Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, January 11, 2012

KEADILAN TAMPIL DENGAN BUKTI SALAHGUNA WANG ZAKAT MAIWP

ULASAN: Kenyataan dari YB Seri Setia, YB Nik Nazmi:

Saya pada hari ini tampil dengan bukti-bukti dakwaan salahguna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang dinafikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharum selama ini.

Pertama ialah set dokumen daripada MAIWP sendiri termasuk baucer bayaran bernombor 2010B04112 bertarikh 29 April 2010 sebanyak RM32,150.00. Baucer tersebut secara terang merakamkan kumpulan wang yang digunakan merupakan kumpulan wang zakat.

Kedua merupakan surat daripada Ketua Audit Negara Tan Sri Dato’ Setia Ambrin Buang kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara Datuk Seri Azmi Khalid yang mengesahkan bahawa RM63,650 wang zakat (iaitu bayaran pertama sebanyak RM31,500 pada 9 Februari 2010 dan RM32,150 yang tercatat di dalam baucer tersebut) digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP.

Jamil Khir berkali-kali menegaskan bahawa MAIWP mempunyai peruntukan daripada kerajaan sebanyak RM700,000 bagi menampung pelbagai pembayaran termasuk kos guaman.

Namun Laporan Ketua Audit menyebut bahawa MAIWP hanya memulangkan wang tersebut pada Disember 2010, kira-kira enam bulan selepas peruntukan tersebut disalurkan ke dalam MAIWP. Jamil langsung tidak menyebut tentang hal ini.

Saya juga ingin membetulkan laporan Utusan pada 4 Januari lalu yang memetik Bahagian Hal Ehwal Korporat Jabatan Audit Negara bahawa isu salahguna zakat ini tidak dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010. KEADILAN tidak pernah mendakwa demikian, sebaliknya kami merujuk kepada surat Ketua Audit Negara kepada Jawatankuasa Kira-Kira Negara seperti tertera.

KEADILAN memandang serius penyalahgunaan institusi penting umat Islam ini. Saya akan membuat laporan polis esok 11 pagi di Balai Polis Dang Wangi berkaitan dengan kes salahguna wang zakat ini.

NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT

3 comments:

Org KL said...

Patut la org miskin Islam perlu ke gereja utk dpt makanan sebab Menteri dan Mufti pakat pakat songlap duit zakat dgn alasan di jln Allah. Kepala nenek dia.

Dahan Jati said...

Kena tanya pula berapa kos guaman Anwar dan sumber dari mana dia biayai peguam peguamnya. Kos guaman menteri nak ditanya, itu tanggungjawab kerajaan lah nak ambil sumber dari mana pun. Kalau wang zakat diambil dari bahagian asnaf fi sabilillah kerana ia meliputi definisi yang luas. Lagi pula wang tersebut diganti semula, baguih sungguh kerajaan ni.

DahanJati said...

Kini PAS semacam menjadi pak turut kepada PKR selepas DAP. Parti Islam yang semakin sirna matlamat menubuhkan negara islamnya. Tanpa matlamat penubuhan negara islam PAS bukanlah PAS seperti yang kita kenali dulu. Ramai orang Melayu masih bertahan menyokong PAS kerana perjuangannya menegakkan Islam dan penubuhan negara Islam. Tapi sejak masuk PAKATAN suara Islam PAS mengenai isu Islam sudah tidak kedengaran lagi. Nampaknya suara PAS telah dibisukan oleh PKR dan DAP. Hassan Ali bersabarlah menghadapi dugaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.