Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Loading...

Monday, October 31, 2011

Pendedahan Pembohongan Video Kickdefella

Video terbaru KICKDEFELLA menuduh kononnya aktiviti pelacuran berlaku dengan begitu galak di Bandar Kota Baru terutama di Jalan Hamzah. Di sini, Tulang Besi ingin memberi beberapa komen berkaitan video tersebut:

1.0 Mula-mula menonton video tersebut, Tulang Besi ingatkan suasana seperti di Chow Kit dan Kuala Lumpur. Di mana pondan2 ini berkeliaran di merata-rata tempat. Namun, akhirnya, ygn Tulang Besi nampak cuma 4 orang sahaja. Dan kumpulan yang sebegitu kecil dan tidak mudah untuk diambil tindakan.
1.1 Ada kemungkinan keempat-empat Pondan ini diupah untuk berlakon dalam video tersebut kerana bilangannnya terlampau kecil
1.2 Tidak nampak pondan2 tersebut "menjual" dan agresif menjual seperti di Kuala Lumpur. Kalau hendak ditangkap pun atas tuduhan apa? Sekadar duduk2 sahaja? Tidak seperti di Kuala Lumpur dan negeri2 pemerintahan UMNO
1.3 Yang Tulang Besi nampak dalam video itu, kumpulan kecil itu cuma duduk2 sahaja. Siapa pun tidak akan menyangka mereka itu pelacur2 yang sedang menjual.
1.4 Kumpulan kecil itu yang Kickdefella kata sebagai "PESAT"????


2.0 Bukankah tugas membenteras jenayah itu tugas Polis Diraja Malaysia? PDRM ini terletak dibawah kerajaan mana? Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat?
2.1 Mengapa si Kick tak pegi interview PDRM Cawangan Kelantan berkaitan "wujudnya" kegiatan pelacuran di Jalan Hamzah?
2.2 Mengapa Kickdefella tak sebut langsung perkataan Polis Diraja Malaysia sewaktu membuat video amatur tersebut?


3.0 Kalau betul mahu membenteras pelacuran pondan, mungkin Kickdefella sepatutnya pergi ke MELAKA. Keratan akhbar The Star di bawah menunjukkan MELAKA jadi tumpuan pondan2 antarabangsa:

KLIK IMEJ


4.0 Aktiviti pelacuran PONDAN sudah menjadi lumrah alam di negeri pemerintahan UMNO terutama di Kuala Lumpur. Apasal di KICKDEFELLA tak buat video pasal tu? Adakah KICKDEFELLA juga menyokong amalan pelacuran pondan di negeri2 pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional?

KESIMPULAN

Jelaslah ini satu lagi taktik kotor si Kickdefella. Tulang Besi syak video ini dibuat sebagai respon artikel Tulang Besi bertajuk "Melaka dah jadi Darul Pondan".

Si Kick ni ada dalam senarai TWEET Tulang Besi Jadi, artikel ini sememangnya masuk dalam TWEET beliau.

Apa-apa pun, saya cabar KICKDEFELLA untuk membuat LAPORAN POLIS ke atas aktiviti pelacuran yang beliau dakwa berlaku itu. Kalau tidak, orang ramai boleh berkata semua ini hanya sandiwara ciptaan KICKDEFELLA.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

UMNO Biar Presiden MCA Memfitnah Hukum Allah

ARTIKEL BOLEH DIBACA DI SINI.

Read more!(Selanjutnya)

Harussani Lawan Murtad Tapi Sokong Pembunuhan Kejam Memali 1985

Dapatkan artikel tersebut di sini

Read more!(Selanjutnya)

KDEB Rugi, Rakyat Untung. Mirzan Mahathir Rugi, Rakyat...???



Hebohlah juak2 UMNO dalam beberapa hari ini lantaran laporan Audit Negara. Yakni, Kumpulan Darul Ehsan Berhad(KDEB) yang duduk di bawah Perbandanan Menteri Besar sedang menanggung kerugian lantaran projek "Air Percuma".

Ada seorang bernama Hamidzun Khairuddin yang terus mengecap MB Selangor sebagai lemah dalam mentadbir. Yang hairannya, si Khairuddin GAPS ini dahulunya bukan main galak memaki dan menyerang UMNO. Sekarang ini dia pula bertuankan UMNO. Dasar manusia yang suka jilat ludah sendiri.

Berbalik pada topik asal, dulu masa Mirzan Mahathir rugi akibat syarikat beliau Konsortium Perkapalan Berhad yang menanggung hutang lebih RM1.7 billion.

PETRONAS yang didalamnya 100% duit rakyat telah mengeluarkan sejumlah wang bernilai RM1.8 billion untuk menyelamatkan Mirzan dari bangkrupsi. Untungnya jadi anak Perdana Menteri. Tak tau meniaga pun takpa, bila rugi, ada PETRONAS untuk membantu.

Banding dengan orang2 seperti kita, kalau bukak kedai, mesti pastikan kedai untung. Kalau rugi, kita akan diisytihar bangkrupsi dan terpaksa kita lelong segalanya untuk bayar hutang bank.

Maka, bagi saya biarlah KDEB rugi buat masa ini. Lagipun kerugian ini adalah akibat perjanjian sebelah pihak yang ditandatangani sewaktu BN memerintah Selangor dulu. PErjanjian yang melibatkan SYABAS dan Kerajaan Negeri.

Tulang Besi


Read more!(Selanjutnya)

Sunday, October 30, 2011

FAKTA: Hudud PAS Adalah Hudud Allah SWT

Sebagai cara melepaskan diri kerrana menolak hudud, UMNO sedang cuba untuk mewarnakan Enakmen Syariah yang diluluskan oleh PAS di Kelantan dan Terengganu sebagai "Hudud PAS".

Mereka juga berkata "Hudud PAS" bukan "Hudud Allah". Malangnya, dakwaan ini hanya penipuan semata-mata. Antara2 hujjah mereka adalah:

1.0 UMNO KATA: Bilangan fasal di dalam Enakmen Terengganu dan Kelantan adalah berlainan. Bagaimana hukum hudud boleh berbeza-beza bilangan
JAWAPAN:Kalau kita ikut kata2 UMNO ini, maka secara otomatik kesemua madzhab2 dalam Islam juga tidak mengikut Islam.
Ini kerana berlaku perbezaan jumlah kesalahan hudud di antara mazhab2. Misalnya, Madzhab Hanafi tidak mengiktiraf liwat sebagai kesalahan hudud tapi Madzhab Syafiee pula meletakkan liwat di bawah Hudud.

2.0 UMNO KATA: Enakmen Terengganu menjadikan BUGHAH sebagai kesalahan hudud, namun Enakmen Kelantan tidak menjadikan BUGHAH sebagai kesalahan. Jelas PAS mengambil dan menolak hukum ikut nafsu.
JAWAPAN: BUGHAH adalah dikhilafkan di kalangan para ulama2 ISlam Ada ulama kata BUGHAH diletak di bawah Hudud. Ada yang kata diletak di bawah Takzeer. Hanya orang jahil murkkab yang tidak tahu perkara ini.

3.0 UMNO KATA: Orang Bukan Islam tidak boleh dikecualikan dari hukum Hudud. Maka, "HUDUD PAS" itu tidak sah dari segi perundangan Islam
JAWAPAN: PEndapat ini datang dari Imam Malik, guru kepada Imam Syafiee. Kalau kita ikut cakap UMNO ini, maka wajiblah kita kata guru pada Imam Syafiee tidak ikut hukum Allah SWT.

4.0 UMNO KATA: "Hudud PAS" letak had umur minima 18 tahun. Padahal, sepatutnya had umur adalah pada akil baligh.
JAWAPAN: Pendapat had umur untuk seorang yang mukallaf pada 18 tahun adalah pendapat Madzhab Hanafi. Ia adalah pendapat yang paling ringan dan pendapat ini diambil oleh Enakmen Syariah Terengganu. PAS mengambil pendapat Imam Hanafi kerana mahu meembuang segala keraguan.

5.0 UMNO KATA: Seperti yang Zul Nordin sebut dalam Parlimen, Enakmen Hudud PAS tidak meletakkan "meliwat isteri" sebagai kesalahan hudud. Zul Nordin pula menuduh PAS menghalalkan amalan meliwat isteri
JAWAPAN: Saya cuma menukil dari artikel SU Dewan Ulama PAS:
Menurut al-Imam al-Syarbini iaitu seorang tokoh Mazhab Syafie:

“Adapun menyetubuhi isterinya atau hambanya pada dubur (liwat) maka pendapat Mazhab ialah wajib dita’zir sekiranya berulang. Sekiranya tidak berulang maka tidak dikenakan ta’zir.” (Rujuk Mughni al-Muhtaj, Juz 16, hlm. 356-357.)

Kes ini menampakkan betapa Zul Nordin dan kuncu2 dia dalam UMporNO yang teramat jahil di dalam hukum Islam. Dengan Zul Nordin mengutuk isu ini, sekaligus dia mengutuk salah seorang ulama Madzhab Syafiee yang terbesar. Sapa Zul Nordin kalau kita bandingkan dengan Imam Syarbini?

Hudud UMNO adalah mengikut apa Mahathir kata, apa zul Nordin kata dan apa blogger2 UMNO kata. Setakat ulama2 muktabar, tak menjadi rujukan bagi puak2 UMNO ini.
KESIMPULAN

Segala isu2 yang dinaikkan oleh UMNO dan Zul Nordin adalah contoh kejahilan kronik mereka di dalam hukum agama. Namun, demi kepentingan politik, mereka sanggup menyebarkan kejahilan mereka untuk memfitnah dan mengaibkan PAS.

Yang lebih menyedihkan adalah UMNO sendiri secara terang-terangan MENOLAK PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD. Apa hak UMNO mempersoalkan Enakmen Hudud yang PAS luluskan di dua negeri kalau mereka sendiri menjadi musuh kepada hukum Allah SWT?

Inilah contoh tauladan kumpulan org Melayu yang mengaku Islam tapi menolak hukum Allah. Kalau DAP menolak hukum Allah, kita faham sebab dia bukan Islam. Namun, UMNO ke hulu ke hilir mengaku orang Islam tapi dengan terbuka menolak hukum Allah SWT.

Jijik dan hina manusia2 yang mengaku sebagai pendokong UMNO. Mereka sanggup menolak perlaksanaan hukum Allah demi rakan2 kafir mereka dalam Barisan Nasional.

Patutlah ulama2 pondok tahun 50an dan 60an menngeluarkan fatwa KAFIR pada UMNO kerana kerjasama mereka dengan MCA dan MIC. Kerjasama UMNO ini sering dijadikan alasan untuk menolak perlaksanaan hukum Allah.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Saturday, October 29, 2011

Presiden MCA Hina Hukum Allah Lagi.

KLIK IMEJ


Dalam artikel terbaru THE STAR, Presiden MCA (Chua Soi Lek aka Pelakon Porno) secara terbuka memaki hukum Allah (hukum hudud).

Tajuk artikel ini bermaksud "Hudud Membawa Kemunduran". Chua dipetik mengatakan apabila hudud dilaksanakan, kadar pelaburan asing akan menurun. Maka, apabila hudud dilaksanakan ekonomi Malaysia akan mundur dan terencat.

Begitu mudah Presiden MCA melempar fitnah ke atas hukum Allah SWT. Tiada satu bukti yang nyata dibawa oleh Presiden MCA ini bagi menyokong tuduhan beliau.

FDI Malaysia adalah antara yang tercorot di Asia Tenggara setaraf dengan Myanmar dan Laos. Adakah Malaysia selama ini melaksanakan hudud? Sila jawab wahai Presiden MCA.

Padahal, bukti2 jelas seluruh dunia menunjukkan negara2 yang mengamalkan hukum hudud menyaksikan kebangkitan ekonomi.

Tidak perlu pergi jauh. Hanya perlu kita melihat negeri Acheh. Pada tahun 2011, pertumbuhan ekonomi ACHEH adalah pada kadar 6.82% (tanpa sektor minyak dan gas).

Sedangkan negeri Acheh melaksanakan hukum Hudud secara total berbanding Malaysia.

Begitu juga Saudi Arabia yang sentiasa melaksanakan hukum hudud. Kadar pelaburan asing yang masuk ke Saudi Arabia meningkat bukan berkurang. Sila lihat graf dibawah:
KLIK IMEJ


Jelas kepada kita:

1.0 Chua Soi Lek berbohong bila dia kaitkan kejatuhan pelaburan dgn hudud
2.0 UMNO membiarkan sahaja pembohongan serta penghinaan Chua Soi Lek terhadap hukum Allah
3.0 UMNO rela membiarkan seorang penzina kafir seperti Chua Soi Lek menghina dan memfitnah hukum Allah
4.0 PERKOSA dan Berahim Katak serta HIMPUN hanya diam seribu bahasa terhadap penghinaan2 ke atas hukum Allah oleh MCA dan Gerakan


Tulang Besi


Read more!(Selanjutnya)

Apa Buktinya Sumpah Saiful dan Eskay Bukan Sumpah Palsu?

Artikel ni Tulang Besi tulis lantaran perdebatan di alam TWITTER bersama beberapa juak2 UMNO.

Sumpah ni ada dua jenis. SAtu Sumpah yang Benar dan satu lagi Sumpah yang Palsu.

Soalan yang perlu dijawab oleh juak2 UMNO, adalah:

Apa buktinya Sumpah si Saiful dan Eskay BUKAN SUMPAH PALSU?


Setakat tadi, soalan ini tidak dapat dijawab dengan baik oleh juak2 UMNO dalam TWITTER.

Atas sebab inilah sumpah tidak boleh dijadikan bukti dalam kes2 yang berkaitan dengan hudud dan Qisas.

Sesiapa sahaja boleh berbohong dalam bersumpah. Sesiapa sahaja boleh berbuat sumpah palsu.

Ada orang berkata kalau seseorang itu berbohong dalam sumpah, dia akan dibalas oleh Allah SWT.

Itu memang benar. Namun, balasan Allah SWT itu tidak semestinya berlaku di dunia.
Ia mungkin berlaku di Hari Akhirat.

Semuanya adalah berdasarkan kehendak Allah SWT. Kita manusia tidak boleh memaksa Allah SWT memberi pembalasanNya sewaktu di dunia.

Maka, tidak boleh dinafikan seseorang yang membuat sumpah palsu tidak akan menerima pembalasan di dunia dan hanya menerima pembalasan di akhirat. Sekiranya Allah SWT berkehendak sedemikian, siapa yang boleh menghalangNya?

Kesimpulannya, sesiapa boleh bersumpah. Lidah tak bertulang. Apa lagi kalau di depan mata diletakkan RM10 juta ringgit. Bukan setakat sumpah, bini sendiri pun dia boleh bagi pada orang.

Bodohlah manusia2 yang menjadikan sumpah Saiful sebagai bukti. Ini kerana semakin jelas kepada rakyat jelata bahawa sumpah Saiful dan Eskay itu adalah sumpah palsu.

Tulang Besi

ps kalau ikut video Johari Abdul, Eskay ini sedang berusaha mendapat kontrak baja dari Pengerusi RISDA, Rahim Thamby Chik. Sampai hari ini, Eskay tak berani saman Johari Abdul atas kenyataan ini.


Read more!(Selanjutnya)

Friday, October 28, 2011

Harussani Pernah Menyokong Pembunuhan Kejam di Memali

HIMPUN dan PERKASA mendewakan Mufti Perak dan menjadikan beliau simbol di dalam memerangi murtad.


Tahukah anda, orang yang sama telah berhempas pulas menyokong pembunuhan kejam Asy Syahid Ustaz Ibrahim Libya bersama beberapa yang lain di Memali pada tahun 1985.

Di bawah saya bawakan pengalaman pribadi Ustaz Ahmad Awang bersama Mufti Perak berkaitan dengan isu Memali ini:


"* Peristiwa 3: Tragedi Berdarah Memali 1985: Dalam mesyuarat khas Majlis Fatwa Kebangsaan, di mana TSHZ(Harussani) merupakan seorang anggota yang sangat aktif memberi pendapat bahawa mangsa Tragedi Memali, khususnya Asy-Syahid Allahyarham Ibrahim Mahmud (yang lebih dikenal dengan Ibrahim Libya) adalah merupakan kumpulan bughah (penderhaka) dan mereka tidak dianggap mati syahid

Maka wajib dimandi, dikafan dan disembahyangkan sebelum dikebumi. Anehnya sebahagian besar mufti-mufti dalam mesyuarat itu mencadangkan supaya nama mereka yang mati korban tragedi itu tidak perlu disebut dengan lafaz Allahyarham dengan alasan mereka itu penderhaka. Padahal, apabila mereka itu disembahyangkan, maka doa yang menjadi rukun solat jenazah itu adalah memohonkan rahmat dan keampunan kepada mereka yang disembahyangkan. Saya turut hadir dalam mesyuarat tersebut dan memberi hujah mengapa Allahyarham dan kumpulannya adalah mati syahid. Akibatnya saya diusir keluar dari mesyuarat tersebut."

Soal Tulang Besi adalah bagaimanakah seorang Mufti seperti Harussani boleh diharapkan untuk memerangi murtad sedangkan beliau sanggup dilacurkan bagi menyokong agenda politik UMNO dalam peristiwa Memali.

Malahan, ada orang UMNO memberitahu Tulang Besi Harussani pernah mengeluarkan fatwa bahawa Presiden PAS adalah sesat kerana mengeluarkan "Amanat Haji Hadi".

Kena tipulah kamu semua di dalam HIMPUN kerana bergantung harap dengan seorang yang selama ini menjadi alat kepada parti sekular bernama UMNO.

Syukur alhamdulillah orang2 Islam di Malaysia tidak tertipu dengan HIMPUN dan agenda rahsia mereka, yakni menyokong UMNO.

Tulang Besi


Read more!(Selanjutnya)

PERKASA Muliakan Rahim Nor yang PENGECUT dan BACHUL?

Hari Rabu yang lepas, PERKASA telah menjemput Rahim Nor, bekas Ketua Polis Negara, untuk merasmikan Persidangan PERKASA.

Soalnya, apa yang hebat sangat pasal Rahim Nor sehingga hendak diberikan penghormatan sebegitu?

Inilah manusia yang telah menutup mata Anwar Ibrahim, mengikat tangan Anwar Ibrahim, menghumban Anwar Ibrahim ke dalam penjara dalam keadaan mata tertutup dan tangan terikat.

Tak cukup dengan itu, manusia hina ini telah memukul Anwar sehingga Anwar Ibrahim hampir mati. Tulang belakang Anwar retak dan Anwar telah dibiar semalamam dalam kesejukan dan keseorangan dalam keadaan kesakitan yang amat sangat.

Ini adalah tindakan seorang yang BACHUL, PENAKUT, PENGECUT, TIDAK BERMARUAH, TIADA KELAKIAN dan paling hina dalam sejarah orang Melayu. Malahan, saya merasa hina menjadi seorang berbangsa Melayu kerana adanya seorang bachul seperti Rahim Nor menjadi sebahagian dari orang Melayu.

Tokoh bachul dan pengecut seperti Rahim Nor inilah yang dibanggakan oleh PERKOSA pimpinan Berahim Katak.

Kalau Rahim Nor anak jantan kenapa pukul Anwar dalam keadaan tangan Anwar bergari, mata tertutup dan duduk dalam penjara?

Eloklah PERKOSA MULIAKAN TOKOH BACHUL DAN PENGECUT.

Hahahahah

Tulang Besi



Read more!(Selanjutnya)

PROJEK KEBANGGAAN ZAHID HAMIDI AHLI PARLIMEN BAGAN DATOK

ULASAN: Ini juga bersumber dari salah satu email yang Tulang Besi dapat. Selamat membaca:




Projek Rumah Mampu Milik di Simpang Tiga, Bagan Datok

Tarikh majlis pecah tanah: 17/1/2006

Siapa yg rasmi: MB Tajol Rosli, disaksikan oleh Zahid Hamidi & CEO SPNB

Pemaju: Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB)

Jumlah rumah: 348 unit rumah + 11 unit kedai

Harga: RM35,000 hingga RM80,000

Tanah: 25.49 ekar

Dijangka siap: AKHIR 2007

STATUS SEKARANG: HABUK PUN TARAK, TAPAK TU DAH JADI TEMPAT ORANG LETAK BATANG2 KELAPA YG DITEBANG
MEMANG CEMERLANG, GEMILANG....TEMBERANG..!!




Read more!(Selanjutnya)

SURAT PEMBACA: Kegagalan HIMPUN-Muhasabah Untuk Gerakan Islam

ULASAN: DI bawah adalah Tulang Besi menyiarkan salah astu surat pembaca yang Tulang Besi terima berkaitan HIMPUN. Sekiranya ada para pembaca yang mahu menghantar surat pembaca untuk disiarkan, silalah email kepada malaysiawaves@rocketmail.com


1. HIMPUN dan Penggerak Utama
- Program Himpunan Sejuta Umat atau rungkasnya HIMPUN adalah satu perhimpunan besaran dianjurkan oleh beberapa NGO di bawah naungan MAPIM dan PEMBELA yang diketuai bersama oleh dua individu berpengaruh iaitu Cikgu Azmi Abdul Hamid seorang aktivis penggerak NGO Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) dan Dr Yusri Mohamad iaitu seorang yang pernah menajdi Presiden ABIM suatu ketika dahulu yang tidak lagi bersama dalam gerakan itu. Kedua gabungan itu bersama beberapa NGO dan pertubuhan lain kerap bercakap isu-isu berkaitan ummat Islam, termasuk dijadikan rujukan mutakhir ini untuk pelbagai isu dimainkan oleh media massa perdana.

- Umum mengetahui kekuatan kedua gabungan tersebut sebenarnya atas personaliti individu penggeraknya, dan faktor jumlah pertubuhan yang bernaung dibawah mereka hanyalah sebagai tambahan kepada kekuatan itu, kerana kebanyakan pertubuhan yang bernaung di bawah keduanya sama ada pertubuhan itu sendiri tidak aktif, atau hanyalah mengambil pendekatan bersama secara nominal dan tidak aktif.

- Selain dua gabungan itu, penggerak sebenar HIMPUN adalah NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), sebuah NGO baru di medan dakwah Malaysia yang mengambil pendekatan hampir sama dengan entiti asal mereka, iaitu Jemaah Islam Malaysia (JIM) yang sekarang bernaung atas nama IKRAM.

- Sejarah penubuhan ISMA agak unik kerana tatkala mereka keluar daripada JIM, dan tidak mahu terikat di bawah IKRAM, namun ISMA tetap meneruskan konsep dakwah yang hampir seperti yang JIM mulakan dahulu. Malah pendekatan mereka yang mutakhir ini dilihat seolah menjurus kembali kepada pendekatan asal pertubuhan Islamic Representative Council (IRC) satu ketika dahulu yang mencetus kelahiran pertama JIM dalam era 1990an. ISMA dilihat cuba memisahkan terus entiti mereka dengan JIM, dan isu tersebut menjadi perbincangan hangat dalam perkembangan dakwah di Malaysia. Sebab itu jugalah menjadikan ISMA seolahnya bersaing dengan belbagai cara untuk mengumpul penggerak yang demi menyokong pendekatan baru mereka dengan pelbagai cara terutama menarik mahasiswa kampus, termasuklah menarik mereka yang telah menerima didikan JIM sebelum ini.

- ISMA juga cuba memperkenalkan NGO dakwah mereka seolahnya sebagai sebagai wakil sebenar Ikhwanul Muslimin (sebuat gerakan dakwah di Mesir) di Malaysia. Kecenderungan kedua yang sangat jelas adalah memposisikan NGO mereka duduk selari bersama pertubuhan-pertubuhan Melayu lain yang memperjuangkan semangat nasionalis Melayu sama seperti PERKASA, PEWARIS, GAPS dan lain-lain, malah sealiran dalam banyak pandangan dengan parti UMNO itu sendiri. Laungan slogan tema Melayu digunakan bersilih-ganti dengan Islam demi menarik sokongan ke arah perpaduan Melayu Islam. Ini menjadikan mereka dilihat bercakap dengan nada dakwah yang hampir serupa seperti PEKIDA, sebuah NGO lain yang begitu keras di dalam isu berkaitan Melayu & Islam.

- Seterusnya, walaupun sebagai sebuah NGO dakwah yang non-partisan, ISMA dekenali sebagai satu-satunnya NGO dakwah yang bersifat “gerakan Islam” yang menampakkan dengan jelas kecenderungan politik mereka ke arah UMNO dan perpaduan Melayu berikutan pelbagai tulisan dalam blog dan komen Facebook oleh beberapa kepimpinan utama mereka, terutama Presiden dan Timbalan Presiden mutakhir ini. Walau ahli di peringkat bawahan menolak kecenderungan politik tersebut, namun tindakan dan kenyataan pimpinan ISMA itu adalah konsisten terutama setelah berlakunya kerjasama politik antara PAS, PKR dan DAP sejak PRU12 lepas.

- Natijah dari pendekatan slogan dan perjuangan tersebut menjadikan ISMA dialukan baik dari pemerintah serta diterima oleh UMNO melalui pelbagai program bersama yang dijalankan. Secara langsung, ISMA berjaya memposisikan NGO baru mereka di barisan lebih hadapan daripada entiti induk JIM yang melahirkan mereka, dan berjaya menarik perhatian rakyat terhadap kelahiran baru dakwah mereka itu.

- Maka untuk HIMPUN, keterlibatan ISMA jelas dengan kebersamaan mereka di dalam beberapa siri perbincangan dengan MAPIM dan PEMBELA dan individu-individu berfikrah UMNO. Kekuatan yang ada pada ISMA khususnya dalam melakukan mobilisasi pelajar kampus yang bersemangat dilihat sebagai asset menjayakan HIMPUN, walau bukan sebagai jurucakap di hadapan.

- Malah, Timbalan Presiden ISMA yang sangat terkenal lantang mengkritik PAS dan Pakatan Rakyat diletakkan sebagai ikon no 2 di dalam HIMPUN selaku Setiausaha dan penggerak Sekretariat HIMPUN.
2. Penyertaan NGO Dalam HIMPUN
- Walau sejak awal dinyatakan HIMPUN disertai oleh pelbagai NGO dan pertubuhan lain, tetapi yang jelas sokongan utama diterima HIMPUN adalah daripada NGO-NGO berasaskan bangsa dan dakwah yang dinyatakan di atas, selain sokongan pertubuhan FELDA, PPIM, GAPS, PERKASA, DPMM, dan lain-lain. Tidak terkecuali sokongan padu dari UMNO sendiri yang berusaha menggunakan apa sahaja format demi menjatuhkan lawan politik termasuk yang bergerak atas dasar dakwah dan perjuangan ummat Islam.

- Walau diwar-warkan keseluruhan terdapat 3,000 NGO dan pertubuhan dikatakan bersama HIMPUN, masyarakat mempertikaikan jumlah tersebut disebabkan tidak pernah pun nama pertubuhan tersebut dinyatakan kepada umum atau media.

- Selain ISMA, sekretariat HIMPUN juga menyatakan mereka menerima sokongan dari beberapa gerakan dakwah yang sudah lama bertapak di Malaysia; dinyatakan dalam kenyataan media dan bahan kempen antara yang terkehadapan adalah JIM/IKRAM, ABIM dan HALUAN. Hakikat keterlibatan NGO-NGO dakwah lain itu sebenarnya disebabkan keterlibatan mereka yang pernah bernaung di dalam PEMBELA ketika perhimpunan isu Lina Joy tahun 2007 dahulu, di mana ISMA secara eklusif tidak bersama di dalam gabungan tersebut dahulu. Mereka juga terus menyatakan mendapat sokongan padu dari UMNO dan PAS melalui Dewan Pemudanya (DPPP), sebelum keputusan rasmi dibuat oleh PAS Pusat.

- Namun hakikat yang berlaku adalah pengolahan HIMPUN bermula dari objektif, agenda, halatuju dan apa tindakannya tidak dipaksikan melalui perbincangan khusus bersama NGO-NGO dakwah di atas. Tetapi dominasi perbincangan diterajui oleh ISMA dengan mengambil pandangan individu tertentu termasuk NGO-NGO perkauman yang menyokong UMNO tersebut. Itu satu fakta yang mungkin masyarakat tidak tidak jangkakan telah berlaku.

- Antara saranan utama yang menggerakkan HIMPUN adalah individu berpengaruh yang berterusan menyarankan perpaduan Melayu antara UMNO dan PAS; seperti Tan Sri Harussani Zakaria, YB Datuk Zulkifli Nordin, YB Ibrahim Ali, Tan Sri Prof Ibrahim Abu Shah, Senator Ezam Md Nor dan sebagainya. Petikan ucapan dan kenyataan media mereka dijadikan rujukan utama di website HIMPUN demi mengajak rakyat turun berhimpun.

- Sekretariat HIMPUN juga dengan jelas tidak berusaha, malah mengelak dari melakukan perbincangan khusus dengan gerakan dakwah dari parti pembangkang iaitu PAS yang diketahui diwujudkan atas dasar perjuangan menjaga ‘aqidah ummat Islam sejak puluhan tahun dulu. Malah, HIMPUN mengeluarkan kenyataan media yang keras menafikan keterlibatan HIMPUN oleh mana-mana parti politik, termasuk PAS itu sendiri.

- Ironinya, Sekretariat HIMPUN berusaha keras untuk mendapatkan sokongan daripada kerajaan dan UMNO saban hari dan membuktikan sokongan yang mereka terima di paparan website rasmi HIMPUN.
- Di situlah masyarakat merasa celaru dengan halatuju dan objektif HIMPUN yang diketengahkan oleh media massa, dan menimbulkan persoalan setakat mana UMNO tidak mempergunakan HIMPUN untuk kepentingan politik mreka.

- Maka oleh itulah PAS melalui syura dalaman Lajnah Politiknya beberapa hari sebelum berlangsungnya HIMPUN terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa ketidaklibatan PAS secara langsung di dalam HIMPUN demi menghormati pendirian Sekretariat HIMPUN serta membebaskan PAS dari halatuju dan objektif yang bertentangan dengan pendirian parti, malah berbeza dari uslub dakwah yang dilaksanakan oleh PAS.

- Keputusan itu hanya dipandang remeh oleh oleh Sekretariat HIMPUN, malah Sekretariat HIMPUN mengeluarkan kenyataan balas bahawa HIMPUN akan tetap dijayakan dengan pernyertaan ratusan ribu lagi rakyat yang tidak bersama dengan PAS terutamanya golongan Melayu dari NGO dan ahli UMNO sendiri yang telah memberikan kenyataan dan akujanji menyokong untuk hadir untuk perhimpunan itu.
3. Perjalanan HIMPUN
- Daripada sokongan bertulis dan lisan itulah, Sekretariat HIMPUN menyatakan bahawa kesemua pertubuhan yang mendokongi HIMPUN seperti PEKIDA, PERKASA, FELDA, GAPS, PPIM dan sebagainya, termasuk UMNO sendiri akan mengembeling penuh keahlian mereka yang akan menjadikan jumlah kehadiran akan mencecah ratusan ribu yang memaksa HIMPUN diteruskan di stadium yang sebegitu besar. HIMPUN menwarwarkan satu rekod sejarah akan dicipta atas perpaduan Melayu yang julung kali tersebut. Kerahan beberapa Menteri dan Kerajaan Persekutuan yang menyokong slogan dan perjuangan HIMPUN turut mahukan agar Sekretariat HIMPUN mengabaikan sahaja ketidaklibatan PAS di dalam perhimpunan itu.

- Maka berjalanlah perhimpunan tersebut dengan mengekalkan halatuju, agenda dan objektif asal tanpa persetujuan yang melibatkan PAS atau beberapa gerakan dakwah lain termasuk ada yang mengambil pendirian mendiamkan diri demi memelihara perpadiuan sesama gerakan dakwah di Malaysia. Tidak terkejut juga NGO seperti WADAH bertindak lebih jauh dengan memberi kenyataan berani menarik diri dari HIMPUN juga.

- Hakikat yang berlaku adalah segala perancangan tersebut menemui kegagalan penuh; merujuk laporan media massa antaranya Berita Harian menyatakan anggaran kehadiran adalah gagal kerana 1,000 orang sahaja hadir, juga media online UMNO, Malaysiakini, Malaysia Insider, MStar dan bloggers menyatakan jumlah kehadiran tidak pun mencecah 5,000 orang.

- Kecuali Mingguan Melaysia (Utusan) yang melonjakkan jumlah kepada angka 10,000 orang, dan mempamerkan gambaran sudut photo yang seolahnya menunjukkan stadium berkepadatan tinggi.

- Sebaliknya, pandangan pemerhati dan mereka yang begitu arif dalam penganjuran acara dari kumpulan nasyid yang turut dijemput membantu penganjuran dalam HIMPUN menyatakan kehadiran sebenar adalah tidak menjangkau jumlah 3,000 orang ketika masa puncak.

- Penulis membawakan kesemua di atas demi untuk mengarahkan perbincangan selepas ini kepada kesan besar terhadap gerakan dakwah Islam itu pula. Memahami perkara asas di atas adalah penting bagi menilai hujjah yang dikemukakan terhadap gerakan dakwah yang mahu dibicarakan oleh penulis.
4. Kegagalan HIMPUN
Ada 2 bentuk kegagalan telah berlaku. Yang pertama kegagalan berhumpul dan memecahkan rekod demi menunjukkan kekuatan ummat Melayu yang diharapkan oleh Sekretariat HIMPUN, dan kedua, kegagalan mencapai beberapa objektif dan agenda yang dikeluarkan sendiri oleh Sekretariat HIMPUN.

Penulis sememangnya boleh bersetuju bahawa faktor jumlah bukan satu yang penting, walau sebenarnya angka dan persediaan untuk 3,000 vs 100,000 atau 1 juta yang berhimpun adalah angka yang amat ketara dari segi logistik, keperluan dan pengaruh.

Namun natijah kegagalan objektif utama adalah satu yang amat dikesali, apatah lagi HIMPUN melalui semua sidang media serta bahan kempennya dilihat bersungguh-sungguh cuba memaksa ummat Islam Malaysia untuk tunduk kepada satu pola pemikiran perkauman yang telah terbukti ditolak dalam arus dakwah semasa.
Oleh itu; penulis tidak terkejut dengan objektif utama berikut tidak dicapai, antaaranya;

1. Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.

- HIMPUN dilihat sebaliknya mengambil pendekatan menggunakan media massa yang hanya mempopularkan isu ‘aqidah dari kacamata politik, tanpa mengambil penerangan dan hujjah pihak yang terlibat atau parti lawan PAS yang melaksanakan gerakan dakwah mempertahankan ‘aqidah.

- Rujukan tertumpu kepada percatuan politik yang diterajui oleh Utusan, Sinar Harian, portal ahli politik yang keras perkaumannya dan lain-lain yang jelas bercakap atas nada yang sama seperti media massa UMNO tersebut.

- Sepanjang ceramah, tiada langsung penerangan “kedudukan perkara sebenar” dilakukan oleh mana-mana penceramah, diterangkan mereka hanya mengambil terus apa sahaja kenyataan yang dikeluarkan oleh media massa perdana kerajaan yang jelas memberi pandangan bahaya dan salah terhadap Islam yang berunsurkan politik semata, tanpa membetulkan fakta ajaran Islam yang sebenar.

2. Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.

- Kesatuan yang diharapkan oleh HIMPUN telah gagal, malah HIMPUN dilihat tidak berusaha untuk mendapatkan kesepakatan bersama kesemua NGO, gerakan dakwah atau parti politik UMNO dan PAS di dalam menggariskan slogan, objektif dan halatuju yang dibawa oleh HIMPUN. Malah di antara mereka yang terlibat di dalam Sekretariat HIMPUN sendiri pun ada yang merasakan perancangan HIMPUN cuba didominasi oleh sekumpulan tertentu dengan agenda tertentu.

- Lebih dari itu, slogan, halatuju dan objektif digubal berdasarkan format perjuangan ISMA bersama NGO lain yang disokong padu oleh UMNO untuk menegakkan hujjah perjuangan mereka.

- Kesatuan dan semangat kekitaan di kalangan ummat Islam terhadap gerakerja Kristianisasi jelas tidak wujud dalam perhimpunan tersebut, dan mereka yang menyertai HIMPUN sendiri pun tidak diterangkan modus operandi gerakerja Kristianisasi yang digembar-gemburkan sejak sekian lama.

3. Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujjah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.

- HIMPUN mengenepikan jawapan atau hujjah ilmiah pandangan syarak setelah sesuatu perkara yang dibawakan oleh media arus perdana dijawab oleh tokoh-tokoh Islam lain. Hujjah agama yang penuh dengan syarah dan dalil yang tidak disiarkan melalui media massa kerajaan atau bloggers upahan UMNO tidak pula dikemukakan oleh mana-mana penceramah atau sidang media HIMPUN sejak awal lagi, termasuk dari pandangan PAS.

- Sebaliknya, modal politik yang dipelopori oleh UMNO itu sahaja dijadikan hujjah di dalam kenyataan media serta kempen HIMPUN.

- Kegagalan jelas ketika mendengar ucapan dilakukan dimana tiada koordinasi fakta di antara setiap penceramah, di mana penceramah sebebasnya membawa gagasan hujjah dan seruan kebangsaan dan perkauman tersendiri tanpa menumpukan kepada tindakan secara kolektif. Malah majoritinya bercakap sekadar memberi modal “politik sempit” yang menggembirakan UMNO.
5. Persepsi Kegagalan HIMPUN pada Gerakan Dakwah
Selain dari 3 objektif HIMPUN di atas yang jelas gagal dicapai, penulis juga menyenaraikan paling kurang 10 situasi yang mewujudkan perspesi masyarakat Islam terhadap HIMPUN adalah lari dari keperluan sebenar kesatuan ‘aqidah ummat Islam, antaranya;

1. Initiatif Berhimpun

Initiatif HIMPUN bertitik tolak dari gasakan UMNO dalam beberapa perkara yang tidak berpaksikan kepada fakta, termasuklah dalam isu:
(1)Penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam
(2)Pertukaran agama rasmi Malaysia kepada agama Kristian
(3)Serbuan JAIS ke atas majlis yang yang dikatakan sedang memurtadkan ummat Islam tanpa pendakwaan di DUMC
(4)Kerisauan dicanangkan oleh Tan Sri HArussani sejak beberapa tahun tanpa fakta dalam isu suku juta ummat Islam murtad
(5)Initiatif juga diasaskan dari gesaan YB Datuk Zulkifli Nordin, YB Senator Ezam Mohd Nor dan ramai lagi ahli politik yang memaksa dan mahukan PAS dan Pakatan Rakyat untuk bersetuju kononnya demi perpaduan Islam perlu dilakukan penyatuan antara UMNO dan PAS demi menyelamatkan bangsa Melayu di Malaysia.

Malah diminta juga untuk PAS meninggalkan kerjasama mereka dengan bangsa lain termasuk DAP dan PKR, kononnya asas perpaduan dengan UMNO adalah disebakan sama-sama Melayu dan Islam.

2. Fakta Tidak Tepat

HIMPUN juga banyak menyuntikkan semangat secara keras tanpa fakta, antaranya kenyataan sejak awal oleh Sekretariat HIMPUN dan beberapa penceramah bahawa bahawa HIMPUN adalah satu-satunya mobilisasi ummat Islam terbesar selepas terjadinya kes Natrah 1950 dahulu.

Oleh itu HIMPUN jelas menafikan apa yang dilakukan oleh puluhan NGO dan gerakan dakwah secara sukarela tanpa pengaruh politik tahun 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan yang berpakat membincangkan isu ‘aqidah setelah berlakunya penghakiman dalam kes Lina Joy dahulu. Hasilnya, Sekretariat HIMPUN tidak memperdulikan muhasabah kegagalan perlaksanaan oleh pihak berkuasa yang tidak melakukan apa pun terhadap resolusi ummat Islam Malaysia yang digariskan selepas perhimpunan bersejarah tersebut.

3. Lakonan NGO & UMNO Mempertahan ‘Aqidah

NGO utama yang menggerakkan HIMPUN dilihat adalah pertubuhan yang begitu pro UMNO dan kerajaan yang tidak langsung terlibat di dalam perhimpunan mendesak pihak berkuasa bertindak dalam kes Lina Joy 2006 dahulu; mereka termasuklah ISMA, PEMBINA, PEKIDA, PERKASA malah UMNO sendiri. Kesannya hingga kini rakyat gagal menerima kewajaran berhimpun kerana bagi ummat Islam pengaruh dan kuasa yang ada pada NGO-NGO dan UMNO itu sendiri sepatutnya sidah digunakan untuk melaksanakan sahaja resolusi yang telah dihasilkan 5 tahun lepas, bukan pula sekadar mencipta resolusi baru dengan berhimpun.

4. Mengambil Kesempatan Memperkenalkan NGO

Oleh itu kesungguhan yang dinilai oleh rakyat adalah HIMPUN seolahnya berusaha meraih populariti dan sokongan NGO dan UMNO demi kepentingan politik dalam tempoh pilihanraya yang semakin hampir, yang menjadikan juga keterujaan pengajuran perhimpunan didominasi oleh semangat berbanding fakta. Selain HIMPUN juga dilihat jelas dilihat cuba untuk menengahkan pengaruh dan slogan NGO baru ISMA untuk mengukuhkan tapak mereka dalam arus dakwah di Malaysia yang dilihat didominasi oleh JIM, ABIM, HALUAN, dan juga PAS itu sendiri.

5. Tiada Perancangan Susulan

Disebabkan itulah dalam sidang media terakhir Sekretariat HIMPUN yang disampaikan oleh Dr Yusri sebelum perhimpunan, beliau terpaksa mengakui dengan jelas di hadapan semua wartawan bahawa HIMPUN masih belum mampu merancang apakah pelan tindakan seterusnya yang bakal dilaksanakan sekiranya HIMPUN berjalan dengan jaya. Jawapan “kami belum pasti apa tindakan selepas berhimpun” memaksa rakyat memikir semula tujuan penyertaan mereka di dalam perhimpunan itu kerana kegagalan merancang “what next” hanya menjadikan tidak lebih dari mengulangi resolusi kosong tanpa tindakan, malah mungkin akan terus dibakul-sampahkan semjula oleh pemerintah seperti sebelum ini.

6. Pemikiran Melayu Islam & Islam Melayu

Kesungguhan Sekretariat HIMPUN bersama NGO-NGO perkauman yang menerajuinya bercakap dengan nada yang sama iaitu memertabatkan Bangsa Melayu demi memelihara Islam tidak dapat diterima oleh rakyat dalam konteks dakwah semasa. Ummat Islam seolahnya dipaksa menerima slogan itu. Hakikatnya Islam sudah dianuti oleh bangsa lain; malah Islam sendiri sudah mahu didekati tanpa batasan dan takut oleh bangsa dan agama lain. Jurang perbezaan sesama kaum di Malaysia dilihat semakin hampir, dan mencapai banyak kebaikkan untuk negara. Pemikiran Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu yang kerap dipopularkan suatu ketika dahulu dilihat sangat tidak releven dan ketinggalan. Ini jelas pada pameran banner dan bunting yang membawa cogankata ISMA, PEKIDA, PERKASA, UMNO dan lain-lain dipasang di merata ceruk stadium yang kesemuanya memiliki perkataan Melayu sebagai tema rasminya.

7. Menyembunyikan Aturcara Sebenar

Seterusnya, terdapat persoalan yang sengaja disembunyikan oleh Sekretariat HIMPUN berkaitan aturcara perhimpunan tersebut yang tidak dinyatakan dengan jelas walau kerap dipersoalkan dalam laman Facebook dan website HIMPUN. Walau Sekretariat HIMPUN beberapa hari sebelum perhimpunan berlangsung terpaksa mengeluarkan penafian terhadap kehendak ahli politik UMNO dan pro-UMNO dan PERKASA untuk berucap, dan menyatakan ucapan hanyalah dari Mufti Perak, wakil pendakwah Indonesia, dan beberapa wakil lain, namun mereka tidak menyatakan senarai sebenar penceramah tersebut.

Hanya ketika perhimpunan sebenar itu berlaku barulah diketahui rupanya individu yang jelas mewakili UMNO atas pelbagai nama pertubuhan seperti Ibrahim Abu Shah, wakil PERKASA, wakil FELDA, dan yang lain-lain turut berucap membangkitkan semangat perkauman yang tebal. Ketika itulah menjadikan sejumlah besar pengunjung terpaksa meninggalkan stadium secara berkumpulan kerana merasa tertipu dan tersinggung atas permainan tersebut.

8. Penekanan Terhadap Undang-Undang Murtad di Parlimen

Saranan sebahagian besar pengunjung website HIMPUN, Facebook dan bloggers agar HIMPUN meletakkan keperluan bagi menerima cadangan Akta Murtad serta penghuraian lanjut Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan yang telah 3 kali dibawa ke Parlimen oleh parti pembangkang yang perlu diberikan penekanan penting, diabaikan sahaja oleh Sekretariat HIMPUN. Tidak langsung kedengaran mereka termasuk dari UMNO sendiri yang membincangkan menaapa penggubalan undang-undang murtad ditolak oleh UMNO. Kesannya adalah kerajaan yang memerintah lagi sekali dilihat tidak bersungguh membincangkan isu tersebut hingga ke peringkat penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang.

9. Menyalahkan Ancaman Luaran Semata

Seterusnya, kesemua ucapan dilihat memberikan fokus kepada ancaman luaran bukan dalaman. Sepatutnya persoalan pokok rosaknya ‘aqidah semestinya dikaitkan terus dengan isu doktrin pemisahan agama dan kehidupan yang dibawa oleh fahaman sekularisme dan berlakunya perpecahan ummat Islam disebabkan fahaman ‘asobiyyah sempit dan extremis bangsa; namun langsung tidak disentuh dalam objektif mahupun ucapan pada petang itu.

Penceramah lebih selesa menengahkan isu keperluan menghormati Istana & Raja dan perlembagaan sebagai perisai ‘aqidah ummat Islam yang wajib didokong, tanpa melihat punca kerosakan sebenar pada ummat Islam yang membawa kepada murtad atau mensekutukan Allah.

10. Kristianisasi & Kristian Bukan Isu Sebenar

Terakhirnya, sejak awal isu yang dimainkan dalam website HIMPUN dan media rasmi kerajaan adalah HIMPUN menjadikan Kristianisasi sebagai agenda utama keperluan berhimpun. Ini sudah pasti sekali lagi membawa persepsi masyarakat untuk ummat Islam memfokuskan pemikiran kepada isu luaran mereka sahaja, tanpa kemampuan melihat kegagalan diri sendiri di dalam berpegang dengan Islam sebagai punca paling utama.

Risalah haram “Siapa Dalang Penyebaran Kristian Di Selangor” yang diedar luas ketika perhimpunan tersebut mengeruhkan lagi kerisauan walau telah diberikan amaran oleh PAS akan timbul tindakan sedemikian tatkala percikan api perkauman dinyalakan. Walau risalah tersebut bukanlah dikeluarkan oleh Sekretariat HIMPUN, namun persamaan susunan fakta dan hujjah yang menyamai initiatif HIMPUN di dalam risalah menjadikan ada pihak yang bergembira dan mengambil kesempatan. Oleh itu, corak berfikir menyalahkan faktor luar diri sendiri sepanjang perhimpunan itu secara langsung mewujudkan satu perasaan tercabar dan bersemangat ke arah mewujudkan kebencian pada agama lain, khsususnya agama Kristian.
6. Kesan Kegagalan HIMPUN Terhadap Dakwah Islam
- Penulis mengakui bahawa terlalu ramai ummat Islam yang hadir pada petang tesebut datang dengan seribu harapan yang begitu ikhlas mengharapkan kefahaman dari cadangan penyelesaian sebenar bagi masalah ‘aqidah yang melanda ummat Islam. Kebanyakan wajah-wajah dan riak muka serta linangan airmata yang hadir pada petang itu majoritinya adalah atas rasa sayang mereka pada Islam, dan mahu Islam berada pada ketinggiannya.

- Namun hasil dari reaksi spontan pengunduran diri secara ramai yang pulang lebih awal ketika walaupun ketika ucapan sedang berlangsung, serta lakaran dalam media dan blog selepas HIMPUN oleh mereka yang pergi menunjukkan kecelaruan dan kemarahan yang jelas dirasai oleh mereka yang pergi, mahupun yang tidak pergi.

- Keyakinan dan amaran yang dijadikan resolusi pertama HIMPUN adalah untuk ummat Melayu meletakkan perisai Istana dan Raja serta perlembagaan sebagai pelindung utama ‘aqidah mereka, menjadikan mereka lamhsung leka pada kelemahan diri sendiri. Mengambil kata-kata seorang pensyarah UIAM, Dr Mazlee Malik “janganlah sibuk menghentam agama lain yang menyebarkan agama mereka dengan penuh kasih sayang jika kita masih tetap mengajak orang ke dalam agama kita dengan kekerasan dan kekuasaan sahaja”.

- Muhasabah untuk seluruh gerakan dakwah Islam di Malaysia; HIMPUN perlu dilihat sebagai keperluan sangat mendesak untuk seluruh NGO atau gerakan dakwah atas apa jua kapasiti sekalipun untuk melakukan kemaslahatan secara bekerjsama dan saling memahami persamaan di antara pertubuhan masing-masing, melebihi dari mengutamakan perbezaan pendapat demi mengelakkan kemafsadatan yang lebih besar.

- Penulis berkata demikian adalah disebabkan kesan dari kegagalan HIMPUN yang kononnya mahu mengumpulkan ummat Islam dalam satu perhimpunan raksasa yang paling besar dan mencatat rekod dalam sejarah, malah diwar-warkan keseluruh dunia; memberikan satu implikasi yang sangat negatif terhadapan kesatuan ummat Islam pada masa ini di Malaysia. Perkara itu tidak sepatutnya berlaku jika persamaan diutamakan sejak dari awal idea perhimpunan itu dirancang, daripada mengambil menjadikan perbezaan pandangan sebagai penghalang keterlibatan gerakan dakwah lain untuk bersama. Malah lebih bahaya kerana ia memberi persepsi kewujudan agenda tertentu untuk beberapa NGO atau pertubuhan yang terlibat berusaha gigih mengembangkan pengaruh sendiri di atas penganjuran perhimpunan itu.

- Gerakan-gerakan dakwah Islam di Malaysia khususnya yang telah lama melaksanakan ‘amal dakwah menghalang murtad termasuk ABIM, JIM, IKRAM dan PAS itu sendiri, dengan kerjasama pelbagai pertubuhan lain akan dilihat gagal bersatu suara demi melaksanakan amanah besar secara bersama. Selain itu ianya diburukkan lagi dengan paparan media kerajaan dan UMNO bahawa mana-mana gerakan Islam yang menggunakan pendekatan politik khususnya PAS tidak sesekali mahu lagi memperjuangkan ‘aqidah Islam sebagai dasar pejuangan mereka kerana kerjasama mereka dengan bangsa bukan Islam. Istilah penggadaian prinsip, mengikut telunjuk musuh Islam, tiada patriotic dalam tindakan dan pelabagi lagi tohmahan dilontarkan kepada PAS di atas kenyataan ketidaklibatan mereka di dalam HIMPUN.

- Oleh itu, khususnya kepada Sekretariat HIMPUN termasuklah PEMBELA, MAPIM, dan ISMA, serta beberapa NGO & pertubuhan besar yang lain yang turut membantu HIMPUN perlulah menilai sebab utama masyarakat Islam di Malaysia menolak mereka dan menolak HIMPUN? Adakah dengan keputusan tidak sertai HIMPUN itu menunjukkan masyarakat Islam dan gerakan Islam yang lain itu tidak mahu mempertahankan ‘aqidah, atau bencikan perpaduan dan kesepakatan ummat Islam dan bangsa Melayu?
7. Saranan buat Gerakan Islam
- Khususnya untuk NGO baru seperti ISMA yang mengambil jalan pintas di atas penganjuran HIMPUN demi melebar dan mengembangkan pengaruh dalam masyarakat sepatutnya sedar bahawa mereka telah dipermainkan oleh pelbagai entiti lain yang berlakon menyokong usaha dakwah menjaga ‘aqidah demi kepentingan dan survival politk semata. Di mana 3,000 lebih NGO dan pertubuhan termasuklah pertubuhan besar seperti PERKASA, PEKIDA, GAPS, PPIM yang menjanjikan melakukan kerahan ahli untuk turun demi mempertahankan ‘aqidah pada perhimpunan tersebut.

- Di mana juga keahlian UMNO yang berjumlah hampir 5 juta orang, seluruh Menteri dan pembesar negara yang sejak dari awal menyatakan sokongan tidak berbelah bagi atas nama kerajaan dan UMNO terhadap HIMPUN. Jika paling kurang 5% dari mereka yang hadir sekalipun, Stadium Shah Alam tidak akan melakar rekod dalam sejarah kegagalan program besar tersebut.

- Sebagai gerakan Islam, mereka perlulah benar-benar mengenali siapa kawan, dan siapa yang pula yang hanya mahu menonggak di atas kelemahan sesuatu gerakan Islam itu merancang. Gerakan Islam perlu bijak membezakan antara musuh dan mad’u (sasaran) untuksetiap tindakan. Malang sekali jika saudara dan sahabat sesama gerakan dakwah Islam pula dianggap sebagai pesaing dan perbezaan pendekatan dijadikan halangan untuk bersatu tindakan demi pengaruh.

- Selang selepas beberapa ketika selesainya HIMPUN, istilah “perhimpunan selamatkan ‘aqidah telah gagal” berkumandang di pelbagai media, internet dalam dan luar negara termasuk media yang dipelopori oleh golongan bukan Islam. Persepsi sedemikian adalah sangat bahaya sebab ia bakal menyumbang kepada kerapuhan perpaduan sesama ummat Islam yang semakin kritikal. Golongan opportunist pasti akan menggunakan peluang itu untuk memberikan tekanan berterusan di dalam merangka agenda dakwah dan dakyah mereka yang jelas bertentanagn dengan perlembagaan yang dipertahankan tersebut.

- NGO dakwah dan gerakan Islam juga perlulah benar-benar faham dan sedar bahawa perjuangan memelihara ‘aqidah dan mempertahankan Islam bukan satu kerja kecil yang boleh dibuat secara bermain-main atau sambilan mengikut musim atau semangat, atau mengikut isu politik yang timbul. Perjuangan itu adalah perjuangan para Nabi dan Rasul, dan mereka yang telah mengorbankan nyawa mereka masa dahulu. Ia memerlukan komitmen sepanjang masa. NGO atau pertubuhan kecil boleh sahaja menyatakan sokongan, tetapi adakah golongan itu yang diharapkan oleh Sekretariat HIMPUN untuk berada di hadapan menjaga benteng ‘aqidah, sedang sesetengah penggerak NGO-NGO tersebut sendiri pun terlalu jauh gagal melakukan penghayatan Islam pada pengikut individu mereka sendiri.

- Oleh itu, adalah satu yang paling malang dan tidak bijak untuk Sekretariat HIMPUN meminta parti pembangkang khususnya PAS untuk tidak terlibat dalam menggerakkan HIMPUN, malah meremehkan juga akan kesan dari ketidaklibatan PAS secara langsung di dalam HIMPUN itu, hanya kerana Sekretariat HIMPUN terlalu yakin di belakang mereka terdapat ribuan NGO, parti UMNO dan pihak kerajaan sendiri yang akan bersama mereka bangkit mempertahankan ‘aqidah ummat Islam Malaysia.

- Pengalaman ini mencipta satu lagi fakta yang bakal mewarnai lakaran sejarah perjuanagan Islam di Malaysia sama seperti kegagalan indvividu membetulkan parti pemerintah dengan terjun ke dalamnya seperti pada tahun 1982 dahulu.

- Penulis memperingatkan bahawa slogan utama HIMPUN untuk perpaduan dan perkauaman Melayu hendaklah dilihat dengan lebih terbuka dan berobjektif, iaitu untuk apakah perlunya bangsa Melayu bersatu, dan apakah bentuk penyatuan bangsa Melayu yang dimahukan oleh Islam itu sendiri. Selain penyatuan Melayu, sepatutnya slogan penyatuan ummah mestilah berada jauh di hadapan daripada perkauman bangsa itu sendiri.

- Hakikat ini sangat penting untuk dihayati terutamanya Malaysia antara negara di dunia yang memilik komposisi pecahan kaum yang pelbagai yang mesti diuruskan dengan baik dan berhikmah tanpa penzaliman kepada mana-mana pihak. Namun pada masa yang sama hendaklah diyakini bahawa Malaysia berada pada kemampuan yang sangat tinggi untuk Islam dijadikan satu contoh terbaik dalam pentadbiran dan penghayatan ummatnya.

- Dan terakhirnya; daripada kegagalan HIMPUN dan penolakan yang telah ditunjukkan ummat Islam terhadap perjuangan nasionalis bangsa dan ‘asobiyyah yang jelas selama ini merosakkan ukhuwwah dan menyerang ‘aqidah, maka mana-mana gerakan Islam yang menggunakan pendekatan politik dan pilihanraya, khususnya PAS hendaklah mengambil ‘iktibar dan hikmah yang sangat berharga dari petunjuk dan amaran Allah tersebut.

Nukilan Dari;
Pencinta Perpaduan Sebenar Ummah (PPSU)
Kuala Lumpur
Read more!(Selanjutnya)

KENYATAAN AKHBAR BERKAITAN SYABAS DARI YB ELIZABETH WONG

ULASAN: Secara mudahnya, SYABAS tidak buat kerja dengan baik sehingga banyak air yang dirawat bocor dan membazir.

Kita tidak tahu apa yang SYABAS buat. Yang pastinya, SYABAS tidak berbuat kerja dengan baik sehingga terpaksa meminta sebuah empangan baru.

Padahal, sekiranya SYABAS selesaikan masaalah kebocoran, tidak perlu kerajaan membina empangan baru bernilai RM9 billion.

Sudah cukup rasanya rakyat menanggung kebodohan dan kedunguan UMNO di dalam mentadbir Malaysia.


Syabas Gagal Turun Air Tidak Berhasil, Bekalan Air Bersih Terganggu


Kerajaan Negeri Selangor bimbang dengan peratusan Air Tidak Berhasil (NRW) yang tidak terkawal dan gagal dikurangkan walaupun pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) mendakwa telah melakukan pelbagai usaha untuk mengurangkannya.

Kegagalan SYABAS menurunkan peratusan NRW ke tahap yang memuaskan membuktikan syarikat konsesi air ini gagal menjalankan penyelenggaraan paip-paip air dengan baik seperti yang dikehendaki dalam perjanjian penswastaan air antara Kerajaan Negeri dengan syarikat konsesi.

Jika SYABAS tidak mampu mengurangkan NRW pada tahap yang memuaskan, ia akan memberi kesan langsung kepada bekalan air bersih untuk pengguna.

Mengikut laporan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), SYABAS masih gagal mengurangkan kadar NRW kurang dari 30 peratus. Walaupun kadar NRW menurun pada kadar 32.38 % pada 2009 berbanding 38.43 % pada 2005, tetapi meningkat semula pada tahun lalu dan tahun ini malah SPAN meramalkan NRW terus meningkat melebihi 40 peratus sehingga 2020.

Tanpa bekalan air bersih yang mencukupi, tidak mustahil krisis bekalan air bersih di Lembah Klang akan berlaku walaupun tujuh empangan di Selangor mempunyai kapasiti air mentah yang mencukupi dan adakalanya berlaku limpahan.

Laporan Pengkajian Penilaian Aset Air Negeri Selangor oleh Ranhill mendapati, dua loji rawatan air iaitu Kalumpang dan Sg Sireh memerlukan penambahbaikan yang besar manakala 18 lagi loji memerlukan penambahbaikan.

Ini menunjukkan pengendali loji-loji berkenaan, Puncak Niaga telah gagal melakukan usaha untuk menambahbaik loji-loji rawatan air ini bagi memastikan bekalan air bersih mencukupi untuk keperluan pengguna.

Justeru, tidak hairanlah jika loji-loji ini berfungsi di bawah kemampuannya sedangkan ia mampu menghasilkan air bersih yang mencukupi jika loji-loji ini dinaik taraf.

Menteri-menteri Kerajaan Pusat lebih ghairah bercakap mengenai keperluaan membina Loji Rawatan Air Sungai Langat atau Langat 2, bagi menutup kelemahan dan ketidakmampuan syarikat konsesi ini yang ada hubung kait dengan UMNO.

Langat 2 yang dipertahankan kerajaan Pusat dan syarikat konsesi ini hanyalah loji yang membawa air mentah dari Pahang tetapi pembinaannya tidak akan mampu menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air bersih kepada pengguna.

Isu yang patut diberi perhatian oleh Kerajaan Pusat ialah menyegerakan pengambilalihan pengurusan air kepada Kerajaan Negeri Selangor yang sengaja dilewat-lewatkan dan dibelenggu masalah-masalah yang tidak sepatutnya timbul.

Pengurusan air akan lebih terjamin, terurus dan profesional jika Kerajaan Negeri diberi mandat untuk ambil alih dari syarikat konsesi kerana kepentingan rakyat lebih diutamakan berbanding keuntungan, tidak seperti syarikat konsesi yang mana keuntungan adalah segala-galanya.

Jika Kerajaan Negeri mengambilalih pengurusan air, kita amat yakin NRW berjaya diturunkan hanya sekitar 10 peratus dan tidak akan berdepan masalah bagi memenuhi permintaan pengguna yang meningkat 10 peratus setiap tahun.

Kejadian paip bocor berhampiran Lapangan Terbang Subang baru-baru ini menjadi contoh kepada ketidakcekapan SYABAS dalam menyelenggara paip-paip ini. Ia bukan saja mengundang kesengsaraan kepada pengguna jalan raya malah menyumbang kepada pembaziran air bersih sekali gus meningkatkan peratusan NRW.

Syarikat konsesi gagal mempelbagaikan teknologi rawatan air seperti rawatan air dalam kontena yang lebih mudah, cepat dan murah berbanding membina Langat 2. Teknologi ini juga boleh digunakan untuk merawat air hujan sehingga bersih dan selamat untuk digunakan.


Y.B Elizabeth Wong
--
Sekretariat Akhbar Kerajaan Negeri Selangor,
Tingkat 4, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Laman web: www.selangorkini.com.my, www.selangor.gov.my, www.tvselangor.com.
Tel: 03-5544 7457 / 7459, Fax: 03-5513 5068;

Read more!(Selanjutnya)

Thursday, October 27, 2011

Penggunaan Dakwat Kekal Menangkan Parti Islam di Tunisia



Gambar di atas adalah gambar Sheikh Racheed Ghanooshi, pemimpin Parti Islam En Nahda yang baru memenangi pilihanraya Tunisia.

Jelas, apabila digunakan dakwat kekal, semua orang berpuas hati dan gembira dengan keputusan nya.

Hasilnya Parti Islam Ennahda yang selama ini difitnah, ditekan, disiksa, dibuang negara dsbnya berjaya memenangi pilihanraya umum yang adil yang pertama dalam sejarah Tunisia.

Patutlah UMNO takut sangat dengan penggunaan dakwat kekal.

hehehehehe

Tulang Besi



Read more!(Selanjutnya)

11 beg tangan Rosmah antara RM638 ribu hingga RM5 juta


ULASAN: Cerita ini Tulang Besi dapat dari laman web Keadilan Daily. Cerita ini sepatutnya menjadi iktibar kepada semua yang merasakan mereka perlu menyokong UMNO kerana mahu menyokong "Ketuanan Melayu".

Hakikatnya "Ketuanan Melayu" tidak lebih slogan untuk menipu orang Melayu. Yang kaya dari "ketuanan melayu" hanyalah kroni dan UMNOPUTRA serta anak2 mereka. Orang Melayu yang biasa hanya mengigit jari.

11 beg tangan Rosmah antara RM638 ribu hingga RM5 juta (Oleh: Rusnizam Mahat)

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor diminta menjelaskan dari mana beliau memperoleh wang bagi membeli sekurang-kurangnya 11 beg tangan mewah jenama Birkin.

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, sekiranya anggaran kasar, Rosmah membelanjakan minima RM638,000 hingga maksima RM5,192,000 untuk membeli beg tangan berkenaan.

Bagi beg edisi terhad itu, harga sebuah beg tangan dikatakan mencecah RM28,000 (US$ 9,000) hingga RM472,000 (US$150,000) bagi setiap satu.

“Dalam Belanjawan yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak, saya telah menyatakan Rosmah tidak memberikan contoh dan model yang baik sebagai suri rumah, akibat sikap borosnya berbelanja.

“Ini kerana kita tahu, suri rumah tangga lazimnya menggunakan pendekatan belanja yang berhemah dan berjimat cermat dalam perbelanjaan mereka. Tapi Rosmah memberi contoh yang tidak baik kepada suri rumah dan golongan wanita,” katanya.

Minggu lalu, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mempersoalkan kegagalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menjawab soalan bertulis yang dikemukakan berhubung pemilikan beberapa beg tangan jenama Birkin oleh isteri perdana menteri.

Dalam soalannya, Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching bertanya sama ada benar atau tidak Datin Seri Rosmah Mansor memiliki cincin berlian RM24 juta dan beberapa beg mahal berjenama Birkin.

Bagaimanapun, Nazri langsung tidak menjelaskan tentang beg tangan berkenaan.

Katan Teo, berdasarkan gambar di internet, bilangan beg tangan Birkin yang dibawa Rosmah ke majlis rasmi serta bercuti, bukan satu atau dua, tetapi sekurang-kurangnya 11 warna berlainan.

“Jika Nazri memilih untuk tidak menjelaskan soalan berhubung beg tangan Birkin itu, adakah ini bermakna bahawa khabar angin berkenaan adalah benar?,” soal Teo.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=22229
Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, October 26, 2011

Wanita UMNO Menangis Terima Baucer "Jom Shopping"

Ini adalah kesah benar. Ia berlaku dalam Parlimen Kuala Langat. Ada seorang veteran Wanita UMNO yang dikenali sebagai Cikgu Sabariah.

Cikgu Sabariah ini telah aktif dalam UMNO semenjak zaman muda beliau lagi. Telah berlalu beberapa Perdana Menteri dari UMNO namun Cikgu Sabariah tetap kekal sebagai aktivis UMNO.

Beliau lah yang selalu kita nampak di Pusat2 Mengundi merayu undi dan memegang payung kerana Cikgu Sabariah bukanlah pemimpin UMNO yang diperingkat tinggi.

Apabila angin perubahan melanda Selangor dan kerajaan Selangor bertukar kepada PAkatan Rakyat, Cikgu Sabariah tetap istiqamah dengan UMNO.

Namun, pada suatu hari, datanglah orang ke rumah Cikgu Sabariah dan diberi kepada beliau voucher RM100 untuk program "Jom Shopping".

Diberitakan kepada Tulang Besi, mengalir air mata Cikgu Sabariah. Sepanjang beliau aktif dalam UMNO, tidak pernah ada orang beri kepadanya voucher RM100 untuk bershopping macam di bawah kerajaan Pakatan Rakyat.

Inilah sifat kerajaan Pakatan Rakyat. Kita tidak balas dendam, kita tidak kesah parti politik. Kita cuma kesah nak tolong sapa yang susah dan sapa yang memerlukan hatta Cikgu Sabariah yang kuat UMNO itu.

Agaknya, inilah yang ditakuti Najib dan UMNO di Selangor. Program2 sebegini buat pengundi2 tegar UMNO di Saluran 1 cair dan hilang semangat untuk menyokong UMNO, agaknya.

Patutlah gegak gempita Selangor ni dengan laungan2 Najib Tun Razak sert UMNO memaki program Jom Shopping ini.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, October 25, 2011

Penghinaan UMNO Keatas Anggota Keselamatan Lebih Serius!!!

Beberapa hari lepas, Najib Tun Razak telah merapu. Di dalam "Perhimpunan Perdana Pesara dan Bekas Polis", Najib berkata:

“Nak kata kepala tak betul dan bangang (bodoh), dia sudah dipilih menjadi pemimpin oleh partinya. Jadi apa muslihat dia? Orang sebegini yang sanggup menidakkan jasa serta pengorbanan para perajurit negara ialah pengkhianat dan dosa golongan seperti ini tidak layak untuk dimaafkan. “Saya sudah membuat siasatan dan pihak polis sendiri mempunyai bukti kukuh Muhammad Indera seorang pengganas komunis. Dia sendiri mengaku kepada pihak polis yang dia merancang serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong dan turut bertanggungjawab membunuh beberapa anggota polis. “Chin Peng (SU Agung Parti Komunis Malaya) sendiri dalam sebuah buku mengesahkan bahawa Mat Indera itu komunis. Jadi kenapa kita perlu mengangkat pemimpin sebegini,”


Mengapa saya kata Najib merapu:

1.0 Mat Indera berkhidmat dalam Tentera Pembebasan Nasional Malaya. Bukan sebagai ahli Parti Komunis Malaya. Itu adalah fakta
2.0 Mat Sabu tak pernah kata Mat Indera tidak merancang serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong
3.0 Najib tak sebut Rumah Pasung Bukit Kepong itu mengibarkan bendera British, bukannya bendera Johor mahupun bendera Malaysia.
4.0 Kalau nak sebut pasal Komunis, tindakan UMNO menjalin hubungan mesra dengan Parti Komunis China adalah penghinaan yang lebih serius berbanding apa yang Mat Indera buat.
5.0 Parti Komunis China adalah bapak. Parti Komunis Malaya adalah anak. Mat Indera berhubung dengan "anak". UMNO menjalin hubungan dengan "bapak". Mana lebih teruk?
6.0 Najib pula tak sebut UMNO telah memberi permit kepada suara rasmi Parti Komunis China untuk disebar di Malaysia.


Najib jangan jadi munafik. Itu sahaja nasihat Tulang Besi pada beliau.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Sokong Kerajaan Selangor Audit SYABAS

KLIK IMEJ


TUlang Besi menyokong tindakan MB Selangor melantik dua firma audit untuk menyiasat kewangan SYABAS.

Tindakan SYABAS seminggu dua ini cukup-cukup melampau. Begitu beriye-iye SYABAS menyokong projek Langat 2 sehingga sanggup berbohong dan menipu.

SYABAS berkata sekiranya projek Langat 2 tidak siap, maka Selangor akan menghadapi krisis air pada 2014.

Padahal, mengikut kenyataan Lembaga Urusan Air Selangor, LUAS, bekalan air mentah di Selangor berada dalam keadaan normal dan tidak terjejas.

Soalnya sekarang, mengapa SYABAS sanggup menipu>

Adakah kerana SYABAS sudah kehabisan wang dan terpaksa bergantung kepada projek LAngat 2 untuk bekalan wang yang baru?

Apakah dgn gaji Pengerusi SYABAS sebanyak RM5 juta setahun, maka SYABAS boleh dikategorikan sebagai sebuah syarikat yang berhemah di dalam menjaga kewangan mereka?

Pada saya, adalah satu tindakan yang terbaik bagi kerajaan Negeri Selangor mengaudit SYABAS dan mendedahkan hasil audit kepada umum.

Sudah tiba masanya syarikat2 seperti SYABAS berhenti mengambil kesempatan ke atas rakyat Selangor.

Kalaulah Kerajaan Negeri diperintah UMNO, sudah tentu bil air kita naik melambung-lambung sekarang ini demi kepentingan kroni dan UMNOPUTRA dalam SYABAS.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Parti Islam Menang di Tunisia


Mengikut laporan AlJazeera English Online memetik sumber2 dari Parti AnNahda sendiri melaporkan:

The moderate Islamist party al-Nahda has claimed that it has won more than 30 per cent of seats in Tunisia's 217-member consitutent assembly, following the country's historic election.

"The first confirmed results show that al-Nahda has obtained first place nationally and in most districts," the party's campaign manager, Abelhamid Jlassi, said at a news conference, citing al-Nahda's own election observers' reports.

The party's claim came ahead of an announcement by the country's independent election commission, in which it was to offcially declare results for overseas seats.


Bagi Tulang Besi, ia membuktikan teori yang selama ini berlegar-legar di kalangan pejuang2 ISlam, yakni diktator2 yang dilantik dan disokong penjajah diperlukan untuk mengekang kemenangan Islam.

Sekiranya berlaku pilihanraya yang adiil, maka parti Islam sudah pasti akan menang dengan gemilang mengalahkan parti-parti sekular.

Sama seperti di Malaysia. PArti barua penjajah, yakni UMNO, diletak oleh penjajah bagi memastikan parti ISlam tidak boleh mengambil tampuk pemerintahan Malaysia.

Dan selama memerintah, UMNO telah menggunakan berbagai-bagai kaedah yang zalim dan menipu untuk kekal memerintah sert mengekalkan polisi penjajah yang anti Islam.

Sememangnya parti2 sekular seperti UMNO ditinggalkan penjajah untuk memastikan umat Islam tidak kembali kepada Islam. Bukti jelas apabila UMNO menolak hudud secara terang2.

Tulang Besi


Read more!(Selanjutnya)

Monday, October 24, 2011

ISMA Alat UMNO?

Salah satu penganjur kepada HIMPUN adalah sebuah organisasi yang memanggil diri mereka sebagai ISMA - Ikatan Muslimin Malaysia.

Saya ada sedikit sebanyak maklumat berkaitan dengan ISMA ini sepanjang saya bekerja di Mesir dan daripada kawan-kawan saya yang menetap di Australia.

Antara maklumat2 itu adalah:

1.0 Di Mesir, mereka secara terbuka memusuhi PAS dan PMRAM. Mereka menjadi penyerang kepada PMRAM terutamanya di kalangan pelajar-pelajar perubatan di sana

2.0 Malahan, salah seorang pemimpin PAS, anak beliau telah dipengaruhi oleh ISMA

3.0 Yang hairannya, pihak Kedutaan Malaysia di Mesir mengiktiraf ISMA tetapi tidak mengiktiraf PMRAM yang berumur lebih tua dari Malaysia sendiri.

4.0 ISMA tidak mahu bekerja dengan PAS di Mesir di dalam satu saf. Malahan, graduan2 ISMA dari MEsir tidak menggabungkan diri mereka dengan PAS setelah pulang ke Malaysia.

5.0 Walaupun mereka kata mereka memperjuangkan Islam, tetapi sebahagian dari ideologi mereka adalah nasionalisma Melayu

6.0 Di Australia juga, di kalangan pelajar, mereka secara terbuka memusuhi dan menolak PAS.

7.0 Dan di Malaysia, mereka adalah NGO2 yang terkehadapan membawa propaganda UMNO terutamanya dari sudut agama i.e. HIMPUN pada hari Sabtu lepas


Saya yakin bekas2 PMRAM dan Australia dapat memberi gambaran dengan lebih jelas apakah dia ISMA ini.

Yang menyedihkan, jemaah2 seperti JIM, ABIM malahan Tabligh juga telah membina jambatan untuk menjalin hubungan baik dengan PAS, tiba-tiba ada pulak satu jemaah lain yang mahu menongkah arus.

Pengalaman Tulang Besi dengan Al Arqam satu masa dahulu, mereka mendapat sokongan dari UMNO untuk beroperasi secara padu dan jitu. Pendakwah2 Al Arqam dibenarkan masuk sekolah dan mengadakan program bersama pelajar2 sekolah.

Manakala, terutamanya, pada pilihanraya 1986, Al Arqam berkempen untuk UMNO secara terbuka di Terengganu dan Kelantan. HAsilnya, PAS kalah semua kerusi Parlimen di dua negeri tersebut kecuali satu (Pengkalan Chepa).

Bagi Tulang Besi, ISMA ini adalah Al Arqam yang terbaru. Bagi Tulang Besi, tidak mustahil ISMA ini adalah projek ciptaan UMNO yang terbaru.

Tanda-tanda semakin jelas. Dan Tulang Besi yakin, pelbagai tanda-tanda lain akan menjelma lagi selepas ini.

Agenda "Kerajaang Perpaduang" UMNO-PAS adalah antara agenda yang disokong ISMA secara terbuka. Tidakkah kita lupa?

Tulang Besi

ps TUlang Besi ni dah lama dalam PAS. Semenjak zaman PAS dipandang hina oleh semua pihak termasuk mereka yang mengaku diri sebagai pejuang Islam. Di waktu itu, ahli2 PAS pun tak berani nak mengaku diri jadi PAS.

Dan, Tulang Besi pernah lihat sendiri bagaimana jemaah2 Islam yang lain dari PAS menyerang dan menghentam PAS sekaligus menguntungkan UMNO.

Di depan masyarakat, mereka berpakaian jubah dan serban serta berubat dakwah. Hakikatnya, mereka dibiayai dan disokong oleh UMNO demi melemahkan PAS. Itu sahaja.

Read more!(Selanjutnya)

Melaka Galakkan Industri Pondan Untuk Kembangkan Sektor Perlancongan?

Melaka Dah Jadi "Darul Pondan"?

Read more!(Selanjutnya)

Sunday, October 23, 2011

HIMPUN Adalah Jerat yang Dipasang Keatas PAS, tapi Tidak Makan

Pertama-tama sekali, terdapat banyak sekali petanda HIMPUN ditunggan UMNO. Misalnya:

1.0 Pemberian permit perhimpunan yang telah dibuat dgn kadar segera
2.0 Sokongan tegar dari blogger2 UMNO yang kita tahu semuanya kaki sebar dusta
3.0 Sokongan dari media-media milik UMNO secara terbuka i.e. TV3, Utusan Meloya, Berita Hairan dsbnya
4.0 Sokongan pemimpin2 UMNO terhadap perhimpunan tersebut


Objektif utama perhimpunan tersebut adalah supaya:

1.0 Memaksa PAS keluar dari PAkatan Rakyat atas alasan mempertahankan akidah umat Islam angkara kristianisasi
2.0 Memburukkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dengan tuduhan Pakatan Rakyat melindungi aktiviti memurtadkan umat islam
3.0 Menghidupkan semula agenda perpaduang Melayu antara PAS dan UMNO atas alasan mempertahankan akidah umat Islam


Hasilnya adalah:

1.0 Ahli-ahli UMNO rata-rata tidak menghadiri HIMPUN. Malahan, tiada pengarahan dari UMNO kepada ahli2 mereka untuk menghadiri HIMPUN
2.0 Kehadiran HIMPUN amat mengecewakan dan sambutan juga sangat-sangat dingin
3.0 Perhimpunan gagal mencapai objektif memandangkan tiada apa-apa bukti berlakunya Kristianisasi di Selangor
4.0 PAS TIDAK MAKAN JERAT YANG DIPASANG UMNO
5.0 Apa-apa isu Islam mesti dipimpin oleh PAS sekiranya mahu kejayaan.
6.0 HIMPUN tidak mendapat kepercayaan umat Islam untuk memimpin mereka
7.0 HIMPUN mendedahkan identiti mereka yang bercampur antara ISlam dengan nasionalisma-sekularisma melayu. Dengan kata lain, pegangan HIMPUN tidak 100% Islam
8.0 Majoriti umat Islam di Malaysia tidak percaya propaganda kononnya berlaku kristianisasi besar-besaran di Malaysia


Syukur PAS tidak makan jerat UMNO. Cuma, Ketua Pemuda PAS Pusat masih menunjukkan sikap tidak matang beliau dan itu pun sebab beliau percaya Hasan Ali 100% tak kira apa Hasan Ali cakap.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Hasan Ali Buktikan Konsep Wala' Dalam PAS Adalah Palsu

Sewaktu menjadi Pesuruhjaya Selangor, wala' menjadi mentera Hasan Ali. Di dalam mesyuarat Perhubungan Negeri, kalimah wala' diulang saban kali. Di dalam perjumpaan2 di peringkat Kawasan2, wala' diulang berkali-kali.

Yang pentingnya, pemimpin2 peringkat Kawasan dan Cawangan wajib dibasuh otak supaya menerima apa sahaja yang dikehendaki oleh kepimpinan. Semuanya atas nama wala' (ketaatan) kepada kepimpinan.

Tujuan sebenar "candu" wala' disebar kepada ahli adalah supaya perwakilan dan kepimpinan peringkat pertengahan tidak mempersoalkan hasrat Hasan Ali serta kumpulan Perpaduang membawa PAS duduk dalam satu barisan dengan UMNO.

Pada waktu itu, ahli seperti Tulang Besi dilabel oleh org2 seperti Cikgu Zul/Batu Api/Songkok Putih sebagai seorang yang tidak ditarbiyyah. Padahal Tulang Besi sudah mengikut tarbiyyah PAS sewaktu Cikgu Zul masih terberak dan terkencing dalam lampin.

WALA' KONSEP YANG DIAMALKAN OLEH PAS TERENGGANU

Konsep ini sebenarnya hanya popular di PAS Terengganu sahaja. CUmanya, selepas agenda PERPADUANG mahu dipaksa ke atas ahli2 PAS oleh UStaz Nasaruddin Mat Isa, Hasan Ali dan Ustaz Harun Din, maka konsep ini diimpot dari PAS Terengganu.

Semua yang aktif dalam PAS maklum bahawa konsep wala' diamalkan di Terengganu bagi memastikan kuasa hanya berpusat kepada lima orang sahaja. DEngan kata lain, segala yang berlaku dalam PAS Terengganu ditentukan oleh lima orang ini. Dan, kesemua ahli2 PAS Terengganu wajib memberikan wala' (ketaatan) kepada keputusan lima orang ini tidak kira betul atau tidak.

Itulah sebabnya, Terengganu hanya boleh menang satu penggal sahaja. Itu pun kita lihat org2 yang bertanggungjawab ke atas kekalahan Terengganu masih memegang tampuk pemerintahaan Terengganu sehinggalah tahun ini.

SAmpai dah tua sakit pun masih nak pegang jawatan dan bertanding pilihanraya. Maklumat terbaru saya dapat, lima orang ini mahu bertanding kerusi Parlimen di Terengganu dengan harapan dapat kerusi Kabinet kalau PR menang nanti.

Maka, apabila dilihat penentangan terhadap agenda perpaduang dgn UMNO dalam PAS, konsep wala' PAS Terengganu ini telah cuba dieksport keluar dari Terengganu ke seluruh Malaysia.

Tapi, syukur, usaha membawa PAS kepada UMNO yg disokong PAS Terengganu ini gagal. Dan, HAsan Ali yang menjadi promoter kepada konsep ini terbukti seorang hipokrit dan munafik.

Lepas ni giliran Ketua Dewan Ulama Negeri Selangor serta Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor pula yang mana mereka2 ini agen kepada geng Terengganu di Selangor.

MANA WALA' HASAN ALI SEKARANG NI?

Sabtu lepas, Hasan Ali secara terbuka melanggar keputusan PAS Pusat. Beliau menghadziri HIMPUN padahal beliau bukan pun ahli mana2 NGO.

Wala' yang selama ini Hasan Ali laungkan cuma kata-kata kosong serta pembohongan beliau semata-mata.

Apabila wala' menguntungkan HAsan Ali, maka wala' diungkapkan.

Apabila sudah tidak boleh menggunakan wala', dibuang begitu sahaja.

Bagi saya, jelas HAsan Ali ini seorang munafik. Terang-terang beliau tunjuk perangai pembohong beliau.

Menggunkan Islam untuk kepentingan diri semata-mata.

Itulah dia Hasan Ali.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Blogger UMNO Kecut Perut tak Berani Muka Dirakam

ULASAN: Blogger Faisal dari ruangbicarafaisal.blogspot.com telah disaman oleh Dato' Husam Musa.http://www.blogger.com/img/blank.gif

Semasa writ saman diserah, Faisal telah kecut perut apabila muka bliau mahu dirakam menggunakan kamera handfon.

Tulang Besi faham mengapa si Faisal takut nak tunjuk muka. Siapa yang jeghaung ni tak pernah fitnah? TUlang Besi pun dia pernah fitnah.

Dan dia tahu dia fitnah Tulang Besi kerana sumpah TUlang Besi sehingga hari ini dia tidak berani balas, (sila baca kesah tersebut di sini).

Si Faisal kecut perut kalau orang tahu muka dia dan kenal dia. Bagaiamana dia nak hadapi semua orang yang dia telah fitnah sepanjang wujudnya blog dia.

Dan, dia jadi pengecut sbb dia memang tahu kandungan blog nya hanya fitnah seks, fitnah seks dan fitnah.

Seiras dengan cerita Papagomo dan Parpukari yang tidak berani memberi no IC mereka pada Khalid Samad untuk disaman angkara mereka memalsukan dokumen MBPJ dalam isu serbuan gereja DUMC.

Yang penting, peristiwa Faisal kecut perut ini adalah bukti betapa blogger2 UMNO berfungsi menyebar fitnah dan penipuan. Mereka tidak pentingkan fakta dan bukti. Mereka cuma mahu membawa cerita sensasi supaya isu yang penting seperti IC kepada pendatang asing tidak dibincangkan.

Semoga laknat Allah SWT diturunkan kepada blogger2 UMNO seperti Faisal, gomo dan parpubasi.

AMIN!!!

Tulang Besi



ps ikuti kesah Faisal kecut perut nak dirakam gambar beliau di bawah:

Blogger Sembunyi Wajah Ketika Dirakam
Saksi plaintif kes saman anggota EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Husam Musa terhadap Blogger Mohd Faisal bin Rohban Ahmad memberitahu, defendan cuba menyembunyikan wajah ketika gambarnya dirakam semasa beliau menghantar writ saman.

Mohd Shah Karim, 30 berkata, semasa menghantar writ saman kepada Mohd Faisal pada 31 Mei 2010, dia (Faisal) membantah ketika cuba dirakam gambar dengan telefon bimbit di hadapan rumahnya di Shah Alam.

“Ketika saya sampai di rumahnya dia baru tiba dan terkejut ketika diberitahu ada notis saman daripada Dato' Husam.

“Selepas itu beliau menghubungi rakan, peguam dan anggota polis. Tidak lama kemudian datang seorang anggota polis lengkap beruniform dan dua lagi berpakaian biasa serta peguam.

“Anggota polis yang datang dengan kereta Kancil itu membaca writ saman yang saya bawa, kemudian meminta kad pengenalan saya dan Faisal. Ketika itu saya nampak namanya pada kad pengenalan,” katanya menjawab soalan peguam Adly Abdul Manas, mewakili Mohd Faisal pada perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini.

Kes terebut dibicarakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim. Plaintif diwakili peguam Hisham Fauzi.

Faisal dalam blognya ruangbicarafaisal.blogspot.com pada 3hb. Oktober, 2009 menulis rencana berunsur fitnah terhadap Husam yang bertajuk, “Husam dan Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta.”

Husam dalam pernyataan tuntutannya menjelaskan artikel disiarkan dalam blog defendan adalah mengelirukan dan bermaksud memberi gambaran buruk serta tidak benar terhadapnya.

Ekoran itu plaintif melalui peguamnya mengemukakan notis menuntut defendan memohon maaf secara terbuka dan membayar ganti-rugi.

Husam menuntut defendan memohon maaf secara bertulis tanpa syarat kepadanya, menyiar permohonan maaf dalam blognya, mengiklan permohonan maaf dalam akhbar harian utama & membayar ganti rugi RM500,000.

Selain itu juga Husam juga mebuat tuntutan ganti-rugi teladan, ganti-rugi melampau, punitif, injuksi menghalang defendan atau agen mengulangi penerbitan kenyataan tersebut.

Mohd Shah seorang peniaga yang berasal dari Salor, merupakan saksi kedua kes tersebut.

Sebelum itu Husam dalam keterangan secara bersumpah memberitahu Mahkamah, sebelum artikel tersebut disiarkan beliau menerima sistem pesanan ringkas (SMS) daripada Faisal.

Katanya, selepas artikel tersebut disiarkan, beberapa blog lain turut memetik rencana tersebut sehingga nama baiknya sebagai seorang Ahli Politik dan Anggota Pentadbir Kerajaan terjejas teruk.

”Oleh itu saya berpendapat wajar dikenakan ganti rugi yang lebih tinggi kerana melemparkan fitnah sehingga menjatuhkan air muka seseorang,” katanya.

Husam berkata, berdasarkan kepada pencarian dibuat melalui nombor talifon yang digunakan Faisal didaftar bukan menggunakan namanya yang sebenar sebaliknya menggunakan nama adiknya.

Ketika disoal balas peguam defendan, Husam memberitahu Mohd Faisal menggunakan banyak alamat, namun rumah bapanya dikesan di Wakaf Bharu, Tumpat.

Menjawab soalan peguam lagi katanya, selepas menerima notis saman, defendan tiba-tiba berubah sikap di mana Faisal dalam SMSnya memberitahu mahu sertai PAS dan memohon balak.

Hakim kemudian menangguh kes tersebut dan menetapkan sambung bicara pada 12 dan 13 Disember hadapan.

Adly sebelum itu memohon penangguhan kes tersebut memandangkan anak guamnya sedang menunaikan haji.

Beliau juga memberitahu akan mengemukakan tiga saksi iaitu Mohd Faisal, wakil daripada Umno Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
And here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Kerajaan UMNO Roboh Gerai Orang Melayu di Johor Baharu

ULASAN: Bukan main dulu mereka fitnah Kerajaan Penang kerana merobohkan gerai. Rupanya, di negeri mereka perintah, mereka buat benda yang sama. Itulah dia UMNO. Itulah dia perangai UMNO.

Janganlah kita percaya apa2 yang datang dari UMNO. DAn, UMNO pun sedar rakyat sudah tidak percaya mereka. Maka, mereka terpaksa guna HIMPUN, PERKASA, Yusri ABIM danb ramai lagi untuk bercakap bagi pihak mereka.

MBJB didakwa roboh gerai tanpa notis
Oleh SITI NADIRAH HAFIDZIN
nadirah@hmetro.com.my


JOHOR BAHRU: Tindakan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) merobohkan tiga gerai di Kampung Melayu Majidee Baru di sini, tanpa notis pemberitahuan mengundang rasa tidak puas hati beberapa pemilik gerai terbabit.

Lebih mengecewakan apabila pemilik gerai itu mendakwa, MBJB merobohkan gerai mereka ketika pelanggan sedang menikmati juadah menyebabkan peniaga kerugian ribuan ringgit.

Peniaga, Mohd Fuad Jais, 29, berkata, 15 penguat kuasa MBJB datang ke gerainya kira-kira pada jam 10.30 pagi dan tanpa berlengah merampas barangan perniagaan seterusnya merobohkan gerainya.

"Ketika itu, beberapa pelanggan sedang makan di gerai dan saya terkejut apabila tanpa sebarang pemberitahuan, kumpulan penguat kuasa itu datang lalu merobohkan gerai saya dan dua gerai bersebelahan.

"Memang saya hampa dan sedih atas perkara ini kerana gerai makan ini adalah sumber mata pencarian saya sekeluarga, kami sudah berniaga di sini hampir 23 tahun," katanya ketika ditemui di tapak bekas gerainya, semalam.

Menurut Mohd Fuad, dia berasa ditindas oleh MBJB kerana tidak menerima notis pemberitahuan atau amaran terlebih dulu.

"Saya tidak menafikan pernah menerima notis tetapi ia pada awal 2010 dan notis terbabit tidak menyatakan tarikh atau bulan yang tepat untuk gerai kami dirobohkan," katanya.

Seorang lagi peniaga, Hassan Osman, 52, berkata, tindakan merobohkan gerai buah-buahan miliknya yang diusahakan sejak setahun lalu benar-benar menghampakan.

"Dengan hasil menjual buah-buahan inilah yang saya gunakan untuk menampung kehidupan saya sekeluarga.

"Kini saya tidak tahu di mana perlu mengadu dan apa yang perlu dilakukan, cuma saya berharap ada pihak atau individu yang tampil untuk membantu kami menyelesaikan perkara ini," katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam MBJB, Mohd Firdaus Abdul Hamid berkata, pihaknya menolak dakwaan peniaga terbabit kerana sudah memaklumkan kepada mereka terlebih dulu.

"MBJB sudah memberikan notis peringatan untuk mengosongkan tapak gerai mereka kerana tapak itu dibina di atas rizab tanah kerajaan dan terbabit dalam proses pelebaran jalan,” katanya.
Read more!(Selanjutnya)

Saturday, October 22, 2011

Hasan Ali Mahu Berjuang Akidah tapi Mengapa Berbohong?

Dalam satu temuramah dengan TVS, Hasan Ali dilaporkan berkata:
Mengulas lanjut, Hassan Ali menafikan dakwaan kononnya beliau adalah salah seorang pengerak HIMPUN

"Saya tidak terlibat dalam penganjuran HIMPUN, saya dalam apa cara dan keadaaan sekali pun tidak pernah terlibat secara langsung bagi menghubungkan penganjur ini dengan mana-mana pihak."jelasnya.

HAbis tu saya nak tanya Hasan Ali, bukankah tempahan stadium Shah Alam untuk program ini dibuat oleh Hasan Ali? Bukankah Hasan Ali sendiri yang menelefon pihak MBSA untuk menempah bagi pihak HIMPUN?

Malahan, Dato' Bandar MBSA sendiri pada mulanya ingat ia adalah program rasmi Kerajaan Negeri kerana yang menelefon itu adalah Hasan Ali.

Tulang Besi sanggup bertanggungjawab di atas maklumat ini kerana ia datang dari sumber yang tak mungkin salah.

Malahan, saya yakin Hasan Ali sendiri tidak akan berani menafikan maklumat ini.

Bagaimana nak berjuang Akidah kalau dari mula lagi sudah berbohong?

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Friday, October 21, 2011

Melaka Dah Jadi "Darul Pondan"?


KLIK IMEJ



Mengikut laporan THE STAR 4 October 2011 di atas, pondan2 di Melaka sedang menghadapi masaalah untuk menjalankan "perniagaan" mereka di Taman Melaka Raya.

Ini kerana pondan-pondan dari luar negeri sedang menjajah tempat biasa itu dan menyebabkan pondan2 tempatan terpaksa lari ke tempat lain.

Kebanjiran pondan dari luar negeri ini sangat2 tidak disukai oleh pondan-pondan tempatan. Namun, pondan2 ini dilindungi serta bilangan mereka terlampau ramai.

Akhirnya, pondan2 tempatan terpaksa mengaku kalah dan melarikan diri ke tempat lain.

Selepas ni, kita kena panggil Melaka "Darul Pondan".

Tak tau lah berapa UMNO dapat dari industri pondan ni, tapi takkan kerajaan UMNO Melaka tidak maklum berkaitan dengan aktiviti pondan di Taman Melaka Raya.

Dalam UMNO sebuk2 memfitnah Anwar meliwat Saiful, rupa-rupanya mereka membela industri pondan di Melaka.

Yang lebih menghairankan adalah Melaka adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang mana UMNO boleh memerintah tanpa parti2 komponen Barisan Nasional.

Dengan kata lain, wakil rakyat DUN UMNO sahaja menguasai 2/3 dari seluruh Dewan Undangan Negeri Melaka.

kalau besok UMNO keluar dari Barisan Nasional, UMNO masih boleh perintah Melaka dengan majoriti 2/3.

Juga, satu maklumat yang menarik adalah kenyataan seorang pondan dalam artikel di atas. Beliau berkata "industri pondan" ini begitu maju kerana sektor pelancongan Melaka yang begitu pesat.

Tahniah kerajaan UMNO/BN Melaka. Mari kita semarakan lagi industri pondan di Melaka.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...