Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, January 19, 2012

Nasaruddin Mengesahkan Wujudnya Parasit dalam PAS



"Tetapi jika kamu ikuti, ia masih perlu lebih usaha kerana orang ramai masih tidak faham dengan baik berhubung kerisauan kumpulan kecil dalam organisasi saya tentang keperluan mengadakan perbincangan.


Segalanya nampak macam elok dan baik. Cumanya terdapat beberapa persoalan dari kenyataan terbaru Ustaz Nasaruddin Mat Isa ini:

1.0 Apakah dengan dialog ini boleh menyelesaikan masaalah korupsi dan salah guna kuasa yang berleluasa sekarang ini?

2.0 Sekiranya boleh berdialog, apa perlunya PAS wujud? Tidakkah kewujudan PAS itu adalah sebagai mengganti tempat UMNO di dalam memimpin orang Melayu/Islam?

3.0 Apakah selama 50 tahun kebelakangan ini, PAS tidak pernah berdialog dengan UMNO?

4.0 Mengapa Ustaz Nasa tidak sebut banyaknya platform yg PAS telah gunakan untuk berdialog dengan UMNO dalam kaedah yang tidak membawa fitnah seperti:
a. Persidangan di Parlimen yg berlaku beberapa kali setahun
b. Persidangan di Dewan2 Undangan Negeri seluruh Malaysia
c. Program2 seperti forum dan wacana yang berlaku sepanjang tahun
d. Perbincangan melalui media-media milik UMNO dan milik PAS.
e. Perbincangan di dalam JK2 Parlimen dan DUN dalam berbagai2 aspek
dan banyak lagi platform2 yang PAS berdialog dengan UMNO.

PAS BERDIALOG DENGAN UMNO BANYAK KALI DALAM SATU TAHUN

Soalnya adalah mengapa isu ini ditimbulkan oleh ustaz Nasa?

Mengapa isu mengecilkan perbezaan dengan UMNO disebut oleh Ustaz Nasa?

Adakah demi memperkecilkan perbezaan, maka PAS akan tutup mulut dan mata dalam isu-isu seperti:

1.0 NFC dan lembu RM250 juta
2.0 Kehilangan wang FELDA RM3 billion
3.0 Fitnah Liwat 2 ke atas Anwar Ibrahim
4.0 Rampasan kuasa di Perak
5.0 Pemberian lesen judi bola kepada Vinsetan
6.0 Penggunaan JPA untuk mensabotaj kerajaan negeri Selangor
7.0 Pemberian 10 lesen judi dalam bulan pertama Najib menjadi MoF
8.0 Pembelian kapal selam Scorpene yg tidak tenggelam
Sekiranya PAS mengikut agenda Nasaruddin Mat Isa ini, maka:
1.0 PAS akan berhenti jadi bakal pengganti UMNO tetapi lebih kepada rakan dialog
2.0 PAS tidak boleh lagi menentang kemungkaran2 yang dilakukan oleh UMNO kerana pentingnya jurang perbezaan UMNO-PAS dikecilkan
3.0 PAS tidak perlu lagi wujud sebagai parti politik. Cuma perlu wujud sebagai NGO yang bisa mengadakan dialog bersama kepimpinan UMNO secara berkala

Bagi Tulang Besi, jelas Ustaz Nasa telah menjalankan agenda UMNO dan menguntungkan UMNO sepanjang selepas 2008.

Di waktu yang sepatutnya PAS bergerak gagah menyerang dan mengalahkan UMNO, terdapat ustaz nasa, yang menjadi Timbalan Presiden UMNO, mengorak langkah "mengurangkan perbezaaan".

Jelaslah, ustaz nasa telah berfungsi sebagai agen UMNO terutamanya selepas keputusan 2008.

Tak hairanlah, Ustaz NAsa adalah kepimpinan PAS yang pertama mendapat dossier kes Liwat 2 terus dari Pak Lah dan telah membentangkannya kepada pimpinan PAS.

Dengan kata lain, Nasaruddin Mat Isa mendedahkan kepada kita, kumpulan beliau yang mencintai agenda mahu merapatkan PAS dan UMNO ini adalah PARASIT sebenar dalam PAS.

Sorang parasit (Hasan Ali) dah kena tendang. Lepas ni kita tengok siapa lagi parasit yang bakal kena tendang

Tulang Besi




4 comments:

Anonymous said...

Memang pun dengan ringkasnya, kalau si umno penyamun setan sial tu diperpadukan dengan PAS maka PAS tak payahlah wujud lagi. PAS tidak boleh menegur lagi apa apa perbuatan maksiat yang dilakukan oleh si umno iblis tu. Dengan itu, PAS akan jadi parti HARAM sebab bersekongkol dengan parti maksiat umno.

Anonymous said...

Artikel nih banyak opinion bukan facts.. merapatkan jurang bukan bermakna tunduk.. merapatkan jurang x bermakne x boleh mempersoal.. x kan terlalu taksub untuk membangkang sampai x boleh terima pandangan orang?

MNazri said...

Anon, cuba kaji sikit apa yang Geng UG dialogkan dgn UMNO. Memberi pandangan apa, mempersoal apa, pandangan apa lagi kalau bukan hendak tunduk & Unite dengan UMNO/BN?

Macam TB tulis lah, kalau nak berdialog, banyak lagi ruang2 lain untuk berdialog. Itu bukan fakta ke? Atau memang susah nak paham bahasa melayu? Mungkin TB kena terjemah post ni dalam bahasa Tamil Kerala baru boleh faham?

Anonymous said...

Kepada anonymous 03:41AM diatas,

Saya berpendapat sdr Abdul Rahman pemilik blog ini telah mengemukakan pandangan beliau dgn baik. Hujah2 yg dikemukakan disokong oleh fakta2 yg sudah menjadi pengetahuan umum. Saya sependapat dgn penulis blog ini kerana hujah & logikanya tepat sekali.

Dibandingkan dgn kamu- anonymous diatas, pernyataan andalah yg sebenarnya suatu bentuk ketaksuban. Hujah sepatutnya disanggah dgn hujah. Org yg taksub ialah org yg tak mampu berfikir & berhujah menggunakan logika yg baik & jelas.

Cuba kamu jelaskan dgn terang, apa pentingnya "merapatkan jurang antara UMNO & PAS" ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.