Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, January 18, 2012

Siapakah Yang Sebenarnya Menderita di Selangor, Wahai Najib Tun Razak?

Sebenarnya, yang menderita adalah kalangan pemimpin Umno dan segelintir pemimpin MCA/MIC/Gerakan kerana sejak Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan baharu di Selangor pada 9 Mac 2008, kalangan pemimpin Umno terutamanya (baik yang bertaraf MP, Adun, Ketua Bahagian, Ketua Cawangan mahupun barisan pemimpin di peringkat bawahan) semakin sukar untuk “membolot” kekayaan negeri Selangor bagi faedah diri, isteri dan anak-anak, ahli keluarga mahupun rakan-rakan rapat mereka.

Malahan kini, dilaporkan, terdapat kalangan pemimpin Umno yang tidak mampu lagi memberikan angpow kepada para pengikut sempena sambutan adilfitri atau perayaan-perayaan lain di Selangor khususnya.

Sesungguhnya, kita yakin, sebahagian besar rakyat Selangor daripada pelbagai keturunan dan lapisan berasa senang hati hidup dalam pemerintahan kerajaan sekarang –Pakatan Rkayat – yang diterajui PKR, di Selangor. Mereka semakin menikmati pelbagai bantuan hasil pembangunan dan kemajuan negeri Selangor yang disalurkan menerusi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.
Seorang guru berijazah yang tinggal di rumah sendiri di Bestari Jaya bersama keluarga dengan gembiranya mengatakan, sejak tiga tahun lebih ini beliau tidak perlu membayar bil air bernilai RM11.40 setiap bulan kerana semuanya ditanggung oleh Kerajaan Negeri sekarang.

Seorang ketua keluarga di Ijok bersyukur kerana pada tahun 2010 sudah mendapat geran milikan tanah yang disampaikan sendiri oleh Dato’ Menteri Besar, walhal sejak lebih 18 tahun urusan pemberian geran tersebut hanya “tinggal janji” ketika Selangor diterajui oleh Umno/BN.

Seorang ustaz yang juga ahli JK Surau dan masjid di Sungai Leman, melahirkan tanda syukur kerana suaru dan masjid di situ menerima pelbagai bantuan daripada Adun Pakatan Rakyat yang bukan beragama Islam.

Di Pasir Panjang, keluarga kepada seorang warga emas yang meninggal dunia melahirkan rasa syukur dan mengucapkan jutaan terima kasih Kerajaan Pakatan Rakyat kerana mendapat bantuan “khairat kemaian” berjumlah RM1000 pada hari bapanya meninggal, dan baki RM1500 dua minggu kemudian.

Seorang pemaju perumahan, dengan bangga melahirkan rasa puas kerana beliau tidak perlu “menderma” ribuan RM kepada pemimpin Umno untuk mempengaruhi Pejabat Daerah bagi meluluskan permohonan untuk memulakan projek perumahan di Balakong sebagaimana amalan Kerajaan Umno/BN dahulu.

Demikian, antara ribuan “rasa syukur”, “rasa puas” dan “ucapan terima kasih” rakyat kepada Kerajaan Negeri sekarang kerana mereka menerima bantuan dan layanan adil daripada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Sebaliknya, percayalah, sekiranya negeri Selangor kembali dikuasai oleh Umno/BN, semua atau hampir semua bantuan dan program untuk rakyat menerusi agenda MES itu bakal lenyap daripada didiperoleh dan dinikmati oleh sebilangan besar rakyat Selangor. Dan pada masa sama, perlahan-lahan golongan pemimpin Umno/BN, termasuk keluarga dan rakan-rakan rapat mereka bakal kembali membolot hasil daripada limpahan kemajuan dan pembangunan negeri Selangor ini yang sedang ditadbir urus oleh kerajaan Pakatan Rakyat dengan telus, bertanggungjawab, adil, berhemah dan mesra rakyat.

Kita harap, rakyat Selangor, berfikirlah dan bertindaklah dengan bijak semasa pilihan raya ke-13 yang bakal dihadapi tidak beberapa lama lagi. Barisan kepemimpinan Pakatan Rakyat Selangor pula memang komited meneruskan segala usaha gigih untuk menyejahterakan rakyat Selangor dengan melaksanakan pelbagai program, skim dan insentif yang dirancang menerusi MES dan slogan Selangorku, dan pada masa sama memperbaik segala kelemahan dan kekurangan yang demi kepuasan hati majoriti rakyat.

Akhir kata, kepada rakyat Selangor (sama ada ahli atau penyokong Umno?BN, mahupun ahli-ahli/kalangan penyokong PKR, PAS, DAP, marilah renungkan persoalan ini:

  • rakyat Selangor pada ini “terus termakan bujukan dan habuan” jangka pendek daripada PM dan kalangan pimpinan Umno/BN, yang sebenarnya mahu rakyat membantu mereka merampas Selangor pada PRU Ke-13?
  • rakyat Selangor membiarkan kalangan pemimpin Umno/BN yang rakus ini kembali berkuasa dan membolot semula harta dan kekayaan negeri ini yang berjaya dikumpul oleh Kerajaan Pakatan Rakyat, yang bernilai ratusan bilion ringgit untuk agihkan kepada seluruh rakyat, sedangkan nanti rakyat terbanyak kembali dipinggirkan apabila Umno/BN memerintah negeri Selangor jika menang manoriti pada PRU Ke-13?
  • rakyat Selangor bersubahat dengan pemimpin yang rasuah dan yang mengamalkan pemerintahan untuk kepentingan diri, keluarga (nepotisme) dan rakan rapat (nepotisme)? Bagi orang Islam khususnya, adakah anda sanggup bersubahat dengan pemimpin yang mengamalkan rasuah dan zalim?

Sekali lagi, wahai rakyat Selangor, fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah, antara ‘amat dan janji Najib’ dengan pelbagai program kebajikan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang sedang dikebaci oleh rakyat di Selangor sekarang, dan insya-Allah bantuan berganda bakal diterima selepas PRU Ke-13 nanti.

Jangan “untung segenggam rugi seguni selepas PRU Ke-13…” akibat terpesona dengan kata-kata Datuk Seri Mohd Najib yang dikenal sebagai pemimpin yang ‘bukan lelaki sejati’!

Tulang Besi


LAMPIRAN 1: Amanat Najib kpd Selangor
January 13, 2012

Seramai 1,300 orang termasuk 894 ketua pusat daerah mengundi hadir dalam perjumpaan tertutup itu di Dewan Sri Bestari, Intekma Resort, Seksyen 6, Shah Alam.

SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan pertemuan lebih dua jam dengan pemimpin akar umbi Barisan Nasional (BN) Selangor sebagai persiapan menjelang pilihan raya umum akan datang.

Seramai 1,300 orang termasuk 894 ketua pusat daerah mengundi hadir dalam perjumpaan tertutup itu di Dewan Sri Bestari, Intekma Resort, Seksyen 6, di sini.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut memberikan amanat kepada jentera pilihan raya BN pada perhimpunan itu yang bermula pada 8.30 pagi.

Najib, yang juga Pengerusi BN Selangor dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, tiba pada 10.20 pagi dan disambut oleh pemimpin-pemimpin BN negeri dan pusat sebelum menyampaikan amanatnya.
Turut hadir Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar, Presiden MIC Datuk G Palanivel, Pengerusi MCA Selangor Datuk Donald Lim Siang Chai dan Presiden PPP Datuk M. Kayveas.

Selepas majlis itu, Perdana Menteri menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, yang ditemui pemberita selepas majlis itu, berkata Perdana Menteri mengingatkan mereka yang hadir bahawa jentera yang berdisiplin dan berkesan di peringkat akar umbi adalah penting untuk merealisasikan segala rancangan dan strategi untuk menawan kembali Selangor daripada pembangkang.

Beliau berkata Najib mahu agar jentera BN mengekalkan semangat dan keinginan yang kukuh untuk menang di Selangor setelah mereka mengalami pengalaman pahit duduk di bawah pemerintahan kerajaan negeri sekarang.

“Amanat Perdana Menteri itu meningkatkan iltizam mereka untuk mengukuhkan susunan jentera parti,” kata Mohd Zin.

- Bernama



LAMPIRAN 2: Janji Najib di Selangor

SHAH ALAM – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan seluruh rakyat Selangor bahawa masalah yang dihadapi mereka ketika ini tidak akan selesai sekiranya kerajaan negeri terus ditadbir pakatan pembangkang.

Perdana Menteri berkata, banyak masalah yang timbul tidak dapat diselesaikan oleh Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, malah masih banyak janji pilihan raya umum lalu gagal ditunaikan meskipun pembangkang sudah berkuasa di negeri ini hampir empat tahun.

“Kita dapati pemerintahan kerajaan negeri mencecah empat tahun sejak pilihan raya 2008, tetapi amat jelas dalam banyak hal, ada perasaan kecewa di kalangan rakyat negeri ini kerana janji-janji kerajaan negeri tidak ditunaikan seperti mana yang dialami penduduk di Pangsapuri Rimba Jaya pada hari ini.

“Begitu juga dengan golongan peniaga seperti di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang mengadu hal mengenai kerajaan negeri yang sebelum ini menabur janji lunak dan manis.

“Apabila sudah berkuasa para pekedai di kompleks berkenaan dikenakan kenaikan sewa bukan 10 peratus, bukan 20 peratus tetapi 100 peratus. Saya kata keputusan itu amat keterlaluan dan tidak adil kepada peniaga. Kalau jualan naik tidak apalah tetapi ada jualan tidak naik (sebaliknya) menurun pun ada tetapi mereka dikejutkan dengan kenaikan sewa 100 peratus ini,” katanya berucap pada ‘Program Sepetang Bersama PM’ yang dihadiri lebih 2,000 penduduk Pangsapuri Rimba Jaya di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed; Penyelaras BN Parlimen Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi Md. Zin dan Penyelaras BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga, Zulkurnain Md. Roslan serta pemimpin-pemimpin parti komponen.

Kehadiran Perdana Menteri turut menarik perhatian anggota parti pembangkang apabila sekumpulan penyokong Pas dilihat turut hadir mendengar ucapan Najib.

Najib memberi jaminan bahawa BN akan menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi rakyat di negeri ini jika diberi kepercayaan untuk mentadbir Selangor.

“Maka, adalah lebih baik kita ambil alih kerajaan negeri, kita selesaikan masalah rakyat yang kerajaan negeri tidak selesaikan seperti masalah bekalan air, sampah sarap termasuk masalah rakyat di Pangsapuri Rimba Jaya ini,” tegasnya.

3 comments:

Anonymous said...

Kalau kerajaan bn nak senarai semua bantuan dan subsidi yg dia beri, lagilah belambak. Yang penting ihklas, rakyat diutamakan, bukannya sibuk berpolitik.

Anonymous said...

DATUK YIP Kum FOOK, MCA PENGERUSI GOMBAK menghina dan ANTI Sami-Sami Buddha.

Dengan berhormati penganut ke dalam Dhamma,

Saya ikhlas hendaklah menggunakan bahasa secara terbuka pengalaman pahit yang sebenarnya telah berlaku di PERSATUAN PENGANUT BUDDHA SAMNAK SAMBODHI NO: 19-21 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR, MALAYSIA.
Saya tidak berpuas hati dengan Pengerusi MCA Bahagian Gombak (Yip Kum Fook) dan Pengerusi PERSATUAN PENGANUT BUDDHA SAMNAK SAMBODHI (Yip Kum Fook) kerana dia menggunakan cara yang ganas dan sombong dalam membawa masuk sekumpulan individu dari tempat-tempat lain untuk memprovokasi dan memijak sucidarat dan tanpa apa-apa sebab bunyi yang dipanggil polis untuk menahan Sami apabila bertentangan untuk mengaibkan penyembah Buddhisme.

Saya amat ingin bertanya di sini bahawa apa dosa besar dan jenayah telah dia telah melakukan setakat anda peguam Datuk Yip Kum Fook dengan cara atau oleh penjahat yang dipanggil polis untuk menahan seorang rahib yang seperti dia?
Saya datang dari Pulau Pinang, saya adalah pendatang baru dan saya sementara meletakkan di PERSATUAN PENGANUT BUDDHA SAMNAK SAMBODHI untuk mengkaji dan belajar untuk mempraktikkan Buddhisme. Ketika di kuil tersebut, saya tidak tahan dengan cara yang peguam Datuk Yip Kum Fook berkelakuan, sikap anda tidak sopan, sombong dan tidak terkalahkan dalam merawat ketua Sami di Kuil.

Kerana saya berkata beberapa perkataan mengenai kelakuan anda kepada anda peguam Datuk Yip Kum Fook, anda menggunakan cara-cara kotor untuk menyakiti Sami. Ia adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan membuang satu contoh yang sangat buruk.
Untuk pengetua sebuah sekolah, jika pelajar itu dan telah melakukan suatu kesalahan, pihak polis mestilah sebagai perkara ihsan bertemu dengan pengetua, cuba untuk memahami situasi sebenar, sebelum polis mengambil sebarang tindakan. Ini adalah amalan biasa.

Tetapi ia memohon maaf untuk mengatakan, bahawa peguam Datuk Yip Kum Fook yang dirinya adalah seorang peguam memilih untuk mempunyai dilakukan. Jika tidak, dia tidak bertindak selaras dengan ajaran Agama Buddha dan memandang rendah kepada semangat Buddhisme untuk satu tujuan, menunjukkan bahawa dia adalah pengerusi yang kuat Bahagian MCA Gombak dan pengerusi PERSATUAN PENGANUT BUDDHA SAMNAK SAMBODHI. Beliau menuntut pihak polis untuk menahan Sami Buddha untuk merealisasikan motif beliau

Ia amat bertuah yang disebabkan oleh hakikat bahawa agama itu sendiri adalah satu perkara yang sensitif, malah anggota polis Melayu difahami dan dihormati agama, budaya dan adat resam kaum lain, jadi mereka tidak terburu-buru mengambil apa-apa tindakan. Jika tidak, akibatnya akan menjadi bencana.

Anonymous said...

Saya faham mengapa peguam Datuk Yip Kum Fook amat marah dan juga turut bertambah. Sebab utama adalah seperti berikut. Ketua Sami PERSATUAN PENGANUT BUDDHA SAMNAK SAMBODHI. Beliau telah Ketua Sami selama 20 tahun. Beliau adalah arkitek dan memainkan penting dalam meningkatkan dana awam untuk membina Kuil Buddha.

Ketua Sami itu cemas untuk mengetahui bahawa seseorang yang baru seperti dia peguam Datuk Yip Kum Fook; pengerusi MCA Bahagian Gombak tidak berjalan di bercakap. Bercakap beliau yang indah dihiasi dengan kemanusiaan, menurut dan moral.

Tetapi dalam amalan, beliau sentiasa dipinggirkan dan ditolak keluar orang-orang yang melihat mata ke mata dengan dia.

Jawatankuasa Kuil sebaliknya membuat kebanyakannya saudaranya. Selain itu, dana Kuil Buddha tidak diuruskan secara telus. Akhirnya, motif sebenar beliau ialah untuk menghidupkan tanah yang tulen dan suci menjadi batu loncatan politik dan alasan politik dan dari tempat ibadat menjadi harta peribadi.

Ketua Sami amat menyedari apa yang telah diambil diletakkan, tetapi untuk mencari memelihara kesejahteraan keseluruhan kuil, dia memberinya nasihat Yip Kum Fook peguam berniat baik. Tetapi nasihat sedemikian telah tidak diterima dengan baik, ia dibuat peguam Datuk Yip Kum Fook tidak berpuas hati, resah dan berlari liar. Bukannya mengendahkan nasihat itu, dia menggunakan setiap peluang untuk mencipta masalah dan untuk menganiaya Ketua Sami dan Sami-Sami supaya mereka tidak lagi boleh tinggal dan meninggalkan kuil Buddha.

peguam Datuk Yip Kum Fook dan pengerusi Bahagian Gombak MCA yang penjahat, reka bentuk adalah jelas dan yang gaya adalah hipokrit dikenali oleh semua orang ... kata-kata manis anda boleh menipu dan mengelirukan beberapa orang beberapa masa, tetapi anda tidak boleh lakukan ia pada setiap masa. Nasib karma atau takdir agama Buddha pasti akan menimpa.

Sebagai perkataan terakhir saya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberkati dia, boleh peguam Datuk Yip Kum Fook bangun dengan realiti, bertaubat sebelum terlambat. Melakukan apa yang baik, menumpahkan jahat.

Anda Dhamma,

Ven. Piya Phra Dhammo.
Pulau Pinang, Malaysia.

Kita menterjemahkan Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia (sebab!) kerana kita mahu memberi semua orang tahu dan memahami terperinci maklumat mengenai, juga untuk memberi orang ramai mengetahui perkara ini (SEJARAH), ini bukan untuk menyerang individu DATUK YIP Kum FOOK, sila klik di sini untuk melihat: - http://margeemar.blogspot.com/2012/02/blog-post.html?commentPage=3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.