Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, January 12, 2012

BRITISH yg Tubuhkan FELDA, bukan UMNO Mahupun Tun Razak

ULASAN: Terima kasih sdr Tarmizi Mat Jam di atas artikel yg sungguh baik. Perangai UMNO amat suka mendabik dada atas perkara yang mereka tidak lakukan. Semoga artikel ini dapat mencerahkan sejarah Malaysia.
Menurut pakar perlembagaan, Dr Samarudin Md Rejab, Felda diwujudkan oleh penjajah Inggeris sebagai satu strategi untuk mengekang pengaruh fahaman komunis dikalangan masyarakat Melayu sebagaimana skim kampung baru (new village) dilaksanakan bagi mengawal ketat anasir komunis daripada menyusup masuk ke dalam masyarakat Cina, lapor Dzulkarnain Taib dari Suara Keadil

"Dasar awal berkaitan dengan idea perlaksanaan skim penempatan lebih menjurus kepada isu pemberontakan dan pengawalan. Ia digunakan sebagai satu instrumen melawan pemberontakan melalui kewujudan kampung baru dan lain-lain tanah rancangan yang sama. skim tanah rancangan tidak ada bezanya dengan kerangka asas ini, malah ia menjadi idea untuk meluaskan penempatan di kawasan hutan yang belum diterokai atas tema pembangunan ekonomi dan tanah.


"Sejak mula dasar ini diterimapakai, sebahagian besar daripada peranan membangunkan tanah dan penempatan semula populasi dimonopoli oleh FLDA," kata Dr Samarudin. Perkara ini didedahkan dalam artikel penyelidikan beliau bertajuk "Evolution Of Policies Affecting Land Settlement Schemes In Malaysia" yang disiarkan dalam jurnal Akademika, Bil. 12 keluaran Januari 1978


Artikel tersebut menjadi sebahagian daripada tesis sarjana beliau ketika Dr Samarudin bertugas sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia. Artikel itu menyebut susulan daripada laporan "International Bank for Reconstruction and Development Mission" pada 1954, kerajaan kolonial Inggeris telah menggubal Rancangan Malaya Pertama (RMP) (1956-1960) yang telah dilaksanakan selepas negara mencapai kemerdekaan pada 1957. Didalam RMP telah dinyatakan cadangan berhubung mewujudkan skim tanah rancangan.


"Satu altenatif yang kita fikirkan ialah mengadaptasi skim penanaman kapas Gezira di Sudan...sebuah skim dirancangkan seperti ini menjamin kelebihan pengurusan penanaman secara efisien dan pemasaran secara besar-besaran dan pada masa yang sama mengelakkan terjerumus dalam kelemahan sistem perladangan. Adalah jelas modifikasi terhadap skim penanaman kapas di Sudan adalah perlu untuk disesuaikan dengan penanaman padi dan lain-lain skim di Malaya. 'Mission' bagaimanapun yakin bahawa skim rancangan seperti ini wajar untuk dipertimbangkan," menurut laporan bank tersebut.


Selepas beberapa siri perbincangan mendalam, Ordinan Persekutuan (Federal Ordinance) telah digubal pada julai 1956 untuk menggerak skim tanah rancangan sebagai satu dasar kerajaan. Satu jawatankuasa (Working Party) telah ditubuhkan untuk mengalas tanggungjawab ini dengan mengambil kira antara lain keperluan bantuan daripada kerajaan bagi membangunkan tanah rancangan di negeri-negeri serta mengkaji aspek kewangan dan pentadbiran orginasasi yang paling sesuai untuk melaksanakannya.


"Kajian jawatankuasa tersebut mendapati keperluan yang mendesak dan oleh itu ia mencadangkan penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FLDA) sebagai sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk membuka tanah rancangan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956.


"Objektif utama FLDA ialah memudahkan pembangunan dan rancangan kawasan baru, menyediakan pengurusan dan pemantauan komuniti baru di tanah rancangan, menyediakan kemudahan asas dan memastikan pembangunan lestari tanah rancangan," kata Dr Samarudin dalam artikelnya.


Hasilnya, projek tanah rancangan Lembah Bilut di Pahang menjadi realiti pada 1958. RMP mensasarkan sebanyak 36 tanah rancangan yang meliputi kawasan penanaman getah seluas 150,000 ekar dengan 14,000 keluarga namun FLDA hanya mampu melaksanakan 25 tanah rancangan yang menempatkan 1,694 keluarga di atas tanah seluas 19,600 ekar.


Ketika dihubungi Dr Samarudin berkata berdasarkan kajian beliau 32 tahun dahulu, Najib mahupun Umno tidak lagi boleh membuat klaim bahawa Felda diasaskan oleh ayahnya atau pun Umno sebagai pencipta idea penubuhan agensi itu.


"Kita mesti ingat ketika idea Felda dicetuskan negara masih di bawah penjajahan Inggeris. Tun Razak ketika itu pun bukan Menteri yang menjaga hal ehwal Felda," jelas Dr Samarudin. Abdul Razak bertanding dalam pilihan raya pertama negara pada 1955 dan kemudian dilantik sebagai Menteri Pelajaran.


Selepas pilihan raya 1959 barulah beliau dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar, tiga tahun setelah idea penubuhan Felda diilhamkan oleh Rancangan Malaya Pertama dan hampir dua tahun setelah perlaksanaan Skim Tanah Rancangan Lembah Bilut.


Bagaimana pun beliau memainkan peranan penting dalam mengembangkan skim rancangan Felda keseluruh negara sehingga beliau meninggal dunia pada 14 Januari 1976 pada usia 53 tahun. Felda mengalami penurunan rizab tunai sebanyak RM2.37 semenjak agensi itu diletakkan di bawah pengawasan Najib dari tahun 2004 hingga 2009.

9 comments:

Dahan Jati said...

Janganlah mempunyai sifat dengki walaupun FELDA dimajukannoleh siapa jugapun. Apa yang penting felda dapat memberi peluang kepada rakyat tidak bertanah mempunyai tanah. Ini yang penting kepada rakyat, bukannya berpolitik yang riuh sekampung menjaja isu, tanpa memberi kebaikan kepada rakyat.

Anonymous said...

saya setuju dengan pandangan dahan jati..kita lihat sekarang keutuhan FELDA dibawa oleh siapa..perkara yang paling penting kerajaan sekarang banyak memberi bantuan kepada peneroka FELDA..kerajaan PR ada buat ke??

Anonymous said...

Setuju dgn dahan. Lagipun penyelidikan yg dilakukan oleh penilis jelas memberat kpd pembangkang. Oleh itu sudahxtentu penulisannya akan selalu terarah ke pembangkang. Kita kena kaji orientasi penulis sebelum mebuat apa2 andaian. Kalau penulis berfahaman kiri, sudah tentu tulisan dan kajiannya menjurus ke arah pro-kiri.

Sama seperti cerita alexender the great. Oleh krn penulisnya berfahaman agama pluralisme, pagan, maka sudah tentu pelbagai fitnah dilemparkan kpd alenxender the great. Seperti yg dilakukan oleh org2 yunani kunu terhadap socrates, dll.


By puteratahan

Jazlin said...

sesiapa pun boleh ada idea. tapi siapa yang menjalankan idea tu sepatutnya dilihat. saya boleh duduk di rumah dah berfikirkan pelbagai idea untuk menaiktaraf hidup rakyat. panggil penduduk kampung buat mensyuarat untuk memberi idea..kemudian duduk balik dirumah tanpa membuat apa2. kemudian datang orang lain yang datang dan menjalankan idea tersebut. org itu masih patut diberi pujian kerana die yang mengeluarkan kerahan tenaga untuk memastikan idea yang baik dijalankan dengan baik. Kalau kita hanya nak tengok pada IDEA sahaja, then buang semua kerani, executives, dan letak CEO dan Pengarah sahaja di setiap kerajaan dan syarikat. tak perlu implement kerana IDEA tu sebenarnye yang menjadi penentu kejayaan dan bukan implementation.

pemikiran macam tu dah terlalu lapuk. that kind of thinking doesn't exist anymore.

Oleen said...

sesiapa pun boleh ada idea. tapi siapa yang menjalankan idea tu sepatutnya dilihat. saya boleh duduk di rumah dah berfikirkan pelbagai idea untuk menaiktaraf hidup rakyat. panggil penduduk kampung buat mensyuarat untuk memberi idea..kemudian duduk balik dirumah tanpa membuat apa2. kemudian datang orang lain yang datang dan menjalankan idea tersebut. org itu masih patut diberi pujian kerana die yang mengeluarkan kerahan tenaga untuk memastikan idea yang baik dijalankan dengan baik. Kalau kita hanya nak tengok pada IDEA sahaja, then buang semua kerani, executives, dan letak CEO dan Pengarah sahaja di setiap kerajaan dan syarikat. tak perlu implement kerana IDEA tu sebenarnye yang menjadi penentu kejayaan dan bukan implementation.

pemikiran macam tu dah terlalu lapuk. that kind of thinking doesn't exist anymore.

Anonymous said...

Kalau kita punya idea tapi tidak mempunyai kepakaran dlm merealisasikan idea tersebut, x guna juga.. Pengurusan FELDA antara yg terbaik setakat ini.. Kami yg diluar FELDA merasa bangga melihat anak2 generasi FELDA menuai hasil tatkala ini.. Kesusahan lampau terbalas jua akhirnya.. SYABAS utk FELDA dan kerajaan kerana memacu golongan yang dulunya berpendapatan rendah menaikkan taraf hidup.. Tidak seperti projek LADANG RAKYAT DI KELANTAN & FRUIT VALLEY DI SELANGOR.. Melayang dan melaut..!!! Tanahnya secara misteri hilang ke tangan2 manusia yg tidak diketahui.. Marilah kita sama2 mendoakan kesejahteraan hidup generasi FELDA.. Mereka nak merasa hidup senang.. Dah lama mereka susah.. Jgn dipolitikkan.. Tak kira lah idea siapa yang penting, tadbir urus yg terbaik bg menjamin kehidupan yang 100% adalah bumiputera & melayu..

Anonymous said...

buatlah, apa perlu bohong rakyat. ckp lah terus terang idea felda dari org lain tapi tun razak yang usahakan, mengapa perlu ckp bohong?

dahan jati, bagaimanakah cara pembangkang nak usahakan kebaikan untuk rakyat tanpa kuasa mutlak, yakni kuasa persekutuan @ Putrajaya?

jgn ckp spt org tiada pertimbangan. fikirlah sikit sebelum lontar apa-apa komen

Anti Peliwat dan Penjilat Peliwat said...

Haha..aku kelakar betul tengok gelagat org2 PAS/PR nie..dulu sibuk fitnah FGVH, bile dah mula nampak untung dan penipuan korang selama nie tak jadi..korang buat pulak artikel bangang nak mampus nie. Aku takyah jawab sebab tuan punya blog dah menunjukkan kebodohan pada tajuk artikel ini lagi!

Cuba tengok balik tajuknya, tuan blog sendiri admit British wujudkan RMP untuk kekang komunis...sedangkan TUJUAN FELDA DITUBUHKAN bukan untuk kekang Komunis cam Kampung Baru Cina! Lagipun ape kejadah nak kekang Komunis dikalangan org Melayu sebab majoriti org Melayu TOLAK Komunis!

Tapi aku lupa la pulak skrg nie dah ade Melayu Komunis Moden macam Tuan Blog nie..jadik pencacai DAP!

halim yusop said...

Apapun fgv saham dah teruk sangat2 skang ni. Kita berbalah penyamun kenyang kat atas...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.