Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, January 25, 2012

Hasan Ali Adalah Juara Wala' Sebelum Ditendang Dari PAS

Pergi tanya sesiapa sahaja yang terlibat dalam PAS Selangor di peringkat Kawasan dan Cawangan. Selepas 2008, Dato HAsan Ali bertukar menjadi pengempen wala' (ketaatan) kepada pimpinan PAS Pusat paling aktif.

Di dalam mana-mana perhimpunan dalaman PAS, mentera Wala' ini tidak putus diungkapkan. Setiap ahli dan pendokong PAS disuruh mentaati kepimpinan PAS oleh Dato Hasan Ali.

TUjuannya adalah sekiranya kepimpinan PAS membuat keputusan untuk menjalin hubungan kerjasama dengan UMNO, maka penentangan dari akar umbi PAS tidak akan teruk.

Maka, Hasan Ali ke sana ke mari menyuruh ahli dan pendokong untuk wala'. Namun, harapan Hasan Ali tinggal harapan.

Ke tidak sediaan Tok Guru Nik Aziz menyokong gagasan PERPADUANG tajaan FRAKSI UMNO dalam PAS menyebabkan idea PERPADUANG ditolak dan tidak disukai oleh akar umbi PAS.

Malahan, keputusan Pemilihan PAS 2011 menunjukkan perwakilan2 PAS MENOLAK dengan jelasnya sesiapa sahaja yang terlibat dengan usaha "Perpaduang" ini.

Isu PERPADUANG menjadi isu paling hangat dikalangan para perwakilan PAS pada tahun 2011 yang telah melonjakkan Abang Mat menjadi Timbalan Presiden PAS.

Kesan lain adalah Hasan Ali terpelanting dari kedudukannya sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor.

Malang seribu kali malang, apabila Hasan Ali telah tidak memegang jawatan lagi, tiba-tiba wala' yang beliau kempen kan selama ini sudah tidak bermakna lagi.

Segala yang Hasan Ali suruh orang PAS buat, dia sendiri langgar dan dia sendiri buang.

Kerana apa? kerana tiba-tiba keluar maklumat cawangan2 PAS di DUN beliau sendiri menolak beliau sebagai wakil rakyat.

Dengan kata lain, Hasan Ali mengamuk sakan kerana dia tidak mahu orang tahu yang dia ditolak oleh akar umbi di DUN beliau sendiri.

Lagi pula, sebagai seorang yang kuat berkempen menyuruh orang taat kepada kepimpinan, sepatutnya HAsan Ali mengikut apa yang beliau kata.

Tindakan Hasan Ali mengutuk dan menista keputusan PAS Pusat menandakan Hasan Ali hanya mengungkapkan kata-kata wala demi kepentingan pribadi beliau serta kehendak beliau yang mahukan PAS bergabung dengan UMNO.

Ini kerana pengabunggan PAS-UMNO dijanjikan jawatan Menteri Besar Selangor kepada Hasan Ali.

Syukurlah Allah SWT telah melindungi PAS dari manusia lidah bercabang seperti Hasan Ali ini.

Tulang Besi

7 comments:

Anonymous said...

Wala selagi pas berpegang dgn perjuangan asal dan tidak mengikut telunjuk pkr. Nak tau agenda perpaduang diterima atau tidak kita tunggu pru13 nanti. Dgn isu isu yang ada serta agenda puak pakatan yg tidak mesra melayu, pas yang terjangkit dgn. Parasit pkr akan ditolak orang melayu.

Padi Mas said...

Betul kata TB.

Saya harap kalau masih ada orang PAS yg menyokong Hassan Ali, sedar lah bahawa dia sekarang adalah musuh PAS. Dia adalah musuh PR. Misi nya sekarang ialah untuk menggagalkan PR di PRU13.

Dia nak jadi MB dgn pertolongan UMNO. Maka Ahmad Maslan kata beri dia ruang sepenuhnya. Sebab DHA akan hentam PAS dan menguntungkan UMNO.

HASSAN ALI MUSUH PAS!!!

Anonymous said...

ya setuju pd ketika ini, hassan ali adalah musuh pas no 1 sperti mana musuh tradisi no 1 (ameno).

kita tengok ada ka org pas yg sanggup mengaku terang2 yg dia geng hasan ali. dan kita tengok road show hasan ali, kalau tak silap sabtu ni di penang the first one.

otakBesi said...

sepatutnya! kes Hasan Alee dan Nasaruddin Mat Isa menjadi suatu pengajaran berguna kepada Dewan Ulamak PAS Pusat. Namun kelemahan ketuanya Harun Taib serta AJK yang terkenal dengan kaki retorik dan tunggul kayu telah menghilang fungsi dewan ulamak.
Hakikatnya, dewan ulamak dilihat oleh ahli PAS sebagai suatu sayap parti yang sudah tidak lagi relevan kepada dasar dan gerak kerja PAS. Bahkan menjadi suatu yang turut serta dalam pertikaian politik pacat gemuk mencari makan dalam PAS.
Ajaib dan pelik apabila dewan ulamak PAS merasakan hantu "parasit" yang dihidupkan dan direka ceritanya oleh geng Ah San Lee sebagai "kambing hitam" telah ditelan dan dipopularkan oleh puak-puak berselindung dengan kopiah buruk buatan China dalam dewan ulamak PAS.
amat malang! Sepatutnya, semua ahli PAS menghormati AJK dewan ulamak dengan kesungguhan dan gerak kerja untuk mendidik dan mentarbiyah ahli PAS, dimana PAS bukan sahaja menjadi payong tempat berlindung ahli dan penyokongnya, bahkan menjadi khemah tempat bertumpang teduh kepada mereka yang galak hendak menubuhkan gerakan Islam.
Namun menjadi sebaliknya pula, apabila dewan ulamak kelihatan menjadi buluh minyak yang dibakar, berbunyi kuat sambil marak membakar diri. Bahkan menjadi seperti "pemungut zabalah diwaktu pagi" yang ke hulu ke hilir menjaja jin "parasit" cuba buat kacau dalam PAS. Namun jin "parasit" tidak mahu didedahkan dihadapan AJK PAS Pusat untuk dihalau keluar dari PAS. Bahkan yang kedengaran "hanya paku yang ditabur ditengah jalan" sebagai ugutan dan menanam perasaan takut kepada ahli yang buat-buat bodoh. Sekali lagi geng hantu dan bangsa pontianak yang bernama JIM, Alami, IRC menjadi kambing hitam.
Sebagai ahli PAS yang ingin hidup dialam nyata bukan dibawah bayangan, dedahkan siapa sebenarnya "parasit" dalam PAS. Kami menyokong kamu bukan sebagai "tin susu kosong yang dipijak keretapi", bahkan sebagai "ultraman yang menyelamatkan manusia daripada raksasa".

Anonymous said...

En TB,

Janganlah merendahkan mertabat DHA. Beliau telah banyak berjasa pada Islam. Kedudukan PAS dalam PR bukan sebagai tuan tapi sebagai pengikut. Orang-orang kafir DAP & liberal PKR bukanlah tempat kita letakkan wala'. Mereka tidak akan senang selagi kita tidak megikut nafsu mereka. Jangan gadaikan persaudaraan Islam untuk mempertahankan mush Islam. Semoga Allah memberi kita petunjuk.

Anonymous said...

Org memberikan pandangan,dikatakan ejen Umno..org yg trlibat secara lnsg dlm jwtnkuasa PAS dan mengetahui perkara sbnr yg terjadi dilabel sbg Umno..very typical Malay..kalian mgkn diantara penyokong tegar PR,tp adakah kalian ada membuat "survey" tntg kesan pemecatan DHA terhadap penyokong ats pagar..tindakan begitu tidak adil dan tidak mencerminkan keIslaman yg selama ini asas perjuangan PAS

Anonymous said...

HA saudagar penjaja "agama" demi kepentingan peribadi. Tak dilantik jadi MB Selangor..lalu melenting dan maki hamun Anwar wal hal PAS Selangor menang berapa kerusi jer. Pakai akal lah Hassan oii !

Hanya kerana nyamuk seekur..satu kelambu habis dibakar..nampak benar bengapnya dan bahlolnya si HA ini. Apa nak buat..kepentingan peribadinya mengatasi segalanya. Beliau hanya akan meninggal sejarah "negatif" dalam politik tanahair. Generasi kemudian akan mengenalinya sebagai petualang perjualangan Islam esok nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.