Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, January 17, 2012

UMNO Pecat Keahlian Anwar Dulu Melalui JK Disiplin Ke?

UMNO cuba menangguk di air keruh dalam isu pemecatan Hasan Ali. Kononnya, Hasan Ali tidak diberi ruang untuk mempertahankan diri.

Dan kononnya UMNO mengikut lunas2 Islam dengan memberikan keadilan. Kononnya HAsan Ali dizalimi kerana beliau tidak dihadapkan di hadapan JK Disiplin PAS Pusat. Dakwaan yang sama dibuat oleh Hasan Ali tempohari.

Soal saya kepada UMNO adalah:
"Sewaktu Anwar dipecat keahlian dari UMNO dulu, adakah Anwar dihadapkan di hadapan Biro Disiplin UMNO"?


Bezanya adalah Anwar menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang terakhir sebelum dipecat. Hasan Ali TIDAK HADIR walaupun dijemput berulang kali.

Keberanian Anwar menghadiri mesyuarat terakhir MT itu adalah kerana Anwar tahu kebenaran berada di sebelahnya.

Hasan Ali tidak mahu hadir kerana dia tahu dia tidak bisa untuk mempertahankan dirinya lantaran kebenaran tidak berada di pihaknya. Kebathilan berada di pihak Hasan Ali.


Jadi, janganlah UMNO cuba mendabik dada kononnya mereka adil dan saksama. Satu dunia melihat kezaliman mereka ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim, bekas TImbalan Presiden UMNO pada tahun 1997.

Hasan Ali telah diberi amaran berulang kali, telah di beri nasihat dan telah dipanggil mengadap berulang kali. Namun, beliau angkuh dan sombong.

Di atas keangkuhan dan kesombongan Hasan Ali, beliau telah dipecat.

Syukur Alhamdulillah.



Tulang Besi

6 comments:

Anonymous said...

Engkau apa tahu TB?

Anwar sebenarnya telah diberi peluang bela diri dalam mesyuarat MT Umno dan dinasihatkan untuk berundur.

Tapi Anwar nak lawan jugak...

Dan kita semua tahu siapa yang sebenarnya berkonspirasi untuk menjatuhkan DrM.

Dari cubaan untuk "boo" DrM masa perhimpunan agung hingga bersekongkol dengan yahudi Soros untuk serang matawang Ringgit bila mana DrM buka mulut.

Sejarah....

Btw, DrM nak pecat anwar tak perlukan konspirasi. Itu bidang kuasanya.
Hanya yang bawah akan berkonspirasi menjatuhkan yang diatas. macam Anwar buat kat DrM.

Khun Pana aka johanssm said...

Ada kah selama ini , orang orang yang ditahan dengan akta ISA ikut landasan Islam?

pecah kan temberang dia.

Anonymous said...

PAS parti Islam, UMNO baru nak Islam, oleh itu jangan banding umno dengan pas. Parti islam patut tunjuk cara yang islam nak. Bukan 2x5 dengan yang lain.. Opp lupa pula, pas bukan nak islam tapi nak hapuskan umno supaya dapat tumpang memerintah bawah dap dan pkr.

Anonymous said...

Salam ..
Aku x m'yebelahi mane2 pihak..Ttpi komentor2 kene ingat ustaz hassan ali ini sebelum beliau dipecat merupakan bekas anggot gerakan gagasan pakatan rakyat dimana tlah mnang undi yg lpas atas gabungan kuat parti tersebut..sebab beliau dipecat mudah shj untuk difahami iaitu tiada persefahaman lagi dirinya dgn partinya yg terdahulu (Parti Islam Semelaysia) ..jika beliau tidak satu jalan dgn parti maka beliau juga tidak bule bekerja m'perkasa gerakan gagasan pakatan rakyat..bilamana di ishtiharkn beliau dipecat setiap ahli2 parti gagasan pakatan rakyat lebih maklum ats sbab apa dirinya dipecat sptimana yg dijelaskn oleh tuan MalaysianWaves ini dgn t'perinci..Ok, kita bercerita pula ttg parti gabungan yg menjadi pilihan seluruh rakyat yg tggl di'Msia..Gagasan pakatan yg kukuh yg nmpk hanya ada 2 pilihan sahaja dimana mewakili k'seluruhan majoriti kaum di Msia..Salah satu gagasan mmg popular sdah sekian lama memerintah ttp sjak akhir2 ini heboh dengan kes p'nyelewengan pojek ternak lembu RM250 juta, kes fitnah yg mjijikkan, kes cincin.handbeg.dan rantai mutiara yg bjutaan rggt.harga barang naik dan x dapat dikawal oleh mereka shnggakan mbebankan p'belanjaan rakyat..Satu lagi gagasan yg sdang m'ningkat sokongan keatas mereka dimana auditor negara memuji p'laksanaan ekonomi negeri2 yg dibwh jagaan dan tanggjwb mereka..

Anonymous said...

Saya bersetuju dengan fakta yang dinyatakan dalam artikel di atas. Tahun 1997 saya berumur 36 tahun. Saya masih ingat lagi peristiwa berkenaan. Masa tu saya adalah penyokong UMNO tetapi bukan penyokong Anwar.

Bagaimanapun saya mengaku, Anwar telah menghadiri mesyuarat MT UMNO yang bersidang hendak memecatnya. Manakala Hassan Ali dilaporkan tidak pernah menghadiri mesyuarat tertinggi PAS. Yang saya nampak Anwar lebih bertanggungjawab berbanding Hassan Ali.

Seingat saya, Anwar juga telah diaibkan selepas dipecat. Tetapi Hassan Ali bertindak mengaibkan dirinya sendiri selepas dipecat dengan membuat berbagai kenyataan yang menyalahkan orang lain atas pemecatannya.

Anonymous said...

Askm..sekali lg sy muncul utk memberi sedikit ulasan..kpd saudara January 18, 2012 7:38 AM,sy berharap ruangan ini dpt digunakan sebagai medium perbincangan secara ilmiah..sy antara salah seorang yang bertuah kerana dpt mendengar secara "live" penjelasan tentang isu-isu berbangkit yg berkaitan Datuk Hasan Ali daripada tuan empunya badan sendiri..mungkin saudara January 18, 2012 7:38 AM hanya melihat perjalanan isu ini di dalam blog2 sahaja..adilnya Islam ini kerana jikalau hendak mencari kebenaran,mestilah mendengar hujah2 kedua belah pihak..dari pihak PAS kita sudah dengar,bagaimana pihak Datuk Hasan Ali?disini sy ingin menyampai pandangan saya..1)Apakah relevannya kita menghadiri mensyuarat jikalau sebelum berlangsungnya lagi mesyuarat kita sudah jangka perkara utama yang hendak dibincangkan adalah tentang diri kita?2)Adakah kita ini salah seorang AJK PAS Pusat?sebab seolah-olah pandangan yg diberikan oleh saudara January 18, 2012 7:38 AM seperti beliau ada semasa kelangsungan mesyuarat itu..3)Tindak tanduk Datuk Hasan Ali slps pemecatannya sedikit pun tidak nmpk beliau mengaibkan dirinya malah beliau hanya menyampaikan perkara sebenar dan mencari kebenaran..Tidak mengapa kalau tidak mengiktiraf perkara yang hendak dibawa Datuk Hasan Ali,Insyallah tanpa ragu2 Allah akan..wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.