Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, January 23, 2012

MB Negeri Sembilan pun Pegang Portfolio Agama.Kenapa UMNO Tak Bising?

Adapun keputusan MB Selangor di dalam mengambil alih portfolio agama telah dijadikan isu yang tersangat besar oleh juak2 UMNO.

Maka, Tulang Besi telah pergi ke Portal Kerajaan Negeri Negeri Sembilan. Rupa-rupanya, MB Negeri Sembilan, YAB Mohammad Hasan, juga memegang portfolio agama di negeri tersebut.

Tertulis di blog YAB Menteri Besar Negeri Sembilan:

Jawatan : • Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus (bermula 25 March 2004)

• Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Agama Islam

• Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perancangan, Kewangan, Tanah dan Sumber Asli

• Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan dan Perindustrian

• Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keselamatan dan Penerangan



Ertinya, MB Negeri Sembilan telah memegang portfolio agama semenjak tahun 2004 lagi, yakni semenjak beliau menjadi MB Negeri Sembilan.

Adakah YAB Mohammad HAsan ini berkelulusan agama? Malahan, latar belakang Mohammad Hasan sama dengan Tan Sri Khalid, yakni mereka berlatar belakang korporat sebelum menjadi MB negeri masing-masing.

Kepada juak2 dan media UMNO, berhentilah mengata dulang paku serpih. Kelak kamu hanya menjadi bahan kutukan manusia sahaja.

Tulang Besi



9 comments:

Anonymous said...

Nak kena bagi kat PAS ke??? Tapi PAS bukan sebahagian Dari exco. Hello!!!

Cuba search dalam YouTube :
Tazkirah MB negeri Sembilan

Atas Pagar said...

Isunya bukan MB pegang potfolio agama. Isunya ialah kenapa PAS sebagai sebuah parti yang mengaku Islam, memperjuangkan Islam dan berkempimpinan ulama dan sebagai tunjang parti politik berteraskan agama dalam PR tidak diberikan kepercayaan memegang potfolio agama, umpama disebuah syarikat yang ada akauntant, tapi jawatan ketua akauntan dipegang orang lulusan bahasa malaysia dan akauntant tu pengang portfolio rekerasi.

Kalau dalam UMNO, takkan nak bagi kat MCA dan MIC.

Bukankah lawak, parti Islam tak diberikan pegang potfolio agama. Macam manalah nanti kat putrajaya. Korang rasa PAS ada tempat ke dalam percaturan PR? Apakah ini bukan bukti yang pas ni balaci PR aje.

ABi said...

KM Melaka pun Pengerusi MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA....

Anonymous said...

Kau dah check latarbelakang agama Mat Hassan? Siapa tok guru dia? Check dulu sebelum buat posting bodoh macam ni.

Anonymous said...

dalam pas ada ramai golongan ulamak n profesional.exco pas tersebut msk dlm bidang profesional.Itu menunjukkan pas layak untuk mentadbir negara kerana ada pelbagai l/belajang kemahiran.Mcm org belajar di mesir x semua balik jadi ustaz.Ada yg jadi doktor,engineer dsb.

pak maon! said...

bagi la exco agama pd org yg faqih ttg agama.. bg pd yg ahlinya.. janji org yg dpilih btl2 faqih.. x kira ape parti pun janji mmg ahli dan faqih ttg islam.. klu x, tanda2 kiamat da dpenuhi.. tgu masa je la..

Anonymous said...

Jangan nak cari benda yg sama macam tu, taktik yg bodoh. Masalahnya pas telah dimalukan dan tak dipercayai lagi oleh rakan baiknya dalam pakatsn. Parti islam tak diberi pegang portfolia agama tp diberi portfolia adat dan budaya melayu. Selaras dgn perubshan arah perjuangan pas, dan supaya pas lebih faham akan bangsa melayu yg. Selalu dibangsatkannya.

Anonymous said...

puak sekular kecilkan peranan agama dlm jawatan yg kecil ect. Jakim. Sdangkan dlm islam,islam patut jadi dasar dlm pemerintahan negara.

Anonymous said...

Senang saje utk jwpn tu tuan Malaysia Waves..Asalkn name pun politik UMNO, BN..Tengok dlm tv, berita2 pn dh ckup fham politik2 diorg ni..Sume bende yg diorg buat betul org lain sume salah..(1 Malaysia, Rakyat didahulukan P'capaian diutamakan)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.