Sebenarnya, yang menderita adalah kalangan pemimpin Umno dan segelintir pemimpin MCA/MIC/Gerakan kerana sejak Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan baharu di Selangor pada 9 Mac 2008, kalangan pemimpin Umno terutamanya (baik yang bertaraf MP, Adun, Ketua Bahagian, Ketua Cawangan mahupun barisan pemimpin di peringkat bawahan) semakin sukar untuk “membolot” kekayaan negeri Selangor bagi faedah diri, isteri dan anak-anak, ahli keluarga mahupun rakan-rakan rapat mereka.
Malahan kini, dilaporkan, terdapat kalangan pemimpin Umno yang tidak mampu lagi memberikan angpow kepada para pengikut sempena sambutan adilfitri atau perayaan-perayaan lain di Selangor khususnya.
Sesungguhnya, kita yakin, sebahagian besar rakyat Selangor daripada pelbagai keturunan dan lapisan berasa senang hati hidup dalam pemerintahan kerajaan sekarang –Pakatan Rkayat – yang diterajui PKR, di Selangor. Mereka semakin menikmati pelbagai bantuan hasil pembangunan dan kemajuan negeri Selangor yang disalurkan menerusi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.
Seorang guru berijazah yang tinggal di rumah sendiri di Bestari Jaya bersama keluarga dengan gembiranya mengatakan, sejak tiga tahun lebih ini beliau tidak perlu membayar bil air bernilai RM11.40 setiap bulan kerana semuanya ditanggung oleh Kerajaan Negeri sekarang.
Seorang ketua keluarga di Ijok bersyukur kerana pada tahun 2010 sudah mendapat geran milikan tanah yang disampaikan sendiri oleh Dato’ Menteri Besar, walhal sejak lebih 18 tahun urusan pemberian geran tersebut hanya “tinggal janji” ketika Selangor diterajui oleh Umno/BN.
Seorang ustaz yang juga ahli JK Surau dan masjid di Sungai Leman, melahirkan tanda syukur kerana suaru dan masjid di situ menerima pelbagai bantuan daripada Adun Pakatan Rakyat yang bukan beragama Islam.
Di Pasir Panjang, keluarga kepada seorang warga emas yang meninggal dunia melahirkan rasa syukur dan mengucapkan jutaan terima kasih Kerajaan Pakatan Rakyat kerana mendapat bantuan “khairat kemaian” berjumlah RM1000 pada hari bapanya meninggal, dan baki RM1500 dua minggu kemudian.
Seorang pemaju perumahan, dengan bangga melahirkan rasa puas kerana beliau tidak perlu “menderma” ribuan RM kepada pemimpin Umno untuk mempengaruhi Pejabat Daerah bagi meluluskan permohonan untuk memulakan projek perumahan di Balakong sebagaimana amalan Kerajaan Umno/BN dahulu.
Demikian, antara ribuan “rasa syukur”, “rasa puas” dan “ucapan terima kasih” rakyat kepada Kerajaan Negeri sekarang kerana mereka menerima bantuan dan layanan adil daripada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Sebaliknya, percayalah, sekiranya negeri Selangor kembali dikuasai oleh Umno/BN, semua atau hampir semua bantuan dan program untuk rakyat menerusi agenda MES itu bakal lenyap daripada didiperoleh dan dinikmati oleh sebilangan besar rakyat Selangor. Dan pada masa sama, perlahan-lahan golongan pemimpin Umno/BN, termasuk keluarga dan rakan-rakan rapat mereka bakal kembali membolot hasil daripada limpahan kemajuan dan pembangunan negeri Selangor ini yang sedang ditadbir urus oleh kerajaan Pakatan Rakyat dengan telus, bertanggungjawab, adil, berhemah dan mesra rakyat.
Kita harap, rakyat Selangor, berfikirlah dan bertindaklah dengan bijak semasa pilihan raya ke-13 yang bakal dihadapi tidak beberapa lama lagi. Barisan kepemimpinan Pakatan Rakyat Selangor pula memang komited meneruskan segala usaha gigih untuk menyejahterakan rakyat Selangor dengan melaksanakan pelbagai program, skim dan insentif yang dirancang menerusi MES dan slogan Selangorku, dan pada masa sama memperbaik segala kelemahan dan kekurangan yang demi kepuasan hati majoriti rakyat.
Akhir kata, kepada rakyat Selangor (sama ada ahli atau penyokong Umno?BN, mahupun ahli-ahli/kalangan penyokong PKR, PAS, DAP, marilah renungkan persoalan ini:
- rakyat Selangor pada ini “terus termakan bujukan dan habuan” jangka pendek daripada PM dan kalangan pimpinan Umno/BN, yang sebenarnya mahu rakyat membantu mereka merampas Selangor pada PRU Ke-13?
- rakyat Selangor membiarkan kalangan pemimpin Umno/BN yang rakus ini kembali berkuasa dan membolot semula harta dan kekayaan negeri ini yang berjaya dikumpul oleh Kerajaan Pakatan Rakyat, yang bernilai ratusan bilion ringgit untuk agihkan kepada seluruh rakyat, sedangkan nanti rakyat terbanyak kembali dipinggirkan apabila Umno/BN memerintah negeri Selangor jika menang manoriti pada PRU Ke-13?
- rakyat Selangor bersubahat dengan pemimpin yang rasuah dan yang mengamalkan pemerintahan untuk kepentingan diri, keluarga (nepotisme) dan rakan rapat (nepotisme)? Bagi orang Islam khususnya, adakah anda sanggup bersubahat dengan pemimpin yang mengamalkan rasuah dan zalim?
Sekali lagi, wahai rakyat Selangor, fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah, antara ‘amat dan janji Najib’ dengan pelbagai program kebajikan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang sedang dikebaci oleh rakyat di Selangor sekarang, dan insya-Allah bantuan berganda bakal diterima selepas PRU Ke-13 nanti.
Jangan “untung segenggam rugi seguni selepas PRU Ke-13…” akibat terpesona dengan kata-kata Datuk Seri Mohd Najib yang dikenal sebagai pemimpin yang ‘bukan lelaki sejati’!
Tulang Besi
LAMPIRAN 1: Amanat Najib kpd Selangor
January 13, 2012
Seramai 1,300 orang termasuk 894 ketua pusat daerah mengundi hadir dalam perjumpaan tertutup itu di Dewan Sri Bestari, Intekma Resort, Seksyen 6, Shah Alam.
SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan pertemuan lebih dua jam dengan pemimpin akar umbi Barisan Nasional (BN) Selangor sebagai persiapan menjelang pilihan raya umum akan datang.
Seramai 1,300 orang termasuk 894 ketua pusat daerah mengundi hadir dalam perjumpaan tertutup itu di Dewan Sri Bestari, Intekma Resort, Seksyen 6, di sini.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut memberikan amanat kepada jentera pilihan raya BN pada perhimpunan itu yang bermula pada 8.30 pagi.
Najib, yang juga Pengerusi BN Selangor dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, tiba pada 10.20 pagi dan disambut oleh pemimpin-pemimpin BN negeri dan pusat sebelum menyampaikan amanatnya.
Turut hadir Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar, Presiden MIC Datuk G Palanivel, Pengerusi MCA Selangor Datuk Donald Lim Siang Chai dan Presiden PPP Datuk M. Kayveas.
Selepas majlis itu, Perdana Menteri menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.
Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, yang ditemui pemberita selepas majlis itu, berkata Perdana Menteri mengingatkan mereka yang hadir bahawa jentera yang berdisiplin dan berkesan di peringkat akar umbi adalah penting untuk merealisasikan segala rancangan dan strategi untuk menawan kembali Selangor daripada pembangkang.
Beliau berkata Najib mahu agar jentera BN mengekalkan semangat dan keinginan yang kukuh untuk menang di Selangor setelah mereka mengalami pengalaman pahit duduk di bawah pemerintahan kerajaan negeri sekarang.
“Amanat Perdana Menteri itu meningkatkan iltizam mereka untuk mengukuhkan susunan jentera parti,” kata Mohd Zin.
- Bernama
LAMPIRAN 2: Janji Najib di Selangor
SHAH ALAM – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan seluruh rakyat Selangor bahawa masalah yang dihadapi mereka ketika ini tidak akan selesai sekiranya kerajaan negeri terus ditadbir pakatan pembangkang.
Perdana Menteri berkata, banyak masalah yang timbul tidak dapat diselesaikan oleh Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, malah masih banyak janji pilihan raya umum lalu gagal ditunaikan meskipun pembangkang sudah berkuasa di negeri ini hampir empat tahun.
“Kita dapati pemerintahan kerajaan negeri mencecah empat tahun sejak pilihan raya 2008, tetapi amat jelas dalam banyak hal, ada perasaan kecewa di kalangan rakyat negeri ini kerana janji-janji kerajaan negeri tidak ditunaikan seperti mana yang dialami penduduk di Pangsapuri Rimba Jaya pada hari ini.
“Begitu juga dengan golongan peniaga seperti di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang mengadu hal mengenai kerajaan negeri yang sebelum ini menabur janji lunak dan manis.
“Apabila sudah berkuasa para pekedai di kompleks berkenaan dikenakan kenaikan sewa bukan 10 peratus, bukan 20 peratus tetapi 100 peratus. Saya kata keputusan itu amat keterlaluan dan tidak adil kepada peniaga. Kalau jualan naik tidak apalah tetapi ada jualan tidak naik (sebaliknya) menurun pun ada tetapi mereka dikejutkan dengan kenaikan sewa 100 peratus ini,” katanya berucap pada ‘Program Sepetang Bersama PM’ yang dihadiri lebih 2,000 penduduk Pangsapuri Rimba Jaya di sini hari ini.
Hadir sama Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed; Penyelaras BN Parlimen Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi Md. Zin dan Penyelaras BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga, Zulkurnain Md. Roslan serta pemimpin-pemimpin parti komponen.
Kehadiran Perdana Menteri turut menarik perhatian anggota parti pembangkang apabila sekumpulan penyokong Pas dilihat turut hadir mendengar ucapan Najib.
Najib memberi jaminan bahawa BN akan menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi rakyat di negeri ini jika diberi kepercayaan untuk mentadbir Selangor.
“Maka, adalah lebih baik kita ambil alih kerajaan negeri, kita selesaikan masalah rakyat yang kerajaan negeri tidak selesaikan seperti masalah bekalan air, sampah sarap termasuk masalah rakyat di Pangsapuri Rimba Jaya ini,” tegasnya.
Read more!(Selanjutnya)