutnya)

UMNO Takut Hilang Penguasaan Mereka Ke Atas Masjid2 di Pulau Pinang

Bunyi2 bising yang dikeluarkan oleh UMNO berkaitan pilihanraya AJK Masjid seluruh Pulau Pinang adalah kerana mereka takut kehilangan penguasaan mereka ke atas masjid2 seluruh Pulau Pinang.

AJK2 Masjid yang ada sekarang adalah dari lantikan UMNO sebelum kerajaan BN Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Apabila Kerajaan Pakatan Rakyat mahu membuka perlantikan AJK Masji secara demokrasi, maka melompatlah UMNO seluruh Pulau Pinang.

Ini kerana, seperti juga di mana mana tempat, orang UMNO yang aktif di masjid adalah minoriti.

Apabila dibuka untuk pilihanraya terbuka, nescaya AJK2 UMNO ini akan kalah tergolek.

Perkara yang sama berlaku di Selangor baru2 ini. Individu2 yang pro kepada UMNO boleh dikatakan rata-rata ditolak oleh jemaah Masjid.

Mempelajari nasib rakan2 mereka di Selangor, maka UMNO sekarang ini sedaya upaya mahu menghalang pentadbiran Masjid2 dipilih oleh jemaah masjid.

Alasan perpecahan dan berpuak-puak dalam masjid adalah alasan dangkal. Di seluruh Selangor, tidak berlaku perpecahan di kalangan jemaah masjid.

Yang berlaku hanyalah individu2 yang menjadi proksi UMNO hilang jawatan dalam AJK2 Masjid.

Itu sahaja.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Rakyat Sabah/Sarawak Setaraf Dengan Bangla/Myanmar



Hairan bin ajaib. Negeri Sabah dan Sarawak yang kaya raya dengan hasil bumi. Hasil bumi seperti balak, minyak, kelapa sawit, ikan, getah, padi, tebu dan koko.

Sabah juga adalah antara destinasi perlancongan yang terbaik di dunia. Tulang Besi pernah naik pesawat 777 dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur. Pesawat tersebut asalnya dari Narita, Tokyo. Mengikut pramugara, pesawat tersebut pada mulanya sarat dengan pelancong Jepun. Mereka amat suka melawat Sabah.

Barang diingat, dalam tahun 70'an, Sabah adalah negeri terkaya di Malaysia. Rakyat Sabah mempunyai GDP per kapita yang tertinggi di Malaysia berbanding negara2 lain.

Namun, selepas UMNO mengambil alih Sabah, taraf rakyat Sabah telah turun kepada taraf Bangla dan Myanmar. Rakyat Sabah dan Sarawak dah disama tarafkan dengan buruh kasar yang datang dari Bangladesh dan Myanmar.

Padahal Sabah dan Sarawak adalah antara negeri terkaya dalam federasi Malaysia.

Bagi rakyat Sarawak pula, kalau mereka dapat ambil kembali kekayaan Sarawak yang dalam simpanan Pak Taib dan keluarganya, mereka tak payah nak jadi buruh kasar di Kuala Lumpur.

Dengan kekayaan hasil bumi Sabah dan Sarawak, sepatutnya rakyat Semenanjung yang lari ke sana mencari rezeki.

Sekian

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Monday, June 13, 2011

"Negara Berkebajikan" Wujud Sebelum PAS Bekerjasama Dengan DAP Lagi

Media-media UMNO dalam beberapa hari ini beriya-iya menuduh PAS mengorbankan prinsip kerana mengkedepankan konsep “Negara Berkebajikan”.

Sedarkah mereka “Negara Berkebajikan” ini adalah polisi yang PAS pegang sebelum Pilihanraya 2008 lagi.

Yakni, sebelum PAS menjalin hubungan dengan DAP di dalam Pakatan Rakyat.

Jelasnya, tidak timbul soal PAS menggadai prinsip kepada DAP atau PKR. Ini kerana polisi "Negara Berkebajikan" telah pun PAS kehadapankan sebelum Pilihanraya 2008 lagi.

Di bawah adalah kenyataan akhbar Presiden PAS Pusat bertarikh 27 Februari 2008 yang diambil terus dari Laman Presiden PAS Pusat:

NEGARA BERKEBAJIKAN : TAWARAN PAS KEPADA RAKYAT MALAYSIA

Ditulis oleh DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG Rabu, 27 Februari 2008 03:30
Setiap kerajaan mempunyai falsafah pentadbiran dan pemerintahannya masing-masing. Ia menjadi asas kepada semua keputusan dan tindakan yang diambil. Kerajaan Malayia sekarang ini menggunakan falsafah Negara Pembangunan (Development State) yang meletakkan pembangunan untuk kecemerlangan fizikal sebagai keutamaan. PAS menawarkan sebuah pemerintahan menggunakan falsafah Negara Berkebajikan yang mengutamakan pembangunan untuk kebajikan rakyat awam. Bagi Pilihanraya Umum ke 12, PAS memperteguhkan tawarannya kepada rakyat untuk bersama-sama bersatu dan berjuang menegakkan sebuah Negara Berkebajikan.
Konsep dan definisi
Negara Berkebajikan didefinisikan sebagai:
"Sebuah Negara yang mengutamakan kebajikan dan keselesaan rakyat sebagai agenda utama pembangunan negara". Negara Berkebajikan mementingkan pembangunan, tetapi matlamat nya ialah kesejahteraan rakyat kebanyakan.
Ciri-ciri Negara Berkebajikan
Negara Berkebajikan:
1) Tujuan utama pembangunan adalah bagi manfaat dan kebajikan rakyat awam
2) Kerajaan adalah "guardian" atau Penjaga (ibu-bapa) kepada rakyat
3) Penekanan kepada kecemerlangan moral dan nilai keinsanan (Ethic and human centric)
4) Kebendaan adalah modal, pembangunan insan adalah matlamat
5) Kesaksamaan asas di kalangan semua rakyat dipastikan, kecemerlangan individu di galakkan
6) Kebajikan rakyat adalah tanggungjawab negara
7) Rakyat sejahtera, negara makmur
Negara Berkebajikan PAS selaku "ibu-bapa" kepada rakyat tidak akan menganggap program kebajikan dan subisidi rakyat, yang tidak mempunyai pulangan keuntungan (dalam bentuk wang ringgit) sebagai satu bebanan atau kerugian, bahkan ia merupakan satu tnaggungajawab. Kerajaan UMNO/BN pula menganggap program kebajikan dan subsidi sebagai satu bebanan yang seboleh mungkin mahu dipertangungkan ke atas bahu rakyat.
Sejarah
Dari segi sejarah, model Negara Berkebajikan sebenar yang menjadi rujukan dan panduan PAS telah dilaksanakan di sepanjang peradaban manusia. Ia termasuklah pemerintahan Mesir dari seerah Nabi Yusuf a.s, kerajaan Nabi Sulaiman a.s, dan pemerintahan Rasulullah saw, sehingga pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Kesemua ini menjadi asas kepada Negara Berkebajikan yang diperjuangkan PAS. Walaupun negara-negara Eropah seperti Jerman, Belanda, Perancis, Sweden, dan United Kingdom mengenengahkan Konsep "Welfare State" selepas Perang Dunia Ke-2, namun ianya hanya bersesuaian dengan sebahagian daripada konsep Negara Berkebajikan PAS.
Konsep Negara Pembangunan yang dibawa oleh UMNO/BN terlalu mengutamakan pembangunan dan kemasyhuran fizikal. Ini dapat disaksikan dengan projek-projek mega seperti Monsoon Cup, Masjid Kristal (bukan tempat ibadah tetapi untuk tarikan pelancong semata-mata), Pertandingan Formula 1, Pesta Philharmonic Malaysia, 4 jet peribadi pemimpin tertinggi, dan Kompleks Bunga Raya di KLIA. Ini adalah antara banyak projek mega kerajaan UMNO/BN yang jelas tidak memberi manfaat secara langsung kepada rakyat kebanyakan.
Bagi Negara Berkebajikan PAS, bukannya imej negara tidak penting, tetapi kebajikan semua rakyat lebih diutamakan

Tawaran PAS menjadikan Malaysia sebuah Negara Berkebajikan
Sebagai memenuhi agenda pemerintahan PAS untuk Malaysia Negara Berkebajikan , PAS menawarkan kepada semua lapisan rakyat Malaysia pelbagai program berkebajikan berkonsepkan perkongsian sumber dengan kaedah perkhidmatan rakyat. Antaranya ialah:

1. Pendidikan percuma dari peringkat asas sehingga pengajian tinggi (penghapusan semua yuran pengajian)
2. Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional bagi setiap rakyat yang tidak mempunya perlindungan kesihatan majikan
3. Mengembalikan semula pemberian biasiswa seperti yang dijamin Perlembagaan Persekutuan
4. Menurunkan harga petrol dan gas.
5. Merapatkan jurang agihan kekayaan antara golongan kaya-miskin
6. Melaksanakan akta gaji minima
7. Memperkenalkan cuti bersalin 90 hari dan cuti kebapaan 7 hari
Penegasan dan Gesaan
Berdasarkan fakta-fakta di atas, PAS dengan ini membuat gesaan dan rayuan kepada rakyat Malaysia agar memulakan perubahan daripada pemerintahan UMNO yang mengutamakan pembangunan untuk kemegahan imej negara, kepada Pemerintahan PAS yang bercirikan Negara Berkebajikan yang mengutamakan pembangunan bagi kebajikan rakyat Malaysia keseluruhannya.

21 Febuari 2008
DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG

Read more!(Selanjutnya)

Pengajaran Kepada Hasan Ali dan Ustaz NAsa

Pengajaran terbesar kepada mereka adalah:

Bila buang kawan untuk berkawan dengan musuh, alamat buruk padahnya

Ustaz Nasa, Hasan Ali dan Ustaz Harun Din tidak pernah disukai oleh Geng “Ulama”/Terengganu sejak zaman dahulu lagi. Tulang Besi mempunyai maklumat secara terus dan pengalaman pribadi.

Mereka sentiasa di kutuk, diumpat dan diburukkan kepada sekelian ahli-ahli PAS dengan berbagai-bagai fitnah dan dusta.

Namun, keputusan pilihanraya 2008 menukar segalanya. Secara tiba-tiba, agenda PERPADUANG telah menyatukan mereka semua.

Tiba-tiba Ustaz Nasa, Hasan Ali dan Harun Din menjadi siulan dan percakapan golongan “Ustaz”/Terengganu ini.

Secara tiba-tiba Ustaz Nasa dinaikkan taraf kepada taraf “ulama” dan Hasan Ali mendapat sokongan padu dari ketiga-tiga Dewan di Negeri Selangor.

Secara tiba-tiba semua ahli PAS dikempen untuk member wala’ kepada Ustaz Nasa dan tidak boleh ada ahli PAS yang melanggar arahan serta kata-kata Ustaz Nasa.

Yang menghairankan, kempen dalaman ini dilakukan oleh mereka-mereka yang satu masa dahulu hebat menyebarkan fitnah serta dusta terhadap Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Hasan Ali dan Harun Din.

Mereka yang pernah menjadi kawan dan pendokong Hasan Ali dan Ustaz NAsa telah dibuang ke dalam tong sampah. Malahan, mereka ini telah dilabel dengan berbagai-bagai label seperti tak wala’, geng Anwar, anti ulama dan sebagainya.

Secara mudahnya, agenda perpaduang dengan UMNO telah menyatukan Hasan Ali, Ustaz NAsa dan Harun Din dengan musuh-musuh tradisi mereka. Agenda Perpaduang telah menjadikan kawan mereka yang azali menjadi musuh.

Malangnya, selepas pemilihan 2009, segalanya berubah. Kalau masa pemilihan 2009 majoriti ahli masih tidak mengetahui berkaitan dengan “geng perpaduang” dalam PAS, selepas itu maklumat berkaitan dengannya tersebar luas.

Majoriti perwakilan telah sedar mereka ditipu pada Muktamar 2009 kerana mereka sangkakan mereka mahu melindungi Kepimpinan Ulama. Rupanya, mereka telah mengundi calon yang akan membawa mereka ke mulut buaya (yakni kea rah perpaduang dengan UMNO.

Maka, setahun sebelum Muktamar 2011, Ustaz NAsa telah dilawati rombongan dari bekas musuh beliau (Geng Ulama/Terengganu). Rombongan tersebut meminta supaya Ustaz Nasa menarik diri dari jawatan Timbalan Presiden. Malahan, pada masa itu lagi nama Dato Tuan Ibrahim telah disebut sebagai pengganti beliau.

PAda masa itu, barulah Ustaz Nasa sedar beliau keseorangan. Musuh yang telah menjadi kawan baru beliau, sudah pun mem”fail”kan fasakh terhadap beliau. Kawan yang beliau khianat dahulu tidak mungkin akan menerima beliau balik.

Maka, dalam pertemuan dengan rombongan tersebut, Ustaz Nasa menyatakan sikap degil dan menolak permintaan mereka.

Dan mengikut sumber-sumber yang sampai pada Tulang Besi, ustaz Nasaruddin amat gembira apabila Abang Mat Sabu diisytiharkan menang. Beliau bukan gembira kerana Abang Mat menang, tapi beliau gembira kerana Dato Tuan Ibrahim telah kalah.

Beliau puas hati calon pilihan kumpulan “Ustaz”/Terengganu tidak berjaya mengganti beliau.

Dato Hasan Ali pula cuba untuk mempertahankan “status quo” dalam Mesyuarat AJK pertama selepas Muktamar 2011. Beliau yang pertama menyatakan betapa perlunya pemegang jawatan yang dahulu dikekalkan.

Namun, permintaan Dato Hasan Ali ditolak mentah-mentah. Dan akhirnya, Dato Hasan Ali tercampak dari kerusi Pesuruhjaya PAS Selangor.

Maklumat yang Tulang Besi dapat, walaupun ada usaha untuk mengekalkan Dato Hasan Ali sebagai Pesuruhjaya, namun kes beliau ini sudah terlampau berat.

Dikhabarkan, aduan disiplin Tulang Besi yang diserahkan kepada SU Agung juga menjadi salah satu “hujjah” mengapa beliau harus ditukar dari menduduki kerusi PJ Selangor.

Itulah pentingnya menjadikan segalanya dalam bentuk hitam putih. Kalau tidak puas hati dengan pemegang2 jawatan dalam PAS, buat aduan secara hitam putih kepada mereka yang berkuasa di dalam PAS. Jangan hanya mengomel di belakang semata-mata.

Yang masih tinggal keseorangan sekarang ini adalah Dato Harun Din. Saya tak yakin Dato Harun Din akan mampu bertahan lama. Beliau sudah tiada kawan dan beliau tidak mungkin lagi mendapat sokongan dari kumpulan yang pernah menyokong beliau.

Syukur pemilihan baru2 ini menjelaskan kepada kita sikap sebenar mereka yang beriye-iye menggunakan label ulama untuk mendapat jawatan.

Mereka sedar mereka tiada “modal” untuk dipilih. Mereka menjaja label ulama bagi mendapat jawatan secara mudah tanpa dipersoal oleh sesiapa sahaja.

Kesilapan ini harus menjadi tauladan kepada semua ahli2 PAS. Jangan sekali mengkhianati kawan yang selama ini menjadi penyokong dan pendokong kita secara ikhlas. Hanya kerana jawatan MB Selangor dan Timbalan Perdana Menteri yang dijanjikan UMNO, buta semua mata. Buta akan jasa dan sokongan yang diberikan oleh kawan kita selama ini.


Tulang Besi


Read more!(Selanjutnya)

"Kalau Barisan Alternatif Menang, Anwar Ibrahim lah Perdana Menteri"

Rupanya sokongan dan dokongan kepada Anwar Ibrahim itu datangnya dari Arwah Ustaz Fadzil Nor sendiri.

Seluruh kepimpinan PAS yang ada sekarang dan yang lepas sememangnya mengetahui amanat Ustaz Fadzil Nor ini.

Sememangnya Ustaz Fadzil Nor telah menyatakan perkara ini kepada umum dan tiada siapa di dalam PAS yang menolaknya pada masa itu.

Tapi, tetiba dalam pemilihan 2009, golongan yang berpegang dengan amanah Ustaz Fadzil ini digelar sebagai Anwariyun dan wala' kepada Anwar, tidak wala' pada Presiden dan sebagainya.

Jelasnya, mereka yang menggelarkan diri mereka "ulama" ini adalah penentang kepada amanah Ustaz Fadzil hanya kerana mereka mahu PAS bersama dengan UMNO dalam satu barisan atas dasar Perpaduang Melayu.

Syukur barisan kepimpinan PAS yang ada sekarang adalah mereka yang mahu meneruskan warisan serta amanah Allahyarham Ustaz Fadzil Nor


Tulang Besi

ps Anwar tubuh PArti Keadilan Nasional pun atas nasihat Allahyarham Ustaz Fadzil Nor. Asalnya Anwar nak masuk PAS. Tak percaya tanya Annuar Tahir


Read more!(Selanjutnya)

Saturday, June 11, 2011

Program PAS di Bekas Bangunan UMNO PJ Selatan Hari Sabtu Ini



Program ini akan berlangsung di Bangunan yang dahulunya bangunan UMNO PJ Selatan.

Read more!(Selanjutnya)

Friday, June 10, 2011

Kafir Mengkafir: Cabar UMNO Dakwa PAS di Mahkamah Syariah

Tulang Besi membaca kenyataan Khaled Nordin di dalam UMNO ONLINE:

Tegasnya pemimpin Pas sebelum ini lantang menuduh UMNO dengan pelbagai gelaran, termasuk melabelkan parti itu sebagai kafir kerana tidak memperjuangkan negara Islam.

“Mereka menuduh UMNO tidak betul tetapi baru-baru ini mengubah dan menyatakan perjuangan itu tidak ada dalam al-Quran dan yang ada ialah negara berkebajikan,” katanya.


Saya membuat permintaan kepada Khaled Nordin dan UMNO umumnya:

"Sila Buat Laporan Kepada Mahkamah Syariah Di Atas Tuduhan PAS Mengkafirkan UMNO"


Tulang Besi dah dengar pasal tuduhan PAS mengkafirkan UMNO ni semenjak sebelum pilihanraya 1986.

Tapi sampai sekarang takda bukti yang UMNO boleh bagi.

Jadi, untuk menyelesaikan isu ini, saya minta Khaled Nordin dan UMNO buat laporan pada Pendakwa Syariah supaya kes ini boleh dibicarakan di Mahkamah Syariah

Ada kwan saya kata UMNO takut nak bawa kes ini ke Mahkamah Syariah sebab nanti akan TERBUKTI UMNO INI KAFIR. Kes UMNO halal judi dgn arak pun dah cukup.

Tapi, tu kawan saya cakap la.

Tulang Besi

ps Takda seorang pun pemimpin PAS yang pernah didakwa dan dituduh serta dibicarakan di Mahkamah Syariah mana mana negeri atas tuduhan mengkafirkan UMNO.


Read more!(Selanjutnya)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...