Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, February 29, 2012

Ceramah Hasan Ali Sudah Mula Tidak Dapat Sambutan

Gambar di bawah adalah kehadiran ceramah Hasan Ali di Kampung Melayu Subang malam tadi.

Memang pada mula Hasan Ali memulakan "tour" beliau, kelihatan ceramah beliau mendapat sambutan.

Mengikut laporan yang Tulang Besi dapat dari ceramah beliau di Paya Jaras tempohari, majoriti yang hadir dalam ceramah di Paya Jaras tempohari adalah terdiri dari penyokong dan pendokong PAS.

Tujuan mereka hadzir adalah semata-mata mahu mendengar sendiri manusia bernama Hasan Ali mengutuk dan menista PAS.

Inilah budaya dalam PAS. Apabila PAS dikhianati samada oleh bekas pemimpin ataupun parti kawan, maka ahli2 mahu pergi melihat dan mendengar sendiri orang yang mengkhianati PAS tersebut.

Tulang Besi berpengalaman waktu Semangat 46 dibubarkan serta Tengku Razaleigh mula menghentam PAS serta Tok Guru Nik Aziz.

Waktu itu Ku Li buat road show seluruh negara. Dan Tulang Besi hadzir salah satu ceramah Ku LI tersebut.

Tulang Besi lihat sendiri majoriti yang hadzir dalam ceramah itu adalah penyokong dan pendokong PAS.

Perkara yang sama berlaku kepada Hasan Ali.

Namun, di dalam pusingan kedua siri ceramah Hasan Ali ini, kehendak mahu melihat sendiri ini sudah habis.

Maka, tinggalah beberapa kerat penyokong sebenar Hasan Ali yg masih mahu mendengar ceramah beliau seperti di bawah.

Tak lama lagi, ceramah Hasan Ali akan sama ramai pendengarnya macam ceramah Zul Nordin.

Allah Maha Kaya.

Tulang Besi

KLIK IMEJ

5 comments:

Leithaisor said...

Patutlah ada laporan Harakah yang bertajuk "Guru diarah hadir program Hassan Ali".

Petikan:

"KOTA BHARU, 29 Feb: Guru-guru agama sekolah di bawah Jabatan Pelajaran
Negeri dikatakan diarah menghadiri program ceramah bekas ahli PAS yang
dipecat Datuk Dr Hassan Ali malam ini."


Wah... Hebatnya Hasan! Malu lah...

kadri said...

Yg sedikit tu yg paling ikhlas syabas bukan semua sedar yg banyak tu umpama buih sahaja

Anonymous said...

Betul ke itu ceramah Hassan Ali, muka pun tak nampak. Jelas nak menipu...

Anonymous said...

Pas dah mengelabah dengan tindakan road show Hasan Ali, syabas Hassan Ali

Anonymous said...

Ingatkan hangat-hangat taik LEMBU....rupa-rupanya hangat-hangat taik ayam je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.