Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, January 17, 2012

Beberapa Perkara Pelik Berkaitan Pemecatan Hasan Ali

Ada beberapa perkara yang pelik dan luar biasa yang telah berlaku sewaktu dan selepas pemecatan Hasang Ali:

1.0 Apa urusan Ustaz Nasaruddin berada di rumah Hasan Ali? Ini kerana Hasan Ali baru sahaja dipecat oleh AJK PAS Pusat. Beliau adalah umpama seorang banduan dan pesalah yang baru sahaja menerima hukuman. Apakah logik Perdana Menteri Malaysia berada di sisi Mona Fendey sejurus selepas Mona Fendey dijatuhkan hukuman mati? Begitulah peliknya keberadaan Ustaz Nasa di rumah Hasan Ali sejurus selepas Hasan Ali dipecat dari menjadi ahli PAS

2.0 Adanya Ustaz Azhar Yaakub di rumah Hasan Ali. Bukan setakat itu, Ustaz Azhar Yaakub juga dijadualkan berceramah bersama Hasan Ali di dalam "Road Show" Hasan Ali. Antaranya, yg dijadualkan pada hari 17 January 2012 di Dewan Orang Ramai Meru.

UStaz Azhar Yaacob yang sama ini juga adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS 1 bagi negeri Wilayah Persekutuan. Pada waktu yang sama, Dr Azhar Yaacob yang sama sebelum ini meminta supaya nama beliau dirahsiakan sebagai pemegang jawatan dalam PAS kerana beliau adalah pensyarah UTM.

3.0 Media UMNO memberi SEPENUH lipuitian dan waktu prima kepada Hasan Ali. MEdia UMNO yang sama ini jugalah yang telah memfitnah mangsa2 di Memali dengan panggilan2 seeprti komunis, pengganas dsbnya.

4.0 Hasan Ali diberi sepenuh masa untuk mempertahankan diri beliau dan menjelaskan diri beliau. Namun, setiap jemputan dan panggilan kepada beliau untuk menghadiri mana-mana mesyuarat ditolak mentah-mentah oleh beliau

5.0 Hasan Ali menyatakan terdapat parasit-parasit di dalam PAS yang sedang menghancurkan PAS. Namun, sehingga hari ini beliau tidak dapat menamakan siapakah parasit2 tersebut.

6.0 Dalam ucapan beliau di rumah beliau malam beliau dipecat , beliau menyatakan yang beliau mendapat didikan dari arwah Ustaz Fadzil Nor. Pada waktu yang sama, Arwah Ustaz Fadzil Nor yang sama pernah menyatakan sekiranya Barisan Alternatif menang, maka Perdana Menteri adalah Anwar Ibrahim. Kita persoalkan apakah benar Hasan Ali dididik oleh Ustaz Fadzil Nor?

7.0 Pemecatan Hasan Ali adalah dengan sebulat suara. Tiada suara di dalam PAS Pusat yang membantah kerana cadangan tersebut datang dari Mursyidul Am serta Presiden PAS sendiri. Adakah ini pun Hasan Ali mahu membantah?

8.0 Hasan Ali kata dia mahu memperjuangkan akidah Islam. Hanya 2-3 bulan lepas, Dato Najib Tun Razak secara terbuka menolak perlaksanaan hukum Hudud di Kelantan. Pada waktu yang sama, DAP menghormati Enakmen Syariah Kelantan yang mengandungi undang2 hudud tersebut. Soalnya sekarang, adakah HAsan Ali boleh berkompromi dgn penolakan hukum hudud oleh UMNO yang terang jelas bersalahan dengan akidah Islamiyyah?
Cukuplah 8 fakta yang pelik yang perlu kita semua fikirkan.

Tulang Besi
.

2 comments:

Anonymous said...

1.Hairan tak!yang bersih dan pejuang islam macam nasharudin dan azhar!sokong hassan ali!
2.Yang paria pas macam khalid samad dan tulang besi!sokong peliwat macam anuar ibrahim!
3.pas akan senasib dengan PKR!golongan educated melayu telah lama tingal kan pkr kerana depa tau,anuar memang seorang peliwat a.k.a gays!
4.Pru 13 nanti!orang melayu akan mengajar parti yang dok jadi talibarut komunis dap!

Anonymous said...

Salaam.
Segala pujian hanya untuk Allah swt dan selawat & salam sentiasa ke atas junjungan Besar Rasullullah saw.

Sdr Anon 6:41 yang dihormati,
Jika sdr adalah seorang hamba Allah, saya sarankan agar banyak beristifar. Saudara sesama islam dilarang sama sekali untuk memfitnah, mengeluarkan kata kata kesat dan berburuk sangka.
Kita akan pasti mati bila bila masa dan bertemu dengan Allah swt. Adakah kita sudah bersiap sedia untuk dibicarakan di depan Rabbul Jalil. Janganlah emosional sangat tentang hal ehwal dunia terutamanya bab politik. Allah sentiasa melihat setiap pertuturan, pergerakan dan perbuatan kita. Harap jangan kita rugi di akhirat kelak. Wasalam.

Besi Berani

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.