Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, January 4, 2012

Hasan Ali/Nasa Bakal Dicalonkan Semula Oleh PAS?

TIdakkah saudara/saudari hairan? Orang seperti Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa secara terbuka memaki dan mengutuk PAS.

Namun sehingga hari ini tiada usaha mahupun pergerakan oleh PAS untuk menghadapkan kedua-dua pengkhianat ini ke JAwatankuasa Disiplin?

Dalam Mesyuarat AJK PAS Pusat baru-baru ini, walaupun riuh seluruh AJK PAS Pusat meminta Hasan Ali dan Nasa dihadapkan ke JK Disiplin, Presiden PAS sendiri MENOLAK gesaan tersebut.

MAlahan Presiden berhempas pulas MENOLAK apa-apa usaha mahupun gesaan suapay kedua-dua pengkhianat dihadapkan ke JK Disiplin.

Jika dibanding dengan Khalid Samad dahulu, hanya sekadar mengkritik Pesuruhjaya di media pun dikenakan tindakan disiplin yang agak berat.

Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa menggunakan media musuh untuk MENGUTUK DAN MEMFITNAH PARTI.

Tapi, tindakan mereka dipertahan Presiden habis-habisan.

Dari sumber dalaman PAS yang Tulang Besi rujuk, ada khabar2 angin Hasan Ali mungkin akan dicalonkan semula oleh PAS dalam pilihanraya umum yang akan datang. Mungkin tidak lagi di peringkat DUN, tetapi di peringkat Parlimen. Begitu juga ustaz Nasaruddin Mat Isa.

Ada kemungkinan tindakan Presiden ini adalah supaya Hasan Ali menutup mulut dan tidak mendedahkan senarai nama mereka-mereka yang telah terlibat dalam perjumpaan dalam gelap dengan UMNO satu masa dahulu,

Sudah lupakah kita akan pengakuan Ustaz Nasa sendiri:

“Kita bincang dalam pertemuan tu delete perkataan UMNO takut sensitif sangat, kita kata mengadakan perbincangan dengan sesiapa pun. Keputusan mesyuarat 24th of April tu saya rekod. Mesyuarat Majlis Syura Ulama pada 24 April 2008 memutuskan untuk memberi mandat kepada Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak bagi kepentingan Islam dan umat Islam. Yang asal wordingnya UMNO, kita tahu benda tu sensitive, kita delete perkataan UMNO itu, tapi the meaning of the particular clause is reference to UMNO.”
(Rakaman audio pengakuan Ustaz NAsa di atas boleh didengar di sini.)

Perkataan "Kita"yang digunakan oleh Ustaz Nasa di atas menunjukkan bukan hanya Ustaz Nasa dan HAsan Ali yang menganjurkan perjumpaan dalam gelap dgn UMNO tersebut. Ramai lagi yang terlibat dan tidak mustahil Hasan Ali akan mendedahkan keterlibatan mereka-mereka ini.

Atas sebab itulah agaknya Hasan Ali kebal dan dilindungi dari apa-apa tindakan disiplin dalam PAS sehingga dilindungi oleh Presiden PAS sendiri.

Tulang Besi

9 comments:

Anonymous said...

Ibu kepada segala kekalutan ini adalah TGHH sendiri. Sepatutnya Presiden PAS sendiri yang patut dihadapkan ke JK disiplin. Dalam ceramah dok kalut kutuk ameno parti asobbiyah tapi dalam kes Hasan Alu dgn Nasa nih bukan asobbiyah ka? Atau ada istilah lain? Kalau ahli PAS bising pasal kenyataan ni bermakna ahli PAS asobbiyah 2x5 macam ameno!

Anonymous said...

Wahai Tulang besi, kau dan sumber kau kalau anak jantan, sebut sapa sumber dalaman kau....kalau tak, sah kau ni penipu besar......

Anonymous said...

memang hairan, hairan sgt2, dok bincang dgn kwn2, adakah hassan ali ni tak diambil tindakan disiplin cam pecat ka, gantung atas sebab dekat p/raya ka? kot nnti dia akan bawa beberapa pengikut keluar atau dia akan masuk tv 3suku dan utusan meloya kempen kat pihak sana?

pelik. lagi satu, masa geng UG jumpa TGNA di JKR10 baru2 ni, TGHH siap buat analogi kisah sahabat yg keluarkan kata2 tak elok masa Rasulullah SAW tawan mekah, di mana Rasulullah SAW denda sahabat tersebut dgn memberi bendera pd anak sahabat tu sebagai isyarat mulut tak elok, kata2 TGHH l/kurang 'sedang sahabat pun buat salah, inikan pula zaman milinium..' takkan tak dpt dimaafkan kot.

kes hasan ali nafi dia pergi jkr 10 mintak maaf camna? teks penuh temuramah dgn TGNA dah keluar dan org dah baca, apa tindakan pemimpin pas, takkan TGNA pulak nak dilihat sbg org yg menyeleweng fakta, adakah harakah pulak nak dilihat sbg mereka-reka cerita?

Anonymous said...

Hassang Ali gunting dalam lipatan bagi Pakatan Rakyat.. Tugasnya untuk menghuru harakan PAS dari dalam. Orang macamni bila niat buruknya terdedah dgn sendirinya sedikit demi sedikit dia akan hanyut dan seterusnya hilang dalam pesada politik....Tenguk lah lepas PRU 13 nanti bagaimana nasib Hassang Ali.

Anonymous said...

Antara tanda-tanda Hassang Ali akan hanyut adalah dengan sesuka hati mmbuat kenyataan dan tindakan dan adakalanya bertentang dgn keputusan Parti, bila nafsu x dapat d jinakkan supaya patuh maka ini lah jadinya....biarkan si luncai terjun dgn labunya.....

Anonymous said...

PAS sememangnya tak 'compatible" dengan pakatan rakyat yang jelas mengikut jalan liberalisme. Sebab itu pemimpin PAS yang betul betul mengikut perjuangan asal akan rasa mual berada bersama dengan PAKATAN . Kecuali geng erdogan dalam PAS yang beria ia sangat mahu bersama pakatan. Demi perpaduan kita kena sokong mana mana pemimpin yang berjuang ke arah itu, tidak kira dengan UMNO atau dengan parti mana pun, barulah Islam dipandang tinggi bila kuat, bukan macam sekarang ni.

alias muslim said...

kalau boleh jgn salah kan TGHH, sebab dia bertindak mungkin selepas dengar pendapat semua ajk pas pusat.

alias muslim said...

saya rasa elok tak menuduh tghh dalam hal ni kerna mungkin donasihatkan oleh timbalan presiden & ajk pas pusat yg lain.

alias muslim said...

saudara abang rahman TB, sy dah dpt info yg pas kawasan hulu selangor sedia calonkan hassan ali dlm satu dun kat situ sebab lawannya kemungkinan adalah tan sro rozali syabas.
sy juga dpt tahu bahawa pengerusi jk displin pas pusat, dato wan mutalib embong agak sukar meneruskan pendakwaan displin kpd hassan ali nih sebab dia juga terima tempias kerana anak lelakinya tunggalnya bekerja dengan syarikat yg berkaitan dengan hassan ali. mentari properties diberikan projek beberpa tempat di selnagor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.