Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, January 10, 2012

Hasan Ali Masuk PAS Kerana Anwar Ibrahim

Adapun di rumah HAsan Ali malam lepas, Hasan Ali membuat kenyataan keras. Yakni Hasan Ali dipecat dari PAS kerana Anwar Ibrahim.

Namun, sudah lupakah HAsan Ali bahawa beliau menyertai PAS kerana Anwar Ibrahim juga?

Bukankah HAsan Ali menyertai PAS selepas Anwar Ibrahim dipecat dan diaibkan oleh Dr Mahathir serta UMNO?

Dengan kata lain, Dr Hasan Ali menyertai PAS kerana Anwar Ibrahim.

Mengapa sekarang mahu menyalahkan Anwar Ibrahim apabila dipecat dari PAS?

Tulang Besi

7 comments:

Anonymous said...

Sesunguhnya Allah mendengar lagi mengetahui .
Whiling satu yang datang serbu . Allah senentiasa menerima org2 yang bertaubat

Atas Pagar said...

Sebab masa tu dia tak tau siapa lagi Anwar Ibrahim. Dari Chandar Muzzafa, Ezam dan banyak lagi penyokong beliau, sesetengah tu boleh dikatakan hardcore, semuanya tinggalkan beliau. Mesti ada sebabnya. Kalau seorang dua tu lain cerita. Tapi dalam rekod, lebih kurang 50 orang pengikut setia beliau.

Bukan semua orang buta mata dan hati sampai kebejatan yang dilakukan secara terbuka dan berulang-ulang pun masih tak nampak.

Tamar Jeles said...

saya selalu tegaskan, hasan ali takkan menang 2 kerusi pada pru 1999 kalau bukan sebab anwar..belum tentu hasan ali menang di gombak setia kalau anwar tak deras berkempen di gombak setia pada pru 2008

pada pru 2008, anwar memberi tumpuan yg lebih kepada gombak, ampang & wangsa maju, sebab kt situ ada azmin & ketua wanita pkr..hasan ali pun ikut tumpang nikmat sebab azmin bertanding di parlimen gombak

cuba tanya hasan ali, masa pru 2008, selaku pesuruhjaya pas negeri, berapa dun/parlimen yg dia jelajah utk kempen seluruh selangor? setahu saya, dia hanya berkampung di gombak setia saja

Tamar Jeles said...

saya selalu tegaskan, hasan ali takkan menang 2 kerusi pada pru 1999 kalau bukan sebab anwar..belum tentu hasan ali menang di gombak setia kalau anwar tak deras berkempen di gombak setia pada pru 2008

pada pru 2008, anwar memberi tumpuan yg lebih kepada gombak, ampang & wangsa maju, sebab kt situ ada azmin & ketua wanita pkr..hasan ali pun ikut tumpang nikmat sebab azmin bertanding di parlimen gombak

cuba tanya hasan ali, masa pru 2008, selaku pesuruhjaya pas negeri, berapa dun/parlimen yg dia jelajah utk kempen seluruh selangor? setahu saya, dia hanya berkampung di gombak setia saja

Ada otak said...

Memang sgt bagus malaon duri dlm.daging ni dipecat. Ibarat gunting dlm lipatan dan ibarat memikul biawak hidup. Sepatutnya dah lama dia dipecat bukan baru baru ni shj. Ada konon org Islam murtad sebab dengar bible guna kuasa solar??? memang binatang la hasan ali nih.

Anonymous said...

Sebelumnya saya memang antara peminat Hassan Ali khususnya semasa beliau giat aktif di Forum Perdana Islam.

Malah pada tahun 1987/1988 sewaktu saya di Selangor, saya pernah ikuti ceramah PAS oleh Hassan Ali ni yang mendakwa Anwar perlu dibela kerana kezaliman yang dilakukan UMNO BN terhadapnya. Ketika ini ditiap ceramah dia sering menjual nama Anwar yang dizalimi ini.

Tapi tiba2 Hassan Ali berubah 360 degree dan menyerang PAS dan Anwar Ibrahim. Kalaulah PR ditakdirkan berkuasa sekarang di Malaysia, saya yakin Hassan Ali tak akan ambil sikap yang kita lihat sekarang. Dari ucapan beliau dikaca tv menyerang PAS dan Anwar Ibrahim, dari kata2 yang keluar dari bibir beliau serta dari mimik muka dan bait2 perkataan yang dihambur di media tersebut, jelas dan nyata pada saya bahawasanya manusia yang bernama Hassan Ali ini sangat EGO, TAKBUR dan SEORANG YANG BERCITA@ TINGGI. Beliau sebenarnya tak ubah seperti mana Zulkifli Nordin, Ezam dan ramai lain yang kini melompat ke UMNO.

Hassan Ali ego dan sombong, cakap bermegah dengan PHD yang dimilikinya..diulang2 dan disebut agar orang membandingkan beliau dengan pimpinan2 PAS lain yang berkelulusan lebih rendah tetapi memgang jawatan lebih tinggi. Manusia yang merasa dia terlalu cerdik ini memang susah diajar kerana baginya..dia yang lebih layak.

Penampilan beliau dikaca TV dan serangan beliau keatas PAS dan Anwar Ibrahim sebenarnya te;ah menserlahkan kepada kita siapa sebenarnya manusia yang bernama Hassan Ali ini. Percayalah..jika ramai manusia ini berada baik didalam PR atau BN, mereka2 ini hanya akan mendatangkan masalah kepada pimpinan parti berkenaan. Manusia dalam katogeri ini hanya merasa mereka layak menjadi pimpinan tertinggi. Jadi saya nak tengok sejauh mana perginya Hassan Ali ini.

Suatu yang saya pasti...sehingga pilihanraya ke 13 nanti..manusia ini tidak akan sama sekali menyerang UMNO BN sekali pun dia sendiri akur betapa bobrok dan kotornya budaya kerja dalam pimpinan UMNO BN yang menerajui pemerintahan ketika ini. Manusia ini sebenarnya bermasalah besar. Anda selidiklah sendiri kedudukan kewangannya kalau nak tahu duduk perkara sebenar, iaitu antara sebab dia beralih arah 360 degree.

PR tak perlu kecewa atau kesal kerana memecat manusia ini. Allah mungkin ingin menunjukkan kepada kita semua sosok sebenar Hassan Ali PHD ini.

Soal pandangan Hassan Ali sebelumnya tak tahu perangai Anwar Ibrahim sewaktu mula menyertai PAS dan PR merupakan pendapat yang dangkal. Mengatakan Anwar berperangai buruk kerana sebilangan pengikut2 awalnya kembali ke UMNO bukan satu dalil yang kuat. Kebanyakan yang melompat ini kerana tidak istiqamah justru tekanan kewangan dan godaan ganjaran lumayan. Mereka2 ini awalnya menjangkakan PR mampu mengambil alih pemerintahan dan mengimpikan sesuatu yang lumayan. Ditakdirkan PR gagal menguasai tampuk pemerintahan dan berterusan ditekan..mengakibatkan golongan "materialistik" ini menyeberang jambatan.

Sedarlah..fikirkanlah..walau pun UMNO BN dengan segala jentera dan kelengkapan yang ada telah menyerang Anwar Ibrahim puluhan tahun sejak 1987, mempergunakan segala perkakas yang mampu..namun sehingga hari ini belum ada satu bukti jelas yang dapat ditunjukkan mereka tentang penyelewengan wang ringgit oleh Anwar Ibrahim ( walau pu dari awal dipecat pada 1987..ratusan serangan di media dilakukan terhadap Anwar Ibrahim ). Pelik kan ? Anwar sebagai seorang individu diserang seluruh pimpinan negara UMNO BN yang berkuasa..namun tidak ada satu bukti yang konkrit yang dapat mereka buktikan dimahkamah mengenai penyelewengan yang Anwar lakukan. Keberanian Anwar mempertahankan diri dan tidak menyerah kalah kerana keyakinan dirinya bahawa dia dipihak yang benar sekali pun beliau sedar tidak mudah untuk menghadapi seluruh jentera kerajaan UMNO BN yang dikerah menyerang beliau.

Anonymous said...

Ingin saya ingatkan pada semua, malah saya berseru...sekiranya kita tidak berani mempertahankan seseorang yang dianiaya hanya kerana menegakkan kebenaran..saya bimbang suatu hari nanti..tidak akan ada lagi pimpinan negara kita yang berani bercakap benar walau pun jelas kezaliman dan ketidakadilan berleluasa kerana segala sikap dan tindakan baik ini bukan saja tidak dihargai malah tidak ada sesiapa yang akan menjadi pembela kepada kebenaran. Jika inilah yang berlaku nanti...MALAYSIA BAKAL HANCUR MUSNAH !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.