Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Loading...

Wednesday, November 30, 2011

Bukan DAP yang Lesapkan Hampir RM3billion Wang FELDA

Sempena Perhimpunan Agung UMNO, sekali lagi pemuka2 UMNO memukul gendang kononnya hak Melayu akan terhapus. Bahasa Melayu bakal hilang (padahal Dr Mahathir yang suruh ajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, bukan DAP), Raja-Raja Melayu akan hilang kuasa (padahal UMNO dan Dr Mahathir yang hapuskan kekebalan Raja Raja Melayu), DAP akan berkuasa (sedangkan DAP cuma berkuasa di Pulau Pinang yg sebelum ini dikuasai oleh GERAKAN) dan banyak lagi.

Soalnya sekarang, adakah DAP yang telah melesapkan wang FELDA hampir RM3billion? Persoalan ini sehingga hari ini Ahmad Maslan tidak mampu menjawab. Apabila dicabar oleh Mazlan Aliman untuk berdebat, Ahmad Maslan begitu menikus menolak cabaran berdebat.

Persoalannya sekarang siapakah yang sebenarnya menghapuskan hak Melayu? Adakah ia DAP ataupun UMNO?

Jelasnya, banyak tanah Melayu hilang bukan digadai oleh DAP tetapi UMNO.

Dalam isu Wang Felda lesap RM3billion ini, jelas sekali yang meranapkan hak Melayu adalah UMNO bukannya DAP.

Ahmad Maslan cuba beri alasan kononnya wang FELDA digunakan untuk tanam semula. Sedangkan kos penanaman semula oleh syarikat-syarikat lain seperti SIME DARBY JAUHHHH lebih murah berbanding FELDA. Kos tanam semula FELDA hampir 3 kali ganda berbanding SIME DARBY atau IOI.(Sila baca dengan panjang lebar berkenaan isu ini di sini)

Bukti telah jelas. Yang akan meranapkan bangsa Melayu di Malaysia adalah UMNO dan Barisan Nasional. Bukan DAP dan bukan Pakatan Rakyat.

Orang Melayu terus merempat di bumi sendiri. Gaji tak naik-naik tapi kos hidup naik setiap bulan. Pemimpin2 orang Melayu dari UMNO makin kaya. Anak beranak mereka juga makin kaya. Rakyat Melayu biasa terus merana.

Tak hairanlah ada seorang pemimpin negara jiran berkata beliau cuma memerlukan SD800 juta untuk membeli keseluruhan UMNO.

Tulang Besi

ps nak tanya Ahmad Maslan, sewaktu Mahathir menggunakan wang PETRONAS untuk menyelamatkan anaknya dari bangkrupsi (RM1.6 billion), adakah itu juga langkah memperjuangkan Melayu?


Read more!(Selanjutnya)

Perhimpunan UMNO yang Bankrap Segala-Galanya

Apakah modal yang tinggal lagi bagi UMNO untuk berhimpun kali ini? Kalau nak bawa gagasan ekonomi, semua orang sudah tahu rekod buruk UMNO mentadbir ekonomi negara. Kelantan yang miskin dan terkepung serta tertindas oleh UMNO mentadbir ekonomi negeri mereka jauh lebih baik berbanding waktu Kelantan di bawah UMNO dahulu.

Rata-rata di Malaysia mood rakyat adalah malap dan suram bila berbincang persoalan ekonomi. Harga barang naik menjadi-jadi. Gaji rakyat pula tak mau naik-naik. Ditambah dengan langkah Najib meminda Akta Pekerja yang bakal memberi keuntungan yang lebih kepada majikan serta menjatuhkan kadar gaji rakyat Malaysia.

Perubahan Akta Pekerja yang dibawa oleh Najib Tun Razak ini pernah diamalkan di Amerika Syarikat semenjak tahun 1980an, yakni semenjak zaman Reagan. Apa yang berlaku, selepas 30 tahun, gaji para pekerja di Amerika naik dalam kadar 1% sahaja. Namun, kadar keuntungan syarikat2 di Amerika naik 10-15 kali ganda. Sistem yang sama yang menindas para pekerja ini yang sedang diamalkan oleh Najib Tun Razak.

Lidah bercabang sungguh Najib Tun Razak yang selama ini bercakap pasal negara berpendapatan tinggi, namun meminda Akta Pekerja yang menjamin gaji pekerja akan menurun seperti yang berlaku di Amerika Syarikat.

Atas kebangkrapan idea dan tawaran kepada rakyat, maka tiada jalan lain kecuali UMNO menggunakan taktik menakut-nakutkan orang Melayu. Gendang mula dipalu oleh Ahmad Maslan yang memulakan langkah menakutkan orang MElayu dengan DAP.

Soalnya waha1 Ahmad Maslan, duit cash FELDA yang lesap lebih RM3 billion itu adakah wang itu dilesapkan oleh DAP?

Mengapa Ahmad Maslan diam membisu apabila didedahkan syarikat2 lain berbelanja JAUH LEBIH MURAH untuk penanaman semula berbanding FELDA? Sehingga hari ini Ahmad Maslan tidak menjawab persoalan ini. Tak hairanlah Ahmad MAslan bachul untuk berdebat dengan Mazlan Aliman.

Hakikatnya, pembongkaran beberapa skandal pemimpin2 UMNO di bulan sebelum bulan perhimpunan benar2 memalapkan suasana Perhimpunan Agung UMNO kali ini. Ketua Wanita UMNO cuma mampu membuat penafian bahawa beliau tidak terlibat di dalam memberi projek RM250juta kepada suami beliau. PAdahal kalau orang itu bukan suami beliau, masakan boleh diserahkan RM250juta sebegitu mudah?

Di negeri Najib Tun Razak Pengerusi Perhubungan, Ketua Pembangkang gantian Mohd Satim Diman didedahkan menggadai tanah rakyat untuk membuat untung beberapa juta ringgit atas angin. Pendedahan ini dibuat oleh Menteri Besar Selangor sendiri dan sehingga hari ini Satim Diman tidak berani menafikannya.

MAlahan, bekas Ketua Pembangkang UMNO juga sedang menghadapi tuduhan rasuah di Mahkamah sekarang ini.

Hakikatnya, bagaimana UMNO mampu memperjuangkan hak Melayu kalau mereka sendiri menyalah guna hak orang Melayu untuk mengkayakan diri sendiri dan anak beranak mereka.

Apa lagi ubat yang mahu dijual oleh UMNO kali ini, kita tunggu sahaja.

PAda waktu yang sama, rakyat Malaysia terutama orang Melayu terpaksa mengikat perut dan bercatu makan. Pemimpin2 UMNO pula hidup mewah membelanjakan kekayaan orang Melayu

TUlang Besi

ps kita tak sentuh pun kesah2 gelang, cincin, beg tangan yang berjumlah ratusan ribu ringgit.




Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, November 29, 2011

80% Melayu Bakal Dapat Tanah di Selangor

ULASAN: Nampaknya propaganda UMNO kononnya hak Melayu terancam dan orang Melayu tertindas di Selangor semakin jelas pembohongannya.


80 peratus Melayu bakal dapat tanah di Selangor- Yaakob Sapari

SHAH ALAM: Jaminannan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa 100,000 permohonan tanah akan diselesai dalam masa terdekat menyaksikan 80 peratus Melayu bakal menerima tanah dari kerajaan negeri, kata Exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari.

Menurutnya, jaminan itu juga mencerminkan sikap kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang telus dan tidak memilih latar belakang politik dalam soal pemberian tanah kepada rakyat.

“Dasar kerajaan negeri jelas di mana pemilikan tanah diberi kepada individu yang telah menetap dan telah mengusahakan tanah tersebut,” tegas beliau dalam satu kenyataan media.

Yaakob yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan berkata, antara kawasan yang diberi tumpuan adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Gombak, Ijok, Dengkil dan Kuang .

“Selain itu, kerajaan negeri juga akan mempertimbangkan permohonan tanah kaum Cina di Sekinchan dan kaum India di Batu Caves yang sebelum ini selalu dipinggarkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Katanya, keadaan itu berbeza dengan pemerintahan BN dahulu apabila setiap permohonan tanah perlu melalui jawatankuasa daerah tanah yang dipengerusikan oleh seseorang Adun.

Sistem itu katanya, menyebabkan berlaku kepincangan kerana permohonan tanah hanya akan diluluskan sekiranya pemohon memiliki ‘fahaman politik’ yang sama dengan seseorang Adun tersebut.

Tambah Yaakob, kerajaan dahulu juga dilihat gagal menangani masalah tanah dengan baik, malah, bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Khir Toyo juga gagal menyelesaikan pemohonan tanah orang Melayu di kawasannya sendiri di Sungai Panjang.
Read more!(Selanjutnya)

Syaitan Pun Percaya Pada Hari Kiamat, Wahai Orang2 UMNO

Sepanjang pengalaman Tulang Besi berdebat dengan juak2 UMNO, ada masanya puak2 UMNO ini menggunakan hujjah dari Islam.

Antara hujjah yang pernah TUlang Besi jumpa adalah puak2 UMNO ini berkata:
"Kami (orang2 UMNO) pun percaya kepada Hari Kiamat juga"
Sebagai menjawab hujjah puak2 UMNO ini, Tulang Besi membawa ayat di bawah dari Surah Al A'raaf ayat 14 yang berbunyi:

TERJEMAHAN: “Beri tangguhlah aku(syaitan) sampai waktu mereka dibangkitkan (hari kiamat)”

Hakikatnya, Syaitan laknatullah juga percaya kepada Hari Kiamat. Ayat di atas adalah permintaan Syaitan kepada Allah SWT supaya umur Syaitan diperpanjangkan sehingga Hari Kiamat.

Mana mungkin Syaitan minta tangguh sebegitu rupa kalau Syaitan tidak percaya kepada Hari Akhirat.

Soalnya sekarang, mengapa Syaitan yang percaya 100% kepada Hari Kiamat MASIH KAFIR?

Jawapannya adalah Syaitan jatuh kafir kerana Syaitan MENOLAK satu arahan Allah SWT yakni untuk sujud kepada Adam AS. Itu sahaja.

Cuba banding Syaitan dengan UMNO. Kalau Syaitan hanya tolak satu hukum Allah sahaja, UMNO tolak cukup banyak hukum Allah SWT. Misalnya, hudud, Qisas, pengharaman judi, pengharaman arak, pengharaman riba, pengharaman korupsi, pengharaman menuduh zina tanpa 4 saksi, pengharaman fitnah dan tipu dsbnya.

Jauh lebih banyak hukum Allah SWT yang ditolak UMNO berbanding Syaitan Laknatullah. Dan, sama seperti Syaitan Laknatullah, UMNO juga mempercayai kepada Hari Akhirat.

Kesimpulannya, apa guna percaya kepada Hari Kiamat kalau hukum Allah SWT tidak dipercayai dan diterima?

Wallahualam

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Monday, November 28, 2011

Penjelasan Anwar: Fitnah Anwar Agen IMF

ULASAN : Bila berdepan macam ni tak berani pulak puak2 UMNO ni bersuara. Belakang2 je berani cakap.


Read more!(Selanjutnya)

Konspirasi Dr Mahathir dengan Yahudi

ULASAN: Ini adalah artikel yang popular sewaktu kemuncak Reformasi dulu bagi rujukan kita.

Janganlah kita terus menerus ditipu oleh UMNO kononnya Dr Mahathir adalah penentang dan anti Yahudi.

Beliau adalah kawan baik Yitzak Rabin. Akhbar Yahudi Australia amat memuji Dr Mahathir.

KONSPIRASI DR. MAHATHIR YAHUDI

Kronologi hubungan Dr. Mahathir dengan Yahudi

1964 : Mahathir dilatih oleh CIA selama beberapa bulan di Harvard, Amerika Syarikat dalam seminar anjuran Asia Foundation oleh Dr. Henry Kissinger, Setiausaha Negara Amerika dan pakar strategi Yahudi. Hubungan Mahathir sangat akrab dengan Kissinger lebih-lebih lagi sejak beliau berjaya dilantik sebagai Perdana Menteri/Presiden UMNO (pada 16 Julai 1981) sehingga sekarang. Bahkan perlantikan 'luar biasa' Dr. Mahathir ke jawatan TPM oleh Dato' Hussein Onn pada Mac 1976 juga menimbulkan pelbagai tandatanya. Sebelum itu, ketika berkrisis dengan Tunku Abdul Rahman dahulu dan kerana takut ditangkap, Mahathir melarikan diri ke Thailand dan kemudiannya mendapat perlindungan 'asing' di Australia. Dr. Mahathir bekerja di sana di samping menulis dalam akhbar luar negeri mengecam Tunku. Mahathir hanya kembali setelah Tun Razak jadi PM. Dengan strategi licik pihak-pihak tertentu (termasuk mereka yang dikaitkan dengan agen perisikan asing) akhirnya Tun Razak terpedaya untuk menerima semula Mahathir dan memberikan tempat kepadanya dalam Kerajaan walaupun sudah diingatkan oleh orang-orang yang mengetahui identiti sebenar Mahathir. Ajal telah menghalang Tun Razak dari bertindak terhadap Mahathir setelah beliau menyedari kesilapannya kerana terpedaya dengan perancangan licik Mahathir untuk menguasai UMNO dan Kerajaan.

10 September 1982: Mahathir bercakap panjang lebar menafikan beliau dan Setiausaha Politiknya adalah ahli dan penyokong gerakan sulit Yahudi iaitu Freemason. Ini juga merupakan ucapan dasar sulung Mahathir di Perhimpunan Agung UMNO ke-33 selaku Presiden. Dikatakan bahawa ahli Freemason telah menjadi pekerja sukarela pilihanraya UMNO sejak 1974 lagi. Pertubuhan Freemason di Malaysia adalah didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. Pada tahun 1977 ia mempunyai 55 perkumpulan (lodges) dan 2,984 ahli. Malah ketika menjawab soalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (PAS-Pengkalan Chepa) di parlimen pada 25 Oktober 1978, Datuk Husein Onn berkata Kerajaan hingga kini tidak bercadang untuk mengharamkan pertubuhan (Freemason) itu walaupun mengakui ianya bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit dan berpengaruh dari kalangan umat Islam negara ini yang menyertainya.

1986: Mahathir/UMNO membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah Syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantu Mahathir/UMNO merangka strategi pilihanraya umum 1986. Sebelum itu, syarikat terbabit telah membantu kempen pilihanraya Margaret Thatcher di Britain dan Ronald Reagan di Amerika Syarikat. (Dr. Kissinger, orang besar Yahudi dan rakan karib Mahathir juga merupakan penasihat belakang tabir Presiden Reagan). Pada tahun ini, Mahathir mengambil sikap membisu di atas keputusan Singapura mengundang ketua negara Israel Chaim Herzog sambil membiarkan pesawat Israel itu melintasi ruang udara Malaysia untuk ke Singapura. Segala tentangan umat Islam di Malaysia tidak diendahkan oleh Mahathir.

1986: Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Dr. Kissinger di New York. Ini disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah ISIS yang juga merupakan 'anak didik Kissinger'.

6 Mac 1987: Dr. Henry Kissinger mengadakan perbincangan tertutup sehari di pejabat Perdana Menteri. Perbincangan ini dikendalikan oleh ISIS dan dikenali sebagai "Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur". Menurut Ketua Pengarah ISIS, Dr. Noordin Sophie, Dr. Mahathir dan Kissinger merasa perlu bagi para 'intelek' Amerika yang terkemuka dan ulung memahami dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi oleh negara-negara Asean.

Mei 1994: Parlimen telah meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.

6-9 Julai 1994 : Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan PM Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Pertemuan ini dilaporkan oleh TV Israel dan dipetik oleh AFP. Bila berita ini sampai ke Malaysia, Mahathir seperti biasa segera menafikannya dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala Rabin berada di tingkat 2. Akhirnya Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat!.

16 Julai 1994: Pengerusi Kumpulan Melewar Corporation Bhd. dan MBf, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman yang juga proksi perniagaan terpenting UMNO dan rakan karib Mahathir telah membuat pengakuan bahawa beliau telah berkunjung ke Israel pada bulan Jun 1994. Sebenarnya Malaysia di bawah Kerajaan Perikatan/BN telah lama mempunyai hubungan dagang dengan negara haram Israel. Dalam tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda dari 272 ribu dolar Amerika dalam tahun 1966 kepada 565 ribu dolar Amerika dalam tahun 1967. Dalam waktu yang sama eksport Israel ke Malaysia bertambah hampir-hampir dari 1.1 juta dolar Amerika kepada hampir 1.7 juta dolar Amerika.

17 Julai 1994:
Berita Harian melaporkan Tunku Abdullah sebagai berkata :"Ketika di sana, saya dijemput menemui Rabin dan Peres". ..."Kita juga mengenalpasti potensi pelancongan terutama bagi rakyat Malaysia mengunjungi Masjid al-Aqsa".

13 Oktober 1994:
Far Eastern Economic Review melaporkan: "Perdana Menteri Malaysia telah memberitahu bahawa pengiktirafan (Israel) tersebut adalah bergantung kepada sejauh mana rakyat Palestine dan negara-negara Arab telah berpuas hati terhadap perlaksanaan perjanjian damai dengan Tel Aviv. Israel telah pun menghantar pemerhati khas ke Kuala Lumpur sejak awal tahun ini dalam rangka menjalinkan perhubungan diplomatik."

Disember 1996 : Mahathir menyeru supaya Negara-negara Arab tidak berperang dengan Israel bagi menyelesaikan masalah di Timur Tengah. Kenyataan Mahathir ini cuba meminta Umat Islam seluruh dunia supaya ditutup seruan jihad dari kamus umat Islam dan ia juga dipercayai ada hubungkaitnya dengan ura-ura Kerajaan Malaysia mahu mengiktiraf Israel melalui proses damai anjuran Amerika.

Januari 1997:
Mahathir menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh Mayor (Datuk Bandar) berbangsa Yahudi, Tom Levyn dan turut dihadiri oleh 'masyarakat Yahudi' yang terdiri daripada tokoh hiburan dan karyawan filem di Beverly Hills, Los Angeles. Dalam pertemuan tersebut Mahathir meminta supaya diwujudkan taman hiburan/perkampungan industri perfileman ala Hollywood yang dimonopoli oleh Yahudi di Amerika itu di tapak MSC, Sepang. Penubuhan MSC di Malaysia juga sebenarnya telah dicadangkan dan diilhamkan oleh pihak asing kepada Mahathir. Perancangan Mahathir/Yahudi/kuasa asing ini akhirnya berjaya direalisasikan apabila Mahathir pada 9 Julai 1999 setelah mengadakan perbincangan dengan Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) untuk projek MSC, bahawa Perkampungan 'Hollywood' akan diwujudkan di Cyberjaya.

21 Mac 1997: Mahathir membenarkan pasukan kriket Israel datang ke Malaysia untuk menyertai kejohanan kriket antarabangsa (ICC). Umat Islam yang membantah kehadiran pasukan Israel di bumi Malaysia ini diganyang, ditangkap dan didakwa di mahkamah oleh regim Mahathir. Mahathir berkata tujuan beliau membenarkan pasukan Israel datang ke Malaysia adalah untuk menunjukkan bahawa umat Islam di Malaysia bersikap 'terbuka'.

Tahun 1997 juga digemparkan dengan pengakuan terbuka Mahathir, bahawa beliaulah yang membenarkan rombongan pelajar-pelajar Israel untuk melawat negara kita dan bertukar-tukar fikiran dengan pelajar-pelajar di beberapa buah sekolah di ibunegara. Sebelum ini, lawatan pelajar Israel yang diaturkan secara sulit oleh Kementerian Pendidikan ini, telah didedahkan sehingga memaksa Mahathir untuk membuat pengakuan dan mengatakan bahawa ianya bertujuan untuk 'menginsafkan' pelajar Israel betapa baiknya umat Islam (terutama di Malaysia) yang boleh hidup dengan harmoni dengan rakyat berbilang kaum dan agama.

1998: Mahathir mengambil syarikat dan spekulator matawang Yahudi, Solomon Smith & Barney sebagai penasihat kewangan negara dan bon Malaysia dijual kepada pelabur Yahudi di Amerika / Eropah.

September 1999 :
Menteri Luar Malaysia iaitu Datuk Syed Hamid Albar, telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar negara haram Israel iaitu David Levy di New York. Di dalam pertemuan tersebut juga, Mahathir telah mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Israel iaitu Ehud Barak kerana kejayaannya menjadi Perdana Menteri baru Israel.

OLEH : Penulis Siber
( Penulisan asal oleh Wak Reformasi - terdapat sedikit pengubahsuaian)
Read more!(Selanjutnya)

Gagasan "Wasathiyah" UMNO Cuma Sandiwara Semata-Mata

Baru-baru ini, UMNO telah melancarkan gagasan Wasathiyah (pertengahan) mereka di PWTC Antara yang menjadi pengulas tersohor mereka dalam gagasan ini adalah Yusri ABIM yang telah berubah parti. Ini kerana dulu Yusri ABIM adalah penentang kepada UMNO. Sekarang, beliau menjadi penjilat kepada UMporNo.

Sekali lagi kita lihat percubaan UMNO untuk memberi imej Islam dengan menggunakan perkataan2 Arab. Tidak lain tidak bukan hanyalah sandiwara bagi menambat undi orang Melayu atas pagar.

Sebelum ini kita telah lihat sendiri berbagai2 gagasan ISlam dilancarkan oleh UMNO. Dulu ada "Penerapan Nilai2 Islam". Selepas tu ada "Maqhasid Syariah". Selepas itu "Islam Hadhari" selepas tu "Wasathiya" pula.

Namun kita lihat sepanjang UMNO menggunakan perkataan-perkataan Arab untuk tujuan propoganda mereka, beberapa perkara tidak pernah berubah:

1.0 Arak tetap dihalalkan oleh UMNO bagi semua orang termasuk orang Islam.

2.0 Judi terus dihalalkan UMNO bagi setiap orang Islam. Malahan, lesen judi bertambah-tambah semenjak perkataan2 Arab ini digunakan oleh UMNO.

3.0 UMNO istiqamah menolak hudud dan hukum syariah Islam. Segalanya dilakukan UMNO untuk menghalang perlaksanaan hukum syariah Islam

4.0 Qazaf terus dihalalkan oleh UMNO. Hukum Qazaf dalam ISlam dihinjak-hinjak dan dipermainkan oleh UMNO.

5.0 Terus menerus menghalalkan dosa fitnah dan penipuan

6.0 Terus menerus menghalalkan korupsi dan makan duit haram


Secara jelasnya, UMNO tidak akan berhenti berbuat perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah SWT ini.

Apa pun perkataan2 Arab yang UMNO guna, mereka tetap akan meneruskan amalan2 yang diharamkan Allah SWT.

Kasihan melihat Yusri ABIM yang sanggup melacurkan diri beliau untuk kepentingan politik UMNO. Yang lebih sedih adalah Yusri sedang cuba untuk melacurkan Islam bagi kepentingan politik UMNO.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Dasar "Tiada Korupsi" Naikkan Bilangan Pelabur ke Selangor

NOTA EDITOR: Dibawah adalah surat kepada editor yang dihantar kepada blog Malaysiawaves. Kepada sesiapa yang mahu menghantar surat, sila lakukan kepada malaysiawaves@rocketmail.com

Tuan/Puan Editor,

Saya merasa begitu gembira dengan kenyataan Menteri Besar Selangor sewaktu menghadiri Seminar Pelaburan Malaysia anjuran Malaysia-Japan Commerce Association (MAJECA) di Tokyo pada 22 November 2011.

Beliau dengan jelas mengatakan pelabur-pelabur tidak perlu membayar apa-apa komisyen untuk melabur di negeri Selangor.

Lebih-lebih lagi kenyataan tersebut dibuat dihadapan pelabur-pelabur dari negeri Jepun yang pada masa ini telahpun melabur sebanyak RM1.8 billion di negeri Selangor.

Pelaburan-pelaburan seperti ini akan membanyakkan lagi peluang-peluang pekerjaan di negeri Selangor ini.

Lebih-lebih lagi suasana pelaburan di negeri Jepun tidak berapa menarik memandangkan kadar faedah (interest rate) di Jepun mendatar untuk 5-10 tahun kebelakangan ini.

Peluang ini perlu direbut oleh negeri Selangor bagi meramaikan lagi pelabur-pelabur Jepun ke negeri Selangor memandangkan begitu trend di Jepun adalah melabur di luar negara sekarang ini.

Polisi dan praktis kerajaan Pakatan Rakyat yang tiada toleransi dengan korupsi bakal menarik perhatian ribuan pelabur-pelabur Jepun ke negeri Selangor memandangkan korupsi hanya akan mengurangkan keuntungan kepada para pelabur.

Dengan kata lain, apabila tiada korupsi, kadar keuntungan kepada para pelabur akan semakin tinggi. Ini akan mampu menarik lebih ramai pelabur ke negeri Selangor.

Lebih ramai pelabur masuk ke Selangor, bererti peluang pekerjaan akan bertambah. Ini juga bermakna ekonomi rakyat Selangor juga akan meningkat.

Jelas, ini suatu bukti bahawa dengan kurangnya korupsi, rakyat umum mendapat keuntungan yang berganda-ganda.

Syabas Menteri Besar Selangor. Syabas Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor

PENGUNDI DUN KOTA ANGGERIK

Read more!(Selanjutnya)

Friday, November 25, 2011

Air di Pahang Terkotor di Malaysia

KLIK IMEJ

Di bawah ini Tulang Besi ambil dari sebuah email yang bersumber dari Poji@Topeng Perak:

Rujuk pada laporan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bertarikh 30hb. Oktober, 2011. Kandungan E-Coli bagi 6 Negeri:

Perlis = 1.21%
Pahang = 1.12%
Wilayah Persekutuan Labuan = 1.01%
Perak = 0.90%
Kelantan = 0.88%
Johor = 0.52%


Macam mana UMNO boleh dakwa "AIR KELANTAN TERKOTOR"..? Kalau nak cuci NAJIS LEMBU pun masih tak mampu sebab E-Coli Negeri Perlis bawah UMNO catat rekod TERKOTOR


Sekali lagi terdedah penipuan UMNO.

Sepatutnya UMNO wajib malu. Negeri Presiden mereka sendiri mempunyai air TERKOTOR dalam seluruh Malaya.

Demi menutup fakta air Pahang terkotor di Malaysia, mereka mengarahkan serangan bertubi2 terhadap Kelantan.

Rasanya dah ramai orang Melayu yang meluat dengan penipuan2 bersiri UMNO dan Presiden mereka.

UMNO yang sama sering mendabik dada mendakwa mereka memperjuangkan orang Melayu. Tapi, hakikatnya perjuangan mereka hanyalah untuk mengkayakan pemimpin dan anak beranak pemimpin mereka.

Kalau tidak masakan PETRONAS boleh keluar wang RM1.7 billion untuk menyelamatkan anak Mahathir dari bangkrup hanya kerana anak Mahathir tidak tahu meniaga?

Berapa ramai orang Melayu meniaga bangkrap. Mengapa tiada PETRONAS datang menyelamatkan orang2 Melayu ini? Apa istimewanya anak Dr Mahathir itu?

Hakikatnya, kita orang Melayu sudah berdekad-dekad ditipu UMNO dan Barisan NAsional.

Bangunlah, wahai bangsaku. Buka lah mata mu.


Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Rakyat Malaysia Sudah Mula Makan Bercatu

Semalam, orang rumah saya melawat seorang kawan beliau. Kebetulan kawannya tinggal di sekitar Lembah Kelang.

Dalam seronok berborak, tiba-tiba isu harga barang pun masuk jadi topik. Kawannya ini bukanlah seorang yang bernasib baik. Suaminya seorang freelance dan pendapatan suami tidak tetap.

Saya faham masaalah yang dihadapi oleh juruteknik seperti suaminya kawan isteri saya ini. Sudahlah kerja tidak tetap, upah mereka pun semakin rendah akibat persaingan dengan pendatang-pendatang dari Indonesia.

Dilanjutkan bciara, kawannya isteri saya memberitahu beliau terpaksa mencatu makanan anak-anak nya. Ertinya, kalau anak-anak beliau minta tambah bila waktu makan, kemungkinan beliau tidak boleh memberikan makanan tambah kepada anaknya.

Kesian saya mendengar rintihan kawan isteri saya itu. Saya tak sangka rakyat Malaysia sudah mula mencatu makanan mereka.

Di saat pemimpin2 mereka boleh meniktmati projek RM250 juta untuk bela lembu, dapat untung atas angin dengan jual tanah seperti Satim Diman, dapat selamatkan anak dari bangkrap meniaga guna duit Petronas RM1.6 billion, ada rakyat Malaysia yang terpaksa mencatu makanan mereka.

Apa sudah jadi dengan nasib rakyat Malaysia sekarang ini.

Saya jamin, kalau tidak ada pertukaran kerajaan, lepas ni bukan setakat makanan terpaksa dicatu, udara pun mungkin kita kena catu. selepas ini Barisan Nasional mungkin akan swastakan udara yang kita hirup.

Nasib baiklah di Selangor Pakatan Rakyat perintah. SYABAS tak boleh nak naikkan bil air sesuka hati mereka untuk bayar gaji Pengerusi mereka RM5.3 juta setahun.

Tulang Besi

ps saya suruh isteri saya daftarkan kawannya itu dalam program "Jom Shopping" untuk meringankan beban beliau, inshaalah.

Read more!(Selanjutnya)

SYABAS Syarikat Untung Atas Angin

Kalau kita renungi ucapan Belanjawan Menteri Besar Selangor baru baru ini, kita pun akan bertanya, apa fungsi sebenar SYABAS.

Asalnya penswastaan air Selangor telah diberikan oleh mantan Menteri Besar Tan Sri Mat Taib kepada mantan Bendahari UMNO Hulu Selangor, Tan Sri Rozali Ismail.

Di kala itu, Rozali Ismail bukanlah seorang korporat macam sekarang. Dia tiada modal, tiada wang dan kepakaran dalam bidang pemberian air bersih kepada rakyat Selangor.

Pendedahan Menteri Besar Selangor menjelaskan segalanya. SYABAS cuma sebuah syarikat yang memakan untung atas angin semata-mata.

Segala infrastruktur air seperti paip, loji pembersihan, empangan dan sebagainya adalah milik Kerajaan Negeri. SYABAS menggunakan infrastruktur ini secara percuma tanpa bayaran walau satu sen pun.

Oleh kerana Tan Sri Rozali tiada wang, maka segala operasi SYABAS dibiayai oleh hutang. Dia berhutang dengan kerajaan Pusat untuk menjalankan kerja-kerja SYABAS.

Apabila tiba waktu untuk membayar hutang, SYABAS akan menaikkan harga air supaya rakyat Selangor yang membayar hutang Tan Sri Rozali Ismail.

Pada waktu yang sama, Tan Sri Rozali hidup senang lenang dengan gaji RM5.2 juta setahun. Itu tidak termasuk perbelanjaan2 lain yang masih misteri yang tidak kita ketahui.

Secara ringkasnya, inilah kaedah UMNO membuat wang. Mereka gunakan hak rakyat sepuas-puasnya tanpa membayar apa-apa kepada rakyat. Apabila bisness mereka rugi, mereka suruh rakyat bayarkan hutang mereka.

Seperti kesah Dr Mahathir guna duit PETRONAS RM1.6 billion untuk selamatkan anaknya yang hanpir bangkrupsi dulu. SYABAS pun sama juga. Bila dia hampir rugi, dia akan naikkan tarif air. Rakyat Selangor akan bayar segala kerugian Tan Sri Rozali Ismail kalau dia rugi.

Hebat hebat.

Inilah yang dikatakan "Ketuanan Melayu" agaknya.

Syukurlah Selangor diperintah Pakatan Rakyat. Segala usaha Tan Sri Rozali untuk menaikkan tarif air telah ditolak mentah-mentah.

Cuma yang saya dengar penyokong tegar Tan Sri Rozali dalam exco adalah Hasan Ali. Tu yang sampai SYABAS boleh "sponsor" Muktamar PAS.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, November 23, 2011

Pilihanraya Berasingan Selangor-Pusat Runsingkan UMNO

YAng Amat Berhormat Menteri Besar Selangor baru2 ini mengisytiharkan Selangor tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri sebelum Jun 2012. Kalau Parlimen dibubarkan oleh UMNO sebelum itu, maka Selangor akan mengadakan pilihanraya yang berasingan.

Keputusan tersebut telah menggusarkan UMNO dengan kadar yang sangat besar. Dato Noh Omar, sebagai Timbalan Pengerusi PErhubungan Selangor telah mengeluarkan kenyataan yang keras menolak keputusan MB Selangor itu.

Alasan pertama yang diberikan adalah faktor kos yang bertambah akibat pilihanraya berasingan.

Sekiranya kos dijadikan isu, mengapa dibiarkan Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubar berasingan dari Parlimen? Tidakkah boleh tarikh pembubaran Dewan di Sarawak diselaraskan dengan Pusat seperti yang dilakukan di Sabah?

Sudahkah Dato’ Noh Omar lupa satu masa dahulu Dewan Undangan Negeri Sabah juga dibubarkan berasingan dari Pusat/Parlimen? Namun, boleh pula diselaraskan. Dato’ Noh Omar perlu menjelaskan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya mengapa Kerajaan Barisan Nasional tidak menyelaraskan tarikh pilihanraya di Sarawak sama seperti di Pusat? Selepas penjelasan itu barulah Dato Noh Omar berhak mengkritik keputusan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor.

Lagi pula, mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir sendiri telah meminta Perdana Menteri Dato Najib Tun Razak untuk menghabiskan tempoh sah Parlimen. Dengan kata lain, secara tidak langsung Dr Mahathir menyokong keputusan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor itu.

Jelas dari kenyataan Noh Omar itu, beliau tidak mempunyai alasan yang kukuh.

Hakikat sebenar, kalau pilihanraya diadakan berasingan, maka segala penipuan Barisan Nasional akan terdedah dahulu. Maka, sukar bagi Barisan Nasional mengulangi penipuan mereka di dalam pilihanraya seterusnya.

Baiklah Noh Omar mengaku sahaja sebab yang sebenar. Ia bukanlah satu rahsia lagi bagi majoriti rakyat Selangor. Itulah hakikatnya mengapa UMNO tidak bersetuju dengan keputusan MB Selangor itu.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Lagi Bukti Satim Diman Cuba Gadai Tanah Melayu

Yang hairannya, percubaan menggadai tanah rezab Melayu kepada tauke ini berlaku SELEPAS UMNO hilang kuasa di Selangor.

Di bawah adalah dokumen2 berkaitan percubaan Satim Diman/UMNO Puchong menggadai dua bidang tanah rezab Melayu yang sebelum ini diletak di bawah nama "UMNO Bahagian Puchong".

UMNO Bahagian Puchong yang dipimpin oleh Satim Diman telah mencuba untuk menggadai dua bidang tanah rezab Melayu dengan no kod HSD 247 141 dan HSD 247 142 kepada sebuah syarikat bukan bumiputra bernama "Lagi Gemilang Development Sdn Bhd".

Kononnya Ketua Pembangkang UMNO ini seorang yang memperjuangkan Melayu. Rupanya, kaki jual tanah Melayu kepada taukeh.

Syukor kepada Allah SWT yang telah memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat dan menjadikan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar. Tan Sri Khalid telah MENGAGALKAN usaha UMNO Puchong pimpinan Satim Diman ini.

Dokumen2 berkaitan percubaan UMNO Puchong pimpinan SAtim Diman ini boleh dibaca di bawah:


KLIK IMEJ


KLIK IMEJ

KLIK IMEJ




KLIK IMEJ
Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, November 22, 2011

Ketuanan Melayu untuk Mengkayakan Diri dan Anak Beranak

Para pembaca sekelian, dipersilakan membuat penilaian sendiri. Perjuangan "Ketuanan Melayu" adalah kata kod untuk mengkayakan diri sendiri dan anak beranak.

Melayu biasa macam saya ini terpaksa bekerja bertungkus lumus untuk mencari sesuap nasi.

Berjuta Melayu lain yang terpaksa ikat perut untuk membesarkan anak-anak mereka.

Pemimpin2 UMNO jadi kaya raya sekelip mata dengan menjual tanah Melayu.

HIDUP MELAYU!!!!



Read more!(Selanjutnya)

Monday, November 21, 2011

Surat Jemputan Debat kepada Khairy Jamaluddin Bagi Isu NFC

ULASAN: Di bawah adalah surat jemputan debat yg diberikan oleh Sdr Rafizi kepada Khairy Jamaluddin berkaitan dengan isu NFC.

Saya rasa Khairy mungkin teragak2 untuk menerima jemputan ini. Kalau Khairy kalah dalam debat ini bermakna terbuktilah UMNO sebuah organisasi perompak.

UMNO merompak rakyat dan orang Melayu di atas nama Dasar Ekonomi Baru serta Ketuanan Melayu.

Kita sama-sama tunggu respon dari Khairy Jamaluddin.

KLIK IMEJ


Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Sunday, November 20, 2011

Apa Hubungan Dr. Mahathir dgn Yahya Cohen (Yahudi Singapore)

Artikel dari "Australian Jewish News" di bawah memberitahu kita beberapa perkara menarik berkaitan Dr Mahathir:

1.0 Dr Mahathir berkawan baik dengan seorang Yahudi Singapore bernama Yahya Cohen.
1.1 Yahudi Yahya Cohen ini adalah rakan sekelas Dr Mahathir sewaktu beliau belajar di Universiti Malaya di Singapore
1.2 Yahya Cohen kemudiannya menjadi Pengerusi Persatuan Perubatan Singapura


2.0 Dr Mahathir sering berutus surat dengan Yitzak Rabin, bekas Perdana Menteri Israel.
2.1 Sehingga pernah mengajurkan lawatan sambil belajar bagi budak2 Yahudi dari Israel untuk melawat Malaysia
2.2 Membawa masuk seorang intellek Yahudi tersohor ke Malaysia untuk satu lawatan rasmi


Artikel ini telah menyebabkan Hanief dari Hanief.blogspot.com disiasat oleh pihak MCMC. Oleh kerana Hanief bekerja di Singapura, maka ibu bapa Hanief telah diseret MCMC.

Jelas sekali, UMNO takut sekali rahsia hubungan Mahathir dengan beberapa ekor Yahudi antarabangsa ini terdedah.

Ini kerana, selama ini Dr Mahathir ke hulu ke hilir menjual cerita kononnya Anwar Ibrahim adalah agen Barat dan Agen Yahudi.

Rupa2 nya Mahathir rupanya yang ada udang di sebalik batu. Rasanya Anwar Ibrahim tidak lah sampai berutus warkah cinta dengan bekas Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin seperti yang dilaporkan oleh artikel di bawah ini.

Saya tak sabar nak dapatkan penerangan dari Dr Mahathir berkaitan artikel dan beberapa dakwaan dalam artikel di bawah ini. Amat menarik sekali kalau boleh didapatkan penerangannya dgn kadar segera.



Tulang Besi


Read more!(Selanjutnya)

Friday, November 18, 2011

PENDEDAHAN: Ezam Menjilat Ludahnya kerana Wang Ringgit

Rahsia Ezam Mat Nor terdedah akhirnya. Begitu sebuk akhir-akhir ini ke sana kemari menjilat ludah beliau.

Pada mulanya ramai yang tertipu.Ramai yang menganggap peninggalan Ezam Mat Nor dari perjuangan KeAdilan adalah kerana Ezam tidak puas hati dengan kepimpinan Anwar. Sedikit sebanyak telah menjejaskan imej Anwar Ibrahim apabila Ezam yang dianggap orang kanan lari meninggalkannya.

Mengikut memoir Dr. Syed Husin Ali, Ezam telah berkata:

“Doktor, sekarang ini saya tiada pekerjaan dan tidak ada sumber pendapatan. Pendapatan saya sebanyak US$3,000 sebulan di Indonesia sebagai pengarah sudah terhenti sejak syarikat itu tutup.

“Sekarang saya terpaksa bergantung hanya kepada pendapatan isterti saja. Malulah, walaupun gajinya besar juga, kira-kira RM8,000. Saya kena cari peluang untuk mendapatkan satu dua jawatan pengarah. Ini boleh hanya jika ada bukti saya sudah meninggalkan parti,” tulisnya dalam buku itu.


Selepas itu Ezam telah berkata:

"Doktor. Saya berhenti. Sekarang ini musuh saya bukan lagi Azmin. Musuh saya ialah Anwar. Percayalah saya akan melakukan apa saja untuk memusnahkannya,” Ezam didakwa berkata.


Ertinya, Ezam sudah berdendam dengan Anwar Ibrahim sebelum Pakatan Rakyat menang beberapa negeri yakni jauh sebelum pilihanraya 2008.

Maka, tak hairanlah Ezam diberi ganjaran dunia oleh UMNO dan Najib Tun Razak. Apa jasa Ezam kepada Malaysia untuk melayakan beliau dilantik Senator di Dewan Negara? Tidak lain hanyalah jasa beliau untuk menghancurkan Anwar Ibrahim tidak kira cara dan metod yang digunakan.

Termasuk cara yang diharamkan oleh Allah SWT.

Begitulah saudara-saudari pembaca sekelian. Janganlah kita terpengaruh dengan manusia seperti Ezam Mat Nor ini. Beliau mendapat ganjaran dunia dan habuan material untuk memfitnah dan menghancurkan Anwar Ibrahim.

Kalau kita percaya dan mengikuti jejak langkah Ezam Mat Nor, apa yang kita dapat? Yang pastinya kita dapat dosa kerana mempercayai fitnah Ezam Mat Nor.

Tulang Besi


Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, November 16, 2011

Kedudukan Melayu Terancam Akibat KEGAGALAN SEPT 16

Masa kehangatan percubaan September 16 oleh Dato Seri Anwar Ibrahim, UMNO memainkan sentimen Melayu untuk mengagalkannya.

Mereka kata kalau September 16 berjaya, hak Melayu akan terhakis dengan banyaknya. Maka, imej Anwar merudum di kalangan pengundi2 Melayu akibat kegagalan September 16. Kononnya, Anwar akan menghapuskan hak istimewa orang orang Melayu. Melayu akan hancur sekiranya September 16 berjaya.

Padahal, Anwar cuma mahu undang-undang pilihanraya yang adil lagi saksama sekiranya dijayakan September 16 ini. Dan, tak sampai setahun, Parlimen akan dibubarkan.

Yang pentingnya, segala perjalanan pilihanraya dapat berjalan dalam keadaan adil dan saksama.

Terbukti perancangan Anwar Ibrahim itu tepat.

Akibat kegagalan September 16, warga2 asing sekarang dapat hak mengundi sama dengan orang2 Melayu yang lain.

Jelas, September 16 telah menyebabkan hak Melayu terhakis. Selepas ini UMNO tidak perlu lagi merujuk kepada suara Melayu.

Mereka cuma perlu mendaftar sebanyak mungkin warga Indonesia dan Bangladesh sebagai pengundi sah.

Tertipulah kamu semua bila kamu kata Anwar mahu menghakis hak Melayu apabila melaksanakan September 16 tempohari.

Tulang Besi


Read more!(Selanjutnya)

Kekayaan Negara untuk Pemimpin dan Anak Beranak Mereka

Apa hak kita orang Melayu untuk bersuara? Kita orang Melayu tidak boleh mempersoalkan kehidupan pemimpin2 kita.

Mereka hidup kaya raya dengan wang berlimpah ruah. Kita hidup dalam kesempitan, dengan kenaikan harga barang yang tidak berhenti.

Kita lihat bagaimana kekayaan negara diperlakukan sewenang-wenangnya untuk mengkayakan anak dan keluarga pemimpin.

Pada waktu yang sama, kita terpaksa mengikat perut bagi menjamin anak-anak kita tidak kelaparan.

Anak-anak pemimpin UMNO tidak perlu bekerja keras namun dapat peluang dan projek yang berjumlah jutaan, belas juta, puluh juta, ratus juta.

Kita pula terpaksa bekerja suami isteri kerana pendapatan suami sahaja tidak mencukupi.

BAyangkan, anak Dr Mahathir rugi berniaga. PETRONAS boleh keluar duit cash RM1.6 billion untuk menyelamatkan anak dia dari bangkrap. Itu dulu waktu kita masih kaya.

Di zaman kita kaya dengan hutang seperti sekarang, rupanya budaya tersebut masih berterusan. Projek bernilai RM250juta dengan mudah boleh diserahkan kepada Shahrizat dan anak beranak untuk ditadbir.

RM250juta!!!. Begitu mudah wang rakyat difaraid sesama keluarga dan suku sakat merekauntuk mengkayakan diri2 mereka.

Kita rakyat tidak layak merasa kekayaan seperti itu. Hanya pemimpin dan anak beranak mereka sahaja yang layak.

Sebab apa? sebab kita orang MElayu. Orang Melayu tiada hak untuk mempersoalkan kekayan pemimpin2 mereka.

Orang Melayu wajib hidup susah demi kekayaan pemimpin2 mereka.


Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Monday, November 14, 2011

Yakin Jatuhkan PR Selangor Dengan 200k Pengundi Indonesia

Nauzubillahiminzalik. Maklumat yg Tulang Besi dapat dari sumber2 Tulang Besi, mereka amat yakin menawan Selangor kerana mereka telah berjaya mendaftar 200k pengundi pendatang asing yang rata-rata berbangsa Indonesia.

Rata2 mereka sedang berasa selesa dan lega. Perancangan mereka untuk menawan Selangor telah berjalan dengan lancar.

Mereka telah memberi lebih 200k IC kepada pendatang asing dan kesemua pendatang asing ini sudah pun ada dalam daftar pemilih Selangor.

Yang terbaru adalah memberi IC dgn nama org biasa dan kod negeri Selangor.

Maka, bersiap sedialah kita melihat kejatuhan Selangor dalam pilihanraya umum nanti.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Tak Sampai Sebulan Balik Haji Dah Buka Tudung??

Masa turun kapalterbang masih pakai tudung


Jumpa Michelle Obama Terus Buka Tudung


Hairan bin ajaib. Tak sampai sebulan balik haji, dah bukak tudung? Ingatkan lepas buat haji, adalah perubahan yang positif.

Haii sedih sedih.

Awak tu pemimpin, kena lah tunjuk contoh tauladan yang baik. Bukan buat mcam ni.

Pakai tudung ni hukumnya wajib, sama wajib dengan buat Haji. Malahan, wajib tutup aurat adalah untuk semua wanita Islam. Haji pula wajib bagi mereka yang mampu sahaja. Orang Islam tak mampu atau berhutang, tidak wajib haji ke atas mereka.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Hawaii Haramkan Judi. Najib Sokong Judi


Hairan juga Najib pergi ke Hawaii ni. Mengikut laporan satu laman web yang Tulang Besi baca:
"Hawaii is one of the two remaining states in the US where all forms of gambling are considered illegal (the other being Utah). There are neither casinos nor state lotteries in Hawaii. Any form of betting or pari-mutuel betting is not considered legal. Even games and raffles for charitable purposes are outlawed. So long as there's an element of chance involving a reward or an item to be won, Hawaii Gambling Laws deem all of these as illegal"

TERJEMAHAN: "Hawaii adalah salah sebuah negeri di Amerika yang mengharamkan segala jenis perjudian (negeri yang lagi satu adalah Utah). Tiada casino mahupun lottery kebajikan di Hawaii. Segala bentuk "betting" diharamkan. Malahan, perjudian "raffles" untuk tujuan kebajikan juga diharamkan (i.e. loteri kebajikan). Selagi mana ada unsur2 judi yang menjanjikan bayaran atau ganjaran, Undang2 Judi Hawaii menganggapnya HARAM"
Secara mudahnya, segala bentuk perniagaan atau aktiviti masyarakat yang mengandungi unsur-unsur judi adalah diharamkan di Hawaii tanpa pengecualian.

Berbeza dengan Najib Tun Razak:

1.0 Perkara pertama yang dilakukan apabila dilantik Menteri Kewangan adalah meluluskan 10 lesen Special Draw (lesen judi) tambahan. Business Times Singapore melaporkan:

” KUALA LUMPUR, Feb 4 — Last October, the government quietly awarded three gaming companies 10 more special draws a year in a move to boost flagging government revenues ahead of a painful economic slowdown that could cost thousands of jobs.
The move came a month after Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak assumed the finance portfolio and was probably not publicised as it would have invariably been attacked as unIslamic by the conservative opposition Pas.”


2.0 Najib meluluskan Lesen Judi Bola yang ditentang dengan hebatnya oleh kesemua bangsa terutamanya bangsa Cina. Bayangkan, Lim Guan Eng yang kafir menentang Judi Bola tapi Najib Tun Razak sokong. Sebelum Najib, Dr Mahathir yang lantang mengisytiharkan Malaysia negara Islam telah meluluskan lesen judi Bola pada Vinsetan.


Maka, Dato Najib dan Rosmah dipersilakan mengambil iktibar dari Hawaii yang tidak menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan mereka. Kalau Hawaii boleh buat, kenapa Najib dan UMNO boleh lakukan perkara yang berlawanan?

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

UitM Hanya Untuk Politik UMNO/ Barisan Nasional


Gambar Naib Cancellor UiTM yg mengizinkan Program Barisan Nasional di Premis UiTM


ULASAN: Sememangnya orang2 UMNO ini semuanya "Lidah Bercabang". Depan orang kata "tiada politik dalam kampus". Tapi, bila praktis, gunakan premis kampus untuk UMNO dan Barisan Nasional.

Benda mcm ni pun diorang nak tipu.

Mahasiswa minta penjelasan Naib Canselor UiTM
Posted on November 14, 2011 by KomunitiKini

Oleh Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)

Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) meminta penjelasan daripada Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkenaan dengan Pertandingan Pidato Politik anjuran Pemuda Barisan Nasional yang diadakan di Dewan Seminar HEA , Menara UiTM (SAAS), Shah Alam pagi tadi yang terang – terangan berunsurkan politik.

Mahasiswa merasakan keterangan Naib Canselor UiTM bertajuk “Tidak Perlu Pinda AUKU” hanyalah sekadar retorik semata – mata. Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) Haziq Abdullah Abdul Aziz berkata pihaknya inginkan penjelasan daripada VC UiTM di atas percanggahan di dalam keterangan beliau dengan apa yang terjadi semalam.

“Kalau betul tidak mahu Mahasiswa berpolitik , jangan bagi kebenaran kepada mana-mana parti politik masuk ke kampus.” Tambah Pemimpin Mahasiswa itu , “Tindakan memberi kebenaran kepada parti politik masuk ke kampus sebenarnya akan menimbulkan keraguan kepada masyarakat khususnya Mahasiswa.”

“Sejujurnya KAMI tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan VC UiTM yang mengatakan penglibatan mahasiswa dalam politik akan menyebabkan perpecahan.” Kata beliau dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, “Kenyataan VC UiTM bahawa pindaan AUKU akan mengancam keamanan serta kesepakatan penuntut Bumiputera dan Melayu di universiti itu kami kira sebagai sesuatu yang tidak relevan.”

“Berikan kebebasan kepada Mahasiswa untuk meluahkan pendapat walaupun bercanggah dengan apa yang dimahukan oleh pihak universiti.”

“Tindakan mengongkong Mahasiswa sebenarnya tidak membawa apa-apa faedah
malah akan melahirkan Mahasiswa yang tidak kritikal,konservatif serta jumud dalam berfikir.”

Tambahnya lagi, “Kalau dah orang politik pemerintah boleh dibawa masuk ke kawasan kampus, apa salahnya berikan sahaja kebebasan kepada Mahasiswa untuk berpolitik.”

“Jangan pula nanti cakap lain tapi buat lain.”

Maklumat lanjut berkenaan pertandingan pidato politik tersebut boleh didapati di http://pidatopemudabn.blogspot.com

Disediakan oleh : Khairul Naim Rafidi, Setiausaha Agong, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen.

Read more!(Selanjutnya)

Sunday, November 13, 2011

Apa Kelayakan Shahrizat & Keluarga untuk Bela Lembu Secara Komersial.

syarikat milik suami dan anak2 Shahrizat Jalil

Baik UMNO, Noh Omar, Khairy Jamaluddin dan seluruh mereka yang pro BN, mereka tidak dapat menjelaskan persoalan ini.

Apa kelayakan famili Shahrizat untuk mendapat bantuan NFC dalam projek NFC.

Perlu diingat, projek NFC diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri sekarang ini yang pada masa itu adalah Menteri Pertanian, YB Muhyiddin Yaasin.

Yang hairan juga, kenapa Khairy Jamaluddin yang bersuara lantang dalam isu ni?

Harus juga diingat, Shahrizat adalah juga Menteri Kabinet duduk dalam kabinet. Kabinet yang sama membuat keputusan untuk meluluskan permohonan pinjaman itu atau tidak.

Bagaimana pula dengan ribuan penternak lembu seluruh Malaysia yang jauh lebih berpengalaman dari Shahrizat. Mengapa mereka tidak diutamakan dalam projek ini.

Mengapa diberikan NFC kepada keluarga Syahrizat yang kemungkinan besar tidak pernah melihat lembu secara dekat sepanjang hayat mereka?

(Di sini ada satu contoh penternak berjaya)

KEKAYAAN UMNO UNTUK ANAK BERANAK PEMIMPIN UMNO

Kita dah lupa ke? Bagaimana Maahthir guna duit Petronas sejumlah RM1.6 billion untuk selamatkan anaknya yang hampir bangkrap kerana anaknya tidak tahu meniaga? Padahal, kalau Petronas tunggu anak Mahathir itu bangkrap, Petronas cuma perlu berbelanja tidak sampai 1/8 dari jumlah itu untuk membeli semua aset yang bakal dilelong oleh bank?

Apa bezanya di sini. Anak2 pemimpin UMNO lebih tinggi dari semua ahli2 dan aktivis UMNO. Mereka lebih tinggi kastanya berbanding rakyat marhean seperti kita. Kalau kita berniaga, terpaksa berpulun2 minta hutang dan biasa ditolak oleh berbagai pihak.

Kalau anak2 pemimpin UMNO, tak payah mintak. Semuanya akan disediakan oleh kerajaan. Mirzan yang pemalas dan tak reti berniaga tu pun tak perlu risau pasal rugi kerana bila rugi, PETRONAS datang untuk selamatkan.

Inilah dia KETUANAN MELAYU. Ketuanan Melayu mengkayakan anak beranak dan kroni pemimpin

Tulang Besi


Read more!(Selanjutnya)

Hasil Negeri Selangor Untuk Rakyat, Bukan Kroni


Hairan, ke mana hasil negeri Selangor sewaktu BN perintah selama lebih 50 tahun? Setau Tulang Besi, hasil negeri Selangor cuma dibahagikan kepada beberapa kroni dan UMNOPUTRA. Segala projek pembangunan Selangor sebenarnya Pusat yang keluar wangnya. Jadi, hasil kekayaan Selangor menjadi "milik" sesama mereka.

Bila PR perintah, rupanya hasil Selangor cukup untuk dinikmati oleh semua. Terutama kepada mereka yang susah dan memerlukan.

Jelas, segala pembangunan Barisan NAsional adalah untuk mengkayakan UMNOPUTRA dan kroni2 mereka.

Masanya kita menghumban UMNO dan BArisan NAsional ke dalam Laut Cina Selatan.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Saturday, November 12, 2011

Slogan Negara Berkebajikan SEBELUM Hubungan dgn DAP


Sedarkah Dr Mahathir, PAS menggunakan slogan "Negara Berkebajikan" SEBELUM PAS menjalin hubungan bersama DAP di dalam Pakatan Rakyat.

Kalau tak percaya, boleh rujuk kenyataan akhbar Presiden PAS yang dikeluarkan pada 21 Februari 2008 bertajuk "NEGARA BERKEBAJIKAN : TAWARAN PAS KEPADA RAKYAT MALAYSIA"

Hakikatnya, sesiapa yang mengatakan PAS membuang Negara Islam kerana hubungan dgn DAP adalah seorang pembohong. Fakta menunjukkan PAS mengambil slogan NEGARA BERKEBAJIKAN sebelum PAS menjalin hubungan dengan DAP.

MENGAPA PAS GUNA SLOGAN NEGARA BERKEBAJIKAN

Slogan Negara Islam digunakan oleh PAS semenjak Merdeka bagi bertujuan untuk menyelamatkan akidah umat Islam di Malaysia.

Ini kerana pada waktu itu, UMNO begitu galak menyebarkan fahaman sekular yang disorok di sebalik kalimah "Politik Suku Agama Suku".

Slogan "Negara Islam" digunakan oleh PAS untuk menyelamatkan akidah umat Islam pada masa itu dari terjatuh dalam lembah sekularisma tajaan UMNO.

Perjuangan PAS itu berjaya. Terutamanya selepas Anwar menyertai UMNO, seolah-olah PAS sudah tidak releven lagi pada masa itu. UMNO, pula, sudah berhenti bercakap pasal "Politik Suku Agama Suku".

PAS telah berjaya mengalahkan mereka.


Maka, PAS pula bercadang untuk menggunakan slogan baru. Agenda penyesatan UMNO telah berjaya digagalkan. Maka, perlulah PAS menggunakan slogan baru untuk memanjangkan lagi jangkauan Islam.

Maka, slogan baru dibuat. Slogan Negara Islam tidak dibuang. Tapi, slogan baru digunakan, yakni, slogan "Negara Berkebajikan" digunakan.

Kerana apa? kerana masanya sudah tiba untuk menyebarkan Islam kepada orang bukan Islam pula.

Orang bukan Islam takut dengan slogan "Negara Islam" hasil momokan UMNO dan Parti2 komponen Barisan Nasional.

Maka, slogan lain perlu digunakan demi memastikan ISlam sampai kepada bukan Islam. Islam bukan sekadar slogan. Islam lebih mementingkan isi.

Apa salahnya mengubah slogan kalau isinya sama? Cuba jawab, wahai Dr Mahathir.

Ia berbeza dengan UMNO. Apa pun slogan yang UMNO guna, isi tetap sama yakni SEKULARISMA NASIONALISMA MELAYU. UMNO masih menghalalkan arak, judi, kabaret, menolak hudud dan hukum Allah dsbnya.

Cumanya UMNO sudah tidak segalak dulu menyebarkan sekularisma di kalangan orang ISlam di Malaysia.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Ibrahim Ali Takut Dengan Marina Mahathir


Senyap sunyi IBRAHIM ALI bila Marina Mahathir secara terbuka menyokong program Seksualiti Merdeka. Sebelum Marina Mahathir buka mulut, seperti halilintar mulut Ibrahim dan PERKASA mengutuk dan mencaci Ambeega Saravanan.

Lepas Marina Mahathir buka mulut, senyap sunyi Ibrahim Ali dan organisasi PERKASA nya.

DULU PUN IBRAHIM ALI PERNAH MENIKUS BILA DIMARAHI MARINA MAHATHIR

Ni bukan kali pertama Berahim Katak menikus pada Marina Mahathir. Kalau kita ingat satu masa dahulu, waktu Anwar Ibrahim mula-mula dituduh dengan tuduhan seks songsang sejurus selepas beliau dipecat pada tahun 1997.

Berahim, yang pada masa itu, menjawat jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO telah menubuhkan sebuah NGO yang dipanggil "Sukarelawan Homoseks Malaysia(PASRAH)" .

Tujuan tersurat PASRAH adalah untuk memberi pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat tentang tingkah laku homoseksual dan lain-lain tingkah laku seksual luar tabii.

Tujuan tersirat penubuhan PASRAH adalah untuk membantu usaha Mahathir untuk memfitnah Dato Seri Anwar Ibrahim.

Pada mulanya, Ibrahim Ali melantik dirinya sebagai Presiden PASRAH. Dua hari selepas Ibrahim membuat pengisytiharan tersebut, Marina Mahathir, yang pada masa itu Presiden Majlis AIDS Malaysia, telah mengecam penubuhan PASRAH atas alasan tindakan Berahim akan menindas golongan homosexual.

Tak sampai sehari selepas dimaki Marina Mahathir, Ibrahim terus letak jawatan sebagai Presiden PASRAH dan menyerahkan jawatan tersebut pada orang lain.

Kasihan saya lihat PERKASA. Dipimpin oleh seorang yang takut perempuan seperti Ibrahim Ali rupanya.

Rupanya, bukan sekali Ibrahim menikus selepas ditengking Marina. Konsisten Ibrahim Ali takut dengan Marina Mahathir rupanya.

Tak heranlah Ibrahim Ali jemput Rahim Nor rasmi Perhimpunan PERKASA baru-baru ni. Rahim Nor yang hanya berani membelasah Anwar dalam keadaan Anwar digari dan ditutup mata dan dibiar semalaman Anwar Ibrahim duduk dalam penjara tanpa bantuan perubatan setelah dibelasah sedemikian rupa.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Perpaduan Melayu, Dr. Mahathir serta Mirzan......

Hairan juga Tulang Besi. Apa hak Dr Mahathir bercakap pasal perpaduan Melayu? Dia sendiri bukan berdarah Melayu.

Kenapa tiba-tiba Dr Mahathir bercakap pasal perpaduan Melayu?

Tidak lain adalah kerana sebagai taktik untuk membantu UMNO dan BArisan Nasional menang dalam pilihanraya yang akan datang.

Adalah diharapkan dengan andaian Melayu lemah disebabkan perpecahan, kaum2 Melayu akan ramai-ramai pulang semula kepada UMNO untuk MENYATUKAN SEMULA UMNO.

Rakyat Malaysia sepatutnya sedar siapa Dr Mahathir ini. Dia lidah bercabang. Dia cakap satu benda, tapi yang dia tuju adalah benda lain.

Dalam hal ini, yang keluar dari mulut beliau adalah "PERPADUAN MELAYU".

Tetapi, maksud sebenar beliau adalah "Sokonglah UMNO beramai-ramai untuk menyatukan semula Melayu".

Kita dah masak sangat dengan taktik Mahathir ni.

Hakikatnya, Melayu akan terus lemah dan daif sekiranya terus duduk bawah UMNO. UMNO cuma gunakan alasan Melayu untuk terus berkuasa.

Apabila berkuasa, mereka menggunakan kuasa tersebut untuk mengkayakan diri dan anak beranak mereka termasuk kroni2 mereka juga.

Lupakah kita bagaimana Dr MAhathir gunakan duit Petronas berjumlah RM1.7 billion untuk menyelamatkan anak Dr Mahathir dari bankrupsi.

Padahal kalau anak Dr Mahathir diisytiharkan bangkrup, PETRONAS boleh membeli aset2 syarikat Mirzan dengan harga yang JAUHHH lebih mura (dalam RM50-100 juta mungkin berbanding RM1.6 billion)

Itulah dia PERPADUAN MELAYU yang diajar Mahathir Muhammad ISkandar Kutty.

Perpaduan Melayu yang menaikkan pemimpin2 korup dan tidak beretika serta bermoral untuk memerintah orang Melayu. Pada waktu yang sama, mereka guna harta kekayan negara untuk mengkayakan anak beranak serta kaum keluarga mereka.

Orang2 Melayu dah kena tipu banyak kali dah. Cukup di sini sahaja penipuan kamu, wahai Mahathir Muhammad. Cukup di sini sahaja penipuan kamu, wahai UMNO.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Friday, November 11, 2011

Balik Haji, Terus Buat Istiadat Hindu



Gambar di atas adalah ehsan Utusan Malaysia. Rupanya, sejurus selepas kembali dari Haji, Dato Najib terus menghadiri majlis Deepavali dan turut serta dalam salah satu upacara keagamaan Hindu.

They say, picture speaks a thousand words.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Thursday, November 10, 2011

Hanya Di Malaysia, Lembu DIbela Dalam Kondo

ULASAN: Best nya dapat jadi anak menteri. Jadi laki menteri. Tak payah kerja keras, tak payah berusaha keras, tak payah bangun pagi tiap2 hari menempuh jam dan menanggung kos pengangkutan.

Senang2 dapat kontrak RM250 juta untuk bela lembu. Lepas tu boleh keluar duit RM98 juta untuk beli kondo.

Saya kesian pada ahli2 UMNO yang biasa-biasa ni. Hakikatnya merekalah yang telah dilayan sebagai lembu oleh pemimpin2 UMNO.

Anak2 Sharizat itu tak pernah terlibat dlam UMNO, tak pernah berusaha keras untuk memenangkan UMNO, dibesarkan dalam keadaan sehat dan senang. Tapi, bila time nak dapat kontrak, anak2 menteri dan pemimpin2 UMNO yang dapat segalanya.

Ahli2 UMNO yang di bawah hanya nganga sahaja, makan angin. Dengan kata lain, ahli2 UMNO di peringkat bawah telah dilayan sebagai lembu oleh pemimpin2 mereka.

Shahrizat ni besar di Pulau Pinang. Saya yakin sepanjang umur beliau, tak pernah tengok lembu pun, jauh sekali bela lembu. Anak2 Shahrizat pun semua besar di Kuala Lumpur. Tengok lembu pun tak pernah.

Tapi, mudah2 sahaja dapat RM250 juta projek. Mudah2 sahaja beli kondo.

Kalau kita terus biar UMporNo memerintah, perkara seperti ini akan terus menerus berulang.

Tulang Besi






Keluarga Shahrizat beli kondo RM9.8 juta hasil lembu
Khamis, 10 November 2011 20:07


KEADILAN mendedahkan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil telah membeli sebuah kondominum mewah berharga RM9.8 Juta.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, NFC telah membuat empat transaksi pindahan wang dari akaun semasanya di sebuah bank tempatan di cawangan Tun Dr Ismail, kepada sebuah pemaju hartanah terkemuka pada 2 Disember 2009.
“Ini sebagai bayaran penuh pembelian kondominium mewah di One Menerung, Bangsar,” “Bayaran untuk pembelian kondominium RM9.8 juta direkodkan sebagai ‘hutang’ National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC) kepada NFC pada 31 Disember 2009,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Turut serta Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid.

Pada sidang media itu, Saifuddin turut menunjukkan gambar kondominum berkenaan. Menurut Ahli Parlimen Machang itu, bayaran untuk membeli kondominium oleh syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Shahrizat adalah satu bentuk penyelewengan wang rakyat menggunakan dana NFC.

“Ini adalah perlakuan pecah amanah yang jelas bertentangan dengan tujuan pinjaman RM250 juta diberikan NFC. Ini penyalahgunaan dana rakyat dan soal duit rakyat yang disalahgunakan,” tegasnya.

Butiran bayaran penuh bagi pembelian kondominium itu dibuat melalui empat transaksi pindahan akaun NFC kepada satu pemaju hartanah terkemuka. KEADILAN turut membidas kenyataan Shahrizat semalam mengatakan kononnya isu projek NFC telah digunakan untuk menyerang beliau selaku ketua wanita Umno dan pengerusi wanita BN.

“Dia (Shahrizat) tak perlu heret kita (KEADILAN) untuk kata kita serang dia sebagai ketua wanita Umno, tapi kita serang dia sebagai menteri yang secara terang-terangan membuat penyelewengan,” kata Saifuddin.

Semalam Saifuddin mempersoalkan sasaran lembu dalam Projek Fidlot Kebangsaan yang dikurangkan, tetapi dana yang diperuntukkan sebanyak RM250 juta kepada NFC kekal. KEADILAN juga mempersoalkan mengapa pinjaman mudah itu tidak disemak semula oleh kerajaan kerana jika sasaran itu dikurangkan dari 60,000 ekor lembu kepada 8,000 ekor, maka pinjaman mudah itu sepatutnya hanya berjumlah RM75,000.
Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, November 9, 2011

Marina Mahahtir pernah Merasmikan "Seksualiti Merdeka 2009"

Kenyataan terbaru Marina Mahathir:

“I am here only as a supporter because two years ago, I officiated Seksualiti Merdeka without any incident."
TERJEMAHAN: "Saya di sini hanya sebagai penyokong kerana dua tahun lepas saya telah merasmikan "Seksualiti Merdeka" tanpa apa-apa insiden"


Pengakuan terbuka Marina Mahathir, putri kepada mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Muhammad Iskandar Kutty, penaung PERKASA.

Soalnya sekarang:

1.0 Mengapa dua tahun lepas PERKASA hanya berdiam diri?
2.0 Mengapa tiada serangan bertalu-talu kepada Marina Mahathir, anak penaung PERKASA?
3.0 Mengapa tidak disebut walau sedikit pun bahawa anak mantan Perdana Menteri dan penaung PERKASA adalah penyokong kuat Seksualiti Merdeka
4.0 Salah seorang ahli Sisters in Islam adalah Nori Abdullah, anak kepada mantan Perdana Menteri, Abdullah Badawi. Sisters in Islam adalah penyokong tegar Seksualiti Merdeka. Mengapa tiada siapa yang bersuara?


Jelas, UMNO hipokrit. Zul Nordin al Kazzab hipokrit. Ezam Mat Nor hipokrit. UMNO Selangor hipokrit. NGO2 seperti PEMBELA, HIMPUN dsbnya juga hipokrit.

Manusia2 mcm inilah harapan kita untuk memperjuangkan Islam?

Bagi Tulang Besi, keputusan PERKASA berkempen untuk calon MIC pada Pilihanraya Kecil Hulu Selangor dahulu adalah bukti PERKASA adalah organisasi munafik.

Akhirnya terdedah kemunafikan puak2 ini.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, November 8, 2011

Chua Soi Lek/MCA Sokong Seksualiti Merdeka!!!!!!


UMNO dan kuncu2 mereka begitu galak menghentam AMBEEGA dan beberapa NGO kerana menyokong program "Seksualiti Merdeka".

Berita terbaru yang kita dapat, Presiden MCA juga memberi sokongan padu kepada program "Seksualiti Merdeka".

Malaysiakini melaporkan Chua berkata:

"Sekiranya, mereka mahu anjurkan ini (Seksualiti Merdeka) dalam suasana ‘low-profile’, saya tidak lihat mengapa ini tidak boleh dilakuka

"Bagaimanapun jika mereka mahu menganjurkannya untuk tempoh masa yang lama, ia akan menyebabkan ada yang tidak bersetuju,” kata Chua (atas, kiri) kepada pemberita di ibu pejabat MCA hari ini."
Tidak sabar nak tengok reaksi UMNO terhadap sokongan Presiden MCA terhadap program Seksualiti Merdeka ini.

Kalau Ambeega mereka boleh maki siang malam, UMNO wajib maki Chua Soi Lek dan kuncu2nya juga.

Ataupun UMNO mengamalkan "double-standard"? Hanya menyerang tokoh2 yang dilihat sebagai pro pembangkang. Tokoh2 pro UMNO yang menyokong "Seksualiti Merdeka" seperti Marina Mahathir, Nori Abdullah, CHua Soi Lek dsbnya tidak disentuh sama sekali.

Inilah contoh betapa munafiknya UMporNO.

Sekurang-kurangnya sokongan PAS pada AMBEEGA adalah hanya terhad kepada agenda BERSIH semata-mata kerana agenda BERSIH selari dengan ISlam.

Sokongan UMNO kepada MCA dan pelakon porno ini sekaligus membawa UMNO kepada menolak hukum Allah SWT.

Tulang Besi


Read more!(Selanjutnya)

Tulang Besi Demam Hari Ni

Kepada para pembaca sekelian, Tulang Besi hari ini dilanda demam selsema. Maka, mungkin terpaksa cuti 1-2 hari dari mengemaskini blog.

Minta doakan Tulang Besi cepat sembuh.


Terima kasih

TUlang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Seksualiti Merdeka: Jangan Sampai LEmbu Gelakkan Kita



Ceramah Ustaz Wan Ji Wan Hussain

Read more!(Selanjutnya)

Monday, November 7, 2011

"Sisters in Islam" Dah Murtad?

Sejarah "Sisters in ISlam" membuktikan kepada kita mereka menyokong segala yang Islam larang dan tentang.

Dari ingatan Tulang Besi sahaja, "Sisters in Islam" telah:
1.0 Menentang perlaksanaan hukum hudud di Terengganu sekaligus membantu usaha UMNO melemahkan PAS
1.1 Menggunakan taktik kotor dan menyebarkan interpretasi bohong terhadap hukum hudud
1.2 Membawa ajaran2 baru dan ganjil berkaitan hukum hudud
1.3 Menakutkan wanita2 seluruh dunia berkaitan hukum Allah SWT
1.4 Menyebarkan fitnah2 terhadap perlaksanaan hukum Allah SWT
1.5 Menolak hukum rejam, sebat dan bunuh bagi orang murtad

2.0 Mengubah ajaran Islam yakni membenarkan orang perempuan jadi imam solat kepada lelaki
3.0 Menyokong amalan homosexual dan sodomi sedangkan jelas perkara tersebut diharamkan Allah SWT
4.0 Mahu mengubah hukum Faraid dalam ISlam mengikut nafsu dan citarasa mereka.
5.0 Menolak kewajiban menutup aurat ke atas wanita2 Islam
6.0 Menyokong penggunaan nama bapa ke atas anak2 di luar nikah sedangkan Islam mengajar yang lain.
7.0 Menolak keharaman murtad di dalam Islam atas alasan2 bodoh dan tidak berasas
8.0 Menolak perlaksanaan Akta Syariah Wilayah Persekutuan hanya semata-mata pentafsiran cetek mereka semata-mata
9.0 Menjadi musuh asasi kepada PAS dengan memberikan kenyataan2 jahil dan jauh menyimpang dari Islam

Yang hairannya, ramai bekas2 anak Perdana Menteri menjadi penyokong tegar mereka i.e. Nuri Abdullah, Marina Mahathir dsbnya.

Yang hairan lagi, harian2 utama jadikan mereka sebagai rujukan di dalam apa-apa isu berkaitan agama. Padahal, ahli2 "Sisters in Islam" ini jahil murakkan dalam hal ehwal agama Islam. UMNO juga senyap sunyi di atas aktiviti serta tindakan mereka ini. UMNO tidak pernah mengambil apa-apa tindakan ke atas mereka.

WAJIB DAKWA SISTERS IN ISLAM DI MAHKAMAH SYARIAH ATAS TUDUHAN MURTAD

Tulang Besi mencadangkan supaya laporan dibuat ke atas SISTERS in ISLAM ini dengan tuduhan murtad di Mahkamah Syariah.

Jelas, "SISTERS IN ISLAM" cuma menyalah guna nama Islam untuk mempromosi ajaran2 liberalisma Barat yang jijik lagi dibenci Allah SWT.

Sudah tiba masanya orang2 ini dihukum dan dihalang menyalahgunakan nama Islam lagi.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Friday, November 4, 2011

Harian West Australia Siar Pembetulan


Read more!(Selanjutnya)

"Gay Right" is a Myth

What constitute a right? A right is something that is due to a group or a person by nature or by law.

As we all know there isn't a shred of evidence which proves that human beings are born gay. None whatsoever.

Therefore, can anyone claim to have natural rights to being gay when one being gay is an act of choice rather than being "forced" into becoming a "gay".

In other words, homosexuals are those who either chose to be homosexuals or they were socially conditioned to become gay.

It's a totally different concept altogether as compared to being Black or being disabled. People cannot choose which race they want to belong to or to be normal if they were born disabled.

But, human beings have the choice between becoming homosexuals or not homosexuals.

Morover, how can homosexuality be a right when change of sexual orientation is possible?

It's different when you are Black, for example. No amount of theraphy can change your race.

But, it seems, people with homosexual orientation can actually change their sexual orientation.

I have always been following a website belonging to an organization called "National Association for Research and Therapy of Homosexuality(NARTH)

It is one of the most intellectual website that addresses the issue of homosexuality.

What is a fact that cannot be denied by anyone including "gay rights" activists is the fact that homosexuals can be consilled and treated into becoming normal again.

NARTH is dedicated towards this cause.

I believe that instead of wasting time fighting for something that is a myth, at best, the people behind "Sexualiti Merdeka" should instead fight for funding for gays to undergo treatment and councilling.

This is to help them to lead a better life in the future.

From my readings, i've learned that homosexuality is a social disease. That is why the people of Lot was destroyed by God. It was not necessarily an display of God's wrath. Rather, it was a move by the Almighty to save humanity. If the practice of homosexuality was allowed to flourish and continue, humanity will experience a slow and painful death. For the people of Lot, there was no turning back. They cannot change their ways and they cannot stop their practice of buggery. They had to be stopped by God. Let us not make the same mistake as the people of Lot.

Lastly, just because the something comes from the West, it does not make them right.

Many years from now, those who tread on the path of homosexuality will look back into their spent life and discovered that they have wasted precious time. Instead of raising a family and having children and grandchildren, they will end up alone and dejected. They will end up having no one to love them and no one to give their love to. Homosexuality offers only short term gratification. Nothing more.

In short, Gay rights is a myth. It should not be anyone's agenda.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

PAS dan Pakatan Rakyat Sokong BERSIH, bukan AMBEEGA

Harus dibezakan antara Ambeega dan BERSIH. Ambeega adalah individu manakala BERSIH adalah agenda.

BERSIH mempunyai 8 tuntutan asas ke arah pilihanraya bebas dan adil. Manakala, Ambeega hanyalah Pengerusi kepada JK BERSIH tersebut.

Yang disokong oleh PAS dan Pakatan Rakyat adalah agenda BERSIH bukan Ambeega atau Maria Chin Abdullah.

Dengan kata lain, apabila Ambeega dan Maria Chin mengambil keputusan menyokong agenda "Seksualiti Merdeka", maka secara otomatik PAS menolak dan menentang.

Tidak kira yang menyokong itu pernah menjadi tokoh dalam BERSIH.

TUlang BEsi berharap pihak NGO yang terlibat dalam BERSIH jangan mengambil kesempatan di atas sokongan PAS dan Pakatan Rakyat tempohari.

Lebih2 lagi, jangan ingat sokongan kepada BERSIH adalah cek kosong kepada NGO2 untuk menganjurkan apa sahaja aktiviti lain.

Agenda seks songsang ini tidak sepatutnya disokong oleh sesiapa sahaja. Ianya bertujuan untuk merosakkan serta menghancurkan institusi keluarga serta institusi agama di Malaysia.

Lihat sahaja betapa rosaknya negara2 BArat apabila mereka dipaksa menerima amalan seks songsang oleh mahkamah2 negara mereka?

Akhir sekali, Tulang Besi juga hairan mengapa UMNO meluluskan permit perhimpunan tersebut sedangkan ianya jelas berlawanan dengan Perlembagaan Malaysia serta banyak undang-undang di Malaysia

Tulang Besi


Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, November 2, 2011

UMNO Luluskan Permit Untuk "Seksualiti Merdeka"

Hairan Tulang Besi. Perhimpunan "Seksualiti Merdeka" ini telah diberikan permit oleh UMNO. Pada waktu yang sama, media2 milik UMNO sebuk memainkan isu ini bagi menakut-nakutkan pengundi Melayu/Islam.

Bukankah kalau sedari awal, permit tidak diberikan kepada pengajur, isu ini akan mati dengan sendiri?

TUlang Besi nampak perhimpunan ini adalah salah satu usaha dari UMNO untuk menaikkan sokongan orang Islam pada UMNO.

Sekaligus, menyebarkan perasaan takut orang Islam kepada Pakatan Rakyat.

Juga, perlu dikatakan, salah satu penyokong kuat "Seksualiti Merdeka" ini adalah "Sisters in ISlam. SIS ini adalah penyokong tegar UMNO dan sangat-sangat aktif menyokong usaha UMNO memburuk2an Enakmen Hudud Terengganu satu masa dahulu.

Kesimpulannya, UMNO perlu menjawab mengapa permit diluluskan untuk "Seksualiti Merdeka" sedangkan perhimpunan ini berlawanan dengan banyak undang2 di Malaysia.

Dalam UMNO menyebar fitnah liwat kepada Anwar Ibrahim, mereka diam2 meluluskan permit perhimpunan pada "Seksualiti Merdeka".

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

MCA Hina Hudud. Dimana Suara PEMUDA PAS?


KLIK IMEJ

Waktu HIMPUN tempohari, begitu beriye-iye Ketua Pemuda PAS mempromosi perhimpunan tersebut.

Sampai, pada mulanya, sanggup membelakangkan PAS Pusat untuk menghantar wakil ke perhimpunan tersebut.

Tapi, akhirnya terpaksa juga PEMUDA PAS menarik kembali hasrat mereka akibat tekanan dalaman yang begitu kuat.

Namun, hairan pula dalam isu penghinaan dan penistaan hudud oleh Presiden MCA, PEMUDA PAS diam seribu bahasa.

Tiada repot polis. Tiada demonstrasi. Tiada kenyataan dari Ketua Pemuda PAS menjawab tuduhan Chua Soi Lek itu.

Nik Abduh pun tidak kelihatan kelibat beliau dalam isu ini. Tulang Besi hampir hilang kesabaran sehingga Tulang Besi telah mendepani Nasruddin Tantawi sendiri di alam TWITTER mahukan Pemuda PAS bertindak. Di bawah adalah salah satu contoh TWEET Tulang Besi kepada Nasruddin Tantawi:

KLIK IMEJ


Apakah isu penghinaan hudud ini tidak dipandang serius oleh Pemuda PAS dan kepimpinannya?

Malahan, yang TUlang Besi nampak ke depan dalam isu ini adalah Angkatan Muda KeAdilan. Mengikut maklumat Tulang Besi dapat, mereka akan berdemo di hadapan Bangunan MCA pada 2 November 2011 jam 2 petang.

Pemuda PAS boleh menggunakan isu ini untuk MENYERANG UMNO. Tak bolehkah Pemuda PAS berdemo di hadapan PWTC meminta UMNO mendisiplinkan rakan2 dalam Barisan Nasional.

Kenyataan Chua Soi Lek itu bukan sahaja menghina, ia juga berlawanan dengan fakta. Negara seperti Iran dan Saudi Arabia yang menjalankan hukum hudud mengalami kenaikan pelaburan terus asing.

Atas fakta ini PEMUDA PAS boleh memprotes atau memaksa UMNO menunjukkan sikap mereka. Kalau UMNO senyap ertinya mereka menyokong penghinaan Islam yang dilakukan oleh MCA dan Chua Soi Lek.

Tapi sayang seribu kali sayang, peluang keemasan ini tidak disambut oleh PEMUDA PAS dan UMNO terlepas dari tanggungjawab.

Mungkinkah kem PERPADUANG masih hidup lagi dalam PAS? Tindakan2 seperti ini jelas menguntungkan UMNO dan menyelamatkan UMNO. Tapi, PEMUDA PAS diam seribu bahasa.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...