Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, February 1, 2012

Apa yg Hasan Ali Tahu Pasal Perjuangan Asal PAS?

Terkejut Tulang Besi baca laporan akhbar kononnya Hasan Ali mahu berjuang mengembalikan PAS kepada pejuangan asal.

Yang menghairankan lagi, majoriti yang berada dalam AJK PAS Pusat sekarang ini adalah mereka yang telah bersama PAS sewaktu Hasan Ali aktif berkempen untuk UMNO melalui Biro Tata Negara satu masa dahulu.

Sewaktu Hasan Ali duduk di kerusi empuk menjadi pelatih Biro Tatanegara, orang seperti Mahfuz Omar dan Muhammad Sabu berjuang sampai meringkuk dalam tahanan ISA.

Orang2 seperti Khalid Samad meninggalkan jawatan yang bergaji ribu-ribu untuk berjuang dalam PAS sehingga ditahan ISA.

Orang2 seperti Salahuddin Ayub meredah kawasan2 kuat UMNO untuk menaikkan PAS.

Kenapa tiba-tiba Hasan Ali boleh mendabik dada kononnya beliau lebih faham perjuangan asal PAS berbanding tokoh2 lain yang JAUH lebih veteran dari HAsan Ali?

Tulang Besi

9 comments:

Anonymous said...

saya setuju 100% dgn apa yg tulang besi kata, memang pun hasan tu tak sedar diri yg dia baru aja masuk pas, kami tak lupa, malah kami ahli2 biasa pas ni pun lebih seniour drp dia dr segi keahlian, so kenapa perasan bagus sgt.

apatah lagi kalau nak banding dgn mat sabu, mahfuz, mujahid yusof rawa dan banyak lagi pemimpin2 pas, memang semua org pas tau siapa mereka, keikhlasan mereka dlm pas tidak dipertikai langsung.

Anonymous said...

dalam BTN, Hassan Ali ni tukang kempen utk Anwar... tu yg dok promote UMNO dalam BTN tu...

Anonymous said...

Ha ha ha ha...ha ha ha...Hassan Ali, Hassan Ali...buat lawak betul la...memang Pak Lawak betul Hassang Ali ni.., mmg sifat manusia angkuh, bila baru masuk dlm sesuatu organisasi d muliakn dan terus d beri kedudukan tanpa mujahadah dia akan besar kepala...dia rasa dia lebih hebat dan rasa kerana kehebatan dia, dia d beri kedudukan dlm parti....Hassang Ali = Zaid Ibrahim..tapi Zaid Ibrahim dah dpt pengajaran dah...dah tau dah tinggi rendahnya langit...

Anonymous said...

Selalu nya seseorang merasa kan dia berilmu dan pandai ni, dia lah sebenarnya jahil , kelemahan dan akan buat salah, pas tak perlu layan org macam ni akhirnya dia senyap sendiri je

Anonymous said...

Apa sebenarnya yg hasan ali nak bawa? Tak dapat aku fahami, asyik dok islam melayu dan raja raja, daki daki jahiliah tak habis walu pun lebih 10 taun dlm pas, dia ingat islam menang dengat semnagat? Ceramah berapi api? Lepas balik tido tengok maharaja lawak ! Keluar pas then nak buat islam sorang diri?matmalat pun dah kelam kabut

Dahan Jati said...

Lawak atau tidak, Hassan Ali mampu menggoncang kedudukan PAS dalam PRU13 nanti. Lihatlah sambutan hangat yang diterima, signalnya dapat dinilai iaitu rakyat bersimpati dengannya. Penyokong PAS sebenarnya masih megundi PAS dan keberatan mengundi UMNO kerana dasar perjuangannya Islamnya yang mahu menegakkan undang undang Islam. Kalau dasar negara islam PAS telah digugurkan maka tidak wajib lagi kami mengundi PAS dalam PRU13 nanti kata mereka.

Anonymous said...

Apa yg jahiliah nya?kita brckp IMR ni dlm konteks Malaysia..ketiga-tiga elemen ni berkait rapat antara satu sama lain..haihh..korg ni,aku tktau la apa hasad sgt korg ngn hasan ali..jgn tgk batang tubuh,tgk perjuangan hendak dibawa..kalau dlm PAS dh tk boleh perjuangankan elemen-elemen ini,jadi hasan ali berjuang dari luar la..ni sket2 barua UMNO,ni la,tu la..cuba la renung2 kn..tk guna kita membuta tuli..kelak apa sokongan perjuangan kita ini akan disoal ALLAH..

Anonymous said...

Wahai En.Dahan Jati..
Kamu ni lucukan..
Ahli2 PAS tak mungkin bersama pemimpin yg tamak, perasuah, kaki fitnah dn mcm2 lg (perangai buruk pemimpin UMNO)

Pak Janggut said...

Hello. .Dahan Jati, jangan mimpi d siang hari yg Hassang Ali mampu mengugat PAS..ada ke Hassang Ali nak bertanding d semua kerusi parlimen atau DUN..sementara isu Hassang Ali tengah panas, ramai la yang ingin tau apa ucapan/ulasan nya utk d buat penilaian..ucapan yg penuh kmarahan, dendam dan fitnah..kejap je,nanti sedar x sedar hilang gitu je, ...hangat2 taik ayam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.