Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, January 12, 2012

SYABAS Terus Guna Taktik Takutkan Pengguna

Syarikat atas Angin milik UMNO, SYABAS, yang diberikan konsesi mentadbir bekalan air di Selangor sekali lagi menggunakan taktik menakutkan pengguna kononnya bekalan air akan kehabisan.

Tujuan mereka supaya kerajaan Negeri meluluskan pembinaan Empangan Langat 2 yang amat dicita-citakan SYABAS serta Tan Sri Rozali Ismail.

Sedangkan kerajaan negeri telah menyatakan berkali-kali, masalaah air di Selangor boleh diselesaikan sekiranya SYABAS menyelesaikan masaalah kebocoran air di Selangor.

Mengikut maklumat rasmi, kira2 30% air yang dirawat oleh SYABAS hilang kerana kebocoran.

Maka, seharusnya SYABAS mencari jalan menyelesaikan masaalah kebocoran dari terus menerus mengulangi rekod buruk yang mahukan Empangan Langat 2 yang baru.

Nampak jelas SYABAS mahu menutup kelemahan sendiri. SYABAS gagal menyelesaikan masalaah kebocoran air yang teruk.

Ini kerana SYABAS hanyalah sebuah syarikat untung atas angin semata-mata. Dan, ada kemungkinan SYABAS sudah kehabisan wang dan memerlukan projek Empangan LAngat untuk mengenerasi wang baru melalui pinjaman2 ke atas projek tersebut.

Hakikatnya, SYABAS adalah sebuah syarikat yang tidak bertanggunjawab dan telah gagal mentadbir air di Selangor dengan baik. Sudahlah masaalah kebocoran air begitu serius tidak ditangani oleh SYABAS, boleh pula SYABAS membayar gaji Pengerusi mereka, Tan Sri Rozali, sebanyak RM5.1juta setahun.

Gaji Tan Sri Rozali jauh lebih mahal dari gaji CEO Bank of China, yakni bank yang terbesar di dunia.

Seharusnya SYABAS dibubarkan dengan kadar segera. SYABAS adalah liabiliti kepada rakyat Selangor. Kewujudan SYABAS hanya untuk mengkayakan orang2 tertentu dan bukannya untuk kepentingan rakyat Selangor.


KLIK IMEJ


Tulang Besi

5 comments:

Ahmad said...

Kalau tak menipu macamana Tan Sri Bendahari Umno Selangor ni nak tanggung maintenance bini dia yg ramai tu? lagi pun dia bercita cita nak kawin lagi so perlu cari duit utk ditabur sana sini. maklumlah suka kongkek memang gitu.

Dahan Jati said...

Masalah kebocoran atau air tanpa hasil masalh biasa dan ada yang mencapai sampai 50 peratus disebabkan paip yang kebanyakannya lama dan terletak di tepi dan tengahnjalan yang selalu bocor dilanyak lori dan kenderaan berat. Memang sukar menguruskannya patutlah gaji Rozali tinggi. Kebanhakan syarikat air negeri rugi. Keperluan masa depan perlu disediakan dari sekarang, pembinaan empangan baru perlu disegerakan kalau lembah kelang tidak ingin krisis air berulang. Politik letak tepi dulu, fikirkan rakyat laa..

satu malaysia said...

Hebatnya Kerajaan Selangor. Hampir setiap hari exconya memberitahu kebocoran paip air serius dan menyalahkan Syabas. Juga memberi jaminan krisis air akan selesai jika kerajaan negeri ambil balik konsesi air dari Syabas. Orang ramai terikut-ikut dengan rentak PR termasuk bloggers.

Hakikatnya: Paip bocor sebab dah lama. Syabas nak baiki tetapi dihalang oleh kerajaan negeri (berdasarkan pelan penstrukturan air selangor). Ini dipanggil baling batu sembunyi tangan, iaitu tak benarkan pembaikan tetapi menuduh kerosakan tak dibetulkan. Soalnya berapa ramai rakyat tahu pekara ini? Sebab itu saya katakan kerajaan Selangor bijak. Bijak MENIPU.

Face Off said...

Krisis Air Selangor bukan dongeng. Ia pernah berlaku pada 1998. Kali ini amaran sudah diberikan. Jika berlaku kelak, jangan tunjuk jari pada Syabas, jangan cari helah paip bocor, jangan menyesal, sebab ANDA sendiri memangkah parti PKR/DAP di Selangor. Anda yang beri mereka kuasa. Jika anak cucu anda menjadi melutkut di tepi gantang, jangan salahkan Syabas kerana anda sendiri memilih pimpinan DAP yang cukup anti Melayu.

peneroka minda said...

Pernah berlaku pada 1998, hujan selebat-lebatnya di sekitar Lembah Kelang tetapi di rumah masing-masing TIADA BEKALAN AIR. Aneh tetapi ia benar. Nasib baik ada tempayan besar buat menadah hujan. Dapatlah bekalan air bertahan dua hari. Ketika itu krisis air bukan dua hari.... tapi berbulan-bulan lamanya. Mungkinkah 2014 ia akan berlaku lagi? Syabas tak boleh ramal bila hujan akan turun tetapi dia boleh ramal keperluan permintaan air berbanding kemampuan perbekalan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.