Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, January 8, 2012

Tulang Besi Sentiasa Ingat yang Tulang Besi akan Dipecat Dulu

ULASAN: Tahniah di atas pemecatan Dato Hasan Ali dari PAS. Syukur Alhamdulillah. Segala usaha Tulang Besi serta rakan2 blogger sekelian memerangi puak2 PERPADUANG akhirnya diberi kejayaan oleh Allah SWT.

Dato Hasan akan menyesali tindakan beliau mengkhianati PAS ini. Semua yang dipecat dan dibuang dari PAS tidak pernah berjaya dan berakhir di dalam keadaan tragis.

Saya tertarik dengan sikap yang ditunjukkan oleh Ustaz Abu Bakar Hamzah (allahyarham). Walaupun beliau dipecat dari PAS tapi beliau tetap istiqamah menyokong PAS. Dan apabila tempoh pemecatan beliau tamat, beliau cepat2 minta keahlian kembali.

Dato' HAsan telah terpengaruh dengan godaan dunia. Janji jawatan MB yang ditayangkan oleh UMNO kepada beliau telah berjaya menjunamkan beliau dalam lembah kehancuran.

Sayang seribu kali sayang. Dato Hasan telah pun mendapat kepercayaan PAS Kawasan di Selangor, telah ada pasukan yang teguh di belakang beliau dan telah pun ada jawatan exco yang senior.

Apa salah beliau menunggu dan menumpu usaha membina PAS? Dlm PRU 13 kelak beliau bertanding Parlimen dan kalau menang di Pusat, beliau boleh menjadi MEnteri Pusat.

Sayang seribu kali sayang. Beliau membiarkan diri beliau ditipu dengan janji dunia yang sedikit. Beliau tidak bersyukur dengan apa yang telah Allah SWT berikan kepada beliau. Tapi, mengikut sikap tamak haloba beliau.

Akhirnya, nama Dato Hasan akan diingati dengan ingatan yang penuh hina. Saya tak yakin UMNO akan memenuhi janji mereka kepada Dato Hasan selepas ini.

Apabila Dato Hasan telah dipecat dari PAS, nilai beliau kepada UMNO telah jatuh ke tahap lebih kurang RM2 sahaja. Beliau akan mudah2 ditendang dan dibaling ke tepi oleh UMNO.

Tiada sebab Noh Omar mahupun Raja Idros mahupun Nawawi ataupun Satim Diman mahu menyerahkan kerusi MB Selangor kepada HAsan Ali lagi selepas ini.

Dato Hasan juga wajib berterima kasih dengan penasihat2 25% beliau seperti Roslan SMS, Suwardi Yaakob dsbnya di atas nasihat2 mereka yang telah menjahanamkan karier serta nama baik beliau.

Akhir kata, semoga Dato hasan bertaubat dan mengikut jejak langkah Allahyarham Abu Bakar Hamzah yang terus setia dengan PAS walaupun dipecat.

Wallahualam

Tulang Besi

ps Tulang Besi ingatkan Tulang Besi yang akan kena pecat dulu.

6 comments:

Firdaus Bin Omar said...

Yob. Kalu miker kena...lepas tu teman ler. Hehe...

Anonymous said...

akhirnya ada jugak tindakan drp pimpinan pas, tak tau nak kata apa, dulu sebelum ambil tindakan, mati2 ahli pas diambil tindakan, begitu banyak org maki hamun HA, sekarang kesian lah pulak, kalau dia ikhlas dgn pas, nnti mohon masuk baliklah sbg ahli biasa belajar dr bawah, baru tulin.

apa2 pun kita tengok reaksi HA.

Anonymous said...

Kesian Hassan Ali .... Dia tak salah pun . Yang salah ialah Tulang besi yg selalu fitnah dia ... Kesian Hasan Ali

Anonymous said...

Kesian Hassang Ali, tapi kalau x singkir Hassang Ali kesian pada TG H.Hadi dan parti PAS...biar lah d korbankan Hassang Ali untuk menyelamatkn maruah TG H. Hadi dan parti PAS. Biarlah Hassang Ali tubuh parti sendiri dan jadi Presiden. Lepas tu boleh la dia cakap ikut suka kat press atau kat mana2 pun....tidak la jadi sudu lebih dari senduk. Tidak lah ganggu PAS dan Pakatan Rakyat lagi.

Anonymous said...

nak tnya.ada tak usrah untuk pimpinan pas?kalau ada,sape naqibnya,apa pgisiannya,dan berapa kekerapannya...mgkin pas patut menilai,kesilapan slpas ini.bgaimana marhalah yg ptut dtempuh,sblm seseorg ahli pas dilantik menjadi pmpinan..baru pimpinan mendapat wala dan thiqoh dr ahli2nya.

Lawan terus lawan said...

Hasan Ali Roslan SMS Suwardi Yaakub kahkah.....itu la org tamak selalu rugi ibarat lebai malang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.