Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Loading...

Wednesday, August 31, 2011

Akibat UMNO Tolak Merdeka, Melayu Ramai Masuk Komunis

Ramai terkejut Mat Sabu menyatakan Ahmad Indera yang menyerang Rumah Pasung Bukit Pasung sebagai pejuang kemerdekaan.

Ini kerana ramai tidak tahu mengapa pejuang2 melayu seperti Mat Indera, Rashid Mydin. Shamsiah Faqih, Abdullah CD dsbnya menyertai usaha bersenjata tajaan Parti Komunis Malaya.

Semuanya berpunca dari sikap UMNO yang menolak kemerdekaan pada tahun 1946. Setelah mengagalkan Malayan Union, rakyat Malaysia keseluruhannya ternanti-nanti langkah seterusnya.

British telah menarik kembali cadangan Malayan Union. Mereka telah menggantikan Malayan Union dgn Pejanjian Federasi (Persekutuan).

Tiba-tiba UMNO ambil keputusan mereka tidak mahu MERDEKA. Alasan yang biasa mereka guna adalah:
"....membuat sebatang jarum pun tak pandai, nak merdeka...."


Parti2 Melayu lain yang telah menyertai usaha menentang Malayan Union sebelum ini menjadi marah. UMNO pada masa itu berada dalam keadaan amat tertekan kerana kemungkinan orang2 Melayu seluruh Malaya akan menolak mereka.

Namun, British telah mengambil langkah pantas melindungi UMNO dengan mengharamkan semua parti2 yang menuntut kemerdekaan seperti Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), API, PUTERA, Hizbul Muslimin, AMCJA dll lagi.

Oleh kerana UMNO tidak menuntut kemerdekaan pada tahun 1946, maka UMNO diizinkan beroperasi dan bergerak oleh British dengan sepenuh kebebasan.

Akibat dari pengharaman PKMM dan parti2 lain ini, setengah2 dari kepimpinan PKMM seperti Rashid Maidin, Mat Indera dsbnya telah menyertai usaha Parti Komunis Malaya kerana pada waktu itu, PKM sahaja yang masih aktif menjalankan usaha menuntut kemerdekaan dari British.

Maka, wujudlah kumpulan2 Melayu dalam Parti Komunis Malaya yang kemudiannya membuahkan peristiwa seperti Bukit Kepong dsbnya.

Dengan kata lain, sekiranya UMNO tidak khianat kepada kehendak orang Melayu untuk Merdeka, sudah tentu tidak akan berlaku penyertaan beramai-ramai orang Melayu ke dalam Parti Komunis Malaya.

Pengkhianat sebenar adalah UMNO kerana menjadi alat kepada penjajah dan menolak hasrat orang Melayu pada masa itu yang mahukan kemerdekaan

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Berita Harian Kata Mat Indera Pejuang Kemerdekaan


Mat Sabu dituduh mempromosi Parti Komunis Malaya kerana menyebut nama Mat Indera dlam peristiwa Bukit Kepong. Malangnya, sebuah rencana Berita Hairan menyokong kata-kata Mat Sabu yang menaikkan nama Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

Kalau banding Mat Indera dengan pemimpin2 UMNO masa tu, mcm langit dengan bumi jauhnya. Pemimpin2 UMNO seperti Dato Onn, Tunku, Tun Razak adalah pegawai2 British yang hanya sebuk menghabiskan waktu petang mereka minum teh dan makan "scones" bersama-sama tuan2 British mereka.

Hari ini,baru2 British ini dijulang nama mereka sebagai pejuang kemerdekaan sedangkan mereka adalah barua British nombor Wahid.

Pejuang2 kemerdekaan yang tulin seperti Mat Indera, Abu Bakar Baqir, Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam dsbnya dibiarkan tenggelam semata-mata mahu menaikkan nama2 barya British.





Read more!(Selanjutnya)

Mashitah Ibrahim Cuba Tegak Benang Basah

NOTA EDITOR: DIbawah adalah sebuah surat yang disiarkan oleh Malaysiakini di laman web mereka bagi pembacaan kita bersama. Selamat membaca.

Mashitah Ibrahim cuba tegak benang basah
Pembaca anti murtad
Ogos 18, 11
7:05pm


Saya berhajat untuk membalas tulisan Dr Mashitah Ibrahim bertajuk “Isu Murtad: PAS Pilih JAIS atau DAP?” Artikel beliau disiarkan di dalam Sinar Harian pada 12 Ogos 2011.

Secara mudahnya, Mashitah cuba memberi gambaran bahawa PAS telah membuang perjuangan Islam kerana tidak menyebelahi JAIS. Mashitah juga cuba menyebar fitnah kononnya sikap dingin PAS terhadap murtad adalah kerana hubungan PAS dengan DAP.

Lupakah Mashitah parti yang beliau wakili telah meluluskan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Pesekutuan) 1997 (Akta 559). Sesiapa yang merujuk kepada Akta tersebut akan melihat bahawa “Murtad” tidak menjadi salah satu dari kesalahan jenayah Syariah di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Siapakah yang telah meluluskan Akta Jenayah Syariah ini? Adakah DAP? Adakah Ambiga? Adakah Gereja Methodist Damansara Utama?
Atau, bukankah yang meluluskannya adalah Umno?

Maka, bolehkah kita katakan Umno sendiri penyokong kepada murtad secara sukarela memandangkan murtad dihalalkan di Wilayah2 Persekutuan.

Tidak hairanlah Lina Joy tidak boleh didakwa di Mahkamah Syariah atas jenayah murtad memandangkan Lina Joy dibaptiskan di sebuah gereja di Brickfield (yang berada di dalam Wilayah Persekutuan).

Malahan, kalau saya mahu pergi jauh ke lubuk sejarah, Umno telah bersikap dingin terhadap murtadnya Natrah.

Allahyarham Haji Ahmad Fuad menulis dalam bukunya yang bertajuk “Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan” di mana beliau menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan.

Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu permurtadan Natrah, penganjuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain.

Dan menjadi maklumat umum, usaha Allahyarham Tuan Haji Ahmad Fuad menubuhkan Persatuan Ulama Malaya telah membawa kepada tertubuhnya Partai Islam Setanah Melayu, ringkasnya PAS.

Dengan kata lain, PERMURTADAN NATRAH adalah salah satu faktor yang membawa kepada perpecahan dalam Umno yang telah membuahkan PAS. PAS ditubuhkan atas sikap Umno yang dingin dan senyap dalam isu murtadnya Natrah.

Peristiwa Natrah mengajar kita betapa tingginya toleransi Umno terhadap jenayah murtad. Sehingga sejarah mengajar kita kebangkitan orang Islam di Singapura dalam peristiwa Natrah dipimpin oleh bekas Presiden PAS (Allahyarham Burhanuddin Helmi) serta Allahyarham Karim Ghani. Umno pada masa itu bersikap senyap sunyi dan dingin.

Jangan juga kita lupa betapa Umno beberapa kali menghalang usaha PAS untuk membentangkan rang undang-undang pribadi yang bakal mengharamkan murtad. Kalau Umno ikhlas menangani murtad sudah tentu Umno yang akan membentang rang undang-undang murtad di Parlimen sekaligus mengharamkan murtad sama sekali.

Namun, Akta Jenayah Shariah yang diluluskan oleh Umno untuk Wilayah Persekutuan sendiri tidak mengharamkan murtad.

Jelaslah Umno selama ini bertoleransi dengan murtad. Rekod Umno di dalam memerangi murtad adalah amat buruk dan sangat-sangat dikesali.

Maka, apakah hak Mashitah untuk mengkritik PAS hanya kerana PAS bersikap hati-hati dengan JAIS? Bukankah JAIS sendiri tidak konsisten di dalam menangani gejala murtad?

Mengapa gereja DUMC yang kesnya tidak jelas boleh diserbu sebegitu namun Masjid Qadyani di Kampung Nakhoda terus dibiarkan beroperasi sehingga sekarang?

Amat tidak wajar bagi Mashitah memburuk-burukan PAS sebegini.

Lebih-lebih lagi UMNO sendiri mempunyai rekod yang tersangat buruk dari segi murtad.
Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, August 30, 2011

Salam Idilfitri dan Reformasi dari Malaysiawaves



Sempena Hari Raya tahun ini, Tulang Besi ada mengarang sebuah pantun empat rangkap:

Anak itik masuk paya,
Paya depan rumah Pak Karno,
Masa raya, kita beraya,
Lepas raya, kita humban UMNO


Minal Aidin Wal Faizin wa Kullu Sanna Entu Tayyibin minni wal ahli.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Monday, August 29, 2011

Apabila Pencacai2 British Dijulang Sebagai Pejuang Kemerdekaan

Bayangkan saudara saudari sekelian. Orang seperti Dato' Onn, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Kapten Hussein Onn dsbnya adalah mereka yang bekerja dengan penjajah British. Setiap bulan British memberi mereka gaji di samping elaun dan kelebihan2 yang lain i.e. kereta bersupir, perkhidmatan kesihatan percuma, quaters kerajaan dalam bentuk rumah banglo dan sebagainya.

Sehari pun dalam hidup pemimpin2 UMNO ini tidak pernah mereka menentang British. Mereka gembira duduk di bawah kerajaan British kerana mereka mendapat banyak kelebihan dan ganjaran wang.

Di waktu pejuang2 kemerdekaan yang sebenar berhempas pulas mengumpul tenaga rakyat bagi menjatuhkan British, pemimpin2 UMNO ini sebuk dengan mesyuarat mereka, minum teh di waktu petang, menghadiri banquet bagi meraikan tuan British mereka.

Tidak hairanlah apabila kemerdekaan diberikan kepada Malaysia, segala kekayaan Malaysia masih dipegang oleh British. Walaupun Malaysia terus menerus kaya selepas merdeka, tapi orang Melayu dan kaum lain terus menerus hidup dalam kemiskinan yang dahsyat.

Apabila pejuang2 kemerdekaan seperti Ustaz Abu Bakar Baqir, Burhanuddin Helmi, Pak Sako, Ahmad Boestamam dsbnya disiksa, dipenjara, difitnah, dikacau oleh apparat2 British, pemimpin2 UMNO terus hidup di dalam kemewahan dan kesengangan yang selama ini mereka kecapi dari tuan British mereka.

Namun, apabila kita buka buku2 sejarah masa kini, pemimpin2 UMNO yang hidup seperti orang Putih inilah yang digelar pejuang kebangsaan. PAdahal, satu hari dalam hidup mereka pun British tidak pernah memenjarakan mereka, tidak pernah memukul mereka, tidak pernah mengacau mereka.

Mereka ditatang oleh British seperti dulang yang penuh dgn minyak.

Begitulah jentera propaganda UMNO yang jahat. Menyenyapkan sumbangan pejuang kemerdekaan yang benar2 melalui ranjau dan duri serta menganggungkan mereka yang menjadi penjilat dan pembodek kepada British.

Hairan hairan.

Syabas Abang Mat sebab dedahkan pembohongan yang terkandung dalam sejarah Malaysia.

Tulang Besi



ps Ahmad Boestamam adalah ayah kepada pakcik Tulang Besi, Allahyarham Rustam A. Sani. Semoga Allah SWT merahmati ruh mereka berdua atas jasa2 mereka menentang penjajahan British dan UMNO.
Read more!(Selanjutnya)

Penolakan Permohonan Bantuan Zakat adalah LEGENDA di Kawasan Bandar

Sewaktu Tulang BEsi aktif sebagai ketua Penerangan PAS Kawasan PJ Utara, TUlang Besi sentiasa berinteraksi dan melawat kawasan2 penempatan Melayu yang rata-ratanya mereka ini hidup susah dan memerlukan bantuan.

Kawasan2 seperti Kampung Lanun, Kampung Taman Aman, Kampung Sungai Way dsbnya adalah kawasan2 yang ramai penduduk Melayu yang rata-rata mereka ini hidup susah dan memerlukan bantuan.

Yang menghairankan Tulang Besi adalah sepanjang Tulang Besi menziarahi kampung2 ini, tidak pernah sekali Tulang Besi berjumpa dengan seorang yang menerima bantuan dari Lembaga Zakat Selangor.

Ada satu kes melibatkan warga kurang upaya di salah sebuah kampung ini, sudah bertahun minta pertolongan untuk kerusi roda. Akhirnya, Keadilan Cawangan kampung tersebut kumpul derma dan membeli kerusi roda tersebut.

Maka, apabila terbaca ada keluarga Islam yang menerima bantuan dari gereja di sekitar Kawasan PAS PJ Utara. Kontroversi DUMC baru-baru ini pun berlaku dalam kawasan Parlimen PJ Utara.

Dan dari pelbagai sumber yang Tulang Besi dapat pun kesah penolakan permohonan zakat dari Lembaga Zakat Selangor ni dah jadi lagenda. Kita akan dengar kesah penolakan jauh lebih banyak dari yang diterima.

Hasilnya, ramai yang sudah hilang kepercayaan dengan Lembaga Zakat Selangor. Malahan, orang2 Melayu Islam yang mendapat bantuan dari Gereja tersebut saya pasti tidak ada langsung kepercayaan kepada Lembaga Zakat Selangor.

Hanya apabila kontroversi serbuan DUMC ini barulah terhegeh-hegeh nak buat Unit Pemulihan Akidah bagi memastikan wang zakat sampai pada orang2 ini.

Maka, yang kita lihat adalah kalau nak terima zakat dengan cepat, pergilah masuk gereja dan dengar "sermon" Kristian. Lebih baik dapatkan surat dari Paderi Kristian menyatakan kita sedang mengikuti aktiviti gereja.

Barulah bantuan zakat sampai dengan cepat. Itulah kebijsanaan "Unit Selamatkan Akidah" pimpinan Hasan Ali.

Unit ini tidak pernah pun dibincang dengan Perhubungan PAS Selangor. Hasan Ali seperti menjadi exco bebas skrg ni kerana apa2 keputusan dia buat ikut suka hati dia.

Manakala, wang zakat terus dilacurkan oleh UMNO dan orang Islam terus dihimpit kemiskinan.

Yang terbaru apabila Pengarah JAWI yang UMNO gunakan wang zakat untuk bayar yuran guaman bagi menghalang kes Qazaf terhadap Saiful dibicarakan di Mahkahmah Syariah. Dulu, kita dengar mcmna wang Baitulmal diperjudikan di pasaran saham dan Khir Toyo bagi duit zakat untuk pertandingan golf. Pendek kata UMNO guna wang zakat mcm duit tu mak bapak mereka punya.

Tapi, nak heran apa dgn UMNO. Bagi UMNO, halal dan haram tak wujud. Asal ada duit, mereka pakai.

Tulang Besi


Read more!(Selanjutnya)

UMNO Barua British Sampai Sanggup Biar Natrah Murtad

Sebelum ada yang hendak menuduh Tulang Besi ni pro komunis, biar Tulang Besi ingatkan arwah Datuk Tulang Besi adalah bekas asykar yang berjuang menentang komunis sewaktu darurat sebelum Merdeka dahulu. Kalau siapa ke Kampung Astana Raja dan tanya orang2 tua disana, mesti mereka pernah dengar nama "Dolah Komando".

Keduanya, Tulang Besi MENYOKONG PENUH 100% kenyataan Abang Mat. Ramai orang Melayu telah dibutakan sejarah, tak tahu beza pejuang kemerdekaan dgn pejuang British.

Sememangnya yang memimpin serangan ke atas Bukit Kepong itu bernama Mohammed Indera. Serangan ke atas Bukit Kepong adalah sebahagian dari usaha mereka mahu menghalau British dari Tanah. Kesah tersebut boleh dibaca di sini.


Yang mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong adalah pegawai2 polis yang berkhidmat untuk kerajaan British, bukannya berkhidmat untuk kerajaan Melayu ataupun Malaysia.

UMNO BARUA BRITISH TAK PERNAH LAWAN BRITISH

UMNO pula dipimpin oleh pegawai2 British yang hidup mereka lebih British dari British sendiri.

Orang2 seperti Dato' Onn dan Tunku abdul Rahman hidup mereka dibiayai oleh gaji yang dibayar oleh British. Tunku tidak pernah walau satu hari dalam hidup beliau menentang British. Begitu juga pemimpin2 UMNO yang lain: Kapten Hussein Onn, Syed Jaafar Alba, Syed Nasir, Tun Dr Ismail, Tun Abdul Razak dsbnya.

SEMUA PIMPINAN UMNO pada masa sebelum merdeka hidup mewah dibiayai British, setiap hari berpakaian seperti British, pergi ke pejabat di dalam kereta yang dipandu supir serta makan dan minum seperti orang putih.

Maka, tak hairanlah apabila British mahu memurtadkan Natrah, pemimpin2 UMNO ini senyap sunyi dan duduk di dalam pejabat2 mereka tidak menggerakkan walau satu jari pun untuk menghalang murtadnya Natrah.

Yang bangun menentang British pada masa itu, adalah Dr Burhanuddin Helmi serta Karim Ghani yang telah memimpin demonstrasi Natrah di tengah2 bandar Singapura. Rusuhan itu telah menyebabkan kerugian berjuta kepada British.

Maka, tak perlulah UMNO nak marah dgn Mat SAbu. Lebih baik pemimpin2 UMNO mengaku yang mereka adalah barua British dan mereka tidak pernah bangun menentang British sepanjang sejarah UMNO ditubuhkan.

Syabas Abang Mat kerana mendedahkan siapa sebenar pejuang kemerdekaan dan siapa sebenarnya pengkhianat.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Sunday, August 28, 2011

Kalau Mahu Terima Zakat dgn Cepat, Jumpa Gereja Dahulu

Hasan Ali telah mengisytiharkan penubuhan "Unit Selamatkan Akidah". Antara tujuan utama penubuhan unit ini adlaah supaya permohonan zakat dipercepatkan bagi orang Islam yang telah menerima bantuan dari gereja dan badan kebajikan kristian.

Kalau saya orang susah, dan selama ini saya diabaikan oleh Pusat Zakat Selangor, cara terbaik adalah dgn saya ke gereja terdekat dan meminta bantuan. Selepas itu, saya lapor pada Unit Selamat Akidah bahawa saya dalam bahaya murtad sbb saya dibantu gereja.

Dan barulah layanan menjadi laju.

Penubuhan unit ini menampakkan kebodohan Hasan Ali. Selama 3 tahun beliau pegang Exco Agama, beliau telah gagal reformasi Pusat Zakat Selangor. Ia juga menampakkan kegagalan 50 tahun UMNO berkuasa ke atas sistem zakat di Selangor. Pengagihan zakat sebegitu lemah dan korup menyebabkan ramai orang Islam yang miskin kesempitan dan terpaksa meminta pertolongan dari badan kebajikan Kristian.

HAsan Ali tidak mahu membetulkan sistem zakat yang telah hancur akibat pengaruh UMNO. HAsan Ali cuma mahu meneruskan propaganda UMNO kononnya ada usaha kristinisasi di Selangor.

Padahal, badan2 kebajikan Kristian ini hanya mahu membantu mereka2 yang susah kerana mereka ada banyak dana untuk membantu orang2 susah. Apabila bantuan2 sebegini diberikan, maka secara otomatik orang2 Islam yang lemah kefahaman Islam tertarik kepada agama Kristian.

Kelemahan sistem zakat di Malaysia adalah akibat pentadbiran UMNO yang anti ISlam selama lebih 50 tahun. Itu adalah HAKIKAT yang tidak dapat dinafikan lagi.

Bayangkan, Raja Najashi di Habshah yang bersimpati dengan Nabi SAW tapi tidak dapat masuk Islam kerana faktor tentangan dalaman yang begitu besar. Raja Najashi telah melayan rombongan yang Nabi SAW hantar dengan begitu baik dan mulia. Akibat dari baik hatinya Raja Najasyi, maka masuklah salah seorang sahabat Nabi kepada Kristian.

Jadi tak hairan lah orang2 Islam yang menerima bantuan dari badan kristian ini tertarik dgn agama mereka walaupun badan2 kristian ini tidak menyebarkan agama mereka. Cuma menyebarkan bantuan kepada yang perlu.

Bagi saya, kalau ada berlaku murtad adalah hasil kegagalan UMNO memastikan sistem zakat di Selangor adil dan saksama.

PENGALAMAN TULANG BESI

Oleh kerana kejadian DUMC ini berlaku dalam PAS KAwasan PJ Utara yang mana Tulang Besi pernah menjadi Ketua Penerangan, adalah Tulang Besi sedikit sebanyak pengalaman dengan orang-orang Islam yang susah di kawasan tersebut.

Semua kampung2 setinggan dalam PJ Utara telah Tulang Besi lawati seperti Kampung Lanun, Kampung Damansara Baru, Kampung Taman Aman, Kampung Sungai Way dsbnya.

Sepanjang Tulang Besi aktif di sana Tulang Besi berjumpa dengan ramai orang2 Islam yang susah dan merempat.

YANG HAIRANNYA adalah tak pernah sekali pun Tulang Besi berjumpa dengan seorang pun orang2 susah ini yang mendapat bantuan dari Pusat Zakat Selangor. TIDAK PERNAH SEKALI PUN.

Pusat Zakar Selangor ni perlu direformasi dan diletakkan dibawah pengawasan orang yang beriman dan beramal soleh. MAsanya umat Islam bangun dan memaksa Pusat Zakat Selangor ini mengikut lunas Islam. Kalau tidak sampai bilalah masalaah ini tidak selesai.

Perlu dihantar satu pasukan audit antarabangsa dan mengaudit Pusat Zakat Selangor bagi memastikan setiap sen wang zakat sampai pada yang berhak.

Laknat ALlah SWT kepada mereka yang mempermainkan wang zakat dan mereka yang tidak menyalurkan wang zakat kepada yang perlu dan layak.

Perlu diingat, zakat adalah HAK ORANG MISKIN bukannya ia satu bentuk minta sedekah. Dimanakah pungutan zakat yang berjumlah berjuta-juta setahun itu? Pernah Khir Toyo meluluskan peruntukan dari wang zakat untuk pertandingan golf. Baru2 ini wnag zakat digunakan oleh UMNO untuk mengagalkan percubaan Anwar Ibrahim membicarakan Saiful Al Kazzab di bawah tuduhan Qazaf di mahkamah syariah Wilayah Persekutuan.

Tulang Besi

ps Ikuti kesah benar salah seorang yang menerima bantuan gereja tersebut dari artikel Dr Asri Zainal Abidin:

"Saya sedih mendengar ceritanya. Menurutnya, dirinya seorang janda yang ditinggalkan suami. Terpaksa menanggung hidup tiga orang anak. Dalam kesempitan hidup yang amat, diminta keluar dari rumah sewa dan tenat mencari sesuap nasi untuk diri dan anak-anak dia pergi merintih di pejabat zakat. Dia tidak dilayan. Bahkan pegawai bertugas dengan tegas memberitahunya peruntukan sudah habis. Rayuannya tidak diendahkan.

Menurutnya, dia tidak menukar akidahnya, tetapi dia terus ke gereja membawa anak-anaknya. Anak-anaknya diterapkan ajaran Kristian oleh pihak gereja. Diajar nyanyian keagamaan dan nilai-nilai budi tertentu. Baginya, dilakukan semua itu untuk hidup. Rupanya ramai lagi yang senasib dengannya berada di bawah bantuan pihak gereja.

Sesetengah pegawai zakat bersifat begitu meterialistik. Berwajah manis jika hadir di depannya pembayar zakat, tapi berwajah suram jika yang hadir itu pemohon zakat. Tiada semangat dakwah dan ukhuwwah Islamiyyah. Pemohonan menjadi sulit dan sukar. Apatahlagi jika mak cik tua yang uzur disuruh mengisi borang. Maka, pemohon zakat bagaikan peminta sedekah.





Read more!(Selanjutnya)

Friday, August 26, 2011

Dimanakah Che Rosli Sewaktu Trajedi Bukit Merah?

TV3 suku menyiarkan kenyataan seorang MP PAS bernama Che Rosli yg mendakwa kilang yang bakal di bina di Kuantan itu selamat untuk semua orang.

Merujuk kepada biodata Che Rosli di Facebook, tertera:

AHLI JAWATANKUASA PERLINDUNGAN SINARAN.
LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM, MALAYSIA, 1984-1999


Ini bererti Dr. Che Rosli adalah antara yang memberi khidmat kepada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom(LPTA) sewaktu berlakunya trajedi keracunan radioaktif di Bukit Merah sekitar 1984 hingga sekarang.

Keracunan radioaktif (antara lain)akibat stor simpanan bahan buangan kilang nadir bumi milik Mitsubishi Chemicals, Tabung Haji serta beberapa syarikat bumiputra yang lain.

Mengapa LPTA disebut? Ini adalah kerana sewaktu berlaku keracunan radioaktif ini, LPTA telah mengeluarkan lesen bagi kilang tersebut untuk beroperasi. Di dalam ombak protes dari penduduk2 tempatan, LPTA terus memberi lesen.

LPTA terus memberi lesen kerana mereka berkata kilang tersebut selamat dan tidak membahayakan kesihatan penduduk setempat.

Dan dari biodata Dr. Che Rosli, beliau berkhidmat dengan LPTA sepanjang skandal/trajedi Bukit Merah yang meragut nyawa itu.

Maka, Tulang Besi tidak boleh menerima jaminan Dr Che Rosli bahawa kilang Lynas itu bakal selamat.

Ini kerana LPTA juga telah memberi jaminan kepada penduduk Bukit Merah bahawa kilang nadir bumi Mitsubishi itu selamat. Malangnya, jaminan LPTA satu masa dahulu adalah pembohongan semata-mata dan 9 penduduk tempatan telah menghadapi penyakit leukemia, anak2 lahir cacat dsbnya.

Dan oleh kerana Dr Che Rosli berkhidmat dengan LPTA sewaktu trajedi Bukit Merah berlaku, maka Tulang Besi beranggapan apa-apa jaminan yang datang dari alumni LPTA tidak boleh dipercayai angkara trajedi Bukit Merah.

Tulang Besi juga rasa, kalau benarlah dakwaan Che Rosli ni, Tulang Besi cadang kilang RARE EARTH ini dibina di sebelah rumah Che Rosli. Tulang Besi nak tengok berani atau tidak?

Tidak hairanlah walaupun diberi jaminan berulang-ulang kali oleh LTAP dan beberapa pakar, penduduk Kuantan dan Gebeng tetap menolak kilang Lynas. Mereka belajar dari pengalaman rakyat Bukit Merah.

SABOTAJ TERAKHIR GENG PERPADUANG?

Kalau kita ingat kembali, sejurus selepas kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden, Dr Che Rosli adalah satu-satunya kepimpinan Selangor yang menyatakan sokongan Hasan Ali dikekalkan sebagai Pesuruhjaya Selangor.

Hasan Ali telah pun memulakan langkah mensabotaj PAS dalam isu serbuan JAIS. Maka, Tulang Besi pula merasakan kini giliran Dr. Che Rosli pula.

Tulang Besi melihat kesemua tindakan-tindakan ini adalah satu bentuk sabotaj kepada PAS oleh geng perpaduang yang sudah pun melangkah sebelah kaki keluar dari pintu.

Mungkin juga Tulang Besi salah tapi nampak gayanya begitu. Semuanya seperti mengikut jejak langkah Zul Nordin Al Kazzab.

Tulang Besi





Read more!(Selanjutnya)

Fitnah#2: Sampel yang Diuji Jabatan Kimia TIDAK SAH

Mengikut kenyataan pakar Genetik Australia Dr Brian McDonald di mahkamah semalam, sampel yang diuji oleh Jabatan Kimia untuk menuduh Anwar meliwat Saiful.

Sampel inilah yang telah diuji Jabatan Kimia yang membawa kepada kenyataan Jabatan Kimia bahawa terdapat air mani Anwar dalam jubor Saiful.

Mengikut Dr McDonald, sampel tersebut tidak sah akibat kerosakan. Hujjah Dr McDonalds adalah seperti berikut:

1.0 Sampel itu diuji oleh Jabatan Kimia lebih dari 90 jam selepas kejadian. Mengikut pengalaman Dr. McDonalds, selepas 90 jam, sudah tiada lagi air mani yang wujud di dalam sampel tersebut. Bagaimana Jabatan Kimia boleh menjumpai air mani Anwar dlm sampel tersebut?

2.0 Sewaktu sampel disimpan oleh Polis, (DSP Prirera) sampel tersebut tersimpan di suhu bilik. Ia berada di dalam simpanan polis Bricksfield selama lebih 43 jam. Ini bererti kadar kejatuhan air mani menjadi lebih cepat dari biasa. Hasilnya, pada masa sampel diuji, hampir pasti sampel tersebut tiada lagi DNA yang wujud kerana semua "sperm" telah mati.

3.0 Ahli kimia kerajaan tidak mengikut prosedur apabila menguji sampel yang mengandungi campuran lebih satu DNA. Mereka cuma mengandaikan hanya ada satu DNA padahal fakta menunjukkan terdapat lebih 3 DNA dalam sampel yang diambil dari Saiful. Ahli kimia kerajaan juga dianggap berbohong kerana menyatakan sampel tersebut hanya ada SATU DNA sahaja, padahal ia ada tiga.

4.0 Tarikh sampel diambil dan dilabel juga salah dan tidak dibetulkan sampai hari ini.

5.0 Makmal Jabatan Kimia juga belum mendapat akreditasi antarabangsa menyebabkan keadah yang digunakan oleh mereka tidak selaras dengan standard dan piawaian antarabangsa.

6.0 Dr McDonalds juga berkata, kesilapan2 yang dilakukan oleh ahli2 kimia Kerajaan itu akan menyebabkan pembuangan kerja secara otomatik sekiranya ia dilakukan di Austalia. Ia juga boleh menyebabkan tertuduh dihukum mati atau penjara dgn salah.

7.0 Ada kemungkinan air mani yang diuji oleh Jabatan Kimia itu bukan yang datang dari jubor Saiful tetapi dari sumber lain. Kerana pada waktu air mani itu sampai ke Jabatan Kimia, semua sperm telah mati.
Akhir kata, UMNO beriye-iye ke hulu ke hilir kata ada air mani dalam jubor Saiful Hakikatnya, tidak mungkin JAbatan Kimia boleh menjumpai air mani dalam jubor Saiful berdasarkan kesilapan2 dan kaedah yang digunakan Polis dan Jabatan Kimia yang tidak mengikut piawaian antarabangsa.

Kena tipu lagi kita rakyat Malaysia dgn UMNO.


Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

PKR Dituduh Sokong Murtad, Tiba2 Islamkan Ahli2 nya


NOTA EDITOR: Allah Maha Besar. Pada waktu blogger UMNO hebat menuduh PKR dan PAS pro murtad kerana tak sokong JAIS yg pro UMNO itu, ahli2 KeAdilan pula telah mengangkat syahadah dan menjadi Muslim

Sebabnya ialah Islam ini hanya alat untuk UMNO. Mereka tidak pernah suka pada Islam. Mereka terbuka menghalalkan yang haram, menolak yang wajib, engkar pada hukum Allah (i.e. Qazaf) dan mengharamkan apa yang Allah telah halalkan (i.e. orang bukan Islam masuk masjid).

UMNO juga mempunyai sejarah menyokong Murtad semenjak peristiwa Natrah pada tahun 1950 lagi. Kenapa tiba-tiba mereka hendak memperjuangkan murtad tahun ini?

Dan kalau kita rujuk pada kenysataan Mustafa Ali, serbuan JAIS itu adalah PERANGKAP UMNO. Tidak lain dari itu.

Terdesak, mereka cuba tunjuk mereka juara Islam padahal mereka mempunyai rekod menghancurkan Islam di Malaysia. FEnomena murtad ini adalah hasil dari pemerintahan UMNO yang anti Islam dan sekular selama lebih 50 tahun.

Kaedah lembut yang digunakan oleh PAS dan Anwar kepada orang bukan Islam dilabel sebagai ketundukan kepada DAP. Fitnah yang dimainkan UMNO demi untuk mengekalkan sokongan orang Melayu kepada mereka.

Mereka tidak takut dosa fitnah dan mereka terus menerus memfitnah Anwar serta memperlekeh hukum Qazaf.

Di bulan Ramadhan ini, fitnah UMNO dihancurkan oleh kuasa yang turun dari langit. Sepanjang UMNO berkawan dgn MIC dan MCA, berapa ramai kepimpinan mereka yang masuk Islam?

Malahan, dalam tahun 60an dulu ramai ahli2 UMNO yang aktif dalam Qadyani dsbnya.

Masanya orang Melayu mencampak UMNO ke Laut Cina Selatan.

Tulang Besi


Kuasa Allah: Melayu Dituduh Murtad, Cina Pulak Masuk islam


Ketua Wanita Keadilan Bukit gelugor masuk islam


Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor, Sheryl Chew Hong Wah atau nama barunya Huda Chew Hong Wah nekad mendalami ajaran Islam sepenuh masa.


Bercakap kepada Suara Keadilan, beliau kini merasa lebih tenang selepas memeluk Islam, yang disifatkan beliau sebagai agama yang bersifat universal.


“Saya merasa amat tenang selepas saya memeluk Islam dan amat meyakini agama ini adalah agama yang benar.


“Ia bukan hanya milik orang Melayu atau bangsa Arab tetapi ia milik semua manusia,” katanya.


Menurut Huda, beliau turut melahirkan rasa terharu dengan sokongan berterusan semua pihak terutama guru dan sahabat karibnya, Faridah Abdul Karim yang juga Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Cabang Gombak.


“Sejak berita saya memeluk Islam tersebar, rakan-rakan Facebook saya semakin bertambah.


“Tetapi yang lebih buat saya terharu ialah dokongan berterusan dan kata-kata semangat dari semua pihak terutamanya kak Faridah,” katanya.


Sementara itu, di Facebook, beliau kini menggunakan nama Huda Chew Hong Wah (Cheryl).


Huda sah bergelar muslim kira-kira 3 petang semalam di pejabat Jemaah Islam Malaysia (JIM) Taman Melawati, Gombak dan disaksikan rakan-rakan terdekatnya yang turut menitiskan air mata menyaksikan majlis itu.


Huda yang bermaksud ‘petunjuk’ dalam bahasa Arab sebelum ini banyak mendalami Islam menerusi kenalan yang menghadiahkan tafsir Al-Quran dan buku-buku agama dari rakan-rakan terdekat.


Difahamkan, sebelum ini Huda Cheryl sudah mula berpuasa dan mendalami Islam berperingkat-peringkat sebelum mengambil keputusan memeluk Islam ketika hari ke 24 umat Islam menunaikan ibadah Ramadhan.


Kd
.
Read more!(Selanjutnya)

Thursday, August 25, 2011

Ketua Wanita Gelugor Masuk Islam - ALHAMDULILLAh


NOTA EDITOR: Benar kata Tok Guru Nik Aziz, apabila kita merapati bukan Islam dan menunjukkan akhlak yang mulia, mereka dgn rela tertarik dgn Islam. Itulah hikmah komitednya PAS dengan Pakatan Rakyat, supaya Islam dapat disebar pada kaum Cina dan India.

Tidak seperti UMNO yang guna Islam untuk politik murahan mereka semata-mata. Bertahun kawan dgn MCA dan MIC, berapa ramai yang masuk Islam? Seciput pun takda.

UMNO tu sendiri tolak ISlam, bagaimana nak harap mereka sebarkan Islam? Syukur, kehebatan ijtihad Tok Guru Nik Aziz sudah membuahkan hasil

ALHAMDULILLAHI RABBIL ALAMIEN.

Sekian



Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor peluk Islam

Tiga hari lepas, Ketua Wanita Bukit Gelugor Cheryl Chew menghubungi isteri sharpshooter dan menceritakan hasratnya untuk memeluk Islam dan beliau meminta supaya beri cadangan nama Islam yang sesuai untuknya.

Beliau berbual panjang dengan isteri sharpshooter dan menceritakan beberapa masalah yang beliau hadapi dan beliau diberi kata-kata semangat, peransang agar tabah dengan ujian baru yang beliau hadapi.

Alhamdulillah kelmarin di Pejabat JIM Bukit Malawati jam 3.00 petang, akhirnya beliau melafazkan kalimah syahadah untuk memeluk Islam. Sesungguhnya hidayah itu mutlak datang dari Allah SWT, manusia tidak mampu memberi hidayah bahkan Nabi Muhammad sendiri tidak boleh memberi hidayah.

Sharpshooter difahamkan Ketua AMK Cabang Sekijang, Raymond Ng Kien Seng juga telah memeluk agama Islam dan telah selamat dinikahkan dengan pasangannya, Nor Hasnanie Jamil, Setiausaha PKR Cabang Sekijang pada 22 Ogos yang lepas. Alhamdulillah…Cahaya Ramadhan…Allahuakbar…

Dari blog milo suam – Berita gembira buat kita semua dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini apabila Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor, Cheryl Chew memeluk Islam petang semalam.

Beliau melafazkan kalimah Syahadah pada pukul 3.00 petang semalam di pejabat JIM Bukit Malawati. Dimaklumkan bahawa beliau kini menggunakan nama Huda Chew.

Antara rakan-rakan Cheryl yang menitiskan air mata kegembiraan dengan keislaman beliau. Dimaklumkan juga bahawa beliau menerima banyak hadiah berupa tafsir Al-Quran dan buku-buku agama dari rakan-rakan terdekat.

Difahamkan, sebelum ini Cheryl telah mula berpuasa dan mendalami Islam secara berperingkat sebelum mengambil keputusan untuk memeluk Islam di dalam hari yang bersejarah semalam.

Tinjauan ReJaM© di facebook menyaksikan Cheryl sudah menukar namanya kepada Huda Chew Hong Wah.

Jika tiada aral melintang, ReJaM© akan merakam temubual khas bersama Cheryl dalam masa terdekat untuk dikongsikan bersama anda semua Insya Allah. Kepada Cheryl, selamat menikmati keindahan Islam.


Dari Blog Milo Suam


Dipetik daripada blog Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Read more!(Selanjutnya)

Fitnah#2 : Makmal Jabatan Kimia Tiada Tauliah

Mengikut keterangan Pakar Genetik Dr Brian McDonald di mahkamah hari ini, Jabatan Kimia Malaysia masih belum mendapat tauliah antarabangsa untuk menjalankan ujikaji DNA dan forensik.

Jabatan Kimia yang sama juga telah mengeluarkan laporan kononnya air mani Anwar ada dalam jubor Saiful.

Pada waktu yang sama, sehingga hari ini, Jabatan Kimia masih belum mendapat tauliah untuk menjalankan ujikaji kimia berkaitan DNA dan forensik.

Ini bererti keputusan Jabatan Kimia tersebut boleh dipersoalkan ketepatan dan kebenarannya.

KESAN TIDAK DITAULIAH?

Kesannya, Jabatan Kimia bebas mengadakan peraturan sendiri dan mengeluarkan keputusan mengikut kehendak serta kemahuan sendiri.

Kalau mereka mengikut kaedah antarabangsa, setiap keputusan mereka akan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Malangnya pentauliahan tersebut belum berlaku dan terutamanya waktu kes ini mula2 berjalan yakni pada tahun 2008.

Maka, mereka bebas berbuat apa sahaja dan mengeluarkan apa-apa keputusan termasuk mengatakan adanya air mani Anwar dlm jubor Saiful.

Sebab itu lah mereka bebas:

1.0 Simpan sample Saiful di suhu bilik

2.0 Buat ujikaji sampel hanya selepas 90 jam

3.0 Beri tarikh yang salah kepada sampel

4.0 Tidak letak sampel dalam peti ais dan peti sejuk di bwah suhu -20

5.0 Tidak mengikut prosedur di dalam mengendalikan bahan bukti dan sbagainya.


JABATAN KIMIA MENIPU DALAM UJIKAJI SAMPEL SAIFUL?

Mengikut Dr Brian Mcdonalds, ahli kimia kerajaan, Nor Aidora, telah melanggar peraturan di dalam menjalankan ujikaji sampel yang dtg dari Saiful.

beliau dilaporkan berkata:

12.13am: McDonald says Nor Aidora did not follow guidelines... when there is mixture DNA.

"There are three loci which is more than 60 percent. What you have is evidence of mixture," he said. "She specifically ignored that and report as a single individual profile." (NOTA: Tulang Besi nak terjemah tapi Tulang Besi tiada kepakaran dalam ilmu genetik)


Jelas, kritikan yang cukup hebat diberikan kepada Aidora yang tidak menghormati peraturan sewaktu menjalankan ujikaji terhadap sampel dari SAiful itu.

Juga, tarikh sampel pun Jabatan Kimia serta Nor Aidora tidak betul. Sampel Saiful ini dilabelkan pada 26 June 2008 padahal Saiful pergi ke HUKM pada 28 Jun 2008. Sehingga hari ini kesilapan tersebut tidak dibetulkan.

Untuk pengetahuan pembaca, Nor Aidora inilah yang telah memberi keterangan menyatakan air mani Anwar dijumpai dlm jubor Saiful.

Sekian

Tulang Besi




Read more!(Selanjutnya)

Papagomo, Sila Berikan Butiran Diri Kamu, Kalau Kamu Benar


NOTA EDITOR: Khalid Samad, Elizabeth Wong, Nik Nazmi dan lain2 menghadapi masaalah untuk menyaman Papagomo dan rakan2. Ini kerana blogger2 UMNO ini adalah blogger2 pondan.

Sudahlah gambar diri tak berani nak tunjuk, nama sendiri pun tak berani pakai. Tak hairanlah mereka berani memalsukan dokumen kerajaan MBPJ untuk memfitnah Khalid Samad dan lain lain.

Maka, demi untuk memudahkan proses saman bermula, diminta Papagomo, Parpukari dan RBFonline berikan maklumat butiran diri kepada Khalid Samad i.e. Nama Penuh, Nombor IC dan lain2.

Kalau tak nak masukkan dalam blog, boleh email kepada Khalid Samad secara pribadi.

Barang diingat, papagomo dengan bongkak membuat kenyataan di bawah:

"Gomo tidak gentar mahupun takut dengan laporan polis yang dibuat oleh mereka ini kerana menjadi tugas Gomo sebagai seorang Umat Islam untuk mendedahkan kebenaran agar seluruh rakyat Malaysia tahu kebenaran yang sewajarnya disampaikan," kata penulis itu yang dikenali sebagai Papa Gomo.


Maka, buktikan kata-kata kamu dengan memberi butiran yang diperlukan Khalid SAmad dan Adun2 PR yang lain.

Jumpa di mahkamah, papagomo, rbfonline dan parpukari.

Sekian


Berani Kerana Benar

Sepertimana kebanyakkan persoalan lain berhubung dengan isu Gereja DUMC, dakwaan Papa Gomo bahawa saya menghalang Gereja berkenaan disita oleh MBPJ adalah merupakan satu pembohongan. Dia mendakwa bahawa saya pada 11 Ogos telah menghubungi MBPJ dan menghalang operasi menyita Gereja tersebut sejurus sebelum pihak penguat-kuasa MBPJ dan Polis bersiap-sedia untuk melakukannya. Walaubagaimanapun, pembohongan semasa bulan Ramadhan yang mulia tidak merupakan masalah bagi pihak UMNO dan budak suruhan mereka. Mereka menganggap keMelayuan mereka adalah perisai yang menjadikan mereka kebal terhadap kemurkaan Allah! Apalah hendak dibandingkan satu pembohongan berbanding hadiah mangkuk tandas? Akhlak mereka amat membinggungkan.


Laporan Polis bertarikh 16 Ogos oleh En. Mohd. Fauzi, Pengarah Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MBPJ jelas mendedahkan sifat pembohong golongan ini terutamanya Papa Gomo. Saya difahamkan bahawa walaupun pembohongannya telah terdedah, Papa Gomo tetap mempertahankan kenyataannya dan menyatakan kesanggupan dirinya untuk berjuang habis-habisan. Baguslah jika begitu, kerana saya pun berpendirian sedemikian.


Oleh yang demikian, bagi memulakan ‘perjuangan’ ini, saya ingin memohon supaya Papa Gomo menyatakan nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat penuhnya supaya dapat saya minta peguam saya untuk menyaman beliau dalam isu ini. Maka saya berharap agar rakannya yang membaca blog saya boleh menyampaikan permohonan saya ini kepadanya.


Sekiranya tiada jawapan darinya, maka semakin jelas, ‘bravadonya’ juga merupakan satu pembohongan. Namun, ianya tidak bererti bahawa saya tidak boleh dapatkan segala maklumat yang saya perlukan dari sumber lain dan oleh itu, tidak bererti bahawa dia akan semestinya terlepas. Hanya saya ingin memberinya peluang untuk dirinya membuktikan ‘keberaniannya’; itupun kalau beranilah.


WaLlahu 'Alam

KHALID SAMAD
Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, August 24, 2011

Satim Diman nak Jual Tanah Melayu, Nak Perjuangkan Melayu??? Biar Betul???

Satim Diman dilaporkan berkata:

“Kalau dia tidak suka orang Melayu di Malaysia, dia boleh pindah ke negara lain,” kata Ketua Pembangkang Dun Selangor, Datuk Dr Mohamad Satim Diman mengenai tindakan seorang pelakon lelaki terkenal era 1980-an yang didakwa mengkafirkan kerajaan,

Mungkin Satim boleh menjelaskan mengapa UMNO Bahagian Puchong mahu menggadai tanah rezab Melayu yang berada di atas nama UMNO Puchong.

Syukor Allah SWT menangkan Pakatan Rakyat dan menjadikan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar. Tan Sri Khalid telah MENGAGALKAN usaha UMNO Puchong menggadaikan dua bidang tanah rezab Melayu seperti yang tertera di bawah:



KLIK IMEJ

KLIK IMEJ
KLIK IMEJ



KLIK IMEJ
Read more!(Selanjutnya)

Tuduhan Liwat oleh UMNO Bergantung Kepada Laporan HUKM yang Pincang

Asas kepada tuduhan UMNO kononnya Anwar meliwat Saiful adalah kononnya air mani Anwar dijumpai dalam jubor Saiful Al kazzab.

UMNO merujuk kepada laporan kesihatan HUKM, yang menyatakan terdapat beberapa DNA dalam jubor Saiful.(Laporan itu boleh dibaca di sini). Yang hairannya, laporan HUKM yang sama ini mengatakan jubor Saiful tidak ditembusi sewaktu pemeriksaan. Jadi, bagaimana agaknya HUKM boleh berjumpa air mani kalau jubor Saiful tidak ditembusi?

Laporan itu tidak menamakan siapa lelaki B5,B7, B8 dan 89. Sampel dari HUKM itu telah dibawa ke Jabatan Kimia untuk mengenal pasti siapa lelaki2 di atas. Sampel tersebut dibawa oleh DSP Jacob Prerira 43 jam selepas itu.

Jabatan Kimia tersebut mengatakan salah satu sampel tersebut mengandungi DNA Anwar Ibrahim.

Dari keterangan saksi pembela, Dr David Wells, terdapat banyak kesalahan dan kepincangan di dalam ujian serta analisis kimia yang mengarah kepada Anwar Ibrahim ini. Antara lain:

1.0 Laporan HUKM itu sendiri pincang. Lampiran (dipanggil proforma form) kelihatan bercanggan dengan rumusan laporan. Juga, "proforma form" tersebut banyak yang tidak lengkap

2.0 Jabatan Kimia menguji sampel DNA dari HUKM itu 90 jam selepas kejadian. Mengikut Dr Wells, sampel yang diuji selepas 36 jam pun sudah tidak tepat lagi, inikan pula selepas 90 jam. Bagaimana Jabatan Kimia membuat rumusan DNA tersebut milik Anwar, tiada siapa yang tahu.

3.0 Sampel yang diambil juga tampaknya terdedah kepada kontaminasi. Cara sampel itu diambil tidak menepati piawaian antarabangsa dan jelas sampel yg diambil itu tidak layak untuk diuji serta dibuat rumusan diatasnya.

jelas sekali kes ini adalah fitnah ke atas Anwar Ibrahim. Bukannya kes ini berjalan atas dasar keadilan tetapi ianya bertujuan untuk menghancurkan reputasi serta karier politik Anwar Ibrahim.

Tuduhan UMNO itu juga berasaskan kepada laporan yang pincang serta ujian atas sample yang rosak dan tidak bersih.

Inshaalah, balasan Allah SWT akan turun kepada mereka yang menjalankan fitnah2 ini.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Alasan2 Bodoh yang Diberikan oleh Juak2 UMNO dalam Menolak Hukum Qazaf

Beberapa hari ini, dlm perdebatan di Alam Twitter, Tulang Besi telah menyuruh beberapa org juak UMNO untuk mengucap semula dan masuk Islam kembali.

Ini kerana sikap mereka mempermain2 serta merendah2kan hukum Qazaf menjadikan akidah serta syahdah mereka dalam bahaya.

Tulang Besi tidak pernah lihat orang Islam yang sanggup memperlekeh hukum agama sendiri seperti yang dibuat oleh juak2 UMNO ini. Mereka yang memperlekeh hukum agama sendiri tak layak memanggil diri mereka Islam.

Biasanya, apabila dinaikkan hukum Qazaf kepada mereka, jawapan yang biasa digunakan oleh juak2 UMNO adalah:

1.0 Kalau anak awak kena rogol, nak pakai 4 saksi jugak ke?

2.0 Kalau dlm handphone anak gadis awak ada gambar dia berzina, kena tunggu 4 saksi jugak ke?

3.0 Kalau kena tunggu 4 saksi ni, semua mangsa rogol boleh terlepas

4.0 Zaman moden takkan tak boleh pakai bukti CCTV dan video

5.0 Kenapa nak tunggu 4 saksi, suruh je Anwar bersumpah mcm Eskay bersumpah

6.0 Dah ada DNA Anwar dlm jubor Saiful. Apa bukti lagi nak?

7.0 Kalau saya ada video Babyrina berzina, bolehkah ia dijadikan sebagai bukti?



dan mcm macam lagi alasan2 yang bertujuan memperlekeh hukum Qazaf.


Biasanya, untuk alasan rogol tu, saya akan tanya balik:

Eskay/Saiful tuduh Anwar merogol atau berzina? Kalau berzina, kenapa isu rogol naik pulak?

Pasal isu penggunaan CCTV dan video, saya kata undang-undang sivil yg sekular pun tidak mengiktiraf bukti video dan audio melainkan ada pengesahan dari pakar:

Audio and video evidence must be authenticated by both parties in any litigation by a forensic expert who is also an expert witness who assists the court in understanding details about that electronic evidence.

TERJEMAHAN: Bukti Video dan Audioa dalam kasus "litigation" mestilah disahkan kesahihannya oleh kedua-dua belah pihak oleh seorang pakar forensic yang juga akan menjadi saksi pakar yang akan membantu mahkamah di dalam memahami butiran berkaitan bukti elektronik


Dengan kata lain, hanya rakaman video atau audio sahaja tidak cukup untuk mensabit kesalahan seseorang melainkan dengan pengesahan rakaman tersebut.

Apatah lagi terdapat banyak bukti yang menunjukkan Anwar bukan pelakon dalam video tersebut i.e. janggut, perut besar, bidang dada yg luas, saiz pelakonvideo Rahim Thamby Chik yang besar berbanding Anwar, Eskay berbohong berkaitan Jam Omega yang rupanya dibuat di Taiwan, adanya teknologi yang membolehkan seseorang disolek untuk mempunyai rupa orang lain seperti Ben Kingsley disolek untuk berupa Ghandi dsbnya.

Berkaitan sumpah/mubahalah pula, saya sering jawab sumpah mesti dimulakan oleh yang DITUDUH, bukan YANG MENUDUH. Tindakan Eskay bersumpah itu TIDAK PERNAH DIBUAT dalam sejarah ISlam kerana yang menuduh mesti bawa bukti 4 saksi, bukan bersumpah.

Anwar sendiri lebih selesa guna kaedah solat hajat berbanding sumpah kerana hukum asas kepada sumpah adalah makruh. Lagi pula sudah ada laporan Qazaf terhadap Eskay dan Rahim Thamby Chik, maka kita tunggulah perbicaraan mereka di Mahkamah Syariah.

Akhir kata, betapa hinanya juak2 UMNO ini memperlekeh agama sendiri demi menjayakan fitnah mereka terhadap Anwar Ibrahim. Lepas tu ada hati mereka ni nak memperjuangkan murtad. Mereka sendiri mempromosi serta menyebarkan budaya murtad, tiada hak memperjuangkan berlawan murtad.

Mereka juga cukup marah bila saya gelarkan fahaman yang mereka anuti itu sebagai Agama UMNO. Dan, mereka marah apabila saya kata tuhan mereka bukan Allah. Tuhan agama UMNO adalah DUIT.

Tulang Besi



Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, August 23, 2011

Siapa yang Liwat Saiful: Anwar atau Plastik?

NOTA EDITOR: Saiful mengaku kepada doktor Muhammad Osman Abdul Hamid beliau masukkan plastik dlm jubor beliau. Soalnya adakah Saiful diliwat Anwar ataupun dia diliwat PLASTIK?




18SX: Plastik Apa Yang Liwat Juboq Saiful?
‘Saiful beritahu plastik dimasukkan ke duburnya


Saksi pembelaan kedua, bekas doktor di Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid dalam keterangannya berkata Mohd Saiful Bukhari Azlan, pegandu dalam kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahunya bahawa objek plastik dimasukkan ke dalam duburnya seperti dinyatakan dalam laporan perubatannya.

dr mohamed osman abdul hamid pusrawi hospital saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 interview 040908 07Apabila diasak oleh ketua pendakwaan Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Dr Osman (kanan) bersetuju bahawa Saiful mendakwa beliau diliwat oleh seorang VIP tetapi juga mempertahankan kenyataannya bahawa bekas pembantu Anwar itu juga mengakui objek plastik dimasukkan ke duburnya.

Beliau merupakan doktor pertama ditemui Saiful pada 28 jun 2008.

Saksi yang berasal dari Myanmar dan mendapat pendidikan perubatannya dari Universiti Yangon berulang-kali menafikan cadangan oleh Peguam Cara Negara II itu bahawa beliau tidak menulis plastik dimasukkan ke dubur selepas pemeriksaan dijalankan.

Jelasnya, Saiful datang ke Pusrawi pada 28 Jun, 2008 dan mengadu kesakitan di duburnya.

Selepas menjalankan pemeriksaan, beliau dapati tiada kesan koyakan atau berdarah di kawasan berkenaan dan ketika itu Saiful memberitahu dia diliwat dengan objek plastik dimasukkan ke duburnya.

Hospital Pusrawi Emergency ward 280708.jpg“Saya ada catatkan ini selepas Saiful beritahu saya selepas pemeriksaan dijalankan dan ada masukkan sebuah protoskop,” katanya.

Menjawap soalan Yusof, Osman berkata memasukkan plastik bukan meliwat. Beliau juga menafikan bahawa nota perubatan itu ditambah kemudiannya.

Yusof: Nota (mengenai objek plastik berkenaan) dicatatkan kemudian?

Osman: Nota ditambah selepas pasca pemeriksaan.

Yusof: Saya andaikan dia tidak kata sebarang plastik.

Osman: Dia (Saiful) ada beritahu saya.

Karpal, dalam pemeriksaan balas, kemudian bertanya sama ada nota dicatakan pada hari selepasnya. Osman bagaimanapun menafikannya dan berkata ia dicatatkan pada hari yang sama.

mKini
Read more!(Selanjutnya)

Monday, August 22, 2011

Kempen Doa Bagi Mengagalkan Penipuan UMNO dalam PRU13

Menyedari kita insan yang lemah, tiada kekuatan dan tiada kekayaan, maka terpaksalah kita insan yang daeef mengembalikan urusan menghalang penipuan UMNO ini balik kepada Allah yang Maha Memberi Balasan/Ancaman(Al Muntaqim) Maha Penghukum (Ad Daaar), Maha Memenangi (Al Qahhar)dan Maha Memaksa (Al Jabbar).

Di bawah ini, Tulang Besi mencadangkan beberapa rangkap doa bagi kegunaan semua yang membaca sempena 10 hari terakhir Ramadhan. Di mohon membaca doa ini setiap hari sepanjang 10 Ramadhan terakhir ini.

Selepas Ramadhan, diminta membaca setiap kali solat tanpa henti. Kalau mahu membuat kalimah doa sendiri pun takpa, di bawah ini cuma cadangan Tulang Besi sahaja.

Semoga doa-doa kita dimakbulkan Allah SWT. AMIN!!!

DOA SEMOGA ALLAH GAGALKAN PENIPUAN UMNO DALAM PRU-13
Ya Allah, Tuhan Semesta Alam. Yang menjadikan langit dan bumi serta menggerakkan awan. Kami hamba Mu yang lemah dan daeef sujud memohon kepada Mu. Sesungguhnya UMNO dan Barisan Nasional akan menipu dan berbohong dalam Pilihanraya Umum ke 13 kelak.

Ya Allah Ya tuhan kami, pohon kami semoga Kau menurunkan Bala Tentera Malaikat Mu dan mengagalkan segenap penipuan mereka ini, Ya Allah. Pastikan setiap penipuan mereka itu memakan diri mereka sendiri.

Ya Allah, ko turunkan Bala Mu pada setiap yang bertanggungjawab di atas penipuan2 ini samada mereka duduk di dalam Jabatan Pendaftaran Negara, Kementrian Pertahanan, Kementrian Dalam Negeri, Imigresen, SPR dan mana-mana lagi. Turunkan bala ke atas mereka sekiranya mereka terus menerus mahu menipu, Ya Allah.

http://www.blogger.com/img/blank.gif
Tulang Besi

.

ps Ada satu laman web yang cukup baik dari segi menerangkan sifat-sifat Allah SWT
http://wahiduddin.net/words/99_pages/hasib_40.htm
Read more!(Selanjutnya)

Fitnah Liwat II: Hebatnya Taktik Anwar

Hari ini, Anwar Ibrahim telah memberi keterangan beliau di mahkamah. Kita semua maklum, kes yang beliau hadapi adalah kes fitnah liwat Saiful Bukhari Al Kazzab.

Sebelum perbicaraan bermula, Anwar mempunyai 3 pilihan:

1.0 Memberi keterangan dari sebagai saksi dan boleh disoal balas oleh Pendakwaraya

2.0 Memberi keterangan "from the docks" - tidak boleh disoal balas oleh pendakwaraya

3.0 Berdiam diri

Anwar Ibrahim memilih pilihan kedua. Yakni memberi keterangan tanpa boleh disoal balas oleh Pendakwaraya.

Bagi Tulang Besi, ini adalah tindakan yang terssngat bijak oleh Anwar Ibrahim.

Buat apa Anwar mahu membiarkan kenyataan beliau disoal balas oleh Pendakwaraya yang terbukti pro kepada UMNO?

Pendakwaraya dalam kes ini telah membuktikan kepada seluruh dunia mereka tidak berminat kepada keadilan. Mereka cuma menjalankan konspirasi UMNO untuk memfitnah, mengaibkan serta memenjarakan Anwar Ibrahim.

Kes yang sebegitu lemah dan daeef seperti ini sepatutnya telah ditarik balik sekiranya Pendakwaraya berminat menjalankan keadilan.

Begitu daeefnya nilai kes ini sehingga pendakwaraya menetapkan dakwaan yang bercanggah dengan kenyataan Saiful Bukhari Al Kazzab.

Saiful kata beliau dipaksa oleh Anwar namun Pendakwaraya menyatakan perlakuan liwat berlaku dgn sukarela. Sesama mereka pun tak boleh nak buat keputusan yang betul. hahahaha

Yang lucunya, di akhir babak pertama kes ini, hanya Pendakwaraya sahaja yang mengatakan air mani Anwar ada dalam jubor Saiful. Berbaris-baris pakar yang memberi keterangan, tiada seorang pun yang mengecam Anwar sebagai "Lelaki Y" yang mana air mani Lelaki Y ini ada dalam jubor Saiful.

Inilah Pendakwaraya yang paling jahat dalam sejarah manusia dan tidak takut kepada bala Allah SWT.

Namun, masih diteruskan demi kepentingan politik Najib dan UMNO, khususnya. Mereka-mereka ini ingat dosa memfitnah Anwar ini tidak akan dibalas oleh Allah SWT samada di dunia mahupun di akhirat.

Jelas, mereka yang terlibat dalam fitnah ini adalah mereka yang tiada iman kepada ALlah mahupun hari Akhirat serta Alam Barzakh.

Jadi, apa perlu Anwar Ibrahim membiarkan diri beliau disoalbalas oleh pendakwaraya yang jelas mahu memfitnah serta mengaibkan beliau.

Lupakah kita perangai pendakwaraya yang tidak mahu menyerahkan segala bahan bukti berkaitan kes ini? Laporan polis Saiful yang asal pun sampai sekarang masih belum diserahkan kepada Anwar.

Tak hairanlah mengikut kajian Merdeka Center, tak sampai 20% rakyat Malaysia percaya tuduhan Anwar meliwat Saiful Bukhari Alkazzab.

Syabas Anwar Ibrahim atas kebijaksanaan kamu.

Tulang Besi

ps Sumpah Saiful adalah sumpah palsu. Mana mungkin Saiful diliwat kalau lubang jubor Saiful tak kena tembus? Hukum Allah SWT dihina sewenangnya akibat kes fitnah#2 ini.

Laknat Allah SWT ke atas kamu yang dibelakang fitnah#2 ini. AMINNN!!!!!!

Read more!(Selanjutnya)

Sunday, August 21, 2011

Sumpah Makruh. Solat Hajat Sunat. Baik Solat Hajat


Di alam Twitter, saya sering ditanya oleh juak2 UMNO mengapa Anwar tidak mahu bersumpah (seperti di atas).

Dalam kes diatas, kita nampak sendiri kejahilan puak2 UMNO ini dalam hukum berkaitan mubahalah dan sumpah. Kedua-duanya adalah BERBEZA tapi mereka gabung kedua-dua nya jadi satu perkara (sumpah mubahalah. Mana ada "sumpah mubahalah" dalam Islam. Yang ada samada SUMPAH ataupun MUBAHALAH. Kedua-dua nya ada kaedah yang berlainan.

Mubahalah mestilah ada KEDUA-DUA pihak di dalam majlis itu. Bagaimana Anwar hendak bermubahalah, sekiranya beliau seorang diri? Juga, Mubahalah mestilah dimulakan oleh orang yang DITUDUH. Eskay bersumpah di Masjid Sentul untuk MENUDUH Anwar Ibrahim. Dalam undang-undang SEKULAR sekalipun, sumpah TIDAK BOLEH DIJADIKAN bukti untuk pendakwaan di dalam mahkamah, inikan pula dalam mahkamah shariah.

Kalau benar2 mahu Mubahalah, ia mesti dimulakan oleh Anwar Ibrahim kerana beliau adalah orang yang DITUDUH. Bukan ESKAY atau SAIFUL pegi masjid dan buat sumpah palsu mereka.

MENGAPA ANWAR TIDAK MAHU BERMUBAHALAH ATAU BERSUMPAH?

Hukum sumpah atau mubahalah adalah MAKRUH. Ertinya, kalau buat tidak dapat pahala, kalau tidak buat dapat pahala.

Anwar Ibrahim lebih selesa dengan kaedah solat hajat. Hukum solat hajat adalah SUNAT ertinya buat dapat pahala.

SUMPAH - TInggal dapat pahala

SOLAT HAJAT - Buat dapat pahala

Maka, lebih baik Anwar buat Solat Hajat dan bukan sumpah. Ada faedah dan ada asas dari segi syara'

Senang sahaja untuk jawab puak2 UMNO yang tak reti hukum.

Adapun sumpah Saiful dan Eskay itu, jelas sumpah palsu dan bohong kerana banyak sebab:

1.0 Tiada kesan jubor Saiful ditembusi dan ini disokong oleh semua doktor yang memeriksa beliau. Kalau jubor Saiful tidak ditembusi, bagaimana liwat berlaku? Hanya orang gila sahaja yang percaya Saiful kena liwat dgn Anwar Ibrahim.

2.0 Eskay kata Anwar ada tinggal JAM OMEGA. Namun, Polis kata Jam Omega tersebut di buat di Taiwan dan tidak boleh dikesan siapa tuan punya. Ertinya, ESKAY TELAH BERBOHONG.

3.0 Manusia dalam video itu ada iras2 Anwar tapi susuk badan pelakon itu JAUH BERBEZA dari Anwar Ibrahim. Lebih2 lagi pada masa kejadian itu berlaku, Anwar sedang bertwitter dan berblog.

4.0 Kalau setakat muka, Ben Kingsley diorang boleh make-up muka sebijik Ghandi. Apa nak heran. Sebab tu bukti VIDEO ni tak boleh jadi bukti asas dalam mahkamah civil sekalipun kerana video boleh dimanipulasi.


DEngan kata lain, UMNO tidak ada bukti kukuh mahupun hujjah yang jitu untuk menuduh dan mensabitkan Anwar atas tuduhan liwat dan zina.

Maka, untuk menutup malu mereka, diulang-ulang cabaran untuk sumpah kepada Anwar Ibrahim. Diharap dgn keengganan Anwar bersumpah dapat meyakinkan majoriti rakyat terutama yang Islam untuk menolak Anwar Ibrahim

Malangnya, mengikut kajian Merdeka Center, tidak sampai 15% orang Melayu percaya Anwar meliwat Saiful.

Tidak sampai 15% orang Melayu yang percaya Anwar adalah orang di dalam video blue Rahim Thamby Chik itu.

Hajat mereka tidak kesampaian. Sebab tu terpaksa ulang kalimah sumpah sebab diri sendiri dah malu nak cover airmuka.

Tulang Besi


Read more!(Selanjutnya)

Saturday, August 20, 2011

Mentega "Golden Churn" Disahkan Halal oleh 3 Negara

Dokumen ini saya dapati dari laman web Ballantyne, syarikat yang memproduksi serta mengedar mentega "Golden Churn". Baru2 ini, mentega ini telah diisytihar "Tidak Halal" di Malaysia. Akibatnya, banyak perniagaan kuih milik orang Islam mengalami kerugian yang berjuta. Kesian mereka ni, tak beraya la jawabnya mereka ni.

Maka, dibawah saya perturunkan beberapa sijil halal yang diberikan kepada mentega ini, seprti yang terkandung dalam laman web Ballantyne itu:






Tulang Besi



Read more!(Selanjutnya)

Exco Pemuda UMNO yang Pembohong : Tun Faisal


Alam twitter ini banyak memberi maklumat yang berharga. Sepanjang beberapa minggu ini, Tulang Besi telah berinteraksi dengan beberapa orang UMNO yang aktif di alam maya.

Antaranya adalah seorang Exco Pemuda UMNO bernama Tun Faisal. Beliau adalah Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan merupakan Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Beliau menuduh PAS pernah berjanji menutup kilang arak di Selangor apabila memerintah. Namun, beliau tiada bukti. Biasalah UMNO, apabila dah buat tuduhan takda bukti, dia cabar kita pula bersumpah. Bukti tak penting untuk UMNO. Itu sebab mereka tolak hukum Qazaf kerana mereka suka buat fitnah dan dusta. Cabaran Tun Faisal tu adalah seperti di bawah:



Maka, saya pun sambut seperti di bawah:



Hingga hari ini, Tun Faisal tak sambut sumpah saya. Beliau yg begitu berbangga dgn "AGAMA SUMPAH" dia, sendiri tak berani bersumpah.

Ertinya Exco Pemuda UMNO ni pembohong dan penipu.

Patutlah Anwar tak mau layan mereka apabila mereka cabar Anwar bersumpah. Kalau Anwar bersumpah dulu, pasti ada penipuan lain yang mereka telah rancang.

Saya sering berkata, UMNO ini agama mereka adalah AGAMA UMNO. Mereka bebas halalkan yang haram, haramkan yang halal, tambah syariat sendiri dan tolak syariat yang Allah SWT telah nyatakan dgn jelas dalam Al Quran.

Tun Faisal adalah salah satu contoh pengikut agama UMNO. Dalam isu video blue Rahim Thamby Chik, beliau beriye2 mempertahankan tindakan Eskay bersumpah.

Alasannya adalah Eskay bermubahalah. Qazaf tu untuk mahkamah. Mubahalah ini tak melibatkan mahkamah.

Masalahnya, mubahalah ni mesti ada dua belah pihak, dan mubahalah mesti dimulai oleh yang DITUDUH, bukan yang MENUDUH.

Dalam Islam, yang menuduh mesti bawa bukti. Tidak boleh menuduh semata-mata dengan sumpah. Kalau mcm tu, kita semua tak habis kerja menjawab tuduhan orang kerana cukup dgn bersumpah untuk mendakwa seseorang di mahkamah.

Inilah agama UMNO. Mereka ikut dan buang serta ganti hukum Islam ikut sesuka hati mereka.

Agama UMNO tidak mementingkan bukti atau hujjah. Mereka letak sumpah lebih tinggi dari bukti.

Mereka percaya sumpah Saiful Bukhari berbanding bukti klinikal bahawa jubor Saiful tidak pernah ditembusi.

Itulah agama UMNO, tuan2 dan puan2 sekelian.

Akhir kata, PAS mahu mengharamkan arak dan judi, tapi untuk orang Islam sahaja. Dalam isu menutup kilang arak di Selangor, Tulang Besi tidak baca mana2 manifesto, ucapan dasar mahupun kenyataan2 akhbar dari pimpinan PAS yang menyatakan` sedemikian. Tak payah sumpah pun, kerana tiada bukti.

Namun, agama UMNO tidak mementingkan bukti. Mereka mementingkan sumpah tak kira sumpah tu betul atau palsu. Mereka ingat manusia ni tak boleh palsukan sumpah. hahahahaha

Tulang Besi



Read more!(Selanjutnya)

SINAR HARIAN: Masakan Pengundi2 Hantu itu Mahu Mengaku Mengundi Dua Kali.....

DAri pengamatan TUlang Besi, nampak gayanya seperti Sinar Harian diberi tugasan oleh mereka yang berkepentingan untuk membela SPR dan isu2 berkaitan penipuan daftar pemilih.

Sinar Harian yang mula-mula sekali menjumpai Mismah. Hakikatnya, tiada siapa boleh pasti identiti Mismah yang sebenar. Orang yang didedah oleh Sinar Harian sebagai Mismah itu,tiada siapa yang telah membuat ujian DNA bagi memastikan dia itu benar-benar MISMAH. Tidak mungkin kita boleh mengadakan ujian DNA untuk MISMAH kerana tiada rekod DNA beliau yang ada.

Apa yang kita nampak hanyalah seorang perempuan yang memegang MYKAD yang ada nama Mismah di atasnya. Mesin mengeluar MYKAD terletak di tangan yang berkepentingan. Mereka boleh menghasilkan MYKAD untuk sesiapa sahaja mereka mahu.

Hairannya, tiada pula kita Sinar Harian menjawab persoalan2 yang berkaitan dgn Mismah yang masih berlegar-legar sehingga sekarang. Misalnya, bagaimanakah Mismah boleh mendapat PR dalam masa 5 bulan sahaja berada di Malaysia. Tidakah itu satu perkara yang menghairankan serta menunjukkan ada nya pembohongan?

Begitu juga pendedahan Sinar Harian terhadap beberapa orang ahli UMNO yang didedahkan sebagai pengundi berganda. MAsakan ahli2 UMNO ini mahu mengaku mereka mengundi lebih dari sekali?

Tapi tidak apa kerana ada beribu2 lagi contoh yang SInar Harian perlu siasat dan dapatkan penjelasan. Juga, Sinar Harian perlu juga menyiasat mengapa mengapa ada dua nama mereka di dalam Senarai Daftar Pemilih?

Mengapa juga mereka ada dua nombor IC?

Yang itu Sinar Harian terlupa nak siasat. Cuma ambil kenyataan mereka sahaja. Mana mungkin mereka nak mengaku terberak di tengah jalan.

Sekian

Tulang Besi



Read more!(Selanjutnya)

Permain Hukum Qazaf, Perlu Dakwa UMNO atas Tuduhan Murtad

Di dalam sebuk2 UMNO dan juak2 mereka memperjuangkan murtad, tiba-tiba Saiful Bukhari diberi publisiti yang tersangat besar bagi tujuan memfitnah Anwar Ibrahim.

Sedangkan Saiful Bukhari tiada membawa 4 orang saksi untuk membuktikan tuduhan zina beliau terhadap Anwar Ibrahim. Malahan, bukti fizikal mahupun DNA juga tidak membuktikan beliau diliwat.

Dengan kata lain, hukum Qazaf yang diwajibkan oleh Allah ke atas makhluknya dipermainkan oleh UMNO sewenang-wenangnya.

Sepanjang yang Tulang Besi mengaji, sesiapa yang mempermainkan hukum Allah, maka hukumnya murtad dan wajib dibicarakan di dalam mahkamah syariah. Sekiranya di dapati bersalah, wajib disuruh bertaubat dan sekiranya mereka engkar, maka wajiblah dihukum pancung.

Antara sebab2 yang diberikan oleh mereka di dalam menolak hukum Qazaf adalah seperti yang saya naqal dari seorang juak UMNO dalam alam Twitter seperti di bawah:



Ertinya, mereka menolak hukum Qazaf kerana mereka mahu Anwar Ibrahim didapati bersalah atas tuduhan Zina dan Liwat. Apabila Allah SWT mewajibkan hukum Qazaf ke atas umatnya, UMNO melihat suruhan Allah SWT sebagai satu usaha untuk membebaskan Anwar Ibrahim yang dilihat oleh UMNO sebagai penzina dan peliwat.

Bukti tidak penting kerana yang penting kehendak dan nafsu UMNO yang mahukan Anwar didapati bersalah.

Ini selaras dengan ucapan "Nabi" agama UMNO bernama Mahathir Muhammad Iskandar Kutty:

"Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.


Orang seperti Tun Faisal ini adalah tersangat ke hadapan di dalam memperjuangkan JAIS dan kononnya berlaku usaha pemurtadan di DUMC.

Pada waktu yang sama, amalan2 yang membawa kepada murtad begitu berleluasa di dalam UMNO. Sepatutnya JAIS menyerbu Bangunan UMNO di Shah Alam dahulu sebelum menyerbu Gereja DUMC. Ini kerana unsur2 murtad yang disebarkan UMNO lebih bahaya berbanding mana-mana gereja kristian.

Akhir kata, kita tidak perlu hairan mengapa beberapa kumpulan ISlam (dan PAS) menolak untuk menyokong JAIS (yang terkenal pro UMNO) dalam isu ini.

UMNO sendiri menjadi agen menyebarkan nilai2 murtad di kalangan umat Islam di Malaysia. Mustahil, UMNO boleh menjadi pejuang anti murtad.

Tulang Besi




Read more!(Selanjutnya)

Friday, August 19, 2011

Kenapa NGO2 Islam Tidak Lapor Pasal Masjid Qadyani di Kampung Nakhoda?

Tulang Besi terbaca keratan akhbar di bawah yang diemailkan kepada Tulang Besi. Soalan Tulang Besi adalah mengapa NGO2 ini tidak mendesak JAIS untuk mengambil tindakan menutup masjid Qadyani di Kampung nakhoda. Ajaran Qadyani adalah lebih berbahaya dari Krisitan kerana lagak mereka seiras seperti orang Islam. Mereka juga solat, berpuasa, berzakat dsbnya.

Namun, mereka percaya Miraz Ghulam Ahmad adalah Nabi selepas Nabi Muhammad SAW.

Masjid Qadyani masih terus tersergam indah walaupun telah ada fatwa mengkafirkan Qadyani di Selangor semenjak 1975 lagi.

Hairan juga tindakan JAIS yang tidak menutup masjid ini selepas lebih 50 tahun beroperasi.

Saya teringat salah satu ceramah arwah Ustaz Fadzil satu masa dahulu, bahawa terdapat ramai ahli2 dan aktivis UMNO yang menganut fahaman Qadyani ini. Tak hairan walaupun fatwa telah keluar tahun 1975, masjid Qadyani terus diizinkan beroperasi sampai hari ini.

Atas sebab itulah Tulang Besi amat yakin tindakan-tindakan seperti di bawah tiada kena mengena dengan usaha membenteras murtad. Ianya lebih kepada menjayakan propaganda serta kempen politik UMNO dan Barisan Nasional semata-mata.


KLIK IMEJ
TULANG BESI




Read more!(Selanjutnya)

Thursday, August 18, 2011

Penglibatan UMNO dalam Serbuan JAIS Sudah Tidak Dapat Dinafikan Lagi?

Gegak gempita bumi Selangor apabila Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor menyuruh Dato' Mustafa Ali menarik balik tuduhan bahawa UMNO adalah dalang di sebalik penyerbuan gereja DUMC di Seksyen 13 Petaling Jaya. DAto Mohd Zin memberikan Cikgu Pa Ali 3 hari untuk menarik balik kenyataan beliau untuk mengelakkan apa-apa tindakan yang tidak diingini.

CIkgu Mustafa Ali, sebagai hujah balas, kekal dengan keputusan asal beliau dan tidak mahu menarik balik kenyataan asal beliau, yakni:

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mempertahan kenyataannya bahawa isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) adalah 'perangkap' Umno.


Tulang Besi pun nampak corak permainan blogger2 UMNO terhadap isu ini nampaknya menyokong kenyataan Mustafa Ali itu.

Persoalan yang paling besar adalah bagaimanakah bahan2 bukti yang sepatutnya rahsia dan tidak boleh didedahkan kepada umum, terlepas kepada Blogger2 UMNO?

Bahan2 bukti seperti:

1.0 Rakaman video serbuan JAIS ke atas DUMC tersebut

2.0 Laporan bertulis JAIS berkaitan serbuan tersebut yang sepatutnya hanya dibaca oleh Menteri Besar sahaja

3.0 Butiran 12 orang serta maklumat pribadi seperti nama dan nombor IC mereka serta gambar-gambar sebahagian dari mereka.

4.0 Gambar salah seorang peserta yang didakwa sebagai penganjur majlis tersebut bernama Nadea

5.0 Pemalsuan dokumen MBPJ oleh Papagomo dan rakan2

6.0 Dokumen2 yang didakwa dijumpai oleh JAIS seperti "itenerary" dan "kertas soalan kuiz" yang sepatutnya rahsia

7.0 Pengarah JAIS serta Exco Agama sendiri tidak tahu berkenaan serbuan JAIS tersebut.


dan banyak lagi

Pendek kata butiran2 yang sepatutnya dirahsiakan oleh JAIS telah menjadi bahan siaran oleh blog2 UMNO. Fenomena ini memperlihatkan hubungan rapat antara JAIS dengan UMNO, pada pendapat Tulang Besi.

Maka, kenyataan Cikgu PA itu ada asasnya. Ditambah pula sumber yang memberitahu Cikgu Pa itu datangnya dari dalam JAIS sendiri.

Cikgu Pa telah menyahut cabaran Dato' Mat Zin. Cikgu Pa anak jantan dan sanggup berentap.

Inshaalah, kebenaran akan berada di pihak Cikgu Pa.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Doa Laknat Tulang Besi Ke Atas Papagomo Di Hadapan Kaabah

NOTA EDITOR: Sempena skandal PAPAGOMOGATE yang telah memalsukan dokumen kerajaan, sempena repot polis yang telah dibuat oleh pegawai2 MBPJ terhadap beliau dan rakan-rakan, sempena saman yang berjumlah berjuta-juta ringgit ke atas beliau dan rakan2 beliau, Tulang Besi berhajat untuk membawa semula artikel berkaitan doa laknat Tulang Besi ke atas mereka yang terlibat dalam skandal ini.

Perhatikan dari TWEET Papagomo dibawah nama blogger2 yang terlibat di dalam menyebarkan dokumen palsu ini:

KLIK IMEJ

Perhatikan juga nama-nama yang disebut dengan jelas oleh Tulang Besi di hadapan Kaabah supaya mereka ini dilaknat Allah SWT kerana menyebarkan fitnah serta mempermaikan hukum Allah SWT terutamanya hukum Qazaf:


Ya Allah, Tuhan Semesta Alam,Kau turunkan bala Mu kepada blogger2 UMNO seperti Papa Gomo, ParpuKari, Ruang Bicara Faizal dsbnya yang telah sewenangnya melakukan Qazaf, berdusta dan menghina hukum Mu. Ya Allah, di hadapan Kaabah Mu, aku memohon supaya kau menurunkan bala bencana ke atas mereka seperti bala yang Kau pernah turunkan kepada kaum Nabi Nuh dan kaum Nabi Lut. Aminn!!!

Adakah ini bermakna doa Tulang Besi di hadapan Kaabah yang mulia dan suci sudah semakin dimakbulkan Allah SWT? Amin ya Allah Amin!!!

Natijah dari tindakan jijik mereka2 ini adalah mereka mungkin di dakwa di mahkamah serta dipenjara atau didenda kerana memalsukan dokumen kerajaan.

Selain dari itu, mereka mungkin akan muflis kerana disaman Khalid Samad, Elizabeth Wong, Nik Nazmi serta Teresa Kok. Ertinya, mereka akan habiskan sisa-sisa hidup mereka sebagai muflis.

Sebelum saya lupa, pada puak2 ni, Tulang Besi telah acap kali mengingatkan mereka berkenaan hukum Qazaf dan betapa mereka telah melanggar hukum ini serta menghinanya.

Namun, ingatan Tulang Besi tidak pernah diendah. Mereka terus mempermain-mainkan hukum Allah dan menghinanya.

Maka doa diatas telah dibuat sebagai menyelamatkan umat Islam di Malaysia dari dibala kerana membiarkan hukumNya dipermainkan sewenangnya oleh Papagomo dan rakan-rakan.

Inshaalah, kita nantikan penghujung senario ini. Inshaalah, doa Tulang Besi dihadapan Kaabah akan dimakbulkan Allah SWT. AMIN!!!!

Tulang Besi

ps Artikel doa laknat depan kaabah Tulang Besi boleh dibaca di bawah:



Malaysia Waves: Doa Laknat Untuk Blogger2 UMNO Di Hadapan Kaabah


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca-pembaca Malaysiawaves sekelian.

Tulang Besi tidak mengupdate blog untuk jangkamasa semingu sebelum ini kerana Tulang Besi pergi menunaikan umrah di Mekah.

Peluang mengerjakan umrah telah digunakan Tulang Besi untuk membuat SUMPAH LAKNAT kepada blogger-blogger UMNO kerana perbuatan mereka menyebarkan fitnah yang melampau.

Dihadapan Kaabahs serta di Bukit Safa dan Marwa, Tulang Besi telah mengungkapkan:

Ya Allah, Tuhan Semesta Alam, Kau turunkan bala Mu kepada blogger2 UMNO seperti Papa Gomo, ParpuKari, Ruang Bicara Faizal dsbnya yang telah sewenangnya melakukan Qazaf, berdusta dan menghina hukum Mu. Ya Allah, di hadapan Kaabah Mu, aku memohon supaya kau menurunkan bala bencana ke atas mereka seperti bala yang Kau pernah turunkan kepada kaum Nabi Nuh dan kaum Nabi Lut. Aminn!!!


Tulang Besi meminta para pembaca sekelian turut mengucapkan doa yang sama serta mengaminkannya.

Di bawah, adalah gambar Kaabah yang terbaru untuk tatapan para pembaca sekelian

Tulang Besi



Read more!(Selanjutnya)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...