Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, February 14, 2012

Begitu Gigih Pakatan Rakyat Sediakan Perumahan utk Bangsa Melayu (dan bangsa lain yang susah)

ULASAN: Di bawah adalah kenyataan akhbar dari Exco Kerajaan Negeri, YB Iskandar Samad, yang bertanggungjawab di atas program Rumah Mampu Milik (RMM).

Umum mengetahui, RMM ini untuk mereka yang berpendapatan rendah. Pada waktu yang sama, bangsa Melayu mempunyai bilangan orang berpendapatan rendah paling tinggi di Malaysia.

Usaha gigih kerajaan Pakatan Rakyat ini bakal memberi LABA dan KEUNTUNGAN yang lebih banyak kepada bangsa Melayu di Selangor.

RMM ini akan memastikan bangsa Melayu tidak perlu bungkus barang2 mereka dan berpindah balik ke kampung masing2.

Jelas satu bantuan yang sangat jelas kepada kebajikan bangsa Melayu.

UMNO yang terpekik terlolong kononnya memperjuangkan bangsa Melayu, apa yang mereka buat untuk perumahan bangsa Melayu?

Syarikat Perumahan Negara pimpinan UMNO/BN jelas GAGAL menyediakan perumahan mampu kepada majoriti bangsa Melayu.

Perumahan UMNO adalah untuk menyediakan perumahan dalam bentuk kondo2 mewah di Singapura dan Shah Alam kepada kaum keluarga salah seorang pemimpin mereka melalui projek NFC.

Bangsa Melayu yang bukan dari anak beranak pemimpin UMNO, lantak kamulah nak cari duit berbakul-bakul semata-mata mahu memastikan keluarga masing-masing ada tempat berteduh.

Dengan kata lain, walaupun Pakatan Rakyat tak sebut nak tolong Melayu tetapi hakikatnya Pakatan Rakyat bantu Melayu jauh lebih banyak dari UMNO yang terpekik terlolong kononnya nak tolong Melayu

Tulang Besi


Rumah Mampu Milik Selangor Pertama Siap September 2012

Pada tahun 2010 Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil keputusan untuk membenarkan pemaju swasta membina Rumah Mampu Milik (RMM) bagi menggantikan Rumah Kos Rendah (RKR) di kawasan-kawasan di mana tiada permintaan untuk RKR atau tidak sesuai untuk RKR.

Polisi baru ini adalah satu usaha untuk menambah jumlah RMM di dalam pasaran.

Polisi ini adalah bagi memberi peluang membeli rumah kepada mereka yang mempunyai pendapatan bulanan isi rumah di antara RM2,500 dan RM5,000 sebulan.

Pada 10 Februari 2012 lepas Y.B. Tuan Iskandar A. Samad telah melawat tapak pembinaan RMM yang pertama di bawah polisi baru itu.

Sebanyak 136 unit RMM sedang dibina di Sg. Long, Kajang oleh sebuah pemaju swasta.

Keluasan setiap satu unit adalah di antara 830 dan 870 kaki persegi di mana ia akan dijual dengan harga tidak lebih dari RM89,000 setiap satu.

Menurut pemaju, kemajuan di tapak bagi RMM yang terdiri dari 2 blok pangsapuri 5 tingkat itu adalah 55%.

Pembinaan telah bermula pada bulan Jun tahun lepas dan dijangka siap pada bulan September tahun ini.

Keputusan Kerajaan Negeri untuk melibatkan pemaju swasta kerana permintaan RMM di Selangor adalah terlalu tinggi dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tidak akan dapat menyiapkan jumlah RMM yang secukupnya untuk menepati sasaran yang ditetapkan.

Contohnya RMM oleh PKNS di Bandar Bangi Bangi yang mula dibina pada bulan Jun lepas telah hanya siap kerja-kerja cerucuk (piling). Tetapi kerja membina dinding batu-bata (bricklaying) telah hampir siap bagi projek pemaju swasta di Sg. Long yang dimulakan juga pada bulan Jun tahun lepas.

Selain dari di Sg. Long, pemaju-pemaju swasta telah juga diberikan kebenaran membina RMM di beberapa kawasan lain seperti di Seksyen U10, Shah Alam di mana 536 unit akan dibina.

Adalah diharapkan gandingan di antara PKNS dan pemaju-pemaju swasta akan akan dapat menyediakan jumlah RMM yang secukupnya di Selangor.


Iskandar bin Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan
Negeri Selangor

5 comments:

Anonymous said...

Pergh......!!!! 136 unit jer? Memalukan! Oleh syarikat swasta pulak? Berpuluh tiang masih ketinggalan belakang BN. Check tengok berapa ratus RMM yang dibina setahun oleh BN.
Dah nak election baru nak kecoh!

Duit kerajaan selangor konon beratus juta buat apa?

Anonymous said...

Ada ke kawasan yang takde permintaan rumah kos rendah?

Anonymous said...

Ok la tu.. sbg satu permulaan. bila pr dah memerintah 50 tahun lebih macam BN, barulah buat perbandigan!

Anonymous said...

kira ok la dari pmmpin umno yg rompak duit rakyat berjuta2 tu pun nasib kn pnjra sthun ja klu ttp kalah dlm rayuan..rkyat biasa yg curi tin susu pun kn pnjra 3 thun..malaysia2..

pakcik lan said...

Ada satu projek RMM di janjikan BN pd zaman Shahidan Kassim di jejawi, Arau, Perlis. Zaman Pak lah jd pm Shahidan mb Perlis. Pakat2 Mai tengok kawasan berkenaan bila cuti. Mb sekarang sejak pru12. Pakat Pulun org perlis ambil borang isi mohon. SPN? Apa nk heran TB, spesis ni sama di mana2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.