Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, January 31, 2012

Israel: Mari Lihat Apa Sebenarnya yang Dikata oleh Anwar

MAJORITI orang Melayu hanya membaca laporan dari harian2 milik UMNO dan media milik UMNO dalam isu ini.

Kebanyakan media2 ini adalah dalam bahasa Melayu. Soalnya, bagaimanakah laporan mereka itu boleh dikatakan benar kerana kenyataan Anwar Ibrahim adalah dalam bahasa Inggeris.

Dari artikel yang saya baca, kenyataan Anwar yang keluar dari mulut beliau adalah seperti berikut:

“Some refuse to recognize the state of Israel,” he said, “but I think our policy should be clear – protect the security [of Israel] but you must be as firm in protecting the legitimate interests of the Palestinians.”


TERJEMAHAN: "Ada sebahagian yang menolak pengiktirafan negara Israel. Tetapi polisi kita mesti jelas - menjaga keselamatan (Israel) tetapi mesti mempunyai ketegasan yang sama di dalam menjaga kepentingan orang2 Palestine"

Anwar tidak pernah MENGIKTIRAF kewujudan Israel serta negara Israel.

Apa yang Anwar kata kita boleh sokong Israel dalam menjaga keselamatan mereka tetapi mesti pada waktu yang sama menjaga hak orang Palestin.

Jadi soal Tulang Besi adalah, apa masalaahnya dengan kenyataan Anwar ini?

Ia akan memaksa negara2 Barat untuk lebih komited terhadap keselamatan dan hak orang2 Israel.

Adakah kita mahu membunuh serta membuang kesemua orang Yahudi yang sedang bermastautin di Israel sekarang ini?

Apa yang Tulang Besi nampak, kenyatan Anwar menguntungkan orang Islam, rakyat Palestine dan agama Islam secara amnya.
http://www.blogger.com/img/blank.gif
Ia menunjukkan kita tidak menyokong pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi, kita juga sanggup bekerjasama untuk mencari solusi yang menguntungkan kedua-dua belah pihak serta kita memberi peluang kepada Negara Barat untuk bersama dengan kita di dalam isu Palestine-Israel ini.

Malahan, kalau rancangan "Dua-Negara" ini tidak dipersetuji dengan cepat, lebih banyak tanah2 rakyat Palestine aakan hilang kerana dirampas Israel.

UMNO cuba nak bising pasal kenyataan Anwar padahal UMNO sendiri mengambil APCO yang Zionis Yahudi sbg konsultan mereka.

Dr Mahathir sendiri adalah kawan baik Yahya Cohen.

Tulang Besi

19 comments:

Anonymous said...

Sdr TB,
Sdr sudah jauh menyimpang untuk mempertahankan hero sdr. Analisa sdr agak dangkal untuk melindungi manusia ini. Segala kesalahan & kemungkaran dipertahankan dengan pelbagai alasan. Allah sudah banyak memberi kita pertunjuk tapi disia-siakan demi nafsu nak ke Putrajaya. TB, kembalilah kepangkuan Islam. Putrajaya bukan segalanya. Tolaklah mereka yang bergelumang dengan pelbagai skandal akidah dan moral.

Anonymous said...

alahai.. rakyat bukannya bodoh sangat bahasa inggeris. perkataan 'State of Israel' jelas merujuk 'NEGARA Israel' dan bukannya 'people or israel'. tak perlu nak kelentong.
bgaimana nak jg kselamtan ngara israel jk ia tidak diiktiraf kewujudannya. jadi jelas anwar 'mgitiraf' kwujudan ngra israel.
namun slepas itu, anwar putar belit pula dgn mggantiknya dgn pkataan rakyat israel sdgkn dlm journal perkataan 'STATE of Israel'
memang kaki putar belit dan sesumpah punya manusia..

Anonymous said...

anwar vs hasan ali

Anonymous said...

Tulang besi sipengikut tegar Anwar, mengia dan sokong walaupun selama ini tidak pernah pemimpin kita yg buat kenyataan bodoh macam tu. Israel laknat tu takkan mahu berdamai selagi dia rasa dia lebih kuat dari palestin. Kau ni org. PKR ke PAS?

kampong lad said...

kenyataan anwar tentang konflik israel-palestin dijadikan isu politik dimalaysia. samada dia sokong atau kutuk israel, adakah keadaan disana akan berubah? siapa malaysia, siapa anwar, siapa najib & siapa2 lagi yg ada pengaruh dimalaysia dimata us, israel, uk & lain2 kuasa besar dunia? get real man! harga barang2 dok naik, siapa yg peduli? depa2 diatas memang 'tak kisah'. kenyataan2 politik tak boleh meringan kesangsaraan & bebanan rakyat.

Anonymous said...

Rahman...hang pun dah nak baik2 dgn yahudi. Rahman...ini ajaran anuar ibrahim ke. Rahman....hang tak kesian kt mahfuz omar. Rahman....bukankah dia masuk penjara sebab marah pasukan kriket yahudi dtg malaysia. Rahmam...kalau nak baik2 dgn yahudi patutnya kena sambut la pasukan kriket. Rahman...nampaknya idea mahathir jugak hang buat ikutan

Atas Pagar said...

Apa masalahnya? Masalahnya ialah ia membuktikan Anwar Ibrahim ni hipokrit lidah bercabang yang bercakap ikut pendengar beliau. Bila dengan yahudi, dia cakap sokong Israel. Bila di Malaysia orang kutuk, dia spin sendiri kata-kata beliau dan ditambah palastin. Padahal dalam petikan asal tak disebut pun palestin.

Orang Melayu tak sebodoh yang awak sangka. Ramai tau baca WSJ sendiri dan mengambil terus ayat demi ayat dari WSJ. Hanya awak yang ingat orang lain tak erti baca.

Dan orang Melayu kali ni lebih bijak. Kot mana dia putar pun tak boleh nak kelentong.

Dan bila dia kata dia support 2 states solution, ini juga membuktikan Anwar Ibrahim sokong Anapolis Summit yang mati-mati dinafikan pengikutnya dulu.

Mungkin awak boleh pi join askar Israel untuk menjaga keselamatan rakyat Israel bila mereka kena bom dari hamas kelak.

Anonymous said...

Betul kenyataan DSAI. Tiada jaminan keselamatan bolehkah israel lepaskan tanah Arab?. Yahudi memang musuh orang islam, tapi kalau dia mahu keamanan adakah patut kita mesti berperang berterusan dengan mereka?. Tak guna kalau merdeka kalau kita jadi musuh dan menjadi ancamam yang berterusan dengan jiran. Di sini jamianan keselamatan yang DSAI sebut, bukan dia sebut sokong Israel.

aji ajib said...

ni yg kau tulis: "Anwar tidak pernah MENGIKTIRAF kewujudan Israel serta negara Israel"
ini pulak yg aku baca: "stating his “support” for “efforts to protect the security of the state of Israel"
meh aku tolong translate "menyatakan sokongan beliau terhadap usaha-usaha melindungi keselamatan negara Israel". sudah la mengarut tu. lagi banyak spin lagi jadi mengarut

Anonymous said...

sokong konsep dua negara...tolak istilah negara islam...sokong keselamatan israel....apa semua ni??? dah buta sejarah ka, semua tanah kat israel adalah tanah rakyat palestine yang dirampas...jadi israel x layak apa2 pun kat situ....jangan jadikan orang seperti ini jadi pemimpin. Rosak agama ,bangsa dan negara.

Anonymous said...

Ramainya yg bodoh komen pasal benda ni..

DSAI cakap dalam bahasa inggeris depa tak paham, pastu nak spin lagi. TB Tulis dalam bahasa melayu pun depa masih tak paham atau buat2 tak paham?? Kalau tak paham jugak, boleh disimpulkan bahawa depa jenis TAK PAHAM BAHASA!

Belajaq enlish kat mana korang translate jadi lagu tu? Terlebih baca Utusan ka? Tgk video temuramah tu dulu dan pahamkan. Kalau dah tak paham, tanya. Tanya org yg bahasa ibunda nya inggeris dan yg boleh tolong terjemah. (Jgn dok tanya Menteri UMNO, diorg jenis bodoh tak terajaq. Makan rasuah pandai la.)Jangan nak dok mandai2. Kalau dah terjemahan mcm longkang, tak payah terjemah.

Anonymous said...

Hmm..bilamana membaca komen2 yg diberikan hampir semua kutuk keras ulasan tuan Malaysia Waves keatas ucapan cdgn anwar keatas p'belaan p'duduk palestin..tetapi KENAPE tidak ada pula yang kutuk hubungan penasihat UMNO:BN dgn yahudi APCO..Malahan hubungan baik PM Mahathir dgn yahudi Yahya Cohen juga tidak dipersoalkan..Eh, korang..Korang cerite pasal rosak agama, bangsa dan negarakn..Cuba pikir balik, apa kerajaan UMNO:BN dh buat dlm usahanya perkasakan agama, bangsa dan negara?...Meh, aku ulas skit eh;
1) MCA:BN Hina hukum hudud malah PM Najib sendiri sprti spndapat m'nyatakn hukum t'sebut lebih k'terbelakang (tindakan UMNO : diam shj)..
2) Masalah sosial remaja menjadi2 (nk salahkan siapa lagi klu bukan UMNO memerintah 50 tahun TAPI macam tak tahu nk selesaikan masalah..
3) Kes rasuah berjuta2 ringgit (org UMNO:BN) bersepah2 lesapkan duit rakyat..Macam2 jenis kes rasuah, drpd rsuah pojek mega smpi ke pojek lembu pn habis kau kaut duit rakyat yg ssah payah cari duit utk mkn..
4) Kes bini PM Najib lagi memalukan shoping sakan mcm duit b'juta2 dia punya smpan dari kecik (org UMNO:BN senyap je la)..Baru dpt duit 500 ringgt puji kerajaan baik..Hampeh, stakat ratus2 utk rakyat dgn b'juta2 yg Shahrizat kaut xpyah nk bangga cerita kerajaan bela rakyat..
5) Kos p'blanjaan m'ningkat tak padan dengan pndapatan rakyat..'Trend' ekonomi UMNO:BN setiap tahun harga barang konpem naik, harge minyak konpem naik, cukai2 konpem naik , bil2 letrik, air (kecuali selangor free) dan len2 sume naik..Korang2 UMNO:BN tak terasa ke kesan ni..x paham aku..

Anwar bncang isu ini utk selesaikn masalah p'duduk palestin disana itu shj..mereka hidup sengsara dh lame shingga kini..sebelum ni pun, macam2 cadengan tlah d'buat malah tak m'dtangkan hasil..mngkin knyataan Anwar perlu d'perbaiki dgn cara b'bncang bersama2, tohmahan2 liar sprti ini lngsung tak m'bantu m'janjikan k'hdupan yg lbih baik p'duduk palestin disana..

Anonymous said...

Anonymous said...
Betul kenyataan DSAI. Tiada jaminan keselamatan bolehkah israel lepaskan tanah Arab?. Yahudi memang musuh orang islam, tapi kalau dia mahu keamanan adakah patut kita mesti berperang berterusan dengan mereka?. Tak guna kalau merdeka kalau kita jadi musuh dan menjadi ancamam yang berterusan dengan jiran. Di sini jamianan keselamatan yang DSAI sebut, bukan dia sebut sokong Israel.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

maksud kau, kau setuju lah bekerjasama dengan yahudi??? dan kau setuju lah jadikan yahudi jiran kau???

Anonymous said...

Anonymous said...
Ramainya yg bodoh komen pasal benda ni..

DSAI cakap dalam bahasa inggeris depa tak paham, pastu nak spin lagi. TB Tulis dalam bahasa melayu pun depa masih tak paham atau buat2 tak paham?? Kalau tak paham jugak, boleh disimpulkan bahawa depa jenis TAK PAHAM BAHASA!

Belajaq enlish kat mana korang translate jadi lagu tu? Terlebih baca Utusan ka? Tgk video temuramah tu dulu dan pahamkan. Kalau dah tak paham, tanya. Tanya org yg bahasa ibunda nya inggeris dan yg boleh tolong terjemah. (Jgn dok tanya Menteri UMNO, diorg jenis bodoh tak terajaq. Makan rasuah pandai la.)Jangan nak dok mandai2. Kalau dah terjemahan mcm longkang, tak payah terjemah
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

habis tu apa maksud anwar ibrahim tu??? kau sendiri sekolah pun tak pergi....ada hati nak tunjuk pandai...

Anonymous said...

Anonymous said...
Hmm..bilamana membaca komen2 yg diberikan hampir semua kutuk keras ulasan tuan Malaysia Waves keatas ucapan cdgn anwar keatas p'belaan p'duduk palestin..tetapi KENAPE tidak ada pula yang kutuk hubungan penasihat UMNO:BN dgn yahudi APCO..Malahan hubungan baik PM Mahathir dgn yahudi Yahya Cohen juga tidak dipersoalkan..Eh, korang..Korang cerite pasal rosak agama, bangsa dan negarakn..Cuba pikir balik, apa kerajaan UMNO:BN dh buat dlm usahanya perkasakan agama, bangsa dan negara?...Meh, aku ulas skit eh;
1) MCA:BN Hina hukum hudud malah PM Najib sendiri sprti spndapat m'nyatakn hukum t'sebut lebih k'terbelakang (tindakan UMNO : diam shj)..
2) Masalah sosial remaja menjadi2 (nk salahkan siapa lagi klu bukan UMNO memerintah 50 tahun TAPI macam tak tahu nk selesaikan masalah..
3) Kes rasuah berjuta2 ringgit (org UMNO:BN) bersepah2 lesapkan duit rakyat..Macam2 jenis kes rasuah, drpd rsuah pojek mega smpi ke pojek lembu pn habis kau kaut duit rakyat yg ssah payah cari duit utk mkn..
4) Kes bini PM Najib lagi memalukan shoping sakan mcm duit b'juta2 dia punya smpan dari kecik (org UMNO:BN senyap je la)..Baru dpt duit 500 ringgt puji kerajaan baik..Hampeh, stakat ratus2 utk rakyat dgn b'juta2 yg Shahrizat kaut xpyah nk bangga cerita kerajaan bela rakyat..
5) Kos p'blanjaan m'ningkat tak padan dengan pndapatan rakyat..'Trend' ekonomi UMNO:BN setiap tahun harga barang konpem naik, harge minyak konpem naik, cukai2 konpem naik , bil2 letrik, air (kecuali selangor free) dan len2 sume naik..Korang2 UMNO:BN tak terasa ke kesan ni..x paham aku..

Anwar bncang isu ini utk selesaikn masalah p'duduk palestin disana itu shj..mereka hidup sengsara dh lame shingga kini..sebelum ni pun, macam2 cadengan tlah d'buat malah tak m'dtangkan hasil..mngkin knyataan Anwar perlu d'perbaiki dgn cara b'bncang bersama2, tohmahan2 liar sprti ini lngsung tak m'bantu m'janjikan k'hdupan yg lbih baik p'duduk palestin disana..
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

yang kau nak bela sangat anwar ibrahim tu kenapa??? kau nie anak ikan dia ker???

Anonymous said...

Komen drpd mereka puak2 UMNO:BN dilihat b'juang m'hentam phak lain tapi pihak mereka sume bagus..Hinggakan kesalahan pemimpin mereka puak2 UMNO:BN tdak d'persalahkan..Wahai kamu UMNO, tolong dengar rintihan rakyat perlukan khidupan yg baik&harmoni..kamu UMNO, telah lama m'merintah tapi t'lalu byk masalah sosial b'laku skrg ni..kamu UMNO, kos kehidupan meningkat m'bebankn hmpir k'seluruhan rakyat m'yara hdup mereka..

Pak Janggut said...

Hang bijak...panjang sikit akalnya..

Anonymous said...

Kalo k0rg nk berdial0g pasal satu2 isu cuba stay kt situ x perlu nk bla bla umno/bn rasuah bla bla bla rm500 nk puji g0v bla bla bla air, letrik bla bla bla sharizat bla bla masalah s0sial bla bla barang naik bla bla bla dan seterusnya... Susah sgt ke nk fokus kt satu2 isu?? Bkn ke kenyataan anwar tu membuat kn israel hepi kerana bertambah lg kenyataan yg meny0k0ng walaupun ada menyebut palestin.. Pd aku Xkn ada perdamaian antara yahudi dgn umat Islam.

JAKA said...

WAH SEDIKIT UCAPAN ANWAR MENJADI ISU KT UMNO.

HUBUNGAN HARAM DGN ISRAEL YG JELAS NK DITUTUP.

UMNO MEMANG OTAK KECIK...MEMBESAR PERKARA KECIK.

peribahasa dulu :

dungu mcm lembu

peribahasa akan datang :

dungu mcm umnoooooooo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.