Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Loading...

Friday, December 30, 2011

Ketua Dewan Ulama PAS Lidah Bercabang

Sungguh menghairankan. Ketua Dewan Ulama PAS, Ustaz Harun Taib, tidak bersuara sedikit pun apabila Hasan Ali keluar ke media2 UMNO mengutuk dan mencaci PAS dan memfitnah PAS di hadapan seluruh rakyat Malaysia.

Begitu juga NAsaruddin Mat Isa yang keluar dalam Berita Minggu memfitnah PAS secara terbuka.

Sedikit pun Ketua Dewan Ulama PAS, Ustaz Harun Taib, tidak bersuara.

Mana dia kata-kata seperti wala', tarbiyyah, disiplin jemaah dsbnya? Bukankah Ketua Dewan Ulama yang sama bermulut bechok kepada pemimpin2 PAS yang menentang usaha perpaduang satu masa dahulu dengan menggunakan perkataan2 ini?

Tiba-tiba bila Nasa dan Hasan Ali dtg minta maaf secara terbuka Ketua Dewan Ulama PAS memuji tindakan mereka secara terbuka.

PAdahal, sebelum itu pengkhinatan Hasan Ali dan NAsa tidak langsung disentuh oleh Ketua Dewan Ulama PAS itu. Segala fitnah dan kata-kata keji Hasan Ali dan NAsa kepada PAS masih belum ditarik oleh mereka dan Ketua Dewan Ulama PAS tidak langsung menegur pengkhianatan mereka. (Sila baca salah satu pembohongan Hasan Ali di bawah).

Tak hairanlah Ketua Dewan Ulama PAS ini pernah di booo oleh penyokong sendiri. Lebih-lebih lagi, Allah SWT telah menurunkan penyakit jantung ke atas beliau. Namun, dalam keadaan sakit pun masih gila hendak memegang jawatan Ketua Dewan Ulama PAS. Sehingga ucapan dasar pun dia tak boleh baca, tapi masih mahu memegang jawatan di peringkat Pusat.

Sedihnya tengok Ketua Dewan Ulama yang selama ini menjaja candu wala' atau ketaatan kepada parti tetapi boleh senyum simpul terhadap pengkhianatan terhadap parti dari Hasan Ali dan Nasaruddin.

Inilah yang dipanggil orang perangai "Lidah Bercabang" yang ditunjukkan oleh Ketua DEwan Ulama PAS Pusat.

Itu tak termasuk perangai nya yang gila jawatang sampai dah sakit pun masih nak pegang jawatang.

Adakah ini membenarkan maklumat Tulang Besi bahawa KEtua Dewan Ulama PAS Pusat antara yang terlibat dalam usaha membina KERAJAANG PERPADUANG dengan UMNO?

Tulang Besi



Read more!(Selanjutnya)

Kalau Anwar AlMahdi, Najib Adalah Dajjal

Ia berasal dari ucapan Dr Badrul Amin. Beliau berkata Anwar amat dihormati serata dunia. Dan, Anwar mampu menjadi tokoh yang membawa keamanan di Timur Tengah kerana Anwar dihormati di sana.

Juak2 UMNO pula cuba untuk putarbelit isu ini. Mereka kata Dr Badrul tabal Anwar Ibrahim sebagai Al Mahdi.

Dengan kata lain, blogger2/juak2 UMNO lah yang pertama kali memberi gelaran Al Mahdi kepada Anwar Ibrahim.

Maka, di Alam Twitter dan Facebook, Tulang Besi membalas serangan mereka dengan berkata:

Kalau Anwar Imam Mahdi, Najib Adalah Dajjal

Selepas itu, isu Anwar Imam Mahdi terus mati. Rupanya blogger2 UMNO baru tersedar, mereka termasuk perangkap sendiri.

Sampai hari ni, takda sapa dari kalangan juak2 UMNO yang berani bawak isu ini lagi.

KAHKAHKAH

Kesian dia, kesian dia

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Bangsa Melayu Menuju Kehancuran Bawah UMNO

Apa yg Melayu boleh banggakan dengan UMNO setakat ini. Kalau dilihat bangsa Melayu ketinggalan dari segi ekonomi dalam setiap kategori. Misalnya:

1.0 Dari 10 orang paling kaya di Malaysia, hanya seorang sahaja dari bangsa Melayu walaupun Melayu adalah majoriti penduduk Malaysia(Syed Mokhtar).
2.0 Dari sepuluh perniagaan terbesar di Malaysia, tiada satu pun milik bangsa Melayu

2.1 Mengapa ini berlaku? Edmund Terence GOmez menjawab:


3.0 Pendapatan per kapita orang India masih lebih tinggi dari orang Melayu. Ertinya orang India lebih kaya dari orang Melayu di Malaysia.

4.0 Ekonomi di Malaysia masih bukan ditangan orang Melayu walaupun UMNO telah memerintah lebih 50 tahun

6.0 Korupsi dan salah guna kuasa semakin bertambah buruk di bawah UMNO, bukan bertambah baik.

7.0 Masaalah sosial juga semakin buruk di bawah UMNO. Dulu tiada buang bayi, skrg dah berlambak bayi dibuang.

8.0 Penghayatan Islam juga semakin buruk di bawah pemerintahan UMNO. UMNO bukan sahaja merosakkan orang Melayu, mereka juga aktif menolak hukum Islam dari dilaksanakan.
Maka, apa perlunya orang Melayu terus menyokong UMNO? Keadaan orang Melayu bukannya semakin baik tetapi semakin buruk. Harapan orang Melayu untuk mencari makan hanyalah dengan bekerja dengan kerajaan.

Namun, sampai bilakah kerajaan mampu menanggung bilangan orang Melayu yang mencari kerja ini? Apa akan jadi nanti bila minyak kita habis? Mampukan kerajaan membayar gaji orang2 Melayu ini?

Tak heranlah kalau kita ke Tambak Johor, kita akan lihat berpuluh2 ribu bangsa Melayu berpusu2 ke Singapura setiap hari untuk bekerja dan mencari rezeki. Takda pun bangsa Melayu Singapura yang lapar untuk bekerja di Malaysia pulak, ye?


UMNO hanya mengkayakan pemimpin2 mereka serta anak beranak mereka. Lepas itu, mereka mengkayakan kroni mereka. Majoriti orang Melayu hanya dibuai mimpi indah dengan pengunaan TV dan akhbar yang mereka kuasai. Orang Melayu sentiasa dibuai mimpi indah supaya terus menyokong UMNO mengkayakan anak beranak dan kroni mereka.

Jelasnya, UMNO terbukti tidak akan mampu lagi memimpin orang Melayu. Mereka hanya tahu merompak dan memiskinkan orang Melayu i.e FELDA. Zakat pun diorang nak rompak apatah lagi tabung-tabung lain.

Soalnya, apabila semua kekayaan orang Melayu telah dirompak UMNO, apa lagi yang tinggal pada orang Melayu?

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Thursday, December 29, 2011

Syarikat Tol Mesti Bayar Lesen pada Kerajaan Tempatan Mulai Sekarang

ULASAN: Tulang Besi berasa bangga sangat dengan kerajaan2 tempatan Selangor. Semenjak PR berkuasa kesemua syarikat2 kroni UMNO akan diperah untuk kepentingan dan kebajikan rakyat Selangor.

Diharap tindakan MPSJ ini akan diikuti oleh semua Majlis2 Kerajaan Tempatan. Misalnya MBSA boleh menuntut bayaran lesen bukan sahaja dari LITRAK, tetapi dari PLUS, ELITE, GUTHRIE dan lain-lain lagi.

Tindakan seperti ini mampu memberi kekbajikan yang sewajarnya kepada rakyat negeri Selangor kerana pemegang2 konsesi ini bukan sahaja mengumpul duit yang banyak, tetapi juga mendapat subsidi kerajaan yang berjumlah berbillion ringgit.

Pastikan juga kadar bayaran lesen yang dikenakan ke atas mereka jauh lebih tinggi dari kadar bayaran lesen yg dikenakan kepada rakyat biasa yang marhean.

Syarikat2 kroni ini mesti dipertanggungjawabkan di atas kesengsaraan yang selama ini mereka kenakan kepada rakyat biasa.


KLIK IMEJ


Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, December 28, 2011

Program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Menjelang 9 Januari 2012.


“BEBASKAN ANWAR IBRAHIM”


a)Selasa 3 Januari 2012 – Johor

9.00 mlm – Ledang - Jln Serom Panggong, Serom 3, Ledang

11.00 mlm – Muar - Parit Samsu, Jln Temenggong Ahmad, Muar

b) Rabu 4 Januari 2012 – Negeri Sembilan & Melaka
9.00 mlm – Seremban - Pejabat PKR N9, Jalan Rahang, Seremban, N9

11.00 mlm - Bukit Katil - Melaka
c) Khamis 5 Januari 2012 – Kelantan

7.00 mlm – Ketereh – Pondok Padang Kala, Melor

10.00 mlm – Macang – Padang Majlis Daerah Macang
d) Jumaat 6 Januari 2012 – Lembah Pantai & Kelana Jaya
9.00 mlm – Lembah Pantai – Dewan Gasing Indah, Seksyen 5, PJ

11.00 mlm – Kelana Jaya – Kompleks Sukan 3K, Persiaran Kewajipan, Subang Jaya

e) Sabtu 7 Januari 2012 – Pulau Pinang, Pahang & Terengganu
7.00 pagi – Permatang Pauh – Madrasah An Nahdoh, Kubang Semang

3.30 ptg – Indera Mahkota – Markas PAS, Kampong Balok, Kuantan

6.00 ptg – Dungun – Pejabat PKR Dungun, Jalan Balai Besar, Dungun

9.00 mlm – Kuala Terengganu – Pejabat PKR Kuala Terengganu, Gong Kapas

11.00 mlm – Hulu Terengganu – Kampong Gaung, Kuala Berang

f) Ahad 8 Januari 2012 – Kediaman DSAI, Kg Baru & Kg Pandan
7.00 ptg – Kediaman Dato’ Seri Anwar Ibrahim – Bukit Segambut

9.00 mlm – Kampong Baru - Padang Kelab Sultan Sulaiman

11.00 mlm – Pandan – Dewan Orang Ramai Kg Pandan, Jalan H, Kg Pandan
g) Isnin 9 Januari 2012 – BEBASKAN ANWAR IBRAHIM
8.00 pagi - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur – Jalan Duta

Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, December 27, 2011

Penyerahan Singapura Bukti UMNO Kuda Lee Kuan Yew

Semenjak 2008, selepas keputusan pilihanraya 2008, UMNO telah memainkan jarum mereka menyebarkan racun mereka kepada orang Melayu kononnya PAS diperkudakan oleh DAP.

Racun ini diulang-ulang walaupun mereka sedar ianya adalah fitnah semata-mata. Dibantu dengan puak2 pro Perpaduang di dalam PAS seperti Hasan Ali yang memainkan fitnah yang sama kepada ahli-ahli PAS.

Hasilnya, ramai orang Melayu telah termakan dengan racun dan fitnah ini.

Oleh sebab itulah suka saya membawa perhatian tuan-puan pembaca kepada peristiwa penyerahan Pulau Singapura kepada Lee Kuan Yew/parti PAP.

UMNO pula sering mengatakan parti PAP adalah asalnya parti DAP. Pulau SIngapura pula telah diserahkan kepada parti PAP yang didakwa UMNO bapa kepada parti DAP.

Yang lebih menghairankan, di negara-negara lain, apabila berlaku pemisahan seperti ini, pasti berlaku pertumpahan darah yang begitu hebat, peperangan serta konflik berdarah yang sebegitu besar.

Dalam kes UMNO, pulau Singapura diserahkan dengan sebegitu mudah.

Kita juga mendengar betapa UMNO begitu bangga dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Hakikatnya, UMNO begitu bachul dan penakut untuk menggunakan ISA ke atas Lee Kuan Yew yang menjadi sebab Pulau Singapura pecah dari Malaysia. UMNO tidak berani pun menggunakan ISA ke atas Lee Kuan Yew.

UMNO hanya berani menggunakan ISA ke atas Tok2 Guru pondok di Kelantan dan Kedah sehingga membawa kepada meninggalnya beberapa Tok Guru dan pemimpin PAS. Tetapi, Lee Kuan Yew tak berani ditangkap ISA oleh UMNO.

Kesimpulannya, apabila UMNO begitu mudah menyerahkan Pulau Singapura kepada PAP dan Lee Kuan Yew, tidakkan itu bukti UMNO kuda Lee Kuan Yew / PAP?

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Saksikan Rakaman Najib Tolak Hudud Demi MCA/GERAKAN

ULASAN: Selama ini kita cuma membaca laporan pihak ketiga atau mendengar dakwaan dari penceramah2 berkenaan penolakan hukum hudud oleh UMNO/Najib. Video di bawah ini kita dapat dengar sendiri dari mulut Najib Tun Razak menolak hukum hudud.

Ertinya, apa beza Najib dengan Karpal Singh? Sekurang2nya Karpal tidak berusaha untuk menyamar sebagai seorang Islam. Karpal tidak pergi naik haji, bersolat jemaah di Masjid Negara dsbnya.

Karpal terang2 mengaku beliau bukan Islam. Dan, tak hairanlah orang yang bukan Islam menolak hukum Islam.

Yang lebih mengharukan adalah sehari sebelum kenyataan mulut Najib menolak hudud, Chua Soi Lek (si pelakon porno) telah mengeluarkan amaran yang keras kiranya hukum hudud dilaksanakan.

Tak sampai sehari, Najib Tun Razak menyembah Chua Soi Lek dan secara terbuka menolak hukum hudud.

Inilah juga parti yang bermatian memperjuangkan kalimah Allah tapi pada waktu yang sama bermatian juga mempertahankan kehendak MCA/Chua Soi Lek dan bermatian menolak kehendak Allah SWT.

Inilah parti yang selama ini menuduh PAS diperkuda DAP. Rupanya, mereka diperlembu dan diperkambingkan oleh MCA/GErakan sehingga sanggup menolak hukum Allah
MULA-MULA MCA BAGI AMARAN



LEPAS TU TERUS NAJIB DAN UMNO TUNDUK




TULANG BESI

Read more!(Selanjutnya)

Monday, December 26, 2011

Fitnah ke Atas Adam Adli Ciptaan Blogger2 UMNO

ULASAN: Rupanya PApagomo, Parpukari dan beberapa blogger UMporNO telah menggunakan gambar seorang model dari laman web gay Filipina.

Lantaran tindakan berani Adam Adli menurunkan gambar Najib di PWTC, blogger2 UMporNO terpaksa mencipta fitnah baru untuk merosakkan imej Adam Adli.

Syukur blog Milosuam berjaya mendedahkan penipuan blogger2 UMporNO ini.

Selamat membaca

Tulang Besi



Gambar Lucah Adam Adli? Pencacai UMNO kantoi lagi!! .. Ini gambar sebenar.



Lantaran dari tindakan Adam Adli menurunkan bendera Najib dari PWTC minggu yang lalu, beliau menjadi mangsa serangan para pencacai dan juga Blogger Pro UMNO, ini kerana mereka menganggap tindakan itu amat biadad sekali .


Malah tindakan mereka menyerang Adam Adli membuktikan bagi mereka tindakan tersebut jauh lebih biadab dari menghina Rasulullah dan Hukum Allah.

Oleh itu seperti biasa Adam Adli menjadi sasaran serangan mereka dengan diedarkan gambar-gambar lucah kononnya ia adalah gambar Adam Adli - sila baca di SINI



Malangnya ada juga penyokong Pakatan Rakyat yang mempercayai bahawa gambar tersebut sememangnya gambar Adam Adli.

Sekali lagi gambar yang ditunjukan itu berjaya dibuktikan adalah fitnah apabila gambar tersebut rupa-rupanya adalah gambar seorang gay Filipina yang diambil dari sebuah web lucah untuk kaum gay.

Keadaan ini telah mengesahkan lagi kecenderungan pihak mereka menggunakan politik lucah dan cenderung menggunakan fitnah sebagai senjata untuk menjatuhkan lawan.



Dan apabila Milo Suam mendedahkan bahawa gambar tersebut adalah gambar seorang gay dari Filipina ada pula yang mempertikaikan kesahehan gambar tersebut kerana hanya sekeping gambar yang disiarkannya seperti di atas(lihat di SINI)

Antara komen yang tersiar “merepeklah rejam.kalau betul buktikan...rejam ni yg selalu tangkap gambar guna tab dan muka hitam tu yek?ini bukan milo suam*ini milo basi namanya.aku dah check budak kat atas.itu gambar kat profile adam adli.tulah asyik nak kencing jer milo basi ni.”

Jadi disini untuk menyokong pendedahan oleh Milo Suam itu aku tambah lagi gambar yang ada itu.. dari satu menjadi dua.. dan di akhir entry ini juga aku siarkan link website gay tersebut..

Kalau korang nak klik pastikan keliling korang tiada budak-budak berumur 18 tahun ke bawah..

Photobucket

Sumbernya sila lihat di SINI dan juga SINI.. risiko sila tanggung sendiri.. dan jangan salah anggap! bukan untuk promosi tapi untuk lebih menyakinkan lagi..
Read more!(Selanjutnya)

Tunjuk SATU Bukti PAS Diperkuda DAP

Kebetulan TUlang Besi berchatting dengan seorang kenalan. Tiba2 terbukalah topik politik. Dia kata dia amat gusar dgn PAS. Bagi dia, PAS dilihat sebagai dipimpin DAP.

Terus Tulang Besi meminta satu bukti di atas dakwaan itu. Kenalan Tulang Besi itu senyap tidak dapat memberi apa-apa bukti mahupun contoh jelas.

Hakikatnya, tuduhan seperti ini hanyalahg propaganda kosong BArisan Nasional dan UMNO. UMNO sendiri tahu bahawa ianya tidak lain hanyalah dakwaan kosong semata-mata.

Namun memandangkan agama UMNO menghalalkan fitnah dan penipuan, mereka meneruskan fitnah ini sehingga ramai orang biasa di luar sana diracun pemikiran mereka oleh UMporNO.

Suka juga Tulang Besi tegaskan fakta sejarah bahawa agenda "Negara Berkebajikan" adalah agenda yang PAS ambil SEBELUM PAS bekerjasama dengan DAP di dalam Pakatan Rakyat.

Tapi, UMNO tak heran dan terus menyebarkan fitnah kononnya PAS membuang agenda negara Islam dan ambil Negara Berkebajikan kerana takut DAP.

UMNO ni ada agama sendiri. Bagi mereka, fitnah itu halal. Sbb tu tanpa segan silu mereka memfitnah PAS dan sesiapa sahaja yang mereka mahu.

Tulang Besi nak tanya:

UMNO serah Pulau SIngapura pada Lee Kuan Yew bukti UMNO diperkudakan Lee Kuan Yew / PAP


Laknat Allah ke atas UMNO. AMIN!!!!

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Rakaman Pengkhianatan Hasan Ali kepada PAS dan Pakatan Rakyat



Semenjak menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor lagi HAsan Ali telah mengkhianati PAS dan Pakatan Rakyat dengan menjadi penyambung lidah kepada fitnah dan pembohongan UMNO dan Barisan Nasional.

Dari rakaman di atas, Hasan Ali berkata:

“Saya tak hendak…. salah satu benda yang jatuh Pakatan Rakyat di Perak tu adalah orang Melayu diperkudakan oleh DAP. Saya tak boleh terima kenyataan itu.
Saya tak boleh terima kenyataan orang PAS di Selangor ni is only good to be ridden by the DAP.”

Tuduhan PAS diperkudakan DAP serta Kerajaan Perak diperkudakan DAP/Cina ini hanya semata-mata pembohongan UMNO dan Barisan Nasional. Hakikatnya, HAsan Ali cuma mahu mencari titik tolak perbezaan antara PAS dan DAP bagi menaikkan kebencian ahli2 PAS kepada DAP dan Pakatan Rakyat. Objektif terakhir adalah untuk memecahkan Pakatan Rakyat supaya kerajaang Perpaduang dgn UMNO boleh dibina. Khabarnya Hasan Ali telah dijanjikan jawatan MB Selangor sekiranya tertubuh kerajaan Perpaduang di Selangor.

Sehingga hari ini dan saat ini TIADA SATU BUKTI pun berjaya dibawa oleh UMporNO bagi membuktikan dakwaan ini.

Dakwaan ini semata-mata dakwaan palsu dan bohong untuk menyambung hayat UMporNO yang semakin pendek itu.

Tiada satu pun arahan dari DAP yang diikuti oleh PAS. Segala keputusan dibuat dengan perbincangan dan syura.

Sepatutnya Asang Ali ini dipecat dari PAS 4 tahun yang lepas atas pengkhianatan dan pembohongan beliau yang dirakam ini. Namun, tiada apa tindakan yang telah diambil oleh PAS. Amat amat dikesali. Patutlah Tok Guru Nik Aziz minta Muktamar Khas.


Saya cabar UMNO serta HAsan Ali membuktikan dakwaan yang sebegini berat ini. Jikalau tidak Hasan Ali dan UMNO adalah pendusta dan pembonong dan semoga Allah SWT menurunkan balaNya keatas mereka yang menjana fitnah-fitnah ini.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Thursday, December 22, 2011

Lengkaplah Sudah Pengkhianatan Hasan Ali

Semalam Hasan Ali telah mendapat slot dalam TV3 milik UMNO. Seorang yang tidak pernah dipandang oleh UMNO diberi tempat yang istimewa oleh media yang ada rekod memfitnah dan menipu terutamanya kepada pemimpin2 Pakatan Rakyat.

Hasan Ali dengan bangga menyatakan pendirian dan pegangan beliau. Kononnya beliau memperjuangkan Islam, Bangsa dan Raja.

Disentuh juga isu rampasan arak di 7-11 Shah Alam sebagai bukti betapa kerajaan Pakatan Rakyat telah mengkhianati Islam dan Melayu.

Oleh kerana HAsan Ali mengabunggkan diri dengan media penipu, beliau sendiri secara otomatik terpalit perangai menipu.

Hakikatnya, rampasan arak di 7-11 itu tiada kena mengena dengan Hasan Ali. IA adalah usaha dan inisiatif Majlis Bandaraya Shah Alam serta ahli2 majlis yang sebahagiannya dilantik oleh PAS Shah Alam/Khalid Samad.

Adapun tindakan Ronnie Liu mengembalikan arak tersebut adalah kerana tidak mahu disaman 7-11. Ini adalah kerana kerajaan tempatan tidak boleh merampas barangan yang tidak diharamkan oleh undang-undang.

Undang2 yang menghalalkan beer adalah Akta Kastam yang milik UMNO. UMNO yang sebenarnya meluluskan Akta Kastam yang telah menghalalkan beer kepada orang Islam dan bukan Islam.

Malahan, mengikut Akta Kastam milik UMNO, penjualan beer tidak memerlukan lesen kerana ianya mengandungi alkohol lebih rendah dari 8%. Dengan kata lain, UMNO menghalalkan beer dijual di mana-mana sahaja termasuk kedai kopi dan kedai cangkung tepi jalan.

Atas alasan tidak mahu Kerajaan Negeri disaman maka beer2 tersebut dipulang kembali. Dengan kata lain, pemulangan tersebut adalah kerana undang2 UMNO yang menghalalkan beer dan arak.

Atas alasan itu, saya ingin bertanya kepada Hasan Ali, adakah dengan beliau menggabungkan diri dengan jentera fitnah UMNO maka beliau akan berjaya memperjuangkan pengharaman arak?

Ini sedangkan UMNO yang menghalalkan arak dijual di mana-mana sahaja kepada sesiapa sahaja.

Adakah HAsan Ali lupa yang mantan Presiden UMNO sendiri yang merasmikan kilang Guiness di Sungai Way pada tahun 60an dulu? Adakah ini perjuangan Islam yang baru yang Hasan Ali mahu banggakan?

Hakikatnya, selama Hasan Ali dalam exco, tiada apa yang Hasan Ali buat untuk kebaikan dan kemajuan Islam di Selangor. TIADA ADA APA APA.

Beliau adalah sampah kepada UMNO. Kalau beliau tidak bersama PAS, tidak mungkin beliau boleh menjadi wakil rakyat dan duduk di kerusi Exco. UMNO tidak akan sekali-kali memberikan peluang itu.

Sedarlah, wahai HAsan Ali

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, December 20, 2011

Nik Abduh Pertahan Pengkhianatan Rakan Se "PERPADUANG" nya

Arakian, Nik Abduh telah menyerang karikatur dalam terbitan Harakah yang terbaru. Beliau berkata:



Tulang Besi tidak terkejut atas tindakan Nik Abduh ini. Sekelian ahli2 PAS sudah pun melihat dengan mata kepala mereka sendiri akan pengkhianatan yang telah dilakukan oleh Hasan Ali dan Nasa di persada media2 milik UMNO.

Tiada siapa yang mempersoalkan tindakan Harakah mahupun pimpinan PAS Pusat menyatakan keadaan sebenar berkaitan Hasan Ali dan Ustaz Nasa.

Soalnya sekarang, mengapa tiba-tiba Ustaz Nik Abduh membuka mulut mempertahankan kedua-dua orang yang telah mengkhianati PAS itu?

TUlang Besi beranggapan tindakan Nik Abduh ini adalah lantaran sokongan beliau kepada AGENDA PERPADUANG satu waktu dulu.

Masih ingatkan anda berkenaan kenyataan ini:

Di mana pergi pembantu – pembantu ayahanda yang sesat pekerjaan mereka itu di sisi tuhan!? Semoga Allah melaga- lagakan di antara mereka pula di dunia ini agar mereka segera bertaubat!


Ia datang dari tulisan tangan Nik Abduh sendiri yang bertajuk "Kerja-Kerja Bodoh Dalam PAS".

Di kala itu, Nasaruddin dan Hasan Ali sebuk melobi dan memanjangkan agenda PERPADUANG dgn UMNO. Nik Abduh telah keluar secara terbuka memberi sokongan kepada agenda ini serta menista dan mengutuk mereka2 yang dianggap sebagai anti kepada agenda PERPADUANG ini.

Dikatakan artikel ini jugalah antara sebab Nik Abduh kalah bertanding jawatan Ketua Pemuda PAS Kelantan pada masa itu.

Maka, apabila segala kemunafikan telah terdedah, tidak hairanlah Nik Abduh antara mereka yang terasa bahang dari pengkhianatan kedua-dua NAsa dan Hasang Ali ini. Ini kerana Nik Abduh adalah antara penyokong terbesar mereka satu masa dahulu.

Tidak hairanlah ada usaha untuk membuang Husam dari Kelantan semata-mata kerana peranan Husam Musa mengagalkan agenda PERPADUANG dgn UMNO.

Jagi, Tulang Besi tak hairan Nik Abduh terbuka mempertahan pengkhianatan Nasa dan Hasan Ali. Kedua-dua bekas pemimpin PAS ini pernah dipertahankan secara terbuka oleh Nik Abduh.

Dan hingga hari ini pun kita tak dengar Nik Abduh membuang agenda perpaduang nya sama sekali.

Malahan, kalau tak silap, Nik Abduh pernah cuba menganjurkan pertemuan dalam gelap yang kedua yang berakhir dengan kegagalan apabila ayahandanya memaki Najib dan Muhyiddin.

Sama sama kita lihat perkembangan isu Hasan Ali dan Nasa ini. Saya yakin kesemua yang selama ini berperangai munafik akan mula menunjukkan kemunafikan mereka.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Gelaran Ibrahim Ali Di Tarik Kerana Derhaka Kepada Tuanku?

Arakian, gelaran Dato' yang diberikan kepada Ibrahim Ali telah pun ditarik balik oleh Istana Kelantan secara rasmi mulai semalam.

Biasanya gelaran-gelaran yang diberikan ditarik balik kerana kesalahan khianat dan derhaka kepada Duli yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan.

Cukup menghairankan adalah Ibrahim dan PERKASA inilah yang sebelum ini ke hulu ke hilir menuduh pemimpin2 Pakatan Rakyat sebagai derhaka dan menghina sultan.

Rupa-rupanya Berahim yang kena tarik gelaran Dato'.

Malunya saya. Siapa yang nak percaya pada PERKASA lagi lepas ini? Konon memperjuangkan raja-raja MElayu tetapi pemimpin utama nya sendiri ditarik gelaran Dato.

Penarikan ini satu bentuk penghinaan yang cukup besar datang dari Istana ke atas Ibrahim Ali.

Tuhan Maha Kaya.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Monday, December 19, 2011

Husam Tidak Tahu Pun Dia Akan Dihantar ke Pusat

Baru2 ini beberapa akhbar internet melaporkan yang Husam Musa mungkin akan ditolak ke Pusat. Ini bererti Husam Musa akan melepaskan jawatan Exco beliau untuk menumpukan tugas2 di PAS Pusat.

Mengikut sumber Tulang Besi yang amat dipercayai dan telah menelefon Tulang Besi dari luar negeri berkali-kali:

Keputusan Menaikkan Husam ke Pusat TIDAK LANGSUNG DIKETAHUI oleh Husam Musa sendiri

Selamat kita katakan, keputusan ini adalah antara langkah-langkah yang sedang diambil oleh musuh Husan untuk membersihkan Husam sama sekali dari persada politik Kelantan.

Ini kerana Husam Musa dianggap sebagai "pembantu-pembantu ayahanda" seperti yang diterangkan dalam rangkap di bawah:

Di mana pergi pembantu – pembantu ayahanda yang sesat pekerjaan mereka itu di sisi tuhan!? Semoga Allah melaga- lagakan di antara mereka pula di dunia ini agar mereka segera bertaubat!
Hakikatnya, Husam Musa telah melakukan dosa yang amat besar. Yakni, Husam Musa telah MENGAGALKAN AGENDA PERPADUANG DENGAN UMNO. Seperti rangkap di atas, Husam Musa adalah yang dituduh menghasut Tok Guru Nik Aziz untuk menolak kerajaang perpaduang dengan UMNO.

Maka, sekarang ini Husam Musa mesti dihukum dan dibalas dosa nya. Maka, wajiblah Husam Musa dibuang dari negeri Kelantan sama sekali.

Bagi Tulang Besi, Husam Musa sepatutnya bertanding di peringkat Pusat dan Negeri. Beliau boleh memain peranan di Negeri dan di Parlimen sekaligus. Bukannya beliau dibuang dari negeri ke Pusat.

Jahat sungguh manusia2 yang berlindung di sebalik jubah dan janggut serta kereta Honda Elysson mereka itu.

Semoga Allah SWT mengagalkan perancangan jahat puak2 yang tidak laku di Kelantan ini.

Tulang Besi

ps ada yang komen mengatakan Tulang Besi hanya mengada-adakan cerita. Namun, Tulang Besi ingat dahulu sewaktu Tulang Besi mendedahkan mehnah Hasan Ali, orang telah menuduh Tulang Besi mengada-adakan cerita juga.

Hanya yang Tulang BEsi tahu, kalau Tulang Besi tidak mengambil tindakan mendedahkan konspirasi ini, Kelantan bakal hancur.

Wallahualam

Read more!(Selanjutnya)

FELDA pun Agen Asing/Yahudi Juga

KLIK IMEJ


Laman di atas boleh dilihat di link ini


Merujuk kepada senarai2 pinjaman Bank Dunia kepada Malaysia, antara pinjaman yang dibuat adalah kepada projek FELDA. Mengikut rekod Bank Dunia, pinjaman telah dibuat kepada FELDA dari tahun 1978 sehingga tahun 1986.

Kalau Anwar Ibrahim cuma bersetuju sahaja dengan beberapa langkah yang dicadangkan oleh IMF, FELDA dengan terang membuat pinjaman yang berjumlah USD 28 juta.

Maka, jelas sangat2 FELDA sudah menjadi agen asing.

Tulang Besi


Read more!(Selanjutnya)

Mahathir Pinjam RM2.1 Billion dari Bank Dunia

KLIK IMEJ


Link di http://www.worldbank.org/projects/search?lang=en&searchTerm=&countryshortname_exact=Malaysia&src=

Berdegar-degar Mahathir Muhammad mencabar Anwar bersumpah di masjid. Isunya adalah membuat pinjaman di Bank Dunia.

Pada tahun Anwar dipecat dan diaibkan, tuduhan yang biasa keluar dari mulut Mahathir dan kuncu2 adalah Anwar agen asing kerana mahukan pinjaman IMF.

IMF dan Bank Dunia ni adik beradik. Kedua-dua mendapat kritikan dan pujian yang sama banyak.

Maka, sehingga hari ini Anwar terus menerus dituduh agen asing angkara tuduhan rambang Mahathir dan kuncu-kuncu.

Tiba-tiba Anwar Ibrahim "fed-up". Minggu lepas, Anwar kata dia tak pernah pinjam duit Bank Dunia atau IMF walau satu sen haram. Malahan, dia yang hantar surat pada BAnk Dunia menyatakan Malaysia dah tak berminat nak pinjam duit dari Bank Dunia lagi.

Dan, Anwar Ibrahim kemudiannya mendedahkan Mahathir lah sebenarnya yang membuat pinjaman dengan Bank Dunia selepas Anwar di pecat.

Mahathir pun mengamuk minta Anwar tunjuk surat dan bersumpah dlm masjid.

Saya tak tau agama apa Mahathir ikut. Yang saya tau, kalau dah ada bukti, nak sumpah buat apa lagi? Sumpah2 ni dah lah makruh, tidak pula digalakkan dalam Islam.

Mcm kes Ummi Hafilda. Dia tuduh kakak iparnya berzina dengan Anwar Ibrahim. Padahal, dia sendiri tak pernah melihat Anwar berzina dengan Shamsidar. Tiba-tiba minah tu kata dia sanggup bersumpah dalam masjid. Kat situ kita dah nampak pompuan ni penipu dan akan membuat sumpah palsu.

Begitulah juga Mahathir. Dia nak suruh bersumpah dalam keadaan adanya bukti yang jelas dan terang. Apa punya manusia di ni?

Walau apa pun, gambar di atas diambil terus dari laman web Bank Dunia. Jumlah pinjaman yang disenaraikan dalam senarai di atas adalah lebih kurang RM2.1 billion. Bagi Tulang Besi, jelaslah MAhathir ini penipu dan pembohong.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Sunday, December 18, 2011

Hasan dan Nasha Bakal Jadi Alat Memecahkan Undi PAS

Hakikatnya, UMNO memerlukan semua kerusi2 PAS. Baik di Parlimen mahupun di Dewan2 Undangan Negeri,

Namun, masalaah mereka untuk merebut kerusi PAS adalah pengundi2 PAS yang sukar untukm digugat.

Apa pun tuduhan yang dilempar, pengundi2 PAS tetap mengundi PAS.

Juga pengundi2 atas pagar yang cenderung kepada Islam. Tidak semestinya pengundi2 yang cenderung Islam ini adalah pengundi tegar PAS.

Namun, mereka ini kebiasaannya akan mengundi PAS.

Untuk kemudahan perbincangan biar saya labelkan pengundi2 tegar PAS sebagai Kategori A dan pengundi2 atas pagar tapi cenderung Islam sebagai Kategori B.

Menjadi lebih teruk adalah imej Najib Tun Razak yang tiada karisma dari segi agama mahupun imej wara'. Imej Najib yang tidak jelas keagamaan ini bakal menyukarkan UMNO di medan pengundi Melayu.

Pada tahun 2004, imej wara' Pak Lah telah berjaya memecahkan pengundi2 atas pagar yang cenderung Islam ini (kategori B) untuk mengundi UMNO.

Maka, untuk melemahkan pegangan PAS terhadap pengundi kategori A dan B, taktik baru telah dirangka. Taktik ini bakal memerlukan kerjasama Hasan dan Nasha bersama tokoh2 seperti Yusri ABIM dan beberapa NGO.

Kita lihat sejak akhir2 ini, Hasan Ali beriye-iye memainkan isu murtad. Dianjurkan perhimpunan HIMPUN yang kononnya memperjuangkan murtad di Malaysia.

Malangnya, perhimpunan Hasan Ali tak dapat sambutan.

Juga, Hasan dan Nasa sudah mula diberikan tempat yang begitu meluas di dalam media2 milik UMNO. Nasa baru sahaja memberi temuramah dalam harian Berita Minggu mengecam dan memfitnah PAS.

Mengapa? Apa taktik BN sebenarnya?

Muka2 seperti Hasan Ali, Nasa, Yusri ini perlu diketengahkan untuk dikenali dan disukai para pengundi.

Selepas itu, isu yang dimainkan sekarang ini adalah isu murtad.

Pada masa hampir pilihanraya nanti, tokoh2 ini akan keluar dan menaikkan semula isu murtad ini.

Dan di akhir nanti, tokoh2 ini akan berkata hanya BN dan UMNO yang terus memperjuangkan murtad dan menjaga akidah umat Islam.

selepas itu secara otomatik pengundi2 Kategori B akan berpecah. Namun, pecahan tersebut mencukupi untuk memenangkan UMNO di kerusi2 PAS.

Itulah strategi UMNO di belakang paling tadah Hasan Ali dan Nasa yang sedang berlaku sekarang ini. Semuanya untuk menaikkan undi UMNO dalam pilihanraya yang akan datang.

Selepas UMNO menang, lantaklah berapa ramai yang murtad pun. Yang penting mesti terus berkuasa.

Tulang Besi





Read more!(Selanjutnya)

Cabar Raja Nong Chik Bertanding di Titiwangsa

Rasanya, baru-baru ini, Raja Nong Chik ada mencabar Anwar Ibrahim bertanding di Lembah Pantai. Cabaran tersebut dibuat kerana menjawab cabaran Nurul Izzah kepada Najib Tun Razak untuk bertanding di Lembah Pantai.

Rasanya, Nong Chik sendiri tidak layak bertanding di Lembah Pantai. Dia wajib bertanding di Parlimen Titiwangsa kerana beliau wajib bertangunggjawab terhadap dosa beliau menggadai tanah Kampung Baru.

Silalah tuan/puan pembaca menatap gambar2 di bawah. Rasanya tak berani Nong Chik ni nak bertanding Titiwangsa.





Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Saturday, December 17, 2011

Ada Usaha Membuang Husam dari DUN dan Parlimen di Kelantan?

Tulang Besi dapat panggilan telefon jarak jauh dari seorang kenalan lama. Dari suara beliau, jelas terkandung keresahan dan kebimbangan terhadap nasib Dato' Husam Musa di Kelantan.

Mengikut beliau, sudah ada usaha yang terancang dan tersusun untuk memastikan Husam tidak tercalon di Kelantan samada di peringkat DUN ataupun Parlimen.

Terdapat beberapa orang yang rapat dengan Tok Guru Nik Aziz yang begitu fokus mahu memastikan Husam Musa hilang di persada politik Malaysia.

Orang2 ini juga antara yang sangat rapat dengan Hasang Ali dan geng Nasa sehingga selalu turun naik tangga pejabat Hasan Ali.

TUlang Besi tidak tahu samada maklumat ini betul atau tidak. Namun, panggilan jarak jauh yg Tulang Besi dapat itu datang dari seorang yang amat lumat dan pekat dengan PAS.

Orang2 seperti yg memanggil TUlang Besi adalah seorang yang sayang pada parti lebih dari diri dia sendiri. Masakan dia hendak menceritakan perkara-perkara yang membahayakan parti.

TUlang Besi berharap maklumat ini tidak betul tapi kalau betul berdoa TUlang Besi supaya perancangan jahat ini digagalkan oleh Allah SWT.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Senarai Pinjaman2 yang Diambil oleh Malaysia dari Bank Dunia. SAH!!! Mahathir Lidah Bercabang.

KLIK IMEJ


Gambar di atas di ambil dari laman web Bank Dunia. Tersenarai ada lebih 4 jenis pinjaman yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia dengan Bank Dunia.

Yang menghairankan pinjaman2 ini dibuat SELEPAS Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

Namun, Anwar Ibrahim terus menerus dituduh agen asing kerana kononnya Anwar bersetuju untuk meminta bantuan IMF.

Bukti bertulis di atas jelas membuktikan UMNO dan Dr Mahathir lidah bercabang. Manusia2 yang sangat hina dan jijik.

Mereka tuduh Anwar padahal mereka yang buat pinjaman Bank Dunia.

Orang tua-tua kata "Siakap Senohong Gelama Ikan Duri. Bercakap Bohong Lama2 Mencuri"

Sekian

Tulang Besi

ps link kepada laman di atas boleh diklik di sini

Read more!(Selanjutnya)

Friday, December 16, 2011

Mahathir Lidah Bercabang Pegi MIntak Pinjaman Bank Dunia

ULASAN: Ingat lagi puak2 UMNO ke hulu ke hilir jaja kononnya Anwar agen asing sbb baik dgn Pengerusi Bank Dunia. Tuduhan ini juga datang terus dari Dr Mahathir Muhammad.

Rupanya2 Dr mahathir ini lidah bercabang. Elok 2 tahun lepas Anwar dipecat, dia pula pegi mengendeng Bank Dunia minta pinjaman.

Pada waktu yang sama, pada tahun 1993 Anwar sendiri menulis surat pada Bank Dunia menyatakan Malaysia tidak perlu pinjaman Bank Dunia

Dengan kata lain, bukan sahaja Mahathir agen asing, dia agen asing yng lidah bercabang.

Itu tidak termasuk lagi hubungan Mahathir dengan Yitzak Rabin dan Yahya Cohen.

Dr M didakwa pernah minta bantuan Bank Dunia Kuek Ser Kuang Keng 12:47PM Dis 16, 2011
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat dakwaan mengejutkan terhadap 'bekas mentornya' Dr Mahathir Mohamad bahawa bekas perdana menteri itu ada menulis kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.

Dalam usaha membuang gelaran "agen AS" terhadapnya, Anwar (bawah) berkata, pada tahun 1993, beliau juga pernah menulis kepada Bank Dunia atas kapasitinya sebagai menteri kewangan ketika itu untuk menolak bantuan kewangan.

Katanya, walaupun beliau mempengerusikan jawatankuasa pembangunan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, beliau berpendapat Malaysia tidak memerlukan dana itu.

Bagaimanapun, dakwanya lagi, pada 1999, Mahathir menulis kembali kepada presiden Bank Dunia dan merayu untuk dana dan pinjaman.

Beliau mendedahkan perkara itu ketika menyampaikan ucap utama dalam dalam majlis makan malam membincangkan Program Tranformasi Ekonomi (ETP) malam tadi yang antaranya turut dihadiri wakil kedutaan asing.
Read more!(Selanjutnya)

Sinar Harian Bohong Tuduh DAP Cuba Rebut Kerusi MB Selangor

ULASAN: Ikuti ulasan dari YB Khalid Samad berkaitan salah satu edisi SInar Harian yang membawa tajuk muka depan "DAP CUBA REBUT KERUSI MB SELANGOR".

Selamat membaca

DAP Inginkan Kerusi MB Selangor?
Kebelakangan ini ditimbulkan pula isu kononnya DAP ingin meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Melayu supaya boleh merampas kerusi MB di Negeri Selangor. Pelik saya. Adakah perlu diletakkan Melayu di kawasan majoriti Melayu untuk menjadi MB? Kalau calon Melayu DAP menang di kawasan Cina tidak boleh jadi MB kah? Mesti menang di kawasan Melayu? Hairan dibuatnya. Di mana pula perkara ini termaktub?

Hakikatnya ini hanya cerita-cerita dogeng yang dihasilkan imaginasi jahat UMNO dan surat khabar lidah bercabang UMNO. Jenis imaginasi yang yang boleh menghalalkan RM 250 Juta untuk Shahrizat dan keluarganya serta dianggap isu NFC suatu fitnah yang dirancang pembangkang!

DAP adalah parti berbilang kaum. Ianya bukan parti Cina. Karpal Singh bukan Cina! DAP pernah mempunyai beberapa pemimpin Melayu yang terkenal tetapi malangnya ia di’kenakan’ imej parti Cina oleh pihak UMNO. Ia juga di’kena’kan imej anti-Melayu oleh UMNO juga. Apakah yang pernah dilakukan di Pulau Pinang atau di Selangor yang membuktikan DAP adalah anti-Melayu? Tiada apa dan banyak pula program yang membantu Melayu dan Islam yang disokongnya.

Untuk membebaskan diri mereka dari imej yang dipaksa ke atas mereka, maka DAP mengemukakan cadangan untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu. Kami dari PAS dan PKR memahami hasrat mereka dan keinginan mereka untuk bebaskan diri mereka dari kerja jahat UMNO ini. Namun sebagai rakan yang saling nasihat menasihati, kami menjangka ianya sesuatu yang akan diserang oleh UMNO sebagai bukti DAP gila kuasa di Selangor; dan PAS bersama PKR mengkhianati kepentingan politik Melayu.

Maka di dalam suasana yang sentiasa ingin dihangatkan oleh UMNO atas semagat perkauman, tindakan yang dicadangkan DAP itu dilihat sebagai sesuatu yang mampu memburukkan lagi keadaaan. Oleh yang demikian, cadangan DAP agak sukar untuk diterima. Kerana ada pengadu-domba yang bergerak bebas di kalangan masyarakat. Kumpulan penghasut dan penipu rakyat yang berkeliaran merata, menembusi ruang udara melalui Radio dan TV, meracuni pemikiran rakyat, siapa lagi kalau bukan UMNO/BN.

Sebenarnya parti yang jelas hanya untuk kaum Cina adalah MCA. Tiada India, Singh ataupun Melayu di dalam MCA. Namun tidak pula MCA diserang UMNO walaupun memperlekehkan hukum hudud. Jelas sekali ianya hanya mainan politik sedangkan mereka berkapit rapat dengan tauke-tauke MCA.

Dalam pada itu, soal MB pula tidak pernah timbul. PR bukan seperti BN yang hanya mementingkan jawatan dan imbuhan sahaja. Asalkan PR memerintah dan rakyat diberi pembelaan, maka kami semua menganggap matlamat telah tercapai. Syarat tambahan bagi PAS pula ialah soal usaha meningkatkan kefahaman rakyat terhadap Islam. Selagimana usaha ini tidak dihalang, maka PAS akan berpuas hati. Tidak timbul persoalan DAP atau PAS inginkan jawatan MB. Kami semua menyokong penuh TS Khalid sebagai MB dan oleh itu persoalan menggantikan MB tidak pernah timbul. Hanya ditimbulkan oleh pencacai UMNO yang ingin PR bersengketa sesama sendiri. Namun ianya umpan yang mungkin terkesan bagi UMNO, tetapi tidak bagi PR.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Read more!(Selanjutnya)

Lembaga Zakat Masih Tolak Laporan Audit Dibentang Pada Umum

"Analisa Tulang Besi pula, tekanan JAIS ke atas Khalid Samad selama ini sebenarnya bertitik tolak dari sikap Khalid yang mempersoalkan kemana perginya wang zakat di Selangor sehingga terpaksa orang Islam meminta bantuan dari Gereja".


Tulang Besi diberitahu Lembaga Zakat Selangor telah menggunakan mimbar Jumaat hari ini untuk menyebarkanm propaganda kononnya wang zakat ditadbir dengan baik.

Hakikatnya adalah sehingga hari ini laporan audit ke atas Lembaga Zakat tidak pernah dibentang kepada umum. Dewan Undangan Negeri Selangor tidak pernah menerima apa-apa laporan berkaitan dengan keluar masuk wang zakat.

Begitu bersemangat Pusat Zakat Selangor ingin mempertahankan diri mereka. Semua ini akibat terdedahnya maklumat kepada umum bahawa terdapat keluarga2 Islam terpaksa menerima bantuan Gereja kerana acap kali ditolak permohonan mereka oleh Pusat Zakat Selangor.

Bagi Tulang Besi, tak perlulah guna mimbar jumaat untuk membela diri mereka. Biarkan Dewan Undangan Negeri Selangor melantik 3 badan audit bebas dan buat audit secara mendalam ke atas Pusat Zakat Selangor.

Kemudian, laporan Audit tersebut dibentang kepada Dewan Undangan Negeri untuk semua rakyat Selangor membacanya.

Jangan berselindung di belakang Istana untuk menyorok segala-gala berkaitan perjalanan dan pentadbiran zakat di Selangor.

Mungkin Pusat Zakat boleh lari di dunia, tapi di akhirat kelak kamu semua akan dihitung oleh Allah SWT.

Sehingga hari ini pun Pusat Zakat tidak dapat menjawab mengapa ada orang Islam di Selangor yang terpaksa melutut dan menyembah pihak Gereja demi sesuap nasik.

Khutbah yang berjela-jela yang dipenuhi oleh dakwaan sendiri tanpa pengesahan dari pihak ketiga sepatutnya tidak berlaku.

Kalau Pusat Zakat tiada apa yang mahu disorok, mengapa tidak dibentang laporan audit kepada rakyat Selangor? Sila jawab soalan mudah ini.

MAnakala, poll Malaysiawaves merekodkan lebih 98% responden bersetuju Pusat Zakat Selangor diaudit dan laporan audit dibentang kepada seluruh dunia untuk dianalisa dan dibaca.

KLIK IMEJ


Analisa Tulang Besi pula, tekanan JAIS ke atas Khalid Samad selama ini sebenarnya bertitik tolak dari sikap Khalid yang mempersoalkan kemana perginya wang zakat di Selangor sehingga terpaksa orang Islam meminta bantuan dari Gereja.

Sekian

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

HAsan Ali dan Nasa Dah Kena Tambat??

Maklumat Tulang Besi dapat ramai di AJK PAS PUsat telah maklum kenapa HAsan Ali dan Nasa bersikap seperti pengkhianat secara terbuka sekarang ini.

Ia ada kaitan dengan beberapa kontrak dan projek yang mereka telah termakan budi dan tertambat. Mengikut temuramah Cikgu Mustafa Ali yang terbaru, mereka ini telah terperangkap dengan beberapa janji dan kontrak yang telah diberikan kepada mereka oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Sedari dulu lagi Tulang Besi telah mendedahkan konspirasi NASA dan Hasang Ali ini. Kalau Nasa, sedari mula lagi sejurus selepas keputusan PRU12, mereka telah berkumpul di rumah Datuk Haron Din.

Termasuk yg berkumpul itu adalah Zulkifli Nordin. Sedari mula lagi mereka telah berkomplot bersama UMNO Selangor untuk menubuhkan kerajaan Perpaduan MElayu di Selangor.

Dan jawatan yang dijanjikan pada Hasan Ali adalah Menteri Besar Selangor. Namun, takdir Allah SWT Hasan Ali tidak berjaya mendapat jawatan tersebut.

Pada waktu yang sama, melalui Task Force 2020, perbincangan telah berlaku di Peringkat Pusat untuk menubuhkan kerajaan Perpaduan di peringkat Pusat. Diberitakan selain kontrak dan projek, NAsa telah ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan.

Namun segala-galanya gagal. Ahli2 PAS bangun memberontak. Dibantu oleh blogger2 pro PAS dan PAkatan Rakyat yang sehati sejiwa menolak gagasan "perpaduang" yang diperjuangkan Nasa, Hasang Ali serta Ustaz Harung Din.

Kemuncak penentangan kepada usaha perpaduang ini adalah apabila Presiden PAS sendiri telah berbohong kepada ahli dan rakyat Malaysia kerana menafikan pertemuan dalam gelap.

Pemilihan 2009 sepatutnya telah menjatuhkan Nasa. Namun pada waktu itu majoriti perwakilan masih tidak mempercayai wujudnya usaha ke arah PERPADUANG ini.

Tetapi pemilihan 2011, lebih 80% perwakilan telah maklum dan melihat sendiri kesan buruk kemenangan Nasa pada 2009. PAS tidak bergerak dan perseteruan di dalam PAS semakin buruk akibat pimpinan Nasa.

Perwakilan mengambil keputusan untuk membuang Nasa dan memenangkan calon yang paling lantang menentang agenda PERPADUANG tajaan Nasa, Hasang Ali dan Harun Din ini.

Maka, berakhirlah era "geng perpaduang". Hasan Ali dipecat dari jawatan Pesuruhjaya Selangor. Nasa terus hilang dari pandangan dan PAS Kelantan sendiri tidak mahu Nasa bertanding di Kelantan.

Akhir sekali terdedahlah sikap mereka sebenarnya. Kemunafikan Nasa dan Hasan Ali sekarang ini didedahkan secara terbuka. HAsan Ali dan NAsa adalah munafik yang selama ini mensabotaj PAS hanya kerana janji jawatan dan kontrak dari musuh.

Hasan Ali benar2 membuang agama yang beliau pegang semata-mata kemaruk hendak menjadi MB Selangor. Bersyukur kepada ALlah SWT Hasang Ali tidak menjadi MB kerana beliau seorang yang "incompetent".

Kalau dia jadi MB, nescaya hancur negeri Selangor yang tercinta ini. Hancur sehancur hancurnya.

Khabarnya sekarang ini Hasan Ali dan Nasa sedang sebuk melobi dan memujuk ramai penyokong serta penggerak PAS untuk menyokong usaha mereka memecah belahkan PAS. Antara yang rapat dengan Hasan Ali sekarang ini adalah Tantawi dan geng beliau.

Tunggu sahajalah selepas ini. Jangan terkejut kalau ada orang lain yang akan mengikut jejak Hasan Ali. Maklumlah, tawaran projek dan wang ringgit bukan mudah untuk ditolak.


Ikutilah temuramah dgn Mustafa Ali yang diambil dari blog Wan Nordin Wan Yaakob di bawah.

Selamat membaca

Tulang Besi





Dua hari yang berlalu penuh dengan bicara dua bekas kepimpinan tinggi PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Dr Hassan Ali mempertikai beberapa isu dalaman PAS.Membicarakan jawapan balas, wakil Harakah, WAN NORDIN WAN YAACOB dan HAZAYANI ZAKARIA menemui Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustaffa Ali di Pejabat Urusan Harakah pagi tadi bagi mendapatkan butirannya.


Dua hari kebelakangan ini, dua bekas pemimpin PAS (Dato' Dr Hassan Mohd Ali dan Ustaz Nasharudin Mat Isa) telah mengeluarkan kenyataan menghentam PAS dan membayangkan kononnya PAS lari daripada dasar Islam.Bagaimana pendirian PAS dan Dato' selaku Setiausaha Agung parti dalam hal ini?





MUSTAFFA : Saya menerima maklumat laporan dari pelbagai pihak berkaitan dengan perjalanan parti termasuk tindakan pemimpin yang dirasakan tidak selari dengan hasrat dan aspirasi perjuangan PAS.Oleh kerana itu menjadi tanggungjawab saya memantau keadaan ini sepanjang masa.Adapun isu yang berkaitan dengan Hassan Ali dan juga Ustaz Nasharudin Mat Isa, bukan sehari dua sahaja saya pantau, tetapi

sejak sekian lamanya perkembagnan itu dan sejauhmana maklumat yang disampaikan kepada saya samada bertulis atau lisan juga melalui telefon, dan saya tidak buat apa-apa komen pada waktu saya mendapat maklumat itu, tetapi kini telah sampai masa saya

menjelaskan apa yang dinyatakan oleh dua pemimpin ini.


Dua pemimpin ini iaitu Dato' Hassan dan Nasharudin telah menjadi AJK PAS sejak sekian lama.Hassan Ali sendiri pernah menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor, pernah menjadi Naib Presiden PAS dan sementara Nasharudin pula pernah menjadi Timbalan Presiden PAS sekain lama.Mereka berdua ini duduk dalam jawatankuasa PAS Pusat.Hassan sendiri selepas digugurkan dari menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor, beliau dilantik semula menjadi AJK Perhubungan PAS Selangor, sementara Nasharudin Mat Isa pula dilantik selaku AJK Pusat yang dilantik.


Ingin saya dedahkan, dalam rekod di Pejabat Agung PAS Pusat dan Pejabat Perhubungan PAS Selangor, Nasharudin setelah tidak terpilih sebagai Timbalan Presiden PAS, beliau telah dilantik sebagai AJK PAS Pusat yang dilantik, tetapi sepanjang masa

selepas dilantik hingga kini, tidak ada sekalipun beliau menghadiri mesyuarat PAS Pusat.Sementara Hassan Ali dari sudut di pusat kadang-kadang hadir kadang-kadang tidak, tetapi di peringkat Selangor sekalipun beliau tidak hadir (Mesyuarat).Walaupun telah dinasihati supaya hadir dan saya sendiri menghubungi Nasharudin Mat Isa supaya datang mesyuarat walaupun sanggup awalnya (untuk hadir), tetapi akhirnya tidak hadir.


Sebagai seorang pimpinan tak bolehlah beliau tidak hadir kerana ini menjadi kewajiban setiap orang pimpinan (hadir mesyuarat).Memnag berlaku dalam mana-mana parti politik atau gerakan Islam sekalipun, terkadang mereka rasa keceawa dengan apa yang berlaku terhadap diri mereka, tetapi jika mereka tidak hadir kerana kalah bertanding tak dipilih dan hanya dilantik ke jawatan rendah maka ini tidak wajar (berlaku).Ini boleh kita sebutkan sebagai 'bad loosers'orang yang tidak boleh terima

realiti kekalahan walaupun dalam pemilihan yang sangat demokrasi.


Bila individu ini kecewa dalam hal itu (jawatan) ia mudah terperangkap dengan perkara-perkara yang barangkali boleh sebabkan dia terheret dengan agenda yang boleh menjejaskan parti.Jadi sebab itu saya buat kepsimpulan berdasarkan maklumat

yang saya terima dari pelbagai puhak samada sedar atau tidak kedua-dua mereka ini terperangkap dalam agenda musuh politik PAS, dan sebab itu ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS.


Apakah ada agenda pihak tertentu menjatuhkan PAS dengan menggunakan mereka ini?


MUSTAFFA : Agenda untuk lemahkan dan rosakkan PAS, jadi ini kesimpulan berdasarkan makluamt yang saya terima.Saya ada maklumat yang banyak mengenai mereka, tetapi hari ini saya dedahkan sedikit.


Katanya kes ini berpunca daripada kenyataan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip yang menyatakan hal pencalonan, apa pandangan dato'?


MUSTAFFA : Memang betul Hassan Ali rujuk kenyataan Saari.Saya akui Saari tiada hak untuk sebuatkan hal itu, ini bukan hal isu yang baharu. tetapi isu ini dibesarkan (dengan kenyataan balas Hassan) bagi merosakkan imej PAS. Saya tak nafi Saari tidak

harus buat kenyataan itu tetapi dua pimpinan ini patutnya arif bahawa persoalan pilih calon (mewakili PAS) ini adalah hak PAS Pusat, tiada hak oleh negeri untuk buat (keputusan akhir).


Walaupun pemilihan PAS demokratik dengan dengar kita mendengar suara akar umbi bagi memilih calon, namun saya mahu jelaskan di sini bagaimana prosedur pemilihan calon yang membuatkan PAS Pusat akhirnya membuat keputusan yang muktamad.Pertamanya Setiausaha Agung akan pinta negeri-negeri menyediakan nama-nama calon itu bagi setiap wakil Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen yang ditandingi paling kurang tiga orang.Sementara negeri pula dalam proses pilih calon akan ambil pandangan kawasan, dan kawasan ambil pandangan daripada cawangan.Proses itu bermula daripada bawah, namun tidak semestinya orang yang tiada nama di kawasan tidak menjadi calon kerana tapisan akhir akan dibuat PAS Pusat.Ada berlaku keadaan dimana seseorang itu

bukan memegang jawatan di cawangan tersebut, tetapi PAS Pusat buat keputusan orang tertentu dicalonkan mewakili PAS bukan sahaja kerana pencalonan tetapi ada faktor lain.Ini seperi bukan sahaja dalam kes Ibrahim Ali (pilihan raya umum 2008 di Parlimen Pasir Mas) ada orang yang tidak pegang jawatan kawasan tetapi tercalon dalam pilihan raya itu.Saya sendiri jalani proses itu pada tahun 1974, saya tidak pegang jawatan tetapi terpilih.


Apa kriteria yang dititikberatkan oleh PAS Pusat dalam persoalan calon ini Dato'?


MUSTAFFA : Menyebut soal kriteria ini, bila PAS Pusat terima seluruh senarai dan akan diserah kepada Majlis Syura Ulama untuk pastikan calon ini layak menjadi calon PAS.Layak kerana ada kriteria meletakkan calon PAS ini mestilah orang yang tidak

terlibat dengan dosa-dosa besar setakat yang diketahui.Jika ada laporan dan diyakini ada dosa besar memang tak layak menjadi calon PAS.Selesai Majlis Syura buat tapisan, Majlis ini akan hantar kepada PAS Pusat dan PAS Pusat akan meletakkan keputusan siapa calon dan dimana calon itu layak bertanding.Negeri bukan muktamad, semua orang tahu dan kepimpinan tahu.Bagi saya kesilapan yang Saari buat itu bukan isu yang besar, kerana Hassan dan Nasharudin tahu PAS Pusat yang pilih calon akhirnya.


Apa kriteria calon?


MUSTAFFA : Antara kriterianya ialah, Capabilities iaitu kebolehan dan keupayaan seseorang itu menjadi calon dan boleh menjadi calon.Seterusnya ialah Acceptability iaitu persoalan penerimaan ahli PAS, kawasan dan juga masyarakat setempat.Ketiganya winnablility iaitu selain penerimaan dan kebolehan, ada 'x-factor' kepada calon untuk mendapatkan sokongan yang lebih bagi memenangi.Kelebihan seseorang itu

berbanding calon-calon yang lain seperti faktor kenalan besar, keluarga besar dan pengaruh besar pada masa itu, mungkin mendapat sokongan bukan sekadar PAS tetapi luar PAS.


Sebab itu banyak calon kita letak orang tempatan sebabnya persoalan yang saya sebutkan tadi.Ini yang kita mahukan,Ini yang PAS Pusat timbangkan dalam menentukan seseorang calon bertanding.


Jadi bagaimana dengan kenyataan Saari itu?


MUSTAFFA : Jadi tidak timbul soal apa yang disebutkan oleh Saari Sungip itu sebagai isu yang besar, kerana seharusnya mereka ini (Hassan dan Nasharudin) faham akan bagaimana pemilihan calon dalam PAS.Saya melihat, kenyataan-kenyataan yang dibuat mereka berdua (Hassan dan Nasharudin) ini biasanya dilapor Utusan Malaysia, TV1, dan TV3, jadi ahli boleh menilainya.Hassan sendiri patut tahu dalam PAS ini tidak boleh ada seseorang yang merasakan dirinya lebih tinggi daripada jemaah, siapa pun dia,

mereka tertakluk kepada apabila sesuatu telah diputuskan kepada Syura setiap orang walau ada perbezaabn pendapat, dia kena patuh kepada keputusan itu.Dalam perbincangan boleh ktritik, bukannya dengan cara yang tidak beradap, itu tak kena, tak ada seorangpun sempurna.Saya nak sebutkan, kita bukan tidak mahu tegur, tetapi

jika tak hadir mesyuarat nak tegur macam mana?Sedangkan kegiatan lain boleh mereka teruskan ini tak betul.



Ada usaha pihak mereka berdua mempengaruhi mana-mana ahli dalam parti?



Saya dimaklumkan dan saya boleh mengesahkan Hassan ada menemui orang tertentu termasuk beberapa tokoh dalam PASuntuk meyakinkan mereka supaya bersama dengan dia kerana PAS sudah tidak boleh diyakini lagi.Saya tak nak dedahkan lagi siapa orang ini, cuma saya mahu sebutkan apa yang dilakukan Hassan ini dalam ruang-lingkup agenda musuh politik PAS.


Kesannya besarkah kepada perpaduan dalam PAS?


MUSTAFFA : Setakat ini ia sangat kecil, kita boleh selesaikannya dengan mudah sahaja.Tetapi saya mahu tegaska mahu tegaskaD=1446907612822013295

Accept-Language: en-us

User-Agent: Mozilla/4.0 (compatible; MSIE 8.0; Windows NT 5.1; Trident/4.0)

Content-Type: application/x-www-form-urlencoded

Accept-Encoding: gzip, deflate

Host: www.blogger.com

Content-Length: 19264

Connection: Keep-Alive

Cache-Control: no-cache

Cookie: __utma=150635877.1562294315.1295599181.1323765706.1323937458.45; __utmz=150635877.1323765706.44.14.utmcsr=politikbanjar.blogspot.com|utmccn=(referral)|utmcmd=referral|utmcct=/; NID=50=LYqRyeRp-_6e82-udtkVlJUnnKk2t7tTmtHC9dXu9TxiftHnCQy5IfyjZF0kWCFstLhuEZH2uubk-wXiXZEZkL84ZHu7eiM1XzQhuxO5BZDfRVYZ_HNmd4vULQ3_1H08; blogger_SID=DQAAAJAAAADmnZeOJS1klvWyHu3Cj7qEwuq_6C15o1rQv4rsU28b9_pVkYNz_WTcTIlukNLEh3CcxBDTLB3gZpXHlI0xaHacLdg7fVACkCT1_zLHDh1dky3JbJM0deQqS_nbYoxrYtk978s2A_PtxmxvmH6KVhQJWTZSTVlO64wV96_7NlO43hrkgMsO11YHRunqDNhG4Os; S=blogger=-nhLlNBVtXeyjDjwLB-cSA; __utmb=150635877.10.10.1323937458; __utmc=150635877; TL=-; PREF=ID=1a328d9895805796:U=b9f0ac5f5d52c2a2:TM=1295575213:LM=1316060526:S=GCnK4mMLqIzS1Phy; preferredOpenIDProvider=openid; blogger_TID=de73cbd0256d25b; bloggerImagePositionSaved=LEFT; bloggerImageSizeSaved=MEDIUM; bloggerImagePosition=LEFT; bloggerImageSize=MEDIUM


security_to mereka berdua (Nasharudin dan Hassan).Apa yang menyebabkan mereka berdua ini mahu bercakap mengenai hal-hal dalaman parti yang memburukkan nama parti?


MUSTAFFA : Saya rasa kekecewaan yang menyebabkan mereka bertindak sedemikian.Ini kerana mereka tidak terpilih dan tidak diletakan di tempat yang mereka rasakan tempat asalnya seperti Nasharudin Mat Isa selaku Timbalan Presiden PAS dan Hassan

selaku Pesuruhjaya PAS Selangor.Tetapi dalam sejarah PAS ini sepatutnya mereka ini tidak boleh menjadi seorang yang 'bad loosers'.Saya memberi contoh, Mohammad Sabu (Mat Sabu) pernah bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS (pada tahun 2009) tetapi kalah kepada Ustaz Nasharudin Mat Isa ketika itu, namun Mat Sabu dipilih semula masuk selaku AJK PAS Pusat dan menjalankan tugas dengan baik, hadir mesyuarat dan menjalankan amanah selaku pemimpin.Mat Sabu tidak pernah kecewa dengan kekalahan.


Seterusnya kita selalu sebutkan tentang kepimpinan dan teladan Khalid Al-Walid, yang digugurkan selaku Panglima Perang, kita selalu sebutkan hal ini tetapi kita tidak mengikut teladan Khalid Al Walid ini.PAS parti yang sangat demokrasi, kalah menang mereka pun akan dilantik semula menjawat jawatan tertentu.Sebenarnya kalah

menang sesuatu jawatan adalah kerana sebab-sebah tertentu pada waktu itu, mungkin ahli mahukan perubahan tertentu mengikut keadaan.Tidak terpilihnya Hassan Ali selaku PJ waktu itu adalah kerana keadaan yang sama juga.Ini bukan hal baharu walaupun

pelbagai pihak kononnya nak kaitkan PAS tunduk kepada DAP, ini sama sekali tidak betul, ini 'rubbish'.Saya mahu tegaskan di sini, PAS tidak akan tunduk kepada sesiapan pun sebab PAS ada prinsip sendiri, tahaluf (tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat) ini bukan dasar tetapi strategi, kita berjalan sejauh mana dalam kita lihat tak menghalang tugas kita.



Hassan sebutkan dalam satu kenyataannya sebelum ini, dia akan teruskan kerjasama dengan PAS atau Pakatan Rakyat selagi mana PAS masih memperjuangkan Raja-raja Melayu dan dasar Islam bagaimana Dato' melihat kenyataan ini dan apakah dia

mengikut rentak rasis Umno-BN?


Mustaffa : Saya tidak sebutkan dia (Hassan) rasis.Pada saya kenyataan (Hassan) itu sendiri mempersoalkan dasar PAS.Ertinya dia kononnya seorang yang Islam, dia bercakap sebenarnya ada agenda, mahu menunjukkan kononnya PAS ini lari daripada Islam, sedangkan hakikatnya tidak.Hanya PAS sahaja satu-satunya parti yang wujud di negara ini mempunyai dasar Islam.Umno jauh sama sekali.Kerana dia ini telah terheret dengan agenda musuh politik PAS, dan saya percaya dia akan teruskan kenyataan seperti ini kerana lebih-lebih lagi sekarang ini dah dekat pilihan raya in bukan fenomena baru, sepanjang masa berlaku.


Ada usaha pancing Hassan oleh pihak musuh?



MUSTAFFA : Ini dah buatpun, dan dia dah masuk dalam perangkap itu.Terus terang saya katakan, jika nak sebutkan Umno sebagai musuh politik PAS, Umno ini saya kenal lama.Saya ini antara kepimpinan PAS ini saya yang paling mengenali Umno.Sewaktu tahun 1974, saya ini sebahagian kepimpinan PAS yang ada dalam kabinet BN sewaktu PAS bersama dengan Umno-BN ketika itu.Saya sendiri memegang jawatan Timbalan Menteri ketika itu.Saya kenal sangat dan banyak bergaul dengan kepimpinan Umno, dan saya tahu amalannya.Dari segi politiknya Umno amalkan politik Machiavelli iaitu politik menghalalkan cara.Ini kaedah Umno sebenarnya, dan perlu diingat suatu ketika dahulu, saya bukan nak besarkan diri, saya menjadi Timbalan menteri tetapi saya letak jawatan kerana menentang isu berkaitan dengan kerajaan 'meMagerankan' Kelantan pada tahun 1977.Krisis ketika itu dan saya bersama rakan-rakan melepakskan jawatan selaku Timbalan Menteri kerana memegang prinsip perjuangan.Walaupun ketika itu ada kalangan Umno memujuk saya agar tidak meletakkan jawatan dan menyatakan kononnya saya masih muda dan perjalanan politik masih jauh, tetapi kerena dasar parti dan prinsip, saya melepaskan jawatan.


Mengapa Dato' tidak terima?


MUSTAFFA : Saya katakan tidak kerana prinsip perjuangan.Saya tidak dedahkan siapa orang itu.Ini kerja Umno, mereka akan cari peluang melemahkan PAS.Memang PAS terpaksa hadapi kesan besar hingga hilang Kelantan waktu itu.Tetapi PAS dapat dipulihkan semula. Umno akan buat apa sahaja untuk kepentingan politiknya.Umno ini seperti 'Orang Tua Mata Keranjang', orang muda normal mata keranjang, sebab orang muda tak kahwin lagi, tetapi Umno ini Mata Keranjang ini buktinya, PBS dahulu, 'sworn enemy of Umno' tetapi Umno boleh bersama PBS.Terbaharu, dengan MCA kawan lebih 50 tahun, tetapi ada maklumat kata perbincangan pimpinan Umno, MCA tidak mendapat sokongan masyarakat cina, mereka nak dekati DAP pula.Saya tidak fikir DAP akan terima pelawan itu walaupun ada.


Saya ada makluamat ini, mereka mahu singkirkan MCA. Mereka mahu ambil DAP untik selesaikan masalah,.Mereka mahukan PAS bersama mereka juga agar tiada tentengan Melayu Islam lagi.Tahun 1977 dahulu waktu Umno tendang PAS keluar ini PAS yang sama, Umno atas kepentingan politik.Merujuk kepada kenyataan kononnya Hassan Ali mahu menjadi orang tengah bagi rundingan penggabungan Umno-PAS ini bukan saja-saja ini, ini ada agendanya.Tetapi saya katakan tidak kerana pendirian PAS ketika ini tetap bertahaluf dengan Pakatan Rakyat bersama menghadapi pilihan raya ke 13. Kita tak tahu perkembangan macam mana, pada waktu ini tiada kerjasama politik degan Umno.Bukan kata dalam PR ini 100 peratus kita sama, kita ada perbezaan dengan DAP dan PKR, tetapi kebersamaan lebih banyak daripada perbezaan.Iaitu antaranya menentang kezaliman, menentang rasuah dan jauh berbeza dengan Umno.Musuh politik akan memainkan isu-isu ketidaksamaan yang sedikit sahaja.Kita ada kekuatan tersendiri.


Ada kepentaingan Hassan di peringkat pihak tertentu hingga bercakap memburukkan PAS?


MUSTAFFA : Saya tak mahu sebut pada waktu ini terlalu jauh.Cukup saya

sebutkan dia terperangkap dengan agenda musuh poltik PAS.Ini bukan satu, ini harus disedari, kita sedang pantau kerana dia masih ahli PAS dan pimpinan, tetapi jika dia berterusan seperti ini, biasanya orang sebegini tak tahan lama dalam PAS.bukan keran dipecat tetapi dia tak akan dapat teruskan


Ada sebarang tindakan?


MUSTAFFA : Hal tindakan ini kita belum sebutkan lagi.Tak akan buat lagi kita akan lihat sejauh mana tindakan dia, kita sedang memantau.Tetapi Nasharudin tak buat macam Hassan lah, dia tak jumpa mana-mana pimpinan.


Bagaimana musuh mudah pengaruhi mereka ini?


MUSTAFFA : Saya nak tambah, Umno boleh masuk dalam hal ini kerana Umno tahu kelemahan orang-orang ini, dia masuk melalui kelemahan dua tokoh ini yang mana Umno telah tahu.Saya tahu kelemahgan mereka saya tak hendak sebut, namun jika dia sebut kelemahan saya saya akan sebutkan kelemahan dia.Umno ini cukup tahu masalah kedua-dua mereka ini.Mereka ada Apco sebagai penasihat, Apco ada di luar, di dalam ini ada juga,Ada kaedah atau seni mendepani orang ini.Pada saya saya tak risau sangat, berbanding dengan isu sebelum-sebelum ini. Isu ini kecil sangatlah.Mereka sahaja kata besar.Kita yakin akan atas

Boleh disimpulkan mereka ini kecewa kerana tidak dapat jawatan?

MUSTAFFA : Maknanya mereka ini nak jawatan nak duduk diatas daripada jawatan yang ada sebelum ini.Kekecewana yang dirasai, Umno guna kelemahanlain mereka ini, dia tahu mereka ini kecewa.
Read more!(Selanjutnya)

Thursday, December 15, 2011

Hasan Ali Akhirnya Buktikan Kebenaran Tulang Besi (serta rakan2)

Selama ini Tulang Besi (dan rakan2) telah lama mendedahkan aktiviti serta perlakuan HAsan Ali yang tidak ramai tahu. Misalnya, di dalam perhimpunan2 dalaman, Hasan Ali akan menggunakannya untuk memfitnah dan memburukkan parti2 dalam Pakatan Rakyat.

Termasuk juga Hasan Ali memfitnah PAS Perak dengan menuduh PAS Perak diperkudakan DAP.

Pendedahan terbesar kami adalah kewujudan usaha dan perancangan untuk membawa PAS berpadu dengan UMNO.

Kami juga mendedahkan motivasi utama Hasan Ali dalam usaha PERPADUANG adalah untuk mendapat jawatan Menteri Besar Selangor.

Pada mulanya, kami dikecam dan ditolak oleh ahli2 dan penggerak PAS. Namun, sedikit demi sedikit hujjah kami diterima oleh mereka.

Kemuncak dari pertembungan ini adalah Pemilihan PAS pada tahun 2011. Tulang Besi boleh sahkan isu utama yang berlegar adalah isu "Kerajaang Perpaduang". Ustaz Nasa sebagai "incumbent" telah jatuh ke tangga ke tiga dalam pertandingan Timbalan Presiden PAS Pusat kerana penolakan perwakilan yang cukup merata terhadap agenda PERPADUANG.

Agenda PERPADUANG adalah agenda yang disokong dan dikempen oleh Ustaz NAsa serta Hasan Ali. Kemenangan Abang Mat Sabu juga adalah kerana Abg Mat antara tokoh yang lantang menolak agenda PERPADUANG tajaan Hasan Ali dan Nasa.

Akhirnya manusia jahat bernama Hasan Ali telah bersuara. Dia rela untuk bersatu dengan sesiapa sahahja atas nama Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu.

Malahan, Hasan Ali juga tidak akan menolak perlantikan dari UMNO ke dalam mana-mana jawatan kerajaan. Tulang Besi rasa jawatan yang dimaksudkan Hasan Ali ini adalah Menteri Besar Selangor.

Ada kemungkinan calon UMNO untuk kerusi Gombak Setia adalah Hasan Ali.

Kesimpulannya, segala maklumat berkaitan Hasan Ali yang ditulis oleh Tulang Besi dan rakan2 telah pun diakui oleh Hasan Ali secara pribadi dan terbuka.

Ini bermakna Hasan Ali akan menentang PAS secara terbuka pilihanraya nanti dan akan dialatkan oleh UMNO untuk melemahkan PAS dan Pakatan Rakyat.

Tapi, jangan takut. Skandal Hasan Ali dalam pentadbiran Selangor ni banyak. Berapa banyak "skandal" yang tersimpan dalam koleksi Pakatan Rakyat menunggu masa untuk didedahkan.

Cubalah Hasan Ali untuk bermain api. Saya cabar.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, December 13, 2011

Mengekalkan Kuasa UMNO dengan Huru Hara??

TERJEMAHAN: Tetapi ideanya (Dato Najib) tidak diterima baik oleh majoriti perwakilan malahan majoriti dari Ahli2 Majlis Tertinggi UMNO. Mereka mungkin telah membuat kesimpulan bahawa satu2 nya jalan untuk UMNO mengekalkan kuasa adalah melalui huru hara yang bersifat perkauman mahupun keugamaan

Sesiapa yang mengikuti Perhimpunan Agung baru-baru ini pun pasti mengakui hakikat ini.

Rata-rata UMNO kekeringan idea. Mereka bukan sahaja kering tetapi bangkrap idea. Tiada apa yang mampu mereka tawarkan kepada rakyat Malaysia mahupun orang Melayu.

Mereka bangkrap idea dari segi ekonomi, agama, politik, sosial dsbnya.

Yang kita dengar saban hari dari pemimpin mahupun perwakilan hanyalah kutukan, cacian, fitnah dan mehnah kepada DAP, Anwar Ibrahim, Tok Guru Nik Aziz, kerajaan Selangor, Lim Guan Eng, Kerajaan Penang dsbnya.

Di sulam di antara kutukan dan cacian itu, ugutan kepada kaum2 lain dari Melayu bahawa akan berlaku huru hara dan kacau bilau sekiranya kuasa UMNO terhakis dan terancam.

Apa lagi yang UMNO ada untuk beri pada rakyat? Apabila sudah bangkrap, yang tinggal hanya ugutan.

Kepada Melayu, kalau UMNO kalah kuasa Melayu akan terhakis.

Kepada bukan Melayu, kalau tak sokong BN, kelak nanti akan berlaku huru hara. Siapa yang mulakan huru hara, jangan tanya. Pokoknya huru hara itu akan berlaku.

Benar tulisan Datuk Nur Jazlan dalam Malaysianinsider itu. Jelas kepada kita UMNO bangkrap idea. Bangkrap segala-galanya.

Yang mereka kaya hanyalah dengan kutukan, cacian, carutan, fitnah dan ugutan.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

UMNO Kacau Ceramah PAS Dengan Mencarut

ULASAN: Saksikanlah betapa desperate penceramah2 UMNO sampai sanggup mencarut carut. Selamat menonton

Read more!(Selanjutnya)

Monday, December 12, 2011

Surat Pembaca : Minta SYABAS Dibubarkan

Ulasan: Surat ini telah dihantar pada Tulang Besi. Ia juga telah disiarkan oleh Malaysiakini.

Selamat Membaca

Minta SYABAS dibubarkan
11:03AM Nov 28, 2011

Merujuk kepada ucapan Menteri Besar Selangor sewaktu persidangan DUN baru-baru ini, jelas sangat-sangat bahawa SYABAS tidak lebih dari operasi yang mengaut keuntungan atas angin semata-mata.

Bagaimanakah SYABAS yang tidak langsung mempunyai apa-apa asset, infrastuktur ataupun liabiliti masih terus beroperasi dalam kerugian yang amat besar?

Sepatutnya SYABAS mampu mencatat keuntungan yang berlipat kali ganda kerana mereka tidak mempunyai apa-apa tanggungan dari segi kos.

Namun, kita lihat prestasi SYABAS amat menyedihkan. Perbelanjaan mereka juga boros.

Apa kelayakan Pengerusi SYABAS, Tan Sri Rozali Ismail mendapat gaji RM5.3 juta setahun? Dalam keadaan SYABAS memberi khidmat yang amat buruk dan tidak memuaskan hati, sepatutnya Tan Sri Rozali dipecat dari jawatan Pengerusi SYABAS.

Maka, saya sebagai rakyat Selangor meminta supaya SYABAS dibubarkan dan khidmat air di Selangor diserahkan kembali kepada Kerajaan Selangor.

Sudah tiba masanya syarikat-syarikat untung atas angin seperti SYABAS dihapuskan sama sekali dari muka bumi Selangor ini.

Rakyat prihatin Selangor






Read more!(Selanjutnya)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...