Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, January 19, 2012

Nasaruddin Mat Isa Mendedahkan Siapa Parasit Dalam PAS


Hasan Ali mahu buat "review satu Malaya"(bak kata arwah Ahmad Nisfu dalam filem "Ibu Mertuaku" mendedahkan siapa parasit dalam PAS.

Rupanya, Ustaz Nasaruddin Mat Isa telah memintas usaha beliau dan mendedahkan kepada kita siapa sebenarnya parasit dalam PAS.

Ustaz Nasaruddin dilaporkan berkata:


Disebut oleh Nasa "kumpulan kecil dalam organisasi saya.

Perkataan2 ini mendedahkan kepada kita siapakah sebenarnya parasit dalam PAS. Yakni mereka yang begitu beriye-iye dan bersemangat mahu 'mengurangkan jurang" antara PAS dengan UMNO.

Sedangkan jurang macamana yang mahu dirapatkan antara kedua-dua parti ini?

Selama ini, sewaktu PAS kalah dan merempat, mengapa UMNO tidak sebuk sebuk mahu merapatkan jurang?

Mengapa Nasa dan kumpulan parasit beliau berlagak seperti perigi cari timba?

Jelaslah, kumpulan parasit (baca: geng perpaduang)ini wajib dibersihkan dalam PAS dengan kadar segera.

Tulang Besi

4 comments:

hussin said...

"kerisauan kumpulan kecil dalam organisasi saya tentang keperluan mengadakan perbincangan"

begitu confident nasha kata hanya kumpulan kecil dalam pas yang risau akan keperluan mengadakan perbincangan.

apakah ini suara dari gerombolan ug? jika begitu kita cabar nsaha supaya dedahkan majoriti yang mahukan perbincangan diteruskan. kenyataan masih dalam pas lebih laku dari kenyataan selepas ditentandang keluar. beranikah pas membiarkan nasha ganti tempat hassang ali?

tindakan nasha ini membuka semula ug. yang (kononnya ) sudah ditutup. kenapa beliau begitu berani menongkah arus lagak hassang ali? alangkah baiknya presiden sendiri yang menjawap/menangkis bahawa majoriti ahli pas sokong perpaduang/ majoriti ahli atau majoriti saf kepimpininan? kita tak mahu dengar apa2 dari setiausaha agong, kita mahu dengar dari bakal mb ganu! jika nasha masih dicalonkan oleh pas, maka pas sengaja mencari nahas! jangan ingat abu boleh membantu pas. dont dream. jika nasha dicalonkan, abu akan jadi abn (asal bukan nasha). rakyat tidak akan bersekongkol dengan calon pas yang dikenali mesra umno.

wallahu'alam

hussin said...

jika dah majoriti yang mahukan perpaduan dan hanya kumpulan kecil yang masih tidak faham kenapa tidak diteruskan? bukankah ahli2 pas dikenali dengan menjujunjung wala'? ini maknanya nasha berbohong. ahli pas nak lagi ke dia ni? kalau pas tak mahu humban dia, ahli pas kena humban dia semasa pru nanti - abn - asal bukan nasha. kita akan bukti pembohongan nasha bahawa hanya kumpulan kecil sahaja dalam pas yang tak faham. sapa masih sokong nasha, tak kiralah sama ada pimpinan atau gurkha, adalah mahu pintas ke putrajaya at the expense of gurkha2 pas yang lillahita'alaa.

wallahu'alam

Anonymous said...

Saya nampak perjuangan PAS kebelakangan ini sudah jauh berbeza daripada dahulu. Rentak perjuangannya sama seperti PKR sedangkan ia parti Islam. Cakap cakap orang PAS pun menghebohkan isu pembohong yang ditimbulkan PKR. Sekarang baru saya sedar ia angkara parasit dalam PAS. Orang PKR yang menyerap masuk dalam PAS.

Anonymous said...

Dalam mana2 organisasi pn, pengikut & hata pemimpin atasan sekalipun,x boleh memandai2 buat keputusan sesuka hati.standard la tu kena buang.x payah dedah pn kat tv,itula sbnrnya parasit,buat kcu je.tapi takpe,harap ahli2 PAS slow&steady.diam x semestinya kalah.kecoh tiap mlm kehulu hilir dedah itu ini x semestinya menang.org myampah adela

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.