Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Loading...

Friday, September 30, 2011

Laporan Program Jom Shopping di DUN Seri Setia

ULASAN: Lagi berita kejayaan program "Jom Shopping". Kali ini di DUN Seri Setia dari kawasan yang merupakan kubu kuat UMNO.
Warga Emas Terharu Dibantu Melalui Program Jom Shopping
Monday, 26 September 2011 | Ruangan: Berita

KELANA JAYA, 26 SEPTEMBER : Seramai 120 orang warga emas di Dun Sri Setia yang berdaftar telah diraikan dalam program ‘Jom Shopping’ di Pasar raya besar Giant di sini .

Program ini adalah salah satu agenda kerajaan negeri Selangor membalas jasa golongan warga emas yang terkandung Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di bawah Skim Mesra Usia Emas.

Melalui program jom shopping itu, setiap dari mereka diperuntukkan wang belanja RM100 oleh kerajaan negeri untuk membeli barang keperluan mereka.

Dalam Adun Seri Setia Nik Nazmi menjelaskan, kerajaan negeri sentiasa perihatin dengan apa yang telah dijanjikan kepada rakyat.

“Ini ada salah satu usaha kerajaan dalam menghargai apa yang telah dilakukan oleh warga emas selama ini dan ini juga salah satu cara kekayaan negeri ini dapat dikongsi bersama dengan rakyat.

“Kita tahu Negeri Selangor adalah sebuah negeri yang kaya sejak zaman pemerintahan Barisan Nasional lagi tetap kerajaan terdahulu gagal membawa rakyat untuk bersama-sama menikmati kekayaan tersebut malah rakyat terus terpinggir dan dibebani dengan masalah ekonomi,” jelasnya.

Tambahnya lagi program Jom Shopping ini melibatkan seluruh warga emas di negeri Selangor dan kepada mereka yang ingin menyertainya perlu mendaftar di setiap Pusat Khidmat Masyarakat.

“Setiap warga emas yang ingin menyerta program tersebut perlu mendaftarkan diri di Pusat Khidmat Masyarakat di setiap Dun.

“Dari senarai yang berdaftar itulah kerajaan negeri akan mengeluarkan peruntukkan untuk program ini, selain itu juga warga emas yang mendaftar akan mengikuti Skim Mesra Usia Emas yang mana keluarga mereka akan mendapat RM2500 jika berlaku kematian kepada warga emas tersebut,” sambungnya lagi.

Sementara itu seorang warga emas, Ramlah Binti Mohit 70 tahun terharu dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan dan merasakan ini adalah satu usaha yang baik telah ditunjukkan dalam meraikan golongan yang lama.

“Makcik betul-betul terharu dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan hari ini, walaupun melihat jumlahnya hanya seratus ringgit ia dapat meringgankan beban makcik dalam membeli barang keperluan.

“Apa yang dapat makcik lakukan hanya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat kerana sanggup berkongsi dengan rakyat hasil kekayaan negeri ini kalau dulu kita tidak dapat menikmati tetapi sekarang kita telah merasa begitu juga dengan bekalan air percuma,” jelasnya.

Sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor, kerajaan negeri telah memperuntukan sebanyak RM465 juta bagi menjayakan program MES dan sebanyak RM49 juta dikhususkan untuk Skim Mesra Usia Emas.

Usaha murni ini adalah keperihatinan kerajaan mengembalikan kembali hasil kekayaan negeri ini kepada rakyatnya untuk dinikmati bersama.




Read more!(Selanjutnya)

Pengerusi YADIM Tidak Persoal UMNO Tolak Hudud Atas Desakan Seorang Pelakon Porno


Nampaknya, Pengerusi YADIM sudah mula bermain politik murahan beliau. Dalam laporan TheMalaysianInsider terbaru beliau dilaporkan berkata:

“Setiap orang Islam tidak menentang hukum hudud yang sebenar, tetapi yang ditentang sekarang ialah hukum hudud ciptaan mereka yang gila kuasa untuk memerintah,” kata beliau (gambar) yang merujuk kepada usaha PAS sejak hampir dua dekad lalu.

Lagu sumbang ni dinyanyikan UMNO sejak tahun 1993 lagi.

NAMUN, apabila Tok Guru Nik Aziz meminta UMNO sendiri merangka deraf hudud untuk dilaksanakan di Kelantan, sehingga hari ini pelawaan PAS itu TAKUT untuk diterima oleh UMNO.

Yang lebih menyedihkan adalah pelawaan PAS dibalas dengan amaran keras oleh UMNO yang akan melaksanakan MAGERAN kalau Hudud dilaksanakan di Kelantan.

Sepatutnya Pengerusi YADIM harus menyoal mengapa UMNO begitu mudah tunduk kepada amaran seorang pelakon porno? Hanya kerana pelakon porno itu tidak redha, maka hukum Allah SWT diketepikan

Tapi nak buat macamana, Pengerusi YADIM adalah lantikan UMNO. Terpaksalah buat kerja-kerja kotor UMNO.

Tulang Besi




Read more!(Selanjutnya)

Thursday, September 29, 2011

Penarikan Tauliah Adalah Untuk Menghentikan Isu Zakat Diperbincangkan

Dari perbincangan Tulang Besi dengan beberapa orang teman, teori yang disebut dalam tajuk posting ini semakin benar.

Langkah2 seperti penarikan tauliah, pendakwaan ke atas Khalid Samad kerana beri ucapan dalam masjid, perjumpaan rahsia dgn NGO untuk menjatuhkan MB Selangor dsbnya adalah satu langkah desperado.

Langkah tersebut adalah semata-mata untuk:

MENGHENTIKAN PERBINCANGAN BERKAITAN PENTADBIRAN ZAKAT DI SELANGOR


Lihat sendiri.

Sewaktu isu SERBUAN JAIS ke atas GEREJA DUMC, isu pentadbiran zakat heboh diperkatakan.

Rata-rata, semua mempersoalkan apakah yang telah berlaku dengan zakat Selangor sehingga keluarga2 Islam yang miskin terpaksa minta pertolongan gereja untuk sesuap nasi.

Isu MURTAD telah mula bertukar arah kepada isu PENTADBIRAN ZAKAT yang pincang. Maka, langkah drastik terpaksa diambiil untuk menghentikan ombak keraguan rakyat ke atas pentadbiran zakat di Selangor.

Maka, demi menghentikan persoalan2 rakyat langkah2 ini diambil:

1.0 Tarik tauliah Khalid Samad
2.0 Dakwa Khalid Samad di Mahkamah Syariah kerana beri ucapan pasal Gaza dan Palestine
3.0 Tarik tauliah Dr Rani
4.0 Buat konspirasi untuk pecat MB Selangor supaya isu murtad dapat dihidupkan semula


Hasilnya, sekarang ini, masyarakat umum tidak lagi memperbincangkan isu pentadbiran zakat. Yang dibincang adalah pendakwaan Khalid Samad serta penarikan tauliah ke atas pemimpin2 PAS.

LEMBAGA ZAKAT SELANGOR MESTI DIAUDIT OLEH SEBUAH BADAN BEBAS DAN LAPORAN DIDEDAHKAN KEPADA RAKYAT UMUM

Untuk pengetahuan semua, kutipan zakat di Selangor bagi tahun 2011 (Januari ke Jun 2011) untuk tempoh 6 bulan sahaja adalah berjumlah RM128 juta.

Malangnya, laporan2 ini hanya disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor.(Sila lihat di sini)

Tulang Besi ini mendesak supaya sebuah badan audit bebas dilantik untuk mengaudit Pusat Zakat Selangor dan membentangkan laporan audit mereka kepada Dewan Undangan Negeri.

Tulang Besi mahu SELCAT melantik sebuah badan audit yang bebas dan bertaraf antarabangsa untuk menjalankan audit ke atas Lembaga Zakat Selangor.

Rasanya, inilah tanggungjawab kita seluruh Selangor untuk memastikan setiap sen wang zakat sampai kepada mereka yang memerlukannya.

Selagi kita terus bercakap tentang zakat, selagi itulah puak2 MAIS ini tak tidur malam.

Tak hairanlah mereka begitu

TULANG BESI




Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, September 27, 2011

Parti Penyembah Pelakon Porno (PPPP) - Nama Baru UMNO

Malam tadi Tulang Besi mendapat ilham. Bayangkan, tidak sampai 3 hari selepas Presiden MCA memberikan amaran, UMNO terus sujud menyembah MCA.

Presiden MCA (dan Gerakan) beri amaran kepada UMNO pada 22 hb September, Najib Tun Razak secara umum MENOLAK perlaksanaan hudud di Malaysia pada 24 hb September. Tak sampai tiga hari selepas amaran dikeluarkan oleh "pelakon porno", UMNO terus menyembah MCA.

Maka, selayaknya UMNO menukar nama mereka kepada:

"Parti Penyempah Pelakon Porno" atau PPPP


PAS pula dengan jelas dan terang masih berpegang dengan hukum hudud dan tidak akan berundur.

Sungguh hairan mengapa UMNO begitu lemah dan lesu tidak mahu mempertahankan agama sendiri sehingga tidak sampai 2 hari mereka telah sujud di kaki pelakon porno.

Ada jugak yang gelarkan UMNO ni dgn nama "UMporNO". Tapi, saya rasa nama PPPP ni lebih mudah dan mengasyikan

Sekian

Tulang Besi



Read more!(Selanjutnya)

Kenapa Surat PM/Mahathir Berkuasa Menghalang Perlaksanaan Hudud di Kelantan?

Kalau dilihat dari surat Perdana Menteri Mahathir Muhammad kepada MB Kelantan, Tok Guru Nik Aziz pada 15 Julai 1994, tidak nampak apa-apa yang bahayanya. Tiada sebut pasal MAGERAN, rampasan kuasa, penangkapan pimpinan2 PAS di bawah ISA, penggantungan DUN Kelantan dsbnya.

Menaqal sedikit dari perenggan akhir surat Dr Mahathir itu:

.......maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

15 Julai 1994



AKTA DARURAT KELANTAN 1977

Ramai tidak sedar bahawa Kelantan masih di tertakluk di bawah Akta Darurat Kelantan 1977.

Akta ini membenarkan kerajaan Pusat:

1.0 Mengambil alih pemerintahan Kerajaan Kelantan
2.0 Menggantung DUN Kelantan serta kesemua Enakmen-Enakmen yang telah diluluskan
3.0 Menangkap sesiapa sahaja yang dilihat sebagai membahayakan keselamatan KElantan.


Ramai yang menuduh Tok Guru Nik Aziz pengecut dan takut untuk melaksanakan hudud di Kelantan

Ini kerana ramai yang tidak tahu menahu akan Akta Darurat ini.

Apabila mantan Perdana Menteri telah memberi amaran keras untuk tidak melaksanakan hukum hudud, maka ia bermakna Perdana Menteri boleh menggunakan Akta Darurat 1977 untuk MENGAGALKAN perlaksanaan hukum tersebut di Kelantan.

Apabila DUN telah digantung dan pentadbiran kerajaan negeri diambil alih kerajaan Pusat, secara otomatik hudud yang hendak dilaksanakan tadi tidak dapat dilaksanakan sama sekali.

Maka, tindakan mantan Perdana Menteri/Mahathir tidak lebih dari tindakan Stalin dan Lenin yang telah menghapuskan sama sekali perlaksanaan undang2 Islam di negera2 Asis Barat satu masa dahulu.

Seharusnya Maahthir dibicara di Mahkamah Syariah atas tuduhan murtad.

Dan, Perdana Menteri sekarang lebih rela sujud pada pelakon porno dari menjalankan hukum yang diturunkan oleh Allah SWT

Tulang Besi


Read more!(Selanjutnya)

UMNO Sujud Pada Pelakon Porno. Buang Allah SWT

Di bawah adalah laporan berkaitan amaran pelakon porno kepada UMNO untuk tidak membenarkan perlaksanaan hukum hudud:

KLIK IMEJ


Amaran tersebut terus dipatuhi. Pelakon porno lebih berkuasa dari Allah SWT dalam minda UMNO:


KLIK IMEJ


Sekarang kita nampak mengapa ada fatwa mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan parti2 kafir.

Kerjasama UMNO itu sering dijadikan alasan untuk membuang syariat Islam ke dalam longkang. Maka, tak hairanlah ulama2 pondok tersebut telah mengkafirkan UMNO.

Syabas UMNO di atas usaha mereka menyesatkan jutaan umat Islam. Namun, usaha kamu selama beberapa dekad ini telah gagal kerana hukum syariah Islam sudah menjadi cukup popular di kalangan umat Islam

Tulang Besi



Read more!(Selanjutnya)

Hudud: Patutlah UMNO Pernah Dikafirkan oleh Ulama2 Pondok Dahului


(DEngan Ehsan Merdeka Center)

KLIK IMEJ


Sedari zaman sebelum Merdeka lagi UMNO dengan lantang menolak hukum syariah ISlam. Malahan, kalau tidak disebabkan PAS masuk BN pada tahun 1974, nescaya kita tidak akan mendengar azan di kaca televisyen kita.

Sememangnya UMNO adalah rakan karib MCA dan MIC kerana mereka sama-sama ijmak menolak hukum Islam dan menghalalkan apa yang diharamkan Allah SWT.

Dalam kes terbaru yang melibatkan hudud, berebut-rebut pimpinan UMNO seperti Najib, Zahib Hamidi, Muhyiddin dan sebagainya menurut kehendak pelakon porno bernama Chua Soi Lek.

Malahan, yang hairannya, seorang graduan Oxford yang hampir tiada latar belakang agama boleh tampil dan meminta supaya hudud dibenarkan di KElantan.

Namun, jgn kita tertipu dengan sandiwara Khairy Jamaluddin itu. Ia tidak lebih langkah desperado dari KJ untuk menyelamatkan UMNO di kaca mata orang Melayu terutamanya pengundi baru kalangan orang Melayu.

Mengikut kajian terbaru Merdeka CEnter, sokongan kepada hukum jenayah Islam di kalangan pemuda/di Islam adalah terlampau tinggi.

Mengikut gambarajah di atas:

1.0 72% belia Malaysia menyokong hukum potong tangan

2.0 92% menyokong hukum bunuh kepada jenayah membunuh

3.0 93% menyokong hukum sebat ke atas peminum arak.

Malahan, kajian yang sama menyatakan 72% belia Islam di Malaysia menyokong Al Quran menjadi hukum tertinggi di Malaysia.

Jelas, UMNO sedang menggali kubur sendiri. MEreka sanggup tunduk kepada amaran yang diberikan seorang pelakon porno dan menolak arahan dari Allah SWT.

Tak hairanlah ada ulama2 pondok pada tahun 50an dan 60an yang telah mengkafirkan UMNO.

Ya memang benar telah berlaku kafir mengkafir ke atas UMNO tapi pengkafiran itu datang dari Pondok bukan dari PAS.

Sekian

Tulang Besi





Read more!(Selanjutnya)

Monday, September 26, 2011

Zahid Tolak Hudud kerana Takut Kepada "pelakon PORNO"

ULASAN: Alasan yang digunakan oleh Ahmad Zahid Hamidi adalah kononnya hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.

Alasan sebenar adalah kerana MCA dan Gerakan tidak memberi PERKENAN mereka. Alasan "TIDAK SESUAI" yg digunakan Zahid Hamidi tidak berasas sama sekali. Ia terlalu umum dan tidak berpaksi kepada realiti semasa.

Zahid secara otomatik mengatakan ilmu Allah SWT terhad pada zaman Nabi SAW. Allah SWT tidak tahu suasana Malaysia sekarang pada masa ini sewaktu hukum hudud ini diturunkan kepada NAbi SAW.

Hakikatnya UMNO/Najib lebih tunduk kehendak PELAKON PORNO berbanding dengan kehandak Allah SWT.

Zahid sanggup menghina Allah SWT demi kehendak seorang pelakon porno.

Itulah UMNO. Sebuah parti yang membenci hukum Allah dan mengagungkan pelakon porno.

Sekian.

Hudud not suitable, says Ahmad Zahid

BAGAN DATOH: The nation's multi-cultural setting makes it unsuitable for hudud law to be implemented here, Umno vice-president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said.

He added that Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak had agreed that it was not suitable to implement it.

“As Muslims, we believe in hudud. But our plurality makes it unsuitable for the laws to be implemented,” he said after launching the Kita Anak 1Malaysia Carnival here.

In PETALING JAYA, Gerakan president Tan Sri Dr Koh Tsu Koon said Pakatan Rakyat should already know that implementing hudud law goes against the Federal Constitution and the Police Act.

He said 10 years ago, the then Terengganu mentri besar Datuk Seri Abdul Hadi Awang wanted to implement hudud law in the state, but his plan was rejected by the Federal Government.

“The Government ruled that hudud law is against the Federal Constitution and the Criminal Procedure Code. Therefore, I am baffled that Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat is bringing this issue up again,” Dr Koh said after opening the Selangor Gerakan state delegates' assembly yesterday.

In KUALA TERENGGANU, Terengganu Mentri Besar Datuk Seri Ahmad Said said PAS and DAP would never leave Pakatan despite their disagreement on hudud.

He said the whole controversy regarding hudud law was nothing but a political gimmick as PAS knew state enactments would always be superceded by Parliament.

“The parties within Pakatan will not leave the coalition as they are using each other to fish for votes.

“Even Abdul Hadi once claimed hudud was not that important when PAS was in power in Terengganu,” he said after presenting e-books to primary school pupils here yesterday.



Read more!(Selanjutnya)

Sunday, September 25, 2011

MCA/Gerakan Beri Amaran. UMNO Menurut Dengan Patuh

Pada mulanya, MCA dan GERAKAN memberi amaran keras terhadap perlaksanaan hukum Jenayah Syariah (hudud) di Kelantan. Mereka akan keluar dari BArisan Nasional kiranya UMNO menyokong perlaksaanaan undang-undang syariah di Kelantan:



Akibat dari amaran MCA dan Gerakan, Najib Tun Razak dengan segala rasa takut telah menurut 100% kehendak kedua-dua parti tersebut:




Semua sudah maklum, sekiranya UMNO setuju tiada siapa yang boleh menentang perlaksanaan hukum Jenayah Islam di Kelantan. Namun, UMNO lebih rela mengikut telunjuk MCA dan Gerakan (baca: tokeh2 judi dan arak) dari mengikut kehendak Allah SWT.

Tulang Besi




Read more!(Selanjutnya)

Friday, September 23, 2011

HUDUD: UMNO Lebih Tunduk Pada MCA dari Allah

ULASAN: Jelaslah selama ini UMNO tunduk pada MCA (dan MIC) dan menolak hukum Allah. UMNO letak MCA dan MIC lebih tinggi dari kehendak Allah SWT. UMNO sanggup humban hukum Allah SWT semata-mata mahu melihat MCA dan MIC gembira.

Tidak hairanlah kerana selama UMNO wujud pun yang memberi wang kepada UMNO untuk beroperasi adalah MCA. Jadi, apabila MCA berkata mereka tidak mahu hukum Allah SWT, maka UMNO tunduk patuh.

Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia Yang Lebih


Namun, pemimpin2 UMNO seperti Dr Mahathir Muhammad Iskandar Kutty secara azali MEMBENCI HUKUM ALLAH. Maksudnya, MCA tak perlu minta, Dr Mahathir secara sukarela akan pastikan hukum Allah SWT dihinjak dan dihina di Malaysia.

Dr Mahathir membenci Islam lebih dari dia benci Yahudi. Dr Mahathir boleh berkawan dengan Yitzhak Rabin dan boleh pastikan hukum Islam tidak dilaksana di Kelantan.




XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
'MCA akan berpisah dengan Umno jika laksana hudud'
Hazlan Zakaria, Sep 23, 11, 12:09pm


MCA hari ini mengulangi pendiriannya yang anti-hudud sehingga akan sanggup berpisah dengan sekutu lamanya, Umno, jika parti Melayu itu melaksanakan perundangan Islam itu.

Presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek berkata, jika Umno mahu melaksanakan hudud, MCA tidak mahu menjadi sebahagian daripadanya.

Beliau menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan persidangan menjadikan negara berpendapatan tinggi satu realiti, di Subang Jaya hari ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau memahami bahawa sebagai orang Islam, orang Melayu dalam Umno mesti menerima hudud tetapi beliau menghargai hakikat bahawa tiada pemimpin Umno yang mendesak pelaksanaannya, tidak seperti PAS yang mahu berbuat demikian.

"Apa yang jelas ialah MCA menentang hudud," katanya dengan tegas.

Chua mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa Umno sebagai parti orang Islam, mesti menerima undang-undang hudud, sambil berkata bukan lagi masanya bagi perundangan Islam itu dilaksanakan di Malaysia yang penduduknya berbilang agama.


Read more!(Selanjutnya)

UMNO Halang Perlaksanaan Hudud di Kelantan atas Suruhan Karpal ke?

Baik Karpal Singh mahupun UMNO, kedua-duanya menolak perlaksanaan hukum hudud. Cumanya, yang menjadi perbezaan adalah Karpal Singh:
1.0 Tidak pernah cuba berlakon menjadi seorang Islam
2.0 Tidak pernah berdemonstrasi protes penggunaan nama Allah oleh Kristian
3.0 Tidak pernah berlakon bersolat di masjid berjemaah
4.0 Tidak pernah berlakon mengerjakan haji dan umrah di Mekah
5.0 Tidak pernah berlakon menentang gejala murtad di Selangor


dan banyak lagi.

Karpal secara terbuka menolak Islam kerana beliau adalah seorang yang bukan Islam.

Berbeza dengan UMNO.

UMNO ke hulu ke hilir mengaku Islam. Ke hulu ke hilir mendabik dada kononnya memperjuangkan Islam.

Namun, hakikatnya pendirian UMNO dan Karpal di dalam MENOLAK dan MEMBUANG hukum syariat Islam adalah SAMA.

Sekurang-kurangnya penolakan Karpal terhadap hukum Islam tidak akan dijadikan contoh tauladan oleh mana-mana orang Islam di Malaysia. Islam juga tidak menyalahkan Karpla di atas pendirian beliau menolak hukum Islam.

Penolakan hukum Islam oleh UMNO bakal membarahkan gejala murtad di Malaysia akibat penolakan hukum Islam oleh orang2 yang mengaku sebagai Islam.

Kalau hari ini UMNO sokong laksana hudud, besok hudud akan dilaksanakan di Kelantan

Tulang Besi



Read more!(Selanjutnya)

Thursday, September 22, 2011

Bekas Pegawai MB Selangor Bakal Masuk UMNO?

NOTA EDITOR:DI bawah adalah sepucuk surat yang diterima oleh Tulang Besi untuk dibaca bersama. Selamat membaca.

Sdr Tulang Besi,

Ada seorang bekas pegawai kepada Menteri Besar selangor bernama Dr Razali Bolhi. Namanya agak pelik kerana beliau berasal dari Sarawak. Beliau adalah bekas Naib Presiden SNAP dan pernah bertanding di Sarawak atas tiket SNAP. Keputusan tersebut adalah:
N19 KEDUP (15,994)
1. FREDERICK BAYOI AK MANGGIE (BN-PBB) ....5,635 undi
2. Prof Dr Razali Bolhi (SNAP) ............3,654 undi
Majoriti: 1,981
Sejak akhir-akhir ini, beliau telah mula mengkritik kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Misalnya, dalam isu UNISEL, Dr Razali memberi sokongan kepada bekas Naib Cancellor yang pro UMNO (Dr Rosti Saruwono).

Ramai tidak tahu mengapa Dr. Razali ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai pegawai MB Selangor. Saya rasa surat aduan terhadap beliau yang dihantar oleh Mangsa Kebakaran Kedai Papan, Sasaran Jeram di bawah boleh memberi gambaran yang lebih jelas.
KLIK IMEJ

KLIK IMEJ


Maka, tidak hairanlah perkhidmatan beliau sebagai Pegawai MB Selangor ditamatkan. Khabarnya, ada kemungkinan besar bekas pegawai MB ini akan membawa beberapa ahli PKR Kuala Selangor keluar dari PKR memandangkan beliau adalah Naib Ketua Cabang Kuala Selangor.

KLIK IMEJ


Diharap dapat menyiarkan surat saya ini sebelum Dr Razali Bolhi benar2 mengisytiharkan diri beliau masuk UMNO.

Sekian

Terima kasih

AHLI PKR KUALA SELANGOR

Read more!(Selanjutnya)

Hari Ini UMNO Sokong, Besok Hudud Terlaksana di Kelantan.

Mana bisa Karpal yang hanya seorang Ahli Parlimen menghalang perlaksanaan hukum jenayah shariah di Kelantan? Karpal tiada kuasa. Karpal tidak menguasai Parlimen, polis, tentera dan sebagainya.

Namun, yang menguasai kekuasaan di Malaysia adalah UMNO dan Barisan NAsional.

Apabila Enakmen hudud diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kelantan selepas Pilihanraya 1990, gegak gempita UMNO menista serta memfitnah PAS.

Apa yang tidak dihambur pada PAS pada masa itu. PAS sesat lah, hudud PAS lah, menindas wanitalah.

Namun, apabila dijemput oleh Tok Guru NIk Aziz supaya UMNO sendiri menggubal "Akta Hudud" supaya boleh dilaksanakan di Kelantan, jemputan Tok GUru Nik Aziz itu membuat UMNO kecut perut dan senyap seribu bahasa.

Akhir sekali, mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Iskandar Kutty mengeluarkan kenyataan yang mengugut untuk melaksanakan MAGERAN di Kelantan sekiranya hukum tersebut dilaksanakan.

Juga, sepucuk surat amaran dihantar oleh PERDANA MENTERI MALAYSIA kepada Menteri Besar Kelantan memberi amaran keras terhadap perlaksanaan hukum Jinayah ISlam dari dilaksanakan di Kelantan.

Sehingga hari ini, surat tersebut tidak ditarik balik oleh mana2 Perdana Menteri Malaysia. Ia bererti surat tersebut masih SAH.

Seperti kata Tok Guru Nik Aziz:

“Saya katakan, surat yang dihantar oleh beliau dulu atas sifatnya sebagai Perdana Menteri

“Saya tidak pernah mendengar dasar bahawa mana-mana surat yang dihantar oleh Perdana Menteri akan tamat tempoh kuatkuasa apabila Perdana Menteri tersebut meletakkan jawatan

“Adakah semua perkara akan tamat tempoh dan perlu diperbaharui apabila berlaku peralihan Perdana Menteri,” soalnya dalam laman sosial Twitter dan Facebook akaunnya pagi tadi.


PERLU PINDA KANUN KESIKSAAN UNTUK LAKSANA HUDUD DI KELANTAN

Selain dari kebenaran MEnteri Dalam Negeri/PErdana Menteri, diperlukan juga pindaan terhadap Kanun Kesiksaan(Penal Code) bagi menjamin hudud terlaksana di Kelantan.

Untuk ini berlaku, perlu sokongan dari Ahli2 Parlimen dari UMNO dan PAS serta PKR. Kita tahu, Penasihat PKR telah memberi sokongan kepada perlaksanaan hudud di Kelantan.

Maka, yang diperlukan sekarang adalah sokongan dari Ahli2 Parlimen UMNO bagi meminda Kanun Kesiksaaan bagi membolehkan hudud terlaksana di Kelantan.

APA SALAHNYA BUKAN ISLAM TIDAK BERSETUJU DENGAN HUDUD?

Hebuh UMNO menjaja kenyataan pemimpin2 DAP menolak hudud dan Qisas. Tetapi, apa yang peliknya mereka yang bukan ISlam menolak hukum Islam.

SAmalah kalau orang Islam menolak "Canon Law". Mana mungkin orang ISlam boleh menerima undang-undang jenayah Agama Kristian.

Begitulah juga orang bukan Islam yang menolak hudud. Ia adalah kerana mereka itu BUKAN ISLAM dan mereka tidak beriman dengan hukum2 Islam.

Namun, yang harus ditanyakan adalah:

Mengapa UMNO yang mengaku Islam menolak HUKUM HUDUD?


Sekian

Tulang Besi





Read more!(Selanjutnya)

Anwar Sokong Hudud Dilaksanakan di Kelantan

ULASAN: Mustahil seorang peliwat dan penzina menyokong perlaksaan hudud dan qisas. Syabas Anwar Ibrahim

Anwar backs hudud in Kelantan
By Shazwan Mustafa Kamal
September 22, 2011


KUALA LUMPUR, Sept 22 — Datuk Seri Anwar Ibrahim today threw his weight behind Kelantan’s longstanding plans to implement hudud, saying that the laws proposed by the PAS government protected the rights of non-Muslims.

The Pakatan Rakyat (PR) de facto leader stressed however that PR had not discussed the matter and this was only a “personal opinion”.

“For now, in general, in principle, I believe this can be implemented. Looking at the specific areas, and there is clear guarantee that there is administration of justice.

“It does not in any way infringe on the rights of non-Muslims,” Anwar (picture) told reporters outside the Jalan Duta courthouse here.

He explained that Kelantan’s hudud law plans were “specific” and it covered two important aspects — a fair administration according to Islamic law and ensuring that the rights of non-Muslims are protected.

“It is a specific area that affects Muslims and does not impeach rights of non-Muslims. The proceeding makes sure that administration of justice is guaranteed,” he said.

Kelantan Mentri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat has challenged Datuk Seri Najib Razak to withdraw any objections the federal government still had over Kelantan’s longstanding plans to implement hudud.

He dismissed as laughable suggestions that Kelantan could now go ahead to implement hudud in the state now that Tun Dr Mahathir Mohamad was no longer the prime minister.

Dr Mahathir, the former prime minister, had previously written to the Kelantan mentri besar to inform him that the state did not have a right to implement hudud, which prescribes stoning, whipping and amputation as punishment for criminal offences.

But in remarks released through his Facebook page today, Nik Aziz pointed out that the letter from Dr Mahathir remained valid.

Anwar also challenged Najib to state his stand on the matter



Read more!(Selanjutnya)

Kadar AIDS di Kelantan MENURUN sejak 2003

Utusan Meloya mewarwarkan kononnya kadar baru AIDS adalah tertinggi di Malaysia. Semalam, Dr Mahathir Muhammad Iskandar Kutty juga mengamok dalam TV kepada Tok Guru Nik Aziz. Marah betul Mahafiraun apabila beliau dipersalahkan kerana Kelantan tidak dapat melaksanakan hukum syariah Islam. Padahal, ada surat dari beliau kepada MB Kelantan mengugut Kelantan untuk tidak melaksanakan hukum syariah.

Mahafiraun menggunakan laporan Utusan Malaysia yang diatas. Masaalahnya, laporan2 ini tidak memberitahu bahawa trend pesakit AIDS di Kelantan sedang menurun. DAn. sekiranya UMNO yang memerintah Kelantan, sudah tentu trend ini akan MENAIK bukan menurun.

Kalau dibenarkan perlaksanaan hukuman hudud, nescaya kadar sakit AIDS di Kelantan adalah paling rendah di Malaysia.

Ni adalah masaalahnya seorang yang bodoh dan lemah fikiran menjadi bekas Perdana Menteri macam Dr Mahathir. Habis kekayaan negara kita dibelanjakan untuk perkara2 yang tidak berfaedah. Kalau lembu jadi PM, nescaya lembu itu lebih baik dari Mahafiraun.

Di bawah diberikan graf pesakit AIDS terbaru mengikut Kementrian Kesihatan. Lihat sendiri trend menurun pesakit AIDS baru. Barang diingat, Kelantan adalah bersebelahan dengan negeri Siam yang terkenal dengan industri pelacuran mereka. Masaalahnya adalah Kelantan tidak berkuasa ke atas penjagaan sempadan Kelantan-Siam.

KLIK IMEJ

Tulang Besi

ps sila baca surat Mahafiraun kepada MB KElantan mengugut supaya Hudud tidak dilaksanakan di Kelantan di bawah:





PERDANA MENTERI MALAYSIAhttp://www.blogger.com/img/blank.gif

YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
KELANTAN

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993
DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum).” Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW. sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya dizaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.

Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan ia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

15 Julai 1994
Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, September 21, 2011

Bendera Malaysia (yg asal) Diluluskan oleh King George VI

Dari nota sejarah, bendera Malaysia sebenarnya telah diperkanankan oleh Raja Inggeris bernama King George VI. (Kesah King George VI ini boleh ditonton dalam sebuah filem popular baru2 ini bertajuk King's Speech):

The design was approved by HM King George VI on 19/5/50, and the flag was first flown at a flag-raising ceremony held by the British High Commisisoner on 26/5/50 in the compound of the Sultan of Selangor's palace, attended by TH the Rulers of the Malay States and British officials.

Maka, apa salahnya sekiranya ada suara meminta bendera Malaysia ditukar kepada bendera lain. Canada, sebuah lagi koloni British, telah menukar bendera mereka. Sila lihat contoh di bawah:

BENDERA CANADA SEBELUM 1946




BENDERA CANADA SELEPAS 1946




Sudahlah bendera kita hanya menjadi bendera kita setelah mendapat perkenan dari Raja Inggeris, ia juga tidak jauh beza dengan bendera Amerika.

Malahan, pernah rombongan bantuan kemanusiaan Malaysia diserang di Iraq satu masa dahulu kerana disangka rombongan kita itu dari Amerika.

Maka, apa salahnya kita menukar bendera kita? Kalau Canada boleh lakukan, mengapa Malaysia tidak boleh.

Kalau baca sejarah Melayu, bendera asal kesultanan Melayu adalah bendera "Sang Saka Merah Putih". Seharusnya asas kepada bendera di Malaysia adalah bendera Sang Saka Merah Putih. Itupun kalau-kalau benarlah Malaya telah merdeka?

Isu bendera yang sedang dinaikkan oleh UMNO sekarang ini bertujuan untuk menutup sikap UMNO yang sebenar, yakni sebagai pencacai penjajah Inggeris.

Tulang Besi

Bendera Malaysia 1826-1946



Bendera Malaysia 1950-1963


Bendera Malaysia 1963 hingga sekarang




Read more!(Selanjutnya)

Air Mani Saiful Dijumpai Dalam Jubor Saiful

Mengikut laporan Malaysiakini yg terbaru:

10.54am: McDonald says that on the B9 swab there is an unidentified person's profile which was not reported.

"It does not belong to Saiful or Male Y."http://www.blogger.com/img/blank.gif

11am: Yusof asks how Saiful's sperm was found in his own anus.

11.02am: Yusof says if there was a rape victim and sodomy took place after that, you will also have the DNA of the victim from the act of sodomy. How is this possible in Saiful's case as he is a male?

McDonald says he saw it in the results given by Seah. Saiful's DNA was in there.

11.05am: Yusof asks for short break.

TERJEMAHAN: 10:52am: McDonald berkata sampel B9 menunjukkan ada seorang yang tidak dilaporkan. Ia bukan milik Saiful ataupun Lelaki Y

11am: Yusof bertanya bagaimana air mani Saiful boleh dijumpai di dalam jubor Saiful?

11:02am: Yusof bertanya lagi kalau ada berlaku liwat atau rogol selepas itu, bukankah akan wujud DNA mangsa rogol dan liwat. Bagaimanakah ini boleh berlaku memandangkan Saiful ini seorang lelaki?

Dr Mcdonald mengatakan kewujudan airmani/Saiful ini bedasarkan laporan Dr Seah sendiri (DR Seah adalah ahli kimia kerajaan)

1105am : Yusof (pendakwaraya) meminta penangguhan

Dengan kata lain, laporan ahli kimia kerajaan UMNO dan Barisan Nasional sendiri menunjukkan wujudnya air mani Saiful dalam jubor Saiful.

Dan, Saiful sendiri memberitahu doktor di Pusrawi bahawa beliau telah memasukkan benda keras di dalam jubor beliau.

Tulang Besi




Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, September 20, 2011

DNA Lelaki Y tidak Datang Dari Air Mani -Dr. Brian McDonald

ULASAN: Serangan UMNO selama ini adalah kononnya ada air mani dlm jubor Saiful. Pakar DNA Australia, Dr Brian McDonalds, menyatakan DNA Lelaki Y( Anwar) itu datang bukan dari air mani. Ia datang dari sumber yang tidak diketahui.

Mengikut Dr McDonald mengatakan tuduhan air mani itu milik Anwar adalah "TEKAAN" semata-mata. Tidak lebih dari itu.


Pakar: Ahli kimia 'sembunyi' maklumat DNA ketiga
Hafiz Yatim, Sep 19, 11, 1:31pm


Pihak pembelaan dalam perbicaraan liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menimbulkan kemungkinan sampel yang diambil dan diuji oleh ahli kimia dicemari tetapi hakikat itu diabaikan.

NONETumpuan adalah terhadap calitan kapas B9 yang diperolehi dari kawasan rektum Mohd Saiful Bukhari Azlan dan tuala putih yang diperolehi daripada sel Anwar apabila beliau ditahan semalaman.

Ram Karpal, yang menyoal balas berkata demikian berikutan penemuan 18 allele yang menunjukkan kemungkinan kehadiran orang ketiga.

Katanya, keraguan timbul tentang prosedur standard makmal Jabatan Kimia Malaysia (JKM) bersabit sampel DNA yang diperolehi daripada pengadu Saiful Bukhari.

dr brian mcdonald sodomy llPakar DNA Australia Dr Brian McDonald (kanan) berkata kedua-dua ahli kimia tempatan Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon - tidak sepatutnya mengabaikan pencemaran berkenaan.

"Mereka sepatutnya menjalankan ujian lanjut untuk memperkuatkan penemuan tentang 18 allele itu," kata McDonald.

Katanya, berdasarkan laporan pakar kimia tempatan itu, mereka telah menemui tiga sampel DNA dari dubur Saiful.

Namun Dr McDonald berkata Seah tidak menyatakan dalam laporannya akan kehadiran DNA individu ketiga yang menyumbangkan bacaan tinggi melalui ujiannya selain daripada Saiful dan 'lelaki Y'.

"Dia (Seah) menemui DNA lain tapi dia tidak melakukan apa-apa," katanya.

Apabila ditanya oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengapa ini adalah perlu, Dr McDonald menjawab kerana lebih banyak ujian diperlukan bagi mengenal pasti milik siapa DNA itu (pada 18 allele).

NONE"Kedua-dua mereka (Seah dan Nor Aidora) tidak menawarkan apa-apa penjelasan mengapa ujian lanjut tidak dilakukan."

Justeru katanya lagi, pakar kimia tempatan itu telah mengabaikan beberapa garis panduan asas makmal untuk memastikan sampel DNA diasingkan sepenuhnya daripada benda asing.

"Dia tidak boleh mengatakan ia milik sesiapa... hanya jika dia melihat melalui mikroskop dan memastikan sampel hanya mempunyai ekstrak sperma asli," katanya lagi.



Read more!(Selanjutnya)

Monday, September 19, 2011

Video Seks - Itu Bukan Anwar (Part 1 & 2)

ULASAN: Di siar sebagai membantu mengingatkan kembali berkaitan fitnah video blue Rahim Thamby Chik ke atas Anwar Ibrahim. Papagomo terbaru ini mengeluarkan rakaman CCTV untuk menyokong fitnah mereka ke atas Anwar Ibrahim. Bagi orang Islam, kita tidak boleh terima tuduhan dalam bentuk video ini. Namun, manusia seperti papagomo ini menganut agama baru, yang dikenali sebagai "Agama UMNO.

Jadi, tidak hairanlah mereka2 ini sewenang-wenangnya mempermainkan hukum Allah SWT seperti yang didedahkan dalam klip2 video di bawah:

Part 1:


Part 2:

PART 3




Read more!(Selanjutnya)

Suasana Program "Jom Shopping" Parlimen Selayang

ULASAN:Gambar di bawah adalah realiti baru di Selangor. Ia bukan hikayat ataupun khabar angin tetapi benar2 berlaku di Selangor. Golongan tua dan miskin mendapat voucher untuk berbeli belah di TESCO secara percuma dari kerajaan PR Selangor. Program di bawah adalah anjuran PKR Selayang. Nak tanya, selama di bawah Ketuanan Melayu, berapa kali org tua2 diberikan layanan sebegini?














Read more!(Selanjutnya)

Papagomo Palsukan Rakaman Video pula.

Hari itu PapaGomo berjanji hendak bawa bukti Johari Abdul minta RM1juta. Tapi, sampai hari ni takda satu video pun. Kemudian, dia tertangkap palsukan dokumen rasmi MBPJ. Tapi tertangkap sbb dia tak sedar gereja DUMC tu terletak di Seksyen 13 PJ dan bukannya di Petaling Jaya.

Sekarang ni, dia cuba palsukan rakaman video blue tajaan Rahim Thamby Chik pula. Dia dakwa rakaman CCTV membuktikan Anwar adalah pelakyu dlm video seks Rahim Thamby Chik.

Kononnya rakaman CCTV itu mempunyai "time stamp" yang konsisten.

Namun, yang hairannya kenapa baju Anwar boleh bertukar warna dgn sekelip mata mcm tu? Sila rujuk gambar dibawah:



Yang hairannya, dia kerap berkata Anwar kuat berbohong. Namun, yang banyak kali kena tangkap berbohong adalah Papagomo sendiri.

Sampai hari ni dia tidak berani memberi nombor IC beliau kepada Khalid Samad untuk disaman di mahkamah. Itulah bukti jelas betapa pembohongnya Papagomo ini.

Yg jelasnya, manusia di dalam video blue Rahim Thamby Chik itu bukan Anwar tetapi pelakon. Ini kerana bidang tubuh pelakon tersebut tidak sama dengan Anwar. Keluarga Anwar sendiri mengesahkan perkara tersebut.

Banyak lagi video2 blue Rahim Thamby Chik ini akan dikeluarkan oleh blogger pembohong Papagomo ini. Jangan takut.

Tulang Besi




Read more!(Selanjutnya)

Mansuh ISA: Hasil dari Kejayaan BERSIH 2.0


Syabas kepada Najib Tun Razak kerana telah menghapuskan ISA (serta beberapa akta lain). Semoga pemansuhan ini bukan sandiwara semata-mata memandangkan ia akan diganti oleh dua akta lain. Mengikut maklumat yang Tulang Besi dapat, dua akta tersebut tidak jauh beza dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang sebelum ini.

Walaubagaimanapun, pemansuhan ini menunjukkan kejayaan BERSIH 2.0. Kalau kita ingat, sebelum berlaku BERSIH 2.0, berkali-kali ugutan penggunaan ISA digunakan. Sepanjang masa kita mendengar ugutan demi ugutan datang dari Polis, KDN, MEnteri Dalam Negeri, Ulama2 upahan UMNO serta orang2 yang kita tidak kenal.

Ugutan ISA itu menjadi percakapan biasa kepada mereka-mereka yang menjadi barua kepada UMNO dan Barisan Nasional. Ini tidak termasuk langkah2 drastik lain yang dijalankan oleh UMNO seperti ugutan, road block, kepongan Kuala Lumpur, tunjuk kekuatan oleh polis dan sebagainya. Termasuk juga TV3 suku dan media-media milik UMNO menjalankan kempen negatif terhadap BERSIH selama beberapa minggu lamanya.

NAMUN, BERSIH 2.0 tetap berjaya. Setiap ugutan dan tindakan yang mereka ambil tidak berjaya melunturkan semangat rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia turun ke jalan raya dengan bilangan yang begitu ramai untuk menyatakan kepada Barisan Nasional bahawa BN tidak boleh mengugut dan membodohkan rakyat Malaysia.

Kejayaan BERSIH 2.0 ini memainkan peranan yang cukup besar bagi memaksa Najib membatalkan ISA (Ikut Suka Aku). Populariti Najib jatuh menjunam selepas BERSIH 2.0. Maka, Najib dgn desperado terpaksa menaikkan populariti beliau. Langkah pemansuhan ini langkah pertama beliau walapun saya sangsi ia langkah yang benar2 ikhlas.

Mari kita sama-sama tunggu butiran 2 akta yang akan dibentangkan Najib bagi menggantikan ISA ini.

Tulang Besi



Read more!(Selanjutnya)

Thursday, September 15, 2011

Panglima Tentera Libya Pernah Ditangkap Kerajaan Malaysia dan Diserah pada CIA


Abdelhakim Belhadj adalah Ketua Turus Angkatan Tentera Libya yang baru selepas jatuhnya Gaddafi.

Mengikut rekod rasmi, Abdelhakim pernah ditangkap oleh Kerajaan Malaysia dan untuk diserahkan kepada CIA pada tahun 2004. Sewaktu ditangkap di KLIA, beliau sedang bersama isteri beliau yang sedang sarat mengandung.

Selepas ditangkap oleh kerajaan Malaysia, beliau telah disimpan di dalam sebuah penjara di Thailand di mana beliau disimpan.

Rasanya juga Abdel Hakim pernah dihantar ke Guantanamo Bay untuk disiksa.

Akhirnya Amerika menyerahkan Abdel Hakim untuk diseksa oleh regim Gaddafi.

Allah SWT Maha Kaya. Orang yang ditangkap oleh Kerajan Malaysia (baca: UMNO) bagi pihak CIA, sekarang ini menjadi Ketua Turus Angkatan Tentera Libya yang baru.

Tak tau macamana Zahid Hamidi nak bercakap dengan AbdelHakim nanti. Mesti kekok. Bayangkan dia ditangkap di negara yang mengaku berjuang Islam ketika beliau bersama isteri beliau yang sedang sarat mengandung.

Tulang Besi

ps masih teringat ucapan Najib di Heritage Foundation di mana Najib begitu bangga dengan bantuan Malaysia kepada usaha BUsh memerangi Islam atas nama memerangi keganasan.




Read more!(Selanjutnya)

UMNO Sedang Sebar Rakaman Perbualan Telefon Kabur Untuk Fitnah Mat Sabu

Rakaman yang disebarkan UMNO itu lebih banyak bunyi "Hiss" dari suara percakapan. Tulang Besi mempersilakan para pembaca yang budiman untuk mendengar sendiri:



Inilah bukti betapa desperado UMNO dalam memfitnah Abang Mat Sabu. Sekaligus mencerminkan sikap biadap mereka kepada Mahkamah Syariah Kelantan yang membuang kes tuduhan khalwat Abang Mat satu masa dulu.

Tak heranlah puak2 UMNO tak hormat MAhkamah Syariah. Kalau Islam itu sendiri mereka hina, apatah lagi Mahkamah Syariah.

Tulang Besi






Read more!(Selanjutnya)

Najib akan Isytihar Penghapusan ISA Hari Ini?

Mengikut satu sumber tidak rasmi yg diterima oleh Tulang Besi, hari ini Najib Tun Razak akan mengisytiharkan penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (atau lebih popularnya ISA) dalam ucapan beliau sempena Hari Kebangsaan hari ini.

Namun, itu tidak bermakna, adik beradik ISA juga akan dihapuskan. Dari pengalaman Parti Sosialis Malaysia (PSM) sebelum BERSIH 2.0, mereka tidak ditangkap di bawah ISA.

Mereka telah ditahan di bawah Akta Darurat yang cara penahanan dan masa penahanan tidak jauh beza dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Walaubagaimanapun, Tulang Besi tidak boleh memberi konfirmasi terhadap maklumat ini. Tunggulah ucapan Najib Tun Razak malam ini.

Wassalam

Tulang Besi




Read more!(Selanjutnya)

FAKTA:Balai Polis Bukit Kepong Tidak Diserang oleh Parti Komunis Malaya

Benar. Ini kerana Parti Komunis Malaya bukanlah sebuah pasukan tentera. Mereka adalah sebuah parti politik.

Adapun Balai Polis Bukit Kepong diserang oleh pasukan dari "Tentera Pembebasan Nasional Malaya"(TPNM)

TPNM sememangnya ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Namun, apa yang penting adalah syarat penyertaan TPNM tidak memestikan ahli pasukan ini menjadi ahli Parti Komunis Malaya.

Dengan kata lain, tidak semestinya mereka yang berjuang di dlaam TPNM ini adalah ahli Parti Komunis Malaya.

Ia sama seperti perjuangan menentang pendudukan tentera Jepun di Malaya oleh MPAJA. MPAJA adalah tentera yang ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya. Namun, di dalam MPAJA ini digabungkan sesiapa sahaja dari berbagai bangsa untuk menentang British.

Maka, benarlah kata-kata Abang Mat Sabu serta adik kepada Mat Indera.

Bahawasanya, Mat Indera tidak pernah menjadi komunis mahupun menjadi ahli Parti Komunis Malaya.

Adapun yang disertai oleh Mat Indera adalah "Tentera Pembebasan Nasional Malaya"(TPNM) yang menggabungkan sesiapa sahaja yang membenci British atau mahu menghalau British dari tanah air Malaya ini.

Juga, syarat menyertai tentera ini tidak mewajibkan ahli-ahlinya mempercayai ideologi komunis.

Tidak dinafikan TPNM ini ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya. Namun, tidak boleh juga dikatakan setiap orang yang menyertai TPNM itu adalah mereka yang berideologi komunis.

Ini lah yang tidak difahami oleh ahli2 sejarah boneka UMNO ataupun mereka-mereka yang kononnya mahu mempertahankan propaganda UMNO.

Tulang Besi juga hairan. Mengapa Balai Polis Bukit Kepong itu dipertahankan oleh UMNO? Bukankah Balai Polis itu milik kerajaan British? Bendera yang berkibar di balai polis tersebut pada masa ianya diserang adalah bendera British (Union Jack), bukan bendera Johor atau bendera MAlaysia ataupun bendera Sang Saka Merah Putih.

Ertinya, Balai Polis Bukit Kepong pada masa itu adalah sebahagian dari pos tentera British. Maka, ketaatan mereka yang didalam balai itu adalah kepada King George VI.

Kita mengasihani anggota polis yang terkorban sewaktu peristiwa itu. Mereka tidak lain dari korban kekejaman British yang menggunakan anak-anak Melayu untuk mempertahankan kepentingan mereka di Malaya.

Tetapi, kita tidak boleh nafikan bahawa Balai Polis tersebut adalah milik kerajaan British dan bukannnya kerajaan Tanah Melayu, Malaya ataupun milik Baginda Sultan Johor.

Tulang Besi juga menasihatkan mereka yang beriye2 membuat deklarasi Bukit Kepong baru-baru ini supaya mengibarkan bendera Union Jack sewaktu membuat deklarasi tersebut. Jangan cuba mengubah sejarah dan mendakwa polis di Bukit Kepong adalah hero. Melayu2 yang terbunuh itu adalah mangsa bukan hero.

Tulang Besi







Read more!(Selanjutnya)

Dr. Mahathir Sahkan Pemimpin2 Awal UMNO Adalah Barua British

Dr Mahathir dilaporkan berkata:

"Kita secara teknikal tidak pernah terjajah. Apa yang kita lakukan adalah sultan-sultan memutuskan untuk menjemput British datang ke mari dan menasihatkan mereka mengenai cara mentadbir negeri. Dalam kata itu, kita tidak dijajah.


"Seperti di Pulau Pinang, kita dibayar supaya memberikan mereka stesen untuk berdagang... Tetapi hakikatnya, apabila British berada di sini, mereka beroperasi seolah-olah kita dijajah.


Ertinya, apabila British boleh memberi arahan kepada Raja-Raja Melayu dan arahan tersebut terpaksa dipatuhi, ertinya KITA TELAH TERJAJAH.

Mengikut sejarah, pemimpin2 UMNO seperti Dato' Onn, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak Hussein, Kapten Hussein Onn dsbnya menjadi PEGAWAI2 KERAJAAN NEGERI yang mana pentadbiran kerajaan2 negeri ini kesemuanya mengikut telunjuk British.

Maka, pemimpin2 awal UMNO kesemuanya boleh dikategori sebagai "BARUA BRITISH". Ini disahkan sendiri oleh Dr Mahathir Mohammad.

Juga, sekiranya kita mahu mengikut pendapat Dr. Zainal Kling dan Prof Khoo Kay Kim, maka wajiblah kita membatalkan sama sekali sambutan MERDEKA setiap 31 Ogos. Pengecualian boleh diberikan kepada negeri Melaka, Pulau Pinang dan Singapura kerana mereka2 ini adalah dikenali sebagai "Negeri-Negeri Selat"

Apa pun, kita telah ditipu. Orang2 yang dilatih, dibela dan dijaga oleh British telah ditabal sebagai hero kemerdekaan. PAdahal, pemimpin2 awal UMNO tidak pernah mengangkat satu jari pun menentang British sebelum Merdeka. Apatah lagi untuk menentang British bagi mendapat kemerdekaan.

Orang seperti Hussein Onn adalah bekai Kapten dalam Tentera British dan pernah berkhidmat untuk tentera British melawan tentera German di Timur Tengah. Bagaimana kapten dalam tentera British boleh menjadi hero kemerdekaan kita?

Hakikatnya, rakyat Malaysia telah tertipu selama ini. Kita telah dinafikan maklumat sebenar siapa hero2 kemerdekaan kita. Kita diperbodohkan dan dilayan seperti badut sarkas kerana dipaksa menerima kononnya pemimpin2 UMNO adalah hero kemerdekaan. Padahal, mereka adalah barua2 British.

Dr. Mahathir patut tahu. Satu masa dahulu, inilah modal yang Dr Mahathir gunakan untuk memburuk-burukkan Tunku Abdul Rahman.

Tulang Besi



Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, September 14, 2011

Muhyiddin Hadiri Makan Malam Anjuran Parti Komunis China



ULASAN: Rasanya Muhyiddin tak tau beza antara parti dgn kerajaan. Hubungan diplomatik adalah antara kerajaan dengan kerajaan.

Alasan menjaga hubungan diplomatik untuk menghadiri jamuan Parti Komunis China adalah satu alasan dangkal.

Ini kerana Zhoulencai adalah pemimpin parti Komunis China. Jamuan makan itu pun anjuran Parti Komunis China dan bukannya kerajaan China.

Maka, jelaslah Muhyiddin adalah telah mengkhianati perajurit2 kita yang telah berjuang menentang kebangkitan Komunis di Malaysia.

Patutlah Muhyiddin tak berani nak debat dgn Mat Sabu. Kalau debat, sah lah Muhyiddin terdedah perangai "Mengata Dulang Paku Serpih" nya.

Tulang Besi





Muhyiddin pertahan kerjasama Parti Komunis China, isu Mat Sabu tiada kaitan
Oleh Melissa Chi
September 13, 2011


KUALA LUMPUR, 13 Sept — Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan kehadirannya pada satu majlis makan malam yang diadakan bersama Parti Komunis China sebagai satu pertemuan dengan rakan perdagangan utama Malaysia, yang tidak harus dikaitkan dengan isu Mohamad Sabu.

Beliau (gambar) akan menghadiri majlis makan malam bersama Setiausaha Agung Parti Komunis China Sun Zhengcai di sebuah hotel di sini malam tadi.

“Hubungan diplomatik kita dengan China adalah yang terbaik buat masa sekarang dan yang kedua dari segi eksport global. Kita ada hubungan yang rapat dalam perdagangan dan industri, pelaburan. Saya tidak melihat isu sedemikian sebagai satu halangan.

“Hubungan antarabangsa adalah normal, bukan hanya bagi Malaysia. Negara-negara demokrasi yang lain seperti Amerika juga ada hubungan (dengan China) kerana hubungan antarabangsa boleh membawa manfaat yang besar, bukan kita menganuti ideologi mereka. Itu hak merekan, urusan negara mereka,” kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan anugerah bagi program tawaran baru untuk guru besar dan pengetua di bawah Bidang Ekonomi Utama Kebangsaan (NKRA) sektor pendidikan di sini hari ini.

“Tiada apa-apa kaitan dengan isu itu (Mat Sabu). Hubungan negara kita dengan China adalah yang terbaik. Persoalan mengenai komen Mat Sabu adalah isu dalaman,” kata Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran.

Di sebalik kontroversi Mohamad menyentuh tragedi Bukit Kepong dalam ceramahnya di Pulau Pinang bulan lalu dan serangan pemimpin-pemimpin Umno ke atasnya, PAS mendakwa parti teras Barisan Nasional itu bersikap hipokrit kerana mengadakan hubungan dengan Parti Komunis China tetapi mendakwa mereka mengagung-agungkan komunis.

Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, September 13, 2011

MAIS Mendakwa Khalid kerana Ucapan Khalid Berkaitan Lawatannya ke Gaza

Begitulah tidak siumannya MAIS dan JAIS. Mereka sanggup mendakwa Khalid Samad hanya kerana Khalid berucap menceritakan pengalamannya di Gaza.

Ikuti penerangan Khalid Samad sendiri seperti di bawah:

Berhubung ucapan saya di sebuah Surau di Sementa, saya tidak ‘mengajar’ agama Islam tanpa tauliah. Saya hanya menceritakan pengalaman saya semasa di Gaza, penyerahan sumbangan yang berjumlah RM 650,000 sebahagian kepada NGO yang diiktiraf kerajaan Palestine dan sebahagian lain kepada fakir miskin di sana. Saya juga, sempena bulan Ramadhan, menyampaikan ucapan ‘Ramadan Kareem’ bagi pihak Ismail Haniyya, Presiden Palestine sepertimana yang beliau telah berpesan kepada saya semasa kami bertemu dan saya sampaikan juga ucapan Selamat Menyambut Bulan Ramadan kepada ahli Qariah yang hadir. Sambil itu, saya mengingatkan diri saya dan juga yang hadir supaya bertindak adil sepanjang masa kerana keadilan adalah lebih rapat dengan sifat keTaqwaan

Jelas, Khalid Samad dizalimi. Hanya kerana beliau berucap dalam kawasan Rahman Palil, maka beliau didakwa.

Khalid cuma memberi ucapan, bukan mengajar agama. Maka, apakah sebabnya Khalid Samad mahu didakwa kerana tiada tauliah? Undang2 tauliah TIDAK RELEVEN untuk Khalid Samad.

Jelas, bukan sahaja Pengerusi MAIS itu sekular, tetapi beliau juga jahil undang2 syariah Selangor.

Tulang Besi


.
Read more!(Selanjutnya)

Saidini Abu Bakar Tidak Layak Terima Tauliah Mengajar di Selangor

Pengerusi MAIS dilaporkan berkata:

“Mais dengan ini mengingatkan dan mengarahkan nazir masjid dan pengerusi surau seluruh Selangor supaya tidak menjemput, membenarkan atau memberikan peluang kepada YB Khalid dan mana-mana ahli politik untuk memberikan ceramah, mengajar, tazkirah atau khutbah berkaitan agama Islam kecuali mempunyai tauliah Mais yang masih berkuat kuasa,” kata Pengerusi Mais Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.


Kasihan rakyat Selangor apabila Pengerusi MAIS sendiri menjadi agen pada sekularisma. Kita ingatkan ajaran sekularisma telah mati, rupanya masih segar bugar dalam Majlis Agama Islam Selangor.

Bagi Tulang Besi, kalau ditakdirkan Allah SWT hidup balik Saidina Abu Bakar AsSiddiq Radiallahuanhu, nescaya sahabat Nabi itu tidak akan diberi tauliah oleh Mohd Adzib atas alasan Saidina Abu Bakar adalah seorang ahli politik.

Bukan hanya ahli politik nasional tetapi ahli politik antarabangsa,

Inilah yang dikatakan oleh YB Khalid Samad sebagai "agen UMNO" kerana UMNO itu fahamannya sekular. Maka, oleh kerana Mohd Adzib adalah UMNO, beliau terpaksa menyebarkan fahaman sekularisma UMNO dalam isu ini.

Bagi Tulang Besi, malang sangat nasib rakyat Selangor mempunyai Majlis agama yang berfahaman sekular yang sesat lagi syirik itu.

Tulang Besi






Read more!(Selanjutnya)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...